Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, September 6, 2008

86 % Setuju Anwar bentuk Kerajaan Persekutuan baru

Setelah menang besar, adakah anda yakin Anwar mampu bentuk kerajaan persekutuan 16 September ini?

86% Ya
14% Tidak



KUALA LUMPUR, 6 Sept - KL.Pos, sebuah laman web politik memaparkan data sebanyak 86 peratus orang ramai bersetuju menyatakan bahawa Mantan Timbalan Perdana Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu membentuk kerajaan persekutuan 16 September ini.

Manakala 14 peratus lagi tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.

Ini dipercayai akibat desas desus tidak kurang dari 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) secara beramai-ramai akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat pada tarikh tersebut.

Bagaimanapun Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), merancang untuk mengadakan program pemukiman secara tergesa-gesa tanpa menetapkan destinasi yang dituju sekaligus menampakkan ia bertujuan tertentu.

Namun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan langkah BNBBC untuk mengadakan program pemukiman di luar negara pada bulan ini ada kaitan dengan pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau merestui langkah Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) untuk mengadakan program pemukiman di luar negara pada bulan ini.

Beliau yang juga Ketua Whip Barisan Nasional (BN) berkata, program yang dirancang dari 7 hingga 19 September itu adalah untuk tujuan lawatan sambil belajar.

"Ia tiada kaitan dengan pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September ini,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Cop Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini semalam.



Click Here!

'Takde' kena mengena dengan lompat, ianya lawatan sambil belajar' - Najib

05 Sep 2008 2:50PM

TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan langkah Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) untuk mengadakan program pemukiman di luar negara pada bulan ini ada kaitan dengan pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau merestui langkah Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) untuk mengadakan program pemukiman di luar negara pada bulan ini.

Beliau yang juga Ketua Whip Barisan Nasional (BN) berkata, program yang dirancang dari 7 hingga 19 September itu adalah untuk tujuan lawatan sambil belajar.

``Ia tiada kaitan dengan pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September ini,'' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Cop Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini hari ini.

"Saya akan luluskan lawatan itu selagi ia konstruktif," kata beliau selepas melancarkan Rakan Cop PLKN di sini hari ini.

Najib, Menteri Pertahanan memberitahu, lawatan tersebut merupakan peluang terbaik untuk anggota-anggota BNBBC menerokai aspek-aspek yang baru.

"Destinasi lawatan tersebut belum ditetapkan tetapi terpulang kepada anggota BNBBC untuk menentukannya," kata beliau lagi.

Beliau turut ditanya sama ada mana-mana ahli BNBBC yang enggan mengikuti lawatan tersebut akan tindakan disiplin, Najib menjelaskan lawatan tersebut merupakan program BNBBC.

Sehubungan itu, tambah beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh mengatakan apa sahaja mengenai pelan membentuk kerajaan, tetapi yang sebaliknya akan berlaku.

Di sebalik pendirian sedemikian wujud desas-desus ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan mula 'bercuti' di luar negara mulai Isnin ini sehingga minggu ketiga September - tempoh yang dianggap sebagai kritikal menjelang pembentukan kerajaan baru.

Ahli-ahli Parlimen terbabit khususnya anggota Kelab BNBBC telah diminta menyerahkan pasport mereka untuk urusan rasmi susulan.

Beberapa hari lepas Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak, Dominique Ng Kim Ho yakin peralihan kuasa kerajaan persekutuan 16 September ini akan menjadi kenyataan tetapi enggan mengulas spekulasi Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara mereka yang bakal sertai Pakatan Rakyat.

"PKR Sarawak sangat yakin sasaran 16 September (bentuk kerajaan) akan berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang," katanya.

Beliau menyatakan demikian sehari selepas Anwar dilaporkan menemui beberapa Ahli Parlimen dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung di ibu negara.

Malah pada Khamis lalu, seramai enam wakil rakyat dari Sarawak sudah menemui Anwar iaitu pada petang selepa bekas Timbalan Perdana Menteri mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat.

Sebelum ini ramai yang tertanya-tanya adakah sasaran 'taukei' PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim 16 September ini bakal menjadi kenyataan atau gimik politik semata-mata.

Ada juga yang mengatakan jumlah yang telah bersetuju melompat melebihi 40 orang.

Namun 'dateline' yang Anwar bagi semakin hampir. Mungkinkah ianya menjadi kenyataan?

Ataupun pagi 17 September nanti Anwar akan kata; "Kalau bukan minggu ini, minggu depan, tidak bulan ini bulan depan, tak tahun ini tahun depan, namun lawan tetap lawan".

Ketika ditanya sama ada Anwar boleh menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini, Najib berkata: "Tiada komen." / KLpos, Utusan, Mstar


Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak Click Here!

'Saya Pastikan 16 Sept Tidak Akan Berlaku,' Kata Abdullah

PUTRAJAYA, 5 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tidak ada Anggota Parlimen Barisan Nasional yang akan meninggalkan parti itu menjelang 16 Sept ini untuk menyertai pembangkang menubuhkan kerajaan baru.


"Saya pastikan 16 Sept tidak akan berlaku. Pakatan Rakyat bergantung kepada ahli-ahli parti kita untuk meninggalkan kita tetapi orang kita tidak akan meninggalkan kita," kata Perdana Menteri.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim telah beberapa kali berkata bahawa ramai Anggota Parlimen BN akan menyertai pembangkang bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan pada 16 Sept ini.

"Kita tidak akan beri peluang untuk mereka menubuhkan kerajaan pada 16 Sept. Tidak," kata Abdullah pada sidang akhbar selepas melancarkan Business Licensing Electronic Support System (BLESS) di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau berkata perkara itu tidak mungkin berlaku jika ia hanya berpaksikan kepada faktor penghijrahan oleh anggota BN ke pembangkang.

Sebaliknya, kata Abdullah, adalah lebih wajar jika perhatian diberi kepada usaha meningkatkan kemajuan negara.

"Kerajaan tumpu pada kerja dan bukan memikirkan sesuatu yang mungkin berlaku. Tumpu pada kerja untuk menjadikan negara ini lebih baik, meningkatkan produktiviti dan keberkesanan dan banyak lagi," katanya.

Perdana Menteri juga berkata beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk memaklumkan segala perkembangan kepada Seri Paduka Baginda.

"Saya beri taklimat mengenai apa yang berlaku. Saya juga bercakap apa yang diambil berat ialah perniagaan berjalan seperti biasa. Kita telah melakukan segala-galanya untuk meningkatkan keberkesanan pentadbiran ketika berurusan dengan rakyat.

"Pengundi telah beri amaran tentang apa yang tidak menggembirakan mereka tetapi mereka juga memberi sokongan yang mencukupi untuk (BN) menubuhkan kerajaan. Kita menyampaikan apa yang telah dijanjikan. Tuanku gembira dengan apa yang kita lakukan," katanya.

Mengenai lawatan sambil belajar ke luar oleh anggota Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional dari Ahad ini sehingga 15 Sept nanti, Perdana Menteri berkata program itu tidak perlu dikaitkan dengan penubuhan kerajaan oleh Pakatan Rakyat pada 16 Sept ini.

"Kalau mereka nak pergi, biarlah mereka pergi, apa nak hubung kaitkan dengan September. Mereka bukannya orang yang nak melompat daripada BN," katanya.

Click Here!

Gerakan ancam keluar BN

06 Sep 2008 10:03AM

KB: Parti Gerakan akan bertindak keluar daripada Barisan Nasional (BN) sekiranya tidak dilakukan sebarang perubahan atau pembaharuan bagi mengembalikan semula kegemilangan BN.

Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata Gerakan masih belum menetapkan masa khusus untuk bertindak seperti itu, namun akan berbuat demikian dalam satu tempoh yang dianggap munasabah.

Menurutnya, pembaharuan atau perubahan yang ingin dilihat dalam BN ialah perubahan sikap dan pendekatan serta semangat bermusyawarah perlu diwujudkan semula dengan lebih adil di antara parti komponen supaya semua pandangan pihak terbabit diambil kira dalam agenda BN.

'Gerakan bukannya sebuah parti yang buta kepada keadaan dan bukan juga sebuah parti pak turut dalam BN,' katanya semalam.

Sementara itu, pantun mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang meminta pemimpin negara mengundur diri 'apabila negara kacau' menimbulkan seribu tanda tanya.

Pantun yang disiarkan di blog beliau dua hari selepas pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh minggu lalu, antaranya, menyebut:

Anak singa di Pulau Teberau


Anak tebuan seekor lari


Jika negara sudah kacau


Eloklah tuan mengundur


diri.

Karya Dr Mohd Asri yang berjudul Pantun Cari Ganti itu tidak pula menamakan dengan jelas pemimpin politik yang dimaksudkan, lapor laman berita Malaysiakini.

Pantun empat kerat itu berlatarkan imej pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Rangkap akhir pantun itu pula meminta pengunduran tersebut digantikan dengan pemimpin yang 'berbudi tinggi' dan 'bukan perompak ganti pencuri'.


"Gerakan bukan parti yang buta kepada keadaan dan bukan juga parti pak turut dalam BN" Tsu Koon

Journalists: We did not hear it wrongly

By ANN TAN

GEORGE TOWN: Two reporters have vouched for the accuracy of the Chinese newspaper’s report on Bukit Bendara Umno division chairman Datuk Ahmad Ismail’s allegedly racist remark.

Guang Ming Daily journalist Lee Kelvin said he was sure he heard Ahmad utter Orang Cina cuma tumpang di sini sahaja (the Chinese are only squatting here.)

"I was following Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's second assignment at Kampung Pelet.

"When I reached the place, Ahmad was already giving his talk but I did not pay much attention to the content of his speech.

"It was only when Ahmad gradually spoke louder towards the end of the speech that the phrase caught my attention," he said.

Nanyang Siang Pau journalist Tan Ming Xao said the Kampung Pelet ceramah was also his second assignment.

"Najib was already there when I arrived. I don't really know Ahmad so I did not bother much over what he was talking about. Yet, I'm very sure I heard that remark from Ahmad but I did not pay much attention to the rest of his speech after that," he said, adding that he was focusing more on Najib.

Sin Chew Daily journalist Tan Hoon Cheng wrote in her journal, which appeared in the newspaper Saturday that she was sure she did not hear wrongly the alleged remarks.

Tan explained that Ahmad was talking about PKR leader Datuk Seri Anwar Ibrahim and the talk that DAP adviser Lim Kit Siang would be the next Deputy Prime Minister.

She said Ahmad then asked if anything happened to Anwar, who would be the next Prime Minister.

She said he then asked if they (those attending the talk) wanted Lim to be the Prime Minister.

"After that, Ahmad said 'Chinese were only immigrants (Orang Cina cuma tumpang di sini) and it was impossible for them to achieve equal rights among races'.

"Upon hearing these remarks, I was thinking, did I hear it wrongly? Another journalist came by and whispered to me saying 'How could he say this; (it would) make people angry after hearing it," she said in her journal.

Tan said among some 200 attendees in the hall, some of them turned around and looked at her at the time.

"The look was more of embarrassment."

Click Here!

Anak Kapal Ditahan Lanun Berhadapan Kebuluran

KOTA BAHARU, 6 Sept (Bernama) -- Seorang daripada anak kapal MH Melati 5 yang ditahan sekumpulan lanun di Teluk Aden, Somalia, mendedahkan mereka kini berhadapan dengan ancaman kebuluran berikutan bekalan makanan hampir putus.

Khatijah Yusoff, 53, ibu kepada Mohd Nazri Mat Salleh, 22, berkata semasa dihubungi anaknya melalui telefon semalam, dia memberitahu bekalan makanan di atas kapal itu hampir kehabisan.

"Dia minta saya memberitahu kepada pejabatnya sekiranya kakitangan pejabat menghubungi saya supaya menghantar bekalan makanan," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kerasak Limbat di sini, hari ini.

Dalam kejadian 29 Ogos lepas, 26 anak Kapal MH Melati 5 milik MISC dalam perjalanan dari Dumai, Indonesia ke Belanda membawa muatan minyak ditawan oleh sekumpulan lanun bersenjata api dan meminta tebusan.

Kejadian itu yang kedua berlaku dalam tempoh 10 hari selepas sekumpulan 39 anak kapal MH Melati Dua ditawan di persisiran Pantai Somalia pada 19 Ogos yang kini belum pasti kedudukannya.

Khatijah berkata selain meminta makanan anaknya juga meminta keluarga di kampung menunaikan solat hajat memohon kepada Tuhan agar keselamatannya terjamin dan dapat pulang ke pangkuan keluarga dalam masa terdekat.

"Dia (Mohd Nazri) juga memberitahu semua anak-anak kapal berada di dalam keadaan sihat dan tidak membimbangkan," katanya.

Click Here!

Protes harga minyak: Ketua AMK Terengganu ditahan polis

KUALA TERENGGANU, 21 Jun (Hrkh) - Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Fariz Musa ditahan polis ketika mengetuai satu tunjuk perasaan secara aman anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga bahan api.

Iklan




Beliau ditahan ketika selesai mengadakan sidang media pada jam 3.15 petang di tempat letak kereta selepas berucap di dua tempat berasingan iaitu di perkarangan Masjid Al-Muktafibillah Shah Ladang dan di Dataran Shah Bandar, dekat sini, semalam.

Ketika berucap, katanya tunjuk perasaan secara aman itu bagi menuntut agar kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) dan negeri mengambil langkah segera menurunkan harga bahan api tersebut.

Menurut Fariz, Malaysia merupakan sebuah negara pengeluar minyak yang terbesar di Asia Tenggara.

"Kami menuntut supaya kerajaan dapat membentang secara terperinci laporan kewangan tahunan Petronas dalam dan luar negara termasuk punca-punca keuntungan dan perbelanjaan kepada umum melalui Parlimen," tegasnya.

Selain itu, katanya AMK Terengganu mahukan agar kerajaan dapat meningkatkan purata pendapatan rakyat di negara ini sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan bagi mengimbangi kenaikan petrol serta kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menurutnya, rakyat turut mendesak kerajaan BN Terengganu agar tidak menarik balik saman terhadap Petronas akibat keingkaran perjanjian yang dibuat ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu.

"Kita mahu setelah royalti petroleum dikembalikan, bantuan tunai kebajikan rakyat miskin sebanyak 80 peratus dinaikkan dan mesti dibuat pengagihan secara adil, saksama dan telus kepada mereka yang layak," ujarnya.

Selain itu, katanya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan seluruh ahli Kabinet Umno dan kerajaan Barisan Nasional perlu meletakkan jawatan masing-masing dengan segera.

Beliau ditahan di bawah seksyen 27(5) menganjurkan perhimpunan haram serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu dan dibebaskan pada jam 6.30 petang dengan jaminan polis.

Perhimpunan Protes itu disertai oleh lebih 100 orang yang sentiasa diasak dengan pelbagai 'ugutan' tangkapan oleh pihak polis agar orang ramai segera bersurai bagi menghalang demontrasi aman tersebut diteruskan.

Click Here!

Pemuda MCA Perak pula gesa parti keluar BN

Sep 6, 08 4:31pm
Pemuda MCA Perak hari ini menggesa pucuk pimpinan pusat parti itu supaya mempertimbangkan untuk keluar daripada Barisan Nasion(BN) sekiranya para pemimpin Umno, parti politik terbesar dalam gabungan itu, tidak mahu mengubah sikap.

Mengambil contoh kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini, Ketua Pemuda MCA Perak Datuk Tan Chin Meng berkata pendekatan sedemikian telah menyinggung perasaan kaum bukan Bumiputera selain boleh menjejaskan perpaduan rakyat di negara ini.

"Maka Pemuda MCA Perak menyeru kepada pemimpin MCA pusat supaya mempertimbangkan sekiranya pemimpin-pemimpin Umno masih tidak ingin menukar perangai mereka, untuk keluar daripada BN," katanya kepada pemberita selepas berucap sebelum majlis pemilihan jawatan Pemuda MCA Perak di Dewan St John Ambulans hari ini, demikian menurut laporan Bernama.

Semalam, Ahmad yang enggan memohon maaf menjelaskan beliau bukan seorang yang bersikap perkauman seperti yang dituduh dan semua kekecohan berhubung perkara itu sebenarnya berpunca daripada salah lapor sebuah akhbar berbahasa Cina.

Ahmad mendakwa ucapannya mengenai kedudukan kaum-kaum di Malaya pada zaman sebelum merdeka semasa kempen pilihanraya kecil itu dimanipulasi oleh pemberita akhbar Sin Chew Jit Poh sehingga menyebabkan masyarakat dan pemimpin Cina termasuk dari parti komponen BN membuat ulasan melulu tanpa usul periksa.

Tan, yang tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan itu, berkata Pemuda MCA Perak tidak menetapkan sebarang tempoh masa untuk para pemimpin Umno mengubah sikap tetapi menegaskan mereka (pemimpin Umno) harus menunjukkan kejujuran untuk berubah.

"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) kerana menyuarakan BN dan Umno akan buat perubahan tetapi nampaknya pemimpin di peringkat nasional dan negeri tidak mengikuti langkah beliau," katanya.

Tan berkata keengganan para pemimpin BN khususnya Umno untuk mengambil pengajaran daripada keputusan pilihanraya umum lalu akan menyebabkan gabungan itu akan dihukum dengan lebih teruk oleh rakyat pada pilihanraya umum ke-13.

"Punca BN kalah pada pilihanraya umum lepas disebabkan isu berkenaan pemimpin-pemimpin kita khususnya Umno yang menyuarakan perkataan atau suara yang begitu sensitif dan tidak mementingkan perasaan kaum-kaum yang lain," katanya.

Semalam Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam BN sekiranya parti komponen BN, terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

Sebelum ini, perwakilan Gerakan Perak juga membuat gesaan supaya parti itu (Gerakan) meninggalkan BN jika gabungan itu gagal menyelesaikan isu perkauman dan agama.

'Ambil tindakan tegas'

Sementara itu, di Kuala Lumpur, Wanita MCA Selangor hari ini mendesak kepimpinan tertinggi BN supaya mengambil tindakan tegas terhadap ketua Umno bahagian Bukit Bendera berhubung dakwaan beliau terhadap masyarakat Cina.

Pengerusinya Datin Paduka Chew Mei Fun berkata kenyataan Ahmad ketika berceramah pada pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini berbaur hasutan dan boleh memecahbelahkan perpaduan rakyat berbilang kaum.

Semasa merasmikan Perhimpunan Wanita MCA Selangor ke-33 di Wisma MCA di ibunegara, Chew berkata beliau dan seluruh Wanita MCA ingin meminta penjelasan daripada Ahmad mengenai perkara itu.

Sambil mengingatkan bahawa kaum Cina turut menyumbang kepada pembangunan
negara, beliau berkata kenyataan Ahmad itu jelas mengguris perasaan kaum Cina.

Chew berkata Majlis Tertinggi BN perlu mengeluarkan peraturan melarang anggotanya mengeluarkan sebarang dasar, kenyataan atau pendirian yang berbaur perkauman.

Sambil meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar bertindak terhadap mana-mana pihak yang membangkitkan isu seperti itu, MCA Selangor juga meminta polis agar bertindak terhadap Ahmad kerana didakwa menghasut.

Jika tindakan tidak diambil, beliau khuatir ia akan memburukkan hubungan antara kaum di negara ini.

Di samping itu, MCA juga terpaksa mengkaji semula hubungannya dalam Barisan Nasional, katanya. Click Here!

Dr Tan umum sertai PKR hari ini

Sep 6, 08 4:48pm
Bekas Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Tan Kee Kwong, 61, menyertai PKR kerana hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN), Gerakan dan Umno.

"Ini bukan keputusan yang senang tetapi saya percaya parti satu kaum seperti MIC, MCA dan Umno sudah tidak relevan lagi.

"Majoriti rakyat negara ini mahu kepada parti berbilang kaum dan agama," katanya ketika mengumumkan menyertai PKR dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Hadir sama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mei lalu, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melantik Dr Tan sebagai pengerusi bersama pasukan pengurusan tanah Selangor.

Dr Tan pernah menjadi timbalan menteri tanah dan pembangunan koperasi dari 1999 hingga 2004.

Beliau merupakan ahli parlimen Segambut selama tiga penggal dari 1995 hingga 2004.

Beliau bagaimanapun tidak bertanding dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.


'Mustahil dilakukan'

Dr Tan merupakan anak bekas pemimpin pembangkang Tan Sri Tan Chee Khoon pada era 60-an dan 70-an.

Beliau menghantar surat berhenti menjadi ahli Gerakan kepada setiausaha agung parti itu, Datuk Seri Chia Kwang Chye jam 11 pagi semalam.

Dr Tan berkata, beliau menyertai BN kerana mahu menukar BN tetapi sampai satu tahap, ia sangat sukar dan mustahil boleh dilakukan.

"Selepas tsunami politik, saya dan majoriti orang di Lembah Kelang percaya kepada sistem semak dan imbang dalam politik negara.

"Saya berharap negara kita ada sistem dua parti seperti di United Kingdom dan Amerika Syarikat," katanya.

Menurutnya lagi, PKR merupakan sebuah parti berbilang kaum dan ini baik kepada negara.

'Pemimpin korup'

Dr Tan percaya Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh membawa Malaysia ke arah yang lebih baik.

"Saya yakin beliau akan mengenepikan pemimpin Umno yang rosak dan korup," katanya.

Ketika ditanya mengapa menyertai PKR sekarang, Dr Tan berkata, beliau menyertai Gerakan kerana diminta oleh bekas naib presiden parti itu, Tan Sri Alex Lee pada 1995.

Dr Tan berkata, beliau menyertai Gerakan dua bulan sebelum pilihanraya umum tahun berkenaan dan bertanding di kawasan Parlimen Segambut.

"Saya mahu melakukan sesuatu kepada Gerakan dan BN tetapi ia sukar dan sampai tahap mustahil," katanya. Click Here!

Teras minta Perak beri tanah pada SAR

Sep 6, 08 9:16am
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mahu kerajaan Perak turut meluluskan tanah kepada sekolah-sekolah agama kerana sebahagian besar dibina di atas tanah milik persendirian.

Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berkata, jika tanah untuk sekolah menengah persendirian Cina boleh diluluskan, sekolah rendah agama juga memerlukan tanah untuk dibina secara lebih sempurna.

"Selama ini banyak sekolah agama yang tidak boleh dibina dengan lebih sempurna kerana kekurangan atau ketiadaan tapak tanah yang sesuai.

azmi abdul hamid"Jika kerajaan memberi tanah secukupnya, sekolah agama juga boleh menjadi institusi pendidikan yang lebih sempurna," kata Presiden Teras, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata demkian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan Perak meluluskan pemberian tanah seluas 400 hektar kepada sekolah persendirian Cina di negeri itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bulan lalu telah mengumumkan pemberian 400 hektar tanah kepada sembilan buah sekolah menengah persendirian Cina di negeri itu.

Tindakan kerajaan Perak itu telah menimbulkan pelbagai kontroversi kerana ada yang menganggapnya sebagai tindakan politik kerajaan Pakatan Rakyat.


Sistem merit

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan pemberian tanah tersebut sebagai tindakan populis dan berat sebelah.

Mohd Azmi berkata, kerajaan Perak perlu mengutamakan sistem merit iaitu meluluskan permohonan tanah berdasarkan keperluan sebenar dan bukannya pihak mana yang memohon.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Mohamad berkata, tindakan memberi tanah kepada sekolah persendirian Cina itu sebagai tidak kena pada tempatnya.

"Sekolah persendirian Cina mempunyai ahli lembaga pengarah sendiri dan selama ini mereka tidak menghadapi sebarang masalah," katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri itu sepatutnya memberi keutamaan kepada sekolah yang lebih memerlukannya terutama sekolah agama yang sememangnya tidak mempunyai tanah sendiri.

Ketua Pemuda Umno Perak, Zainon Fadzi Baharuddin ketika dihubungi berkata, pergerakan itu meminta kerajaan negeri memberi penjelasan mengenai lokasi tanah yang diluluskan itu.

"Kita juga mahu tahu mengapa kerajaan negeri memberikan pengurusan tanah tersebut kepada sebuah syarikat dan apakah fungsi syarikat tersebut.

"Saya bimbang ada tangan-tangan lain yang memainkan peranan sehingga menteri besar secara tiba-tiba meluluskan tanah tersebut," katanya. Click Here!

Umno P Pinang sokong Ahmad

Sep 5, 08 3:53pm

Kesemua 13 bahagian Umno Pulau Pinang hari ini menyokong pendirian Ketua Umno Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang tidak mahu memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman terhadap masyarakat Cina.

Keputusan tersebut diumumkan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Rashid Abdullah dalam satu sidang akhbar petang ini.

ahmad ismail bukit bendera umno penang racist cina tumpang 050908 01Ahmad telah mencetuskan kemarahan masyarakat Cina apabila menyatakan bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti Melayu.

Ketua Umno Bukit Bendera itu didakwa membuat kenyataan itu ketika berceramah di Kampung Belah Dua pada 23 Ogos lalu sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Sehubungan itu, Gerakan, MCA dan DAP telah mendesak Ahmad supaya menarik balik kenyataannya dan memohon maaf. Pemuda DAP (Dapsy) juga membuat laporan polis terhadap Ahmad.

Ahmad telah mengadakan pertemuan dengan kesemua 13 ketua bahagian Umno di Pulau Pinang malam tadi untuk memberi penjelasan isu tersebut.

Menurut Rashid, mereka yang hadir berpuashati dengan penjelasan Ahmad.

ahmad ismail bukit bendera umno penang racist cina tumpang 050908 05Mereka juga, tambahnya, turut menyokong pendirian Ahmad yang tidak mahu memohon maaf berhubung kenyataannya itu.

Sidang akhbar tersebut dihadiri oleh kesemua 13 ketua Umno bahagian dan kepimpinan Pemuda dan Wanita negeri serta anggota badan perhubungan Umno negeri, kecuali Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdullah yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Pulau Pinang dijadual mengadakan mesyuarat dengan ketua-ketua bahagian esok.

Jelas istilah 'menumpang'

Sementara itu, Ahmad memberitahu sidang akhbar yang sama bahawa beliau menghormati Abdullah dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu beliau memohon maaf.

ahmad ismail bukit bendera umno penang racist cina tumpang 050908 03Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa Abdullah dan Najib adalah pemimpin nasional yang perlu menjaga kepentingan nasional.

Sebaliknya, kata Ahmad, beliau hanya seorang pemimpin bahagian dan tetap berpegang pada prinsipnya.

Ahmad juga menjelaskan bahawa beliau menggunakan istilah 'menumpang' dalam kontak kedudukan kaum Cina dan India sebelum merdeka.

Ahmad sebaliknya menuduh akhbar harian Sin Chiew Daily dan wartawannya yang mencetuskan kontroversi tersebut dengan melaporkan ucapannya di luar kontak.

Pemimpin-pemimpin yang lain seperti setiausaha Umno negeri, Datuk Azhar Ibrahim; ketua Umno bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan ketua bahagian Bayan Baru, Datuk Mohd Zain Omar turut membidas mereka yang membantah ucapan Ahmad itu.

ahmad ismail bukit bendera umno penang racist cina tumpang 050908 02Azhar mengecam wartawan Sin Chiew Daily dan menegaskan bahawa akhbar tersebut mesti dipertanggungjawabkan kerana mencetuskan kebencian dan konflik perkauman.

Ahmad juga menggelar pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sebagai seorang 'oportunis dan pembohong besar' dan berkata Gerakan boleh 'keluar dari Barisan Nasional'.

Malah, katanya, BN tewas di Pulau Pinang dalam pilihanraya umum kerana ketidakcekapan bekas ketua menteri itu dan Gerakan.

MCA, tambahnya, boleh menang lebih banyak kerusi jika tidak kerana Gerakan.

Ahmad menuduh Gerakan mengambil kesempatan ke atas dirinya untuk memulihkan kredibiliti, kedudukan dan kerelevanan parti itu di kalangan masyarakat Cina.

Musa pula membidas pucuk pimpinan Umno kerana memohon maaf bagi pihak parti itu tanpa mendapatkan penjelasan Ahmad terlebih dahulu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memohon maaf kepada masyarakat Cina bagi pihak Umno.

Menurut Musa, pucuk pimpinan parti di peringkat nasional boleh mempunyai pendiriannya sendiri, tetapi para pemimpin Ummno bahagian mempunyai pendirian mereka sendiri.

"Kita menyokong penuh Ahmad dalam isu ini," kata Musa pemberita, sambil menolak tindakan Najib itu.

Mohd Zain yang juga bekas wakil rakyat Bayan Lepas, memberi amaran kepada bukan Melayu supaya lebih berhati-hati dengan tindakan dan perkataan mereka.

Katanya, jangan mengganggu dan menekan orang Melayu secara keterlaluan.

Mohd Zain mengecam orang Cina dan Hindu kerana "memperbesar-besarkan isu memeluk Islam, tetapi pada masa yang sama, berdiam diri dalam isu memeluk Kristian".

Ahmad (foto) pula menegaskan bahawa beliau bukan seorang yang bersikap perkauman atau anti-Cina.

Sebaliknya, Ahmad yang sedang disiasat polis mengikut Akta Hasutan 1948 berkata, beliau mempunyai ramai rakan-rakan dari kaum Cina selama ini.

Sidang akhbar itu berakhir dengan laungan 'Hidup Melayu' sebagai tanda perpaduan pemimpin Umno tempatan.
Click Here!

Pelapis ulama PAS 'paling tidak memuaskan'

Sep 5, 08 3:26pm
Barisan pelapis kepemimpinan ulama PAS kini berada dalam keadaan krisis – pengetahuan mereka yang berusia bawah 40 tahun "paling tidak memuaskan" dan tertumpu aspek keagamaan sahaja.

"Saya selalu dengar ceramah-ceramah ulama muda ini. Masih stereotaip (hujahnya). Daripada ucapannya, kita tahu sudut bacaannya, kefahamannya," kata Naib Presiden PAS Mohamad Sabu kepada Malaysiakini.

mohamad sabu 040908 03"Masih mengecewakan saya," jelasnya lagi, mengulas prestasi kepemimpinan ulama yang disokong beliau sejak ia diperkenalkan awal 1980-an selepas PAS terpengaruh dengan kejayaan Revolusi Islam di Iran.

Berbeza dengan generasi tua pemimpin ulama parti itu, kata penceramah popular itu, barisan muda lulusan agama dalam PAS sekarang dilatih di negara-negara Arab yang tidak demokratik sehingga menyebabkan mereka hanya bertujuan lulus peperiksaan.

"Sebab kita lihat, latar pengajian mereka di Mesir, Arab Saudi, atau Syria. Negara-negara ini terkongkong daripada sudut politiknya, pendedahannya, dengan penindasan yang berlaku di sana.

"Sekarang ini, kalau di Mesir, Syria dan negeri-negeri Arab, semuanya negeri yang diktator. Jadi, aliran pengajian mereka (bergantung) kepada buku (sahaja) untuk lulus peperiksaan.

"(Keadaan) itu yang saya rasa rimas sedikit dengan perkembangan semacam ini," kata Mohamad sewaktu ditemui di kediamannya di Shah Alam semalam.

"Berlainan dengan ulama-ulama kita di tahun 1950-an dan 1960-an. Kebanyakannya lulusan (agama) dari India.

"Jadi di sana, di universiti-universiti Aligarh, Deoband dan sebagainya, (orientasinya) lebih bersikap sains politik. (Misalnya) profesor Zulkifli Mohamad di zaman itu."

Bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu menambah, barisan ulama di beberapa negara lain seperti Iran dan Lubnan mempunyai gabungan kepakaran ilmu-ilmu kontemporari dan ilmu agama.

"Kita harap ulama-ulama kita pun sampai ke peringkat itu. Ertinya, bukan hanya bidang fekah semata-mata tetapi boleh bercakap dalam pelbagai bidang.

Mohamad bagaimanapun tetap menyokong kepemimpinan ulama PAS dan berharap pengetahuan barisan ulama parti itu menguasai lebih banyak pengetahuan semasa dan berani mengetengahkan khazanah ilmu Islam untuk diterapkan dalam politik Malaysia.

Beliau enggan mengulas saranan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang berhasrat menganjurkan seminar penilaian semula kepemimpinan ulama seperti ucapan dasarnya di muktamar dewan itu di Ipoh, bulan lalu. [LIHAT VIDEO DI SINI]


Teks penuh wawancara isu tersebut seperti berikut:

Malaysiakini: Bagaimana Tuan Haji melihat kepimpinan ulama sekarang ini dalam PAS?

Mohamad: Saya setuju kepimpinan ulama diteruskan. Ulama sendiri (bagaimanapun) perlu bersedia menimba ilmu dan berkecimpung dalam hal-hal politik, (kualiti kepimpinan ulama) mesti dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Kepimpinan ulama timbul (dalam PAS) selepas Revolusi Iran 1979. Cuma pada waktu itu, kerana (wujud konsep) kepimpinan ulama, pemeriksa kira-kira pun, di peringkat kawasan (PAS), kalau boleh mereka hendak (lantik) seorang ustaz. Itu salah kefahaman di masa itu.

Kepimpinan ulama itu (bermaksud) parti dipandu sepenuhnya oleh sebuah majlis yang dipanggil Majlis Syura. Di peringkat eksekutif, sesiapa pun boleh, asalkan bertaqwa.

Macam kita lihat presiden Iran, boleh (lantik) seorang ulama macam Akbar Hashemi Rafsanjani, Mohammad Khatami - hujjatul Islam.

Boleh juga seseorang yang latar belakangnya seorang guru, seperti Mohammad Ali Rajai atau latar belakang (aktivis pelajar) seperti sekarang ini, (presiden kini) Mahmoud Ahmadinejad.

Jadi, semua mereka ini bekerja bawah satu panduan majlis ulama (Iran).

Kepimpinan ulama, apakah ia masih berkesan atau memerlukan banyak peningkatan?

Perlu banyak peningkatan. Ulama-ulama sendiri, kalau di Iran, mereka kadang-kadang ada kelulusan doktor falsafah (PhD) dalam bidang perancangan bandar (dari luar negara). Mereka pulang, belajar di Qom (pusat pendidikan agama terulung) tujuh hingga lapan tahun.

Apabila berunding di peringkat antarabangsa, orang tengok seseorang (pemimpin Iran) ini berserban, tetapi latar belakangnya PhD dalam pelbagai bidang.

Misalnya, apabila mereka pergi ke Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) berunding tentang nuklear (kontroversi pembinaan loji antara negara itu dengan Amerika Syarikat), (kalau) kita kata (tertanya-tanya), beliau dari pondok mana?

Padahal beliau seorang (pemegang) PhD yang kemudiannya belajar (di Qom) untuk mengambil peringkat hujjatul Islam. Jadi, ulama-ulamanya sampai ke peringkat itu.

Kita berharap ulama-ulama kita pun sampai ke peringkat itu.

Ertinya, (mereka) bukan hanya (menguasai) bidang fekah semata-mata tetapi boleh bercakap dalam segala bidang. Jadi, kepimpinan ulama perlu dipertahankan tetapi perlu peningkatan.

bersih memo to suhakam 130907 mat sabuMasalah utama sekarang, ulama kita tidak akses ilmu-ilmu luar (bukan agama)?

Ya, ia perlu. Kerana kegagalan-kegagalan gerakan Islam, saya nampak, antaranya garis panduan dan dasarnya tidak kuat. Jadi, dasar itu mestilah kuat, (dan) dipegang orang yang begitu hebat.

Tetapi di peringkat eksekutif, mungkin doktor, mungkin seorang ustaz, mungkin seorang ulama, tetapi mereka yang mengetahui serba-serbi untuk mempertahankan dasar-dasar Islam.

Di muktamar Pemuda PAS, (ketuanya) Salahuddin Ayub menyebut dalam ucapan dasarnya, kepimpinan ulama perlu "penilaian semula." Jadi, sebenarnya apa masalah utama?

Macam saya sebut tadi...

Masalah akses ilmu?

Masalah akses ilmu. Apabila seseorang itu mendapat PhD dalam syariah. Bagi orang kita, orang Malaysia ini, (kelulusan) macam itu dikira tamat pengajian. Tetapi bagi orang lain, (kelulusan) itu hanya satu permulaan. Dia akan belajar lagi dan duduk di satu tempat (untuk mendalami lagi ilmu).

Sejauh mana seriusnya masalah ini (dalam PAS)?

Kita kena terus mendesaklah. Kita berharap generasi ulama muda akan memainkan lebih peranan.

Misalnya kita bercakap (soal) peradaban Barat, etika Barat, ulama berkata kita mesti arif tentang perkara-perkara ini. Sebab, kalau kita ingin melawan Barat ini, ... sedangkan etika (Islam) kita yang lebih baik tidak kita terjemahkan, ...

Tuan Haji melihat kebangkitan ulama muda ini, tokoh-tokohnya?

Masih mengecewakan saya. Misalnya saya ambil contoh sekarang. Yang menonjolkan (idea) hendak memerintah mengikut cara (khalifah Islam) Umar Abdul Aziz, (ketua menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng. Kenapa?

Sebab beliau tahu bagaimana (keadilan) pembahagian kekayaan antara harta kerajaan dengan harta peribadi – yang juga disebut oleh (menteri besar Selangor) Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khazanah (ilmu) Islam ini yang ulama kita perlu tonjolkan -- pemerintahan yang baik pada masa akan datang.

Nampaknya tokoh-tokoh ulama dalam PAS, yang muda-muda ini...

Kurang menonjolkan perkara-perkara seperti ini.

Dan kurang berkualiti jika dimaksudkan dengan yang lama maksudnya?

Kalau dibandingkan dengan ulama kita, bukan soal pakaian maksudnya. Kalau kita bandingkan dengan (pemimpin Hizbullah di Lubnan) Hassan Nasrullah.

Bagaimana dengan serbannya itu beliau dapat memikat semua kumpulan – Kristian Druz, Sunni, Syiah, semua menghormatinya, pemikirannya dan kepimpinannya.

Ulama-ulama seperti ini yang saya hendak lihat muncul. Setakat ini saya...

Tidak ada? Kurang?

Hendak kata tidak ada... Itulah, paling tidak memuaskan.

Tuan Haji sebut kepimpinan ulama perlu peningkatan, tetapi Salahuddin menyebut "penilaian semula".

Itu pendapat peribadi beliau. Saya nampak begitu (seperti dijelaskan di atas).

Saya selalu mendengar ceramah-ceramah ulama muda ini. Masih stereotaip (hujahnya). Daripada ucapannya kita tahu sudut bacaannya, kefahamannya.

Antaranya Tuan Haji?

(Ketawa) Tidak boleh sebut namalah. Saya sebut secara umum. Jadi, saya nampak peningkatan itu ... (sangat kurang)

Mereka ini dapat lingkungan umur?

Bawah 40 tahun.

Mereka ini kurang (kewibawaan) berbanding ulama berumur atas 40 tahun?

Sebab kita lihat, latar pengajian mereka di Mesir, Arab Saudi, atau Syria.

Negara-negara ini terkongkong daripada sudut politiknya, pendedahannya, dengan penindasan yang berlaku di sana.

mohamad sabu 040908 02Tidak ada demokrasi, lebih teruk daripada (demokrasi) Malaysia.

Berlainan dengan ulama-ulama kita di tahun 1950-an dan 1960-an. Kebanyakannya lulusan dari India.

Jadi di sana itu, universiti-universiti Aligarh, Deoband dan sebagainya, (orientasinya) lebih bersikap sains politik.

Lepas itu mereka balik. Misalnya (pemimpin PAS) profesor Zulkifli Mohamad di zaman itu.

Tetapi sekarang ini, kalau di Mesir, Syria dan negeri-negeri Arab, semuanya negeri yang diktator. Jadi, aliran pengajian mereka (bergantung) kepada buku (sahaja) untuk lulus peperiksaan.

Itu yang saya rasa rimas sedikit dengan perkembangan semacam ini.

Istilah "penilaian semula" yang digunakan (Pemuda PAS) itu berat dan serius. Sebab, menilai semula boleh bermaksud menolak atau menerima (kepemimpinan ulama).

(Perkara) itu kena tanya Ketua Pemuda. Bagi saya, dasar itu sudah elok. Majlis Syura itu semuanya sudah elok. Cuma peningkatan perlu dibuat.

Apakah (kenyataan) ini menunjukkan Pemuda PAS tidak selesa dengan kepimpinan ulama?

Saya tidak mahu komenlah perkara itu. (Ketawa kecil) Kena tanya Salahuddin sendiri perkara itu.

Adakah kepimpinan ulama ini lebih mirip kepada pendekatan Syiah? Kalau dalam (politik) Sunni, perkara ini tidak berapa jelas.

Saya tidak nampak (isu) mazhab di situ. Sebab dunia Sunni ini, dan dunia Islam ini, kita tengok apabila kita merdeka, kembali kepada kediktatoran sebab garis panduan tidak ada. Masa revolusi itu, bagus, tetapi ia kembali kepada (pemerintahan) diktator.

Macam (bekas presiden Iraq) Saddam Hussein, sediakan anaknya (sebagai pengganti). Kemudian (bekas presiden Syria) Hafiz al-Asad, juga mewariskan (kuasa) kepada anak dia.

(Presiden Libya) Muammar Gaddafi juga sedang menyediakan anaknya (sebagai pengganti).

Dan kita balik kepada (kedikdatoran) itu. Dan kita lihat, di negara-negara orang Islam, imejnya (demokrasi) tidak ada sebab garis panduannya tidak ada.

Dalam kepimpinan ulama kita, dasar ini (demokrasi) saya pegang sungguh-sungguh. Tetapi saya kata, pengisiannya itu.

Kalau (kepemimpinan ulama) itu kita kata (pendekatan) Syiah, dalam negara Sunni, manakah modelnya yang hendak kita tonjolkan?

Maknanya (kepemimpinan ulama) merentas aliran?

Maknanya merentas aliran. Jadi, dasarnya tidak salah. Yang saya sebut ini, pengisiannya itu.


Bahagian I PAS 'tunggu dan lihat' 16 Sept
Bahagian ketiga (esok) Anwar hanya berkesan tarik undi bukan Melayu Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising