KUALA LUMPUR: Selama beberapa bulan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelihatan dengan penuh yakin, menyatakan bahawa gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyat pimpinannya, akan menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 16 Sept melalui tindakan melompat parti.
Bagaimanapun, sejak kembali ke Parlimen setelah memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos, penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengubah rentaknya, terutama apabila tarikh 16 Sept semakin hampir.
Selepas majlis berbuka puasa Selasa lepas, Anwar dilaporkan memberitahu penyokongnya bahawa peralihan kuasa itu akan berlaku pada 17 Sept pula, sebelum membuat satu lagi kenyataan kepada pemberita pada hari berikutnya bahawa rancangan besarnya itu akan berjalan mengikut jadual.
Pada pertemuan dengan pengikutnya pada lewat hari yang sama, beliau sekali lagi mengubah cakapnya dengan berkata, tarikh pengambilalihan kuasa itu mungkin diubah kepada 20 Sept, sekiranya Pakatan Rakyat menghadapi masalah yang menghalang mereka daripada menggulingkan kerajaan BN.
Semalam pula, pakatan pembangkang itu sekali lagi menangguhkan rancangan mereka dengan alasan ia tidak dapat dilaksanakan seperti yang dijadualkan kerana 49 Anggota Parlimen BN melakukan lawatan ke Taiwan.
Kenyataan Anwar yang sering berubah-ubah itu menampakkan seolah-olah beliau sedang mencari alasan yang boleh diterima umum, sekiranya rancangan yang sering beliau jaja selama ini, tidak menjadi kenyataan.
Beberapa penganalisis politik menjangka itulah apa yang akan dilakukan oleh Anwar.
"Saya tak terperanjat jika beliau berbuat begitu. Itulah apa yang akan dilakukan oleh kebanyakan orang politik apabila mereka gagal menunaikan sesuatu janji, sambil memberi pelbagai alasan kenapa ini dan itu tidak berlaku," kata Prof Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan itu berkata Anwar mengharapkan rakyat faham bahawa menubuhkan kerajaan bukan urusan mudah, walaupun tarikhnya telah ditetapkan.
"Ini kali pertama (untuk mengubah kerajaan melalui perbuatan berpaling tadah) dan rakyat diharapkan faham bahawa ia tidak semudah seperti yang beliau ucapkan," kata Mohammad Agus.
Beliau juga berpendapat bahawa kewibawaan bukanlah suatu ciri yang diberi keutamaan oleh Anwar.
"Ini satu perang saraf dan dalam permainan minda seperti ini, kewibawaan tidak lagi menjadi keutamaan. Tidak menjadi hal jika apa yang dijanjikan itu tidak menjadi kenyataan. Apa yang penting ialah beliau mampu menimbulkan kebimbangan dalam BN.
"Beliau berjaya membuat pemimpin BN tidak senang duduk dan menyedari perubahan yang amat perlu dilakukan di negara ini," kata Mohammad Agus.
Ahli akademik itu berkata walaupun secara bawah sedar, orang tahu bahawa apa yang dikatakan oleh Anwar itu tidak akan menjadi kenyataan, namun mereka masih mahu mempercayainya.
"Bagi saya, apa yang perlu kita lakukan ialah menyiasat kenapa orang tetap menerima harapan palsu yang disogokkan kepada mereka itu. Mereka mahukan perubahan," katanya sambil menambah bahawa perubahan yang mereka harapkan itu sedang dilaksanakan oleh kerajaan, walaupun kadar pelaksanaannya adalah perlahan.
Prof Datuk Dr Zainal Kling pula berkata Anwar memang bijak berpidato, tetapi apa yang beliau perkatakan adalah kosong belaka.
"Mereka yang pernah bekerja dengannya (semasa Anwar dalam kerajaan) akan tahu siapa sebenarnya Anwar ini. Beliau memang pemidato yang hebat, tapi sekadar cakap kosong sajalah.
"Anda tunggu dan lihat sajalah, tiada apa yang akan berlaku pada hari berkenaan," kata bekas dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya ini sambil menambah bahawa Anwar akan memberi pelbagai alasan apabila rancangan besarnya itu tidak menjadi kenyataan.
Kata-kata Zainal ini mungkin ada kebenarannya apabila Anwar sudah mula mendakwa bahawa lawatan 49 Anggota Parlimen BN ke Taiwan bagi meninjau kemajuan bdalam idang pertanian di negara itu bertujuan menggagalkan rancangannya.
Pemerhati politik Prof Dr Nik Anwar Nik Mahmud dari UKM juga berpendapat apa yang dilakukan oleh pemimpin PKR itu selama ini hanya merupakan suatu perang saraf.
"Anwar mengharapkan sekurang-kurangnya 30 Anggota Parlimen BN akan menyertai beliau. Tapi, ia tidak semudah itu kerana kini, BN masih berada dalam keadaan baik. Ini hanyalah tempoh peralihan, yang akan menstabilkan semula politik kita kemudian nanti," katanya.
Pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN Selasa lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi menegaskan bahawa BN tidak akan runtuh dan kenyataan beliau ini disokong oleh pemimpin parti komponen BN yang menghadiri mesyuarat berkenaan dengan berkata "tidak", dengan sekuat hati.
Ini bukan kali pertama para pemimpin BN berkumpul bagi menyuarakan kesetiaan mereka terhadap parti gabungan itu sejak Anwar mendakwa bahawa beberapa Anggota Parlimen BN akan melompat parti bagi menyertainya.
Jika benarlah ini hanya merupakan perang saraf yang dilancarkan oleh Anwar dalam memburu impiannya untuk menjadi perdana menteri Malaysia keenam seperti yang disimpulkan oleh banyak pemerhati politik, maka tindakan pemimpin PKR itu bolehlah dianggap sebagai suatu perbuatan tidak bertangungjawab, kalau pun bukan suatu tindakan yang bersifat hanya mementingkan diri sendiri.
Perang saraf yang dilancarkannya itu telah menimbulkan keadaan tidak stabil, bukan saja terhadap suasana politik yang boleh mengundang pelbagai natijah negatif, tetapi juga boleh memberi kesan buruk terhadap ekonomi negara.
Menurut laporan, pada awal bulan ini, Credit Suisse, sebuah firma penasihat kewangan, telah menasihati pelabur supaya mengelak daripada membeli saham di negara ini berikutan kedudukan politiknya yang tidak menentu. Katanya perebutan kuasa antara kerajaan dan pembangkang meningkatkan risiko buruk yang akan dihadapi oleh ekonomi Malaysia.
Memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia terpaksa memikul bebanan berat berikutan kenaikan harga bahan bakar baru-baru ini, maka mereka sudah tentu tidak memerlukan seseorang yang menyimpan cita-cita politik terlalu tinggi, membawa ancaman terhadap keselamatan mereka.
Walaupun, Anwar, antara lain, berjanji akan menurunkan harga bahan bakar sebaik saja beliau menerajui kerajaan, lima hari berikut ini merupakan tempoh yang amat kritikal bagi rakyat Malaysia kerana ia akan menentukan sama ada janji yang beliau taburkan itu boleh dipercayai atau tidak.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menuntut Teresa, yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Kinrara itu, dibebaskan dalam tempoh selewat-lewatnya dua hari.
Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Cheng Khim yang terkejut dengan penahanan itu berkata, beliau terkilan dengan penahanan itu sejurus selepas Teresa (foto) memberikan taklimat kepada delegasi pelabur dari Guang Dong, China malam tadi.
Menurut Yong (foto), yang merupakan orang kanan presiden SAPP yang juga bekas ketua menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee, parti tersebut tidak dijemput menghadiri mesyuarat dewan tertinggi BN sebanyak enam kali dalam bulan-bulan kebelakangan ini.
Sementara itu, bercakap dalam satu sidang media di Kota Kinabalu, Teck Lee berkata, lawatan ke Taiwan anjuran Kelab Penyokong BN (BBC) telah menjadikan ahli-ahli Parlimen yang menyertainya bahan cemuhan dan menjejaskan nama baik Parlimen.
“Jika saya tidak dengar apa-apa dari polis esok atau pada hari Isnin, saya akan ke mahkamah dan buat mereka jawab mengapa mereka menahannya," tambahnya.
“Ini mungkin sebahagian daripada usaha menggagalkan '916' (September 16), tetapi lebih penting lagi, saya rasa ianya dalah untuk mengukuh dan mengekalkan kuasanya dalam Umno kerana kedudukannya sebagai perdana menteri telah dicabar secara terbuka," kata Lim merujuk kepada kenyataan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak perdana menteri menyerah kuasa lebih awal.
"Mereka teguh menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap segala penyalahgunaan kuasa, korupsi dan politik perkauman yang sering dimainkan oleh elit pemerintah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tan merupakan wartawan yang melaporkan ucapan berbaur perkauman yang mengaitkan ketua Umno bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, yang didakwa berkata kaum Cina "menumpang" di negara ini.

"Jadi polis menahan dia (semalam) untuk mendapatkan beberapa maklumat yang mungkin dia tahu. Selepas itu dia boleh dibebaskan," katanya.
Ketika Malaysiakini menghubunginya pada jam 1.25 tengahari, anggota polis masih berada di rumahnya.
Lamanweb Malaysia Today telah disekat sejak minggu lalu, tetapi sekatan itu telah ditarik balik semalam.
Kali pertama, beliau ditangkap di bawah ISA pada 11 April 2001 ketika gerakan reformasi di mana sembilan orang telah ditahan. Pada masa itu, beliau merupakan webmaster lamanweb FreeAnwar.com
Abdul Razak Baginda, rakan rapat Najib, didakwa bersubahat membunuh wanita Mongolia yang berusia 28 tahun itu, di mana mayatnya telah diletupkan.
Beliau yang juga Pengerusi Risda berkata mesyuarat itu akan membincangkan perkara itu secara lebih rasional dan terbuka, ikhlas dan jujur berasaskan fakta yang betul, tepat dan berasas untuk masa depan pemimpin Umno.




