Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, August 23, 2008

Tian Chua gesa SPR batal kelayakan Arif

Oleh Mstar
Sabtu, 23 Ogos 2008

Pulau Pinang: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah telah membayar duit kepada bukan pekerja jentera pilihan raya, yang menurut parti itu satu bentuk rasuah, dan mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membatalkan kelayakannya bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Berdasarkan laporan media hari ini (akhbar bahasa Cina), Arif Shah mengaku membayar duit kepada mereka yang bukan merupakan pekerja jentera pilihan raya.

"Membayar duit kepada mereka yang bukan pekerja adalah satu bentuk rasuah walaupun Arif Shah mengatakan ia bertujuan mendapatkan maklumat.

"Justeru, kami mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) siasat perkara ini dan membatalkan kelayakan beliau bertanding," kata Ketua Penerangan PKR, Tian Chua beliau pada sidang media harian di sini pagi ini.

Kempen pilihan raya kecil masuk hari ketujuh hari ini.

Tian Chua berkata, pengakuan Arif Shah dalam akhbar sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau telah melakukan kesalahan di bawah undang-undang pilihan raya.

Bagaimanapun Arif Shah yang ditemui mStar Online selepas sidang media itu memberitahu, beliau tidak pernah berbuat demikian.

"Saya tidak bayar sesiapa. Saya sendiri pun tiada pekerja jentera. Jentera pilihan raya pula diuruskan oleh Umno Bahagian (Permatang Pauh).

"Dana saya terhad, macam mana saya hendak bayar jika saya tiada pekerja jentera," kata beliau.

Arif Shah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya berkata, beliau ada berhubung dengan jentera pilihan raya Bahagian Permatang Pauh yang mengumpulkan maklumat daripada mereka yang bukan merupakan jentera pilihan raya.

"Mungkin mereka bayar, saya tidak tahu. Tapi bukan saya yang bayar," katanya.

Antara maklumat yang diperoleh ialah sentimen pengundi dan masalah yang mereka hadapi ketika tempoh berkempen, untuk membantu menyelesaikan masalah dihadapi mereka.

Maklumat seumpama itu dikumpulkan oleh jentera pilihan raya Permatang Pauh dan disalurkan kepada beliau setiap hari untuk tindakan susulan.

Jelas Tian Chua, maklumat yang diperoleh menunjukkan Arif Shah membayar antara RM100 dan RM500 setiap pekerja.

Beliau tidak pasti berapa pengundi yang telah dibayar setakat ini.

Jika ditanya sama ada SPR boleh membatalkan kelayakan serta-merta sebelum 26 Ogos, beliau berkata, peruntukan undang-undang adalah jelas dan sepatutnya SPR berbuat demikian.

"Melainkan Arif Shah menafikan laporan akhbar. SPR perlu menyiasat perkara ini dan batalkan status calon Arif Shah," katanya lagi.

Kata Tian Chua pihaknya telah memaklumkan kepada badan pemantau pilihan raya, Mafrel dan aduan rasmi akan dikemukakan kepada SPR esok. Click Here!

Harga petrol RON97 turun 15 sen

Aug 22, 08 5:27pm
(Malaysiakini) Kerajaan mengumumkan penurunan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen kepada 2.55 sen seliter berkuatkuasa esok.

Pada masa ini, harga minyak petrol RON97 adalah RM2.70 seliter.

Manakala harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.

Harga diesel pula diturunkan 8 sen, daripada RM2.58 kepada RM2.50 seliter.

Penurunan harga bahan bakar itu berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam satu kenyataan hari ini.

bm version fuel petrol diesel price hike reduction 220808

Berikut adalah kenyataan penuh

Jemaah Menteri hari ini telah mengambil keputusan untuk mempercepatkan tarikh penguatkuasaan pelarasan harga petrol baru. Keputusan ini diambil setelah mengambil kira penurunan harga minyak dunia sejak beberapa minggu kebelakangan ini serta peningkatan kadar inflasi ke tahap lebih tinggi pada bulan Julai 2008.

Sehubungan itu, Kerajaan ingin mengumumkan bahawa harga runcit petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen iaitu daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter.

Pada masa yang sama, harga runcit petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter. Harga-harga berkenaan ditentukan dengan mengambil kira harga sebenar petrol daripada 1 Ogos 2008 hingga 21 Ogos 2008, serta penetapan subsidi 30 sen seliter, untuk kedua-dua RON97 dan RON92.

Di samping itu, Kabinet juga mengambil keputusan untuk mengurangkan harga runcit diesel sebanyak 8 sen seliter, iaitu daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter.

Berdasarkan harga RM2.50 seliter ini, subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan untuk diesel ialah sebanyak 50 sen setiap liter. Pelarasan harga runcit petrol dan diesel ini akan berkuatkuasa mulai esok, 23 Ogos 2008.

Sebagaimana yang diumumkan hari ini, Indeks Harga Pengguna (CPI) bagi bulan Julai 2008 berbanding Julai 2007 meningkat pada kadar 8.5 peratus.

Adalah menjadi harapan Kerajaan agar pengurangan harga petrol dan diesel ini akan dapat membantu meringankan beban pengguna serta mengurangkan tekanan inflasi, terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Keputusan Kerajaan ini juga dibuat berdasarkan perkembangan ekonomi semasa.

Pada 1 Ogos 2008, Kerajaan telah mengumumkan bahawa harga runcit petrol sehingga akhir tahun ini akan diselaraskan pada 1 haribulan setiap bulan, dengan penetapan subsidi 30 sen seliter.

Namun, formula pelarasan harga pam ini hanya akan dilaksanakan sekiranya harga runcit bagi petrol kurang daripada RM2.70 seliter. Sekiranya harga pasaran bagi petrol melebihi RM2.70 seliter, maka harga akan tetap berada pada RM2.70 seliter.

Click Here!

Umno-BN wajar dimuziumkan - Azmin Ali

PERMATANG PAUH, 23 Ogos (Hrkh) - Umno dan Barisan Nasional (BN) wajar dimuziumkan selepas pilihan raya kecil P.44 Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Azmin Ali.

Iklan




Sambungnya, parti itu tidak relevan lagi sebagai sebuah parti untuk memperjuangkan nasib bangsa ekoran acap kali memainkan api perkauman bila terdesak.

"Muziumkan saja Umno-BN selepas pilihan raya kecil nanti. Orang Islam tidak rugi kehilangan parti yang ditubuhkan oleh Tunku Abdul Rahman Al-Haj kerana pengasasnya juga meninggal bukan dalam Umno," ujarnya ketika berpidato di hadapan 5,000 masyarakat cina Seberang Jaya semalam.

Orang Melayu boleh memilih parti lain seperti KeADILan dan PAS untuk meneruskan wadah perjuangan mereka, katanya.

Nasib Umno-BN sekarang ini bagaikan 'telur di hujung tanduk' setelah rakyat menolak parti itu dalam pilihan raya umum ke-12 bulan Mac lalu, sambungnya.

Katanya, kini Umno cuba menghidupkan peluang dengan meminta insan PAS untuk mengaitkan percaturan baru memimpin negara demi umat Melayu yang semakin terhakis.

"Mereka buat lupa siapa pengkhianat Melayu sebenarnya. Adakah orang PAS, KeADILan atau DAP yang membunuh tulisan jawi, mengkoporatkan institusi pengajian tinggi dan seumpamanya," ujar beliau.

Program makan malam itu turut dihadiri Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Jelas Azmin, walaupun calon BN, Dato' Arif Shah Omar mahir berbahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris, namun tidak bermakna beliau boleh memimpin dengan baik disebabkan beliau berada dalam kelompok parti yang berpenyakit.

Anwar juga katanya, walaupun tidak sefasih Ariff berbahasa Mandarin tetapi beliau mempunyai mutu pentadbiran yang baik untuk menyelamatkan Malaysia daripada terus mundur.

"Buat apa fasih berbahasa Mandarin atau Tamil tetapi gagal mengurus tadbir negara ke mercu kejayaan yang lebih tinggi. Terutamanya meningkatkan sosio ekonomi negara selari dengan negara di dunia di samping tidak mengabaikan rakyat tempatan," tegasnya. Click Here!

Exco Perak bebas dari tahanan

Aug 22, 08 1:20pm
(Malaysiakini) Ahli exco kerajaan negeri Perak, Jamaluddin Mohd Rozi dibebaskan hari ini daripada tahanan reman yang dikenakan terhadapnya bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan satu projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat Ipoh.


Beliau dikenakan jaminan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebanyak RM20,000 tanpa deposit di dalam kamar Majistret di hadapan Pendaftar Mahkamah.

jamaluddin mohd radziJamaluddin adalah antara enam orang yang ditahan oleh BPR berhubung kes tersebut. Turut ditahan ialah seorang lagi ahli exco kerajaan negeri, Mohd Osman Mohd Jailu.

Manakala yang lainnya iala dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) yang berumur antara 30 dan 57 tahun berhubung kes berkenaan.

Kelima mereka bagaimanapun telah dibebaskan daripada tahanan reman semalam.

Jamaluddin adalah ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Behrang dan bertanggungjawab terhadap portfolio pembangunan usahawan, pertanian dan perusahaan.

Manakala Osman pula adalah Adun Changkat Jering, dan mempengerusikan portfolio pelancongan, modal insan dan NGO.

Selain mereka, seorang bekas Adun PKR juga antara enam orang yang ditahan oleh BPR berhubung kes tersebut.

Click Here!

K'jaan Perak tuntut BPR, media mohon maaf

Aug 22, 08 8:36pm
(Malaysiakini) Kerajaan negeri Perak hari ini memberi tempoh 24 jam kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan semua media cetak dan elektronik untuk membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran penyiaran laporan yang telah mencemarkan nama baik dua anggota exconya.


Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang dengan meminta gantirugi daripada pihak terbabit yang telah membuat dan menyiarkan laporan mencemarkan nama baik dua anggota exco berkenaan.

Nizar Jamaluddin memberitahu demikian dalam satu sidang media bersama selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco negeri.

Menurut Bernama, hadir sama di sidang media itu ialah Exco Kanan kerajaan negeri Datuk Ngeh Koo Ham yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga, Air dan Hal Ehwal Bukan Islam; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan Nga Kor Ming serta kedua-dua exco terbabit.

Jamaluddin Mohd Rozi dan Mohd Osman Mohd Jailu - dua orang exco daripada PKR dalam kerajaan campuran tiga parti melibatkan juga DAP dan PAS - ditahan kelmarin bersama dua ahli perniagaan, seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah dan seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), berhubung dakwaan rasuah membabitkan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar, di selatan Ipoh.

Menurut Nizar, BPR membuat dakwaaan palsu berhubung penahanan dua exco kerajaan negeri itu dalam siasatan kes rasuah.

Bercanggah dengan dakwaan BPR, Nizar berkata, kedua-duanya tidak ditahan di sebuah hotel atau kerajaan negeri telah meluluskan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar.

‘Tidak perlu gantung kerja'

Selain itu, Mohammad Nizar berkata dua anggota exco kerajaan negeri Perak yang dibebaskan daripada tahanan reman bagi membantu siasatan kes rasuah berkenaan tidak perlu digantung tugas bagi tujuan siasatan lanjut.

Katanya, penggantungan tugas kedua-dua exco itu tidak perlu kerana dakwaan mereka terbabit dalam kes berkenaan tidak dibuktikan.

"Kita akan benarkan proses undang-undang dilaksanakan dengan mengikut ketetapan dan fitrahnya. Kita tidak akan menghalang proses undang-undang," katanya.

Beliau berkata tidak ada peraturan dalam perkhidmatan kerajaan yang menetapkan mereka yang ditahan reman berhubung sesuatu kes perlu digantung tugas.

Katanya pentadbiran kerajaan negeri juga tidak terjejas dengan penahanan reman dua anggota exco berkenaan, sebaliknya mereka masih meneruskan tanggungjawab dan menghadiri mesyuarat mingguan kerajaan negeri hari ini yang berlangsung mulai 10 pagi selepas dibebaskan.

"Kita akan meneruskan kerja-kerja kita sebagaimana yang diberikan mandat oleh rakyat negeri Perak untuk kita mentadbir dan kita mahu menyatakan dengan sejelas-jelasnya bahawa kerajaan negeri tetap melawan dan menentang apa-apa elemen rasuah serta apa-apa sahaja penyalahgunaan kuasa," katanya.

Semalam Mahkamah Tinggi di Ipoh membebaskan seorang anggota exco kerajaan negeri dan empat yang lain yang ditahan reman oleh BPR manakala hari ini seorang lagi anggota Exco dibebaskan daripada tahanan reman yang dikenakan terhadapnya.

‘Pelan 31 Ogos'

Dalam sidang akhbar berasingan, Bernama melaporkan, dua anggota exco kerajaan negeri Perak yang dikaitkan dengan kes itu menuntut media yang mengeluarkan laporan berhubung kes rasuah itu menarik balik kenyataan berkenaan serta menyiarkan kenyataan memohon maaf selain membuat penjelasan bagi membersihkan nama mereka dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya permohonan maaf terbabit tidak dilakukan dalam tempoh 24 jam, mereka akan memfaikan saman sebanyak RM100 juta kepada pihak berkenaan.

Para pemimpin PKR telah membayangkan bahawa kes itu ada kaitan dengan usaha BN untuk menarik sekurang-kurangnya dua wakil rakyat dalam kerajaan Perak sekarang, untuk melompat menyertainya.

Manakala akhbar Sin Chew Daily hari ini, Jamaluddin kelihatan tersenyum ketika dibebaskan tadi dan memberitahu pemberita bahawa "pelan 31 Ogos telah gagal".

Kenyataan BPR

Beliau merujuk kenyataan pengerusi badan perhubungan Umno Perak, Datuk Tajol Rosli Ghazali sebelum ini bahawa kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu akan tumbang menjelang hari Kemerdekaan.

Kerajaan Pakatan Perak hanya mempunyai kelebihan majoriti tiga kerusi berbanding BN.

Rabu lalu, pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar memberi butir-butir mengenai penangkapan mereka.

Beliau berkata, RM100,000 berada dalam sebuah beg milik salah seorang suspek dan lima daripada mereka ditahan di sebuah hotel pada jam 6 petang Selasa lalu.

Samsiah menambah, lebih RM20,000 telah bertukar tangan minggu lalu dan BPR bertindak atas maklumat orang ramai.

BPR jarang mendedahkan maklumat mengenai siasatannya dan mengenai tangkapan yang dibuat, sebelum membawa perkara itu ke mahkamah.

BPR dan pemimpin kerajaan pusat telah menafikan bahawa penangkapan mereka itu bermotifkan politik.

Mafrel: 83 pengundi dalam satu rumah!

(Malaysiakini) - Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel), sebuah badan pemerhati pilihanraya yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), mengesan beberapa rumah kampung di Permatang Pauh yang mempunyai jumlah pengundi yang tidak munasabah.

Sebuah rumah di Kampung Bagan Serai di Seberang Jaya, umpamanya, mempunyai 83 pengundi berdaftar di kalangan lelaki keturunan India dan India Muslim.

Penyelaras Mafrel Wilayah Utara, Ong Boon Keong berkata, pihaknya juga mengesan ada rumah yang mempunyai lebih 60 pengundi.

"Itu yang Mafrel kesan daripada 50 rumah yang diperiksa setakat ini," katanya dalam sidang media di Seberang Jaya hari ini.

Semalam, Pengarah Strategi PKR, Saifudin Nasution Ismail mendakwa 26 nama pemilih telah dikeluar oleh SPR tanpa sebarang pameran awam.

Mengulas perkara ini, Ong berkata, angka sebenar yang hilang itu ialah 25 orang dan ini menimbulkan tandatanya kerana tidak mengetahui puncanya.

700 pengundi tidak dikenali

"SPR pula tidak menjelaskan mengenai perkara ini. Bulan Jun lalu, senarai itu masih ada tetapi kini sudah hilang.

"Adakah mereka telah mati dalam tempoh sebulan ini," katanya lagi.

Sementara itu bercakap dalam sidang media yang sama, penyelaras Mafrel, Jamaluddin Abdullah berkata, pihaknya mengesan kira-kira 700 pengundi yang tidak dikenali.

Katanya, ada satu kawasan penempatan penduduk yang mempunyai 20 rumah di mana terdapat sekurang-kurangnya dua pengundi baru pada setiap rumah.

"Beberapa keluarga di kawasan perumahan di Seberang Jaya pula mendakwa alamat rumah mereka telah didaftarkan dengan pengundi baru yang mereka tidak mengenalinya," katanya.

Ketika ditanya mengenai pengundi hantu, Jamaluddin berkata, sehingga ini pihak belum mengesan kehadiran mereka. Click Here!

Cadangan Anwar-Arif berdebat

Aug 22, 08 8:06pm
Sebuah badan bukan kerajaan mencadang supaya calon Barisan Nasional (BN) dan PKR mengadakan debat rakyat untuk memberi peluang kepada penduduk Permatang Pauh menilai siapakah yang terbaik buat mereka.

Badan tersebut - Teras Pengupayaan Melayu (Teras)- yang mendakwa tidak terikat dengan mana-mana organisasi politik, berhasrat untuk menganjurkan debat rakyat tersebut.

azmi abdul hamidPresidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, debat itu juga dapat memperlihatkan calon mana - Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan Datuk Arif Shah dari Umno - yang mampu mengutarakan visinya yang jelas, bukan sahaja untuk Permatang Pauh, tetapi juga untuk negara.

"Kami mencadangkan debat ini diadakan pada 24 Ogos 2008 jam 2 petang di mana-mana kawasan di dalam Parlimen Permatang Pauh.

"Kami berhasrat debat ini dapat ditonton serta didengari oleh penduduk Permatang Pauh dan seluruh Malaysia. Oleh itu, kami mencadangkan debat ini juga dapat disiarkan secara siaran langsung oleh stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7, TV9 dan Astro Awani," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mohd Azmi berkata, debat tersebut tidak bermaksud untuk warga Permatang Pauh semata-mata, tetapi sudah tentu menarik perhatian seluruh negara kepadanya.

Perkembangan kempen

"Oleh itu tajuk debat yang bakal kami cadangkan pastinya mempunyai kepentingan bersama, iaitu buat penduduk Permatang Pauh juga untuk rakyat Malaysia seluruhnya.

"Bersesuaian dengan bulan menyambut kemerdekaan iaitu bulan Ogos, maka tajuk debat yang kami cadangkan ialah ‘Rakyat Merdeka, Negara Merdeka.’," katanya.

Katanya, perkembangan kempen yang sedang rancak diadakan terutama oleh Anwar dan Arif Shah sekarang, memerlukan suatu anjakan segera supaya "budaya politik yang lebih matang dan sihat dapat diketengahkan kepada rakyat".

Mohd Azmi berkata, Teras mendapati ada tanda-tanda sangat tidak sihat dalam amalan berkempen untuk menang di mana tumpuan kepada serangan peribadi calon lebih diberi perhatian berbanding dengan bagaimana negara harus ditadbir dan krisis ekonomi dapat ditangani.

"Malah yang jauh lebih utama ialah menumpu kepada bagaimana negara harus mengatasi kemelut sosio-ekonomi-politik yang terus menjadi cabaran yang semakin rumit dan kompleks.

"Kami resah melihat semakin berkembangnya budaya di kalangan ahli politik dan organisasi yang mereka wakili untuk mempolemikkan isu picisan serta terlibat di dalam kempen membunuh keperibadian
individu tertentu," tambahnya.

'Angkat darjat politik'

Menurut Mohd Azmi, ini jelas tidak akan membantu untuk mengangkat darjat politik ke tahap yang lebih bermaruah jika yang dijadikan bahan kempen ialah menyerang peribadi secara kotor.

"Kami tidak mempunyai tujuan lain dalam menganjurkan debat ini, selain mengharapkan debat ini menjadi medan untuk mengangkat isu-isu nasional dan tempatan," katanya sambil menambah debat itu juga bertujuan mempertingkatkan mutu wacana politik nasional dan tempatan.

Teras, katanya, bercita-cita untuk melihat satu budaya baru dalam suasana berkempen di negara ini, di mana calon-calon dapat memperlihatkan kematangan dan kualiti pemikiran mereka kepada pengundi.

Dengan itu, kata Mohd Azmi, para pengundi dapat membuat keputusan yang tepat berdasarkan maklumat yang diperolehi dan dinilai dengan matang .

"Kami percaya kemahiran berhujah serta keupayaan untuk menyampaikan hujah tersebut juga merupakan salah satu ciri kepimpinan yang perlu ada kepada setiap individu yang ingin menjadi wakil kepada rakyat di Parlimen nanti," tambahnya. Click Here!

Kes liwat: Rumah Petra digeledah polis

Aug 22, 08 2:35pm
(Malaysiakini) Rumah pengendali blog popular Malaysia Today pagi ini diserbu polis, dilaporkan berhubung siasatan akuan berkanun seorang doktor Hospital Pusrawi dalam kes liwat yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


raja petra house raided by police 220808 03Menurut laporan blog itu, sekumpulan polis menggeledah rumah Raja Petra Kamarudin dekat Bandar Baru Sungai Buloh mulai jam 8 pagi tadi.

Polis merampas sebuah komputer riba, alat pengimbas dan beberapa dokumen dalam serbuan selama dua jam, laporan itu dipetik.

Blog itu menyebut Raja Petra akan disiasat polis selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Akuan berkanun doktor hospital swasta itu Dr Mohamed Osman Abdul Hamid pertama kali muncul di Malaysia Today pada hari Anwar dituduh di mahkamah, 7 Ogos lalu.

Anwar diseret ke mahkamah sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pilihanraya kecil itu yang diadakan selepas dikosongkan oleh penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar.

Dalam akuan berkanunnya bertarikh 1 Ogos lalu, Dr Mohamed Osman berkata, beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan, pemuda yang mendakwa diliwat oleh Anwar.

raja petra house raided by police 220808 01Akuan itu dibuat susulan penafian pihak majikannya yang menyatakan beliau tidak menjalankan pemeriksaan berkaitan liwat terhadap pemuda itu selepas salinan laporan pemeriksaan itu didedahkan kepada umum sehari sebelumnya.

Dalam laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada media pada 28 Julai lalu, Dr Mohamed Osman menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat selepas memeriksa Mohd Saiful.

Doktor itu memeriksa Mohd Saiful beberapa jam sebelum pemuda itu membuat laporan polis mendakwa diliwat pada 28 Jun lalu.

Mohd Saiful kemudiannya membuat pemeriksaan sekali lagi di Hospital Kuala Lumpur.

Selain mempertahankan pemeriksaannya, Dr Mohamed Osman juga mendakwa beberapa perenggan dan perkataan telah ditambah kepada kenyataannya kepada polis berkaitan perkara tersebut.

Menurut akuan berkanun doktor itu, dua pegawai polis mengambil keterangannya dalam tiga pertemuan bagi menyiasat kes tersebut.

Pada Julai lalu, kenyataannya diambil oleh ASP Rosmi Mat Derus daripada jabatan siasatan jenayah (CID) ibu pejabat polis daerah Brickfields.

raja petra house raided by police 220808 04Katanya, beliau bertanya kepada pegawai polis berkenaan dalam pertemuan kedua mengapa nama Anwar tiba-tiba terdapat pada beberapa perenggan keterangannya yang ditaip semula oleh polis.

Sedangkan, menurut akuan Dr Mohamed Osman, nama penasihat PKR tidak pernah disebut sepanjang beliau memberi kenyataan dalam pertemuan awal dengan polis.

Menurut doktor itu lagi, seminggu kemudiannya, DSP Choo dari bahagian CID ibu pejabat polis daerah Dang Wangi juga mengambil kenyataannya.

Katanya, pegawai wanita berkenaan memintanya menceritakan semuanya sekali lagi, dan beliau menceritakan semua yang diketahuinya secara terperinci mengenai keseluruhan prosedur berkaitan dengan pemeriksaan yang dijalankan ke atas pesakit tersebut.

Menurutnya lagi, di peringkat permulaannya, DSP Choo memberi tanggapan bahawa beliau akan didakwa jika enggan bekerjasama dengan pihak polis.

Katanya, siasatan polis yang berterusan dalam kes berprofil tinggi itu mengganggunya sehingga beliau bimbang dengan keselamatan dirinya dan keluarganya.

Kira-kira seminggu selepas pertemuan kali ketiga dengan pihak polis, beliau memohon untuk bercuti dan meninggalkan Malaysia bersama keluarganya.

Click Here!

Sumpah Laknat Oleh Saiful Tidak Pengaruhi Siasatan Jawi

KUALA TERENGGANU 23 Ogos (Bernama) -- Sumpah laknat yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk membuktikan beliau bercakap benar atas dakwaannya diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan mempengaruhi siasatan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berhubung dakwaan liwat mengikut kesalahan Qazaf.

Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata, ini kerana sumpah laknat yang dilakukan oleh Mohd Saiful dan siasatan mengenai tuduhan liwat yang dijalankan mengikut kesalahan Qazaf oleh jabatan itu tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

"Siasatan dakwaan mengikut kesalahan qazaf dilakukan mengikut proses undang-undang dan keputusannya hanya ditentukan oleh mahkamah manakala sumpah laknat itu merupakan satu perbuatan di masjid.

"Sehubungan itu, sumpah laknat yang dibuat oleh Mohd Saiful tidak akan mempengaruhi siasatan yang dijalankan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Wanita Islam bertajuk `Cabaran Remaja Masa Kini' anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Terengganu di sini hari ini.

Che Mat berkata, JAWI telah selesai mengambil keterangan daripada kedua-dua yang terlibat dalam kes berkenaan dan kes itu dijangka akan dibawa ke mahkamah dalam tempoh terdekat.

Pada 9 Julai lalu, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri itu telah membuat satu laporan di JAWI menuntut agar tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan Qazaf terhadap Mohd Saiful yang mendakwa diliwat olehnya.

Undang-undang syariah di Wilayah Persekutuan mempunyai peruntukan Qazaf iaitu hukuman ke atas sesiapa yang membuat tuduhan zina palsu terhadap orang lain mengikut Seksyen 41, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Mengikut peruntukan itu, sesiapa yang menuduh orang lain melakukan zina tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar (pengakuan) orang yang dituduh dan ia adalah satu kesalahan yang jika disabit boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Click Here!

Abdullah, Najib main isu liwat untuk sekat saya - Anwar

Harakahdaily
Fri | Aug 22, 08 | 10:10:54 am MYT

Seluruh dunia menghalakan fokus ke Permatang Pauh. Melihat dan meninjau pilihan raya kecil yang bakal mengubah lanskap politik di negara ini. Tidak hairanlah Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bersungguh sungguh mengekang kemaraan Anwar.

Iklan




Ikuti wawancara eksklusif WAN NORDIN WAN YAAKOB, AZAMIN AMIN serta MOHD SABRI SAID dengan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang juga calon KeADILan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh di Yayasan Aman Permatang Pauh, pada 19 Ogos lalu.

HARAKAH: Buat pertama kalinya selepas sekatan politik yang dikenakan berakhir, Dato' Seri boleh menyertai pilihan raya kecil. Walaupun Umno cuba gagalkan penyertaan Dato' Seri dengan isu-isu liwat dan percubaan menahan Dato' Seri, bagaimana situasi ini dihadapi?

ANWAR: Alhamdulillah, walaupun tekanan kuat dan muslihat Umno untuk menghalang saya dengan apa cara juga ternyata kita dapat lepas dari keadaan ini. Saya dapat bantuan dari sahabat-sahabat dan saya sangat bernasib baik kerana berkat doa sahabat-sahabat untuk meneruskan perjuangan dan saya sangat bernasib baik dengan kerjasama Pakatan Raayat walaupunkita difitnah tetapi kita terus bersama dan dengar bekerja dengan penuh komitmen dan keazaman.

Bagaimana Dato' Seri melihat sambutan terhadap siri kempen setakat ini?

Image Umumnya sangat baik kerana jentera kita berkesan, jentera KeADILan dan PAS di Kawasan Melayu sangat kuat di Penang. Malah Kedah dan Kelantan turut membantu dengan sepenuhnya dan di beberapa kawasan seperti Seberang Jaya. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memberikan kerjasama dan sokongan yang cukup kuat.

Namun masalahnya kita bimbang dengan tindakan pihak lawan yang mengambil salinan kad pengenalan (MyKad) para pengundi di sini yang sudah merebak dan kita curigai motif mereka. Kita akan laporkan kepada kepada SPR selain membuat laporan polis.(Dato' Seri Anwar, tenang berbicara - gambar)

Kita juga minta provokasi ke atas anak-anak muda dapat dibendung dan kita harapkan dapat dikawal. Seterusnya semasa kempen saya didatangi pemimpin-pemimpin Umno tempatan yang mengingatkan saya supaya berhati-hati dengan strategi jentera Umno akan masuk ke rumah untukmenabur wang. Sampai begitu sekali kempen yang mereka jalankan.

Kita lihat isu liwat dan pengakuan sumpah laknat Saiful Bukhari dimainkan di Permatang Pauh walaupun Saiful sendiri kata kononnya isu ini bukan kerana politik, apa pandangan Dato' Seri?

Ini memang isu politik yang dirancang begitu rupa sebaik sahaja saya ambil keputusan nak bertanding. Kes di bawa ke mahkamah sehari selepas pengumuman SPR, sumpah Saiful pula seharisebelum hari penamaan calon.

Saya percaya beberapa hari lagi sepanjang kempen Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak akan tentu mainkan isu itu sebagai isu besar mereka.

Sekarang ini Najib muncul seolah-olah macam ahli agama cakap seperti seorang agamawan walaupun, berbeza dengan ulama lain, baik Mufti-mufti, baik Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat atau Yusuf Qardhawi atau ulamak-ulamak lain.

Pandangan dia (Najib) seolah-olah macam dia sebagai jaguh dalam agama dan nampak macam nak kepada Islam. Kita nampak ini satu politik.

Namun saya juga pergi ke beberapa tempat di kampung-kampung. Nampaknya penduduk tak nak isu (liwat dan akuan sumpah Saiful) ini tetapi mahu kepada isu agenda pembaharuan yang kita bawa sebab Permatang Pauh ini 10 tahun telah dihumban daripada arus pembangunan oleh kerajaan BN yang lalu.

Saya juga diasak dengan propaganda dengan VCD pengakuan sumpah Sukma Dermawan dan Dr Munawar Anees, berhubung isu dahulu. Ini semua dimainkan semula dan diedar kepada lebih 50,000 rumah pengundi di sini walaupun dalam isu ini semua pengakuan tersebut pengakunya telah menarik semula akuan mereka. Ini masih dimainkan.

Dan kempen mereka cukup lucah dan menghina serta mengata orang. Budaya fitnah ini sudah menjadi budaya Umno. Walaupun ramai di kalangan orang Umno di sini kurang minat dengan penggunaan isu ini.

Tiba-tiba Akta DNA dibawa ke Parlimen pula. Ini langkah yang sama dalam perancangan mereka (Umno). Tetapi saya tak mahu ditarik untuk beri komentar tentang isu-isu ini. Mereka bicarasoal 'rules of law'.

Siapa yang percaya dengan 'rules of law' di negara ini? Siapa yang yakin? Kes bunuh, kes Altantuya, kes rasuah ratusan juta, kes hilangnya dadah di balai polis dan siapa yang nak sebut kes ini? Ini tidak pula dimainkan media arus perdana.

Isu perpaduan dan hak Melayu diungkit semula, kononnya kalau Anwar menang, Melayu akan susah di Penang kerana Penang ditadbir DAP. Apa pandangan Dato' Seri?Image

Melayu miskin. Bahasa Melayu direndahkan martabatnya.

Agama Islam direndahkan dan penghayatannya tidak berjalan. Maksiat berkembang, jenayah bertambah, rasuah merebak,pemimpin Umno kaya melimpah, rakyat pula terabai. Ini semua siapa yang buat? Sepatutnya pemimpin Umno kena tanya diri mereka sendiri. Mereka penuh kuasa melimpah kekayaan ini. Dia nak salahkan siapa lagi. (Anwar ditemuramah Wan Nordin (kanan) dan Azamin - Gambar)

Saya nak tegaskan bahawa kita di Pakatan Rakyat telah menetapkan agenda yang cukup jelas,dan soal kedudukan Melayu dan martabat Islam tak pernah keluar daripada kerangka kita.

Yang kita tekankan untuk menjamin keadilan kepada semua. Kita usaha angkat Melayu dan tinggikan martabat Islam tanpa bermaksud untuk pinggirkan kaum dan agama penganut lain.

Umno pula sebaliknya gunakan kedudukan Melayu untuk hanya perkayakan diri mereka. Kontrak kerajaan berapa banyak dianugerah kepada anak menantu, keluarga dan kroni. Saham bumiputera pula puluhan juta ringgit diagihkan kepada sanak saudara mereka untuk memperkayakan mereka.

Mereka memainkan kononnya kini Ketua Menteri Pulau Pinang ini Cina DAP. Tetapi sedarkah mereka bahawa selama ini pun Ketua Menteri Penang Cina? Lima bulan di Pulau Pinang apa yang dilakukan kerajaan negeri? Adakah rugikan Melayu?

Kerajaan negeri telah luluskan peruntukan dalam soal mengimarahkan masjid dan tingkatkan mutu serta elaun guru Kafa. Kerajaan negeri ini juga menjalankan program membasmi kemiskinan termasuk kepada majoriti Melayu yang miskin tegar di sini tanpa kesampingkan orang Cina dan India.

Komen Dato' Seri terhadap kenyataan tegas Presiden PAS yang akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat?

Media Umno tentunya akan perbesarkan pandangan yang akan berlaku dalam kongres KeADILan dan DAP kerana KeADILan di Kedah dan Perak mungkin ada rasa tidak puas hati dengan kerajaan di sana, seperti juga PAS di Pulau Pinang yang tidak puas hati kepada kerajaan negeri.

Ini soal biasa yang bukan isu besar yang boleh sebabkan ketegangan. Namun, ini dilaporkan oleh media arus perdana untuk mencetus kemelut kononnya.

Isu ini sebenarnya isu yang boleh dirundingkan dan pandangan mereka yang tidak berpuas hati itu hanyalah sekadar pandangan mereka dan ini bukanlah mewakili parti secara keseluruhannya.

Soal adanya kritikan dalam muktamar baru-baru ini, itu terpulang kepada kebijaksanaan pimpinan parti dalam Pakatan dan saya lihat cuma ada kekeliruan. Itu sebab ada kerja fitnah akhbar arus perdana, mereka besarkan isu itu.

Di Permatang Pauh ini sendiri, sebenarnya mereka fitnah kononnya PAS tidak membantu kempen sedangkan kalau tengok jentera bantuan ketara sekali dan kerjasama PAS cukup baik.

Dalam satu majlis baru-baru ini, ramai pemimpin PAS datang. Takkan mereka ini dah tukar parti. Saya kata kepada pemimpin Umno bahawa inilah sokongan yang PAS berikan.

Tetapi ini tak dilaporkan media. Kalau tengok bahawa Nik Aziz telah memberi penegasan terhadap sokongan kepada Pakatan Rakyat di sini dan datang pada hari penamaan calon.

Selain itu kalau dengar doa Ketua Dewan Ulamak, Ustaz Mohd Daud Iraqi, dia berdoa sangat kuat supaya kerjasama dalam Pakatan semakin kukuh. Ini satu 'signal' yang jelas bagisaya. Cara mereka hormati kami dalam muktamar cukup baik tetapi media tak perbesarkan.

Seruan dan harapan Dato' Seri kepada pengundi?

Mereka adalah sebagai keluarga, sahabat dan rakan-rakan saya sejak sekian lama. Bila saya terperpenjara mereka tetap setia kepada saya. Mereka beri laluan kepada Azizah (Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail). Justeru, saya menaruh keyakinan mereka akan terus bersama mendukung agenda Pakatan Rakyat.

Mereka ini sahut seruan kita supaya untuk kemerdekaan iaitu kebebasan minda, ekonomi yang selama ini dicengkam golongan kaya Umno.

Saya harap pengundi menyokong kerana rakyat Malaysia mengharapkan Permatang Pauh memberi lonjakan baru kepada agenda Pakatan Rakyat memulihkan sistem pentadbiran kerajaan yang dirosakkan Umno-BN.

Saya harap mudah-mudahan mereka menggunakan peluang ini untuk perubahan dengan memberi sokongan kepada kita.

Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising