Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, August 27, 2008

Anwar: Rakyat mahu kemerdekaan sebenar...

Aug 26, 08 11:59pm
Walaupun ada masanya keadaan menjadi agak tegang ketika anggota polis berusaha mengawal lebih 7,000 penyokong Pakatan Rakyat di dalam pusat pengiraan undi, tetapi semuanya berjalan agak lancar.


anwar permatang pauh polling day 260808Seramai 3,000 penyokong lagi yang tidak dapat masuk ke dalam Institut Perguruan Tuanku Bainun, terpaksa menunggu di luar.

Hampir keseluruhan mereka yang hadir di situ merupakan penyokong Pakatan. Ini kerana sebaik sahaja pengundian selesai di pusat pengundian Tengku Bainun pada jam 5 petang tadi, penyokong Barisan Nasional (BN) menutup 'pondok panas' mereka dan pulang.

Penyokong Pakatan pula menyanyi dan bersorak setiapkali keputusan pengundian bagi setiap saluran diumumkan.

Anwar tiba bersama keluarganya dan lain-lain pemimpin PKR, termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang pada kira-kira jam 10 malam.

Pemimpin PKR lain yang turut hadir ialah Naib Presiden, R Sivarasa dan Azmin Ali; Tian Chua (ketua penerangan), Elizabeth Wong (Exco kerajaan Selangor) dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.

polling day 260808 02Selepas keputusan saluran terakhir diumumkan pada jam 10.05 malam, Anwar terus diisytiharkan sebagai pemenang pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Kemerdekaan sebenar

Para penyokong PKR bersorak riang dan gambar Anwar serta pemimpin PKR yang lain ditayangkan secara langsung di skrin besar yang terletak di padang institut tersebut.

Sejurus kemudian, mantan timbalan perdana menteri itu, dengan diapit oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Guan Eng, naik ke pentas untuk mengucapkan terima kasih kepada para penyokong dan pekerja parti.

Guan Eng mengucap terima kasih kepada petugas pilihanraya dan pihak polis kerana menjalankan tugas dengan baik.

permatang pauh polling day 260808 05Ketika berucap Kepada penyokongnya, Anwar berkata, keputusan pilihanraya kecil itu menunjukkan bukan sahaja pengundi Permatang Pauh tetapi juga seluruh negara mahukan kemerdekaan yang sebenarnya.

Katanya, ia memberi isyarat yang jelas bahawa rakyat mahukan perubahan, kemerdekaan dan tidak mahu lagi terus diperbodoh dan ditindas.

Beliau juga menegaskan pihaknya mahukan satu agenda ekonomi bagi membantu meringankan beban rakyat dan mahu harga minyak diturunkan.

"Dan ini akan berlaku apabila kita sampai ke Putrajaya," katanya.

Anwar kesal

Penasihat PKR itu juga melahirkan rasa kesal kerana tidak dapat mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen di Dewan Rakyat dalam masa terdekat ini.

Persidangan mesyuarat ketiga penggal pertama Parlimen ke-12 yang bermula sejak 18 Ogos lalu ditangguhkan Jumaat ini selepas pembentangan Bajet 2009 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana bermulanya bulan Ramadan, bulan berpuasa bagi umat Islam, dan akan disambung semula selepas Hari Raya Puasa Oktober depan.

Anwar berkata rakannya dalam Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk melantiknya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah jawatan ahli Parlimen nanti.

Jawatan ketua pembangkang itu sebelum ini dipegang oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada suaminya itu.

Selepas melaungkan 'Merdeka' dan menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat, para penyokong beredar secara aman.Click Here!

Sidang akhbar Anwar kecoh...

Aug 26, 08 11:57pm
Sidang akhbar Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas diisytiharkan memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh di pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun, menjadi agak kecoh kerana sikap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) serta pengawal peribadi mantan timbalan perdana menteri itu.


Pertamanya, SPR enggan membenarkan Anwar menggunakan dewan tersebut untuk mengadakan sidang akhbarnya.

Ekoran itu, sidang akhbar tersebut terpaksa diadakan di luar dewan penjumlahan undi itu.

anwar pc permatang pauh 01 260808Sebaik sahaja selesai keputusan diumumkan, Anwar meninggalkan dewan untuk berucap kepada penyokongnya di padang institut tersebut.

Selepas Anwar selesai berucap, pihak media dimaklumkan bahawa penasihat PKR itu akan mengadakan sidang akhbar di dewan berkenaan.

Bagaimanapun, ketika menunggu di situ, pegawai SPR mengarahkan mereka supaya meninggalkan dewan tersebut.

Percubaan penyelaras media PKR, Ginie Lim berunding dengan pihak SPR untuk membenarkan sidang akhbar diadakan di situ, menemui kegagalan.

'Kawasan larangan'

Sebaliknya, para pegawai SPR berkeras mengatakan sidang akhbar tidak dibenar diadakan di situ walaupun dewan berkenaan merupakan satu-satunya tempat yang sesuai untuk tujuan tersebut.

Pada masa lalu, seperti sewaktu pilihanraya umum 2004 dan 2008, sidang akhbar dibenar diadakan di dewan perjumlahan undi, selepas keputusan diumumkan.

anwar permatang pauh polling day 260808 13Ketika menutup pintu dewan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjelaskan, beliau terpaksa melarang bukan kakitangan SPR berada di situ, kerana dewan tersebut masih merupakan kawasan larangan kerana kotak-kotak undi ditempatkan di situ.

Sebelum itu, kira-kira 500 orang, termasuk pemimpin parti politik dan media, berada di dewan tersebut untuk mengikuti pengumuman keputusan pilihanraya kecil tersebut.

Ekoran tindakan SPR itu, kumpulan wartawan berkenaan terpaksa keluar dan sidang akhbar kemudiannya diadakan di luar dewan tersebut.

Kemudian timbul masalah baru dengan pengawal peribadi Anwar ketika para wartawan mahu menghampiri penasihat PKR itu untuk mendapatkan komennya.

Malah, sidang akhbar tersebut berjalan dengan diawasi ketat oleh para pengawal peribadi Anwar.

'Sikap berlebihan'

Anwar dikawal rapi oleh spasukan pengawal peribadi, gaya pegawai elit polis, sejak kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh bermula pada 16 Ogos lalu.

Sebelum ini, Anwar menyatakan beliau memerlukan perkhidmatan pengawal peribadi kerana terdapat ancaman terhadap nyawanya.

anwar and his bodyguard utk permatang pauh by election 230808 02Bagaimanapun, ramai wartawan veteran berpendapat, pengawal peribadi Anwar itu bersikap 'agak berlebihan' dalam menjalankan tugas mereka.

Contohnya, di akhir sidang akhbar hari ini, mereka menolak wartawan ketepi ketika membawa Anwar beredar dari situ.

Sebelum itu, ketika Anwar tiba di dewan perjumlahan undi, pengawal peribadinya berulangkali cuba menghalang media daripada mendekati penasihat PKR itu.

Seorang daripada pengawal peribadi itu pula sering mengingatkan pihak media supaya 'jangan merosakkan malam tersebut' ketika meminta mereka berhenti mengambil gambar Anwar.

Sebenarnya, sikap SPR dan pengawal peribadi Anwar itu sendiri yang sebenarnya telah merosakkan malam untuk wartawan, yang hanya mahu bertugas mereka.

Umno terima dengan hati terbuka...

Aug 26, 08 12:00am
Timbalan Pengerusi BN Pulau Pinang Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah berkata BN dan Umno negeri menerima keputusan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh dengan hati terbuka dan tenang.

Beliau, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri, berkata pengundi di Permatang Pauh telah membuat keputusan dan semua pihak harus menghormati pilihan mereka itu.

"Bagi BN dan Umno, kami telah berusaha dan bekerja keras bagi mendapatkan kepercayaan serta keyakinan pengundi tetapi nampaknya takdir telah menentukan begitu dan kita terimalah apa yang telah ditakdirkan," katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Naib Presiden Gerakan Datuk Dr Teng Hock Nan berkata BN perlu mengadakan post-mortem untuk mengenalpasti punca kekalahan parti itu buat kali keempat di Parlimen Permatang Pauh.

"BN perlu menstruktur semula mekanisme tindakannya supaya parti itu tidak kehilangan sokongan pada masa akan datang," katanya.

Sementara itu, Pengerusi MIC Permatang Pauh P.K.Subbaiyah berkata penduduk di Permatang Pauh berharap Anwar akan mengotakan janjinya untuk memberi khidmat yang baik kepada negara dan semua kaum.

'Pemuda PAS gembira'

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengucapkan terima kasih kepada rakyat Permatang Pauh kerana telah berusaha memenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim

"Kemenangan ini bukan hanya kemenangan Anwar seorang tetapi seluruh rakyat yang mahu melihat demokrasi segar," katanya.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP turut mengucapkan terima kasih kepada polis dan Suruhanjaya Pilihanraya kerana telah memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan pilihanraya ini.

Di Kuala Lumpur, Ketua Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub menyatakan rasa gembira dan bersyukur di atas kemenangan Anwar itu.

Salahuddin menyifatkan kemenangan Anwar itu satu titik permulaan kepada perubahan untuk rakyat dan negara.

"PAS ucapkan syabas dan tahniah atas kemenangan ini dan selaku parti dalam Pakatan Rakyat, PAS akan terus bekerjasama dengan PKR dalam menentukan halatuju perjuangan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Salahuddin menegaskan selagi Anwar tetap dengan dasar yang hendak dilaksanakan, permuafakatan Pakatan Rakyat berada pada landasan yang tepat dan PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan PKR.

"Apa-apa masalah yang sekiranya timbul dalam Pakatan Rakyat nanti, ia hendaklah dibincangkan dalam suasana bermuafakat," tambahnya.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dari DAP percaya BN tidak menangani pilihanraya itu dengan serius, yang membawa kepada kekalahannya.

Beliau berkata BN nampaknya asyik menumpukan perhatiannya terhadap isu moral Anwar daripada memikirkan kebajikan rakyat.

"Kami (DAP) tidak pernah ragu yang Anwar akan menang. Saya rasa orang-orang dalam Barisan Nasional (BN) fikir beliau (Anwar) akan mendapat undi kurang daripada (yang diraih) isterinya," kata Charles. Click Here!

Anwar Ketua Pembangkang Baru Di Dewan Rakyat

BUKIT MERTAJAM, 27 Ogos (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa kesal kerana tidak dapat mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen di Dewan Rakyat dalam masa terdekat ini.

Persidangan mesyuarat ketiga penggal pertama Parlimen ke-12 yang bermula sejak 18 Ogos lepas akan ditangguhkan pada Jumaat ini selepas pembentangan Bajet 2009 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana bermulanya bulan Ramadan, bulan berpuasa bagi umat Islam, dan akan disambung semula selepas Hari Raya Puasa pada Oktober.

Anwar berkata rakannya dalam Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk melantiknya sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah jawatan anggota Parlimen nanti.

Beliau berucap kepada para penyokongnya di padang Institut Penguruan Tuanku Bainun di sini.

Jawatan ketua pembangkang itu sebelum ini dipegang oleh isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang telah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya itu.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengucapkan terima kasih kepada rakyat Permatang Pauh kerana telah berusaha memenangkan Anwar.

"Kemenangan ini bukan hanya kemenangan Anwar seorang tetapi seluruh rakyat yang mahu melihat demokrasi segar," katanya.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP turut mengucapkan terima kasih kepada polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya kerana telah memberikan kerjasama yang baik untuk menjayakan pilihan raya ini.

Di KUALA LUMPUR, Ketua Pemuda PAS Pusat Salahuddin Ayub menyatakan rasa gembira dan bersyukur di atas kemenangan Anwar itu.

Salahuddin menyifatkan kemenangan Anwar itu satu titik permulaan kepada perubahan untuk rakyat dan negara.

"PAS ucapkan syabas dan tahniah atas kemenangan ini dan selaku parti dalam Pakatan Rakyat, PAS akan terus bekerjasama dengan PKR dalam menentukan halatuju perjuangan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Salahuddin menegaskan selagi Anwar tetap dengan dasar yang hendak dilaksanakan, permuafakatan Pakatan Rakyat berada pada landasan yang tepat dan PAS tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan PKR.

"Apa-apa masalah yang sekiranya timbul dalam Pakatan Rakyat nanti, ia hendaklah dibincangkan dalam suasana bermuafakat," tambahnya.

Anggota Parlimen Klang Charles Santiago dari DAP percaya BN tidak menangani pilihan raya itu dengan serius, yang membawa kepada kekalahannya.

Beliau berkata BN nampaknya asyik menumpukan perhatiannya terhadap isu moral Anwar daripada memikirkan kebajikan rakyat.

"Kami (DAP) tidak pernah ragu yang Anwar akan menang. Saya rasa orang-orang dalam Barisan Nasional (BN) fikir beliau (Anwar) akan mendapat undi kurang daripada (yang diraih) isterinya," kata Charles. Click Here!

Rakyat tolak politik kaum, fitnah - Husam

PERMATANG PAUH, 27 Ogos (Hrkh) - Keputusan pilihan raya semalam membuktikan bahawa rakyat menolak politik perkauman, fitnah dan pemanipulasian jentera kerajaan.

Iklan




Menurut Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa,keputusan pilihan raya ini membuktikan bahawa rakyat menolak politik perkauman, fitnah memusnahkan peribadi individu selain memanipulasikan jentera kerajaan termasuk media untuk kepentingan politik mereka.

Image"PAS bangga dengan pencapaian ini menunjukkan rakyat mahukan reformasi dan kemerdekaan daripada segala bentuk ancaman dan politik sempit dan kotor.

"Ia juga merupakan suatu signal bersifat fundamental ke arah kesatuan serta menolak poltik tidak bermoral serta perkauman yang sudah tidak relevan bagi mengorak langkah ke hadapan," tegasnya semasa sidang media selepas kemenangan Anwar semalam.

Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan penghargaan pengundi yang bijak membuat keputusan bagi memberikan isyarat jelas kepada BN.

"Mereka telah memberi pengajaran kepada Najib dan BN akan hakikat sebenar sekarang ini," ujarnya.

Dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam,Dato' Seri Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi dan calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,671 undi. Click Here!

Kemenangan Anwar bukti rakyat matang, fikir masa depan negara

PERMATANG PAUH, 27 Ogos (Hrkh) - Para petugas Pakatan Rakyat antara golongan yang paling gembira apabila Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim diistiharkan sebagai pemenang bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Iklan




Segala usaha mereka dirasakan berbaloi berhadapan dengan rakyat yang kian matang berfikir demi masa depan negara dan agama.

ImageMohd Zubir Musa, 35, daripada Sungai Kechil, Nibung Tebal berkata, jentera Barisan Nasional (BN) pasti terasa hilang taring selepas ini kerana apa yang mereka taburkan tidak dipedulikan.

"Penduduk tempatan mahukan janji yang tepat bukan mainan, " ujarnya.

ImagePetugas daripada Gombak, Selangor,Nor Aizah Husain, 50, berkata, jalinan kerjasama yang erat merupakan kunci kejayaan segala-galanya.

Ia juga sambungnya, umpama percikan bunga api yang menandakan kesepaduan jitu semua antara KeADILan, PAS dan DAP makin memuncak dan boleh membawa perubahan ketara terhadap negara.

ImageSementara itu Ketua Bahagian KeADILan Bentong, Pahang, Ram Ponusamy pula berkata, Malaysia baru yang dirancangkan oleh Anwar akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Malaysia yang diimpikan oleh rakyat yang cintakan kesejahteraan jauh daripada rasuah dan penyelewengan.

"Sebenarnya rakyat telah bosan dengan penyelewengan dan berharap Anwar dapat lakukan perubahan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bangkrap, " terangnya.

Click Here!

Kita Menang! We Won!

— KENYATAAN MEDIA —-

PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 OGOS 20008

Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan eknomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

————————
PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE
PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 AUGUST 2008

We won! And our victory is decisive and overwhelming.

I share in the joy felt by all Malaysians on this historic day. This is a victory for the people. And it’s great to be back!

On March 8th Malaysians voted for a New Dawn. Today, on the eve of our independence day, we have reasserted that call. We celebrate our nation’s independence in the spirit that our founding fathers intended - a nation of one and a people united.

In the face of the greatest adversity, our campaign focused on the issues that matter to Malaysians. Our calls for national unity, good governance and a vibrant democracy have silenced the voices of racist chanting, those who profit from the abuse of power and exploit the politics of fear and deceit.

We have promised a New Dawn for Malaysia and we will deliver on our promise. We will forge ahead on our Malaysian Economic Agenda to revive the economy, and to uplift the poor and the marginalized of all races. We will restore the integrity of the judiciary, fight corruption and build a truly unified nation.

We will be a government that is totally committed to realizing the people’s aspirations.

With the success of the eight of March and tonight’s resounding victory, I daresay we are indeed ready to face the challenges of the future, together.

We could not have won without the firm, unwavering support of our friends in the Pakatan Rakyat and the tens of thousands of Malaysians – Malays, Chinese, Indians, Ibans, Kadhazans - who have come to Permatang Pauh to work hard for this victory. I truly appreciate your courage, conviction and valour; and congratulate your commitment to our shared principles of freedom, justice and democracy.

This may be one small step for Permatang Pauh but one giant leap for the people of Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Click Here!

BPR, The Star disaman RM100 juta

Tuesday, 26 August 2008

IPOH - Dua Exco kerajaan Perak semalam memfailkan saman malu terhadap Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan akhbar The Star berhubung dakwaan penglibatan mereka dalam kes rasuah wang tunai dan seks.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Perak, Kapten (B) Osman Mohd. Jailu, 57, dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan Perak, Jamaluddin Mohd. Radzi, 52, memfailkan saman ganti rugi am berjumlah RM100 juta di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pukul 8.30 pagi.

Kedua-duanya menamakan BPR, Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, Pengarah BPR Perak, Shamsiah Abu Bakar dan Star Publication (M) Berhad sebagai defendan dan menuntut ganti rugi am untuk salah tangkap, salah tahan dan pendakwaan berniat jahat.

Mereka turut menuntut ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan apa-apa relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Berdasarkan kandungan writ saman yang dikemukakan melalui peguam Mohamed Asri Othman itu, Jamaluddin selaku plaintif kedua menyatakan dua defendan iaitu Ahmad Said dan Shamsiah tanpa sebab yang munasabah, secara salah telah menangkap dan menahannya semasa dia diminta memberi kenyataan di pejabat BPR Perak.

Kedua-dua plaintif turut mendakwa kedua-dua defendan tersebut juga telah menyebabkan atau menyebarkan kenyataan kepada media secara salah dan niat jahat pada 20 Ogos lalu.

Click Here!

Anwar tahan pengundi hantu



Bas yang di tahan oleh DS Anwar Ibrahim sendiri ... KLIK untuk berita lanjut di WRLR

Keranda BN di usung

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising