Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Friday, August 22, 2008

Tuduhan rasuah, satu cubaan rampas kuasa kerajaan Pakatan Rakyat Perak



PERMATANG PAUH, 21 Ogos (Hrkh) - Tindakan pihak tertentu yang memerangkap dua Exco Kerajaan Negeri Perak yang didakwa kononya antara suspek rasuah dan seks sebenarnya bermotif merampas kuasa kerajaan negeri Perak sekarang dan memburukan imej Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh.
















Iklan

Tuduhan Badan Pencegah Rasuah terhadap kedua exco ini kononnya terlibat satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak adalah tidak benar, kata Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dalam satu sidang medianya di Yayasan Aman pagi tadi.

Ujarnya perkara ini berlaku semasa Kapten Usaili Alias bersama dengan Osman Mohd Jailu sedang minum di sebuah gerai, mereka ditegur sapa oleh dua orang tidak dikenali.

Lalu dua orang bersebut meninggalkan beg dan beredar dan pegawai BPR tiba-tiba muncul sebaik sahaja mereka memegang beg berkenaan yang ditinggal itu, katanya.

Beg tersebut dikatakan mengandungi RM100,000, dakwanya.

Setakad ini, BPR telah menahan Exco, Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Mohd Jailu, seorang Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), dan seorang peniaga.

"Inilah sebenarnya kita minta BPR dilapor terus dibawah Parlimen" jelas Tian Chua.

Dalam sidang media itu juga tuduhan tawaran seks ke atas dua exco juga dinafikan, bahawa dakwaan tersebut adalah bukan tuduhan sebenar bertujuan untuk memburukkan imej sementara sumber yang diterima adalah tidak sahih.


Sementara itu semalam, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin turut menyatakan bahawa tidakan tersebut adalah konspirasi politik untuk merampas kuasa kerajaan Perak pada 31 Ogos.

Menteri Besar turut yakin bahawa kedua-dua exco berkenaan tidak terlibat kerana projek bernilai RM180juta yang dimaksudkan tidak pernah wujud.

Dua exco berkenaan juga tidak bertanggungjawab dalam protfolio yang berkaitan.

Sementara Timbalan Presiden Keadilan, Dr Syed Husin Ali menjelaskan bahawa tangkapan itu berbaur politik di saat-saat pilihan raya kecil yang sedang berlangsung di Permatang Pauh.

Ujarnya, BPR tidak konsisten dalam menangani kes-kes rasuah dan penyelewengan justeru Syed Husin meminta BPR tegas dan profesional dalam menangani kes rasuah yang melibatkan pemimpin Barisan Nasional. Click Here!

SPR, Umno/BN cemar kempen Pilihan Raya Permatang Pauh

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Hrkh) - Parti KeADILan Rakyat hari ini menghantar nota bantahan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), berikutan kegagalan badan itu mengendalikan Pilihan raya Kecil Permatang Pauh secara adil dan telus.

Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Sallehuddin Hashim dalam suratnya kepada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengemukakan tujuh sebab mengapa pihaknya mendapati perjalanan pilihan raya tercemar.

Dalam suratnya juga beliau menegaskan, KeADILan amat tidak berpuashati dengan SPR walaupun banyak aduan, kritikan dan cadangan, badan itu masih tidak berubah.

Berikut disiarkan teks penuh surat bantahan KeADILan kepada SPR;

RUJUKAN KAMI: SUA2008/SPR/0115
TARIKH: 21 Ogos 2008

Yang Berbahagia
Tan Sri Dato' Seri Ab. Rashid b. Ab. Rahman
Pengerusi
Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia
Aras 4 & 5, Blok C7, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 PUTRAJAYA

Yang Berbahagia Tan Sri,

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

ADUAN BERHUBUNG PERJALANAN KEMPEN PILIHANRAYA KECIL P.44 PARLIMEN PERMATANG PAUH

Menemui Yang Berbahagia Tan Sri semoga dalam lingkungan kesejahteraan yang baik.

Merujuk kepada perkara di atas dan seperti yang kita maklumi bersama bahawa Pilihanraya Kecil bagi Parlimen Permatang Pauh sedang rancak berjalan. Pilihanraya kali ini dianggap paling menjadi tumpuan negara dan dunia kerana mempertemukan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim menentang calon dari Umno dan AKIM.

Adalah sangat mendukacitakan ketika seluruh rakyat dan masyarakat antarabangsa begitu berminat mengikuti perkembangan pilihanraya, namun perjalanan kempen pilihanraya terus dicemari dengan pelbagai salah laku kempen yang memperlihatkan kelemahan sistem demokrasi di Malaysia dan tentunya memperlihatkan kegagalan SPR untuk mengendalikannya secara adil dan telus.

Saya sangat mempersoalkan kredibiliti dan kerja SPR kerana apa yang timbul bukanlah perkara baru malahan ianya adalah perkara sama yang berbangkit pada setiap kali pilihanraya walaupun berbagai-bagai aduan, kritikan, dan cadangan telah dikemukakan kepada pihak SPR.

Sehubungan dengan itu saya meminta dan berharap agar SPR dapat meneliti untuk bertindak dengan serius dan bersungguh-sungguh terhadap aduan yang saya kemukakan seperti berikut;

i. Nama Pengundi Hilang

Dilaporkan bahawa terdapat lebih dari 900 pengundi yang namanya tercicir dan hilang daripada buku daftar pemilih bagi Parlimen P.44 Permatang Pauh. Nama-nama tersebut terdapat dalam senarai daftar pemilih yang lepas dan boleh membuang undi pada pilihanraya umum ke 12 baru-baru ini kini didapati tercicir dari daftar pemilih terbaru.

ii. Pemilihan Hari Bekerja Sebagai Hari Membuang Undi

Dilaporkan bahawa pemilihan hari Selasa 26hb Ogos, 2008 iaitu hari bekerja adalah sesuatu yang sangat dipersoalkan kerana akan menyukarkan kepada pengundi untuk membuang undi terutamanya pengundi-pengundi yang bekerja dan pengundi yang berada diluar kawasan.

iii. Menggunakan Agensi Kerajaan Untuk Tujuan Kempen Umno/BN

Agensi kerajaan telah dugunakan secara terang-terangan untuk berkempen bagi pihak Parti kerajaan Umno/Barisan Nasional. Penglibatan agensi kerajaan untuk tujuan kempen adalah menjadi suatu kesalahan dan melanggar etika kempen pilihanraya

iv. Laporan Media Yang Berat Sebelah

Laporan media terhadap kempen pilihanraya secara keseluruhannya menyebelahi calon Umno/BN dan pendekatan menyerang calon Parti Keadilan Rakyat secara keseluruhannya laporan media adalah sesuatu yang malang bagi prinsip etika media dan sistem Demokrasi Malaysia.

v. Penggunaan Pasukan Anggota Keselamatan

Kempen pada kali ini menampakkan kawalan keselamatan yang berlebihan. Ramainya anggota polis, menggunakan helikopter dan polis simpanan persekutuan adalah bertujuan untuk mengganggu kempen dan mewujudkan rasa takut kepada pengundi disamping media cuba melabelkan Parti Keadilan Rakyat dengan keganasan yang langsung tidak berasas sama sekali.

vi. Mengambil Kad Pengenalan Pengundi

Terdapat laporan petugas-petugas kempen Umno/BN telah berjumpa dengan pengundi dan mengambil kad pengenalan pengundi atau salinan kad pengenalan. Tindakan ini adalah menjadi suatu kesalahan dan mewujudkan kesangsian tindakan Umno/BN.

vii. Sogokan Wang kepada Pengundi

Dilaporkan bahawa kempen Umno/BN telah menggunakan sogokan wang untuk meraih undi. Petugas Umno/Bn bertemu pengundi menawarkan wang supaya pengundi diminta mengundi calon Umno/BN atau pun pengundi menyerahkan kad pengenalan mereka. Tindakan ini selain menyalahi etika pilihanraya dan mempunyai unsur amalan rasuah.

Kerjasama dan tindakan dari pihak Tan Sri saya hargai dengan ucapan terima kasih. Semoga usaha bersama kita memartabatkan demokrasi Malaysia akan mencapai kejayaan.

Sekian, terima kasih.

DATO' SALEHUDDIN HASHIM
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat
Click Here!

Sumpah: Pemuda PAS nafi cabar Anwar

Aug 21, 08 3:37pm

Ketua Pemuda PAS Selangor, Sallehen Mukhyi menafikan beliau mencabar calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah laknat seperti laporan sebuah akhbar hari ini.

"Saya tidak ada cabar (Anwar bersumpah)," katanya ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia.

"Saya kata (kepada wartawan itu), terpulang kepada beliau (Anwar), itu hak beliau (untuk bersumpah atau sebaliknya).

"Tetapi perkara (bersumpah) itu tidak ada peruntukan syariah.

"Dalam kes ini, ada dua penyelesaian, pertama pengadu mesti mengemukakan saksi, dan kedua sama ada tertuduh itu mengaku.

"Oleh kerana Anwar tidak mengaku, penuduh perlu mengemukakan saksi," katanya.

Bekas pembantu penasihat PKR, Mohd Saiful Bukhari Azlan, bersumpah di sebuah masjid di Kuala Lumpur pada 15 Ogos, sehari sebelum Anwar menjadi calon pilihanraya kecil Permatang Pauh berdepan calon-calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Hamat.

Akhbar itu melaporkan Sallehen mencabar Anwar melakukan sumpah laknat "jika beliau di pihak yang benar".

Ketua Pemuda itu juga dilaporkan berkata bersumpah laknat merupakan langkah terbaik bagi bekas timbalan perdana menteri itu untuk menyelesaikan masalah peribadinya sekali gus membersihkan namanya.

Beliau turut dilaporkan berkata, semua pihak harus menerima baik sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan yang berbuat demikian kerana mahu menjaga nama baik diri dan keluarga.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Sallehen berkata, tindakan Mohd Saiful bersumpah Jumaat lalu, "tidak kena dengan masa" dan menyebabkan timbulnya pelbagai tafsiran orang ramai.

"Ia menimbulkan pelbagai persepsi (orang ramai). Dalam keadaan (menjelang) pilihanraya kecil Permatang Pauh, tidak kena dengan masa untuk beliau bersumpah," katanya.

Walaupun tidak bersetuju dengan cara ia dilakukan, Sallehen mengakui Mohd Saiful mempunyai hak untuk bersumpah.

Mengulas kesan sumpah pemuda itu kepada peluang Anwar memenangi pilihanraya kecil 26 Ogos nanti, beliau berkata tindakan itu tidak menjejaskan undi untuk tokoh pembangkang itu di Permatang Pauh.

"Perkara ini bukan isu bagi pengundi Cina dan bukan Melayu. Orang Melayu pula, dengan wujudnya pelbagai persepsi, ia tidak akan menjadi isu besar," katanya. Click Here!

Imam diarah hadir sumpah Saiful

Aug 21, 08 6:10pm

(Malaysiakini) Imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Porigi, menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah laknat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Ramlang menafikan sebarang dakwaan yang beliau mempunyai apa-apa niat tertentu apabila hadir di majlis tersebut Jumaat lepas.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan lebih lanjut apabila ditanya siapakah mengarahkannya berbuat demikian.

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808 01Dilaporkan turut hadir di majlis tersebut ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.

Sebaliknya, kata Ramlang, beliau berada di masjid pada hari berkenaan kerana bertugas sebagai jurunikah pada hari berkenaan.

Beliau menjelaskan demikian ketika diminta mengulas penyebaran emel yang mendedahkan bahawa beliau adalah seorang ahli Umno dan seorang pengundi di Parlimen Permatang Pauh.

Emel tersebut juga mengandungi dua lampiran yang menyebut bahawa Ramlang menganggotai Umno cawangan Seri Machang, dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Machang Bubuk, bahagian Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

'Memang ahli Umno'

Turut dilampirkan ialah maklumat mengenai pendaftarannya sebagai pengundi parlimen Permatang Pauh - pilihanraya kecil kerusi ini akan diadakan 26 Ogos.

Ramlang juga mengesahkan bahawa beliau seorang daripada lebih 58,000 pengundi di situ.

ramlang porigi imam witness in saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 210808 03Ketika ditanya mengenai keanggotaannya dalam Umno, Ramlang berkata: "Saya pernah mendaftar sebagai ahli pada 2003, atas sebab-sebab tertentu".

Beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya maksudnya "atas sebab-sebab tertentu".

Bagaimanapun, Ramlang berkata, beliau bukan seorang ahli aktif dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno di sebarang peringkat.

Mengulas lanjut mengenai majlis bersumpah Mohd Saiful, Ramlang berkata, beliau bukannya menjadi saksi sumpah Saiful.

"Apabila kebetulan Saiful tersalah sebut lafaz sumpahnya, oleh kerana saya berada di situ, jadi saya tegurlah," katanya.

Tiada kaitan

Oleh itu, beliau memperjelaskan bahawa beliau tidak ada sebarang kaitan dengan sumpah Saiful, yang diadakan sehari sebelum penamaan calon pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh.

permatang pauh by election nomination day 160808 candidates 2Anwar adalah antara tiga calon yang bertanding dalam pilihanraya tersebut. Dua lagi adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Hamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim).

Menurutnya, beliau salah seorang daripada sembilan imam yang bertugas di masjid berkenaan sejak Jun 2005.

Mengulas dakwaan dalam emel tersebut yang mengatakan beliau adalah seorang bilal dan bukan imam di masjid tersebut, Ramlang berkata: "Saya memang seorang imam (di masjid tersebut)".

Katanya, jawatan rasminya ialah pembantu hal ehwal Islam di bawah gred S17.

Jika bilal, kata Ramlang, diletakkan di bawah gred S11 dengan nama jawatan pembantu rendah hal ehwal Islam. Click Here!

PKR: 26 nama dikeluar dari daftar pemilih

Aug 21, 08 12:17pm

PKR mengesan 26 nama pengundi berusia 100 tahun ke atas telah dikeluarkan dari daftar pemilih yang diberi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kepada calon parti yang bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, kata Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya, daftar pemilih tersebut diserahkan oleh SPR pada hari penamaan calon pada 16 Ogos lalu.

"Kita mahu tahu bagaimana nama 26 orang tersebut dikeluarkan daripada daftar pemilih tanpa rang daftar dipamerkan," katanya dalam satu sidang akhbar di Yayasan Aman di Penanti, Permatang Pauh pagi ini.

Katanya, mengikut peraturan SPR, rang daftar pemilih perlu dipamerkan selama tujuh hari untuk disemak oleh pengundi.

"Saya ingin bertanya bilakah SPR menjalankan proses ini (mempamerkan rang daftar pemilih). Nama 26 pengundi tersebut masih ada dalam daftar pemilih pilihanraya umum 8 Mac lalu," katanya.

Beliau berkata, pemutihan senarai pemilih perlu dibuat dalam tempoh enam bulan, tetapi kini baru mencapai lima bulan.

Saifuddin bertanya bilakah nama pemilih terbabit dikeluarkan dari senarai daftar tersebut.

"Tidak guna parti politik mematuhi semua peraturan pilihanraya tetapi dalam bahagian yang paling penting, iaitu senarai pendaftar pemilih, ia tidak dipatuhi.

"Isunya, nama yang hilang itu, telah menimbulkan keraguan kepada kita," tambahnya.

Katanya, PKR akan terus membuat siasatan terhadap nama dalam daftar pemilih untuk diselesaikan dalam beberapa hari lagi.

"Kita tahu nama lokasi dan DUN (kawasn undangan negeri) 26 nama yang hilang dari daftar pemilih," katanya. Click Here!

Anwar akan pertahan hak Melayu

Aug 21, 08 4:11pm

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, negara tidak akan selamat jika hak orang Melayu tidak dipertahankan.

Sehubungan itu, bekas timbalan perdana menteri berkata, beliau akan mempertahankan hak orang Melayu dan tidak akan bertolak ansur mengenai perkara tersebut.

"Kami berjuang untuk rakyat, kami berjuang untuk orang Melayu dan kaum-kaum yang lain," katanya ketika menyampaikan ceramah di kawasan perumahan Tenggiri di Permatang Pauh, malam tadi.

Dalam ceramah tersebut, calon parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau akan membebaskan semua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) apabila Pakatan Rakyat memerintah kelak.

Katanya, tahanan ISA tidak kira Melayu, Cina dan India akan dibebaskan Pakatan memerintah negara ini.

Anwar sekali lagi menegaskan, sebaik sahaja menang pilihanraya Permatang Pauh, PAS dan DAP akan melantik beliau sebagai ketua pembangkang di Parlimen.

"Sebaik sahaja saya melangkah masuk ke Parlimen, ahli parlimen Sabah dan Sarawak akan melompat ke Pakatan," katanya.

Anwar juga mempersoalkan tindakan pemimpin Umno yang secara berterusan mencerca dan mengaibkan beliau dan keluarga sejak 10 tahun lalu.


Putar video lama

"Mengapa menghina saya, kata saya ejen Yahudi Amerika Syarikat dan Cina. Pita video 10 tahun lalu diputar semula.

"Salah saya ialah saya hendak menurunkan harga minyak.

'Yang mengangkat keris itu siapa? Yang memanggil beruk itu siapa?

"Ingat dia menantu perdana menteri, dia menjadi sangat kaya? Dari mana mendapat wang beratus juta ringgit," katanya.

Anwar berkata, ada pemimpin Umno yang bertanyakan beliau mengapa mahu berkhidmat kepada pengundi Parlimen Permatang Pauh.

Menurutnya, beliau menjawab kerana mahu berkhidmat supaya Malaysia menjadi aman dan menyelamatkan negara ini dari pemimpin yang angkuh, rakus dan sombong.

"Jika kita menang dalam tempoh tiga bulan, saya akan pulihkan ekonomi negara.

"Ekonomi sudah merudum dan kerajaan sekarang tiada harapan untuk memulihkannya walaupun tiga empat tahun lagi," katanya. Click Here!

'Seks & duit': 2 exco Perak dicekup BPR

Aug 20, 08 12:19pm
Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan enam orang, termasuk dua exco kerajaan Perak, kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.

perak exco aca arrest 200808 mohd osman mohd jailuKedua-duanya adalah Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) (kanan) - exco pelancongan, modal insan dan NGO - dan Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang) - exco pembangunan usahawan, pertanian dan perdagangan.

Lima daripada mereka ditahan jam 6 petang semalam. Mereka berusia antara 45 hingga 57 tahun.

perak exco aca arrest 200808 jamaluddin mohd radziManakala Jamaluddin (kanan sekali) ditahan pada jam 10.30 pagi ketika dia menyerah diri kepada BPR. Dia diteman peguamnya.

Tiga suspek termasuk anggota exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta.

Menurut kenyataan BPR, mereka juga disyaki terlibat dengan rasuah seks.

Selain dua exco kerajaan negeri itu, yang lainnya ialah seorang ahli Majlis Daerah Perak Tengah, seorang juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan dua orang peniaga.

Difahamkan, dua ahli exco yang ditahan itu, tidak terbabit dalam rasuah seks.

Sementara itu, mereka dibawa ke Mahkamah Sesyen Ipoh pagi ini untuk ditahan reman.

Seorang daripada mereka dipercayai bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) PKR.

Kesemua mereka menutup muka ketika dibawa ke mahkamah.

Manakala Ketua Pengarah BPR, Ahmad Said Hamdan mengesahkan penahanan enam termasuk dua ahli Exco negeri Perak berhubung rasuah kewangan dan skandal seks.

Difahamkan lima daripada mereka ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan. Mereka belum lagi didakwa di mahkamah.

Manakala Jamaluddin, yang ditahan untuk disoalsiasat, dijangka dibawa ke mahkamah esok. Sebelum ini, BPR telah memintanya menyerah diri selepas penahanan lima orang lagi pada jam 6 petang semalam.

majoriti di PerakSementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin memberitahu pemberitahu bahawa mereka yang ditahan itu tidak bersalah sehinggalah dibuktikan di mahkamah.

Insiden tersebut dijangka menjejaskan kedudukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang hanya mempunyai kelebihan majoriti tiga kerusi.

'Dakwa dianiaya'

Mengulas mengenainya, Pengerusi DAP Perak yang juga ahli exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan penahanan dua pemimpin Pakatan itu sebagai satu tindakan Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri.

"Ini hanyalah satu percubaan untuk melemahkam Pakatan di Perak, dan satu percubaan untuk menyumbat mereka ke penjara," kata Ngeh, ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ngeh berkata, perkhidmatan kedua-dua ahli exco itu tidak akan digantung sepanjang penyiasatan dijalankan oleh BPR, sambil menegaskan bahawa mereka telah dianiaya.

"Kami mengesyaki yang mereka telah dianiaya. Jadi, bagaimana perkhidmatan mereka hendak digantung?" tegasnya.

Beliau juga menyentuh tentang 'tindakan pantas" BPR bertindak dalam kes-kes yang membabitkan wakil rakyat Pakatan.

"Apa yang paling mengecewa dalam hal ini, ialah mengapa BPR bertindak pantas sekali dalam mengambil tindakan terhadap kita, sedangkan kita juga telah membuat banyak laporan terhadap BN tentang perbuatan rasuah mereka?" soalnya.

Ngeh, yang juga ahli Parlimen Beruas, mempertahankan pemimpin Pakatan, sambil berkata mereka telah diingatkan supaya jangan terbabit dalam rasuah sebelulm kerajaan negeri ditubuhkan dahulu.

"Kita mahu mengisytiharkan bahawa kita telah memberi penekanan terhadap ketelusan dan penubuhan sebuah kerajaan yang bebas rasuah, sebelum kita menubuhkan kerajaan negeri," tambahnya.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz pula berkata: "Apa yang baru? Mereka telah bercakap mengenainya sepanjang masa. Kita hanya perlu tunggu BPR menyiapkan siasatan mereka tanpa sebarang campurtangan."

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising