Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, August 14, 2008

Keputusan Majlis Syura tidak boleh dipertikai

IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Selagi tidak bercanggah dengan Al-Quran dan syarak, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat tidak boleh dipertikaikan, demikian ujar Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Hashim Jasin.

Iklan




p>Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungan Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat di Dewan Bandaran Ipoh, petang ini.

"Apa jua pandangan dan pertikaian ataupun hendak mengubah keputusan yang hendak dibuat selagi mana ianya tidak bercanggah dengan Al-Quran dan syarak ianya tidak boleh dibantah," tegasnya.

Hashim meminta semua pemimpin parti berhati-hati dan meneliti terlebih dahulu sebarang isu berbangkit sebelum membuat sebarang kenyataan mahupun pendirian.

Dalam pada itu, beliau turut melahirkan kebimbangan terhadap keputusan institusi istana yang memberi keizinan kepada dua pemimpin tertinggi PAS, iaitu Mursyidul Am Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk menyampaikan khutbah di masjid tertentu esok. Image

"Kita mendapat maklumat bahawa dipercayai terdapat 'tangan ghaib' yang mengganggu usaha pimpinan kita menyampaikan khutbah di sini(Perak) esok.

"Ia mungkin halangan daripada pihak Umno yang tidak senang dengan keputusan pihak istana yang membuka ruang kepada PAS," katanya lagi.

Bekas calon Sanglang itu turut memuji mutu perbahasan perwakilan ulama pada kali ini yang disifatkan semakin matang dalam membincangkan isu-isu semasa.

"Saya lihat mutu perbahasan meningkat yang sekaligus membuktikan perwakilan kita semakin matang," ujarnya.

Tinjauan juga mendapati persidangan muktamar ulama pada kali ini mencatatkan pertambahan bilangan pemerhati selain perwakilan tetap daripada negeri-negeri.

Para pemerhati kelihatan tidak berganjak meskipun pada kebiasaannya ianya berkurangan pada sesi petang yang menginjak ke agenda penggulungan. Click Here!

Pemuda PAS luah rasa kecewa terhadap Lim Guan Eng

IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Muktamar Dewan Pemuda PAS hari ini menyaksikan luahan rasa kecewa terhadap ketua kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamzan melahirkan rasa kecewa kerana setakat ini masih gagal menemui Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Begitu juga wakil Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang gagal menemui Ketua Menteri, Lim Guan Eng biar pun sudah beberapa kali menghantar surat untuk menemuinya.

"Biar pun kita sudah sambut 100 hari kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, pemuda PAS hanya sekadar menjaga parking, mengutip sampah dan menampal poster ceramah.

"Saya melihat seperti ada masalah hubungan PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan hanya layak menjadi pemerhati di pinggiran," kata Mohd Sany.

Beliau juga berkata, ada di kalangan pemimpin KeADILan mendakwa kemenangan mereka kerana kekuatan sendiri dan bukan gadingan dengan PAS.

"Belum pilihan raya baik sahaja...bila dah menang ke mana perginya golongan muda mereka, lebih hairan lagi apabila ada menuduh PAS tidak bantu mereka masa pilihan raya.

"Masa sambutan 100 hari di Selangor tak ada satu pun bendera PAS digantung. Malah lebih mengecewakan lagi Dewan Pemuda nak jumpa Menteri Besar pun tak dapat.

"Pemimpin KeADILan kena sedar pemuda tidak rela PAS digunakan sebagai batu loncatan oleh mana-mana pihak termasuk KeADILan," katanya sebagai sokongan usul 'Memperkukuh Peranan PAS Dalam Pakatan Rakyat'.

Beliau juga berkata, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memang mampu dan layak untuk menjadi Perdana Menteri. Click Here!

Temui pemimpin Umno bukan di atas kepentingan peribadi - Nasharuddin

IPOH, 14 Ogos (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa sekali lagi menjelaskan perjumpaan pemimpin PAS dan Umno bukan di atas kepentingan peribadi.

Iklan

Beliau berkata, tidak salah untuk PAS mengadakan perjumpaan dengan sesiapa sahaja termasuk pemimpin Umno sebagai medan dakwah.

Lagi pun katanya, pertemuan yang diadakan sebelum ini sudah diputuskan Majlis Syura Ulama yang bersidang pada April lalu.

"Pemimpin PAS bertemu dengan pimpinan Umno adalah restu daripada Majlis Syura Ulama. Dan rundingan yang diadakan bukan untuk mendapatkan kerusi atau jawatan.

"Tetapi apa yang kita lakukan untuk memastikan mereka menerima Islam," katanya pada perasmian muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-49 di Stadium Indera Mulia, di sini, malam tadi.

ImageBeliau berkata, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat perlu didakwah sepanjang masa biar pun kita berada dalam satu bumbung dengan PAS sekarang.

Kata beliau juga politik adalah alat, manakala PAS merupakan wadah untuk meneruskan kerja-kerja dakwah berasaskan al-Quran.

"Perlukan kepemimpinan ulama hanya mengutamakan pandangan aspek politik semata-mata dan meninggalkan perkara sebenar dalam dakwah," ujarnya.

Beliau berkata, asas dakwah yang berpandukan al-Quran ialah perkara mutlak dalam perjuangan PAS.

Oleh itu beliau berharap setiap ahli hendaklah bertenang dan melihat apa yang berlaku dalam isu muzakarah dari pelbagai sudut.

Menurutnya, sikap Sayidina Omar yang menghunus pedang marah kepada orang yang mengatakan Rasulllullah saw wafat seharusnya menjadi iktibar.

"Sayangilah jemaah dengan panduan al Quran dan bukan sahaja dengan kepentingan politik.

"Pastikan segala langkah yang diambil oleh ahli mestilah berdasarkan panduan dari al-Quran," ujar beliau.

Sementara itu Ustaz Nasharuddin menyampaikan anugerah kepada Dewan Pemuda PAS yang berjaya mengumpul jumlah ahli teramai.

Zon Timur dimenangi Dewan Pemuda PAS Tumpat, Baling (zon utara), Lumut (tengah), Tampin (selatan) dan Petrajaya (Malaysia Timur).

Manakala bagi kategori pengurusan pejabat terbaik tempat pertama dimenangi Dewan Pemuda PAS Kedah, Terengganu (kedua) dan Johor (ketiga).

Pengurusan Pasti terbaik pula dimenangi Selangor bagi kategori A, Perak (B) dan Melaka (C).

Pada majlis itu Timbalan Presiden PAS juga melancarkan tiga buku terbaru karya terbaru beberapa pemimpin PAS.

Click Here!

PM: Harga minyak turun 1 September

Aug 14, 08 1:57pm
(Malaysiakini) Harga minyak akan dikurangkan pada 1 September ini bergantung kepada penurunan harga minyak dunia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Katanya, memang ada penurunan harga minyak dan ia akan dibuat bergantung kepada harga minyak dunia bulan Ogos.

Di samping itu, katanya, subsidi 30 sen yang telah diberikan oleh, kerajaan, dikekalkan.

"Bergantung kepada kekurangan harga minyak, nampaknya waktu ini harga minyak Alhamdulillah, bertambah murah.

"(Ada) harapan untuk kita kurangkan harga minyak...Saya senang hati dan kita ada kebolehan untuk mengurangkan harga minyak," katanya.

Menurut Abdullah lagi, kerajaan setuju menggunakan formula untuk menentukan harga minyai pada tiap-tiap hujung bulan, atau pada 1 haribulan.

Perdana Menteri memberitahu pemberita demikian selepas merasmi kongres Penjaja dan Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan dan perhimpunan penjaja Wilayah Persekutuan di PWTC pagi ini.

Mengenai Proton

Mengenai Proton pula, beliau berkata, kerajaan menyerahkan kepada Proton untuk memutuskan sama ada mahu mengadakan kerjasama dengan General Motors.

Katanya, syarikat kereta nasional itu telah menetapkan bahawa ia akan memulihkan Proton supaya ia lebih berdaya maju.

"Langkah-langkah yang telah diambil, telah menunjukkan kejayaan. Kereta Proton telah mendapat pasaran yang baik," katanya.

Bagaimanpun, tambah Abdullah, Proton boleh berbincang dengan pengeluar kereta yang lain.

"Saya yakin Proton boleh memberi harapan kepada kita (untuk) menjadi pengeluar kereta nasional yang baik.

"Soal terima cadangan dari pihak lain, biar Proton tentukan. Saya mahu Proton yang membuat pertimbangan, bukan kita pertimbangkan dan suruh Proton terima.

"Ini hal perniagaan, biar pihaknya (Proton) yang menentukan," kata perdana menteri.

Sebuah akhbar melaporkan hari ini bahawa General Motor berminat untuk menjalin kerjasama dengan Proton.

Baru-baru ini, pembuat kereta dari Amerika Syarikat itu telah mengadakan perbincangan dengan Proton, tetapi gagal mencapai sebarang persetujuan.

Kerajaan juga telah mengulangi baru-baru ini bahawa ia bersikap terbuka berhubung mendapatkan rakan kongsi untuk Proton. Click Here!

Calon BN dakwa ada 'pengundi hantu'

Aug 14, 08 5:37pm
Calon Barisan Nasional (BN) di pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah, mendakwa terdapat "pengundi hantu" di kawasan itu.

ariff shah omar shahArif Shah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya berkata, satu kajian yang dibuat selepas pilihanraya 8 Mac lalu, mendapati banyak nama pengundi yang didaftarkan menggunakan satu alamat tetapi apabila disemak, hanya dua atau tiga orang sahaja yang tinggal di alamat itu.

"Saya tidak pasti sama ada mereka ini pengundi hantu, pengundi yang menumpang atau pekerja kilang di kawasan Sungai Petani atau berhampiran yang menggunakan alamat itu tetapi tidak tinggal di situ," katanya kepada pemberita di rumahnya di Persiaran Tenggiri, Seberang Jaya, dekat Bukit Mertajam.

Bernama memetiknya sebagai berkata, kebanyakan pemilik rumah itu juga tidak mengenali nama-nama yang menggunakan alamat rumah mereka dan beliau mahu Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), menyiasat perkara itu.

"Saya bimbang jika perkara ini disengajakan, ia akan memberi kesan kepada keputusan pilihanraya yang sebenarnya," kata Arif Shah yang dijangka menentang penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim 26 Ogos ini. Kerusi itu dikosongkan oleh isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR.

Bagi kerusi negeri Seberang Jaya, pada pilihanraya 2004, Arif Shah, yang memperoleh 10,113 undi menewaskan Dr Mansor Othman dari PKR dengan majoriti 4,464 undi, dan dalam pilihanraya baru-baru ini, beliau menang dengan majoriti 533 undi setelah mengalahkan Ramli Bulat juga dari PKR.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruzaman Mohd Noor ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kewujudan "pengundi hantu" itu, berkata sebarang bantahan terhadap daftar pemilih mestilah dilakukan ketika ianya dipamerkan.

"Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958 menyatakan mana-mana daftar pemilih yang telah disahkan melalui proses undang-undang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana mahkamah.

"Daftar pemilih yang telahpun diluluskan undang-undang itu tetap akan digunakan pada pilihanraya kecil Permatang Pauh," katanya.

Kamaruzaman juga berkata segala persiapan SPR bagi menghadapi pilihanraya kecil itu berjalan lancar.

Seramai 58,459 pemilih termasuk 490 pengundi pos, layak mengundi dalam pilihanraya kecil itu. Click Here!

'Dayus' jika Majlis Peguam terlepas

Aug 14, 08 12:35pm
Kerajaan dayus jika tidak mengambil tindakan terhadap Majlis Peguam yang sering menganjurkan forum isu-isu Melayu dan Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Apa yang saya fikir, yang paling jelas adalah Akta Hasutan. Saya fikir itu cukup jelas. Dan dua kali mereka (Majlis Peguam) telah buat forum terbuka.

"Dan sekali lagi dia buat, saya fikir, kita jangan dayus untuk tidak mengenakan Akta Hasutan kepada pemimpin berkenaan," katanya kepada media sebagai mengulas desakan agar pemimpin Majlis Peguam dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atau Akta Hasutan selepas menganjurkan forum "Memeluk Islam", Sabtu lalu.

Forum kontrak sosial anjuran majlis itu hujung Jun lalu turut mengundang pertikaian kumpulan Melayu di negara ini.

Beberapa pihak termasuk Umno, PAS dan Persatuan Peguam Muslim mendesak tindakan tegas dikenakan terhadap Majlis Peguam dengan alasan forum tersebut telah mencetuskan kekecohan.

gpms forum 140808 zahid hamidiSelain mendesak kerajaan mengambil tindakan menggunakan ISA, sesetengah pemimpin termasuk Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dilaporkan mencadangkan penggunaan Akta Hasutan.

Dalam ucapan sewaktu merasmikan program Himpunan Pelajar Melayu Merdeka di Shah Alam pagi ini, Dr Ahmad Zahid juga menyifatkan badan profesional guaman itu sebagai "kurang ajar" kerana menganjurkan forum yang mencabar isu Melayu.

"Jangan sesiapa berani sentuh Perkara 121 dan 153 dalam perlembagaan, (dalam hal ini) tidak ada kompromi.

"Kenapa mereka kurang ajar? Kenapa Majlis Peguam mahu menyentuh soal kedudukan orang Melayu.

"Melayu itu adalah Islam, Islam itu adalah Melayu dalam perlembagaan di Malaysia," katanya.

Selain mengulas forum kontroversi berhubung Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, Dr Ahmad Zahid juga mengecam cadangan Menteri Besar Selangor yang dianggapnya boleh membangkitkan kemarahan orang Melayu.

"Hentikanlah (sebut perkara-perkara sensitif tentang orang Melayu dan agama Islam) kalau tidak mahu orang Melayu menggunakan perkataan 'amuk' semula, seperti termaktub dalam kamus Oxford dan kamus-kamus lain.

gpms forum 140808 01"Saya fikir perkara ini harus dihentikan," katanya.

Ahad lalu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyarankan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) agar menerima kemasukan 10 peratus pelajar bukan Bumiputera untuk meningkatkan lagi kemajuan institusi pengajian tinggi itu.

Mengulas tindakan Abdul Khalid enggan memohon maaf kerana membuat cadangan itu, Dr Ahmad Zahid memberitahu media, beliau senang hati dengan tindakan menteri besar itu supaya Abdul Khalid "boleh membayar harga (cadangan) yang beliau lontarkan itu."

Pemimpin PKR itu juga, tambah Dr Ahmad Zahid, tidak harus menyalahkan pihak media kerana membuat laporan.

"Beliau sebagai pemimpin harus sedar bahawa apa (kata-kata) yang terlontar adalah tanggungjawab beliau (sendiri). Jangan salahkan media dalam perkara ini," katanya.

Mengulas reaksi Abdul Khalid sebelum ini yang menyatakan hasratnya ingin bertemu dan berbincang dengan pelajar UiTM untuk menjelaskan perkara itu, menteri itu berkata:

"Apa perlu bincang. Perkara ini termaktub dalam Akta UiTM sendiri. Saya tidak fikir, oleh kerana UiTM berada di bumi Selangor, maka menjadi haknya mencadangkan perkara itu."

Beliau menyifatkan tindakan menteri besar Selangor sebagai "agenda politik sempit" untuk cuba meraih undi bukan Melayu dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh 26 Ogos ini.

gpms forum 140808 03Turut hadir di majlis anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) itu ialah Naib Canselor UiTM Datuk Seri Prof Dr Ibrahim Abu Shah dan presiden gabungan itu Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Program itu diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan GPMS.

Majlis makan malam sambutan itu akan diadakan esok di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang juga bekas presiden GPMS.

Sementara itu, Reezal Merican, dalam ucapannya dalam majlis yang sama memuji "tindakan berani" mahasiswa UiTM membantah cadangan menteri besar itu kelmarin.

"Saya tidak ajar demonstrasi, tetapi kita pertahankan hak kita," katanya, yang juga setiausaha politik Abdullah di Kementerian Kewangan.

Dalam perkembangan lain, menjawab soalan pemberita tentang implikasi undang-undang jika bekas pembantu khas penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan nama Allah, Ahmad Zahid berkata:

"Daripada segi implikasi perundangan tidak perlu difikirkan, tetapi itu daripada segi hukum Allah (mesti) dihormati."

Beliau berkata, setelah lima kali bersumpah dengan kaedah bermubahalah, sumpah terakhir adalah sumpah laknat, kebenaran perkara itu harus diserahkan pada Allah.

Pada 21 Jun lalu, Mohd Saiful berkata beliau sanggup bersumpah secara Islam bagi menegakkan kebenaran dakwaannya selepas polis menyelesaikan siasatan mereka.

Anwar dihadapkan ke mahkamah minggu lepas susulan laporan polis yang dibuat oleh pemuda itu pada 28 Jun mendakwa beliau diliwat oleh bekas majikannya itu.

Mahkamah menetapkan kes itu disebut pada 10 September depan di Mahkamah Tinggi untuk menentukan tarikh perbicaraan. Click Here!

Mirza digantung kerja dua bulan

Aug 14, 08 4:59pm
Ketua Pengarah Pelancongan, Datuk Mirza Mohammad Taiyab, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam atas tuduhan rasuah membabitkan rawatan giginya berjumlah RM13,860 pada 2005, digantung perkhidmatannya selama dua bulan berkuatkuasa serta merta.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Datuk Ab Ghaffar A Tambi berkata sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk membuat keputusan mengenai kedudukan Mirza.

"Kami akan mendapatkan prosedur dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung (kedudukan) jawatan Mirza," katanya kepada pemberita selepas satu majlis di Kuala Lumpur hari ini.

"Biasanya, kita menggantung selama dua bulan. Jika tidak selesai lagi, ia boleh disambung (selama) dua bulan lagi.

"Semasa digantung, gajinya dipotong separuh. Jawatankuasa itu akan membuat keputusan mengenai Mirza dalam tempoh dua bulan," katanya.

mirza mohd taiyabMirza didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan di hadapan hakim Fathiyah Idris.

Beliau dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Tarikh perbicaraan ditetapkan pada 16 hingga 18 Februari tahun depan.

Mirza, 51, didakwa menerima suapan itu daripada Zulhisyam Ayob, 48, pengarah syarikat Perunding Pakar Media Sdn Bhd, sebuah syarikat perunding pengiklanan.

Syarikat itu membiayai rawatan tertuduh di Clinical Practice Prosthodontics Sdn Bhd ketika beliau memegang jawatan timbalan ketua pengarah lembaga berkenaan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di klinik itu di No.15, Ground Floor, Jalan 2/71 Off Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr Ismail, di antara 17 Jan hingga 26 Julai 2005.

Jika disabitkan kesalahan, Mirza boleh dipenjara sehingga dua tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya sekali. Click Here!

PAS mahu Hadi jadi PM Pakatan

Aug 14, 08 4:34pm
PAS lebih senang jika presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi perdana menteri apabila Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan persekutuan, kata Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamed Daud Iraqi.

Bagaimanapun PKR pula lebih suka penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan utama itu, tambahnya.

"Kalau ikut pandangan Dewan Ulama PAS, tentulah Presiden PAS (Abdul Hadi) lebih layak. Tentulah kita mahu pemimpin kita.

"Kalau tanya orang Keadilan (PKR), dia akan kata presiden Keadilan," katanya, seperti dipetik Bernama, selepas merasmikan muktamar Dewan Ulama PAS di Ipoh pagi ini.

Cadangan melantik Abul Hadi dinyatakan juga oleh Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah semalam.

Menurut agensi berita itu lagi, ditanya sama ada pendirian pemimpin PAS itu boleh menimbulkan perebutan jawatan itu antara anggota-anggota Pakatan Rakyat, Mohamed berkata "soal itu tidak akan timbul" kerana perbincangan boleh dilakukan antara tiga parti itu.

"Kita akan bincang antara tiga parti itu... serupa dengan kes pelantikan menteri besar Perak. Tetapi bagi kita Dewan Ulama PAS, Abdul Hadilah lebih layak, cuma nak lantik itu tak semudah yang kita kata, kena bincang," beliau dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun, tambahnya, Dewan Ulama PAS tidak mempunyai kuasa dalam soal tersebut dan sekadar memberi pandangan kerana ia perlu dibincangkan di peringkat Majlis Syura serta Jawatankuasa Agung.

Mohamed berkata, Dewan Ulama juga tidak mempunyai masalah untuk menyokong pelantikan Anwar "asalkan pelantikan
itu nanti mampu mendatangkan kebaikan dan menguntungkan Islam."

"Kalau tidak menguntungkan Islam... kita tengok dan lihatlah nanti,"
katanya.Click Here!

KDN haramkan buku profesor UKM

Aug 14, 08 1:55pm
Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dua buah buku, termasuk karya seorang ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diterbitkan oleh Sisters-in-Islam (SIS).

Buku-buku itu dilarang kerana "mengandungi fakta yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenarnya," lapor Bernama.

muslim women and the challenge of islamic extremism noraini othmanBuku terbitan SIS berjudul Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism suntingan Norani Othman, seorang profesor sosiologi di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Bangi.

Ketua penolong setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Abdul Razak Abdul Latif berkata, sebuah lagi buku yang diharamkan bertajuk Pelik Tapi Benar Dalam Solat karya Abdul Rahman Mohamed.

"Kedua-dua buku ini dikenakan perintah larangan mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan mana-mana individu yang didapati menghasilkan semula, mencetak, mengeluar atau memiliki bahan larangan tersebut boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM 20,000 atau kedua-duanya," kata KDM dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau berkata sekiranya penerbitan berkenaan dibiarkan, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat. Click Here!

Lembaga Jurutera Malaysia Ada Kuasa Adili Jurutera

PUTRAJAYA, 13 Ogos (Bernama) -- Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Lembaga Jurutera Malaysia boleh bertindak sebagai pengadu, pendakwa dan hakim dalam prosiding yang diusulkannya terhadap jurutera yang melanggar peraturan.

Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Nik Ab. Rahman berkata Seksyen 15 Akta Pendaftaran Jurutera 1967 memberi kuasa meluas kepada lembaga itu bagi memainkan peranan aktif dalam memulakan, mendakwa dan membuat keputusan dalam prosiding tatatertib bagi membolehkan lembaga itu mengawal selia tingkah laku dan etika profesion kejuruteraan.

Katanya berdasarkan perenggan 2 (5) Jadual Akta Pendaftaran Jurutera, kuasa itu tidak boleh dimansuhkan.

Hakim Nik Hashim menganggotai panel tiga hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Tun Azmi, yang meluluskan rayuan lembaga itu bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengeluarkan perintah certiorari kepada jurutera Leong Pui Kun bagi mengenepikan keputusan lembaga itu membatalkan pendaftaran Leong sebagai jurutera profesional.

Seorang lagi anggota panel itu ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff. Penghakiman yang diumumkan pada 1 Ogos itu diumumkan kepada media hari ini.

Dalam penghakiman 50 muka surat itu, Nik Hashim berkata lembaga berkenaan tidak bersikap berat sebelah sekiranya ia bertindak sebagai penuduh, pendakwa dan hakim.

Leong didapati bersalah oleh lembaga itu bagi empat pertuduhan berhubung runtuhan pelantar sepanjang 32 meter daripada jambatan berkuda-kuda keluli yang sedang dibina di kilang Matsushita Television Co. Sdn Bhd di Shah Alam, yang menyebabkan seorang terbunuh dan lima cedera 13 tahun lepas.

Pertuduhan itu termasuk kegagalan Leong mengambil langkah secukupnya bagi memastikan reka bentuk jambatan berkenaan yang akan disambung ke sebuah gudang, menepati amalan kejuruteraan yang baik.

Leong juga didapati gagal melakukan pemeriksaan berkala yang secukupnya terhadap kerja pembinaan jambatan penghubung itu bagi memeriksa sama ada kerja berkenaan dilakukan sejajar dengan amalan kejuruteraan yang baik.

Dalam perbicaraannya, keputusan Mahkamah Tinggi berpihak kepada Leong. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu, Lembaga Jurutera Malaysia mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan, tetapi kalah dalam kes itu.

Nik Hashim berkata dalam kes Leong, walaupun lembaga itu tidak menerima aduan daripada Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) terhadap jurutera itu, tetapi memang sudah wujud aduan secara tidak langsung atau asas yang berdasarkan fakta bagi membolehkan lembaga itu mengambil daya usaha untuk bertindak terhadap Leong, berdasarkan penemuan jawatankuasa kecil teknikal Jabatan Kerja Raya dan jawatankuasa ad hoc lembaga itu.

"Responden (Leong) diberi salinan laporan berkenaan dan mengetahui tentang perkara yang diadu atau dikenakan pertuduhan terhadapnya serta diberi peluang menyanggah perkara itu," kata beliau.

Nik Hashim berkata tiada prejudis dilakukan terhadap Leong berikutan ketiadaan aduan kerana Leong diberi perbicaraan penuh dan dalam perbicaran itu, beliau diwakili dua peguam.

"Ketiadaan aduan itu tidak menyebabkan berlakunya sebarang ketidakadilan daripada segi prosedur atau melanggar keadilan semula jadi kerana responden (Leong) telah diberi peluang untuk menyanggahnya pada perbicaraan," kata beliau.

Hakim itu berkata berdasarkan hakikat yang wujud, adalah jelas bahawa keputusan lembaga itu tidak akan berbeza sekiranya terdapat aduan kerana keputusan yang dibuat itu adalah berdasarkan pengakuan Leong sendiri serta penemuan yang dibuat terhadap dua perkara penting iaitu reka bentuk jambatan berkenaan yang tidak tepat dan ketiadaan penyeliaan terhadap kerja berkenaan.

Hakim Mahkamah Tinggi terkilaf apabila membuat kesimpulan bahawa keputusan lembaga itu membatalkan pendaftaran Leong adalah tidak tepat atau tidak sejajar dengan undang-undang, berikutan kehadiran dan penyertaan setiausaha dan penasihat undang-undang lembaga berkenaan semasa prosiding tatatertib dijalankan, kata beliau.

Nik Hashim juga berkata proseding tatatertib mengikut Seksyen 15(2) Akta Pendaftaran Jurutera bukan merupakan prosiding bersifat adversarial, manakala prosiding lembaga itu pula bersifat penyiasatan dan dijalankan berlandaskan lunas-lunas keadilan semula jadi.
Xomax - Natural Male Enhancement


Click Here!

Ahmad: Orang kampung mahu saya...

Aug 13, 08 5:45pm
Bekas timbalan ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Ahmad Saad mendakwa pengundi di kampung-kampung mahukan beliau bertanding sebagai calon dalam pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

"Orang kampung bercakap mereka mahukan saya. Ini bancian yang mereka buat. Saya tahu kerana orang kampung yang bercakap," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Menurut mereka, bukan (hanya) satu kajian tetapi beberapa kajian yang mereka buat. Ini bermakna mereka mahukan saya bertanding."

Ahmad, yang juga ketua Umno cawangan Kampung Bukit Indera Muda berkata, beliau tidak menyuruh orang kampung berbuat demikian tetapi sebaiknya mereka membuatnya sendiri.

Menurut kajian itu, katanya, calon yang paling layak dan sesuai menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah orang yang rapat dengan penasihat PKR itu.

"Oleh itu, saya orang yang paling rapat dengan Anwar kerana saya pernah menjadi timbalannya semasa beliau mengetuai Umno.

"Anwar menjadi ketua bahagian Permatang Pauh sejak masuk Umno pada 1982 hingga dipecat pada 1998," katanya.

Pernah jadi Adun

Ahmad juga berasal dari Kampung Bukit Indera Muda, Kubang Semang, Bukit Mertajam dalam kawasan Permatang Pauh.

Beliau pernah menjadi pegawai daerah Bukit Mertajam dari tahun 1976 hingga 1978.

"Semua orang kampung di Permatang Pauh kenal saya, bukan sahaja orang Melayu tetapi orang Cina dan India juga.

"Hari ini pun mereka datang memberi sokongan kepada saya supaya bertanding di Permatang Pauh," katanya lagi.

Ahmad yang kini berusia 57 tahun tidak memegang apa-apa jawatan di peringkat Umno bahagian.

Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti dari 1991 hingga 1995 dan Adun Permatang Pasir (1995-199).

Sebelum ini, ketua bahagian itu Datuk Abdul Jalil Majid berkata, hanya Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang boleh menentukan siapa calon BN untuk kawasan itu.

Selain Abdul Jalil, nama lain yang disebut-sebut termasuklah bekas calon Datuk Pirdaus Ismail dan bekas ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor. Click Here!

Naib presiden GPMS beri keterangan

Aug 13, 08 2:43pm
Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim memberi keterangan kepada polis berhubung pembabitannya membantah forum awam memeluk Islam anjuran Majlis Peguam, Sabtu lalu.

Beliau memberi keterangan kepada pegawai polis Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur tengahari tadi.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

"Walau apapun saya telah bertekad, jika Majlis Peguam menganjurkan lagi forum sedemikian, saya akan tampil ke depan membantah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Forum awam tersebut terpaksa dihentikan ekoran bantahan umat Islam yang berhimpun di luar bangunan ibupejabat majlis tersebut.

bar council islamic forum controversy inccident 090808 04Menurut Jais, sehari sebelum forum tersebut diadakan, iaitu pada petang Jumaat, beliau telah cuba berbincang dengan Majlis Peguam supaya forum tersebut dibatalkan.

Jais berkata, bagaimanapun, beliau diberitahu bahawa anggota jawatankuasa penganjur tidak ada ketika itu.

Katanya, seorang kakitangan staf majlis tersebut memberitahunya bahawa Pengerusi Majlis Peguam, Datuk S Ambiga pergi ke luar negara.

Diiringi anggota polis

"Saya beri masa sehingga jam 4 petang, jika tidak batalkan, kita akan teruskan protes.

"Bila saya masuk pada pagi Sabtu, program itu sudah berjalan, dan baru mereka hendak bincang, tetapi keadaan telah terlambat," katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai apa yang berlaku dalam dewan pada hari tersebut, Jais berkata, beliau seorang sahaja dari GPMS yang masuk ke dalam dewan, dengan diiringi oleh tiga anggota polis.

Sebelum itu, katanya, anggota polis berkenaan telah menasihatkan beliau supaya jangan bertindak kasar dan mengeluarkan perkataan kasar.

"Bila saya masuk, pada jam 9.30 pagi, saya dibawa ke tingkat tiga atau empat," katanya.

Menurut Jais, seorang pegawai di situ memintanya duduk, sementara dia (pegawai berkenaan) membawa Ambiga menemuinya.

"Saya kata, saya bukan hendak berbincang lagi. Saya memberitahunya yang saya hendak turun ke dewan sekarang," katanya.

Ekoran itu, katanya, pegawai berkenaan memberitahunya supaya jangan membuat kacau.

Tidak ingat

"Saya turun ikut tangga dan mendapati forum tersebut sedang berjalan," katanya.

Jais berkata, semasa berada dalam dewan tersebut, beliau tidak pernah menyebut sebarang perkataan yang kesat.

Katanya, beliau ada ada menyebut beberapa perkataan tetapi tidak ingat apa yang telah disebutnya.

Bagaimanapun, kata Jais, beliau tidak pernah menyebut perkataan 'babi' atau 'Cina'.

Menurutnya, seorang jurugambar menghampirinya dan mahu mengambil gambarnya ketika beliau sedang berdiri di situ.

"Saya tepis kerana kamera terlalu dekat dengan saya. Saya rasa kalau hendak ambil gambar, boleh ambil dari jauh.

"Dalam dewan itu juga, saya mendengar ada orang berkata 'Melayu bodoh'.

"Saya berpusing kerana hendak melihat orang berkenaan, tetapi polis menarik saya," katanya.

Katanya, ada seorang peserta lain pula yang bertanya kepadanya, "siapa kamu?"

"Saya menjawab, saya orang Malaysia beragama Islam yang bertanggungjawab," katanya.

Ratusan berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi kerana membantah penganjuran forum awam memeluk Islam anjuran majlis tersebut. Click Here!

Siswa UiTM mahu temui Khalid segera

| Aug 13, 08 12:16pm
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) sedia mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan beberapa syarat, termasuk ia dibuka kepada pihak media.

khalid ibrahimSemalam, Abdul Khalid berkata, beliau mahu mengadakan pertemuan dengan wakil pelajar UiTM berhubung saranannya supaya pusat pengajian tinggi itu turut dibuka kepada bukan bumiputera.

Berikutan itu, para pelajar UiTM telah berarak ke Bangunan SUK Selangor di Shah Alam pagi semalam untuk menyerah memorandum kepada Khalid sebagai membantah syor tersebut.

Yang Dipertua (MPP) UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa pihaknya mengena syarat tersebut supaya media dapat melaporkan perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut.

Katanya, ini bagi mengelak berlaku percanggahan kenyataan yang diberikan kepada pihak media selepas pertemuan itu diadakan.

Satu lagi syarat, katanya, ialah pertemuan tersebut mesti dihadiri oleh menteri besar dan exco pendirikan, Dr Halimah Ali.

uitm students protest in selangor state office 130808 01"Ini kerana menteri besar yang mengutarakan saranan membuka UiTM kepada bukan bumiputera, manakala Dr Halimah sebagai orang yang bertanggungjawab terhadap pendidikan di Selangor," katanya.

Di samping itu, katanya, memandang pertemuan tersebut terbuka kepada semua pihak, maka ia sesuai diadakan dalam kawasan kampus UiTM bagi mengelak berlaku sebarang provokasi.

"Dengan kehadiran orang luar, jika berlaku sebarang provokasi, ia boleh menjejaskan imej pelajar UiTM," tambahnya.

Saranan jumpa minggu ini


Luqmannulhakim berkata, kalau boleh, pihaknya mahu pertemuan itu diadakan dalam minggu ini kerana semangat pelajar sedang berkobar-kobar untuk bertemu dengan Abdul Khalid.

Semalam, menteri besar Selangor itu berkata, beliau serta para exco kerajaan negeri bersedia mengadakan pertemuan itu selepas pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh hujung bulan ini.

"Sepatutnya dipercepatkan kerana kita hanya perlukan masa satu jam sahaja untuk mengadakan pertemuan tersebut," kata Luqmannulhakim lagi.

uitm students protest in selangor state office 130808 02Ditanya sekiranya Abdul Khalid tidak dapat menemui mereka minggu ini, beliau berkata: "Tengoklah, selepas pilihanraya kecil itu, jika ada masa kita jumpalah."

Katanya, ia kerana sebagai pelajar, mereka juga perlu mengikut pengajian masing-masing.

Kelmarin Menteri Besar Selangor dilaporkan mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM, dibuka kepada bukan bumiputera serta pelajar asing.

Abdul Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Menurut beliau, syor itu juga dianggapnya sebagai wajar dan tepat dengan usaha UiTM yang mahu melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan Bumiputera yang berdaya saing.

Bagaimanapun, kata Abdul Khalid, cadangan yang dilontarkan ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya daripada semua aspek agar tidak bercanggah dengan dasar penubuhan IPT itu dalam melahirkan generasi bumiputera yang berilmu dan berdaya saing.Click Here!

MB S'gor enggan mohon maaf

Aug 13, 08 9:26pm
Menteri besar Selangor enggan meminta maaf berhubung cadangannya agar Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerima 10 peratus pelajar bukan Bumiputera walau mencetuskan kemarahan orang Melayu dan bantahan pelajar universiti itu.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga berharap isu berkenaan tidak lagi dibesar-besarkan, lapor Bernama hari ini.

"Tak ada... ini bukan ada maaf atau apa, semua ini hanya untuk menerangkan isu yang telah dipolitikkan," beliau dipetik berkata, mengulas desakan Barisan Bertindak Perpaduan Melayu yang mahu beliau berbuat demikian secara terbuka.

Semalam lebih 5,000 pelajar UiTM di Shah Alam dilaporkan berarak sejauh dua kilometer ke bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor yang menempatkan pejabat menteri besar sebagai tanda bantahan dan menyerahkan memorandum yang menyatakan rasa kesal mereka terhadap cadangan itu.

Abdul Khalid dilaporkan menjelaskan, kenyataannya Ahad lepas bukanlah pendirian kerajaan Pakatan Rakyat atau PKR.

Katanya, kenyataannya dibuat ketika menjawab soalan daripada media tentang kemasukan pelajar asing dan Bumiputera ke UiTM dalam konteks untuk mempertingkatkan mutu pendidikan tinggi sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada pelajar Melayu dan Bumiputera.

"Kerajaan negeri Selangor amat kesal ulasan ini dilaporkan di luar konteks asal dan lebih menjurus kepada isu perkauman," katanya.

Abdul Khalid menegaskan, beliau tidak pernah bermaksud mempertikaikan hak keistimewaan pelajar Bumiputera dan sedar bahawa UiTM ditubuhkan bagi mengangkat martabat pelajar Melayu serta Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

Tambahnya, seperti dilaporkan agensi berita itu, beliau merancang mengadakan perbincangan dengan universiti-universiti di Selangor supaya mereka dapat berusaha untuk mencapai tahap universiti bertaraf antarabangsa.

"Salah satu ciri yang menyebabkan universiti-universiti dikenali di peringkat antarabangsa ialah keterbukaan universiti daripada segi idea dan kemasukan pelajar dan juga daripada segi penglibatan pelajar dalam perbincangan terbuka mengenai isu-isu semasa," katanya.

Pemuda PAS gempur BN demi Anwar

Aug 13, 08 11:02pm
Ketua Pemuda PAS mengarahkan anggota-anggota dewan itu "menggempur" BN bagi memastikan kemenangan tokoh utama PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.


Membentangkan ucapan utamanya di perasminan muktamar Dewan Pemuda PAS malam ini, Salahuddin Ayub berkata pembabitan serius parti itu dalam pilihanraya ini sangat penting untuk membuktikan ia masih setia bersama Pakatan Rakyat.

Penglibatan itu penting, tambahnya, setelah PAS diberikan imej ingin bekerjasama dengan Umno dan BN dalam isu rundingan tertutup dengan presidennya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

"Pilihanraya ini amat penting bagi kita setelah minda rakyat terperangkap dalam permainan kotor BN dalam isu muzakarah baru-baru ini.

"Setelah PAS membuat keputusan tegas untuk menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan BN, inilah peluang terbaik untuk PAS membuktikan bahawa kita masih setia dengan Pakatan Rakyat," katanya di penghujung ucapannya di majlis itu yang diadakan di stadium tertutup Indera Mulia, Ipoh.

"Saya dengan ini mengarahkan seluruh jentera Pemuda PAS di semua peringkat supaya turun menggempur Permatang Pauh bagi melenyapkan keangkuhan BN."

Tambahnya, Pemuda PAS akan membuka markas besar untuk menggerakan jentera pilihanrayanya dan menggesa pergerakan itu "bekerja sepenuh hati untuk memastikan Anwar mencatatkan kemenangan besar" dan sekali gus merapatkan semula jentera Pakatan dalam menghadapi BN.Click Here!

Ariff Shah Terpilih Sebagai Calon BN Di Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM, 13 Ogos (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Seberang Jaya Datuk Ariff Shah Omar Shah dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkan nama Ariff Shah, 52, berkata setelah mengambil kira pelbagai aspek termasuk faktor tempatan dan semasa, beliau adalah calon terbaik menentang penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merebut kerusi kawasan parlimen berkenaan.

Najib mengumumkan demikian di hadapan kira-kira lebih 3,000 penyokong BN di Pusat Konvensyen Sunway Carnival di sini malam ini.

Pilihan raya kecil kawasan parlimen itu diadakan ekoran penyandangnya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi berkenaan untuk memberi laluan kepada suaminya, Anwar.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) menetapkan 16 Ogos ini hari penamaan calon. Click Here!

Lim Mahu Masalah Salah Pengurusan Tanah Kerajaan Negeri Lalu Disiasat

BUKIT MERTAJAM, 13 Ogos (Bernama) -- Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini membuat pendedahan terbaru mengenai satu lagi masalah berkaitan tanah yang dianggapnya sebagai "salah pengurusan" oleh kerajaan negeri sebelum ini.

Sambil menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku, beliau mahu kes kesilapan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) membayar wang hampir RM500,000 berhubung pembelian sebidang tanah oleh sebuah syarikat dikaji semula untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan bilik operasi pilihan raya kecil Permatang Pauh di Taman Arowana, di sini, Lim berkata beliau telah mengarahkan jawatankuasa siasatan dalaman untuk menyiasat semula kes berkenaan yang berlaku kira-kira 10 tahun lalu.

Beliau mendakwa tanah itu dijual oleh PDC kepada syarikat milik seorang "orang kuat" Barisan Nasional (BN) dan deposit sebanyak 20 peratus melalui pinjaman bank telah dibayar kepada perbadanan itu sebagai pendahuluan.

Bagaimanapun, katanya kerana kegagalan syarikat itu melunaskan keseluruhan harga tanah berkenaan, deposit itu dirampas tetapi atas dasar bermurah hati, kerajaan negeri yang lalu memulangkan semula 10 peratus daripada jumlah wang pendahuluan itu kepada syarikat berkenaan.

Menurut Lim kerajaan negeri ketika itu mahu mengambil semula tanah industri di Bayan Lepas itu tetapi tidak boleh dilakukan kerana pihak bank tidak mahu melepaskan tanah berkenaan.

"Bagi membolehkan tanah itu dikembalikan, kerajaan negeri terpaksa membayar 10 peratus yang dianggap sebagai keuntungan daripada wang pendahuluan yang dirampas, kepada institusi kewangan itu.

"Apabila kerajaan negeri hendak menuntut semula wang yang tersalah bayar kepada syarikat berkenaan, syarikat itu sudah gulung tikar," katanya.

Lim berkata, perkara begini memberi masalah kepada kerajaan negeri yang baru kerana setakat ini ia tidak mengetahui kedudukan sebenar kewangan Puloau Pinang.

"Kita mahu tahu apa tindakan kerajaan lalu berhubung perkara ini dan tidak mudah bagi kerajaan Pakatan Rakyat untuk membersihkan "kotoran" yang telah berlaku," katanya.
Click Here!

Sebuah Daerah Baru Bakal Diwujudkan Di Terengganu

KUALA TERENGGANU, 13 Ogos (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini diberitahu bahawa sebuah daerah baru sedang dipertimbangkan untuk diwujudkan di Kuala Terengganu Utara.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata bagaimanapun tempoh daerah baru itu bakal diwujudkan tidak dapat dinyatakan sekarang kerana mengikut Akta Persempadan Semula Pilihan raya, pembahagian kawasan-kawasan itu, hanya dilakukan lapan tahun sekali.

Katanya semasa menjadi exco kerajaan negeri dalam kerajaan sebelum ini, beliau mencadangkan supaya daerah baru itu diwujudkan dan menolak cadangan agar ditubuhkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) baru di Kuala Terengganu Utara.

"Kalau dulu saya sebagai exco, tetapi sekarang sebagai Menteri Besar, saya percaya bahawa sudah tentu ada terowong di hujung sana (ruang untuk mewujudkan daerah baru itu)...Insya-Allah," katanya ketika menjawab soalan Muhammad Ramli Nuh (BN-Tepoh) pada sidang DUN Terengganu di sini hari ini.

Muhammad Ramli sebelum itu bertanyakan sama ada satu daerah baru iaitu daerah Kuala Terengganu Utara atau Kuala Nerus akan diwujudkan oleh kerajaan Terengganu.

Sementara itu, kerajaan Terengganu mengumumkan bahawa kadar inflasi negeri itu meningkat sebanyak 4.5 peratus dalam tempoh dua bulan sejak Mei lepas berikutan peningkatan harga petrol dan diesel serta beras.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal-Ehwal Pengguna negeri Dr A. Rahman Mokhtar berkata berdasarkan data Jabatan Perangkaan, kadar inflasi pada Jun lepas meningkat kepada 8.6 peratus daripada 4.1 peratus pada Mei.

Beliau berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) juga meningkat sebanyak 3.9 peratus dalam tempoh yang sama.

"Keadaan itu berlaku kerana harga barangan keperluan meningkat secara mendadak selepas kenaikan harga petrol, diesel dan beras sejak Mei lepas," katanya ketika menjawab soalan Nawi Mohamad (BN-Hulu Besut) mengenai kadar inflasi ekoran kenaikan harga minyak pada Jun 2008.

Menjawab soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Sura) berhubung bantuan yang diberikan kepada rakyat bagi meringankan beban ekoran kenaikan harga minyak, A. Rahman berkata kerajaan negeri akan melancarkan program Bumi Hijau yang menggalakkan penanaman sayur-sayuran di kawasan rumah.

"Kerajaan negeri juga akan meningkatkan kawasan penanaman padi seluas 2,000 hektar di Setiu dan 2,000 hektar lagi di Projek Pembangunan Terengganu Utara (Ketara)," katanya.
Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising