Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, August 19, 2008

NGO Islam setuju didikan seks di PLKN

Aug 18, 08 9:16pm
(Malaysiakini) Pertubuhan-pertubuhan Islam berbeza pandangan mengenai slot pendidikan seks dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diperkenalkan Januari tahun depan.

Sementara organisasi-organisasi yang bersetuju pula menerimanya dengan berat hati dan bersyarat.

Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis) meletakkan beberapa syarat jika slot selama 10 jam itu hendak dimulakan awal 2009.

Kedua-dua persatuan ini berharap kerajaan mengambil berat soal kandungan modul itu. Mereka meminta kerajaan menyerapkan elemen-elemen agama dan perundangan Islam dalam modul yang bakal diperkenalkan.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen hari ini mengesahkan bahawa slot pendidikan seks yang diluluskan pada Mei lalu akan mula diperkenalkan beberapa bulan lagi.

Beliau berkata modul pendidikan itu akan dilaksanakan melalui slot khas di setiap kem PLKN.

ng yen yen and sexual education in nasional service khidmat negara 180808Skop pengajaran modul itu yang dikenali 'Self Preservation, Self Protection and Self Determination' merangkumi nilai individu dan keluarga, pemahaman perubahan struktur badan secara fizikal (mengikut gender) dan emosi.

Presiden PKPIM Mohd Hilmi Ramli berkata elemen Islam perlu dimasukkan bagi menumpulkan rangsangan ke arah perzinaan.

Modul itu, kata presiden Gamis Muhammad Haafizuddin Abirerah, patut memperkatakan juga tentang kepentingan institusi perkahwinan untuk mengelak gejala yang tidak diingini.

"Perkara ini (pendidikan seks) tidak harus dilihat daripada sudut sains dan hormon tetapi pendidikan kerohanian," tambahnya.

Gamis berpendapat, modul yang mahu diperkenalkan itu hendaklah memfokuskan kepada penyelesaian masalah sosial generasi muda.

Selain itu PKPIM turut mencadangkan tenaga pengajar dilatih terlebih dahulu dalam sebuah program khas untuk memastikan mereka benar-benar layak mengajar modul berkenaan.

Mohd Hilmi mencadangkan kerajaan tidak melaksanakan modul itu secara serentak di seluruh kem-kem latihan di seluruh negara seperti dicadangkan Dr Ng, sebaliknya dimulakan di beberapa kem terpilih terlebih dahulu.

"Kalau (modul itu) bagus, kita teruskan. Kita tengok dulu apa perkembangannya," kata Mohd Hilmi.

Menolak cadangan kementerian berkenaan, Muslimat PAS berpendapat pendidikan seks mesti "diperkenalkan dengan lebih terurus, dalam suasana dan platform yang sesuai".

Setiausaha dewan itu Aiman Athirah al-Jundi berkata, program yang cuba diperkenalkan oleh Dr Ng itu "tidak kena dengan tempat dan masanya".

Keadaan pelatih PLKN di dalam hutan dan jauh daripada keluarga, jelasnya, boleh mendorong ke arah aktiviti seks di kalangan pelatih.

Beliau sebaliknya mencadangkan kerajaan memperkenalkan pendidikan seks sebagai elemen tambahan subjek-subjek Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral sejak di sekolah rendah lagi apabila pelajar mula "datang haid dan akil baligh'.

"Mungkin (usia murid) sembilan atau 10 tahun. Orang sekarang cepat matang," katanya.

Aiman menambah, sebelum memperkenalkan pendidikan seks di PLKN, kerajaan perlu mengadakan kajian terperinci melibatkan banyak pihak merangkumi ilmuan agama, ahli psikologi, ahli sosiologi, dan ahli sains.

"Modul itu, jika diadakan juga, mungkin beberapa masalah akan timbul," katanya, antaranya kemungkinan timbul seks bebas dalam kalangan peserta kem.

"Muslimat akan bincang untuk menghantar memorandum kepada kementerian wanita serta Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) supaya mereka menangguhkan tindakan itu."

Sayap wanita PAS itu pernah membantah cadangan mewujudkan modul itu sewaktu Dr Ng mengumumkan Mei lalu bahawa kementeriannya dibenarkan berbuat demikian. Click Here!

Didikan seks di kem PLKN tahun depan

Aug 18, 08 4:25pm
(Malaysiakini) Slot pendidikan seks akan diperkenalkan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada sesi Januari 2009, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen.

Beliau berkata modul pendidikan itu akan dilaksanakan melalui slot khas selama 10 jam di setiap kem PLKN, lapor Bernama.

nasional service khidmat negara 220307 training jungle trekSkop pengajaran modul itu yang dikenali 'Self Preservation, Self Protection and Self Determination' merangkumi nilai individu dan keluarga, pemahaman perubahan struktur badan secara fizikal (mengikut gender) dan emosi.

"Kita harus memberi pengajaran dan pengenalan tentang aspek-aspek ini supaya mereka lebih mengenali diri sendiri dan memahami masalah yang dihadapi," Dr Ng dipetik sebagai berkata selepas merasmikan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2008 hari ini.

Ng berkata kebanyakan remaja mendapat pengetahuan seks daripada saluran tidak rasmi, termasuk perbualan dengan kawan dan maklumat daripada Internet.

"Sesetengah maklumat ini kurang tepat," katanya.

Ng berkata kementeriannya bercadang menubuhkan unit tugas khas untuk mewujudkan "modul kebapaan" bagi mengkaji peranan lelaki dalam keluarga dan membantu mereka menghadapi tekanan hidup serta mengawal emosi.

Menurut kajian, lelaki didapati tidak begitu mahir menghadapi tekanan hidup berbanding wanita.

"Mereka enggan meminta bantuan daripada pakar runding sebaliknya menyimpan emosi sendiri sehingga akhirnya membawa kesan negatif seperti menimbulkan pelbagai masalah sosial," katanya, lapor agensi berita itu.Click Here!

Polis rentap 'mayat AUKU' selepas demo

Aug 18, 08 1:11pm
"Kami bawa mayat AUKU, tetapi kemudian dirampas oleh polis" - kata seorang pemimpin Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA).

Patung mayat, sebesar saiz manusia, yang dikafankan dengan kain putih diusung dalam keadaan renyai-renyai dari depan pintu bangunan Parlimen ke pinggir Tugu Peringatan Negara selepas selesai bantahan selama dua jam sekumpulan aktivis pelajar.

universiti student auku uuca parliament protest 180808 03Menurutnya lagi, seorang anggota polis merentap patung mayat itu, yang dijadikan lambang bantahan hampir 100 pelajar terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), sambil berkata "tolong beri kerjasama."

Penyelaras GMMA Ridzuan Mohammad memberitahu Malaysiakini selepas perhimpunan itu, kejadian berlaku secepat kilat dan "mayat AUKU" dibiarkan dalam simpanan polis tanpa sebarang pergelutan.

Beliau menambah, patung itu gagal dipertahankan di tangan GMMA kerana beberapa pelajar yang sedang memegangnya untuk dibawa pulang masih baru dalam kegiatan ini.

Sewaktu kejadian yang tidak semena-mena itu, kumpulan pelajar itu bergerak kembali ke arah monumen bersejarah itu, hampir satu kilometer dari Parlimen, selepas bersurai kira-kira 11.15 pagi untuk menaiki kenderaan mereka yang diletakkan di sekitar kawasan itu.

Menurut Ridzuan, mereka diekori empat kereta peronda polis dari bangunan Parlimen dan tiga anggota polis yang merampas patung AUKU keluar dari salah sebuah kenderaan itu.

universiti student auku uuca parliament protest 180808 10Perhimpunan anjuran gabungan tersebut, yang disertai tujuh perkumpulan mahasiswa, bermula kira-kira jam 9 dalam cuaca lembab.

Mereka yang berpakaian serba hitam berkumpul bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang mengusulkan pindaan akta kontroversi tersebut minggu ini.

Selain mengusungkan "mayat", mereka juga berbaring selama beberapa minit di atas jalan depan pintu masuk Parlimen dengan kain rentang hitam bertulisan "Akta Untuk Kuburkan Universiti" sebagai makna lain bagi akronim AUKU.

Sementara beberapa orang lagi membawa kotak yang menggambarkan penjara - sambil diperhatikan oleh kira-kira 20 anggota polis pencegah rusuhan yang mengawal keadaan.

Ridzuan berkata, gimik kumpulan pelajar itu dilakukan untuk menarik perhatian wakil-wakil rakyat yang memasuki bangunan itu.

Bagaimanapun, hanya ahli-ahli parlimen Pasir Mas dan Lembah Pantai memberikan respons.

"Datuk Ibrahim Ali dan Nurrul Izzah Anwar membunyikan hon tanda sokongan," katanya.

Menurut Ridzuan lagi, sewaktu berlangsung demonstrasi itu, polis gagal merampas alat pembesar suara dan kain rentang mereka.

universiti student auku uuca parliament protest 180808 08Kejadian itu berlaku sebelum lima pemimpin GMMA yang diketuainya dibenarkan masuk ke bangunan Parlimen untuk menyerahkan memorandum gabungan itu yang disokong 13 perkumpulan pelajar, tambahnya.

"Selepas berbaring (di atas jalan), polis cuba mengambil pembesar suara dan kain rentang, tetapi dibantah.

"Kenapa pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) boleh gunakan pembesar suara, kami tidak (dibenarkan)," kata Ridzuan, merujuk perhimpunan ribuan pelajar institusi pengajian tinggi itu 12 Ogos lalu di Shah Alam bagi membantah kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sebelum memasuki Parlimen, kata Ridzuan lagi, seorang pegawai khas Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin bertemu mereka di depan pintu utama Parlimen dan memaklumkan "Datuk sibuk" dan tidak boleh bertemu GMMA.

Bagaimanapun, timbalannya Datuk Idris Harun sedia bertemu mereka lebih kurang 15 minit dan berjanji akan memberi perhatian serius kepada memorandum itu.

Idris turut menyarankan ahli-ahli gabungan itu hadir semasa sesi Parlimen membincangkan perkara itu, kata Ridzuan.

Ridzuan menjelaskan, GMMA bertindak sedemikian hari ini kerana "tiada respons" daripada kementerian berkaitan selepas pertemuan dengan Idris dan beberapa ahli Kelab Ahli Parlimen BN (BNBBC) 17 Jun lalu.

Memorandum itu, antaranya, meminta kerajaan memansuhkan AUKU dan digantikan dengan sebuah akta baru.

universiti student auku uuca parliament protest 180808 04Sebelum bersurai, mereka melepaskan seekor merpati putih di depan bangunan itu sebagai aspirasi kebebasan mahasiswa yang diperjuangkan gabungan itu.

Turut serta dalam perhimpunan itu dua ahli parlimen DAP, Loke Siew Fook (Rasah) dan Teo Nie Ching (Serdang).

Rang undang-undang pindaan AUKU dijadual dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.

Beberapa bahagian pindaan yang dijangka panas termasuklah Seksyen 9 (kuasa menteri melantik ketua kampus cawangan), Seksyen 12 (hak menteri meminda, mengubah, atau membetulkan sesuatu perintah kampus) dan Seksyen 15 (hak mahasiswa berpersatuan).

Seksyen baru 4(a) dan 4(b) pula dijangka berlaku perdebatan berkenaan jawatankuasa menasihati menteri bagi melantik naib canselor yang menyebut "menteri dari masa ke semasa hendaklah melantik satu jawatankuasa untuk menasihatinya mengenai perlantikan itu".
Click Here!

Debat: Lim tuduh Koh 'tidak jujur'

Aug 18, 08 5:20pm
(Malaysiakini) Tan Sri Koh Tsu Koon "tidak jujur" apabila enggan melihat kembali maklumat sulit tentang isu pengagihan tanah di Pulau Pinang dengan alasan ia "terlalu minimum dan tidak bermakna" bagi membantu perdebatannya lusa, kata ketua menteri Lim Guan Eng.

Pada 12 Ogos lalu, pemangku presiden Gerakan dan setiausaha agung DAP bersetuju mengadakan debat terbuka berhubung isu penyelewengan tanah bawah pentadbiran BN yang dijangka disiarkan secara langsung di saluran NTV7 dan TV9 pada 20 Ogos ini.

Dr Koh, juga bekas ketua menteri Pulau Pinang, kemudian meminta semua fail dan dokumen mengenai isu itu yang disimpan di Pejabat Ketua Menteri dan jabatan-jabatan kerajaan negeri dibuang status rahsianya dan diberikan kepadanya untuk persiapan menghadapi perdebatan itu.

Bagaimanapun, Jumaat lalu, Dr Koh berkata dokumen sulit yang diluluskan Lim untuk rujukannya "terlalu minimum dan tidak bermakna".

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata Koh padahal menggunakan bahan maklumat yang sama - yakni rekod dan minit pertemuan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) selama 18 tahun sebagai pemimpin kerajaan itu.

Lim mempertahankan tawarannya membuka fail dan rekod kepada Koh dengan alasan minit mesyuarat exco sudah lengkap kerana turut memuatkan informasi tambahan dan dokumen jabatan kerajaan sebelum mengambil sesuatu keputusan, termasuk pengagihan tanah.

"Rungutannya bahawa minit (mesyuarat) exco tidak lengkap tidak berasas sama sekali dan salah kerana menjadi tanggungjawab jabatan kerajaan menyediakan maklumat relevan kepada exco sebelum sesuatu keputusan dibuat," kata Lim.

"Saya sendiri telah memeriksa minit exco dan semua maklumat tambahan dikepilkan sebagai lampiran dan menjadi sebahagian minit."

Pemimpin DAP itu mendakwa wujud penyelewengan tanah berjumlah RM124 juta di negeri itu tidak lama setelah mengambil alih kepemimpinan negeri selepas DAP-PKR membentuk pentadbiran...

Beliau mendakwa tokoh Gerakan itu cuba menarik simpati orang ramai dengan dakwaan gagal mendapat maklumat lengkap tentang isu itu dan berdepan dengan Lim tanpa persiapan mencukupi walaupun berpengalaman sebagai ketua menteri hampir dua dekad.

Lim menambah, beliau akan menyerahkan isu itu untuk penilaian orang ramai khususnya warga Pulau Pinang dalam perdebatan itu tentang tiga perkara:

- kenapa tiada tindakan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab,
- asas perhitungan yang mendorong keputusan silap yang tidak dibuat demi kepentingan umum, khususnya selepas seorang bekas timbalan ketua menterinya Datuk Seri Helmi Yahya sendiri mengakui kesilapannya,
- sama ada wujud penyelewengan tanah yang belum disedari yang telah menjejaskan kewangan kerajaan negeri dan mengganggu rancangan pembangunan. Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising