Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, September 7, 2008

Demo: Zulkifli terima surat tunjuk sebab PKR hari ini


07-09-2008 05:00:14 PM
Oleh G. MANIMARAN dan NURUL AIN HUSSAIN

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin (gambar) hari ini menerima surat tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap beliau kerana mengetuai demonstrasi membantah forum anjuran Majlis Peguam pada 9 Ogos lalu.

"Hari ini PKR (Parti Keadilan Rakyat) memberikan saya notis tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap saya kerana mengetuai Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anjuran Majlis Peguam," kata beliau dalam blognya hari ini.

Zulkifli berkata, surat tersebut menyatakan kesalahan yang didakwa dilakukannya adalah menghalang forum "Masuk Islam: Artikel 121(1A)" anjuran Majlis Peguam.

"Saya mengambil sikap dalam keadaan Islam dihina saya akan tetap mempertahankan Islam, walaupun akan bercanggah dengan pendirian mana-mana pihak.

"Kalau tiba masa saya perlu memilih antara Islam dengan parti, saya tetap akan memilih Islam walaupun saya tahu akibatnya saya akan kehilangan dan kerugian, tambahan dalam keadaan Pakatan Rakyat dijangka mengambil alih kerajaan pada 16 September.

"Pada saya biarlah rugi duniawi daripada rugi di sisi Ilahi," katanya.

Kata Zulkifli lagi, beliau akan berdepan dengan Jawatankuasa Disiplin yang dijadualkan Selasa ini.

Sementara itu ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Zulkifli mengesahkan, beliau sudah menerima surat tunjuk sebab berkenaan.

"Ya, memang betul saya sudah terima surat tersebut di pejabat saya di Kuala Lumpur," katanya.

Jelasnya, Selasa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Disiplin PKR itu mungkin terpaksa ditunda kerana beliau mengendalikan kes di mahkamah.

"Saya mungkin akan meminta tarikh tersebut ditunda ke 15 September ini kerana minggu depan saya ada kes untuk dikendalikan di mahkamah," katanya yang ketika ini berada di kawasan Parlimennya.

Click Here!

DAP letak syarat, Anwar masih belum bukti MP BN sertai Pakatan

07-09-2008 07:58:22 PM

KUALA TERENGGANU: DAP tidak akan menerima kemasukan mana-mana Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke dalam pakatan pembangkang sekiranya kemasukan mereka itu adalah sematamata disebabkan faktor wang dan kuasa.

Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, parti itu hanya akan menerima kemasukan wakil-wakil rakyat BN ke dalam Pakatan Rakyat sekiranya mereka berbuat demikian atas prinsip mahu membawa perubahan demi membela nasib rakyat, dan bukannya atas dasar perjuangan 'periuk nasi politik' mereka.

Katanya, jika wakil rakyat BN keluar daripada parti yang selama ini memerintah semata-mata disebabkan mahu mendapatkan keuntungan kebendaan, ia merupakan satu tindakan yang tidak beretika.

"Sama ada pembentukan kerajaan baru berlaku atau tidak dalam masa sembilan hari lagi, ia bergantung kepada banyak perkara, perlu tunggu dan lihat.

"Tetapi jika mereka (wakil rakyat BN) mahu keluar parti untuk mendapat keuntungan kebendaan, ia tidak beretika dan bukan prinsip yang baik. Kami tidak akan menerimanya," kata beliau dipetik Bernama.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan penubuhan DAP cawangan Sungai Tong, Setiu dan Kampung Cina, Kuala Terengganu di sini hari ini dengan keahlian seramai 60 orang ahli.

Parti itu pernah membuka cawangannya di Kelantan pada tahun 1990, namun berkubur pada tahun 2002 ekoran kurang penerimaan daripada masyarakat setempat.

Di JAKARTA, Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), yang semalam membawa impiannya untuk menubuhkan kerajaan baru di Malaysia pada 16 September kepada media massa di Indonesia, masih gagal menyatakan siapa atau beberapa orang anggota Parlimen Barisan Nasional akan menyeberang ke pihaknya.

"Saya hanya akan menamakan mereka pada masa yang sesuai. Ini adalah persefahaman...perjanjian dengan teman-teman (para anggota parlimen itu)," katanya.

Walaupun ketika berkali-kali ditanya oleh media massa tempatan dan asing yang meliputi pertemuannya dengan Ikatan Cendikawan Muslim Indonesia (ICMI) di sini hari ini, beliau enggan menyatakan siapa atau berapa bilangan anggota Parlimen BN yang sudah mengesahkan menyeberang ke pihaknya.

Anwar menjelaskan bahawa harapan beliau berjumpa dengan ICMI adalah kerana menganggap pertubuhan Islam di Indonesia penting baginya, seperti juga di Malaysia.

Anwar, yang tetap yakin bahawa impiannya akan menjadi kenyataan pada 16 September, mendakwa beliau tidak menghadapi sebarang masalah lagi untuk mencapai tujuan itu.

Sambil menegaskan bahawa media massa di Malaysia tidak bebas dan hanya melaporkan berita dari sudut pandangan kerajaan Barisan Nasional, Anwar berkata beliau dapat memberikan kepastian kepada media massa Indonesia dan asing bahawa 'penghijrahan wakil-wakil rakyat BN' akan terjadi 16 September ini walaupun di Malaysia dilapor tidak akan berlaku.

Mengulas lawatan yang dirancang untuk anggota-anggota Parlimen BN ke luar negera sehingga 16 September, beliau berkata, "Saya akan tangani hal ini bila pulang ke Kuala Lumpur petang ini".

Beliau masih mendakwa mendapat maklumbalas positif daripada anggota-anggota Parlimen dari Sabah dan Sarawak malahan juga dari Semenanjung Malaysia. Click Here!

Gerakan ulangi mungkin keluar BN, MCA mahu kekal

07-09-2008 07:59:24 PM

KUALA LUMPUR: Gerakan mengulangi akan meninggalkan Barisan Nasional (BN) jika ia tidak dapat memainkan peranan "yang bermakna" dalam perikatan berusia lebih lima dekad itu, kata Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Gerakan sedang menyemak semula peranannya dalam BN, kata beliau dua hari selepas menyatakan pandangan sedemikian di Kelantan.

Kelmarin, kata beliau, Gerakan akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam BN sekiranya partiparti komponennya terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakya.

Di Kota Baharu kelmarin, sambil menegaskan Gerakan bukan parti "pak turut" dalam BN, Koh bagaimanapun berkata, parti itu tidak akan tergesagesa dalam tindakannya dan akan memberi "tempoh munasabah" sebelum mengambil sebarang tindakan.

Beliau yang menghadiri persidangan tahunan Gerakan Selangor hari ini, Koh memberitahu, parti itu akan terus mendesak agar BN melakukan perubahan dan pembaharuan berdasarkan realiti politik semasa serta jangan mengamalkan politik yang bersifst perkauman.

“Lihat simbol BN ialah dacing, ia menunjukkan satu konsep adil dan saksama, ia hendaklah diamalkan dalam semua bidang. Ia semangat asal BN dari dulu,” katanya.

Menegaskan semula bahawa parti itu bukanlah "pak turut" kepada BN, dan tidak akan bersikap sedemikan, Koh berkata, beliau mahu Gerakan dibawa berunding dengan lebih kerap sebagai rakan yang setara dalam membuat dasar dan keputusan di negara ini.

"Kami bukanlah 'pak turut' kepada BN secara sewenangwenangnya tanpa mempunyai apaapa peranan bermakna untuk dilaksanakan.

"Namun kami akan pertimbangkan, daripada segi dasar keseluruhan, apa yang kami boleh lakukan untuk rakyat, perpaduan, ekonomi dan negara. Kami akan mengambil kira peranan yang kami ada.

"Adakah kami mempunyai peranan yang bermakna untuk dilaksanakan? Ya. Saya fikir adalah wajar untuk kami mengkaji semula kedudukan kami dalam BN. Saya fikir ia sesuatu yang wajar untuk dilakukan, untuk mengkaji semula (hubungan). Ia bukan untuk memberi tamparan kepada rakan kami dalam BN. Kami bukanlah tidak bertanggungjawab," katanya.

Ditanya sama ada beliau gembira dengan kedudukan parti itu sekarang dalam BN, beliau berkata "Tidak terlalu gembira dan bukanlah tidak gembira sangat sehinggakan kami segera meninggalkan BN.

Semalam, Timbalan Perdana Menetri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Umno yang menjadi tunjang kepada kerajaan BN akan tetap menganggap warganegara Malaysia yang bukan Melayu sebagai rakan kongsi dalam memajukan negara dan hak mereka akan tetap dipelihara.

Sekalipun pelbagai pihak menyuarakan pelbagai pendapat berhubung isu "memohon maaf" berikutan kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail mengenai dakwaannya terhadap masyarakat Cina, Timbalan Pengerusi BN itu menegaskan, apa yang penting ialah dasar Umno terhadap kaum lain di negara ini.

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, Gerakan akan terus mendesak agar BN menggubal kod etika dan membentuk lembaga disiplin bagi memastikan anggota parti gabungan itu tidak menyentuh isu sensitif yang boleh menyinggung perasaan anggota lain.

Beliau juga meminta Dewan Tertinggi BN memanggil mesyuarat dengan secepat mungkin bagi membincangkan perkara itu memandangkan perasaan tidak puas hati semakin meningkat di peringkat akar umbi berikutan kenyataan Ahmad yang dianggap oleh Gerakan dan MCA sebagai bersifat perkauman.

BN tidak mempunyai mekanisme tatatertib bagi mengawal tatalaku anggotanya walaupun semua parti komponennya mempunyai lembaga disiplin masingmasing. Dewan Tertinggi BN dijangka bermesyuarat Selasa ini bagi membincangkan perkara itu.

"Kami perlu ada prosedur yang jelas dan tegas bagi menangani perkara seperti itu dengan berkesan. Ia mestilah sesuatu yang mengatasi segalanya (pelembagaan setiap parti).

"Oleh itu, saya mencadangkan agar Dewan Tertinggi BN bermesyuarat dengan secepat mungkin, sekurang-kurangnya untuk mencapai persetujuan pada dasarnya, untuk merangka kod etika bagi parti gabungan ini," kata Koh.

Dalam pada itu, di Ipoh, Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan hari ini berkata, tidak ada sebab untuk parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) seperti mana gesaan daripada anggota akar umbinya.

Beliau berkata, MCA bukanlah 'orang luar', sebaliknya bersama-sama Umno dan MIC sebagai pengasas kepada pembentukan parti Perikatan yang kini dikenali sebagai BN.

"Maka sebab itu sekiranya terdapat sebarang masalah, kita perlu menyelesaikannya bersama-sama. Itulah semangat yang patut kita ada dan bukannya membangkitkan soal menarik diri daripada BN. Menarik diri tidak akan menyelesaikan masalah," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pada ketika ini perpaduan dalam kalangan parti komponen BN lebih penting daripada bercakaran sesama sendiri, apatah lagi dengan dakwaan pihak tertentu kerajaan BN akan ditumbangkan menjelang 16 September ini.

"Sebenarnya bukan orang lain yang akan menumbangkan kita sebaliknya kita (BN) sendiri yang akan menumbangkan diri kita. Kita perlu ambil pengajaran daripada perkara itu.

"Berhenti bergaduh, berhenti membangkitkan isuisu yang boleh melukakan hati pihak lain dan bekerjalah secara berpasukan mencakupi konteks rakyat Malaysia keseluruhannya," katanya.


Sementara itu di KUALA KANGSAR, Timbalan Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin berharap sebarang masalah yang timbul akibat beberapa isu kebelakangan ini yang telah dipolitikkan oleh pihak tertentu akan dapat diselasaikan dalam semangat muhibah BN.

"Tidak perlu ada kata dua daripada manamana parti dalam BN untuk keluar daripada BN. Kita telah berada dalam gabungan ini lebih dari 50 tahun dan saya percaya masalah ini dapat diselesaikan," katanya kepada pemberita di Masjid Taman Kuala Kangsar malam semalam.

Beliau turut menasihatkan agar semua pihak yang berkaitan berhatihati dan tidak terlanjur kata dalam usaha memancing undi ketika menghadapi musim pemilihan parti masingmasing.

"Jangan kerana kita terlalu hendak memancing undi dalam pemilihan parti kita sendiri, kita sanggup keluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan dalam BN. (Pemuda) Umno akan menghadapi pemilihan juga dan janganlah kita keluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan hubungan kita dengan parti komponen yang lain.

"Sama juga dengan Pemuda MCA, jangan kerana hendak jadi hero dalam parti sendiri maka keluarkan kenyataan yang boleh mengguris perasaan kawankawan yang lain dalam BN," katanya.

Semalam bekas Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Han Chin Peng dan bekas Ketua Pemuda MCA Perak Datuk Tan Chin Meng menggesa pucuk pimpinan MCA supaya menimbangkan untuk keluar daripada BN.

Click Here!

Silaturrahim Bersama Teman-teman ICMI

06 Sep

Di dalam memenuhi kepadatan jadual yang disusun bersempena bulan Ramadhan al Mubarak dan Hari Malaysia 16hb September di tanah air, saya berkesempatan bersilaturahim dengan sahabat-sahabat dari Indonesia. Majlis yang dianjurkan oleh Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia itu diadakan di Menara Bank Mega, Jakarta Selatan.

Hadir sama ke majlis ini adalah sahabat-sahabat saya seperti Muslimin Nasution, Marwah Daud Ibrahim (Presiden ICMI seIndonesia), Fahmi Idris (Menteri Industri yang mewakili Dewan Penasihat ICMI), AM Fatwa, dan Adi Sasono (Wakil Ketua Dewan Pakar ICMI). Kami juga bertukar-tukar pandangan mengenai peranan demokrasi, pemimpin negara, dan etika politik di negara masing-masing. Sudah tentu prospek perubahan 16 September di sentuh!

Ternyata banyak sekali dapatan-dapatan baru yang saya peroleh setiap kali saya ke Indonesia. Mungkin ahli parlimen BN perlu ke sini terlebih dahulu sebelum menimba sesuatu di Australia?

ANWAR IBRAHIM

Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Perairan Phuket Dan Enam Negeri

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Angin kencang dan keadaan laut bergelora dengan ombak setinggi 3.5 meter dijangka melanda perairan Phuket, Thailand serta empat negeri di Malaysia iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan Perak mulai hari ini sehingga Khamis.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari Ahad angin kencang barat daya dengan kelajuan 40-50 kmsj berserta laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan itu termasuk di Bunguran, Condore, Reef North dan Pulau Layang-Layang.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut.

Sementara itu, ribut petir di perairan pantai di Miri, Bintulu, Limbang dan Mukah di Sarawak serta di barat Sabah boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40 km/j dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 2.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

"Keadaan ini dijangka berterusan sehingga malam ini," menurut kenyataan itu lagi.

Sementara itu, hujan lebat dan ribut petir berserta angin kencang yang sedang berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak utara dijangka berterusan sehingga petang ini.

Click Here!

10 tahun Reformasi, bahtera BN karam?

Amin Iskandar | Sep 4, 08 3:00pm
Tarikh keramat 2 September lalu disambut oleh gerakan Reformasi dengan tertabalnya Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. Anwar sekali gus dipersetujui oleh PAS dan DAP untuk dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Penasihat PKR boleh dikatakan antara ahli politik yang paling beruntung di Malaysia.

Sewaktu bersama Barisan Nasional, beliau memegang jawatan tertinggi seperti timbalan perdana menteri dan pernah merasai jawatan pemangku perdana menteri pada 1997 ketika Dr Mahathir Mohamad bercuti keluar negara buat sementara.

Sekarang apabila bertanding buat pertama kali dalam pilihanraya di luar BN, Anwar menang dengan bergaya (majoriti yang besar) dan masuk ke Parlimen dan kini memegang jawatan paling berpengaruh dalam pakatan pembangkang iaitu ketua pembangkang bagi menggantikan isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Usaha bunuh politik Anwar

Sepanjang tempoh berkempen bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh antara 16 hingga 26 Ogos lalu, kita dapat saksikan bagaimana BN menggunakan seluruh jentera kerajaan termasuk media arus perdana untuk membunuh karier politik tokoh PKR itu.

Menteri Penerangan, Shabery Cheek yang berjanji untuk memastikan RTM memberikan laporan yang adil terhadap semua pihak yang bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ternyata berbohong apabila saluran awam itu dijadikan sebagai mesin propaganda BN.

Antara usaha-usaha BN untuk mengalahkan Anwar ialah dengan memupuk budaya bersumpah atas nama Tuhan.

Sehari sebelum hari penamaan calon, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan bahawa beliau pernah diliwat oleh Anwar.

Sumpah laknat ini dilihat bertujuan mengurangkan sokongan orang Melayu terhadap Anwar kerana pengundi-pengundi Cina dan India tidak menjadikan isu sumpah sebagai faktor untuk memilih calon dalam pilihanraya kecil kerusi parlimen itu.

Akan tetapi sebaliknya yang berlaku. Sewaktu hari penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun, puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat yang majoritinya orang Melayu hadir untuk memberikan sokongan kepada Anwar.

Tidak cukup dengan sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful, timbalan perdana menteri Najib Razak juga bersumpah.

Najib bersumpah bukan untuk mengakui bahawa beliau pernah diliwat oleh Anwar, akan tetapi untuk menafikan bahawa beliau pernah mengenali dan bertemu dengan seorang wanita Mongolia apabila sering dilemparkan tuduhan beliau ada hubungan dengan Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dengan menggunakan bom C4 pada 2006 (dan kini kes tersebut masih dibicarakan).

Sumpah Najib juga gagal menarik perhatian orang Melayu untuk meninggalkan Anwar.

Bahtera mula karam

Dua hari sebelum 26 Ogos, hari pengundian di Permatang Pauh, bahtera Umno terlanggar dengan ketulan ais besar dan menyebabkan ia bergoncang.

Ramlang Porigi, imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi saksi kepada sumpah laknat Mohd Saiful, naik di atas pentas ceramah Pakatan Rakyat bersama-sama dengan mursyidul am PAS Nik Aziz Nik Mat dan Anwar, mendedahkan bahawa beliau sebenarnya dipaksa oleh pihak atasan untuk menghadiri sumpah pemuda itu.

Lemah lutut Najib dan jentera Barisan Nasional.

Mufti Wilayah Persekutuan digunakan untuk mengesahkan sumpah Mohd Saiful setelah tercemar dengan pengakuan Ramlang. Namun ia langsung tidak dapat menahan ombak deras kebangkitan rakyat.

Apabila keputusan pilihanraya kecil itu diumumkan, Anwar mendahului calon BN Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat (calon Akim). Misi BN untuk mengurangkan majoriti Anwar gagal.

Anwar menang dengan mendapat 31,195 undi berbanding dengan Arif Shah yang mendapat 15, 524 undi. Hanafi hanya mendapat 92 undi.

Mohd Ezam Mohd Nor dan teman-temannya (yang belot daripada perjuangan PKR) sudah pasti mulai sedar tentang siapa diri mereka sebenarnya. Tanpa Reformasi dan gerakan rakyat, Ezam dan teman-temannya hanyalah manusia biasa.

Ternyata kemasukan Ezam dan teman-temannya dalam Umno tidak membantu untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada Umno, akan tetapi ia menyebabkan pencapaian Umno dan BN lebih merosot berbanding dengan pilihanraya umum 8 Mac.

Saya sempat berada di Institut Perguruan Tuanku Bainun tempat keputusan pilihanraya kecil tersebut diumumkan. Apa yang menghairankan, semenjak petang lagi tidak ternampak seorang pun penyokong Barisan Nasional datang untuk menunggu keputusan pilihanraya tersebut diumumkan.

Mungkin Barisan Nasional sudah mengetahui keputusan pilihanraya tersebut dengan lebih awal dan ramalan ini mendorong BN menyuruh kesemua penyokongnya untuk pulang meninggalkan Permatang Pauh yang terkenal dengan keenakan masakan Nasi Kandar Melayu.

16 September jadi kenyataan?

Hari ini, desas-desus Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September ini menjadi semakin kuat dengan kembalinya Anwar sebagai anggota parlimen.

Dalam beberapa majlis, Anwar memberitahu media bahawa tarikh untuk Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan pusat masih lagi pada 16 September.

Semalam, ketua perhubungan PKR Sarawak, Dominique Ng memberitahu sidang akhbar di Kuching bahawa Pakatan Rakyat kini menjangkakan lebih 40 ahli parlimen akan melompat daripada Barisan Nasional.

Dengan penuh yakin Dominique Ng berkata, "Tiba 16 September ini, kita akan tunjukkan siapakah yang sebenarnya bermimpi atau bercakap besar."

Perkembangan ini menggoyangkan lagi pimpinan-pimpinan BN kecuali Mohd Ezam. Dalam wawancara bersama akhbar Sinar Harian awal September yang lalu, Ezam mengatakan bahawa 16 September adalah dongeng ciptaan Anwar untuk mengalihkan perhatian.
Persoalannya sekarang, percayakah Umno kepada cakap-cakap Mohd Ezam?

Ujian demi ujian yang diberikan oleh Umno terhadap bekas ketua Pemuda PKR satu persatu menemui kegagalan.

Pelbagai insiden berlaku seperti kenyataan ketua Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail bahawa Cina adalah kaum pendatang dan tidak boleh mendapat hak sama rata sewaktu kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh menyuntikkan lagi vitamin kepada Anwar dan Pakatan Rakyat.

Parti komponen Barisan Nasional seperti parti Gerakan dan MCA juga telah mula bising dan membuat laporan polis terhadap Ahmad.

Permohonan maaf Najib bagi pihak Umno kepada kaum Cina tidak dapat diterima. Mereka mahu Ahmad dikenakan tindakan tegas dan didakwa bawah Akta Hasutan.

Jangan kita terkejut pada tanggal 16 September ini jika Gerakan dan MCA juga antara parti-parti komponen BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat!


Pertembungan dalaman Umno

Ketika desas-desus 16 September hangat dibincangkan, pertelagahan demi pertelagahan beraku dalam Umno. Perebutan jawatan dan kekuasaan telah berada di tahap kemuncak.

Baru-baru ini di Kota Bharu, seorang ketua Umno cawangan cedera parah akibat disimbah adis oleh lelaki yang tidak dikenali.

Sementara itu pada mesyuarat agung tahunan Umno cawangan Sungai Machang Hilir, Lenggeng kecoh dan berlaku kejadian tolak-menolak dan kejadian membaling telur tembelang.

Dua insiden kecil ini antara contoh mengenai perpecahan yang sedang berlaku dalam Umno pada hari ini. Pemimpin-pemimpin Umno kini tidak lagi sayangkan parti mereka.

Yang mereka pentingkan kini hanyalah jawatan dan kuasa. Melalui jawatan dan kekuasaan, wang mudah untuk diperolehi.

Pergaduhan dan pertelagahan akan berlaku dengan lebih banyak lagi menjelang perhimpunan agung Umno, Disember akan datang. Akan tetapi pada ketika itu, nasi sudah menjadi bubur.

Anwar dan Pakatan Rakyat berkemungkinan sudah berjaya mengaramkan bahtera Umno yang telah mengemudi negara semenjak 1957.

Regim Umno dan Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai Perikatan) yang tertua di dunia sedang berada dalam keadaan nazak.

Setakat ini, tidak ada apa-apa ubat atau doktor pakar yang mampu menyelamatkan mereka.
Click Here!

MB Selangor yakin Pakatan 'on track' menuju 16 September

07 Sep 2008 12:37PM



"Rancangan 16 September Anwar Ibrahim masih aktif" Khalid Ibrahim

MENTERI Besar Selangor merangkap Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap yakin Pakatan Rakyat mampu merealisasikan impiannya untuk membentuk kerajaan persekutuan pada 16 September ini.

Beliau turut percaya Pakatan kini berada pada 'track' yang betul seperti yang dirancang oleh penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Khalid turut yakin akan ada ahli parlimen dari BN akan menyeberangi sempadan polititik dan melompat ke Pakatan bagi membentuk kerajaan.

Anwar yang sedang melakukan lawatan kerja di Indonesia masih yakin beliau akan berjaya membentuk kerajaan baru pada 16 September ini.

Ketika bercakap kepada wartawan di Jakarta, Indonesia, Anwar berkata, "respons awal daripada ahli-ahli Parlimen kerajaan adalah positif."

"Hanya isu sekarang ialah mereka (kerajaan) hendak memaksa ahli-ahli Parlimen (BN) berkunjung ke China atau ke negara-negara lain sehingga selepas 16 September, jadi kami terpaksa menghadapi keadaan itu.

"Kemungkinan kami akan menemui mereka pada 17 hari bulan kerana mereka akan kembali pada 17 (September)," kata Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat yang berada di Jakarta untuk menghadiri seminar lapor akhbar Mstar.

Difahamkan Anwar akan kembali ke ibu negara hari ini.

Menurut Mstar lagi Anwar dipercayai ada menemui beberapa ahli Parlimen berhubung isu melompat parti di ibu negara Indonesia itu.

"Rancangan untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September, diketuai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih aktif," kata Khalid di Klang.

Ketika ditanya sama ada sasaran 16 September menjadi realiti, Khalid yang juga Ketua PKR Selangor berkata, partinya tidak mahu mengatakan apa-apa buat masa sekarang.

"Kami tidak mahu buat spekulasi. Kami tidak membuat penilaian berdasarkan spekulasi," kata beliau ketika ditemui di dewan serbaguna Teluk Pulai. Klang.

Semalam, khabar angin kononnya tujuh parti komponen BN akan mengadakan sidang akhbar mengumumkan sertai Pakatan Rakyat tidak menjadi, sebaliknya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, tidak ada Ahli Parlimen BN yang akan meninggalkan perikatan ini menjelang 16 September ini. / KLpos, Mstar

Kes Presiden SAPP buktikan 'siasatan terpilih' BPR

Sun | Jun 22, 08 | 12:45:15 pm MYT

Semuanya hanya satu kebetulan, dakwa Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Iklan




Kenyataan itu terpaksa dibuat apabila khalayak umum melahirkan kehairanan atas 'kepantasan' BPR mengeluarkan kenyataan media berhubung siasatan rasuah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee 24 jam selepas parti komponen BN itu menyatakan hasrat mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Menurut Ahmad, apa yang berlaku hanya 'satu kebetulan' dan tindakan badan itu untuk menyiasat kes tersebut tidak ada kena-mengena dengan situasi politik tanah air masa sekarang.

"Kebetulan pada dua hari lalu, saksi utama kes Tan Sri Kasitah Gadam iaitu Datuk Wasli Mohd Said menimbulkan keterangan baru yang beliau (Wasli) pernah beberapa kali diarah membayar wang yang keseluruhannya berjumlah RM5 juta kepada ejen-ejen Yong.

"Justeru, BPR sebagai badan penguat kuasa undang-undang berhubung pencegahan rasuah mesti mengambil tindakan dan kita telah pun memulakan siasatan.

"Bagaimanapun, kita akan mengkaji nota keterangan mahkamah itu dahulu... apakah butir-butir yang ditimbulkan," kata beliau ketika ditemui pemberita sebelum menghadiri majlis makan malam sempena sukan tahunan BPR dan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) Singapura di Putrajaya pada 22 Jun.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Yong mengarahkan pembayaran wang lebih RM5 juta, iaitu hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri Sabah, kepada ejen-ejen pilihannya pada 1996.

Ahmad Said berkata, pihaknya tidak dipengaruhi sesiapa termasuk parti politik.

"Ketika Yong membuat kenyataan pun (berkaitan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri), saya berada di luar negara. Saya sendiri yang mengeluarkan arahan kepada pegawai-pegawai saya supaya siasatan terhadap Yong dimulakan," katanya.

Ketika ditanya berhubung dakwaan Yong yang BPR pernah mengambil kenyataan beliau berhubung kes yang sama beberapa tahun lalu, Ahmad Said berkata, beliau tidak tahu mengenai perkara itu.

"Saya pada masa itu bukan Ketua Pengarah justeru saya tidak tahu berkaitan hal itu.

"Tapi itu tidak penting. Yang penting adalah keterangan baru di mahkamah dan kita akan mengambil tindakan hasil daripada keterangan itu dan turut akan menyiasat lapan lagi individu lain yang disebutkan," kata Ahmad seperti dilapor mSTAR Online.

Ketika diminta mengulas isu ini, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabky Yusof mempersoalkan tindak-tanduk BPR yang tidak membuka kertas siasatan terhadap para pemimpin Umno dan BN yang dilapor terlibat dalam amalan rasuah selama ini.

Bagaimanapun, institusi pembanteras rasuah di bawah Jabatan Perdana Menteri itu cepat melakukan siasatan rasuah terhadap pemimpin-pemimpin Umno dan BN yang tidak lagi disukai atau diingini.

"Ini membuktikan BPR melaksanakan amalan siasatan terpilih," tegasnya.

Sabky juga mempersoalkan alasan 'keterangan baru' yang diterima BPR bagi membuka kertas siasatan Yong Teck Lee memandangkan bekas Ketua Menteri Sabah itu pernah disiasat atas dakwaan yang sama tiga tahun lalu.

"Bagi saya, alasan sebenar BPR bertindak adalah kerana Yong dan SAPP secara terbuka menentang Abdullah Ahmad Badawi," ujarnya.

Menurut Sabky lagi, jika BPR benar-benar serius memerangi rasuah, banyak kes membabitkan para pemimpin Umno dan BN disiasat dan didakwa pejabat Peguam Negara.

Beliau yang juga pengamal undang-undang memberi contoh siasatan rasuah membabitkan kerajaan negeri Kelantan, Dato' Seri Anwar Ibrahim malah Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bukti siasatan terpilih BPR.

Keadaan ini, jelasnya menghakis kredibiliti dan imej BPR di kalangan rakyat yang menganggap badan itu hanya menjadi alat pemimpin BN yang berkuasa.

"BPR perlu dibebaskan daripada campurtangan politik BN dan menjadi badan yang benar-benar bebas. Siasatan rasuah sewajarnya tidak tertumpu kepada musuh politik BN tetapi juga para pemimpin BN," tegasnya.

Apa juga alasan yang diberi BPR, imejnya di kalangan rakyat semakin merudum. Apatah lagi siasatan 18 kes berprofail tinggi yang didakwa mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Rais Yatim pada 2004 kini terperap di pejabat BPR.

Sebelum dilantik Menteri Luar, Rais ditukarkan ke portfolio Kebudayaan, Kesenian dan Warisan yang antara lainnya menyangkut urusan arkib, muzium dan antikuiti.

Ada yang berpandangan sinis bahawa 18 kes berprofail tinggi itu telah disimpan Rais di Jabatan Arkib dan Antikuiti atas arahan kabinet!
Click Here!

"Undur Abdullah undur" Tun Dr Mahathir

05 Sep 2008 10:29AM

Oleh Suhana A. Samat

MANTAN Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengulangi gesaannya agar penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, meletak jawatan.

Dalam kenyataan terbaru melalui laman blognya, www.chedet.com kelmarin, Dr Mahathir berkata ramai pemimpin Umno yang terlalu takut untuk bersuara menentang Datuk Seri Abdullah.

'Secara peribadi ramai yang nyatakan sokongan kepada saya dan mereka mahu Datuk Seri Abdullah meletak jawatan. Tetapi mereka tidak sanggup berkata secara terbuka.

'Itulah sebabnya saya mulakan blog saya ini. Lebih kurang enam juta pelawat telah melayari blog saya dan berpuluh ribu lagi yang meninggalkan komen dan menyokong saya,' katanya.

Namun, beliau menarik perhatian kebanyakan pengunjung lamannya tidak mahu tinggalkan nama dan lantas membuat sokongan itu tidak begitu berkesan.

'Saya tak boleh lakukan semuanya seorang diri. Saya perlukan sokongan. Saya tak boleh pergi kepada Datuk Seri Abdullah, tangkap dia dan buang dia,' tegas Dr Mahathir.

Dr Mahathir berkata beliau perlukan sokongan, terutamanya daripada Umno.

'Tetapi Umno dan pimpinannya tidak boleh diharap. Mereka hanya berminat mengaut sesuatu untuk diri sendiri tetapi tak kira jika Umno dan negara ini hancur,' jelasnya.

Menyentuh tentang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos lalu yang dimenangi penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Dr Mahathir berkata:

'Barisan Nasional (BN) berada dalam keadaan yang amat sedih. Tidak ada satu pun pemimpin yang berani. Saya sebolehnya tidak mahu katakan ini tetapi kemenangan PKR di Permatang Pauh mungkin menandakan berakhirnya hayat kesemua parti komponen BN dan juga BN.

'Inilah yang dilakukan Abdullah Ahmad Badawi. Sejarah akan rekodkan kegagalan Abdullah Ahmad Badawi dan konco-konconya dan pemimpin-pemimpin terdahulu parti-parti ini dan juga ahli-ahli politik yang akan datang akan mengutuk kepimpinan BN ini selama-lamanya,' katanya. / BHS


Click Here!

Nik Aziz pelawa SAPP sertai Pakatan Rakyat

KOTA BHARU, 22 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengajak Parti Maju Sabah (SAPP) menyertai Pakatan Rakyat, sekiranya parti itu kecewa dalam pakatan Barisan Nasional (BN) yang telah disertainya sekian lama.

Iklan




Tuan Guru berkata, Pakatan bersedia memberi laluan kepada parti itu untuk membuka lembaran baru dalam sejarah politik negara sekiranya SAPP berminat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan tapak projek Bandar Stelit Pasir Tumbuh, Khamis lalu apabila parti itu memperlihatkan rasa kecewa terhadap kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden BN.

Menurutnya, tindakan SAPP itu jelas menunjukkan sikap orang yang kecewa, untuk itu beliau diseru menyertai Pakatan Rakyat.

"Memang kami belum mengenali secara keseluruhannya parti itu, namun ia boleh berbincang dan dengan cara ini sudah mula ada titik pertemuan antara Pakatan Rakyat dan SAPP yang jelas begitu kecewa dalam pakatannya dengan BN selama ini.

"SAPP sebenarnya sudah melalui jalan pembangkang, ini memberi gambaran yang baik untuk menjalinkan pakatan yang baru," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas adakah usaha untuk mengajak parti itu menyertai Pakatan selepas parti itu mengumumkan rasa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdullah.

Ketika ditanya adakah PAS bersedia menyokong usul tersebut sekiranya dibentangkan di Parlimen, beliau memberitahu perkara itu akan berlaku.

Sambungnya, ini kerana usaha untuk menyingkir Perdana Menteri itu bukan atas peribadi, sebaliknya atas dasar serta ketidakupayaannya mentadbir negara.

Jumaat lalu, Presiden parti itu, Yong Teck Lee, mengisytiharkan partinya hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Abdullah sebagai Perdana Menteri dan Presiden BN.

Ketika mengumumkan perkara itu, Yong dan dua Anggota Parlimennya, Dato' Eric Majimbun (Sepanggar) dan Dato' Dr Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul tidak percaya di Dewan Rakyat yang bakal bersidang Isnin ini.

"SAPP sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, peruntukan undi tidak percaya ada dalam Perlembagaan, dan menjadi sebahagian proses demokrasi di negara ini," ujarnya dalam sidang media itu.

Tuan Guru sebelum itu merasmikan tapak projek Bandar Stalet Pasir Tumbuh yang bernilai RM100juta di atas stanah seluas 20 ekar.

Click Here!

Mukhriz mahu selamat Umno

Sep 6, 08 7:27pm
Demi untuk menyelamatkan dan memperkasakan semula Umno, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir hari ini secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia Disember ini.

Menurutnya, krisis kepimpinan pada hari ini menghilangkan kegemilangan yang telah dibina kerajaan "dan seolah-olah kita kini bermasalah mengurus kejayaan kita sendiri.

mukhriz announce contest 060908"Saya berpendapat bahawa ini berlaku kerana kita telah tinggalkan perjuangan Umno yang sebenar, yakni perjuangan agama, bangsa dan negara," ketika berucap mengumumkan keputusannya di Pondok Maharizan, Titi Gajah, Alor Star Kedah petang tadi.

"Kita tidak lagi memegang teguh kepada sifat-sifat mulia yang dituntut bagi pemimpin di semua peringkat dan parti politik. Keputusan pilihanraya umum ke-12 dan pilihanraya kecil Permatang Pauh adalah bukti bahawa rakyat tidak lagi percayakan kita.

"Malah rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional kini mempersoalkan kredibiliti kepimpinan Umno. Ini telah membolehkan parti-parti membangkang mengambil kesempatan.

"Saya sedar ada di kalangan kita yang merasakan diri mereka kerdil dan tidak bertenaga untuk membuat perubahan.

Pulih keyakinan rakyat

"Ada di kalangan mereka yang juga percaya bahawa Umno akan membetulkan dirinya sendiri.

"Jika ini menjadi kepercayaan dan sikap ahli Umno, maka jangan terkejut jikalau hayat Umno berakhir," kata Mukhriz lagi.

Ahli Umno, tegasnya, harus sanggup membuat perubahan yang mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Umno.

"Kita mesti membersihkan diri dari sebarang sifat keji dan amanah memegang tanggungjawab terhadap rakyat. Kita juga mesti sanggup berkorban dan menolak semua amalan yang membinasakan.

"Kita mesti sanggup berkorban sekali lagi jika kita mahu menyelamatkan Umno. Saya menyeru semua pihak untuk bersama saya menyelamatkan dan memperkasakan semula Umno.

"Bagi tujuan itu, saya bersedia memikul tanggungjawab dan amanah ini. Saya juga yakin bahawa saya bukan berseorangan dalam perjuangan ini.

Lantang mengkritik

"Demi meneruskan perjuangan ini, saya dengan rendah diri dan dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani, menawarkan diri untuk dipilih sebagai ketua pergerakan Pemuda
Umno Malaysia," katanya.

khir toyo 181207Mukhriz adalah pemimpin kedua selepas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mengumumkan untuk berebut jawatan tersebut yang dikosongkan oleh Datuk Seri Hishammudin Hussein.

Dua lagi calon yang telah menyatakan minat mereka untuk turut bertanding jawatan berkenaan ialah menteri besar Pahang, Datuk Adnan Yaakob dan naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Mukhriz, 44, adalah anak bungsu mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sepertimana bapanya, Mukhriz juga lantang mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Click Here!

Mat Sabu: Anwar hanya berkesan tarik undi bukan Melayu...

Sep 6, 08 9:39pm
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya berkesan mengubah undi bukan Melayu, tetapi kurang berkesan di kalangan orang Melayu dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, kata Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu.


“Faktor Anwar di kalangan orang bukan Melayu. Beliau hendak memperkenalkan dasar baru. Walaupun beliau tidak lagi meletakkan apakah dasar baru itu, tetapi memberi harapan kepada orang bukan Melayu,” kata Mohamad.

“Bagi orang Melayu, faktornya ada tetapi tidak sebesar mana. Kepada orang bukan Melayu, memberikan harapan,” katanya ketika diminta mengulas sejauhmana Anwar menjadi faktor kemenangan besar parti-parti dalam Pakatan Rakyat – termasuk PKR dan DAP -- dalam pilihanraya umum lalu.

mohamad sabu 040908 02Mohamad berkata, cabaran utama PAS adalah untuk “mempertahankan dasar Islam dan dalam masa yang sama berkawan dengan parti-parti lain”.

Isu-isu seperti negara Islam, terutamanya dengan DAP dilihat masih menghantui parti itu.

“Bagi kami, itulah, dalam hendak mempertahankan dasar Islam, dan DAP yang secara terang menyebut dia menolak negara Islam dan sebagainya, bagaimana dua kumpulan ini hendak bekerjasama? Ini merupakan cabaran yang besar kepada kami.

“Tetapi kami tidak melihat itu sebagai satu masalah yang tidak boleh selesai,” kata Mohamad yang ditugaskan oleh presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk berhubung dan “tinjau-tinjau” dengan pimpinan DAP ke arah membentuk kerajaan bersama di empat negeri – selain Kelantan – sehari selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

“Sukar tetapi boleh dilalui. Sukar sebab kita mentadbir manusia. (Ketawa) Umno sama Umno pun kita tengok lagi teruk. Tidak ada benda yang tidak boleh kita cabar,” kata Mohamad kepada Malaysiakini ketika diwawancara di rumahanya, di Shah Alam kelmarin.

'Dominasi PKR'


anwar pc on budget 2009 020908 01Ditanya tentang dominasi PKR dan Anwar dalam Pakatan, beliau berkata: “Iyalah, siapa pun mendapat kerusi lebih, jadi mereka berasa hebat. Biasalah itu. Macam dalam BN, Umno kerusi terbanyak.

"Sekarang dalam Pakatan, dalam pilihanraya lepas, PKR yang terbanyak, 31 kerusi, DAP 28 kerusi dan PAS 22 kerusi.

“Jadi, kalau orang-orang PKR merasakan begitu (rasa hebat), tidak ada masalah. Sebab mereka sekarang ini mendahului dari sudut jumlah kerusi. Tetapi dominanasi saya tidak nampak, tidak timbul dalam parti ini.”

Kenyataan-kenyataan penasihat PKR - Anwar - juga, kata Mohamad, selalunya dibuat atas nama peribadi, bukan mewakili Pakatan.

“Tetapi kenyataan misalnya kalau memerintah, harga minyak akan turun, walaupun itu peribadi, tetapi itu boleh diterima akal. Itu tidak ada masalah,” katanya.

bersih memo to suhakam 130907 mat sabuBagaimanapun, menurutnya, PKR memainkan peranan sebagai “orang tengah” antara PAS dan DAP disebabkan “persepsi media” dan “ketakutan pengundi Cina” terhadap dasar-dasar PAS yang pro-Islam.

Mengulas tentang aliran-aliran dalam PAS yang disebut sebagai “konservatif” dan “moderat”, beliau berkata ia biasa dalam mana-mana parti politik, tetapi keputusan parti didokong bersama.

“Macam kita kata, gaya belah rambut sahaja. Sama ada hendak belah tengah atau belah tepi. Sampai peringkat pertarungan ideologi dalam parti, itu tidak ada.”

Beliau menafikan terdapat kewujudan Kumpulan Erdogan yang diketuai oleh Datuk Husam Musa.

Teks wawancara dengan Mohamad Sabu:

Tuan Haji sebut kemenangan besar PAS disebabkan peralihan undi dari bukan Melayu. Jadi, apakah makna peralihan undi ini kepada PAS?

Politik Malaysia ini lebih berdasarkan kaum, terutamanya selepas merdeka, memang parti Umno, walaupun memperjuangkan Melayu, tetapi orang-orang bukan Melayu merasakan mereka sebagai sahabat, sebagai kawan. Tetapi PAS memang ditakuti orang Melayu, terutamanya orang bukan Melayu.

Kita tahulah, pilihanraya, parti politik, ini atas persepsi. Kita boleh bercakap apa pun tetapi persepsi orang begitu, digambarkan begitu. Jadi, kita kata dua parti dominan pembangkang – PAS dengan DAP – selagi orang Melayu takut kepada DAP, selagi DAP takut kepada PAS, selagi itulah BN akan berkuasa.

Ini trend politk dalam negara kita. Sebab itu kita lihat pada tahun 1986, 1994 dan 1999, isunya banyak, tetapi kita hendak bawa orang Cina mengundi PAS, orang PAS mengundi DAP memang agak sukar, walaupun kami di peringkat pimpinan, boleh bertemu dan berbincang.
Oleh kerana berlaku peristiwa (perhimpunan besar) Bersih, Hindraf , kemudian dengan (krisis badan) kehakiman, (kes) VK Lingam, berlaku kenaikan harga minyak pada waktu tu, kenaikan harga barang, maka rakyat kali ini tidak peduli, sampai orang buat khidmat pesanan ringkas (SMS) mudah - ABU - Asalkan Bukan Umno - kita undi.

Tuan Haji lihat peralihan undi daripada golongan Cina ini menggambarkan mereka mula menerima dasar-dasar PAS, bersifat sementara kerana tidak sukakan BN atau tanda demokrasi kita makin matang?

Saya melihat tanda demokrasi semakin matang. Perkara ini bukan jadi dengan begitu saja, walaupun ia tsunami. PAS sendiri membuat pendekatan dengan orang bukan Melayu ini secara agak agresif, bermula pada pilihanraya umum 1986 melalui Majlis Perundingan Cina (CCC). Tetapi oleh kerana badan itu kecil, ia kurang berjaya.

Kemudian, kita terus dengan DAP pada tahun 1999. Tetapi propaganda BN menyebabkan orang Tionghua sendiri takut untuk mengundi DAP. Disebarkan di Pulau Pinang (foto) Lim Kit Siang pakai serban dalam pilihanraya itu. Jadi, itu propaganda. Jadi, sampai bila rakyat Malaysia hendak berada dalam suasana itu?

Sekarang ini rakyat Malaysia ada akses kepada internet, kepada laman-laman web, blog dan sebagainya.

Jadi, teknologi informasi membantu kemenangan PAS?

Ya, juga pendekatan PAS kebelakangan ini.

Tetapi adakah dasar-dasar PAS itu dapat diterima?

Kita tidak kata mereka menerima secara bulat. Sekarang ini mereka datang dengar penerangan langsung daripada kita. Dan saya rasa perubahan ini tidak sementara. Tetapi kita tidak boleh diam begitu sahaja. Kena teruskan pendekatan yang dibuat.

Bagaimana faktor Anwar Ibrahim memainkan peranan mengubah undi?

Faktor Anwar Ibrahim di kalangan orang bukan Melayu. Beliau hendak memperkenalkan dasar baru. Walaupun beliau tidak lagi meletakkan apakah dasar baru itu, tetapi memberi harapan kepada orang bukan Melayu.

Bagi orang Melayu, faktornya ada tetapi tidak sebesar mana. Kepada orang bukan Melayu, memberikan harapan.

Bagaimana peranan beliau menggabungkan ketiga-tiga parti dalam Pakatan?

Setakat ini, kita di peringkat jawatankuasa penyelaras. Sudah ada di peringkat pusat. Ia berjalan dengan baik di Perak dan di lain-lain negeri. Kita buat dalam bentuk mesyuarat. Pertama sekali, Pakatan ini berjalan dengan baik walaupun kita, majoritinya kecil di Perak ini, tetapi berjalan dengan baik.

Selain itu ada dakwaan PKR mendominasi Pakatan sedangkan semua parti-parti yang bergabung bersetuju tiada pihak lebih besar dalam Pakatan.

Iyalah, siapa pun mendapat kerusi lebih, jadi mereka merasa mereka hebat. Biasalah itu. Macam dalam BN, Umno kerusi terbanyak. Sekarang dalam Pakatan, dalam pilihanraya lepas, keadilan yang
terbanyak (dengan) 31 kerusi, DAP 28 kerusi, PAS 22 kerusi. Jadi, kalau orang-orang PKR merasakan begitu, tidak ada masalah. Sebab dia masa sekarang ini mendahului daripada sudut jumlah kerusi.
Tetapi dominan saya tidak nampak, tidak timbul dalam parti (PAS) ini.

Anwar Ibrahim yang dominan membuat kenyataan bagi pihak Pakatan, adakah itu juga pandangan bersama PAS dan DAP bersama?

Kenyataan Anwar dalam bentuk umum, kita kata itu pandangan beliaulah. Jadi, beliau sendiri pun jarang membuat kenyataan di atas nama Pakatan Rakyat, di atas nama peribadi dia. Tetapi kenyataan
misalnya kalau memerintah, harga minyak akan turun, walaupun itu peribadi, tetapi itu boleh diterima akal. Itu tidak ada masalah.

PAS setuju bincang dengan DAP dan masalahnya persepsi media?

Orang Melayu tidak ada masalah dah sejak tahun 1999 lagi. Tetapi kita faham masalah DAP ini, orang Cina takut kepada negara Islam. Sebab itu kita kata, persefahaman, perundingan itu banyak berlaku dan orang tengahnya adalah PKR.

Persefahaman parti-parti dalam Pakatan dikatakan sebagai “tersimpul mati”?

(Ketawa) Tidak sampai “tersimpul mati”. Itu bahasa saya. Itu hendak gambarkan perpaduan, sebab dalam politik ini, payah hendak baca. Buat masa sekarang, Pakatan itu makin baik.

Maksudnya PAS masih merisaukan hubungan dalam Pakatan di masa akan datang? Begitu? Tidak “tersimpul mati” itu maksudnya ada kerisauan lagi.

Ya, Kita kena terbukalah. Sikap parti politik ini memang begitu keadaannya.

Tetapi kerunsingan utama PAS atas dasar apa?

Politik ini adalah saingan kuasa. Dan PAS tidak dapat lari, kelangsungannya selama 57 tahun di atas dasar Islam. Sebab itu kita hendak mempertahankan dasar, dalam masa yang sama bekerjasama dengan orang lain. Bila ahli kita melihat PAS tidak lagi memperdulikan soal dasar dan sebagainya, itulah yang merunsingkan kita.

Jadi, jaminan hendak mempertahankan perlembagaan PAS, sebab apabila tandatangan saja borang PAS, kalau dia seorang cikgu, mungkin dia kena tukar. Kalau dia pegawai, mungkin tidak naik pangkat. Dan dia memilih PAS kerana dia menjunjung dasar yang kita janjikan.

Sebab dalam Pakatan, kita hendak berkawan dan bagaimana dengan mempertahankan dasar kita itu. Ini yang menjadi, bukan kerunsingan, tetapi antara cabaran yang kita kena (hadapi)...

Oleh kerana hubungan persefahaman yang kuat setakat ini, kenapa ada suara-suara dalam PAS ingin berunding dengan Umno?

Begini, berunding bukan hendak berkuasa bersama. Sebab ada di kalangan pemimpin dan ahli-ali PAS melihat orang-orang Islam berpolitik, bergaduh dalam semua perkara.

Kita lihat misalnya kalau di kalangan parti-parti politik bukan Melayu ini, ini fikiran orang yang hendak berbincang dengan Umno, kita lihat dalam isu pelajaran, DAP dan MCA berlainan parti tetapi bercakap
mempertahankan hak bangsa, kaum mereka senada. Ada juga di kalangan intelektual Melayu senada, kenapa orang Islam tidak boleh buat begitu?

Dalam Pakatan, apa masalah lain yang dihadapi untuk ke depan?


Bagi kami, itulah, dalam hendak mempertahankan dasar Islam dan DAP yang secara terang menyebut mereka menolak negara Islam dan sebagainya, bagaimana dua kumpulan ini hendak bnekerjasama. Ini
merupakan cabaran yang besar kepada kami. Tetapi kami tidak melihat itu sebagai satu masalah yang tidak boleh selesai.

Yang paling penting sekali ialah bersedia duduk semeja berunding. Itu yang paling penting.

Macam mana hendak selesai? Baru-baru ini, dalam kongres DAP, beberapa perwakilan mendakwa PAS tidak menghargai undi bukan Melayu kerana hendak melaksanakam undang-undang Islam, sedangkan DAP tetap dari dulu hingga sekarang menolak sebarang usaha menjadikan Malaysia sebagai negara teokratik. Bagaimana kita hendak mempertemukan kedua-dua pandangan itu?


Ini satu cabaran kepada kita. (Penyelesaian objektif) A, B, C, D tidak boleh. Ini soalan kemanusiaan, soal persepsi. Bagi kita, pencapaian setakat ini pun orang PAS mengundi calon DAP, orang Cina
mengundi calon PAS. Itu sudah besar. Jadi yang lain-lain, prosesnya mesti melalui pertemuan dan perundingan. Akan ada pantang laranglah.

Setakat mana PAS boleh bertolak ansur tentang dasar, undang-undang Islam?

Sekurang-kurangnya paling minimum ialah perlembagaaan, Islam agama rasmi, kuasa Islam di peringkat negeri dan sebagainya. Dan saya rasa DAP pun tidak ada masalah. Di sini ada pertemuan. Dan kita pun sebut, kalau di peringkat persamaan undang-undang syariat, dia akan kena pada orang Islam.

Iyalah, tetapi itu pun tidak dapat diterima oleh DAP untuk penguatkuasaan undang-undang Islam itu?

Tidak mengapa. Dari masa ke semasa kita bincang teruslah, kalau kita hendak menjadi parti pemerintah. Tidak menjadi masalah kepada kita untuk terus berbincang. Macam sekarang ini, kita boleh berjalan di Perak, di Selangor.

Jadi, adakah Tuan Haji melihat sebuah jalan yang sukar oleh PAS dalam Pakatan untuk tempoh akan datang?

Sukar tetapi boleh dilalui. Sukar sebab kita mentadbir manusia. (Ketawa) Umno sama Umno pun kita tengok lagi teruk. Tidak ada benda yang tidak boleh kita cabar, benda-benda seperti ini.

Sekarang ini PAS disebut-sebut mempunyai dua aliran, pertama moderat, kedua konservatif. Apa komen Tuan Haji?

Itu biasa dalam mana-mana parti politik dan aliran pemikiran. Jadi, parti politik yang mencecah sejuta, aliran-alirannya itu adalah perkara biasa. Tetapi sudah tentu keputusan parti, keputusan muktamar itu yang didokong bersama. Aliran pemikiran tidak ada masalah.

Maksudnya wujud?

Dalam mana-mana parti politik biasalah. Macam Umno dulu, kononnya ada aliran kiri, ada aliran kanan. Tetapi mereka itu Umno-lah. Ini pun semacamlah, ada dikatakan aliran keras, ada aliran sederhana. Tetapi semuanya mendokong dasar Islam. Bagi saya berlainan pendekatan itu lumrah.

Sebenarnya, berapa aliran dalam PAS setakat ini?


(Ketawa) Satu aliran saja, aliran Islam.

Apa perbezaan antara kedua-dua aliran tadi (konservatif dan moderat)?

Kalau di sebelah Pantai Barat, tentulah kecenderungan hendak mendekatkan ideologi Islam kepada non-muslim menjadi agenda utama. Kalau di sebelah Pantai Timur, bagaimana hendak mendekatkan Islam kepada orang yang sudah Islam menjadi agenda utama.

Jadi, kalau kita lihat, secara individunya, orang-orang itu, tidak ada perbezaan sama ada satu kumpulan menerima pandangan komunis (contohnya) atau satu kumpulan pandangan Islam. Tidak ada sampai ke peringkat itu.

(Ketawa) macam kita kata, gaya belah rambut sahaja. Sama ada hendak belah tengah atau belah tepi. Sampai peringkat pertarungan ideologi dalam parti, itu tidak ada.

Tuan Haji dengar, baru-baru ini ada satu kumpulan dalam PAS dikenali sebagai Kumpulan Erdogan disebut dalam sebuah blog. Katanya Kumpulan Erdogan ini diketuai Datu Husam Musa. Beberapa pemimpin PAS diletakkan dalam kategori ini?

Saya berpendapat, begitulah, kalau ada, pandangan-pandangan peribadi, tetapi semuanya bekerja dalam konsep tidak lari daripada dasar Islam tadi.

Tetapi kumpulan ini wujud atau tidak dari segi kesefahaman, ideologi dan pendekatan yang serupa?

Tidak ada, tidak ada. Saya tidak nampak ada. Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising