Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, August 26, 2008

MUKTAMAD | Keputusan Pilihanraya Permatang Pauh P44

PULAU PINANG P44:
PERMATANG PAUH:PP:58,459

1.Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) 31,195 undi.
2.Hanafi Mamat (AKIM) 92 undi.
3.Datuk Arif Shah Omar Shah (BN)15,524 undi.

Jumlah mengundi/Votes cast 38,144

Peratus/Percentage 65.25 peratus
Undi rosak/Spoilt votes 447 undi
Majoriti/Majority 15,671 undi.

Penyandang/Incumbent:Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail(PKR)
Undi diperolehi/Votes Polled:2008:30,348
Majoriti/Majority:13,398

Click Here!

5 bas 'pengundi hantu' ditahan

Aug 26, 08 4:42pm
Tiga buah bas - sebuah daripadanya membawa penumpang - telah dibawa ke balai polis di Permatang Pauh selepas penyokong PKR percaya mereka digunakan untuk membawa pengundi hantu.

Bas-bas dan penumpang berkenaan kini berada di balai polis Seberang jaya, manakala pemimpin PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli Parlimen Padang Seri, telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

permatang pauh polling day fru 260808 02Dan pada kira-kira jam 5.30 petang, dua buah bas lagi yang disyaki membawa pengundi hantu, dibawa ke balai polis.

Gobalakrishman memberitahu Malaysiakini bahawa mereka telah dimaklumkan bahawa enam buah bas yang membawa pengundi hantu, akan tiba di Permatang Pauh pada kira-kira 3 petang.

Selepas diperiksa, penyokong PKR mendapati dua buah bas kosong diletakkan di sepanjang Lebuhraya Butterworth-Kulim, dan diperhatikan oleh anggota polis.

Penyokong PKR kemudiannya diberitahu anggota polis tersebut bahawa bas tersebut sedang menunggu pengundi pulang dari mengundi.

permatang pauh polling day fru 260808 01Gobalakishman kemudian berkeras supaya bas-bas tersebut dibawa ke balai polis sementara menunggu laporan polis dibuat.

Dan dalam perjalanan ke balai polis, kumpulan PKR itu menemui sebuah lagi bas masuk ke Permatang Pauh. Bas ketiga ini penuh dengan penumpang.

Gobalakrishnan juga berkata, bas tersebut juga turut dibawa ke balai polis, bersama dengan dengan penumpangnya.

Difahamkan daripada salah seorang pemandunya, bas-bas tersebut datang dari Melaka.

Bas-bas tersebut menggunakan plet pendaftaran Pahang, Melaka, dan Kuala Lumpur. Sebuah daripadanya didapati didaftar di alamat bangunan Umno di Melaka.

Sepasukan polis telah dikejarkan ke balai polis berkenaan bersama sebuah trak meriam air.

Gobalakrishnan dan Setiausaha Agung PKR, Sallehuddin Hashim masuk ke balai polis untuk membuat laporan polis, tetapi keluar 30 minit kemudian dengan tangan kosong.

Gobalakrishnan memberitahu kira-kira 50 penyokong PKR di luar bangunan balai bahawa pihak polis terlalu sibuk untuk menerima laporan mereka. katanya, beliau akan mencuba lagi kemudian.

Gobala dan anak ditahan

Dan dalam satu lagi perkembangan dramatik, ketika Gobalakrishnan pergi semula ke balai polis berkenaan, beliau telah ditangkap bersama dua orang anaknya kerana "memberhentikan bas-bas tersebut".

Anaknya - Arvind, 20, dan Pravin, 23 - juga didakwa dikasari anggota polis sebelum mereka ditangkap.

Polis juga bertindak menyuraikan orang ramai dari balai tersebut.

Lihat liputan lengkap Pengundian di Permatang Pauh

Click Here!

'Jika Arif menang, angkat sumpah esok'

Aug 26, 08 5:16pm
DAP mempertikaikan ura-ura untuk menangguhkan majlis angkat sumpah ahli parlimen baru Permatang Pauh seperti dinyatakan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"Saya percaya tiada siapa di Malaysia meragui bahawa jika (calon BN) Arif Shah memenangi pilihanraya kecil itu, beliau akan mengangkat sumpah sebagai anggota parlimen di Dewan Rakyat esok atau selewat-lewatnya lusa," kata tokoh utama DAP Lim Kit Siang.

Beliau mengulas laporan media yang memetik Pandikar Amin berkata majlis angkat sumpah tidak perlu disegerakan dalam minggu ini, walaupun Dewan Rakyat sedang bersidang khususnya untuk pembentangan Bajet 2009 pada Jumaat.

Speaker juga dilaporkan berkata ahli parlimen baru itu boleh berbuat demikian dalam sesi persidangan dewan yang akan berlangsung semula pertengahan Oktober ini.

"Tiada keperluan untuk beliau mengangkat sumpah dengan segera. Bukannya ada perebutan kuasa," Pandikar Amin dipetik berkata.

"Mengapa perlu tergesa-gesa. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa orang yang menang pilihanraya itu akan terburu-buru datang dan berbahas dengan Speaker dan angkat sumpah.

"Ada sebulan lebih untuk sesiapa yang menang untuk kita tetapkan bila angkat sumpah, supaya ahli parlimen berkenaan boleh mengambil bahagian dalam perbahasan bajet, tetapi saya sudah bersiap sedia untuk segala-galanya."

permatang pauh by election nomination day 160808 candidatesPilihanraya kecil kerusi parlimen itu ditandingi oleh calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) and Hanafi Hamat (Akim).

Lim menambah, Arif Shah akan segera ke Parlimen bagi dijadikan "pembakar semangat" Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas mengalami tsunami politik 8 Mac lalu yang menyaksikan BN buat pertama kali dalam sejarah kehilangan majoriti dua pertiga dan hilang empat lagi negeri kepada Pakatan Rakyat.

"Kalau begitu, kenapa berbeza jika Anwar terpilih semula sebagai ahli parlimen di kerusi itu dan meluru ke Dewan Rakyat dengan majoriti lebih besar?" kata Lim, yang juga ahli parlimen Ipoh Timur, dalam satu kenyataan.

Pemuda PAS syak kemungkinan terdapat "pihak-pihak tertentu" cuba mempengaruhi speaker untuk melambat-lambatkan pelantikan Anwar jika menangi hari ini.

Katanya, cubaan itu dipercayai berkaitan dengan usaha penasihat PKR itu membentuk kerajaan baru menjelang pertengahan bulan depan seperti yang diuar-uarkannya selama ini.

"Mereka mungkin cuba elak Anwar membentuk kerajaan pada 16 September," kata Salahuddin Ayub kepada Malaysiakini.

Penangguhan ini, jika berlaku, tambahnya, akan menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat.

Mengulas perkara itu, ahli parlimen Kubang Kerian berkata, tidak ada masalah bagi Anwar mengangkat sumpah segera.

"Hanya perlu sekeping surat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Apabila beliau diisytiharkan menang, secara moralnya sudah sah (sebagai anggota Dewan Rakyat).

"Saya tidak nampak perlu ada penangguhan lama," katanya.

Dengan kemudahan faksimili dan internet, beliau menjangkakan Anwar wajar mengangkat sumpah selewat-lewatnya Khamis ini.

"Jangan sukarkan prosedur (angkat sumpah) itu. Kalau kita lihat, gaji (ahli parlimen) dibayar bermula pada hari diisytihar (menang)," katanya.

Ahli parlimen PKR bagi Balik Pulau, Yusmadi Yusoff pula berkata kerajaan cuba mempengaruhi SPR dan speaker untuk mengelakkan Anwar turut sama berbahas di parlimen.

"Banyak isu mendesak untuk dibincangkan, terutamanya ekonomi dan bajet," katanya.

Parlimen sekarang sedang membahaskan Rang Undang-undang DNA dan Rang Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Jumaat ini, Abdullah yang juga menteri kewangan akan membentangkan Bajet 2009.

"Melengah-lengahkannya (angkat sumpah), memberikan kita gambaran demokrasi yang terputus.

"Speaker sepatutnya menggalakkan demokrasi dan mempercepatkan prosesnya (lantikan Anwar)," katanya.

Lihat liputan lengkap Pengundian di Permatang Pauh
Click Here!

Anwar ke Parlimen 'seawal hari esok'

Aug 26, 08 10:26pm
Walaupun berdepan kemungkinan tidak akan mengangkat sumpah secara rasmi sebagai ahli parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan ke Parlimen esok selepas menang kerusi Permatang Pauh malam ini.

"Insya Allah, seandainya diizinkan dan jika tiada aral, saya akan melangkah masuk ke Parlimen seawal hari esok dengan menggalas harapan rakyat keseluruhannya," katanya di blognya sewaktu menunggu keputusan rasmi pilihanraya kecil tersebut.

"Saya ucap terima kasih atas kesudian dan kepercayaan rakyat di Permatang Pauh yang memberikan undi kepada saya.

permatang pauh by election nomination day 160808 candidates "Di sebalik pelbagai bentuk intimidasi yang dilaksanakan oleh Umno-BN, keberanian rakyat untuk menerobos halangan ini sangat dihargai."

Keputusan rasmi Anwar (foto, paling kanan) mendapat majoriti besar sebanyak 15,671 undi diketahui kira-kira 9.45 malam di pusat penjumlahan walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tidak lama kemudian.

Penasihat PKR mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.

Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Majoriti undi PKR kali ini lebih tinggi daripada yang diperolehi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihanraya umum Mac lepas.

Kira-kira 81.1 peratus daripada 58,49 pemilih di Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilaporkan berkata majlis angkat sumpah tidak perlu disegerakan dalam minggu ini, walaupun Dewan Rakyat sedang bersidang khususnya untuk pembentangan Bajet 2009 pada Jumaat.

Pandikar Amin juga berkata ahli parlimen baru itu boleh berbuat demikian dalam sesi persidangan dewan yang akan berlangsung semula pertengahan Oktober ini.

"Tiada keperluan untuk beliau mengangkat sumpah dengan segera. Bukannya ada perebutan kuasa," Pandikar Amin dipetik berkata.

"Mengapa perlu tergesa-gesa. Kita tidak boleh membuat andaian bahawa orang yang menang pilihanraya itu akan terburu-buru datang dan berbahas dengan Speaker dan angkat sumpah.

"Ada sebulan lebih untuk sesiapa yang menang untuk kita tetapkan bila angkat sumpah, supaya ahli parlimen berkenaan boleh mengambil bahagian dalam perbahasan bajet, tetapi saya sudah bersiap sedia untuk segala-galanya."Click Here!

Anwar menang besar: Majoriti 15,671

Aug 26, 08 9:19am
9.47 malam: Keputusan rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 15,671 undi.Penasihat PKR itu mendapat 31,195 undi, manakala calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah meraih 15,524 undi.

Sementara calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat memperolehi 92 undi sahaja dan hilang wang pertaruhan.

Yang menariknya, majoriti undi yang diperolehi mantan timbalan perdana menteri itu, lebih tinggi daripada undi yang diperolehi oleh calon BN.

Seramai 81.1 peratus daripada 58,49 pengundi di Parlimen Permatang Pauh keluar mengundi hari ini.

9.15 malam: Keputusan awal setakat ini, daripada sumber rasmi, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat majoriti 14,551 undi.

Sebanyak 11 kotak undi belum dihitung. Pengiraan masih berjalan.

8.00 malam: Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang dengan majoriti tidak rasmi sebanyak 16,210 undi.

Menurut sumber-sumber yang mengetahui, Anwar mendapat 26,646 manakala calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah mendapat 10,436 undi.

Pengiraan masih dijalankan.

7.59 mlm: Pengiraan tidak rasmi menunjukkan Anwar setakat ini mendapat 16,101 undi mendahului Arif Shah yang mendapat 6,071 undi. Pengiraan masih dijalankan.

7.30 mlm: SPR mula mengumumkan keputusan mengikut kotak undi. Setakat ini Anwar mendahului dengan 3,507 undi atau 48.11 peratus, iaitu PKR 5,398, BN (1,891) dan Akim (9).

Sebanyak 20 daripada 111 kotak undi telah dikira.

6.55 ptg: Proses pengiraan undi sedang berjalan di 25 pusat pengundian. Menurut sumber-sumber dalaman, Anwar mendahului di semua saluran.

6.30 ptg: Ribuan penyokong, sebahagian besarnya dari PKR, berhimpun di semua pusat pengundian. Polis turut mengadakan sekatan jalanraya menuju ke pusat pengiraan.

Kira-kira 30 anggota polis dan trak FRU juga dilihat di tempat-tempat berkenaan.

6.05 ptg: Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman, seramai 38,144 atau 65.25 peratus keluar mengundi.

5.53 ptg: Polis telah menutup jalan utama menuju ke pusat penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun, tempat keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh akan diumumkan.

5.00 ptg: Proses pengundian tamat dan ini akan diikuti dengan proses pengiraan undi.

4.25 ptg: Menurut Setiausaha SPR, Kamaruzaman Mohd Noor berkata sehingga jam 3 petang tadi, hanya 53.5 peratus keluar mengundi. Beliau juga menafikan khabar angin yang tempoh pengundian dilanjutkan hingga jam 6 petang.

1.33 tghari: Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi Malaysiakini berkata, keadaan keseluruhan terkawal. Beliau mengesahkan seorang penyokong Pakatan ditahan pagi tadi kerana melempar objek dan menghalang tugas polis.

Menurutnya, kesesakan juga berlaku kerana faktor manusia yang tidak patuhi undang-undng dan ikut emosi sendiri.

1.30 tghari: Masih terdapat 200 penyokong Pakatan di SK Sri Penanti. Kelihatan 10 trak FRU serta trak meriam air ditempatkan di situ.

1.00 tghari: Menurut Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, setakat jam 12 tengahari, 44.8 peratus pengundi telah membuang undi.

Manakala Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar pula menganggarkan sehingga jam 1 tengahari, peratusnya dijangka meningkat kepada 53 peratus.

12.10 tghari: Seperti yang diramalkan oleh Jabatan Kaji Cuaca, hujan mulai turun di sekitar Permatang Pauh dan diramalkan juga akan berpanjangan hingga ke malam.

11.20 pagi: Bilik gerakan SPR di Permatang Pauh ketika dihubungi berkata, hanya Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor yang boleh memberitahu peratus pengundian. Kamaruzaman kini sedang meninjau perjalanan proses pengundian.

11.05 pagi: Ejen pengundian PKR, Rodziah Ismail, sahkan nama pengundi dalam kedua-dua versi daftar pengundi di SK Seberang Jaya 2, adalah sama, hanya muka surat yang berbeza.

11.00 pagi: Ramai penyokong BN dan Pakatan di SK Sri Penanti sudah beredar. Hanya tinggal kira-kira 100 penyokong BN dan kira-kira 200 penyokong Pakatan yang masih kelihatan di situ. Anggota polis masih mengawal keadaan di situ.

10.52 pagi Calon Akim, Hanafi Mamat memberitahu Malaysiakini, beliau dalam perjalanan untuk melawat pusat pengundian di Kubang Semang.

Beliau menaruh harapan dan menegaskan, jika kalahpun "mesej kita sudah sampai kepada pengundi dan mereka boleh menilai".

10.42 pagi: Ketua Penerangan PKR, Tian Chua sedang berunding dengan pihak polis untuk memberi lebih masa kepada penyokong parti politik beredar.

10.42 pagi: Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob tiba di tempat kejadian. Selepas berbincang dengan para pegawainya, polis mengarahkan penyokong kedua belah pihak supaya beredar.

Terdapat kira-kira 1,000 penyokong parti politik di situ, yang terdiri daripada kira-kira 400 penyokong BN dan 600 penyokong Pakatan.

10.30 pagi: seorang penyokong Pakatan ditahan di SK Sri Penanti kerana didakwa melontar objek ke arah penyokong BN.

10.10 pagi: Anwar berkata beliau berharap dapat angkat sumpah di Parlimen esok dan "kita akan masuk Parlimen dengan agenda yang jelas dan mereka (BN) patut bangun dengan menerima realitinya".

Dalam ucapan ringkasnya selepas membuang undi, Anwar berkata, beliau menerima sokongan kuat penduduk Permatang Pauh.

10.05 pagi: Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh berkata pihaknya sedang menyemak perbezaan muka surat dalam daftar pengundi yang diberi pada PKR dan yang digunakan di saluran dua, SK Seberang Jaya 2.

Katanya, muka surat 8 hingga 21 dalam daftar yang diberikan kepada PKR adalah untuk pengundi saluran dua, tetapi mengikut daftar pemilih yang digunakan oleh SPR pagi ini, bagi pengundi saluran dua adalah muka surat 1 hingga 14.

10.00 pagi: Anwar dan Dr Wan Azizah beredar dari SK Seri Penanti selepas kedua-dua mengundi di SK Sri Penanti. Ketika ditemui pemberita, Anwar berkata, ia bukan Anwar lawan calon BN, tetapi melawan seluruh jentera kerajaan. Bagaimanapun, Anwar yakin menang.

9.38 pagi: Anwar tiba di SK Sri Penanti untuk membuang undi. Beliau yang berbaju kameja biru dan bersongkok, bersama isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

9.31 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertembung Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang di pusat pengundian di SK Seberang Jaya 2.

Penyokong Pakatan melaungkan 'Altantuya, pembohong, penipu' manakala penyokong BN pula melaungkan 'Hidup BN'

9.30 pagi. Menurut sumber yang layak dipercayai, 9 daripada 10 pengundi di SK Sri Penanti difahamkan memilih Anwar.

9.10 pagi PKR menghantar ‘alert' menyatakan senarai daftar pengundi yang digunakan di SMK Seberang Jaya 2, dalam DUN Seberang Jaya 2, berbeza dengan senarai yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebelum ini. Bagaimanapun, difahamkan berlaku perbezaan muka surat dalam daftar pemilih yang digunakan oleh pihak parti dan SPR di pusat pengundian tersebut.

9.05 pagi: Jumlah penyokong Pakatan di SK Sri Penanti, semakin bertambah mencecah kira-kira 700 orang. Manakala penyokong BN pula dianggarkan seramai 300 orang.

8.45 pagi: Kira-kira 30 sedang berbaris untuk mengundi di SK Sri Penanti. Manakala jumlah penyokong BN bertambah kepada kira-kira 250 orang manakala penyokong Pakatan pula meningkatkan kepada kira-kira 300 orang.

Penyokong BN kedengaran melaung liwat, penyokong Pakatan ada kata Altantuya, Ada juga penyokong Pakatan tunjuk wang kertas RM50 ke arah penyokong BN. Ada penyokong Pakatan Tanya BN ‘Tak nyanyi lagu ke'. Penyokong BN jawab ‘liwat'. Bila kenderaan lalu, mereka bersorak.

8.30 pagi: Terdapat kira-kira 200 penyokong BN dan 200 penyokong Pakatan berada di SK Sri Penanti menunggu ketibaan Anwar. Kedua belah pihak dipisahkan oleh jalanraya dan berada kira-kira 20 meter dari situ. Penyokong PKR melaungkan ‘Reformasi' manakala di pihak BN, mereka menyanyikan lagi ‘Barisan Kita". Kelihatan kira-kira 50 anggota polis bertugas mengawal keadaan di situ.

Pengundi dijangka keluar awal untuk mengundi ekoran Jabatan Meteorologi meramalkan hujan dan ribut petir akan berlaku di sebelah petang.

8.15 pagi: Keadaan lalu lintas di sekitar Permatang Pauh terkawal dan kenderaan yang membawa lambang BN dan PKR mundar-mandir mengangkut pengundi.

Seramai 6,000 anggota polis ditugaskan mengawal keadaan keselamatan di Permatang Pauh untuk memastikan proses pengundian berjalan lancar.

8.08 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah merupakan antara orang pertama membuang undi sebaik sahaja pusat pengundian di buka di SK Seberang Jaya 2. Anwar dijadual mengundi jam 9 pagi.

Ketika ditemui pemberita, Arif Shah menyifatkan angka 8 adalah nombor bertuah baginya. Isteri beliau, Datin Latifah Asmawi dan anak sulung mereka, Izwan Shah, turut mengundi di tempat yang sama.

Terdapat kira-kira penyokong kedua belah pihak membawa bendera parti masing-masing Penyokong Pakatan juga kelihatan memakain topeng Anwar dan bersorak antara satu lain.

8 pagi: Sejumlah 110 saluran di 25 pusat mengundi, dibuka kepada 58,459 pengundi membuang undi dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Tujuh daripada 25 pusat mengundi itu terletak di sekolah menengah kebangsaan manakala bakinya terletak di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan serta dewan orang ramai.

Pilihanraya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah 51; calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61, dan Hanafi Hamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Ia diadakan berikutan peletakan jawatan anggota parlimennya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan itu.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Dr Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi. Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihanraya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.

Anwar mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Penanti manakala Arif Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Jaya 2.

Pengundian di Permatang Pauh

Kekeliruan daftar pemilih selesai...

Aug 26, 08 11:42am
Proses pengundian bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh bermula jam 8 pagi tadi berjalan lancar di 110 saluran di 25 pusat pengundian, kecuali timbul sedikit kekeliruan mengenai daftar pemilih yang digunakan di saluran 2 di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 2.

Kekeliruan itu berlaku kerana dalam daftar pemilih yang diberikan kepada PKR, senarai nama pengundi bagi saluran dua tercatat pada muka surat 8 hingga 21.

permatang pauh by election 260808 pkr outside nomination center 01Tetapi dalam daftar pemilih yang digunakan oleh SPR pagi tadi, senarai pengundi saluran dua tercatat pada muka surat 1 hingga 14.

Timbalan Pengarah Pilihanraya PKR, Fauziah Salleh kemudiannya memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya sedang menyemak perbezaan tersebut.

Pada jam 11.05 pagi, ejen pengundian PKR Rodziah Ismail, mengesahkan bahawa nama pengundi dalam kedua-dua versi daftar pengundi di SK Seberang Jaya 2, adalah sama, hanya muka surat yang berbeza.

Sebelum itu, pada jam 10.30 pagi, seorang penyokong Pakatan Rakyat ditahan di SK Sri Penanti kerana didakwa melontar objek ke arah penyokong BN.

Ketika itu, terdapat kira-kira 1,000 penyokong parti politik di situ, yang terdiri daripada lebih kurang 400 penyokong BN dan 600 penyokong Pakatan.

permatang pauh by election 260808 voter wait outside01Penyokong diarah beredar

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob yang tiba di tempat kejadian sejurus kemudiannya, kelihatan berbincang dengan para pegawainya dan selepas itu, polis mengarahkan penyokong kedua-dua belah pihak supaya beredar.

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua kemudiannya berunding dengan polis untuk memberi lebih masa kepada penyokong parti politik beredar.

Pada kira-kira jam 11 pagi, ramai penyokong BN dan Pakatan di SK Sri Penanti sudah beredar.

permatang pauh by election 260808 arif shah and family 04Hanya tinggal kira-kira 100 penyokong BN dan kira-kira 200 penyokong Pakatan yang masih kelihatan di situ. Anggota polis masih mengawal keadaan.

Manakala bilik gerakan SPR, ketika dihubungi Malaysiakini untuk mendapatkan peratus pengundian sehingga jam 11 pagi berkata, hanya Setiausaha SPR Datuk Kamaruzaman Mohd Noor yang boleh berbuat demikian.

Beliau bagaimanapun tiada di bilik gerakan kerana difahamkan sedang meninjau proses pengundian pilihanraya kecil saat ini.

Pilihanraya ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, 61, dan Hanafi Hamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Najib jumpa Guan Eng

permatang pauh by election 260808 arif shah vote 06Ia diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan itu.

Sementara itu, calon BN merupakan antara orang pertama membuang undi sebaik sahaja pusat pengundian di buka di SK Seberang Jaya 2.

Beliau, isterinya Latifah Asmawi dan anak sulung mereka Izwan Shah mengundi pada jam 8.08 pagi.

Anwar pula tiba di Sekolah Kebangsaan Sri Penanti pada jam 9.38 pagi untuk membuang undi.

Beliau yang berbaju kameja biru dan bersongkok, bersama isterinya Dr Wan Azizah yang turut mengundi di situ.

Sementara itu, polis berkata, keadaan keselamatan adalah terkawal dan anggota polis ditempatkan di seluruh kawasan Permatang Pauh.

Unit Udara polis juga mengadakan pemantauan di sekitar pusat-pusat mengundi.

najib kit siang permatang pauh 260808 03Manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemangku presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bertembung dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang, ketika melawat pusat pengundian di SK Seberang Jaya 2.

Penyokong Pakatan melaungkan 'Altantuya, pembohong, penipu' manakala penyokong BN pula melaungkan 'Hidup BN'.

Manakala calon Akim, Hanafi ketika dihubungi Malaysiakini, berkata beliau dalam perjalanan untuk melawat pusat pengundian di Kubang Semang.

Beliau menaruh harapan dan menegaskan, jika kalahpun "mesej kita sudah sampai kepada pengundi dan mereka boleh menilai".

Seperti yang diramalkan oleh Jabatan Kajicuaca, hujan mulai turun di sekitar Permatang Pauh pada kira-kira jam 12.10 tengahari tadi.Click Here!

Guan Eng lapor diugut bunuh

Aug 25, 08 6:21pm
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Setiausaha Politiknya Ng Wei Aik hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan bunuh terhadap mereka berdua.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Lim berkata ugutan bunuh itu diterima oleh Ng dalam sepucuk surat yang dihantar ke pejabatnya pada Khamis lalu, sehari selepas beliau berdebat dengan bekas ketua menteri Pulau Pinang Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Ng yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Komtar berkata beliau membuat laporan mengenai ugutan bunuh itu di Ibupejabat Polis Daerah Timur Laut pagi ini, demikian menurut laporan Bernama.

Katanya surat yang diterimanya itu terdapat beberapa keratan akhbar mengenai kenyataan beliau dan ketua menteri serta sekeping kertas yang bertulis tangan dengan marker pen merah yang tertulis ugutan bunuh.

Sementara itu, Bernama turut melaporkan seorang perayu undi Barisan Nasional (BN) hari ini membuat laporan polis mendakwa diugut bunuh oleh sekumpulan penyokong pembangkang ketika mengedarkan risalah dan cakera padat (CD) di Pasar Seberang Jaya, kira-kira jam 10 pagi ini.

Aisyah Hussin, 43, berkata berbelas penyokong pembangkang dipercayai Parti Keadilan Rakyat (PKR) merakam gambar kereta miliknya sebelum merampas CD dan risalah serta mengepung peraih undi lain.

"Mereka mengepung kami dan merampas risalah serta CD yang sedang kami edarkan kepada orang ramai di sini, mereka juga bertindak mencampak barang-barang itu ke tanah dan memijaknya di hadapan kami.

"Ketika itu saya begitu terkejut dan terkedu kerana tidak menyangka sampai begitu sekali perbuatan mereka terhadap kami, apa salah kami," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah di sini, kira-kira jam 12 tengah hari ini.

Aisyah berkata detik cemas kira-kira 10 minit itu berjaya dikawal selepas orang ramai dan pihak polis yang berada di situ membantu mereka.

Pegawai Perhubungan Media Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Supt Shaharon Anuar Abdul Latif pula memberitahu sidang akhbar di Bukit Mertajam bahawa pelbagai laporan termasuk ugutan bunuh dan meletup bangunan diterima oleh polis di Bukit Mertajam berkaitan dengan pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh esok.

katanya, pihak polis sendiri turut menerima ugutan daripada seorang lelaki yang mendakwa akan meletupkan bangunan Umno di Kubang Semang.

"Ugutan itu diterima oleh seorang anggota polis yang sedang bertugas di Balai Polis Kubang Semang di sini kira-kira pukul 11.13 malam tadi, pemanggil itu menyatakan "kami akan letupkan Bangunan Umno di sini dan minta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak balik cepat (keluar dari Permatang Pauh)" dan kemudian pemanggil itu ketawa sambil meletakkan telefon," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Mertajam hari ini.

Shaharon Anuar berkata pemanggil itu didapati menggunakan talian telefon tetap dan polis sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu. Click Here!

710 tidak boleh mengundi?

Aug 25, 08 5:17pm
(Malaysiakini) Kemungkinan sekurang-kurangnya 710 pengundi dibimbangi tidak dapat mengundi dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh esok kerana wujud dua set senarai daftar pemilih.

Satu ialah senarai daftar pemilih yang telah diwartakan dan yang satu lagi senarai yang dikemaskini oleh Suruhanraya Pilihanraya (SPR), yang akan digunakan dalam pilihanraya kecil esok.

Dan yang menjadi masalah ialah nama mereka terdapat dalam senarai daftar yang diwartakan, tetapi didakwa tidak ada dalam senarai daftar pemilih yang dikemaskini, yang akan digunakan SPR esok.

election commision pc 250808 04Ekoran itu berlaku 'pertikaman lidah' antara Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor dan kumpulam wartawan ketika beiau cuba menjelaskan perkara itu sewaktu mengadakan sidang akhbars selama 90 minit di Permatang Pauh pagi tadi.

Wartawan menemui Kamaruzaman di di Institut Latihan Guru Tuanku Bainun, yang akan digunakan sebagai pusat penjumlahan undi esok.

Pada akhir sidang akhbar tersebut, beliau berkata, mereka yang tidak berpuashati dengan penjelasan mengenai keraguan itu yang dibangkitkan oleh PKR semalam, boleh membawanya ke mahkamah.

Pertikaman lidah itu bagaimanapun, tidak berakhir di situ tetapi berterusan sewaktu Kamaruzaman mengadakan pertemuan berasingan selama 40 minit dengan pemimpin PKR - R Sivarasa dan Fuziah Salleh - kemudiannya,

'Ini satu pembohongan'

Kontroversi tersebut tercetus ekoran dakwaan PKR semalam bahawa terdapat sejumlah 868 nama yang tidak dapat dikesan dalam daftar pemilih, yang telah 'dikemaskini' pada 31 Julai - yang akan digunakan esok - berbanding dengan daftar pemilih yang diwartakan pada 19 Jun.

Biasanya, daftar pemilih yang diwartakan, akan digunakan sebagaielection commision pc 250808 01 daftar pemilih rasmi dalam pilihanraya yang diadakan. Daftar pemilih yang diwartakan adalah senarai muktamad dan tidak boleh dipersoalkan di mahkamah, walaupun wujud pertikaian mengenainya.

Bagaimanapun, anehnya, SPR memutuskan untuk menggunakan senarai pemilih yang 'dikemaskini' - dan belum diwartakan - untuk pilihanraya kecil esok dan ini telah mencetuskan persoalan mengenainya.

Selain itu, PKR juga mendakwa, senarai pemilih itu turut mengandungi 400 pengundi pos yang diragui dan mendakwa kecacatan itu akan menjejaskan kira-kira 2,000 pengundi untuk parti tersebut.

Ketika mengulas dakwaan bahawa 868 nama dibuang dari daftar senarai yang 'dikemaskini', Kamaruzaman menjelaskan hari ini, bahawa hanya 158 nama yang dibuang dari senarai terbaru itu.

Alasan mengapa nama-nama tersebut dibuang, antaranya ialah, silap pendaftaran, kematian dan mereka yang berusia lebih 100 dan SPR berpuashati yang mereka telah meninggalkan dunia.

Kamaruzaman yang kelihatan agak marah dengan dakwaan PKR itu berkata: "Ini satu pembohongan, Ia dilakukan untuk mencemar nama baik SPR".

Seramai 58,459 pengundi layak membuang undi esok - bertambah 10 orang daripada daftar memilih dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Suasana di sidang akhbar tersebut semakin panas apabila para wartawan berulangkali cuba untuk mendapatkan penjelasan kerana angka yang diberikan oleh Kamaruzzaman itu tidak selari.

Ditanya mengapa daftar pemilih yang tidak diwartakan itu yang akan digunakan dalam pilihanraya kecil kali ini, Kamaruzaman meminta pihak media menunjukkan kepadanya peruntukan undang-undang yang memerlukan beliau mewartakan daftar pemilih tersebut.

Katanya, nama-nama yang telah dipotong dari daftar pemilih tersebut dibuat mengikut kuasa yang diberikan kepadanya sebagai ketua pendaftar pemilih.

Menurut Kamaruzaman lagi, beliau juga tidak perlu mempamerkan daftar baru pemilih.

Sidang akhbar itu tamat selepas 90 minit berlangsung, dengan para wartawan masih keliru berhubung perkara tersebut.

Ramai dijangka mengundi

election commision pc 250808 03Dalam sesi berasingan dengan dua pemimpin PKR tersebut, Kamaruzzaman berkeras mengatakan bahawa SPR telah mematuhi undang-undang berhubung perjalanan pilihanraya, termasuk penyediaan daftar pemilih.

Kedua-dua pihak berkeras dengan pendirian masing-masing dan pertemuan itu berakhir dengan pemimpin PKR itu bersetuju untuk mengemukakan nama 868 terbabit, yang menurut mereka telah dipotongkan ole SPR daripada daftar pemilih petang ini untuk pengesahan.

Permintaan wartawan supaya satu lagi sidang akhbar diadakan petang ini untuk menjelaskan perkara itu tidak dilayan bila Kamaruzaman berulangkali berkata beliau akan menyemak perkara itu terlebih dahulu.

Bagaimanapun, selepas berulangkali didesak oleh Fuziah dan Sivarasa, Kamaruzaman menarik balik kenyataannya sewaktu sidang akhbar sebelumnya bahawa PKR berbohong.

Sementara itu, Kamaruzaman berkata, beliau menyangka peratusan keluar mengundi yang tinggi esok. Dalam pilihanraya umum lalu, seramai 81 peratus keluar mengundi.

Katanya, keputusan pilihanraya kecil esok dijangka dapat diumumkan antara jam 9.30 dan 10.30 malam.

Pilihanraya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Hamat. Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 
Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising