Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, August 17, 2008

'Islamic State' atau 'Kelantan State' berjaya di Kelantan - Dato Nik Aziz

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa mana-mana pihak tidak harus berasa ragu dengan konsep negara yang menerapkan Islam kerana ianya telah berjaya dijalankan di Kelantan.

Iklan




Ujarnya, hal tersebut telah berjaya dilaksanakan di negeri Kelantan sepanjang 18 tahun PAS memerintah negeri itu.

"Nak kata 'Islamic State' ke, Kelantan 'State' ke, Pakatan 'State' ke, katalah apa-apa, yang di Kelantan itu yang saya buat," tegasnya pada sidang media di muktamar Tahunan PAS kali ke-54 hari ini.

Beliau yang juga merupakan Menteri Besar kelantan menegaskan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan persekutuan agenda Islam masih tetap akan diteruskan dengan menjadikan Kelantan sebagai contoh atau panduan.

"Saya cadangkan kita tiru apa yang telah dibuat di Kelantan, jika ada yang tidak bersetuju dan sebagainya hal tersebut hendaklah diperbincangkan," ujarnya lagi pada sidang media Muktamar Tahunan PAS Ke 54 yang telah diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh.

Dalam mengulas isu sumpah kes liwat oleh Saiful Bukhari Azlan, beliau menjelaskan apa yang dilafazkan boleh diterima berdasarkan Islam namun ianya tidak kena dari segi perbuatannya.

"Mana ada kena bersumpah, kita kena pegang al-Quran? Itu amalan Kristian. Dan ianya tidak mesti dibuat di masjid, di rumah pun boleh," katanya lagi.

Dalam pada itu, menjawab soalan yang dikemukakan pemberita, beliau tidak gusar dengan kemungkinan terhakisnya pengaruh ulama dalam kepimpinan parti yang bakal menerajui era kemenangan tidak lama lagi.

Hari ini, sidang muktamar dijangka akan berakhir selepas tiga hari bersidang di Ipoh. Click Here!

Amir Jamaat Islami masih terkenang Almarhum Ustaz Fadzil

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Amir Jamaat Islami Pakistan, Qazi Hussain Ahmad yang dijemput menghadiri persidangan Muktamar Tahunan PAS ke-54 masih mengingati persahabatannya dengan Almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor.

Iklan




Beliau yang diberi penghormatan berucap di sesi perbahasan usul Muktamar yang berlangsung di Stadium Indera Mulia, dekat sini, tengahari tadi, berkata sering bertemu Presiden PAS itu di majlis-majlis anjuran gerakan Islam antarabangsa.

Ucapan Qazi Hussain yang disampaikan dalam bahasa Inggeris diterjemahkan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa.

Pemimpin gerakan Islam Pakistan itu juga mengucapkan tahniah kepada PAS yang berjaya mencatat kemenangan di beberapa negeri dalam pilihan raya umum lalu.

Kemenangan gerakan Islam di Malaysia, katanya amat membanggakan saudara-saudara mereka di seluruh dunia.

Qazi Hussain juga berharap PAS akan terus membawa mesej Islam dan berusaha menegakkan sistem yang adil dan saksama.

Beliau turut menasihati ahli-ahli PAS agar terus berkhidmat kepada masyarakat dan mencari keredaan Allah. Click Here!

Tuan Guru Nik Aziz tegaskan sumpah Saiful cara Kristian

Mohd Rashidi Hassan
Sun | Aug 17, 08 | 11:11:37 am MYT

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menafikan laporan yang dipaparkan dalam akhbar arus perdana hari ini, bahawa Saiful Bukhari Azlan bersumpah dengan cara Islam.

Iklan




Dalam sidang media sempena Muktamar PAS di Stadium Indera Mulia dekat sini, Ustaz Nik Aziz menegaskan, sumpah menggunakan al-Quran bercanggah dengan Islam.

Katanya, apa yang dibuat Saiful dua hari lepas, menyamai apa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian yang bersumpah menggunakan Bible.

Tegasnya, Islam hanya menerima sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watallahi.

Menteri Besar Kelantan itu juga menempelak Umno yang mempercayai bersumpah dengan cara menggunakan al-Quran.

Katanya, sumpah juga tidak perlu dibuat dalam masjid kerana ianya sama seperti ajaran Kristian yang bersumpah di gereja.

Katanya, orang Islam tidak perlu bersumpah di masjid, sebaliknya boleh bersumpah di mana-mana sahaja asalkan ianya sumpah yang menepati Islam.

Beliau juga hairan mengapa Umno menerima sumpah Saiful dan terikut-ikut dengan amalan agama yang bercanggah dengan Islam.

Ustaz Nik Aziz juga mempertikaikan motif sebenar Saiful bersumpah menjelang hari penamaan calon Permatang Pauh, yang katanya mempunyai maksud yang tersirat.

Beliau amat berharap pengundi-pengundi Melayu yang beragama Islam tidak terpengaruh dengan propaganda media yang memanipulasi sumpah Saiful.

"Saya berdoa dan berharap Dato' Seri Anwar diberikan kemenangan," ujarnya. Click Here!

No Chief Yet In Pakatan Rakyat Says Abdul Hadi PDF Print E-mail
Posted by St Low
Saturday, 16 August 2008 21:39

IPOH, Aug 16 (Bernama)-- PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said the Pakatan Rakyat (PR) has not made a decision about which party would helm the opposition coalition.

He said since the March 8 general election, all decisions pertaining to the five states under the PR were made collectively and each time there was a meeting it was chaired in rotation.

"I cannot say (who heads PR) as there is no decision... chaired by turn," Abdul Hadi told reporters when asked to comment on the urging by delegates to the party's muktamar that the PAS leadership clarify which party is the leader in the PR.

Pahang PAS delegate Dr Hamzah Jaafar when debating on the resolution on the party president's speech called on the party leadership to do so.

Hamzah said characterised the relationship among parties in PR as that between a husband and a wife that must be watched over to further strengthen it.

Meanwhile, Abdul Hadi, when asked about Perak DAP chairman Datuk Ngeh Koo Ham's statement disagreeing with the PAS' Dewan Ulama call for PR states to emulate Kelantan in banning gambling and limiting the issue of liquor licenses, said PAS had never forced Islamic law on non-Muslims.

"As the Perak state government is a coalition government, PAS has no final say. As such we take the approach that it must prioritise Islamic regulations for Muslims and use a moral approach for non-Muslims,' he said.

Abdul Hadi said he was confident the call on gambling and alcohol would not erode the support of non-Muslims for PAS.

-- BERNAMA

Anwar Dakwa BN Akan Guna Dua Strategi Untuk Kurangkan Undi Majoritinya


BUKIT MERTAJAM, 16 Ogos (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa Barisan Nasional(BN) akan menggunakan dua strategi kotor bagi mengurangkan undi majoritinya pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

BN akan berkempen dari rumah ke rumah meminta para penduduk di Permatang Pauh agar tidak keluar mengundi pada 26 Ogos ini kerana kononnya beliau telahpun menang pada pilihan raya kecil itu, katanya semasa berucap pada majlis jamuan petang di Kampung Bagan Serai di sini hari ini.

"Selain itu, BN juga akan memberi RM500 kepada para pengundi supaya tidak mengundi Anwar Ibrahim.


Pesan saya, ambil itu duit RM500 tapi bila undi diam-diam kasi pangkah saya," katanya sambil disambut gelak-ketawa hampir 100 penduduk kampung yang majoritinya terdiri daripada pengundi India.

Anwar turut mengulangi janji Pakatan Rakyat bahawa "hari ini bentuk kerajaan, esok harga minyak turun RM0.70" serta akan membebaskan kesemua lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini ditahan di Kem Kamunting, Taiping sebaik Pakatan Rakyat membentuk kerajaan.


"Sebagai seorang Islam, jika hari ini Pakatan Rakyat bentuk kerajaan, esok juga semua tahanan ISA yang beragama Islam akan dibebaskan juga," katanya.


Pilihan raya kecil 26 Ogos menyaksikan pertandingan tiga penjuru diantara Anwar, calon BN Datuk Arif Shah Omar Shah dan Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat. Click Here!

Penubuhan Kelab Penyokong PAS harus dipercepatkan di Sabah

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Mohd Aminudin Halim, perwakilan dari Sabah yakin jika Kelab Penyokong PAS ditubuhkan lebih awal di negeri itu, calon-calon PAS dan KeADILan tidak akan hilang wang pertaruhan.

Iklan




"Oleh itu, saya menyeru kepada PAS Pusat supaya mempercepatkan penubuhan Kelab Penyokong PAS di Sabah," ujar beliau.

Disamping itu, PAS Sabah juga berharap diberi satu garis panduan supaya calon ditentukan dari Pusat untuk mengelakkan perselisihan dengan parti-parti sahabat khususnya KeADILan.

PAS Sabah, ujarnya amat bersetuju dengan tema "PAS untuk Semua" dan amat sesuai Kelab Penyokong PAS ditubuhkan dengan segera memandangkan negeri itu mempunyai 32 suku kaum yang berlainan adat dan agama.

"Dengan adanya kelab ini, ia akan memudahkan penyebaran dakwah, sewajarlah ia disegerakan.

"Saya dapati kelab ini amat berkesan apabila dilihat di Semenanjung, ia telah dapat membantu kemenangan calon-calon PAS dan KeADILan," ujarnya.

Menyentuh isu Pendatang Tanpa Izin ( PTI) di Sabah, beliau menjelaskan kebanyakan mereka beragama Islam dan berasal dari Filipina dan Indonesia.

"Mereka ini telah bertahun lamanya tinggal di Sabah dan ada yang sudah mempunyai keluarga yang besar; sayangnya mereka ini amat sukar untuk mendapat taraf kerakyatan Malaysia," ujarnya.

Justeru itu, PAS Sabah berharap pemimpin PAS dapat lebih kerap datang ke Sabah untuk memantapkan aspek tarbiah ahli.

Menurutnya, tanpa kekuatan tarbiah yang melahirkan wala' (kesetiaan) kepada parti, kekuatan PAS akan musnah.

"Saya rasa amat kerdil, bila nak bicarakan hal keagamaan di Sabah, namun kami yang diamanahkan ini akan terus memikul tanggung jawab sehingga kami dapat menegakkan Islam sebagai daulah di Sabah," ujarnya.

Menurutnya, PAS Sabah juga telah dapat menubuhkan pusat pendidikan Islam di Kota Belut dan Tawau.

Beliau berharap pusat pendidikan Islam itu dapat melahirkan pelapis generasi baru PAS bagi menggantikan pemimpin sedia ada.

"Kami harapkan semoga akan lahir pejuang Islam yang dapat teruskan perjuangan PAS di Sabah nanti," ujarnya.

Dari segi ekonomi, PAS Sabah berharap negeri yang dikuasai PAS dan Pakatan Rakyat dapat menyediakan peluang pelaburan sesama ahli PAS dan ini dapat membantu pergerakan PAS di Sabah.

Click Here!

Saiful Bukhari diperalat pihak tertentu

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Haron Din melahirkan rasa hairan bagaimana orang yang membuat tuduhan pula bersumpah dan bukan pihak yang kena tuduh.

Iklan




"Pengakuan bersumpah mestilah datang dari orang yang dituduh, sedangkan Saiful Bukhari Azlan adalah penuduh dalam kes liwat yang membabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

"Sedangkan mengikut sejarah Islam, Saiditina Aisyah pernah dituduh melakukan perbuatan kurang sopan, namun Rasulullah saw tidak pernah pula menyuruh isterinya itu bersumpah," katanya ketika ditemui di sini.

Ini kerana beliau berkata, sumpah terbabit amat berat dan sedangkan perkara itu boleh dilakukan di mahkamah sahaja.

Kelmarin pelakon utama dalam tuduhan liwat terhadap Ketua Umum KeADILan itu dikatakan melakukan sumpah di Dewan Solat Utama Masjid Wilayah Persekutuan dengan disaksikan beberapa pegawai masjid serta ahli keluarganya.

Turut hadir pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Pengarah Jawi, Dato' Che Mat Che Ali.

Dr Harun kata, tindakan Saiful menggunakan nama Allah dan bersumpah agar dilaknatkan sehingga ke anak cucu atau seluruh generasinya adalah sesuatu yang amat berat.

Menurutnya bukan dengan semudah itu membuat pengakuan bersumpah di masjid.

"Kalau nak bersumpah juga, janganlah sampai suruh Allah laknatkan seluruh keturunan sampai bila-bila, saya berpendapat Saiful patut tarik balik sumpah itu.

"Saya menyeru kepada orang ramai supaya jangan mudah untuk membuat akuan bersumpah dalam apa perkara pun.

"Biarlah mahkamah putuskan untuk seseorang itu membuat akuan bersumpah, saya bimbang akan tiba laknat Allah," ujarnya.

Mengulas ungkapan bodoh yang digunakan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang beliau berkata, mungkin beliau berpendapat hukum Islam tidak dipatuhi oleh pihak yang bersumpah terbabit.

Malah kata beliau memang tindakan Saiful dianggap tidak cerdik kerana dia kurang arif dalam hal agama dan kelihatan diperalatkan pihak tertentu.

Beliau juga bimbang tindakan bersumpah itu boleh menimbulkan pelbagai andaian di kalangan bukan Islam terhadap agama Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Sallahudin Ayub berkata, tindakan Saiful membuat pengakuan bersumpah sebagai strategi dan gimik politik pihak-pihak tertentu.

Semalam Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa khuatir terhadap cara bersumpah mengangkat al-Quran yang disifatkannya meniru cara orang Kristian.

"Apa yang membimbangkan kita, ramai beranggapan apabila mengangkat sumpah, mesti kena pegang al-Quran sedangkan ia bertentangan dengan ajaran Islam.

"Pegang-pegang al-Quran ini sama seperti orang Kristian bersumpah dengan memegang Bible. Ini semua pengaruh yang tidak baik dan ditiru orang Islam," katanya. Click Here!

Penamaan calon Permatang Pauh buktikan komitmen tinggi penyokong Pakatan Rakyat

PERMATANG PAUH, 16 Ogos (Hrkh) - Hari penamaan calon Parlimen P44 Permatang Pauh selesai dalam keadaan terkawal dengan menyaksikan sokongan pada Pakatan Rakyat berganda berbanding BN.

Iklan




Walaupun hari ini bermulanya cuti persekolahan dan hari cuti bagi sektor awam, BN dilihat gagal menyaingi para penyokong Pakatan Rakyat yang dilihat lebih matang, tidak kebudak-budakan dan berdisplin.

Ahli dan penyokong Pakatan Rakyat yang datang dari seluruh pelosok tanah air lazimnya bermalam sama ada di hotel, homestay, rumah sewa mahupun surau, masjid ataupun Markas PAS dan KeADILan.

Kehadiran awal membolehkan mereka pergi lebih awal ke tempat berhimpun yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis.

Pihak keselamatan menempatkan penyokong KeADILan di bawah Lebuhraya Butterworth-Kulim manakala BN berdekatan Sekolah Rendah Mengkuang.

ImageHari ini juga menyaksikan calon Pakatan Rakyat bagi Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak diarak bersama ahli dan penyokong kerana pihak polis mengarahkan semua orang yang berkumpul menunggu calon Pakatan Rakyat masuk dahulu untuk mengelakan keadaan bertambah sesak.

Memandangkan senario itu, Pakatan Rakyat terpaksa berarak tanpa kelibat calon dan pada mulanya timbul tanda tanya di kalangan penyokong kenapa Anwar tiada bersama rombongan tersebut sedangkan semua pemimpin KeADILan dan pemimpin PAS antaranya Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli, Ahli-ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali dan Dr. Mariah Mahmud dilihat hadir.

Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik ImageMat turut bersama setengah jam kemudian.

Berbagai sepanduk dan slogan dilaungkan para penyokong Pakatan Rakyat sekaligus menenggelamkan para penyokong BN yang sekali-sekala menunjukkan aksi lucah.

Selepas sesi bantahan tamat pada jam 11.00 pagi kebanyakan penyokong BN mengambil sikap menyepikan diri dan meninggalkan kawasan perhimpunan untuk mencari tempat berteduh berbanding penyokong Pakatan Rakyat yang terus berhimpun di tengah terik matahari.

Tepat pukul 11.45 pagi Pengurus Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Roslan Yahya mengisytiharkan tiga nama calon yang layak bertanding iaitu calon ImageKeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, calon BN, Dato' Arif Shah Omar Shah dan calon Angkatan Keadilan Islam Malaysia (AKIM), Hanafi Hamat.

Untuk mengelak kejadian tidak diingini, ratusan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela dikerah mengawal keadaan.

Helikopter milik Polis Diraja Malaysia dilihat berlegar-legar di sekitar kawasan penamaan calon bagi mengawal keadaan. Click Here!

PAS Wilayah kecewa JPP gagal rundingkan kerusi

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Perwakilan Wilayah Persekutuan melahirkan rasa tidak puas hati dengan pembahagian dan penetapan kerusi calon di wilayah itu, yang menyaksikan hanya satu kerusi diperuntukan selain satu di Labuan dan Putrajaya.

Iklan




Dari tiga kerusi yang diperuntukan, hanya Titiwangsa dimenangi oleh PAS dan PAS sepatutnya bertanding lebih banyak lagi kerusi berdasarkan jumlah kekuatan parti itu yang tidak dapat dinafikan.

Wakil PAS Wilayah Persekutuan, ustaz Mohd Yusuf Daud, ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden, di Stadium Indera Mulia, Ipoh, berkata kegagalan PAS merundingkan dan mendapatkan kerusi lebih besar di wilayah, adalah melambangkan kegagalan Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat (JPP) dalam melangsungkan rundingan dengan Parti KeAdilan Rakyat

"Saya menyifatkan ia sebagai satu kegagalan JPP kerana situasi ini membenarkan persepsi bahawa PAS bukan 'mainstream' di Lembah Klang, sebaliknya hanya bertapak di kampung-kampung," kata beliau. Click Here!

Relialiti di sebalik kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

Menyentuh isu 10 peratus bukan bumiputera belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagaimana cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, saya berpendapat, menteri besar itu tidak ada kuasa untuk mempastikan ianya perlu direalisasikan.

Ini kerana UiTM bukan milik kerajaan Selangor, ia adalah di bawah kuasa Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekaligus berada di bawah kuasa Kerajaan Pusat yang ditadbir Barisan Nasional (BN).

Walaupun Tan Sri Abdul Khalid mengharapkan ia direalisasikan bagi melihat UiTM mempunyai daya saing di peringkat global tetapi peraturan dan bidang kuasa yang telah mengikat universiti yang dominannya orang Melayu itu tidak akan mendorong cadangan itu dilaksanakan melainkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membuat arahan berkenaan.

Justeru mengapa pihak pentadbir UiTM melenting dan mengapa pelajar UiTM digerak dan dikerahkan untuk berdemonstrasi di hadapan pejabat menteri besar itu?

Saya kira ia hanya bermotifkan politik, untuk membina semula imej Umno/BN yang merudum ketika ini.

Saya melihat dasar UiTM tidak akan berubah selagi Umno/BN tidak berusaha merubahnya sekaligus merealisasikan cadangan menteri besar Selangor itu.

Apakah Kerajaan BN akan berusaha membuat perubahan baru untuk melihat kaum bukan bumiputera turut serta menimba ilmu di UiTM? Saya kira ia tidak mustahil memandangkan sebelum ini BN sering menghakis hak keistimewaan orang Melayu sedikit demi sedikit termasuk dalam hal bahasa pengantar Mata Pelajaran Matematik dan Sains (Bahasa Inggeris pengganti Bahasa Melayu).

Bagaimanapun saya berpendapat Tan Sri Abdul Khalid perlu melihat dari perspekif sejarah dan situasi politik hari ini terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut. Beliau berhak membuat sebarang cadangan tetapi sepatutnya cadangan itu mestilah bersifat 'ekslusif ' (tidak terbuka) dengan menggunakan media sehingga menimbulkan kemarahan segelintir orang Melayu di negara ini.

Cadangan itu mungkin boleh dibawa ke pengetahuan perdana menteri kerana kuasa di tangannya boleh menentukan sama ada ia boleh dilaksanakan atau sebaliknya dengan mengenepikan soal perbezaan politik kepartaian buat sementara waktu bagi menaikkan semual imej universiti Malaysia di mata dunia.

Walaupun mungkin ia akan dipolitikkan tetapi kesannya tidaklah seteruk membuat kenyataan terbuka sebagaimana yang telah berlaku.

Jika ia dijadikan isu barulah beliau memberi komen sebagai melahirkan sikap terhadap kuota yang dimiliki universiti tersebut.

Bagi saya sebelum soal kuota bukan bumiputera dibincang dan difokuskan kepada UiTM, perlu dikaji apakah semua universiti seluruh negara masing-masing sudah tidak mementingkan entiti kaum lagi demi mencapai tahap pendidikan bertaraf global?

Jika ada universiti di negara ini masih mempertahankan entiti kaum tertentu 100 peratus, tidak perlulah bercakap tentang melonggarkan syarat kemasukan pelajar bukan bumiputera ke UiTM.

Kita perlu memberi ruang dan hak keadilan kaum dalam soal apa sahaja termasuk memiliki universiti sendiri supaya tidak timbul perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain.

Bagaimanapun tidak dinafikan perlu setiap universiti berusaha meningkatkan kualiti pendidikannya supaya ia dapat bersaing di peringkat global kerana sebelum ini telah terbukti tidak ada universiti dari Malaysia yang berada pada tanda aras memuaskan di peringkat global.

Yang ada kualiti universiti dari Malaysia berada di tangga bawah daripada bilangan 100. Jadi apa sudah jadi terhadap mutu keilmuan universiti negara ini?

Justeru, mungkin inilah yang mendorong Tan Sri Abdul Khalid membuat kenyataan tersebut baru-baru ini.

Untuk memberi keadilan kepada semua pihak, soal ini perlu diberi perhatian serius dan perlu diwujudkan mekanisme penambahbaikan mutu pendidikan di universiti supaya labelnya berdiri sama tinggi dengan universiti di peringkat antarabangsa di masa akan datang.

Mat Sabu kata undi PAS merosot di empat negeri

Oleh Bernama
Jumaat, 15 Ogos 2008

IPOH: Naib Presiden PAS Mohamad Sabu berkata undi yang diterima PAS di Terengganu, Perlis, Melaka dan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum 8 Mac lepas, didapati menurun.

Beliau berkata, hasil kajian yang dijalankan Jawatankuasa post-mortem pilihan raya itu juga mendapati undi di kalangan orang Melayu tidak banyak meningkat.

"Sebaliknya kejayaan kita banyak disumbangkan oleh peningkatan undi di kalangan kaum India diikuti kaum Cina dan selebihnya Melayu," katanya ketika menjawab soalan perwakilan pada sesi petang Muktamar Tahunan PAS ke-45 di sini, hari ini.

Beliau berkata penurunan sokongan terhadap parti itu dikesan di luar Kuala Terengganu, Seremban dan Melaka dan yang paling ketara di Perlis yang berkurangan sebanyak negatif enam peratus.

Mohamad berkata hasil 'post-mortem' pilihan raya yang dijalankan parti itu juga mendapati PAS turut menghadapi masalah dari segi sokongan di beberapa tempat berhubung isu kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Click Here!

PAS perlu perkasa hubungan dengan KeADILan - Perwakilan

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - PAS perlu perkasakan lagi Pakatan Rakyat sebagai usaha untuk memantapkan lagi hubungan yang sudah terjalin erat sekarang.

Iklan




Perwakilan PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar berkata, PAS perlu menggunakan pendekatan dakwah dalam hubungan dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan bukan mudah cepat menghukum.

"Ini kerana pendekatan dakwah lebih lembut berbanding pendekatan hukum dan politik. Menggunakan pendekatan dakwah lebih dekat dengan kaedah psikologi.

Image"Ini kerana pendekatan hukum orang akan takut dan tidak mahu mendekati PAS. Kita jangan mudah bercakap itu tak boleh, ini tak boleh," katanya ketika membahas ucapan dasar presiden pada muktamar ke-54 yang masuk hari kedua hari ini.

Muktamar hari ini bermula jam 8.40 pagi tadi yang dikendalikan Timbalan Pengerusi Tetap, Hussin Ismail.

Hamzah berkata, beliau lebih yakin menggunakan pendekatan dakwah kerana ia lebih bersifat harmonis.

Kata beliau hubungan dengan KeADILan dalam Pakatan Rakyat seumpama masalah rumah tangga suami isteri yang memerlukan semangat kasih sayang di antara satu sama lain.

"Si suami hendaklah selalu bercakap kepada isteri I love you. Perwakilan sebagai suami apabila balik hendaklah beritahu I love you kepada isterinya.

"Ini tentunya menyebabkan orang perempuan cukup suka. Begitu jugalah dengan hubungan dengan KeADILan dalam Pakatan Rakyat," ujarnya.

ImageBeliau berkata, sebelum ini kelihatan suasana sedikit kelam kabut kerana pemimpin lambat membuat keputusan dengan membiarkan isu yang berlaku itu berterusan.

Menurutnya juga dalam hubungan dengan KeADILan perlu ada siapa sebenarnya yang menjadi ketua seperti mana yang ditetapkan agama Islam.

Beliau juga berharap pemimpin tidak perlu bercakap isu tertentu hanya sebagai pandangan peribadi semata-mata kerana boleh menggelirukan ahli di peringkat bawahan.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hassan berkata, asas politik perpaduan perlu bagi membentuk perpaduan dengan semua pihak.

"Ini boleh dilakukan dengan gerak kerja kemasyarakatan. Kita perlu mencari kawan dalam musuh dan perlu kepada muqabalah dengan semua pihak dan bukan kumpulan tertentu sahaja," katanya.

Click Here!

Kunjungan mengejut MB Perak ke sudut media

Harakahdaily
Sat | Aug 16, 08 | 7:27:11 pm MYT
IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Rasa penat dan mengantuk warga media terubat seketika apabila Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin menjenguk ke sudut media di dewan Muktamar Tahunan PAS ke 54, Stadium Indera Mulia, sebentar tadi.
Iklan




Nizar yang diiringi Pengurus Operasi Pembangunan Perniagaan Harakah, Shuhaimi Embong, tanpa diduga menyapa dan bersalaman para wartawan sebaik saja sidang muktamar hari ini berakhir kira-kira 6.15 petang tadi.

ImageBeliau yang berbaju Melayu berwarna peach dengan ramah bertanya khabar kepada wartawan Harakah yang sedang menyiapkan tugasan masing-masing.

"Idak ke letih yop...," usik beliau kepada Pengarang Berita Harakah, Tarmizi Mohd Jam dan rakan-rakan wartawan yang lain.

Beliau juga yang mesra rakyat tidak keberatan untuk bergambar bersama pasukan wartawan Harakah, yang tidak jemu-jemu sejak 15 Ogos lalu membuat liputan langsung muktamar. Click Here!

Muzakarah: Terima keputusan Majlis Syura Ulama

IPOH, 16 Ogos (Hrkh)-: Wakil Dewan Ulama, Ustaz Nik Zawawi Salleh mengingatkan seluruh ahli PAS dan pimpinan agar menerima apa jua keputusan yang telah diputuskan oleh Majlis Syura Ulama.

Iklan




Tegasnya, jangan ada mesyuarat lain setelah ada keputusan dari Majlis Syura. Ini katanya, adalah suatu pengkhianatan terhadap jamaah Islam di semua peringkat, termasuk sebagai dosa besar.

"Saya berharap hal begini tidak akan berlaku lagi," ujar beliau. Image

Nik Zawawi menegaskan, Dewan Ulama menyarankan agar segala keputusan berkenaan muzakarah, hiwar atau muqabalah dengan Umno, ahli-ahli menyerahkan perkara itu kepada kebijaksanaan pimpinan tertinggi PAS memutuskan.

Tegasnya lagi, ahli-ahli PAS disemua peringkat tidak perlu bimbang dengan 'kejahatan dan penipuan' Umno kerana para pemimpin PAS hari ini, jauh lebih bijaksana dari pemimpin Umno.

Inilah peluang dan masa yang sesuai untuk PAS melebarkan dakwah di lapangan yang lebih luas dianugerahkan oleh Allah dalam keadaan Alah akan memuliharakannya.

Dewan Ulama tegasnya lagi, akan berganding bahu dengan sesiapapun untuk meneruskan rundingan, muzakarah atau muqabalah dengan Umno sebagai langkah terkini berdakwah, dan ia disambut dengan laungan takbir dari para perwakilan. Image

Nik Zawawi memperkatakan perkara ini ketika membahaskan Ucapan Dasar Presiden, di Muktamar Tahunan PAS Ke 54 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Beliau adalah pembahas terakhir yang mewakili Dewan Ulama PAS Pusat.

Pandangan lanjut berkenaan isu ini juga boleh diikuti pada terbitan Harakah Edisi Isnin, esok dalam satu sesi interbiu Tamu Isnin Harakah, bersama Ustaz Nik Zawawi selaku Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, yang telah diadakan sejurus selepas Muktamar Dewan Ulama PAS yang berlangsung di Dewan Perbandaran Ipoh pada 13 Ogos lalu.

Click Here!

Presiden tegaskan PAS tidak akan sertai BN

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Buat sekian kalinya Dato' Seri Abdul Hadi Awang menegaskan PAS tidak sekali-kali akan menyertai Barisan Nasional (BN) atau mengadakan kerjasama dengan Umno.

Iklan




Presiden PAS berkata, muqabalah yang diadakan sebelum ini kerana kita dijemput dan bukan kita yang menghulurkan tangan kepada mereka.

"Kita ada prinsip. Sudah dibuat keputusan, PAS sekali-kali tidak akan menyertai BN. Kalau hendak bincang perkara lainlah termasuk Akta ISA, OSA, sekat royalti Terengganu.

Image"Kerajaan BN sebenarnya ada banyak penyakit, tidak pasal-pasal kita hendak masuk bahtera yang ada penyakit," katanya ketika menggulung ucapan dasar presiden menjelang penangguhan muktamar pada hari kedua, petang ini.

Menurutnya Islam mengajar kalau orang ajak bincang, kita perlu berbincang dengan mereka.

"Ini kerana hasil perbincangan (muqabalah) itu Harakah sudah dibenarkan terbit dua kali seminggu. Ini baru mukadimah, sedangkan kita sudah hantar surat dan menyebutnya di parlimen.

"Sedangkan perkara itu (muzakarah) tidak berlaku sebelum ini biar pun diajak berlaki-kali melalui surat yang dihantar kepada Presiden Umno, namun tidak dijawab.

Menurutnya PAS meletak perjuangan parti mengikut tahalul siasi di mana kita menyertai Pakatan Rakyat selain berjaya mengekalkan kerajaaan di Kelantan pada pilihan raya umum lalu.

Image"Saya sebagai nelayan, saya tahu cara hendak tolong orang yang lemas. kita beri jaminan semua perkara mesti dirujuk kepada parti manakala Majlis Syura Ulamak memberi panduan," katanya.

Ustaz Abdul Hadi berkata, hasil kemenangan itu menyebabkan ada parti lain yang hendak peluk PAS.

"Mereka hendak peluk PAS, sedangkan kita kata tidak ada love to you," tambahnya diikuti kelak ketawa perwakilan dan pemerhati.

Beliau berkata, hasil kejayaan hubungan dalam Pakatan Rakyat membolehkan tiga pemimpin PAS mengetuai kerajaan negeri iaitu di Kelantan, Kedah dan Perak.

Manakala sebuah lagi negeri diketuai KeADILan dan satu lagi DAP.

Menurutnya juga PAS mempunyai kedudukan yang kukuh di mana memenangi 83 kerusi, KeADILan (40) dan DAP 73 kerusi di peringkat negeri dan Parlimen.

ImageMalah kerusi PAS mempunyai kerusi pertama di Dun di Negeri Sembilan dan di Johor bertambah kepada dua.

"Saya ucap terima kasih rakan-rakan Pakatan Rakyat kerana memberi kerjasama erat," katanya

Beliau juga memuji ahli-ahli parlimen PAS kerana berjaya memainkan peranan mereka dengan berkesan di Dewan Rakyat sebelum ini.

Menurutnya sebelum ini kehebatan ahli parlimen PAS kerana mereka turut dibantu tokoh-tokoh akademik terkenal termasuk Prof Ungku Omar dan Dr Aminuddin Baqi yang berada di belakang tabir. Click Here!

PAS Perak miliki faktor-X

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Dalam menerajui keutuhan hubungan antara parti komponen Pakatan Rakyat, PAS Perak dikatakan mempunyai faktor-x.

Iklan




Demikian disuarakan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dalam satu wawancara khas anjuran web tv PAS sempena sidang Muktamar Tahunan PAS kali ke-54.

"Asas kepada kesepaduan kita bersama dalam Pakatan Rakyat di Perak adalah berdasarkan hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan negara selain hubungan kemesraan sesama kami," katanya.

Tambahnya, berhadapan dengan jumlah Adun BN di Perak yang kesemuanya berbangsa Melayu dengan jumlah Adun PAS hanya enam orang merupakan suatu cabaran kepada PAS Perak.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS itu menegaskan bahawa hubungan antara kepimpinan dan ahli adalah sangat jelas.

"Kita melihat kematangan para ahli dan penyokong dalam pelbagai isu yang dibangkitkan pihak Umno-BN bagi mengelirukan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Namun mereka masih memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada pimpinan dalam isu yang diperbincangkan khususnya dalam usaha membentuk kerajaan baru.

"Jelasnya, kita masih memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada Pakatan Rakyat," ujarnya ketika ditanya mengenai kekeliruan di peringkat ahli mengenai kerjasama dengan Umno.

Beliau turut menyarankan agar PAS mengorak langkah untuk memberikan khidmat secara terus kepada rakyat.

"Kita hendaklah terus mengolah tindakan mengangkat perjuangan untuk memberi khidmat terutamanya bagi negeri yang diberi kuasa oleh rakyat," ujarnya.

Ahmad yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Pemerkasaan Parti PAS Pusat menegaskan seluruh penggerak parti kini hendaklah melakukan anjakan paradigma sebagai pemerintah dalam persediaan untuk menerajui kepimpinan negara kelak.

"Penggerak parti perlu melakukan anjakan paradigma, yakni bukan lagi berminda pembangkang," katanya.

Selain itu, beliau juga mencadangkan proses pemantapan kefahaman tahaluf siyasi atau kerjasama politik dibuat di kalangan ahli dan penggerak parti bagi mengelakkan perselisihan dan salah faham.

"Proses pemantapan kefahaman

tahaluf siyasi dalam membentuk kerajaan supaya selari dengan halatuju perjuangan agar semakin hari mereka bersama dengan kita," katanya dalam pesanan kepada sidang muktamar.

Mengulas mengenai perjalanan muktamar pada kali ini, sebagai tuan rumah pihaknya mendapati sebahagian besar daripada perwakilan yang hadir adalah terdiri daripada golongan muda.

"Suatu yang menarik muktamar pada kali ini adalah penyertaan sebahagian besar daripada golongan muda di muktamar," katanya yang juga Pengerusi Muktamar Tahunan PAS kali ini.

Dalam wawancara tersebut, beliau turut menceritakan kronologi pembentukan kerajaan Perak sewaktu mula-mula mendapat mandat rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Click Here!

Buku 'Mutiara Dua Tok Guru' berharga RM25 dibida RM1,000

IPOH, 16 Ogos (Hrkh) - Senaskah buku berjudul 'Mutiara Dua Tok Guru' yang telah ditandatangani oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din berjaya dibida pada harga tertinggi RM1,000.00 pagi ini.

Iklan

Seorang perwakilan Dewan Ulama, Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh, berjaya membidanya setelah berlawan dengan beberapa pembida lain sejurus buku tersebut dilancarkan oleh Dr. Haron pada Muktamar Tahunan PAS ke-54 yang diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Image

Wang jualan buku tersebut akan disalurkan kepada tabung sumbangan PAS Pusat bagi tujuan membiayai kegiatan parti diperingkat Pusat. Ketika Ustaz Nik Zawawi menerima buku tersebut di pentas, dewan digamatkan laungan takbir.

Sebelum itu, naskah buku yang ditandatangani oleh Dr Haron, telah diumum oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Husein Ismail untuk dilelong pada harga terendah RM50 kepada semua perwakilan dan kepimpinan parti. Buku setebal 280 muka surat adalah karangan Mursyidul Am dan Presiden PAS, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

Dalam ucapan ringkas promosi buku tersebut, Dr Haron memuji keistimewaan buku itu yang disifatnya sebagai amat sesuai dijadikan rujukan para da'ie yang gigih berdakwah. Ujarnya, kandungan buku itu selaras dengan tuntutan hidup politik semasa. Image

"Buku 'Mutiara Dua Tok Guru', saya lihat benar-benar merupakan mutiara yang bermutu. Anda akan rugi jika tidak membelinya. Anda juga tidak akan menemukan dua pandangan daripada dua Tok Guru, Tuan Guru Mursyidul Am dan Tuan Guru Presiden tentang perjuangan PAS. Seruannya, kata-katanya, tulisannya daripada orang yang mengajak kita kepada Allah SWT. Mereka melaksanakan amalan-amalan yang soleh," terangnya.

Buku 'Mutiara Dua Tok Guru' diterbitkan oleh Nufair Street Sdn. Bhd. dan dijual pada harga RM25.00 di Semenanjung Malaysia manakala di Sabah dan Sarawak, buku itu dijual pada harga RM27.00. Dalam tinjauan Harakahdaily, buku tersebut banyak dijual di gerai-gerai pameran di luar stadium dan menjadi buku pilihan pengunjung.

Click Here!

Laungan 'liwat' lawan 'reformasi'

Aug 16, 08 8:45am

Malaysiakini melaporkan secara langsung proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh mulai jam 7.30 pagi ini.

12.00 t/hari: Orang ramai bersurai dalam hujan lebat.

11.45 pagi: Pegawai pengurus pilihanraya kecil Permatang Pauh, Roslan Yahya mengumumkan tiga calon akan bertanding - Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) dan Hanafi Hamat (AKIM). Dr Mansor tarik diri.

11.00 pagi: Tempoh bantahan ditutup. Hanya BN mengemukakan tiga bantahan. Tiada bantahan dari PKR dan calon lain.

permatang pauh by election nomination day 160808 0810.55 pagi: Keadaan tegang sedikit apabila seorang penyokong BN bertindak menunjuk punggung ke arah penyokong Pakatan. Dia bagaimanapun dinasihatkan oleh pihak polis supaya jangan berbuat demikian.

Kira-kira 40 anggota FRU kelihatan masuk ke ruang kosong yang memisahkan antara penyokong BN dan Pakatan, tetapi beredar keluar dari situ sejurus kemudian.

10.40 pagi: BN mengemukakan tiga bantahan.

10.00 pagi: Proses penamaan calon ditutup, diikuti dengan tempoh sejam waktu bantahan.

9.56 pagi: Di luar pula keadaan riuh rendah dengan penyokong kedua pihak 'perang mulut'. Penyokong BN melaung 'liwat tetap liwat' sambil menepuk benteng penghalang. Penyokong Pakatan pula membalas dengan laungan 'Altantuya' dan turut menepuk benteng penghalang. Juga kedengaran laungan 'Samy Vellu undur undur'. Ini dibalas oleh penyokong BN dengan melaungkan 'Kasihan Saiful' beberapa kali. Kemudian kedengaran laungan Selawat dari penyokong Pakatan dan disambut oleh jeritan penyokong BN 'Hidup BN'.

permatang pauh by election nomination day 160808 11 hanafi hamat akim candidate9.55 pagi. Hanafi Hamat selesai menyerahkan borang penamaan calonnya.

9.45 pagi: Hanafi Hamat (foto) sedang dalam proses menyerahkan borang penamaan calon.

9.40 pagi: Dr Mansor Othman selesai menyerahkan borang penamaan calon.

9.30 pagi: Hanafi Hamat masuk ke dewan untuk menyerahkan borang penamaan calon.

9.20 pagi: Calon bebas, bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman sedang menyerahkan borang penamaan calon.

9.19 pagi: Seorang lagi calon, Hanafi Hamat kelihatan di luar dewan dan dijangka menyerahkan borang percalonan. Beliau adalah presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM)

permatang pauh by election nomination day 160808 149.18 pagi: Anwar selesai menyerahkan borang penamaan calon. Manakala di luar penyokong PKR kedengaran meluangkan 'Saiful penipu'. 'Tangkap boleh boleh'. Turut kedengaran laungan 'Najib' dan disambut dengan jeritan 'Altantuya'.

Penyokong PKR juga membawa kain rentang yang berbunyi 'Bersatu kita bersatu, menjulang pemimpin Melayu, Umno terus maju, menipu umat Melayu'. Di sebelah BN pula terdapat kain rentang 'Pastikan kemenangan Barisan Nasional di Permatang Pauh', 'Hidup Umno!!! hidup BN!!!

9.15 pagi: Anwar dalam proses menyerahkan borang penamaan calon.

9.12 pagi: Arif Shah selesai menyerah borang penamaan calon.

9.08 pagi: Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan masuk ke dewan untuk menyerahkan borang penamaan calon.

permatang pauh by election nomination day 160808 129.03 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah sedang menyerahkan borang penamaan calon. Tempoh penamaan calon ialah dari jam 9 pagi hingga 10 pagi, diikuti oleh satu jam tempoh bantahan. Pegawai pengurus pilihanraya dijangka mengumumkan nama calon-calon pada kira-kira jam 12 tengahari.

8.50 pagi: Penyokong BN sampai di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun. Kedua belah pihak bersorak antara satu sama lain. Di sebelah BN, kedengaran laungan 'liwat tetap liwat'. Manakala di pihak Pakatan, penyokongnya melaung reformasi.

Penyokong kedua belah pihak dipisahkan oleh benteng pada jarak 30 meter. Jumlah penyokong BN bertambah manakala penyokong Pakatan kelihatan lebih ramai, sehingga melimpah ke tepi jalan.

8.30 pagi: Penyokong BN yang dianggarkan kira-kira 3,000 mula berarak ke pusat penamaan calon sambil menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita'.

Turut kelihatan ialah pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; ketua bahagian, Datuk Jalil Abdul Majid dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar; Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat; Ketua Wanita MCA, Datuk Ng Yen Yen dan Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai.

8.25 pagi: Penyokong pakatan mencecah 10,000 orang.

8.15 pagi: Lim Guan Eng and pemimpin DAP tiba. Terdapat persembahan kebudayaan oleh pihak PKR, termasuk tarian singa dan tarian India, orami melum, sebagai menyambut ketibaan para penyokong Pakatan..

8.12 pagi: 60 anggota FRU berkawal di pintu masuk dan di bahagian dalam pagar pusat penamaan calon.

permatang pauh by election nomination day 160808 167.55 pagi: Manakala Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba kira-kira empat minit kemudiannya.

7.51 pagi: Calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah tiba untuk menyertai penyokong BN yang berkumpul sejak awal pagi di Sekolah Kebangsaan Mengkuang, yang terletak kira-kira 600 meter dari tempat penamaan calon.

7.45 pagi: Penyokong BN dan Pakatan yang dianggarkan seramai 5,000 orang. Jelas penyokong Pakatan lebih ramai daripada penyokong BN. Penyokong PKR membawa plakad bertulis 'Harapan Baru untuk Malaysia'.

7.37 pagi: sebuah helikopter polis kelihatan berlegar di udara. Terdapat sekatan jalanraya dan kesesakan lalulintas. Penyokong BN dan Pakatan Rakyat berkumpul ditempat yang ditetapkan sambil membawa kain rentang dan bendera parti masing-masing.

7.25 pagi: Orang ramai mula tiba di pusat penamaan calon di Institut Penguruan Tuanku Bainun. Ramai anggota polis ditugaskan berkawal di situ. Click Here!

Jurufoto dipukul, Puteri Umno diraba

Aug 16, 08 7:15pm
(Malaysiakini) Jurugambar kumpulan Akhbar New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan seorang jurugambar agensi berita asing cedera dipukul sekumpulan penyokong parti politik sewaktu proses penamaan calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh hari ini.


Menurut laporan Bernama, jurugambar NSTP itu dikenali sebagai Mohd Sairen Mohd Nafis, 26, dan manakala jurugambar agensi asing itu dikenali sebagai Halim Berbar.

Mohd Sairen memberitahu pemberita bahawa kejadian itu berlaku pada jam 1.30 tengah hari tadi, ketika beliau sedang merakamkan gambar petugas BN dalam kenderaan pacuan empat roda.

Tiba-tiba, katanya, dia diserang oleh 30 orang yang memakai baju-T parti PKR.

"Mereka menarik saya sehingga terjatuh dari pacuan empat roda," katanya sambil menambah dia ketika itu, sedang berdiri di atas kenderaan tersebut untuk mengambil gambar.

"Mereka kemudiannya mengheret saya kira-kira 15 meter sebelum tumbuk,terajang dan sepak di bahagian kepala, kaki, tangan dan badan saya," katanya.

Beliau berkata, kejadian ngeri itu berlaku kira-kira 10 minit sebelum beliau dibantu oleh Halim yang turut dipukul.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka berjaya diselamatkan oleh pihak polis yang menyedari kejadian itu, katanya.

Beliau cedera di bahagian tangan dan badan serta kehilangan kamera digital yang bernilai RM15,000 yang dipercayai dilarikan oleh kumpulan terbabit.

Sementara itu, Bernama juga melaporkan bahawa ada penyokong parti politik yang didakwa mengambil kesempatan meraba sekumpulan ahli Puteri Umno dan tidak cukup dengan itu, meludah mereka.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 pagi itu, hampir mencetuskan pergaduhan di antara penyokong kedua-dua parti tetapi keadaan tegang itu dapat dikawal oleh pasukan polis yang bertugas.

Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad mendakwa, sekumpulan lelaki yang memakai baju-T PKR serta membawa bendera parti itu telah meraba punggung beberapa ahli Puteri Umno semasa melalui belakang mereka.

Apabila ahli Puteri memarahi mereka, kumpulan lelaki itu telah meludah ke arah mereka menyebabkan ahli Puteri terbabit melaporkan insiden itu kepada polis yang membawa masuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mententeramkan keadaan, katanya.

"Kumpulan lelaki yang meraba dan meludah jentera Puteri Umno itu tak gentleman langsung. Mereka (lelaki) sepatutnya kena hormat dan melindungi golongan wanita, bukannya melakukan perkara tidak senonoh," katanya. Click Here!

Persatuan wartawan kesal

Aug 16, 08 10:54pm
(Malaysiakini) Beberapa persatuan wartawan kesal dengan tindakan PKR yang didakwa mereka tidak menunaikan janji bagi memastikan insiden yang boleh menggugat keselamatan petugas media semasa liputan pilihanraya kecil Permatang Pauh, tidak berulang.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) Norila Md Daud berkata PKR tidak mengambil tindakan untuk melindungi anggota media yang membuat liputan pilihanraya kecil itu seperti yang dijanjikan sebelum ini.

"PKR asyik minta maaf, tetapi tiada sebarang usaha dibuat bagi melindungi media(daripada diganggu penyokongnya)," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata insiden memukul jurugambar tempatan dan luar negara oleh penyokong parti itu semasa penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun di Bukit Mertajam adalah satu "insiden yang amat memalukan kerana kerana turut melibatkan jurugambar asing yang menjalankan tugas tanpa ada kepentingan politik."

Norila berkata tindakan penyokong PKR itu "dah melampau, dah banyak kali" mereka bertindak mengkasari petugas media.

Kes terbaru pada 3 Ogos lalu di mana jurugambar akhbar Guang Ming Daily, Loh Hooi Hoon dikasari oleh sekumpulan lelaki dipercayai penyokong PKR semasa membuat liputan ceramah penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seberang Jaya.

Berikutan kejadian itu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah meminta maaf dan berjanji akan memastikan kes sedemikian tidak berulang lagi.

Setiausaha PKR Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kassim juga pernah memberi jaminan keselamatan terhadap petugas media yang membuat liputan sepanjang pilihanraya kecil itu.

Insiden kedua

Norila berkata Malaysia bukan negara komunis atau autokratik, "kita mengamalkan demokrasi. Mengapa media diserang? Adakah PKR mengamalkan gangsterism memandangkan sudah banyak sangat insiden sedemikian."

Sementara itu, pemangku Presiden Kelab Media Pulau Pinang Zuraida Abdul Rahman berkata ini merupakan insiden kali kedua dalam bulan ini dimana pengamal media dikasari dan dipukul oleh penyokong PKR dan ini amat membimbangkan kerana tindakan mereka semakin liar.

"Sebagai sebuah parti yang mendakwa mendokong kebebasan bersuara dan bermaklumat, tindakan itu dilihat tidak menepati apa yang mereka perjuangkan.

"Kejadian itu amat membimbangkan pihak media yang membuat liputan," katanya sambil berharap pihak keselamatan dapat mempertingkatkan pemantauan bagi menggelakkan berlakunya kejadian tersebut.

Beliau mendesak PKR mengotakan janji mereka berhubung keselamatan dan keselesaan petugas media membuat liputan pilihanraya kecil itu.

Presiden Kelab Wartawan Kebangsaan Mokhtar Hussain berkata "kami mahu semua parti politik memastikan keselamatan pengamal media tempatan dan asing yang membuat liputan pilihan raya kecil kerana mereka hanya menjalankan tugas untuk orang ramai."

Beliau meminta parti-parti politik terutama pembangkang untuk menghormati kebebasan media dalam menjalankan tugas.

Katanya insiden sedemikian akan mencemarkan imej negara dan "kami tidak mahu media asing melaporkan perkara buruk mengenai negara ini. Kami lebih terbuka dan insiden ini adalah tidak bagi bagi kebebasan media." Click Here!

Kereta Johari Baharom dikepung

Aug 16, 08 1:43pm
(Malaysiakini) Sekumpulan lebih 50 orang bertindak mengepung kereta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Johari Baharom ketika beliau melalui Jalan Kubang Semang di Permatang Pauh lewat malam tadi.

Dalam kejadian pada kira-kira jam pukul 12 tengah malam itu, kumpulan terbabit juga turut bertindak kasar dengan menghentak dan mengetuk kereta beliau yang dinaiki bersama tiga orang rakannya dari Umno Bahagian Kubang Pasu.

"Kami terperangkap hampir 15 minit sebelum beberapa orang tua yang melalui kawasan terbabit cuba mengawal keadaan dan memberi laluan untuk kami bergerak," katanya

Bernama memetik beliau berkata bahawa mereka juga menampal poster parti PKR di keretanya.

"Keadaan di situ seperti baru selesai mengadakan ceramah politik," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Menurut Johari yang juga Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, semasa kejadian itu, beliau bersama rakannya dalam perjalanan pulang ke Jitra selepas mengadakan tinjauan di kawasan peti undi Permatang Pauh.

"Perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan dan saya akan melaporkan kepada polis supaya tindakan sewajarnya diambil ke atas mereka," katanya. Click Here!

Dr M cabar Anwar bersumpah

Aug 16, 08 4:42pm
(Malaysiakini) Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mencabar Penasihat PKR, PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikuti langkah Mohd Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah untuk membuktikan beliau tidak bersalah.

"Anwar sepatutnya membuat perkara yang sama, bukannya hanya terus berceramah di merata tempat untuk membuktikan yang dia tidak bersalah," katanya.

mahathir mohamedBeliau menegaskan demikian ketika ditemui pemberita semasa melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia 2008 (MAHA), demikian menurut Bernama.

Beliau yang merujuk kepada sumpah laknat yang dibuat Saiful semalam berkata, ia (bersumpah) adalah cara bekas pembantu Anwar itu untuk membuktikan bahawa segala dakwaannya adalah benar.

Semalam Saiful mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, mengatakan bahawa beliau bercakap benar mengenai dakwaannya yang beliau diliwat oleh Anwar.

saiful bukhari azlan 040708Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), termasuk Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali.

Mahathir berkata sebagai seorang tokoh dalam arena politik Malaysia, Anwar perlu berkelakuan sempurna dan mengikut sentimen orang ramai yang mahukan beliau bersumpah.

anwar ibrahim 060207Menurutnya langkah mengangkat sumpah itu boleh dianggap sebagai gerakan politik yang baik, namun Anwar sendiri perlu mengemukakan bukti yang sah, bagi membuktikan yang beliau tidak bersalah berhubung perkara itu.

"Dalam kes ini, hampir mustahil untuk menyediakan empat orang saksi, jadi lebih baik sekiranya ia dibuktikan menerusi pelbagai langkah lain seperti ujian sampel DNA," katanya. Click Here!

AMK: Kenyataan Saiful bercanggah

Aug 16, 08 3:08pm
(Malaysiakini) Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos 2008 lebih banyak menimbulkan persoalan berbanding merungkai kekeliruan, kata Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

shamsul iskandar"Beliau secara terbuka menegaskan bahawa beliau tidak rela diliwat dan diliwat secara paksa, sedangkan dalam pertuduhan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu dakwaan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap Saiful secara sukarela.

"Justeru dalam kes ini, yang mana satu terpakai, suka-sama-suka ataupun secara paksa?" soal Shamsul dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kenyataan bahawa 'Saiful diliwat kali pertama pada 26 Jun 2008' sekaligus melengkapkan keraguan munasabah episod dakwaan terhadap Anwar, apabila akhbar utama melaporkan pada akhir Jun dan awal Julai lalu, bahawa Saiful mendakwa diliwat beberapa kali oleh penasihat PKR itu, kali terakhir pada 26 Jun lalu, di sebuah kondominium di Damansara.

saiful bukhari azlan 040708"Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak mengakui Saiful datang bertemunya pada 25 Jun 2008 untuk melaporkan mengenai Saiful diliwat beberapa kali.

"Keraguan juga timbul, apakah tujuan sebenar Saiful menemui Najib pada 25 Jun 2008 tersebut sekiranya beliau hanya diliwat pada 26 Jun 2008 sebagaimana didakwa semalam?" soal Shamsul lagi.

Persoalan, tambahnya, timbul mengapa wujud percanggahan ketara dalam dua fakta utama kes ini.

Hukum qazaf

"AMK berpegang teguh atas prinsip yang ditegaskan oleh Ulama' tersohor dunia, Sheikh Taha Jabir melalui fatwanya bahawa 'persoalan sumpah langsung tidak disebut oleh para ahli Fekah'.

"Adalah lebih tepat bagi Saiful untuk membawa kes ini mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 berbanding sumpah laknat yang tidak boleh digunapakai dalam kes ini," tambahnya.

Shamsul berkata, pendakwaan yang dibuat oleh Anwar di bawah hukum qazaf yang dikemukakan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) adalah lebih menepati kehendak syariat sepertimana firman Allah dalam surah An-Nur ayat 4 dan ayat 11 hingga ayat 19.

"AMK juga percaya sepenuhnya bahawa sumpah laknat Saiful ini lebih bersifat politik, meskipun beliau menafikannya.

"Malah jelas terbukti di blog Saiful sendiri pada tarikh 1 Ogos 2008 bagaimana beliau mengucapkan 'selamat bertanding' kepada Anwar.

"Justeru adalah sangat memualkan tatkala Islam terus disalahguna untuk tujuan mengaibkan sesama insan demi menyempurnakan perencanaan siasah songsang caturan pihak tertentu," tambahnya.

Shamsul yakin bahawa gelombang kebangkitan rakyat akan terus menang akhirnya, sekaligus menyanggah konspirasi politik yang dicatur untuk menjatuhkan Anwar. Click Here!

Azizah: Saiful mahu jatuhkan Anwar

Aug 16, 08 4:50pm
(Malaysiakini) Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sumpah yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan semata-mata bertujuan menjatuhkan maruah dan karier politik suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

wan azizah wan ismailKatanya, bekas pembantu peribadi kepada penasihat PKR itu sengaja menimbulkan perkara itu bagi menghalang hasrat suaminya itu daripada memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil 26 Ogos ini.

"Sumpah banyak kali pun, tetapi kalau tiada bukti dan doktor dah sah tiada apa-apa, sumpah dia tak boleh dipakai," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon pilihanraya kecil itu di Dewan Aminuddin Baki di Institut Perguruan Tuanku Bainun hari ini.

Bernama memetik Wan Azizah sebagai berkata, Saiful tidak mengetahui tujuan sebenarnya dia bersumpah

saiful bukhari azlan 040708Semalam Saiful mengangkat sumpah di Masjid Wilayah Persekutuan, mengatakan bahawa beliau bercakap benar mengenai dakwaannya yang beliau diliwat oleh Anwar.

Majlis itu disaksikan beberapa pegawai masjid berkenaan dan ahli keluarga Saiful serta pegawai dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), termasuk Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali.

anwar ibrahim 060207Mengenai peluang Anwar untuk memenangi kerusi Parlimen itu, Dr Wan Azizah berkata beliau yakin dengan sokongan penyokongnya, Anwar akan memenangi kerusi itu.

"Dahulu, saya yang menjaga mereka...sekarang kita tawarkan khidmat itu sekali lagi, insya-Allah akan menang dan akan pertahankan kerusi Permatang Pauh," katanya.

Pilihanraya kecil itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Anwar, anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya Datuk Arif Shah Omar Shah, dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat. Click Here!

Hadi: Anwar tak perlu bersumpah

Aug 16, 08 1:14pm
(Malaysiakini) Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bersumpah menggunakan kitab suci bukan ajaran Islam sebaliknya merupakan amalan orang Kristian dan Yahudi.

Sehubungan itu, kata bekas menteri besar Terengganu itu, kes yang membabitkan zina dan liwat hendaklah dirujuk kepada undang-undang qazaf.

"Jika undang-undang qazaf tidak ada, kerajaan perlu membuat pindaan di Parlimen supaya ia boleh diadili melalui undang-undang Islam

"Rujuk kepada mahkamah syariah mengikut Akta 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan iaitu kes untuk zina dan liwat," katanya.

Abdul Hadi berkata demikian ketika mengulas tindakan Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan mendakwa beliau telah diliwat secara paksa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, dalam Islam hanya ada lian iaitu sumpah antara pasangan suami isteri.

"Anwar dan Saiful bukan suami isteri dan dalam kes ini ia bukan sahaja tidak kena tetapi telah menunjukkan kebodohan umat Islam sendiri.

'Agenda politik kotor'

"Beliau (Saiful) menggunakan agama Islam jenama apa kerana ia tidak merupakan hak dalam Islam.

"Bagaimana Saiful bersumpah menggunakan Quran sedangkan dia tidak tahu isu kandungan kitab suci itu.

"Dia (Saiful) boleh buat apa sahaja tetapi kita tidak boleh dengar sebelah pihak sahaja," katanya.

Abdul Hadi sekali lagi mengulangi kes tersebut merupakan satu agenda politik yang kotor.

Beliau juga menegaskan PAS akan tetap membantu Anwar untuk memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Katanya, dalam Islam seseorang tidak dianggap bersalah selagi ia tidak didapati bersalah.

"Oleh itu kita tidak mahu membuat hukuman awal seolah-olah Anwar telah bersalah.

"Apabila membenarkan Anwar bertanding dalam pilihanraya ia merupakan satu kaedah yang beliau tidak bersalah," katanya.

Abdul Hadi juga berkata, Anwar tidak perlu untuk melakukan sumpah laknat sepertimana yang dilakukan oleh Mohd Saiful untuk membersihkan namanya.

"Biarlah ia diputuskan oleh Mahkmah Syariah," katanya.

Dalam kenyataannya semalam, Saiful mencabar Anwar supaya melakukan sumpah laknat untuk membersihkan namanya.

Komen Nik Aziz

Sementara itu, Bernama melaporkan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga berkata kaedah sumpah laknat oleh Saiful dengan memegang kitab suci al-Quran adalah menyalahi ajaran Islam kerana perbuatan memegang atau menjunjung kitab suci sebenarnya adalah perbuatan meniru orang Kristian yang memegang kitab suci mereka.

"Dalam Islam sesiapapun bebas bersumpah untuk membuktikan dirinya benar tetapi bukanlah dengan memegang kitab suci al-Quran kerana ia adalah perbuatan orang Kristian yang memegang kitab mereka ketika bersumpah," katanya kepada pemberita selepas menyertai rombongan Pakatan Rakyat yang mengiringi penamaan calon penasihat PKR itu dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pagi tadi.

Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun berkata tindakan Saiful Bukhari bersumpah laknat itu adalah dibenarkan dalam Islam dan kini terpulang kepada keikhlasan pengakuannya bahawa beliau telah diliwat oleh Anwar.

Mengenai saranan supaya Anwar turut bersumpah, Nik Aziz berkata dalam Islam seseorang yang membuat pendakwaan harus bersumpah bahawa dakwaannya adalah benar dan kemudiannya tertuduh perlulah membela diri.

Semalam Saiful Bukhari membuat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan dengan mendakwa Anwar telah meliwat dirinya dalam keadaan paksaan.

Anwar pula menyifatkan tindakan bekas pembantu peribadinya adalah satu perbuatan politik kotor untuk menjatuhkannya pada pilihanraya kecil itu. Click Here!

Harakah kini dua kali seminggu

Aug 16, 08 11:21am
(Malaysiakini) Pelancaran akhbar tabloid PAS, Harakah edisi dua kali seminggu disempurnakan oleh presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Indera Mulia, Ipoh semalam.

Majlis pelancaran tersebut diadakan sebaik sahaja selepas beliau menyampaikan ucapan dasar di muktamar PAS kali ke-54.

Pelancaran tersebut sempena penerbitan semula edisi dua kali seminggu tabloid tersebut iaitu pada Jumaat dan Isnin setelah hanya dua minggu sekali sebulan sejak awal 2000.

Selepas pilihanraya 1999, Kementerian Dalam Negeri telah menarik permit Harakah dan hanya membenarkan penerbitan dua minggu sekali.

Bagaimanapun, baru-baru ini kementerian berkenaan meluluskan semula permit asal Harakah.

harakah newspaper pak lah abdullah with michelle yeoh photo coverBekas pengarangnya Abdul Shukur Harun menyifatkan penerbitan dua kali seminggu ini tentunya menggembirakan orang ramai khususnya ahli PAS.

Katanya, walaupun ia sebuah akhbar parti, menjadi juru bicara PAS, sewajarnya ada keterbukaan untuk pembaca atau penulis memberikan pandangan berbeza asalkan dalam lingkungan akhlak Islam.

Berita utama Harakah keluaran ini ialah kenyataan ketua Dewan Pemuda PAS Salahuddin Ayub yang membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi menahan mana-mana individu atau kumpulan termasuk pemimpin Majlis Peguam yang menganjurkan forum awam "Memeluk Islam" minggu lalu.

Ia juga menyiarkan wawancara dengan tiga pemimpin utama PAS iaitu Abdul Hadi, Mursyidul Am Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Abdul Hadi mengulas pilihanraya kecil Permatang Pauh; Nizar mengenai kerajaan PAS di Perak manakala Nik Aziz menyatakan keinginannya mahu melihat orang Cina menerajui kepimpinan parti itu. Click Here!

Perebutan 3 penjuru di Permatang Pauh

Aug 16, 08 11:53am
(Malaysiakini) Pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh akan menyaksi pertandingan tiga penjuru di antara calon BN, PKR dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

Pengumuman tersebut dibuat oleh pegawai pengurus pilihanraya, Roslan Yahya pada jam 11.45 pagi tadi.

permatang pauh by election nomination day 160808 39Calon-calon tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR), Datuk Arif Shah Omar Shah (BN) dan Hanafi Hamad dari AKIM.

Seorang lagi calon yang turut mengemukakan borang pencalonan pagi tadi, Dr Mansor Othman telah menarik diri.

Menurut Roslan, Suruhanjaya Pilihanraya menerima lims bantahan tetapi semuanya ditolak.

Dr Mansor yang juga timbalan pengerusi biro pilihanraya PKR, mengejutkan banyak pihak pagi tadi apabila mengemukakan borang untuk bertanding sebagai calon bebas.

Ekoran itu, tercetus desas-desus yang mengatakan Dr Mansor adalah calon 'simpanan' PKR sekiranya pencalonan Anwar, ditolak.

Ketika ditemui pihak media kemudiannya, pengarah pilihanraya PKR Permatang Pauh, Mustapha Kamal Yusof mengesahkan bahawa Dr Mansor adalah calon 'simpanan'.

Calon BN, Arif Shah adalah yang pertama menyerahkan borang penamaan calon pada jam 9.12 pagi dan diikuti oleh Anwar pada jam 9.18 pagi.

Dr Mansor pula menyerahkan borang penamaan calonnya pada jam 9.40 pagi, diikuti oleh Hanafi (foto) pada jam 9.55 pagi.

Tarik diri

Roslan bagaimanapun tidak menyentuh langsung mengenai penarikan diri Dr Mansor.

Semasa ditanya pemberita kemudiannya, Roslan berkata Dr Mansor menarik diri tanpa sebab sebelum pengumuman dibuat.

Ekoran itu, Dr Mansor kehilangan depositnya kerana keputusan itu dibuat selepas jam 10 pagi, selepas waktu penyerahan borang pencalonan tamat.

pematang pauh by election nomination day 160808 06"Malah mana-mana calon (yang bertanding pada pilihan raya kecil itu) masih boleh menarik diri dalam tempoh tiga hari," kata Roslan.

Sementara itu, Dr Mansor yang enggan mengulas lanjut berkata beliau menarik diri setelah pencalonan Anwar diterima dan mengakui beliau masih anggota PKR dan menyokong Anwar.

Penjelasan Saifuddin

Manakala Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan Dr Mansor mengemukakan borang pencalonan adalah satu strategi politik.

Bernama melaporkan beliau sebagai berkata, parti itu khuatir kertas pencalonan Anwar ditolak atas masalah teknikal memandangkan beliau pernah tidak menyerahkan penyata kewangannya pada pilihanraya umum pada tahun 1995.

"Strategi itu adalah betul kerana kita tidak mahu memberi laluan mudah kepada BN dan apabila SPR menolak bantahan oleh BN dan menerima borang pencalonan Anwar, Dr Mansor menarik semula pencalonannya", katanya.

Mansor, yang juga bekas setiausaha politik Anwar, mendaftar sebagai calon bebas bagaimanapun menarik diri sebaik pencalonan Anwar diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sementara itu, Hanafi yakin partinya boleh diterima oleh pengundi di Permatang Pauh dalam pilihanraya kecil kali ini.

Beliau berkata, partinya akan membangkitkan isu-isu nasional seperti masalah keselamatan, inflasi, ketidakstabilan politik, perpaduan nasional dan isu ekonomi.

Calon AKIM

permatang pauh by election nomination day 160808 11 hanafi hamat akim candidate
Sementara itu, Hanafi yakin dapat menarik banyak undi dalam pilihanraya kecil ini.

AKIM adalah parti serpihan PAS yang ditubuhkan pada tahun 1995.

Sejak penubuhannya, parti itu telah meletakkan beberapa calonnya bertanding di Kelantan sewaktu pilihanraya umum tetapi gagal memenangi sebarang kerusi.

Hanafi sendiri pernah bertanding sebagai calon bebas dan tewas di kerusi negeri Tanah Merah pada 1990.

Katanya, beliau bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh sebagai calon alternatif kepada pengundi yang menolak BN dan PKR.

'Perang mulut'

Sementara itu sepanjang menunggu proses pengumuman calon, keadaan di luar dewan riuh rendah dengan penyokong kedua pihak 'berperang mulut'.

Penyokong BN melaung 'liwat tetap liwat' sambil menepuk benteng penghalang. Penyokong Pakatan pula membalas dengan laungan 'Altantuya' dan turut menepuk benteng penghalang.

pematang pauh by election nomination day 160808 04Juga kedengaran laungan 'Samy Vellu undur undur'. Ini dibalas oleh penyokong BN dengan melaungkan 'Kasihan Saiful' beberapa kali. Kemudian kedengaran laungan Selawat dari penyokong Pakatan dan disambut oleh jeritan 'Hidup BN' oleh penyokong BN.

Kedengaran juga penyokong PKR yang meluangkan 'Saiful penipu' dan 'Tangkap boleh boleh'. Turut kedengaran laungan 'Najib' dan disambut dengan jeritan 'Altantuya'.

Keadaan tegang sedikit pada kira-kira jam 10.55 apabila seorang penyokong BN bertindak menunjuk punggung ke arah penyokong Pakatan. Dia bagaimanapun dinasihatkan oleh pihak polis supaya jangan berbuat demikian.

Kira-kira 40 anggota FRU kelihatan masuk ke ruang kosong yang memisahkan antara penyokong BN dan Pakatan, tetapi beredar keluar dari situ sejurus kemudian.

Penyokong kedua belah turut membawa kain rentang yang berbunyi 'Bersatu kita bersatu, menjulang pemimpin Melayu, Umno terus maju, menipu umat Melayu'. Di sebelah BN pula terdapat kain rentang 'Pastikan kemenangan Barisan Nasional di Permatang Pauh', 'Hidup Umno!!! hidup BN!!!.

Sebelum itu, Penyokong BN sampai di padang Institut Perguruan Tuanku Bainun pada kira-kira jam 8.50 pagi, penyokong kedua belah pihak bersorak antara satu sama lain. Di sebelah BN, kedengaran laungan 'liwat tetap liwat'. Manakala di pihak Pakatan, penyokongnya melaung reformasi.

Penyokong kedua belah pihak dipisahkan oleh benteng pada jarak 30 meter.
Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising