Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, August 18, 2008

Puteri Umno tukar imej untuk rayu undi

PERMATANG PAUH, 18 Ogos (Hrkh) Puteri Umno yang ditugaskan ke kampung-kampung sekitar Parlimen Permatang Pauh untuk menarik undi akhirnya terpaksa bertukar imej daripada berbaju pink, bertopi dan berjaket hitam kepada berpakaian biasa berbaju kurung dan bertudung.

Iklan




Tinjauan dan maklumat yang diperolehi mendapati usaha mereka dilihat masih gagal melaksanakan tugasan merayu simpati agar penduduk Permatang Pauh berubah undi kepada Barisan Nasional (BN) yang dikatakan lebih relevan pada masa ini.

Malah tindakan merayu undi menambah kemarahan penduduk beberapa buah kampung yang dimasuki oleh Puteri Umno kerana kurang senang dengan tingkah laku atau pujukan yang dijalankan seolah-olah penduduk di Permatang Pauh kurang faham situasi negara apatah lagi cara terbaik untuk memilih kepimpinan negara.

Setakat ini pengaruh Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim tetap terpahat di hati rakyat Permatang Pauh berbanding calon BN, Dato' Ariff Shah Omar Shah yang hanya lebih dikenali di Dewan Undangan Negeri (Dun) Seberang Jaya sahaja.

Oleh kerana itu menurut sumber, Puteri Umno dan gerak kerja parti BN hanya tertumpu di Dun Sebarang Jaya berbanding di Dun Permatang Pasir dan Penanti kerana cara mereka tidak diterima ramai.

Para pengundi juga diminta berhati-hati melihat wanita berkebaya, berbaju kurung, bertudung labuh atau berseluar jeans kerana khuatir Puteri Umno menyamar sebagai perayu undi KeADILan atau PAS dan perbezaan yang jelas kelihatan ialah tindakan mereka yang mengaitkan kes liwat, peristiwa sumpah oleh Saiful atau membandingkan keramahan Dato' Ariff Shah dengan orang ramai. Click Here!

Umno cawangan buat laporan BPR

Aug 17, 08 7:59pm
(Malaysiakini) Ketua Umno Cawangan Pulau Kapas dalam bahagian Kota Baharu hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan berlakunya sabotaj untuk menyekat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim daripada dicalonkan untuk bertanding jawatan ketua Umno bahagian itu.


Yaakob Mamat yang membuat laporan di Pejabat BPR di Kota Bharu petang ini, mendakwa ada pihak cuba menghalang mesyuarat cawangan daripada dijalankan jika cawangan tersebut menyokong Zaid yang juga bekas Ketua Umno bahagian Kota Bharu.

"Mereka menggunakan taktik samseng, membayar wang kepada ahli mesyuarat cawangan serta memberikan wang kepada pemerhati mesyuarat cawangan bagi memastikan mesyuarat cawangan itu tidak sah kerana tidak menepati syarat," katanya kepada Bernama hari ini.

zaid ibrahimJawatan ketua Umno bahagian itu dijangka menyaksikan perebutan antara pemangku ketua, Datuk Mohd Fatmi Salleh dengan Zaid (foto) yang merupakan ketua bahagian itu sebelum beliau digantung keanggotaannya selama 18 bulan bermula 1 Januari 2007.

Yaakob, yang juga pengerusi pemantau bebas persidangan Umno bahagian Kota Bharu, berkata laporan BPR itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat perkara itu.

Sehubungan itu, beliau meminta Majlis Tertinggi Umno dan BPR memantau mesyuarat cawangan dalam bahagian Kota Bharu bagi memastikan mesyuarat itu berjalan secara demokrasi dalam pemilihan ketua bahagiannya.

Beliau berkata 116 cawangan Umno dalam bahagian Kota Bharu dan daripada jumlah itu 91 cawangan telah bersidang.

Katanya, Zaid telah menerima 19 pencalonan dan beliau memerlukan lima lagi pencalonan daripada 25 cawangan Umno yang belum bersidang.

"Mohd Fatmi telah mempunyai pencalonan yang cukup untuk membolehkan beliau bertanding jawatan ketua Umno bahagian Kota Bharu," katanya. Click Here!

Sumpah Saiful cabar kewibawaan mahkamah?

Aug 17, 08 3:08pm
(Malaysiakini) Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, sepatutnya mengemukakan segala dakwaan atau keterangan di mahkamah dan bukan di tempat awam serta disiarkan media, kata Setiausaha Agung, Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang.

Beliau berpendapat tindakan Mohd Saiful bersumpah laknat seolah-olah tidak menghormati dan mencabar kewibawaan insitusi mahkamah, demikian menurut laporan Bernama.

Mohd Saiful mengangkat sumpah itu di Masjid Wilayah Persekutuan Jumaat lalu dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya secara paksa.

Majlis angkat sumpah itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Mohd Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Antara yang hadir ialah Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Mohd Saiful mengangkat sumpah di Dewan Solat Utama dengan menghadap kiblat.

Saiful mendakwa beliau diliwat secara paksa oleh penasihat PKR itu di kondominium mewah di Damansara.

Dakwaan itu diumumkan di sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur selepas mengangkat sumpah laknat untuk membuktikan kebenaran dakwaan dirinya diliwat. Click Here!

PKR siasat insiden jurufoto dipukul

Aug 17, 08 5:37pm
(Malaysiakini) PKR akan menjalankan siasatan terhadap insiden terbaru serangan ke atas dua jurugambar yang didakwa dilakukan oleh penyokong pembangkang di luar pusat penamaan calon di Permatang Pauh semalam.


anwar ibrahim permatang pauh forum 170808 01Bercakap kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan supaya jangan terus membuat kesimpulan bahawa penyerang mereka adalah ahli parti itu.

Katanya, media perdana seperti RTM (yang dimiliki kerajaan), akan terus menyalahkan PKR.

Sebaliknya, kata Anwar, biarlah insiden itu disiasat dan mereka yang terlibat dihukum, tanpa mengiri sama ada dari Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional (BN).

guan ming reporter photographer bullied beaten by pkr security in permatang pauh 050808 01Anwar yang bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini, mengadakan sidang akhbar selama 45 minit di bangunan Yayasan Aman di Permatang Pauh pagi tadi.

Bangunan tersebut menjadi bilik gerakan utama PKR dalam pilihanraya kecil kali ini, di mana Anwar sedang berusaha untuk kembali semula ke Parlimen selepas 10 tahun.

Merujuk kepada insiden semalam, Anwar berkata, siasatan yang dijalankan kemudiannya, mendapati mereka yang bertanggungjawab melakukannya, tiada kaitan dengan parti itu.

Namun, katanya, walaupun penyerang terbabit bukan ahli PKR, tetapi beliau dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah memohon maaf kepada mangsa, sebagai mengiktiraf kepentingan media.

'Bidas wartawan'

nst journalist reporter photographer attacked in permatang pauh 170808Anwar berkata, kesalahan itu terletak pada media perdana kerana menyiarkan satu kes yang berat sebelah, bukan itu sahaja, tetapi berniat jahat (terhadap PKR)," katanya sambil menjelaskan secara panjang lebar bagaimana pihak media tidak bersikap tidak adil terhadapnya dan pembangkang.

Beliau juga membidas seorang wartawan dari Berita Harian - akhbar yang ada kaitan dengan Umno - apabila dia bertanya sama ada budaya 'samseng' kini wujud dalam PKR.

Menurut Anwar, Berita Harian berkata budaya samseng itu wujud dalam PKR, tetapi tambahnya, apabila (naib ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin dan penyokongnya membaling botol, mereka tidak dipersalahkan.

Mantan timbalan perdana menteri itu berkata, itulah budaya Berita Harian yang mesti diperbetulkan.

Semalam, jurugambar kumpulan Akhbar New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan seorang jurugambar agensi berita asing cedera dipukul sekumpulan penyokong parti politik sewaktu proses penamaan calon.

Menurut laporan Bernama, jurugambar NSTP itu dikenali sebagai Mohd Sairen Mohd Nafis, 26, dan manakala jurugambar agensi asing itu dikenali sebagai Halim Berbar.

Mohd Sairen memberitahu pemberita bahawa kejadian itu berlaku pada jam 1.30 tengah hari tadi, ketika beliau sedang merakamkan gambar petugas BN dalam kenderaan pacuan empat roda.

Katanya, mereka mereka berjaya diselamatkan oleh pihak polis yang menyedari kejadian itu,.

Mohd Sairen cedera di bahagian tangan dan badan serta kehilangan kamera digital yang bernilai RM15,000 yang dipercayai dilarikan oleh kumpulan terbabit.


Pada awal bulan ini, jurugambar akhbar Guang Ming Daily, Loh Hooi Hoon dikasari oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong PKR semasa membuat liputan ceramah penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seberang Jaya.

Sementara itu, polis berkata, mereka masih dalam proses mengenalpasti penyerang dua jurugambar berkenaan tetapi belum ada tangkapan dibuat.

Pegawai perhubungan awam polis Pulau Pinang, Shaharon Anuar Abdul Latif memberitahu satu sidang akhbar di balai polis pusat Seberang Perai hari ini bahawa pihaknya menerima dua aduan berhubung insiden tersebut.

Beliau berkata, terdapat lima orang saksi yang melihat insiden tersebut.

Click Here!

Pengundi: Peluang BN, PKR sama rata

Aug 17, 08 3:56pm
(Malaysiakini) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP memulakan kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh, dengan mengadakan program ramah mesra dengan penduduk di Jalan Tenggiri dan kempen bersama ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin.

Pertemuan dengan penduduk di situ berlangsung selama setengah jam, mulai 8.30 pagi. Risalah turut diedarkan kepada penduduk, bagi menjelaskan mengenai isu-isu terkini membabitkan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Kempen dan pengedaran risalah itu dibuat di Medan Selera, Jalan Tenggiri. Bersebelahannya, terdapat pasar minggu. Para peniaga di situ terdiri daripada peniaga Melayu, Cina dan India.

Antara yang diedarkan ialah risalah empat muka surat 'Anti Konspirasi' yang memuatkan berita "Kalah Debat Anwar Ditangkap".

Turut diedarkan ialah risalah 'Terkini' setebal lapan muka surat yang memuatkan antara lain, kaji selidik Merdeka Centre berhubung pertuduhan liwat terhadap Anwar.

DAP juga turut serta berkempen dengan menempatkan sebuah lori treler panjang di tepi jalan dan meletakkan satu televisyen besar di atasnya.

Mereka menayang antara lain, video clip Anwar dan sedutan ucapannya dalam debat turun harga minyak, protes kenaikan harga minyak di Stadium MPPJ dan ucapan mantan timbalan perdana menteri, sejurus keluar dari Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta.

Layar besar

Orang ramai di medan selera dan pasar minggu itu, berpeluang menonton dari layar besar itu yang berukuran 3x3 meter.

DAP juga mengedarkan risalah-risalah seperti risalah 'Roket' dalam bahasa Melayu, kepada pengunjung di situ.

Tinjauan Malaysiakini juga mendapati, cakap-cakap kedai kopi sudah kedengaran berhubung pilihanaraya kecil ini.

Malaysiakini juga sempat mendapatkan pandangan dan reaksi peniaga dan penduduk yang berada di situ mengenai pilihanraya kecil Permatang Pauh yang menyaksi pertembungan tiga penjuru antara Anwar; calon BN, Arif Shah Omar Shah dan Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Hamat.

Seorang peniaga yang dikenali sebagai 'Bahar', 45, menyuarakan keyakinannya bahawa Anwar akan menang.

"Umno tak boleh pegang, tak menang. Anwar bukan calang-calang orang," kata Bahar.

Ditanya mengenai Arif Shah, termasuk mengenai sumbangannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, kepada penduduk di situ, beliau menjawab:

Isu-isu semasa


"Memang Arif ada jasa banyak, tetapi Datuk Seri Anwar bukan lawan dia. (Arif). Lawan di DUN boleh, tapi lawan di Parlimen tak boleh," jelas Bahar.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan majoriti yang bakal diperolehi Anwar mungkin berkurangan daripada yang diperolehi isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Katanya, ini kerana ada pengundi yang akan 'termakan' isu-isu semasa yang membabitkan Anwar, termasukl dakwaan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Peniaga buah tembikai susu itu berkata, mantan perdana menteri itu mempunyai ketokohan dalam politik.

"Letak di mana saja Anwar, dia akan menang. Baik di kawasan India atau Cina, dia akan menang," kata Bahar.

Beliau yang menetap di situ hampir lima tahun lalu, akan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya.

Selain, menjual buah-buahan, Bahar juga menjual ayam tua di pasar minggu berkenaan.


'Kedua-dua calon bagus'

"Rakyat nak perubahan," katanya sewaktu mengakhiri perbualannya dengan Malaysiakini.

Sementara itu, Chan, 55, seorang peniaga beg di pasar minggu Jalan Tenggiri, juga menjangka pilihanraya kecil Permatang Pauh itu akan berpihak kepada Anwar.

"Kita Undi orang yang pakai cermin matalah," sampuk isterinya yang berada di sisi Chan sewaktu ditemuramah.

Chan menjelaskan, kedua-dua calon - Arif Shah dan Anwar - bagus dalam politik.

"Kedua-dua ok," tambahnya.

Ditanya mengenai keboleh calon BN itu berbahasa Mandarin untuk menarik undi kaum Cina, Chan berkata:

"Dia (Arif) orang Melayu cakap Cina, saya orang Cina cakap melayu, tak ada kesan apa-apa".

'Arif mesra rakyat'

Beliau yang telah menetap di Seberang Jaya hampir 20 tahun lalu, yakin dengan kemenangan Anwar.

"Bagi peluang Anwar masuk Parlimen," kata Chan.

Seorang surirumah berketurunan India yang tidak mahu dikenali, pula menyifatkan Arif sebagai seorang ahli politik yang mesra rakyat dan ringan tulang.

"Dia ok. Dia banyak tolong kami. Apa-apa masalah, dia tolong kami.

"Kalau ada kesusahan seperti kematian, pergi jumpa dia. Dia tolong banyak," katanya ketika ditemui dalam perjalanan ke pasar minggu Jalan Tenggiri itu.

Beliau yang tinggal di Flat Blok B1, berhampiran pasar minggu itu, berkata, Arif Shah pernah memanggil orang untuk membersihkan kawasan flat tersebut.

"Setiap bulan orang datang menyapu dan membersihkan kawasan flat itu," katanya.

Peluang sama rata

Suri rumah berumur 38 tahun itu juga percaya pilihanraya kecil kali ini adalah sengit.

Beliau yang menetap di flat itu selama 15 tahun lalu, meramalkan 60-40 kemenangan memihak kepada Arif Shah.

Tinjauan Malaysiakini di Jalan Tenggiri, Dun Seberang Jaya, mendapati banyak bendera PKR menghiasi jalan tersebut.

Di jalan itu juga terdapat bilik gerakan utama PKR bagi DUN Seberang Jaya.

Di situ, penyokong PKR menggantungkan poster yang berbunyi, "Pakatan Rakyat Menuju Putrajaya, Makkal Sakthi".

Terdapat juga poster Anwar "Harapan Baru Untuk Malaysia" dan poster-poster dalam bahasa Cina dan Tamil, yang dipasang di sekitar bilik gerakan berkenaan.

Terdapat juga poster besar berukuran 3x2 meter yang berbunyi," Pakatan Rakyat Menuju Putrajaya", yang digantung di pondok panas berhampiran bilik gerakan tersebut. Click Here!

Calon 'berkempen' di majlis kahwin

Aug 17, 08 4:10pm
(Malaysiakini) Beberapa pasangan mempelai di sekitar Permatang Pauh mungkin rasa bertuah hari ini apabila majlis persandingan mereka dihadiri oleh calon pilihanraya kecil kerusi Parlimen itu - Datuk Arif Shah Omar Shah dari Barisan Nasional (BN) dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

permatang pauh by election candiadtes anwar and arif shahKedua-dua calon itu sibuk memenuhi undangan perkahwinan yang banyak diadakan semasa cuti sekolah sekarang walaupun jadual kempen mereka telah ditetapkan lebih awal.

Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, mengakui majlis perkahwinan merupakan satu cara yang berkesan untuk mendekati dan berkenalan dengan pengundi.

Hari ini, Arif Shah menerima 10 undangan perkahwinan manakala Anwar pula menerima enam undangan, demikian menurut laporan Bernama

Arif Shah memulakan kempennya hari ini dengan mengunjungi beberapa kampung, bermula di Kampung Cross Street yang juga dikenali sebagai perkampungan kebun sayur di Tanah Liat bersama Setiausaha Agung Gerakan Datuk Seri Chia Kwang Chye sebelum menyertai aktiviti gotong-royong Masjid Papan di Kampung Petani dekat sini.

Kehadiran Arif Shah secara mengejut, disambut baik oleh penduduk di situ yang kebanyakannya kaum Cina yang merupakan pekebun sayur.

"Mereka agak terkejut dengan kehadiran saya namun menyambutnya dengan baik," katanya kepada Bernama hari ini.

Sementara itu, Anwar menghadiri majlis perkahwinan dengan ditemani isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dengan hanya meluangkan masa beberapa minit bertemu tuan rumah sebelum, dilihat beredar ke lokasi lain.

Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan pada 26 Ogos, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Arif Shah, Anwar dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia, Hanafi Mamat. Click Here!

Usul keselamatan negara dapat sokongan perwakilan

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Majoriti perwakilan Muktamar Tahunan PAS ke-54 yang diadakan di Stadium Indera Mulia di sini bersetuju untuk menerima usul keselamatan negara dengan pindaan yang dibawa oleh perwakilan Tenggara, Sha'ari Pahmin.

Iklan




Menurutnya, antara faktor yang mempengaruhi usul ini dicadangkan termasuklah kebanjiran pendatang tanpa izin sehingga melebihi 2.5 juta orang di seluruh negara.

Pendatang asing tanpa izin (Pati) dari negara-negara jiran serantau seperti Indonesia, Bangladesh, India, Nepal, Filipina, China, Kemboja Myammar dan Pakistan ketika ini ternyata mendominasi bandar-bandar utama di Malaysia.

"Dahulu, Pati hanya dapat dilihat di Felda dan kawasan pedalaman, dan bekerja di ladang-ladang. Sebaliknya sekarang, Pati bukan sahaja mudah dilihat di Ipoh, Georgetown, Johor Bahru, KLCC bahkan di bandar-bandar besar pantai barat Semenanjung Malaysia yang lain.

"Bagai satu pertandingan seperti berlumba-lumba para pendatang asing menumpang tuah bumi Malaysia," jelasnya.

Beliau tidak menafikan sumbangan pendatang asing dalam membangunkan negara memandangkan anak muda sekarang lebih gemar mencari pekerjaan yang lebih selesa.

Namun katanya, kehadiran mereka yang semakin mendadak menjejaskan keselamatan negara dan menggugat kepentingan rakyat.

Sementara itu, Sha'ari juga mengutarakan tentang terdapatnya kes Pati yang telah didaftar sebagai warga negara untuk menjadi pengundi hantu dalam pilihan raya seperti yang berlaku di Sabah.

Hal ini, tegasnya, mengakibatkan hak rakyat dalam menentukan masa depan negara terjejas.

Perwakilan dari Jeli, Mohd Apandi Mohamad menyokong dan bersetuju dengan usul tersebut dengan menyatakan bahawa Pati adalah senjata ampuh yang sentiasa digunakan oleh Barisan Nasional dalam meraih undi setiap kali pilihan raya berlangsung.

Perwakilan dari Dewan Muslimat, Aiman Athirah Al-Jundi turut menyokong usul itu dengan menegaskan bahawa pengurusan Pati melibatkan kos penghantaran yang tinggi, apatah lagi dengan suasana inflasi semasa yang mendadak naik.

"Hakikatnya, wang negara banyak dibazirkan untuk menutup segala kelemahan Barisan Nasional mengurus tadbir negara dalam isu Pati ini," katanya.

Beliau menyifatkan bahawa kerajaan BN masih gagal menguruskan negara menyebabkan masalah ini masih belum selesai.

Namun, Athirah menggesa untuk membuat sedikit pindaan terhadap perkara ketiga dalam usul tersebut.

Beliau berpendapat bahawa perkara ketiga itu yang mendesak pihak berwajib perlu memastikan semua bentuk pendaftaran Pati sama ada sebagai warga negara ataupun sebagai pengundi dihapuskan bakal mengundang bencana pada rakyat Sabah khususnya.

"Masih ramai anak Sabah yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Apabila dirujuk kepda Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah, mereka meminta untuk merujuk kepada Putrajaya. Namun, setelah dirujuk kepada Putrajaya, Putrajaya kata tunggu respons Sabah," ujarnya.

Justeru tegasnya, perlu sedikit pindaan dalam usul kedua ini dengan mengambil kira kedudukan dan keadaan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak. Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising