Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, September 11, 2008

Peralihan kuasa 16 September - PAS Johor adakan Munajat Perdana

BATU PAHAT, 11 Sept (Hrkh) - PAS Johor akan mengadakan munajat perdana khusus bagi memohon pertolongan Allah swt agar usaha untuk merealisasikan peralihan kuasa pada 16 September ini berjalan dengan lancar dan aman.

Iklan

"Munajat perdana yang akan diadakan ini merupakan inisiatif PAS Johor dalam usaha untuk memastikan proses peralihan kuasa ini berlaku dalam suasana aman serta tidak menimbulkan sebarang kejadian yang tidak diingini," kata Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman, di sini, kelmarin.

Menurutnya, solat hajat perdana yang akan diadakan di Dataran Dewan Pemuda PAS Johor, Taman Renggam Jaya Simpang Renggam, 12 September ini akan bermula dengan majlis berbuka puasa, diikuti dengan solat hajat dan disusuli dengan ceramah oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub serta Pesuruhjaya PAS Johor, Dato' Dr Mahfodz Mohamad.

Mazlan yang juga AJK PAS Pusat, menyeru seluruh umat Islam di Johor turut serta dalam majlis yang sangat penting ini.

"Kita semua tentunya mengharapkan segala-galanya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan yang boleh membantutkan proses peralihan kuasa ini, kita mahu proses ini berlangsung secara aman serta tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

"Bagi kita tiada tempat lain lagi untuk memohon pertolongan selain Allah swt, hanya kepada Allah swt sahaja tempat kita bermunajat dan memohon pertolongan supaya matlamat untuk mengambil-alih kuasa yang sekaligus menyelamatkan negara ini tercapai," katanya.

Sehubungan dengan itu beliau amat mengharapkan seluruh umat Islam di negeri ini turut serta dalam solat hajat perdana ini.

"Selain itu PAS Johor juga mengharapkan komitmen seluruh pimpinan dan ahli PAS di negeri ini untuk sama-sama menjayakan program ini, katanya.

Click Here!

Umno didakwa cuba cetuskan isu perkauman

Umno kini cuba mencetuskan isu berbaur perkauman secara terbuka setelah parti itu gagal memikat hati dan sokongan orang-orang Melayu selepas pasca pilihan raya umum ke 12 baru lalu.

Di maklumat bahawa banyak majlis yang disertai oleh kepimpinan Umno sebelum ini diwarnai dengan ucapan-ucapan berbau perkauman terutama sekali majlis-majlis tertutup yang dihadiri oleh orang Melayu.

Di Terengganu sebelum ini dilaporkan ada pemimpin Umno negeri itu bercakap tentang isu tersebut bila berdepan dengan orang Melayu termasuk peniaga-peniaga kecil yang menyertai seminar atau kursus tertentu di negeri tersebut.

Mereka didakwa bercakap menghentam kaum bukan Melayu untuk kononnya menaikan semangat orang Melayu bagi tujuan mengatasi pencapaian yang diperolehi oleh kaum bukan Melayu tersebut.

Difahamkan juga soal kaum bukan Melayu sebagai pendatang menurut sejarah, juga dibangkit kan mereka di majlis-majlis berkenaan.

Cuma sebelum ini mereka bercakap secara tidak tertutup, tidak terbuka seperti yang didakwa dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang kini digantung keahliannya dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun oleh Majlis Tertinggi Umno.

Sebelum ini, insiden seumpama ini sengaja didiamkan oleh kepimpinan Umno kerana disifatkan ia tidak banyak memberi kesan terhadap kestabilan hubungan kaum di negara ini.

Bagaimanapun selepas Umno hilang pedoman dan sokongan rakyat serta percakaran dalaman begitu parah, parti itu semacam mencari alternatif mudah untuk memperkasa dan mempertahankan keutuhan parti berkenaan dengan mencetuskan isu-isu sensitif termasuk kenyataan terbaru bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohd. Khir Toyo mendakwa ada usaha untuk menghalang azan di laungkan di negeri tersebut.

Berikutan itu Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood telah membuat satu laporan polis ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo berikutan satu kenyataan mengenai isu petisyen azan di Puchong.

Kini Umno menggunakan isu perkauman ini untuk sekurang-kurangnya boleh mencetuskan satu insiden pergaduhan kaum yang boleh mengundang undang-undang darurat digunakan bagi alternatif menghalang kejayaan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru pada atau selepas 16 September ini.

Umno juga dikatakan menjadi punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan ia dicatat dalam sejarah yang disembunyikan. Pergaduhan kaum di Kuala Lumpur ketika itu dikatakan hasil cetusan atau perancangan Umno untuk menguatkan semula parti itu yang agak lemah kedudukannya ketika itu.

Parti itu kini hampir pasti mencetuskan semula idea berkenaan untuk menyelamatkannya dari terus karam dari persada politik tanah air.

Rakyat perlu berwasada dengan idea atau tindakan liar, luar jangka mungkin berlaku sehingga berlaku pergaduhan kecil di mana-mana tempat di seluruh negara ketika ini agar sejarah hitam itu tidak berulang kembali.

Biarkanlah Si Luncai dengan Labu-labunya. Biarkanlah Umno dengan kehancurannya kerana ia bukan lagi parti yang boleh memberi kesejahteraan sebenar kepada rakyat melihat rekod 51 tahun pemerintahannya sebelum ini.

Harapan baru ialah bersama Pakatan Rakyat dan rakyat kini menunggu munculnya kerajan baru menggantikan Barisan Nasional tidak lama lagi.

Click Here!

Isu Azan: Laporan polis terhadap Khir Toyo

Sep 11, 08 1:03pm

Seorang ahli Parlimen hari ini PAS membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman berhubung isu azan di Selangor.

Laporan tersebut dibuat oleh ahli jawatankuasa PAS pusat, Dr Siti Mariah Mahmud, di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi tadi.

siti mariah mahmudDr Siti Mariah juga merupakan ahli Parlimen PAS bagi kerusi Kota Raja.

Dalam laporan tersebut, beliau mendesak pihak polis supaya menyiasat dakwaaan Dr Mohd Khir mengenai kononnya ada usaha-usaha melarang laungan azan di masjid-masjid di Puchong dan Kota Damansara.

khir toyo 181207Katanya, Dr Mohd Khir dilaporkan membuat dakwaan tersebut dalam laporan akhbar Utusan Malaysia yang bertajuk 'Ada Usaha Larang Azan di Masjid-masjid Selangor' pada 9 September lalu.

Dr Siti Mariah berkata, sekiranya dakwaan itu tidak benar, maka tindakan sewajarnya diambil ke atas bekas menteri besar Selangor itu kerana didakwanya menabur fitnah dan menghasut.

Menurutnya, perbuatan tersebut perlu dipandang serius kerana ia boleh membangkitkan pergeseran antara agama dan bangsa di Malaysia.

Beliau juga juga memint pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan ke atas blog pembelamelayu.com yang didakwanya telah menyiarkan berita palsu berhubung perkara yang sama.

Dr Siti Mariah berkata, blog tersebut mendakwa petisyen mengenai suara azan tidak dibenarkan, telah dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, katanya, selepas beliau merujuk kepada hansard/kenyataan persidangan, untuk memastikan kebenaran dakwaan tersebut, ternyata kesemua dakwaan tersebut tidak benar.

Katanya, perkara itu telah menjadi percakapan rakyat umat Islam dan pihak polis perlu bertegas sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku. Click Here!

Negara stabil, tentera tidak campuri isu perkauman - Panglima ATM

11-09-2008 12:16:31 PM

(MSTAR) KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi jaminan tidak akan mencampuri urusan politik termasuk dalam isu-isu berkaitan dengan sentimen perkauman, yang menjadi topik hangat sejak kebelakangan ini.

Sebaliknya, menurut Panglima ATM, Jen. Tan Sri Abdul Aziz Zainal (gambar), pihaknya menyerahkan kepada pemerintah untuk menguruskannya.kerana ia melibatkan elemen politik.

Bagaimanapun beliau mengaki bahawa negara masih berada dalam keadaan stabil.

Beliau menyatakan demikian di Kementerian Pertahanan sebentar tadi.

Dua hari lalu beliau menyarankan agar kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang membangkitkan isu-isu berbaur perkauman kerana perbuatan sedemikian boleh mencetuskan keadaan huru-hara.

Click Here!

Ramlang ditukar ke Jakim

Sep 11, 08 10:39am
Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi telah ditukar ke bahagian pentadbiran dan kewangan di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya, berkuatkuasa 9 September lalu.


Surat bertarikh 8 September itu ditandatangani oleh pengarah bahagian berkenaan, Abdul Murat Abdul Wahab.

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808 01Surat tersebut tidak menyatakan sebab-sebab Ramlang ditukar ke bahagian berkenaan.

Bagaimanapun, surat itu menyatakan Ramlang dikekal pada Gred 17.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Ahmad Nizam Hamid ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

Pada 15 Ogos lalu, Ramlang adalah antara empat imam Masjid Wilayah Persekutuan yang diarahkan menghadiri majlis angkat sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan di masjid tersebut yang mendakwa dia diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun.

Ramlang kemudiannya muncul di tiga majlis anjuran Pakatan Rakyat pada 24 Ogos lalu - dua hari sebelum hari pengundian pilihanraya kecil Permatang Pauh - meminta supaya beliau tidak dikaitkan dengan majlis sumpah laknat Saiful kerana hadir tanpa perancangan awal dan hanya kebetulan berada di masjid untuk urusan pernikahan.

ramlang permatang pauh ceramah 250808 02Ramlang juga menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah Saiful itu tetapi tidak menyatakan lebih lanjut pihak yang mengarahkannya berbuat demikian.

Sementara itu, Ahmad Nizam berharap tindakan Jakim itu tidak bersifat 'pemecatan konstruktif'.

"Ini bukan pemecatan tetapi memberi tekanan kepada pekerja. Dalam kes ini kadang-kadang mereka bagi meja dan kerusi tapi kerja tidak ada.

"Saya harap Jakim tidak melakukanm perkara itu (terhadap Ramlang)," katanya.

Menurut Ahmad Nizam lagi, sudah tentulah anak guamnya kini dalam keadaan sedih.

Katanya, walaupun gred jawatan Ramlang adalah sama tetapi dia tidak lagi menjadi imam.Click Here!

2 MP Gerakan isytihar lompat parti di Taiwan?

Saya mendengar khabar, ada dua Ahli Parlimen dari Gerakan yang berada di Taiwan dikatakan telah mengisytiharkan diri melompat parti masuk Pakatan Rakyat.

Khabar belum sahih ini disampaikan seorang teman di Terengganu melalui SMS diterimanya. Bagaimanapun dalam siasatan saya media internet belum menyatakan perkara ini sama ada betul atau hanya khabar angin.

Yang jelas ialah kenapa Barisan Nasional (BN) membawa melawat kira-kira 40 ahli Parlimen (MPnya) ke Taiwan di saat Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim merencanakan 16 September ini sebagai tarikh bertukar kerajaan?

Jika benar mustahil MP BN itu tidak akan melompat parti kenapa mereka dibawa ke Taiwan dan berada di sana sehingga tarikh 16 September?

Khabarnya wartawan-wartawan seluruh dunia tertumpu di Taipei, ibu negara Taiwan untuk menemui ahli-ahli parlimen berkenaan bagi mengetahui sama ada benar atau tidak mereka akan bersama Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi setiap adanya sidang akhbar mahu mengelakkan diri dari bercakap berkait dengan isu melompat parti dengan pelbagai alasan.

Ini menunjukkan bahawa Abdullah semacam mengiayakan apa yang disebarkan dalam media dan apa yang dinyatakan oleh Anwar.

Kalau tidak takkanlah Abdullah bersikap sedemikian rupa.

Orang takut dengan sesuatu situasi akan bertindak bodoh menampakkan ketakutanya sehingga menyebabkan orang ramai mengetahui bahawa dirinya takut dan gementar menghadapi suasana tersebut.

Jika tidak berlaku lompat parti mengapa perlunya dihantar MP BN ke Taiwan atas apa motif sekalipun dalam tempoh perancangan yang dibuat Anwar (sehingga 16 September).

Bukankah tindakan sedemikian mengiyakan apa yang diwarwarkan sebelum ini?

Eloklah Abdullah meletak jawatan segera sebagaimana cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyidin Yassin sebelum ini untuk menyelamatkan keadaan sekaligus menghalang dari kehancuran Umno/BN membarah.

Pemimpin Umno, MCA dan PPP Negeri Sembilan akan umum keluar parti hari ini - Badrul

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Hrkh) - Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin memaklumkan kepada Harakahdaily, hari ini beberapa pemimpin Umno, MCA dan PPP di Negeri Sembilan akan mengumumkan keluar parti.

Iklan




Badrul Hisham mendakwa, pengumuman itu akan dibuat dalam satu sidang media di Pejabat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri Sembilan di Rahang pada jam 10.00 pagi ini.

Dalam sms ringkasnya kepada Harakahdaily beliau bagaimanapun tidak memaklumkan nama-nama pemimpin yang akan mengumumkan keluar parti.

Kata Badrul Hisham, sehubungan dengan pengumuman keluar parti itu, mereka akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam KeADILan.

Sidang Media ini dijangka akan mendapat liputan besar di kalangan wartawan media di negeri tersebut memandangkan semalam Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohammad Hassan dalam satu laporan Sinar Harian menyebut bahawa tidak akan berlaku anggota BN menyertai Pakatan Rakyat.

Mohammad juga mendakwa perkara itu sebagai mustahil akan berlaku memandangkan Umno di negeri tersebut cukup kuat.

Click Here!

RM3 billion berjaya dibawa masuk untuk beli wakil rakyat?

10 Sep 2008 3:19PM

Oleh Datuk Ibrahim Yahaya

Posting Asal

Saya pernah menulis kisah Ahli Parlimen Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan pada 27 Mei lalu yang menyatakan beliau ditawarkan wang lumayan untuk melompat parti yang "tidak habis makan" untuk tiga generasi.

Ketika itu, saya tidak dapat membayangkan jumlahnya sama ada ia RM10 juta, RM30 juta atau RM100 juta?Bagi saya, secara kasarnya, satu generasi ialah lebih kurang 25 tahun dan tiga generasi ialah 75 tahun.

Oleh itu, berapa banyakkah wang yang ditawarkan kepada Datuk Abdul Rahman yang boleh "dimakan" sehingga tiga generasi? Boleh dimakan sehingga 75 tahun?

Saya juga melaporkan dalam program Rancangan Parlimen RTM1, Datuk Abdul Rahman membuat gambaran bahawa jika seorang Ahli Parlimen dibayar RM100 juta maka pihak yang ingin mencapai cita-cita untuk menguling kerajaan memerlukan RM100 juta X 30 orang yang boleh mencecah angka RM 3 bilion.

Beliau seterusnya berkata jika angka RM3 bilion itu ditukarkan menjadi dollar Amerika ia mungkin sekadar kurang US$1 bilion saja.

Beberapa soalan saya kemukakan dalam posting 27 Mei itu:

1. Apa kaitan jumlah RM100 juta dan dollar Amerika itu?"

2. Adakah Datuk Abdul Rahman menyatakan beliau pernah ditawarkan RM100 juta atau lebih daripada itu?

3. Adakah pihak yang menawarkan RM100 juta itu ada kaitan dengan Amerika Syarikat sehingga beliau perlu "menukarkan wang yang ditawarkan" itu ke dollar Amerika?

Minggu ini, ejen kenit memberitahu saya bahawa ada pihak telah membawa masuk RM3 bilion secara tunai dari sebuah negara Afrika ke negara ini bagi tujuan membeli wakil rakyat Barisan Nasional yang ingin "melompat".

Negara Afrika itu dikatakan sebagai transit point dari sebuah negara lain.

Wang itu yang "diseludup" menerusi satu entry point di Sepang telah berada di tangan sebuah parti politik untuk digunakan bagi membeli wakil rakyat yang ingin melompat.

Sebahagian besarnya dikatakan diperuntukkan bagi wakil rakyat di Sarawak.

Daripada perkiraan saya, jika wang RM3 bilion diagihkan untuk membeli 30 wakil rakyat, masa setiap mereka akan memperolehi RM100 juta. Itulah sebabnya Datuk Abdul Rahman menyatakan "tiga generasi".

Bagaimanapun, angka terakhir yang diuar-uarkan oleh Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng, baru-baru ini ialah parti itu sudah mendapat 40 orang wakil rakyat BN. Maka jumlah tawaran itu mungkin terpaksa dikurangkan.

Wakil rakyat mana yang sudah mula kabur? Siapa yang masih setia dengan BN? Dan soalan terakhir ialah, "Siapa yang untung daripada episod membentuk kerajaan mengikut "pintu belakang" ini?

Posting Kedua

Maklumat terbaru yang saya terima ialah wang dibawa masuk ialah RM300 bilion. Wow, banyaknya wang itu. Nak beli sebuah negara ke?

*Penulis merupakan bekas wartawan kanan beberapa syarikat media terkemuka di Malaysia. Blog beliau boleh dilayari di http://duniatiger.blogspot.com


Dan kini, heboh pula kenyataan 'tembak wartawan'

Sep 10, 08 9:31pm
ketika isu yang membabitkan Datuk Ahmad Ismail telah hampir reda, kini tercetus satu lagi kontroversi membabitkan seorang lagi pemimpin Umno.

Sekurang-kurangnya dua laporan polis telah dibuat terhadap ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN), Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim, yang juga setiausaha Umno negeri dan ahli dewan undangan negeri Penaga.

Dalam satu sidang akhbar dua hari lalu, Azhar telah mensasarkan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, yang pertama melaporkan kenyataan Ahmad yang didakwa memperkecilkan kaum Cina dalam satu ceramah Barisan Nasional (BN),

Azhar dilaporkan berkata bahawa apa yang ditulis itu boleh mencetuskan rusuhan kaum dan jika ia berlaku, maka wartawan tersebut sepatutnya ditembak.

Sidang akhbar itu, yang diadakan oleh Ahmad, menjadi kecoh apabila gambar bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga pengerusi BN Pulau Pinang, diturunkan dari dinding ibupejabat Umno dan dikoyak.

Laporan polis yang terbaru dibuat oleh ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng di balai polis Sentul di Kuala Lumpur.

Lim yang merujuk kepada laporan Malaysiakini semalam, berkata tindakan Azhar itu boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan.

Menurut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, mereka yang didapati bersalah melakukan ugutan jenayah boleh dihukum sehingga tujuh tahun penjara.

"Oleh itu, saya menggesa pihak polis menyiasat perkara itu dengan segera," kata Lim.

Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini memutuskan untuk menggantung keahlian Ahmad selama tiga tahun.

Beliau juga dilucutkan dari semua jawatan dalam parti. Berita asal

Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising