Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, August 24, 2008

Wakil DAP gesa PKR, PAS ambil tindakan

Aug 24, 08 5:07pm
(Malaysiakini) PAS dan PKR diminta mengambil tindakan disiplin terhadap ahli-ahli mereka yang terlibat menghentikan forum “Memeluk Islam” anjuran Majlis Peguam yang mencetuskan pelbagai reaksi orang ramai.

Isu kontroversi itu muncul dalam ucapan perbahasan seorang perwakilan DAP yang menyambung perbahasan laporan setiausaha agung yang dibentangkan Lim Guan Eng semalam.

Perwakilan Bandar Lama Petaling Jaya, Ashwin Raj menyatakan kebimbangan terhadap tindakan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam, Pemuda PAS dan ahli parlimen PKR Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Baharu) yang terlibat menentang forum itu yang berlangsung awal bulan ini.

"Alasan bahawa forum itu anti Islam tidak berasas. Selama 50 tahun, Majlis Peguam mempunyai ahli daripada pelbagai kaum dan daripada semua agama. Ini berpunca daripada unsur-unsur ekstremisme yang tidak faham bahawa Malaysia merupakan sebuah negara sekular," katanya.

"Kita (DAP) harus mendesak rakan dalam Pakatan PAS dan PKR supaya mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat," kata Ashwin.

Beliau turut membangkitkan cadangan menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka ruang 10 peratus kepada pelajar bukan bumiputera.

Bandar Baru Petaling Jaya turut mengkritik Umno kerana menentang cadangan itu dan melabelkan parti itu sebagai "parti ekstrimis."

"Apa yang dikemukan hanya cadangan sahaja, hanya 10 peratus sahaja,” katanya.

Mempersoalan pengmalan di UiTM itu, beliau berkata:

"Saya tidak dikenali di negara kelahiran saya. Adakah ini menunjukkan golongan bukan bumiputera merupakan rakyat asing?" katanya. Click Here!

Lawatan ke MAHA 2008, hebatnya Tuan Guru Presiden kita

Roslan Shahir
Thu | Aug 21, 08 | 12:33:55 pm MYT

Petang semalam (20 Ogos 2008) saya sempat menyertai rombongan Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS yang juga ahli parlimen Marang, ke tapak MAHA 2008 atau Malaysia, Agriculture, Horticulture and Agrotourism Exhibition 2008 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park di Serdang, Selangor.

Iklan




Pameran MAHA 2008 ini merupakan pameran pertanian terbesar di Asia Tenggara anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta FAMA. Turut serta dalam rombongan kami adalah Timbalan Presiden. Ustaz Nasharudin Mat Isa yang juga ahli parlimen Bachok, SETPOL Presiden dan Setiausaha Sulitnya.

Sejurus tiba Tuan Guru Presiden telah disambut oleh para pegawai kanan kementerian diketuai oleh Timbalan Menteri Pertanian Dato' Rohani Abdul Karim. Seluruh para pegawai kanan ternyata kelihatan begitu gembira meraikan kehadiran Tuan Guru dan rombongan.

Dato' Rohani dan pegawai kanannya telah memberikan taklimat ringkas berkenaan pameran ini dan tapaknya sebelum rombongan dibawa ke tapak-tapak yang dikenal-pasti.

Ternyata kehadiran Tuan Guru ke pameran ini didorong oleh minat beliau yang begitu kuat terhadap sektor pertanian khususnya yang melibatkan penternakan dan perikanan.

Saya memerhatikan pengunjung MAHA yang begitu ramai, kebetulan dimusim cuti sekolah ini, begitu senang hati kerana tidak menyangka dapat bertembung dengan Presiden PAS di tapak pameran ini.

Ianya menjadi sungguh meriah sehingga Tuan Guru tidak dapat memberikan perhatian penuh kepada taklimat yang diberikan oleh pegawai-pegawai pengiring apabila para pengunjung yang hadir tidak putus-putus bersalaman dan mohon untuk bergambar dengan beliau dan Timbalannya.

Ada yang mengambil kesempatan berpelukan dengan beliau, anak-anak kecil mengucup tangan beliau dan yang berjabat tangan termasuklah dari pengunjung Cina dan India.

Seorang pegawai pameran berbangsa Cina malah menyatakan beliau kagum melihat Tuan Guru sudi mengunjungi setiap tapak pameran yang beliau dibawa melawat, sedangkan menurutnya VIP yang lain sebelum ini tidak pun berbuat begitu.

Bagaimanapun pelawaan untuk menjamu Presiden oleh pihak penganjur dan mereka yang mengendalikan pameran tidak dapat dipenuhi oleh Tuan Guru Presiden oleh kerana beliau berpuasa.

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa sebelum PRU ke 12 lalu Tuan Guru telah bernazar akan berpuasa sejumlah hari bersamaan dengan bilangan kerusi yang dimenangi PAS dalam PRU itu.

Dalam PRU ke 12 PAS memenangi 23 kerusi Parlimen dan 83 kerusi DUN, bermakna beliau perlu berpuasa sebanyak 106 hari. Agaknya berapa orang pemimpin PAS yang bernazar sedemikian?

Bagi Tuan Guru industri pertanian adalah suatu industri yang paling kritikal dalam negara kerana kita perlu bebas dari bergantung kepada negara luar bagi bekalan makanan kita.

Industri pertanian juga jika dimajukan akan menjadi penjana ekonomi yang besar buat negara. Tuan Guru mengharapkan agar kerajaan akan dapat memberikan insentif bagi mereka yang menceburi industri ini agar sektor ini akan dapat terus maju dan berkembang.

Menurut Tuan Guru lagi pameran seperti ini perlu diberikan galakan kerana ianya berguna dan bermakna bukan hanya bagi mereka yang terlibat dalam industri ini malah ia akan mampu memberikan ilmu dan kefahaman kepada anak-anak kita yang boleh tertarik dengan pameran-pameran yang disediakan.

Tuan Guru menghabiskan lebih dua jam melawat tapak pameran yang mempamirkan hasil-hasil ternakan, pameran perikanan dan jentera pertanian.

Banyak lagi tapak yang tidak dapat dikunjungi oleh kerana kesuntukkan masa. Kesimpulannya, lawatan ini sangat bermakna buat semua yang hadir kerana banyak ilmu dan maklumat yang telah dapat dikumpul sepanjang lebih dua jam itu.

Bagi saya yang lebih bermakna adalah ukhuwah dan kemesraan yang dapat dijalin oleh pemimpin nombor satu PAS itu dengan para pegawai kerajaan, kakitangan biasa, mereka yang terlibat dalam industri ini serta orang-ramai yang berkunjung disamping wartawan yang turut hadir membuat liputan.

Saya yakin kalau ada kesempatan lagi Tuan Guru pasti mahu berkunjung lagi.

(Roslan Shahir bin Dato' Mohd Shahir adalah Setiausaha Akhbar Presiden PAS).

Click Here!

Petugas Umno di tangkap tampal bahan kempen terlarang

PERMATANG PAUH, 24 Ogos (Hrkh) - Petugas Pakatan Rakyat berjaya menangkap dua petugas Umno-BN yang sedang memasang banner kartun menunjukan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri selepas 16 September 2008 di persimpangan Kampung Permatang Tengah, Permatang Pauh semalam.

Iklan




Kini semuanya sudah terjawab siapa yang selama ini sengaja melaga-lagakan kepimpinan parti DAP, PAS dan KeADILan dalam bentuk lukisan berbau perkauman yang terpampang di serata tempat sekitar Permatang Pauh.

Sebelum ini Harakahdaily mendapat maklumat, petugas Pakatan Rakyat menjumpai banner bercorak kartun yang menunjukan gambar Anwar berwajah khinzir sedang mengejar Saiful.

Petugas terbabit ditangkap oleh sekumpulan petugas Pakatan Rakyat pada pukul 1.00 tengah malam dan di bawa ke bilik gerakan Pakatan Rakyat sebelum diserahkan kepada pihak polis di Seberang Jaya.

Peristiwa semalam menunjukan Umno-BN terdesak kerana kekurangan isu sehingga serangan peribadi digerakkan oleh semua penceramah dalam kempen mereka sejak tiga hari lalu.

Sedangkan, kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib pernah berjanji tidak menggunakan isu peribadi dalam kempen mereka termasuk isu liwat tetapi keadaan sebaliknya berlaku. Click Here!

PKR Claims 944 Names Missing From List Of Voters

BUKIT MERTAJAM, Aug 24 (Bernama) -- The Parti Keadilan Rakyat (PKR) claims that 944 names of voters have 'disappeared' from the electoral list for the Permatang Pauh parliamentary constituency which had been updated up to July 2008.

The PKR deputy director of elections, Fuziah Salleh, said a letter of protest had been sent to the Election Commission.

"We find that 944 names of voters who are eligible to vote have disappeared whereas they had voted in the March election this year," she said at a press conference at the Yayasan Aman building in Kubang Semang, here Sunday.

Fuziah, who is also the Kuantan Member of Parliament, claimed that of the number, six had been identified to have moved and changed their addresses, 81 could not be traced and 868 had been omitted from the electoral roll.

The Permatang Pauh parliamentary constituency has 58,459 registered voters.

Meanwhile, State EC Deputy Director Ilyani Farha Mohammad refused to comment on the allegation and said that the EC would hold a press conference tomorrow pertaining to the polling day on Tuesday. Click Here!

Undi Anwar, tolak kezaliman BN - Presiden PAS

Harakahdaily
Sun | Aug 24, 08 | 5:33:00 pm MYT

PERMATANG PAUH, 24 Ogos (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merayu kepada pengundi di Permatang Pauh untuk bangkit menolak Barisan Nasional dengan segala fitnah yang dilemparkan terhadap, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Iklan

Beliau menegaskan, pemilihan Anwar sebagai calon Pakatan Rakyat adalah merupakan langkah yang disepakati parti-parti gabungan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional dalam hari pengundian pada 26 Ogos ini.

Katanya, erti kemerdekaan tidak akan bermakna jika pemikiran dan jasad rakyat terus dijajah oleh BN sekian lama.

Beliau juga mengajak pengundi-pengundi yang berada di luar Permatang Pauh, khususnya ahli-ahli PAS untuk pulang mengundi Anwar.

Presiden PAS itu berkata demikian dalam surat terbukanya kepada pengundi Permatang Pauh yang diedarkan hari ini, seperti berikut;

SURAT TERBUKA KEPADA PENGUNDI PERMATANG PAUH

Kepada Pengundi Permatang Pauh khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
Bahang Pilihanraya Umum ke12 masih kita rasai sehingga ke hari ini selepas Pakatan Rakyat memerintah 5 negeri di Malaysia.

Namun segala usaha yang kita lakukan tidak akan berjaya tanpa bantuan Allah SWT serta sokongan dan keyakinan rakyat seluruhnya.

Syabas dan tahniah! Namun usaha kita masih belum sempurna selagi kezaliman serta penyelewengan masih berkuasa di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Pemilihan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai calon parlimen di P44 Permatang Pauh adalah satu lagi langkah yang kita sepakati bersama bagi menumbangkan kezaliman Umno-Barisan Nasional. PAS bersama Pakatan Rakyat akan terus komited dan terus berjuang membela seluruh nasib rakyat.

Saudara/i yang dihormati sekelian,

Islam tidak pernah menghalang kita untuk berkerjasama dengan mana-mana pihak dalam isu keadilan dan kepentingan rakyat, dalam rangka untuk memakmurkan buka bumi ini.

Saya dan seluruh kepimpinan PAS akan sentiasa komited membantu Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam Pilihanraya Kecil Parlimen P44 Permatang Pauh.

Dengan pengalaman luas yang ada pada beliau serta komitmen beliau yang telah teruji dan terbukti sehingga kini, saya yakin kita akan dapat bersama-sama menyelamatkan Malaysia dan seluruh rakyat daripada ancaman kezaliman politik, penindasan ekonomi serta peminggiran agama, selama hampir 51 tahun kita merdeka.

Erti kemerdekaan yang kita capai tidak bermakna sekiranya minda dan jasad kita tetap dijajah dalam pelbagai aspek kehidupan bermasyarakat serta bernegara dan kita masih terperangkap dalam politik perkauman sempit yang memecah-belahkan kita.

Bermula dari tarikh 16 ogos 2008 Dato' Seri Anwar Ibrahim telah mula berkempen di Permatang Pauh.

Pelbagai tomahan dan fitnah telah dilontarkan terhadap beliau demi melemahkan semangat para pendokong kebenaran dan menimbulkan keraguan kepada para pengundi.

Namun kita tidak pernah mengalah dan masih dapat mengekalkan keyakinan pengundi Permatang Pauh terhadap calon kita. Kemenangan pasti akan kita perolehi jika kita membulatkan tekad untuk membentuk suatu kerajaan yang adil dan berkebajikan.

Kini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk menjadikan tarikh 26 Ogos 2008 tarikh bersejarah bagi menyaksikan pertarungan sengit antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan seluruh jentera Parti Barisan Nasional, dimenangi oleh pihak Kebenaran dan Keadilan yang didukungi seluruh lapisan rakyat.

Bangkitlah bersama-sama kita menyokong perjuangan membela keadilan dan kesejahteraan untuk semua agama, kaum dan budaya di tanah air kita.

Yakinlah kemenangan dan keadilan pasti akan dianugerahkan Allah SWT kepada kita.

Dengan ini saya merayu seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan budaya, agar bersama-sama menggembleng tenaga menentang kezaliman, rasuah dan segala penyelewengan kuasa yang sedang berleluasa.

Sehubungan itu juga saya mengajak semua pengundi Permatang Pauh, khususnya ahli-ahli PAS yang berada di luar kawasan untuk pulang mengundi calon Pakatan Rakyat.

Semoga Allah menganugerahkan kejayaan kepada kita dalam kemenangan yang paling bermakna ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin!

Wassalamu alaikum dan Salam Perjuangan,

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
22 Sya'aban 1429 / 24 Ogos 2008.

Click Here!

Khairy pembohong! - Hu Pang Chow

SUNGAI LALANG, 24 Ogos (Hrkh) - Dakwaan Naib Ketua Pemuda Umno yang juga menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaludin bahawa PAS telah menolak sama sekali Dato' Seri Anwar Ibrahim (DSAI) serta tidak membantu kempen di Permatang Pauh dinafikan oleh Pengerusi Kelab Penyokong PAS Pusat, Hu Pang Chow.

Iklan




Ujar Hu, Khairy bercakap bohong dengan mengemukakan pelbagai alasan terhadap dakwaannya itu semasa berceramah di Bilik Gerakan Umno malam kelmarin.

"Saya ingin berpesan, kalau cakap bohong, menurut kepercayaan orang Cina, bila mati nanti turun ke neraka, lidah akan dipotong. Jadi tolong sampaikan kepada orang Umno, sebagai orang Islam hendaklah jadi manusia yang beriman dan bertakwa, jangan sekali-kali cakap bohong.

"Kita kena ingat, cakap bohong ini kena jawab sampai ke akhirat. Tak dapat jawab dengan baik (penghakiman di akhirat), nanti kena masuk neraka selama-lamanya," katanya pada ceramah sempena Expo Perpaduan Rakyat 2008 (EXPRA 08) di Taman Bandar Baru (TBB), di sini malam semalam.

Dalam ceramahnya itu, Hu turut mendakwa wujud kempen menggunakan wang pada pilihan raya kecil tersebut.

"Saya difahamkan, orang MIC dan MCA mula edar wang di Permatang Pauh. Kata mereka, jika majoriti DSAI dapat dikurangkan bawah 10,000, pengundi di Permatang Pauh akan terima RM200 lepas pilihan raya kecil ini.

"Dengan menerima RM200 dan menyebabkan Umno terus berkuasa serta melakukan pelbagai penyelewengan, maka ia juga merupakan satu dosa. Tetapi jika mereka beri RM200 tanpa syarat, ambil sahaja dan anggaplah ia rezeki kita. Lagipun duit itu memang Umno 'curi' dari poket kita.

"Kalau tidak percaya pergi tanya menantu Perdana Menteri yang baru berumur 30-an itu, macam mana boleh jadi jutawan? Kita kerja berpuluh-puluh tahun mahu kumpul RM10,000 pun susah. Oleh itu kita jangan biarkan lagi mereka curi duit kita," ujarnya menyebabkan hadirin ketawa. Click Here!

Tunku Aziz dilantik naib pengerusi DAP

Aug 24, 08 4:49pm
(Malaysiakini) DAP melantik tokoh aktivis Melayu berprofil tinggi dalam bidang kempen ketelusan dan integriti Tunku Abdul Aziz Ibrahim sebagai naib pengerusi parti itu yang baru dalam usahanya memikat sokongan kaum itu.

Tunku Abdul Aziz merupakan bekas naib presiden organisasi antarabangsa terkenal Transparency International (TI).

DAP hari ini memperkenalkan barisan baru pimpinan tertinggi parti itu melibatkan 10 lantikan baru bagi mengisi jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) di samping 20 ahli yang dipilih semalam.

Keputusan itu dicapai hasil mesyuarat pertama CEC semalam, kata setiausaha agung parti itu Lim Guan Eng.

Selain Tunku Abdul Aziz, Teresa Kok yang sebelum ini menjadi setiausaha publisiti turut dilantik berganding dengan M Kula Segaran dan Chow Kon Yeow.

Guan Eng, dalam sidang media selepas pengumuman 10 nama itu, ditanya sama ada barisan CEC baru itu merupakan pasukan impiannya.

"Ini adalah kehendak perwakilan. Hanya ada satu pasukan dalam DAP iaitu roket (semua ahli DAP)," katanya.

Menjawab soalan wartawan, beliau menafikan lantikan Tunku Abdul Aziz bertujuan menyediakan calon menteri kabinet jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan baru selepas 16 September.

Tunku Abdul Aziz, yang pertama kali mengisi borang DAP semalam, berkata beliau memilih parti itu kerana ia tidak berasaskan kaum dan paling konsisten serta bekerja keras memperjuangkan ketelusan, keadilan dan menolak penyalahgunaan kuasa berbanding parti-parti lain.

"Tiada wang dalam DAP. Ada yang kata saya dibeli, ada kontrak menunggu. Parti ini disertai kerana prinsip-prinsip asas kita," katanya.

Ditanya kenapa bukan PKR, kerana ideologi kedua-dua parti itu hampir sama, Tunku berkata:

"Saya lebih selesa dengan DAP."

Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berharap dengan penyertaan Tunku Abdul Aziz, lebah ramai golongan Melayu menyertai parti itu.

Tokoh popular DAP, Lim Kit Siang dan penasihat parti, Dr Chen Ma Hin juga menerima baik lantikan Tunku Abdul Aziz dan barisan baru CEC DAP.

Dr Ma Hin diminta mengulas Kit Siang yang tidak tersenarai dalam mana-mana jawatan parti.

Beliau berkata, pemimpin veteren itu tetap mempunyai peranan besar dalam parti walaupun tidak dilantik memegang sebarang jawatan rasmi.

"Beliau boleh jadi setiausaha agung, pengerusi, apa saja. Beliau adalah pemimpin yang penting. Beliau tidak perlu jadi pemimpin rasmi," katanya. Click Here!

Pandangan kuno DAP perlu disanggah

Oleh Suhaimi Taib
Sehingga hari ini DAP tetap mempertahankan dakwaan bahawa negara ini adalah negara sekular.

Parti itu dikatakan tidak mahu menjadikan negara ini sebuah negara teokrasi (berteraskan agama), satu pandangan agak terkebelakang dan memang parti itu tidak mengetahui apa-apa mengenai hakikat realiti sejarah dan ketamaddunan manusia sejak zaman silam sehingga kehancuran dunia ini.

Jika semua pemimpin dan ahli DAP mengkaji sejarah keagamaan dan fahaman ciptaan manusia, di sana mereka akan mengenemui suatu keputusan bahawa tidak ada jalan penyelesaian lain sebaik-baiknya melainkan manusia kembali kepada Islam.

Gunakanlah minda untuk mengkaji hakikat itu atau mengkaji hakikat kebenaran dan keadilan sebenarnya, bukan sekadar berdasarkan kepada pandangan atau pendapat sendiri semata-mata.

Semua orang mahukan keadilan dan kebenaran tetapi soalnya apakah makna keadilan itu dan apakah makna kebenaran itu?

Siapakah sepatutnya menentukan apakah sesuatu itu benar atau adil, manusia serba kekurangan inikah yang layak berbuat demikian atau siapa?

Dalam keadaan sekarang apakah akta atau enakmen yang dicipta boleh diberi keyakinan (dengan dasar dan sandaran yang kukuh dari segi faktanya) bahawa apa yang diluluskan di parlimen dan dewan undangan negeri itu adil dan benar?

Jika tidak boleh diberi kepastian dengan hujah yang kukuh, apakah DAP boleh memberi jaminan dengan sistem yang ada boleh memberi keadilan dan boleh menegakkan kebenaran di negara ini atau boleh mempastikan sistem pemerintahan negara berjalan dengan betul dan adil di masa akan datang sekiranya Pakatan Rakyat yang termasuk DAP itu memerintah negara?

Apakah hujah yang mahu dikemuakan oleh DAP dalam soal ini? Saya akan tetap mengemukakan hujah di masa akan datang untuk menyatakan bahawa apa yang dicita-citakan oleh DAP itu tidak betul.

DAP patut mengkaji Islam dan agama-agama lain sejauh mana ia benar dan bertepatan dengan fitrah kemanusiaan sekiranya parti itu bercita-cita tinggi mahu memerintah negara ini.

Jangan cuba mahu membawa negara ini ke arah satu pemerintahan ala sosialis atau fahaman mansia lain yang rapuh dan menyusahkan manusia itu sendiri.

Saya adalah orang yang pertama menentang pandangan DAP itu sambil menegaskan ia satu pandnagan tidak relevan dan satu trend lapuk untuk menyusahkan rakyat berbilang agama dan kaum di negara ini.

Saya ingin menegaskan tidak ada satu sistempun boleh menjaga keharmonian dan kedamaian hubungan antara kaum dan agama di dunia ini melainkan Islam.

Kajilah sendiri, jangan pandai cakap saja. Sekarang DAP boleh cakap 'kita mahu keadilan rakyat, kita mahu kembalikan negara ini mengikut landasan yang adil dan saksama' tetapi atas asas apakah DAP mahu letakkan negara ini untuk mempastikan keadilan dan saksama itu dapat diwujudkan.

Atas dasar sekularisme? Apakah dengan fakta sejarah dan hakikat sebenarnya sekularisme itu boleh memberi keadilan kepada manusia sejagat pada hari ini dan di masa lalu pun?

Jangan cuba sembunyikan hakikat sebenarnya, wahai DAP.

DAP, jangan cari padah dan jangan cari bala dengan pandangan kunonya itu. Bukalah minda, kajilah dengan teliti semua fakta yang saya kemukakan dalam tulisan saya kali ini.

DAP punya ahli bijak pandai, peguam, ahli fikir, ahli politik dan ahli agama tertentu mereka boleh gabungjalinkan untuk mencari kebenaran sebenarnya.

Saya tetap nyatakan 100 peratus negara yang akan dibina dengan pandangan DAP itu akan hancur dan menimbulkan ketidakadilan dan krisis kemanusiaan yang parah jika cita-cita DAP terlaksana.

Saya sekali lagi menentang pandangan DAP itu dan saya akan terus berjuang menghalang pandangan itu bertapak dalam negara dan tanah air saya ini.

24 Ogos 2008

Teratak Buruk, Tok Jiring,
Kuala Terengganu.
Click Here!

Muqabalah PAS-Umno di kongres DAP

Aug 23, 08 7:43pm
(Malaysiakini) Isu muqabalah PAS-Umno yang mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat, muncul kembali dalam Kongres DAP ke-15 di ibu negara yang bermula hari ini.

Perwakilan DAP daripada Kuala Kubu Baru mempersoalkan tindakan PAS ingin meneruskan muqabalah dengan Umno.

Walaupun beliau tidak menyebut istilah muqabalah secara khusus, tetapi jelas maksudnya menjuruskan kepada perbincangan antara PAS dan Umno sebelum ini.

dap 14th congress 230808 crowd"Pengalaman saya di Kuala Kubu Baru dalam pilihanraya umum lalu, orang India berbangga mengibarkan bendera PAS.

"Tetapi sekarang apa sudah jadi? Mereka ingin berunding dengan Umno," kata K Annamalai Ramu yang juga bekas calon Parlimen itu dalam pilihanraya umum lalu.

Beliau tewas tipis dengan kira-kira 400 undi.


Sokongan bukan Melayu

Annamalai Ramu berkata, di parlimen Titiwangsa, PAS menang dengan bantuan pengundi bukan Melayu.

"Kalau PAS meneruskan pendekatan itu, dalam pilihanraya umum akan datang, orang Cina dan India tidak akan menyokong parti itu.

"Fikir dulu sebelum ambil tindakan," katanya mengingatkan PAS yang sering berselisih pendapat dengan DAP dalam isu-isu melibatkan kepentingan Melayu dan agama Islam.

Perwakilan dari Taman Paramount, Petaling Jaya, pula menegaskan bahawa DAP menolak usaha menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.

Perkara itu turut disokong Perwakilan Teratai, Ampang.

"Walaupun dalam perlembagaan, Islam disebut sebagai agama persekutuan, tetapi perlembagaan turut menjamin kebebasan beragama penganut agama lain," katanya.

Parti dominan Pakatan

Perwakilan Taman Paramount turut menolak dominasi mana-mana parti lain dalam Pakatan kerana berpendapat, semua parti saling memperkuatkan antara satu sama lain.

dap 14th congress 230808 crowd"Kalau tiada DAP dan PKR, PAS tidak akan jadi macam sekarang. Begitu juga dengan parti-parti lain," katanya.

Isu-isu lain yang turut disentuh ialah kecenderungan PKR untuk menjadi parti dominan dalam Pakatan.

Perkara ini ditumbulkan oleh perwakilan dari Kuching yang mendakwa PKR meminta DAP tidak bertanding di kubu kuatnya di Sarawak dalam pilihanraya negeri yang akan datang.

Beberapa perwakilan lain, semasa membahaskan laporan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, turut menyentuh prinsip Malaysian Malaysian dan Malaysian First yang diperjuangkan parti itu.

Menurut mereka, kedua-dua idea itu "bukan ketinggalan zaman" kerana kerajaan patut mengutamakan rakyat Malaysia tanpa mengira agamanya. Click Here!

Pasukan bapa-anak anggotai CEC DAP

Aug 23, 08 7:05pm
(Malaysiakini) Dua pasukan bapa-anak terpilih menganggotai Jawatankuasa Kerja Eksekutif (CEC) DAP dengan didahului penasihat parti, Lim Kit Siang, diikuti oleh anak lelakinya Lim Guan Eng, yang juga setiausaha agung parti itu, yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

Sebuah lagi "pasukan" yang berjaya ialah Pengerusi DAP Karpal Singh dan anak lelakinya Gobind Singh Deo, yang juga ahli Parlimen Puchong.

Menurut Bernama, Kit Siang memperoleh jumlah undi tertinggi dalam pemilihan untuk 20 jawatan CEC dalam kongres kebangsaan ke-15 DAP.

Beliau meraih 624 undi berbanding Guan Eng yang mendapat empat undi kurang.

Sejumlah 731 kertas undi dikeluarkan dengan 705 undi diterima dan 16 undi rosak.

Sejumlah 58 calon bertanding dalam pemilihan itu untuk memilih 20 ahli CEC.

Karpal, berada di tempat kesembilan, setelah menerima 471 undi.

Anaknya, Gobind pula meraih 305 undi bagi menduduki tempat terakhir dalam senarai CEC.

Setiausaha pengelola DAP kebangsaan Tan Kok Wai mendapat 571 undi diikuti oleh bendahari parti Fong Kui Lun, dengan 504 undi.

Yang lainnya ialah Naib Pengerusi DAP kebangsaan M Kulasegaran (500 undi), Setiausaha Publisiti DAP Theresa Kok (495), Timbalan Pengerusi DAP Tan Seng Giaw (492),

Chong Chieng Jen (476), Ngeh Koo Ham (455), Anthony Loke Siew Fook (452), Ahmad Ton (448), Tony Pua Kiam Wee (446), Chong Eng (434), Teng Chang Khim (417), Nga Kor Ming (417), Chow Kon Yeow (410), P. Ramasamy (340) dan Dr Boo Cheng Hau (332).

Sementara itu, Kit Siang ketika ditemui pemberita berkata, keputusan itu mencerminkan sokongan ahli kepada kepimpinan kebangsaan sekarang.

Katanya, perwakilan turut menghantar mesej bahawa golongan "tua dan muda" dalam parti perlu bekerjasama dan generasi yang lebih muda akan menggalas peranan penting dalam DAP untuk tempoh beberapa tahun akan datang.

"Ada ruang untuk semua dalam parti," katanya. Click Here!

Majoriti Anwar sekitar 15,000? Calon BN kata ia angka "mustahil"

(Fokus Berita) PERMATANG PAUH: Selepas kempen selama hari dan hanya tinggal dua hari sebelum melangkah ke pusat pengundian Selasa ini, pelbagai pihak sudah mula bercakap mengenai siapa yang bakal dimahkotakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh?

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merampas semula kerusi yang pernah disandangnya dari 1982 hingga 1999? Ataupun muka baru tetapi orang lama Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah akan dipilih sebagai wakil rakyat yang baru?

Ataupun bukan kedua-dua mereka. Sebaliknya calon ketiga - Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat pula mengisi kekosongan yang wujud?

Di atas kertas Anwar dan Arif nampak sama hebat, sekali gus tidak menganggap Hanafi atau yang turut dikenali sebagai "Haji Pi" dalam poster kempennya bakal menggemparkan Permatang Pauh.

Jika mengambil kira Anwar dan Arif semata-mata siapa yang bakal menang? Jika salah seorang daripada mereka menang, apakah majoritinya?

Risikan mStar Online menunjukkan sehingga kini kelebihan masih memihak kepada Anwar.

Ini turut diakui oleh pegawai jentera pilihan raya Anwar yang dihubungi malam tadi dan perkembangan sambutan kunjungan ceramah-ceramah dihadiri Anwar.

Semalam seorang pegawai kanannya mengatakan bahawa Anwar boleh menang dengan kelebihan 15,000 undi.

Hari ini anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin ketika dihubungi memberitahu, penilaian awal sehingga malam tadi menunjukkan Anwar sepatutnya menang dengan majoriti lebih besar berbanding keputusan 8 Mac lalu.

"Kami menjangkakan akan memperoleh majoriti lebih besar daripada pilihan raya umum lalu, sedikit lebih besar daripada majoriti Mac lalu.

"Tetapi perlu diakui bahawa wujud pelbagai taktik kotor dan penipuan sejak beberapa hari lalu. Ini antara kemungkinan yang boleh menjejaskan majoriti besar yang diharapkan," katanya. (MStar)

Click Here!

PUM gesa kerajaan bendung penularan Islam Liberal

BANGI, 23 Ogos (Hrkh) - Presiden Persatuan Ulama Malaysia, Dato' Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir mencadangkan supaya kerajaan menguat kuasa fatwa mengenai Islam Liberal dilaksanakan.

Iklan




Katanya, fatwa tersebut yang dicadangkan kepada Majlis Agama Islam negeri-negeri agar menguatkuasakan keputusan fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan dalam persidangan kali ke-74 tahun 2006 lalu, bagi mengharamkan Islam Liberal.

"Kita cadangkan supaya fatwa itu dilaksanakan dan dikuat kuasakan," katanya kepada media di Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan yang dilangsungkan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor, hari ini.

Menurutnya, pengaruh Islam Liberal di negara ini agak serius dan ia digerakkan pula oleh golongan terpelajar yang beragama Islam.

"Kalau mekanik sendiri yang menjadi pencuri susah sikit. Begitu juga jika orang itu tidak tahu Islam senang untuk kita tetapi mereka yang mahir dalam bidang ini (agama) sebab itu bahaya, kerana orang Islam sendiri yang menggerakkannya," katanya.

Sehubungan itu katanya, kefahaman Islam sebenar perlu diberikan kepada masyarakat agar pengaruh Islam Liberal ditangkis.

"Islam yang sebenar ialah memberi ruang sebanyaknya untuk mereka belajar dan memahami Islam dalam semua bidang. Itu yang menjadikan penyelesaiannya.

"Belajarlah secara serius untuk memahaminya dan ruangnya masih ada untuk dipertingkatkan," katanya.

Katanya, beliau juga bimbang dengan mereka yang menggunakan nama Islam contohnya untuk pertubuhan Islam sedangkan mereka tidak membela Islam.

Sementara itu, dalam ucapan perasmian seminar tersebut yang dibacakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Sumali Amat yang menggantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zahid Hamidi, berkata, seminar itu wajar diteruskan.

Katanya, ia bertujuan membincangkan pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi ummah di zaman globalisasi.

Katanya dengan peruntukan kuasa yang ada, kerajaan akan mempastikan komuniti 'Islam Liberal' di Malaysia tidak dapat mempengaruhi dan mengembangkan teologinya secara substansi dan metodologi.

"Antara peruntukan undang-undang yang boleh digunakan di peringkat kerajaan negeri ialah Jadual 9, Senarai 2, Senarai Negeri: Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 (enakmen No. 12 Tahun 1087) dan Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2004 turut memberi kuasa menangkap dalam kes jenayah syariah seperti khalwat, ajaran sesat dan kumpulan bertopengkan agama yang boleh menjejas ketenteraman dan keselamatan negara, katanya.

Katanya, beliau akan cuba berbicangan dengan agensi kerajaan seperti Kementerian Dalam Negeri dan polis apabila fatwa tersebut dikuat kuasakan.

Katanya, kumpulan Islam Liberal didapati bergerak secara terang melalui saluran media dan buku-bukunya.

Sementara itu, seminar tersebut yang diadakan hari ini dan esok dianjurkan oleh PUM dan Yadim.

Ia dihadiri oleh para ilmuan agama, wakil-wakil Jabatan kerajaan, Jabatan Kehakiman Syariah dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Click Here!

Dua exco Perak didakwa Isnin ini

Aug 23, 08 6:21pm
(Malaysiakini) Lima daripada enam orang, termasuk dua exco kerajaan negeri Perak yang ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk membantu siasatan berhubung kes rasuah baru-baru ini, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh, Isnin ini.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan ibu pejabat BPR hari ini, siasatan berhubung kes itu telah selesai.

Sebelum ini, Jamaluddin Mohd Rozi dan Mohd Osman Mohd Jailu - dua orang exco daripada PKR dalam kerajaan campuran tiga parti melibatkan juga DAP dan PAS - ditahan bersama dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), berhubung dakwaan rasuah membabitkan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, di selatan Ipoh.

"Bahagian Pendakwaan dan Perundangan BPR berpuas hati bahawa terdapat keterangan yang mencukupi untuk menuduh lima orang daripada mereka itu di mahkamah," kata kenyataan BPR itu lagi.

Kenyataan itu menyebut BPR sedang menghubungi kesemua yang terbabit supaya hadir ke pejabat BPR Perak pada pagi 25 Ogos dan akan dibawa ke mahkamah bagi menghadapi pertuduhan masing-masing.

Justeru, menurut laporan Bernama, BPR berkata tidak timbul soal untuk memohon maaf seperti mana yang dituntut oleh mereka yang berkenaan.

Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata kerajaan negeri Perak memberi tempoh 24 jam kepada BPR dan semua media cetak dan elektronik untuk membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran penyiaran laporan yang didakwa mencemarkan nama baik dua anggota Exconya.

Jika gagal, katanya, kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang dengan meminta ganti rugi daripada pihak terbabit.

Dalam sidang akhbar berasingan, dua exco berkenaan menuntut media yang menyiarkan laporan berhubung kes rasuah itu menyiarkan kenyataan memohon maaf selain membuat penjelasan bagi membersihkan nama mereka dalam tempoh 24 jam. Click Here!

DAP: Kami terima Anwar jadi PM

Aug 23, 08 4:21pm
(Malaysiakini) DAP hari ini mengulangi pendirian dan kesedian parti itu menerima penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan komited bekerjasama dengan Pakatan Rakyat mempromosikan kerajaan yang cekap, bertanggungjawab dan telus (CAT).


dap 14th congress 230808 outgoing cecSetiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rakyat Malaysia mempunyai harapan tinggi terhadap Pakatan untuk memerintah dengan baik di negeri-negeri yang dikuasainya.

“Kami ingin tegaskan beberapa kunci untuk menjadi ahli yang bertanggungjawab. Pertama, DAP menerima Anwar sebagai perdana menteri alternatif dan komited dengan kerjasama dalam Pakatan untuk mempromosikan kerajaan CAT,” katanya di kongres kebangsaan DAP di ibunegara hari ini.

Lim juga menolak usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara teokratik kerana menurutnya, ia bertentangan dengan wawasan menuju masyarakat sivil yang pelbagai kaum dan agama.

dap 14th congress 230808 talking to reportersParti yang sinonim dengan penyokong Cina itu, juga bercadang untuk meningkatkan penyertaan bukan Melayu dalam parti itu.

“Sama ada kita boleh mendapatkan sokongan orang Melayu, bergantung kepada prestasi kita sebagai pemerintah di Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

“Terutamanya apabila kita memimpin kerajaan di Pulau Pinang, untuk membuktikan kita mengambil berat terhadap orang Melayu dan menyalurkan apa yang tidak berjaya dilakukan BN selama 50 tahun,” kata Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

Rakyat jadi 'kingmaker'

Menurut Lim lagi, penglibatan kaum India, golongan wanita dan golongan muda, telah meningkat dalam parti itu.

dap 14th congress 230808 voter registerBeliau berkata, prestasi mereka di negeri itu akan menjadi kayu pengukur untuk mencapai hasrat tersebut.

Lim juga berkata bahawa DAP tidak berminat menjadi 'kingmaker' dalam Pakatan.

“Hanya rakyat 'kingmaker'. Kita hanya mahu menjadi pemangkin untuk perubahan dan berkhidmat untuk rakyat berdasarkan prinsip CAT,” katanya Lim.

Sementara itu, ketika ditanya tentang calon timbalan perdana menteri jika Pakatan memerintah, Lim memberitahu sidang media kemudiannya: "Biar dia (Anwar) jadi perdana menteri dulu."

Beliau berkata, perkara itu mesti dilakukan satu bersatu.

"Sebelum jalan mesti merangkak," katanya.

Ketika diminta mengulas jika PAS hendak menjadi 'kingmaker' dalam Pakatan, Lim berkata, kesefahaman bersama dalam gabungan itu tidak akan berubah.

dap 14th congress 230808 guan eng vote“Bagi kami, hanya rakyat 'kingmaker', bukan parti politik,” katanya.

Beliau turut ditanya sama ada beliau mempunyai 'chai tan' (senarai calon pilihan). Kongres kali ini akan menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti itu.

Minta PAS realistik

“Biar perwakilan yang tentukannya,” kata Lim.

Lim turut diminta mengulas penurunan harga petrol sebanyak 15 sen yang dikuatkuasakan hari ini.

Beliau percaya langkah menurun harga petrol lebih awal dari tarikh sepatutnya (1 September) ada kaitan dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh Selesa depan.

dap 14th congress 230808 karpalSementara itu, Pengerusi Agung DAP, Karpal Singh berkata, parti itu tidak akan berkompromi dalam prinsip menerima idea negara sekular seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Beliau berharap PAS – sebuah lagi rakan dalam Pakatan – supaya bersikap realistik.

Bagaimanapun, kata Karpal, DAP boleh bekerjasama dan mesti bekerjasama dalam isu-isu yang boleh disepakati.

“Biar Anwar jadi orang tengah satukan PAS dan DAP,” katanya ketika berucap di kongres tersebut. Click Here!

Kerusi Pakatan di Parlimen kini 84 - Anwar

PERMATANG PAUH: Pakatan Rakyat yang yakin akan menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru pertengahan bulan depan sudah pun memiliki dua kerusi tambahan di Parlimen?

Jika mengambil kira ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkempen di kawasan Seberang Jaya malam tadi nampaknya Pakatan Rakyat sudah pun memiliki 84 kerusi.

Hendak mengatakan Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersilap sebut, tidak mungkin.

Dalam ceramahnya itu Anwar berkata: "Kita sudah ada 82 kerusi, bukan, kita sudah ada 84 kerusi (di Dewan Rakyat)."

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, Pakatan Rakyat akan berupaya membentuk kerajaan selepas beliau memenangi pilihan raya kecil kerusi Permatang Pauh.

Pengundian pilihan raya kecil ini akan berlangsung Selasa ini.

Pada pilihan raya umum Barisan Nasional (BN) memperoleh 140 kerusi manakala Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS mendapat 82 kerusi.

Salah satu perkara yang menjadi modal kempen ialah keupayaan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan menjelang 16 September ini.

Pakatan Rakyat memerlukan 30 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Dalam ucapannya sejak kempen bermula, Anwar telah berkali-kali menyebut bahawa pihaknya akan memperoleh sokongan besar ke arah itu. Ia termasuklah sokongan wakil rakyat BN dari Sabah dan Sarawak.

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua ketika ditanya mengenainya mengesahkan kebenaran apa yang diperkatakan oleh Anwar malam tadi.

"Ya, betul," katanya.

Adakah Anwar merujuk kepada kemungkinan dua kerusi Parti Maju Sabah (SAPP), Tian Chua memberikan formula yang lain.

Katanya, dua kerusi itu tidak membabitkan SAPP, sebaliknya Gerakan.

Kata Tian Chua, pihaknya "sangat pasti dengan kemungkinan dua anggota Gerakan akan menyertai Pakatan Rakyat."

"Lagipun SAPP mengatakan bahawa parti itu akan kekal dengan BN walaupun tidak yakin dengan kepimpinan"(BN)," katanya.

Tiga hari lalu, Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan mendakwa 15 anggota Parlimen dari Sabah akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Menurutnya, kesemua 15 anggota Parlimen itu sebenarnya telah menemui beliau secara peribadi dan menyatakan sokongan terhadap Anwar. Click Here!

Chong Wei mahu lupakan 'episod' dipergunakan alat permainan politik

23-08-2008 06:35:56 PM

KUALA LUMPUR: Masih segar sekembalinya daripada beraksi dalam Sukan Olimpik Beijing 2008, Lee Chong Wei, yang memenangi pingat perak dalam perseorangan lelaki badminton, mahu melupakan episod "dipergunakan" sebagai alat permainan politik, sebaliknya menumpukan perhatian kepada latihan sebagai persiapan menghadapi Terbuka Jepun, yang bermula 13 September ini.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng di luar Kongres Kebangsaan DAP di sini hari ini, Lee berkata beliau terkejut dengan perhatian yang diterimanya sejak pulang ke tanah air awal minggu ini.

"Malah jurulatih saya menegur bahawa saya menghadiri terlalu banyak majlis. Saya juga bimbang selepas mendapat perhatian penuh itu, saya akan dikritik kerana tidak memberi yang terbaik di Terbuka Jepun. Saya hanya mahu menumpu perhatian terhadap latihan," katanya.

Lee berkata beliau bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang hari ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Lim berikutan keputusan kerajaan negeri untuk menganugerahkan beliau dengan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk selepas kejayaannya di Sukan Olimpik.

Pemain yang berasal dari Bukit Mertajam itu berkata beliau tidak mahu terbabit dalam aktiviti politik tetapi majlis yang diatur adalah di luar kawalannya.

"Saya hanyalah seorang ahli sukan, saya harap masyarakat memahaminya. Sungguhpun gelaran Datuk akan memberi lebih tekanan ke atas saya, namun sudah tentulah saya akan menggunakannya untuk bekerja lebih keras kerana saya menyedari harapan tinggi yang diletakkan ke atas saya," katanya.

Lee juga berkata beliau telah mencadangkan supaya kerajaan negeri Pulau Pinang membangunkan sebuah venue badminton bertaraf dunia ke arah memajukan lagi sukan itu di negeri dan negara ini.

Sementara itu, Lim berkata beliau memutuskan untuk bertemu Lee di luar Kongres DAP kerana pertemuan sebelum ini yang dijadual Isnin lepas telah dibatalkan. BERNAMA Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising