Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, September 10, 2008

Anwar dakwa sanggup ke Taiwan

10-09-2008 08:26:19 PM
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan ke Taiwan, jika perlu, untuk berjumpa dengan 49 Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang melakukan lawatan sambil belajar ke negara itu.

Kata Anwar beliau tidak putus hubungan dengan anggota Parlimen berkenaan dan sanggup ke pergi ke negara itu jika mereka ingin berjumpa dan berbincang dengannya.

"16 Sept akan adalah suatu realiti. Saya telah berjumpa dengan semua pemimpin Pakatan dan kami membincangkan perkara itu secara terperinci, dan memanglah kami menghadapi beberapa masalah teknikal apabila 49 anggota Parlimen itu dihantar ke luar negara," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu prosiding di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berhubung tuduhan liwat.

Kumpulan berkenaan, yang diketuai Timbalan Pengerusi Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional Datuk Bung Mokhtar Radin, dijadual pulang ke tanah air pada 17 Sept.

Mengulas keputusan bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali menganggotai parti itu, Anwar berkata: "Hendak tolong kapal karam secepat mungkin?".
Mengenai kenyataan Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Abdul Aziz Zainal yang meminta kerajaan bertindak tegas terhadap mereka yang mengapi-apikan isu perkauman, Anwar berkata perkara itu perlu diberi perhatian serius.

"Saya menyambut baik kenyataan tersebut dan merayu semua kaum dapat mengawal perasaan masing-masing dan tidak dipergunakan oleh sesiapa untuk mencapai agenda politik mereka," katanya. BERNAMA Click Here!

Dua AJK UMNO Hulu Terengganu Dakwa Dipecat Ketua Bahagian Tanpa Sebab

KUALA TERENGGANU, 10 Sept (Bernama)-- Dua anggota jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Terengganu mendakwa mereka dipecat oleh ketua bahagian itu Datuk Tengku Putera Tengku Awang tanpa alasan kukuh.

Mohd Pauzi Yusof dan Jalaluddin Ismail berkata mereka menerima surat pemecatan bertarikh 4 Sept beberapa hari lepas yang ditandatangani oleh Tengku Putera.

"Pemecatan kami dirujuk mengikut Fasal 15.12.1 Perlembagaan UMNO," kata Mohd Puzi kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Pauzi, yang memegang jawatan tersebut sejak 2000, berkata walaupun beliau dan Jalaluddin telah dilantik untuk menyandang jawatan tersebut dan ketua bahagian berkuasa untuk mengambil tindakan itu tetapi alasan pemecatan masih perlu diberikan.

Beliau mendakwa pemecatan itu berkemungkinan disebabkan oleh tindakan mereka mencadangkan calon lain untuk bertanding sebagai Ketua Bahagian dalam mesyuarat UMNO cawangan baru-baru ini.

Katanya tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan dalam keadaan politik pada masa kini kerana ia boleh memecah perpaduan ahli parti.

Selain Mohd Fauzi dan Jaluluddin, setiausaha Umno bahagian itu, Baharudin Bilaldiah, turut dipercayai dipecat daripada jawatannya itu.

Ketika dihubungi, Baharudin sekadar mengesahkannya tanpa mengulas lanjut. Click Here!

Pemuda PAS tolak campur tangan tentera...

Sep 10, 08 4:07pm
Dewan Pemuda PAS pusat (DPP) menolak sebarang campur tangan tentera dalam menangani isu perkauman di negara ini.

Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, DPP memandang serius kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal bahawa isu perkauman yang dibangkitkan sekarang boleh mencetuskan huru-hara.

"DPP tidak menafikan bahawa isu ini boleh membawa kepada pergolakan politik bagi sesebuah negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia.

"Tetapi DPP menolak sebarang campur tangan tentera dalam soal ini," kata Salahuddin, yang juga ahli Parlimen Kubang Krian, dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kenyataan Abdul Aziz itu jelas menunjukkan bahawa pihak tentera sedang memantau keadaan yang ada.

Namun, tambahnya, ia tidak bermakna tentera patut terlibat sama secara terbuka.

Salahuddin berkata, pergolakan yang sedang berlaku sekarang bukan melibatkan pemimpin atau penyokong Pakatan Rakyat.

Katanya, penyokong Pakatan telah merobohkan tembok perkauman sehingga orang Cina dan India tidak lagi kekok menyokong PAS yang selama ini dilabel sebagai ekstremis Islam.

Manakala orang Melayu pula, katanya, sedia menerima DAP walaupun mereka sering dimomokkan sebagai chauvinis Cina.

Sebaliknya, Salahuddin mendakwa, Umno yang terdesak, telah membangkitkan semula isu perkauman sehingga ada yang mendesak parti komponen BN yang lain keluar daripada gabungan tersebut.

Parti-parti lain pula, katanya, mengambil kesempatan untuk menyalahkan Umno dan ini yang menyebabkan krisis perkauman di negara ini.
Click Here!

Muhyiddin mahu PM serah kuasa lebih awal

Sep 10, 08 8:04pm
Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi patut memikirkan semula pelan peralihan kuasanya untuk mengundurkan diri menjelang 2010 kerana tempoh masa itu terlalu lama.

Pelan peralihan kuasa yang diumumkan oleh Abdullah dua bulan lalu, dakwanya, telah "tenggelam" dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

"Tahun 2010 adalah terlalu lama," katanya dalam sidang akhbar pada acara tidak rasmi sempena Persidangan CEO Forbes Global di Singapura.

Di bawah pelan tersebut, Abdullah akan menyerahkan perdana menteri, pengerusi Barisan Nasional (BN) dan presiden Umno kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010, demikian menurut Bernama.

Malah, kata Muhyiddin, beliau turut bertanya kepada Najib sama ada mahu menunggu selama itu kerana beliau (Najib) akan hanya mempunyai masa yang singkat untuk mengurus dan mengembalikan semula kenyakinan rakyat kepada Umno dan BN.

Sambil menyatakan yang beliau memang berfikiran kritis mengenai perkara itu kerana ia melibatkan kepentingan rakyat Malaysia, menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu meminta Abdullah memikirkan semula mengenainya.



'Permainan politik'

Abdullah berkata, pelan peralihan kuasa itu demi untuk memperkukuhkan perpaduan Umno dan memudahkan ahli berikutan terlalu banyak permainan politik selepas pilihanraya umum lalu yang BN menang dengan majoriti mudah di Parlimen.

Ditanya mengenai spekulasi yang beliau akan bekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah, masing-masing untuk mencabar bagi jawatan presiden dan timbalan presiden Umno, Muhyiddin menjawab: "Seperti anda katakan, ia hanya spekulasi."

Spekulasi itu timbul ekoran pertemuan antara Muhyiddin dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di kediaman bekas perdana menteri itu di Cyberjaya Sabtu lalu, di mana Tengku Razaleigh juga hadir.

Dalam pertemuan itu, Dr Mahathir juga menyuarakan hasratnya untuk menyertai semula Umno selepas keluar parti pada Mei lalu.

Muhyiddin berkata walaupun Dr Mahathir telah keluar Umno, beliau masih banyak bercakap mengenai parti itu, terutamanya mengenai cara untuk memperkukuhkannya dan mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap parti.

Beliau berkata, ia merupakan satu langkah baik oleh Dr Mahathir dan percaya ia akan turut dialu-alukan oleh anggota Umno kerana ia akan membuatkan parti kembali bersemangat tinggi.


'Perlu bersikap terbuka'

Bagaimanapun, setakat ini beliau tidak tahu reaksi Abdullah terhadap hasrat Dr Mahathir untuk menyertai semula Umno.

"Kita perlu bersikap terbuka mengenainya dan pandangan Dr Dr Mahathir masih diperlukan, dan beliau boleh menyumbang ke arah memperkukuhkan parti," kata Muhyiddin.

Mengenai kenyataan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam tadi yang sasaran beliau untuk membentuk kerajaan pada 16 September mungkin tidak tercapai dan kenyataan beliau hari ini bahawa pelan itu kembali berjalan mengikut perancangan, Muhyiddin berkata: "Beliau memang sentiasa (berbuat demikian) "berdolak-dalik" dalam tindakannya yang hanya bertujuan untuk menarik
perhatian rakyat."

Malahan dari awal lagi, Muhyiddin berkata, beliau tidak percaya dengan perancangan Anwar untuk mengambil alih kerajaan.

Dan sebagai ahli politik yang telah lama berkecimpung dalam politik, katanya beliau tahu bukan menjadi trend di kalangan ahli politik di Malaysia untuk melompat parti secara beramai-ramai.

Muhyiddin berkata, Anwar memang terkenal pandai "mengubah keadaan" untuk disesuaikan dengan objektifnya. Click Here!

Ahmad terima keputusan MT

Sep 10, 08 6:56pm
Datuk Ahmad Ismail berkata beliau menerima keputusan Majlis Tertinggi (MT) terhadapnya berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.


ahmad ismail putrajaya meet pm 090908 06"Keputusan itu telah ditetapkan oleh Allah sejak Azali. Yang berlaku rentetan daripada itu, adalah sebab dan musababnya saja," katanya dalam sidang media di ibupejabat Umno di ibunegara petang ini.

Sebelum itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor telah menemui Ahmad untuk memaklumkam kepadanya mengenai keputusan MT tersebut.

Dalam mesyuarat khasnya hari ini, MT memutuskan Ahmad digantung keahliannya dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.

Ahmad berkata, walaupun beliau menerima keputusan MT itu, tetapi beliau tetap tidak akan memohon maaf.

"Saya tidak akan minta maaf, kalau saya kaki bodek, saya tak mai (tidak sampai ke) peringkat ini. Kerana ketegasan saya, yang saya kena (tindakan) ini. Saya kata, saya tanggung. Tiada masalah," katanya.

Ahmad berkata, ini kerana beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan oleh itu tidak perlu memohon maaf.

Ahmad juga berkata, beliau tidak membenarkan 10 buah bas yang membawa penyokongnnya datang ke depan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk memberi sokongan kepadannya.

Katanya, beliau berbuat demikian bagi mengelak berlakunya keadaan kelam kabut jika mereka hadir di situ.

Turun padang


Ahmad yang menyifatkan tindakan terhadapnya itu sebagai "tsunami" berkata, selepas tiga tahun, beliau berjanji akan melakukan 'comeback'.

Beliau berterima kasih kepada presiden parti Datuk Seri Abdullah Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak yang membawa perkara itu dalam perbincangan di peringkat MT Umno.

Beliau menyifatkan keputusan mesyuarat itu dibuat demi kesejahteraan negara.

gerakan koh tsu koon pc 041007 queryPerkara itu, tambahnya, membuktikan Abdullah dan Najib "tidak lembik dan berani membuat keputusan".

Beliau meminta penyokongnya di seluruh negara supaya bertenang dan beliau mungkin akan turun ke akar umbi untuk memberikan penjelasan mengenainya.

Secara sinis, beliau turut mengucapkan tahniah pada Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Kon kerana telah "memenangi permainan ini".

Ditanya mengenai desakan beberapa pihak supaya beliau didakwa di bawah Akta Hasutan, Ahmad berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis kerana beliau yakin dengan badan itu.

Ahmad digantung tiga tahun

Sep 10, 08 5:25pm

Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini memutuskan Datuk Ahmad Ismail digantung keahliannya dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun.

umno ahmad ismail mt meet 100908 abdullah najib pcKeputusan itu dibuat selepas MT mengadakan mesyuarat khas selama tiga jam di ibupejabat Umno ibunegara di ibunegara hari ini.

MT yang mempunyai 48 anggota dan merupakan badan pembuat keputusan tertinggi Umno itu, dijadual mula bermesyuarat jam 2.30 petang.

Mesyuarat khas itu diadakan ekoran kontroversi yang dicetuskan oleh ketua Umno Bukit Bendera itu, yang didakwa membuat kenyataan yang berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Ahmad telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina apabila didakwa berkata bahawa kaum itu "menumpang" di negara dan meminta mereka supaya tidak menjadi seperti orang Yahudi di Amerika yang mahu menguasai ekonomi dan kuasa politik.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila Ahmad membuat kenyataan menggesa Gerakan supaya keluar dari BN dan manakala seorang penyokongnya telah bertindak mengoyak gambar pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) semalam memutuskan untuk menyerahkan kepada Umno untuk memutuskan tindakan terhadap Ahmad.

umno mt meeting on ahmad ismail 100908 ahmad ismail.jpgKetika mengumumkan keputusan itu mesyuarat MT hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden Umno berkata, MT memandang serius perkara itu kerana kenyataan dan tindakan Ahmad telah mencetuskan ketegangan dan menimbulkan bantahan.

Katanya, parti-parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang menjejaskan kesejahteraan kaum.

Menurutnya, situasi hubungan kaum di Malaysia kini mula menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik.

Ditanya sama ada tindakan tegas akan diambil terhadap pihak-pihak yang membangkitkan isu perkauman, Abdullah berkata tindakan mungkin diambil melalui undang-undang.

Perdana menteri juga ditanya sama ada kerajaan akan mengguna Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mereka yang berbuat demikian.

Menurut Abdullah, kerajaan akan berbuat demikian sekiranya ia perlu dan tindakan itu difikirkan wajar.

Ditanya sama ada tindakan menggunakan ISA itu melanggarkan kebebasan bersuara, perdana menteri berkata tidak wujud kebebasan tanpa sekatan.

Menurutnya, undang-undang mesti dihormati dan "kita tidak boleh buat apa sahaja atas nama kebebasan."

Boleh merayu

Abdullah juga berkata, Ahmad mempunyai hak untuk merayu terhadap keputusan MT itu.

Beliau juga memberitahu pemberita bahawa anggota juga kabinet telah berbincang mengenai hubungan kaum dalam mesyuarat mingguannya pagi tadi.

Menurutnya, kabinet berpendapat bahawa terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hubungan antara kaum tidak baik dan terdapat ketegangan antara kaum.

Keadaan itu, katanya, diburukkan dengan banyak isu-isu dan kenyataan yang menyentuh sensitiviti kaum dan isu-isu yang kebiasaannya tidak dibangkitkan.

Sehubungan itu, kata perdana menteri, kerajaan tidak akan membiarkan keadaan itu berterusan.

Keputusan tidak sebulat suara?

Beberapa pemimpin Umno yang ditemui selepas mesyuarat MT tersebut memberi pandangan yang berbeza mengenai keputusan yang diambil terhadap Ahmad itu.

shahrir samad 250907Ahli MT, Datuk Shahrir Samad berkata tindakan yang dikenakan ke atas Ahmad adalah bersesuaian.

Isu tersebut, katanya, telah sampai ke tahap yang boleh memecahbelahkan parti-parti komponen BN.

Oleh itu, kata menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna itu berkata, tindakan mesti diambil.

shahidan kassim 01Seorang lagi ahli MT, Datuk Shahidan Kassim berkata tidak seorang pun yang boleh memainkan sensitiviti kaum tetapi bertanya sama ada Ahmad telah mendapat layanan yang adil.

"Jika anda mahu bercakap tentang keadilan, mengapa tidak ada tindakan yang diambil terhadap Suqiu atau orang yang mempermainkan lagu Negaraku?"

Sementara itu, Abdullah, ketika ditanya tentang kemasukan semula Tun Dr Mahathir Mohamad ke dalam Umno, Abdullah berkata, mesyuarat hari ini hanya membincangkan isu Ahmad sahaja.

Kes Anwar ditangguh kepada 24 Sept

Sep 10, 08 9:39am

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menangguhkan kes liwat terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 24 September depan ekoran bantahan terhadap perintah yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

anwar sodomy 2 trial session court 100908 03Apabila kes itu disebut pada jam 9.58 pagi tadi di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah, pihak pendakwa telah mengemukakan perintah untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, para peguam Anwar mempertikaikan perintah tersebut kerana ia ditandatangani oleh Abdul Gani, yang menurut mereka, tidak sepatutnya terbabit dalam kes tersebut kerana beliau adalah pihaknya disebut dalam aduan polis yang dibuat oleh Anwar berhubung dakwaan mereka bukti terhadapnya pada 1998.

Mereka berhujah bahawa sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.

anwar sodomy 2 trial session court 100908 01Anwar telah membuat laporan polis terhadap Abdul Gani dan Musa yang didakwanya telah mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya 10 tahun yang lalu.

Hakim Komathy kemudian menetapkan 24 September untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujah terhadap kesahihan perintah pemindahan kes yang ditandatangani oleh Abdul Gani itu.

Anwar meninggalkan mahkamah pada kira-kira jam 11.14 pagi.

Diserbu wartawan

Sebelum itu, Anwar tiba di Mahkmah tersebut jam 9.30 untuk sebutan tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.

anwar sodomy 2 trial session court 100908 02Anwar tiba dengan diiringi oleh peguamnya Sankara Nair; isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR serta dua orang anaknya - Nurul Izzah dan Nurul Hanna.

Sebaik sahaja tiba, Anwar diserbu oleh para wartawan dan jurugambar yang berada di situ untuk membuat liputan kesnya pagi ini.

Bagaimanapun, mantan timbalan perdana menteri itu tidak bercakap kepada pemberita.

Kira-kira 100 penyokong penyokongnya turut hadir. Anwar masuk ke bangunan mahkamah pada kira-kira jam 9.35 pagi.

pertuduhan terhadap anwar ibrahim 070808Beliau dihadapkan di mahkamah yang sama pada 7 Ogos lalu atas tuduhan tersebut dan Hakim SM Komathy membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Beliau juga menetapkan kes itu disebut pada hari ini.

Lima trak FRU

Menurut kertas pertuduhan terhadapnya, Anwar didakwa melakukan tuduhan tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pemimpin PKR telah memberi amaran akan berlakku protes jalanan sekiranya ikatjamin terhadap Anwar dibatalkan.

Anwar, yang menang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu, berkata beliau bakal menubuhkan kerajaan baru lewat bulan ini dengan bantuan ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang menurutnya akan menyertai Pakatan Rakyat.

Sementara itu, pihak polis telah meningkatkan kawalan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta. Sekurang-kurangnya lima trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ditempat di situ.

Para wartawan pula diminta mendaftarkan di tiga tempatan sebelum dibenarkan masuk ke dewan mahkamah untuk mengikuti kes Anwar

Anwar: Tarikh 16 Sept mungkin dilanjutkan...

Sep 10, 08 12:15pm
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau mungkin terpaksa melanjutkan tarikh 16 September untuk ahli parlimen Barisan Nasional (BN) menyertai Pakatan Rakyat.

Katanya, ini kerana BN telah menghantar ramai ahli parlimennya menyertai lawatan sambil belajar di Taiwan.

"Kita pasti mempunyai jumlah (ahli parlimen) yang mencukupi, tetapi kita perlu menunggu kerana mereka kini berada di Taiwan," kata Anwar dalam laporan akhbar the Star.

Mantan timbalan perdana menteri itu berkata, beliau mempunyai maklumat bahawa ahli-ahli parlimen tersebut tidak dibenarkan pulang dari Taiwan sebelum 16 September bagi menggagalkan rancangannya itu.

Pakatan Rakyat menguasai 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Sebelum ini, Anwar mendakwa beliau akan menubuhkan kerajaan baru apabila ahli parlimen BN menyertai Pakatan.

"Selepas berbincang dengan PAS dan DAP, tarikh tersebut boleh dilanjutkan walaupun sasaran kita sebelum ini, ialah 16 September," kata Anwar dalam ucapannya di kediamannya semalam.

Bagaimanapun, beliau percaya, kerajaan sekarang sukar untuk mematahkan kebangkitan rakyat.

Anwar berkata, Pakatan akan mengadakan mesyuarat petang ini atau esok mengenai persiapannya pada 16 September. Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising