Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, August 13, 2008

Muhyiddin gesa pelabur asing supaya jangan percaya Anwar bentuk kerajaan

Oleh Bernama
Rabu, 13 Ogos 2008

SINGAPURA: Ahli perniagaan asing yang bercadang melabur di Malaysia dinasihati supaya tidak mempercayai dakwaan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau akan mengambil alih teraju pentadbiran Malaysia September ini.

"Usah percaya," kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada ahli perniagaan Singapura yang menghadiri dialog perdagangan di sini, Selasa.

Muhyiddin berkata beliau tidak nampak kemungkinan perkara itu berlaku, lebih-lebih lagi memandangkan Anwar sering mengubah tarikh beliau akan mengambil alih kerajaan persekutuan yang dikuasai Barisan Nasional(BN)-- dari Ogos ke September, kemudian ke Oktober dan seterusnya.

Kata beliau persoalan paling besar ialah bagaimana Anwar akan menjadi perdana menteri sedangkan tidak seorang pun anggota parlimen BN, yang didakwanya akan menyertai beliau sejak pilihan raya umum 8 Mac lepas, berbuat demikian.

Dialog itu diadakan sempena seminar sehari tentang peluang perniagaan di Malaysia anjuran bersama agensi perdagangan Malaysia dan Singapura, dan dirasmikan Muhyiddin.

Muhyiddin berkata keadaan politik yang wujud di Malaysia sekarang adalah semata-mata hasil ciptaan Anwar, yang tidak sudah-sudah membuat cerita kononnya beliau akan mengambil alih kerajaan September ini.

Muhyiddin, yang juga naib presiden UMNO, berkata pengundi di Malaysia telah membuat pilihan mereka pada pilihan raya umum lepas dengan mengundi BN bagi membentuk kerajaan persekutuan.

Katanya walaupun BN tidak memenangi majoriti besar bagi kerusi parlimen seperti pilihan raya sebelum ini, namun "kemenangan tetap satu kemenangan".

Beliau berkata banyak pelabur bimbang dengan keadaan politik yang melanda Malaysia sekarang kerana mereka tidak pasti tentang iklim pelaburan pada bulan-bulan akan datang.

Katanya pelabur tertanya-tanya sama ada Malaysia masih stabil atau aman seperti sebelum ini atau adakah rakyat akan merusuh di jalan raya dan menimbulkan pelbagai masalah yang merugikan mereka yang melabur di Malaysia.

"Memanglah ini satu persoalan besar. Kami pun bimbang seperti anda juga, dalam menangani keadaan seperti ini.

"Apa yang dilakukan oleh kerajaan selama ini ialah terus memberi jaminan, dan bagi Malaysia, kami juga menyintai keamanan, sama seperti rakyat Singapura, kami cintakan kemakmuran dan kami sayangkan perpaduan yang telah kami kecapi sejak beberapa dekad lepas," kata Muhyiddin.

Rakyat Malaysia amat mementingkan keamanan kerana ia menjadi tanda aras yang kukuh bagi negara ini, kata beliau sambil menambah bahawa Malaysia juga amat mementingkan kestabilan dalam usaha menarik pelaburan.

Muhyiddin berkata Malaysia mengamalkan sistem demokrasi sejak sekian lama dan sistem ini berjalan dengan baik, manakala BN pula menerima keputusan rakyat.

"Anwar Ibrahim perlu menghormati keputusan ini. Jika beliau teringin menjadi perdana menteri, beliau perlu tunggu empat tahun lagi, bertanding pada pilihan raya, menang dengan majoriti dan tubuhlah kerajaan, kalau itu berlaku," kata beliau.

Beliau berkata rakyat Malaysia ingin mengekalkan kestabilan yang mereka nikmati sekarang.

Muhyiddin memberi jaminan kepada pelabur yang bercadang melabur di Malaysia dan mereka yang sudah melabur di negara berkenaan bahawa walaupun wujud beberapa perubahan dalam senario politik tempatan dan beberapa kerajaan negeri tidak lagi berada di bawah pentadbiran BN, namun perkara itu tidak menjadi masalah kerana dasar pelaburan sedia ada terus diguna pakai di seluruh negara.

Beliau berkata negeri yang ditadbir oleh pembangkang juga mahukan pelaburan dan mereka akan memastikan setiap pelaburan baru dan yang sudah dibuat di negeri berkenaan sejak beberapa dekad lepas, akan dijaga dan dilindungi dengan sewajarnya. Click Here!

Terengganu Cadang Bekal Komputer Riba Kepada Semua Pelajar

KEMAMAN, 12 Ogos (Bernama) -- Kerajaan Terengganu bercadang membekalkan komputer riba kepada setiap pelajar di negeri ini apabila menerima kembali wang royalti minyak daripada kerajaan Pusat tidak lama lagi, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Beliau berkata langkah itu selaras dengan matlamat kerajaan untuk meningkatkan taraf dan kecemerlangan pendidikan di negeri ini serta bagi mengatasi masalah beg sekolah terlalu berat yang dibawa pelajar ke sekolah.

"Setelah wang royalti minyak diberikan kembali kepada Terengganu, wang tersebut akan dibelanjakan dalam bidang pendidikan yang menjadi keutamaan kita.

"Hasrat saya ialah untuk membekalkan sebuah komputer riba kepada setiap murid di Terengganu agar ia dapat mengatasi isu beg sekolah yang berat serta mendedahkan mereka dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penganugerahan hadiah kecemerlangan pelajar Yayasan Terengganu (YT) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih dan penyampaian bantuan pendidikan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi kawasan Parlimen Kemaman di sini hari ini.

Pada majlis itu, seramai 337 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), masing-masing menerima wang tunai antara RM120 dan RM240 seorang.

Seramai 229 pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi kawasan Parlimen Kemaman pula masing-masing menerima RM1,000 setiap seorang.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata mulai tahun depan, kerajaan negeri melalui YT akan menghantar seramai 150 pelajar untuk mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di luar negara termasuk 50 orang di Rusia.

Selain itu, beliau berkata seramai 20 pelajar akan dihantar ke luar negara bagi mengambil kursus sebagai juruterbang.

"Semua itu dibuat bagi meningkatkan kualiti dan taraf hidup rakyat Terengganu yang selama ini ketinggalan berbanding penduduk di negeri-negeri Pantai Barat," katanya.

Click Here!

Muktamar Pemuda PAS 'membuka tirai' malam ini

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Muktamar PAS kali ke-54 di Ipoh akan dimulakan terlebih dahulu dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS pada jam 9 malam ini bertempat di Stadium Indera Mulia.

Iklan




Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dijangka akan menyempurnakan majlis perasmiannya manakala perasmian muktamar Dewan Ulama di Dewan Bandaraya Ipoh dan Dewan Muslimat di Hotel Hillcity akan berlangsung keesokan pagi, 14 Ogos.

Muktamar PAS Pusat akan bersidang pada Jumaat 15 Ogos jam 8.00 pagi di Stadium Indera Mulia yang akan menyaksikan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang membentangkan Ucapan Dasarnya di pada hari tersebut.

Menurut wartawan Harakah English Section Muhammad Hamzah persiapan muktamar adalah di tahap yang terakhir dan berjalan lancar.

ImageKawasan sekitar stadium sibuk dengan para petugas memastikan koordinasi lori-lori yang mengangkut barang dan gerai-gerai yang baru dibuka malah Unit Amal sudah pun memulakan tugas mengawal selia keselamatan orang ramai yang akan hadir ke muktamar tersebut.

Semalam, telah berlangsung upacara raptai penuh Muktamar yang disaksikan sendiri oleh Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Ahmad Awang, kata Hamzah.

Sementara itu Setiausaha Politik Mneteri Besar Perak Ustaz Misbahul Munir menjelaskan sedang bersiap sedia menyambut kedatangan para tetamu dari seluruh pelusuk negara.

"Inilah kali pertama PAS Perak menjadi tuan rumah menganjurkan program yang sebesar ini.Kami telah menyediakan satu tempat khas untuk gerai jualan , makan dan minum bagi menampung keperluan para perwakilan dan pemerhati Muktamar.Penginapan untuk para perwakilan juga kami sediakan yang terbaik," jelas Misbah dalam laman web PAS.

ImageDi samping itu laman web tersebut melaporkan terdapat program tarikan berupa konsert Kesenian Islam yang akan diadakan pada 14 Ogos bermula jam 9.30 malam yang dijangka akan menarik minat golongan remaja mendampingi program PAS dan mengenali etika corak hiburan cara Islam.

Konsert tersebut bakal membariskan persembahan Kumpulan Nasyid Far-East dan Saff One di samping deklamasi sajak oleh Dinsman dan rakan-rakannya.

Susulan keesokan 15 Ogos malam, Nostalgia Forum Perdana akan menemui para hadirin dengan barisan ahli panel yang tidak asing lagi iaitu Dato� Dr Haron Din, Dato� Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ustaz Taib Azamuddin.

Manakala malam kemuncak 16 Ogos di mana Ceramah Perdana akan diadakan di Stadium Perak akan menyaksikan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz, wakil-wakil dari pertubuhan Hamas Palestin dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS) menyampaikan ucapan mereka. Click Here!

Raja Nazrin perkenan Nik Aziz, Hadi sampaikan khutbah Jumaat ini

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Selain kesudian menerima mengadap pimpinan PAS di Istana Iskandariah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah sekali lagi memperkenankan Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat menyampaikan Khutbah Jumaat di Ipoh 15 Ogos ini.

Iklan




Perkenan tersebut telah disampaikan sendiri oleh Raja Nazrin ketika Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadap tuanku pagi tadi dan telah disahkan oleh Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Anuar Hasim ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Difahamkan setakat ini Masjid Negeri di Bandaraya Ipoh merupakan masjid yang dipilih untuk kedua-dua tokoh pemimpin PAS yang tidak asing lagi untuk menyampaikan khutbah.

"Kemungkinan salah seorang menjadi imam manakala seorang lagi membaca khutbah atau kedua-dua membaca khutbah di dua masjid berbeza, kita akan maklumkan kepada umum nanti.

"Saya akan memaklumkan kepada media dari masa ke semasa, lokasi masjid kedua-dua pemimpin PAS yang akan menyampaikan khutbah Jumaat ini," kata Anuar dan yakin akan menarik perhatian orang ramai khususnya penduduk Perak untuk hadir ke masjid terbabit untuk mendengar khutbah tersebut.

Dalam pada itu, Raja Nazrin Shah juga memperkenankan menerima mengadap pimpinan PAS pada 14 Ogos sehari sebelum berlangsung Muktamar PAS ke-54.

Perkara itu telah disahkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dan menyatakan pertemuan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar itu akan membabitkan 10 pemimpin tertinggi PAS yang akan diketuai sendiri oleh Usatz Hadi sendiri. Click Here!

Pendedahan komplot politik Umno di sebalik tuduhan terhadap Anwar

Mohd Rashidi Hassan
Tue | Aug 12, 08 | 5:14:35 pm MYT

Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi beberapa kali peringatan terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang didakwanya secara cuai terbabit dalam konspirasi mengenakan tuduhan liwat ke atas beliau.

Iklan




Kata Anwar, PM secara cuai melibatkan dirinya dengan kes ini, dalam usaha untuk menggagalkan sebarang proses perubahan di Malaysia dan untuk menghindari kejatuhan karier politik beliau.

"Saya menasihati mereka di sekeliling beliau untuk menjauhi bahtera kepimpinan beliau yang bakal tenggelam itu selagi mereka mempunyai peluang," ujarnya.

Sebelum ini Ketua Umum KeADILan itu sering mengelak untuk bertembung dengan PM. Kelihatan jelas beliau hanya menumpukan serangan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang didakwanya terbabit dalam pelbagai kes berkaitan rasuah.

Sehingga timbul suatu persepsi di kalangan rakyat, bahawa seolah-olahnya tercetusnya konflik peribadi Anwar-Najib. Anwar menuduh Najib terbabit dalam kes Altantuya Shaariibuu, manakala Najib mengaitkan Anwar dengan kes liwat Saiful Bukhari Azlan.

Mengapa berlaku sebaliknya? Anwar kini dengan nada yang tegas memberikan peringatan seumpama itu terhadap Abdullah?

Ada sumber mendakwa sewaktu kes pertama yang mendakwa Anwar dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Abdullah adalah antara yang disebut-sebut terbabit.

Ketika itu, selain Tun Dr Mahathir Mohamad, antara yang didakwa terbabit sebagai konspirator utama yang terbabit dalam 'mengenakan' Anwar adalah Tun Daim Zainuddin, Dato' Aziz Shamsuddin, Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor, Dato' Megat Junid Megat Ayob, Dato' Seri Sanusi Junid dan beberapa orang lain.

Sewaktu Mahathir memecat Anwar sebagai TPM dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998, Abdullah ketika itu menjadi Menteri Luar yang berada di Amerika Syarikat.

Selepas Mahathir memecat Anwar, Abdullah adalah antara individu yang pertama membuat kenyataan dari luar negara, menyokong pemecatan Anwar.

Sehingga ada yang sumber yang mengatakan, Mahathir melantik Abdullah menjadi penggantinya, 'sebagai hadiah' daripada kesetiaan yang tidak berbelah bahaginya kepada Mahathir, khususnya dalam kes Anwar.

Pada ketika itu, walaupun Najib menjadi Naib Presiden yang paling kanan, namun beliau tidak dilantik. Barangkali bukan kerana beliau lebih muda daripada Abdullah, tetapi Najib kelihatannya lebih berhati-hati untuk 'mengiyakan' serangan Mahathir terhadap Anwar berbanding Abdullah.

Justeru ada yang berpendapat, Abdullah Badawi sejak awal-awal lagi (sejak sebelum 1998) sudah 'establish' dengan grup yang mempercayai Anwar terbabit dengan salahlaku liwat.

Maka tidak hairan kali ini, ada yang mendakwa beliau terbabit dalam 'second accusation' terhadap Anwar.

Apakah Abdullah benar-benar terbabit, terserah kepada pihak berkenaan membuktikannya.

Apakah Abdullah sahaja yang terbabit? Apakah mungkin menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas orang kanan Anwar, Mohamed Ezam Md Nor turut menjadi pelakon utama sandiwara terbaru ini?

Cara pembikinan dakwaan pertuduhan liwat ke atas Anwar

Menurut sumber beberapa bulan sebelum pilihan raya umum, dalam satu mesyuarat Gerak, pengerusinya Ezam ada membayangkan bahawa bekas bosnya, Anwar Ibrahim akan terbabit dengan satu lagi kes liwat.

"Waktu itu Ezam membayangkan nama lain (enggan disebut) sebagai pelakon utama yang akan terbabit dengan Anwar, tetapi alih-alih nama Saiful pula timbul.

"Watak-watak dan nama yang disebutkan Ezam waktu itu berbeza dengan watak yang berlaku, tetapi jalan cerita atau plot dramanya sama," kata sumber berkenaan.

Persoalannya bagaimana nama Saiful boleh timbul dalam kes ini. Menurut cerita kawan-kawan yang bertugas di pejabat Anwar, sejurus sebelum pilihan raya Saiful dibawa bertugas di pejabat tersebut oleh seorang bekas staf yang bernama Rahimi.

Rahimi dikenali amat rapat dengan Ezam. Pada waktu itu Ezam sudah lama keluar daripada KeADILan dan sering membuat berbagai kenyataan mengkritik KeADILan dan Anwar sendiri.

Namun, semua mereka menerima kehadiran Saiful dengan sangka baik, dalam keadaan Anwar kekurangan staf kerana kesibukan masing-masing berhadapan dengan pilihan raya umum.

Maka, bermula sebagai tugasan sukarelawan, sebagai 'pembancuh kopi' sehingga kepada tugasan mencatat beberapa perundingan dan perbincangan Anwar dengan pihak-pihak tertentu, Saiful turut terbabit.

Namun, apabila timbul kes yang didakwa Saiful bahawa beliau diliwat Anwar. Semua staf-staf Anwar terkejut dengan dakwaan beliau.

"Sehari sebelum Saiful hilang (difahamkan tiga hari sebelum membuat laporan polis), beliau berbual-bual dengan kami tanpa menunjukkan sebarang apa-apa yang pelik berlaku.

"Beliau menyapa kami, siap dengan senyuman lagi, tetapi apabila tuduhan ini dibuat ke atas bos (Anwar), kami amat terkejut," kata seorang staf Anwar.

Ada sumber yang rapat memberitahu Saiful dibawa untuk mendapatkan 'rawatan akibat diliwat' ke Pusrawi oleh Rahimi dan seorang rakan Ezam (namanya akan didedahkan kemudian).

Mereka juga dikatakan membawa Saiful ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas gagal mendapatkan 'laporan yang memuaskan'.

"Yang sahihnya Saiful berjumpa dengan Ezam, sehari sebelum Saiful membuat laporan polis ke atas Anwar. Rakan-rakan lain juga ada, mereka tidak dibenarkan menyertai perbincangan empat mata antara Ezam dengan Saiful," dakwa satu sumber lain.

Daripada keterangan-keterangan yang diperolehi secara berasingan melalui staf Anwar dan rakan-rakan dalam KeADILan, dapat digambarkan secara jelas bahawa, kemungkinan Ezam terbabit dalam komplot bagi merencanakan pertuduhan ke atas Anwar amat besar.

Jadi bagaimana pula Abdullah dan Khairy turut dibabitkan sama dan adakah Najib benar-benar terbabit dalam komplot ini.

Peranan Ezam-Khairy untuk mengenakan Najib?

Umum mengetahui Ezam memasuki Umno melalui Khairy dan berkawan rapat dengan kroni utama Khairy, Dato' Norza Zakaria yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Kemasukan dalam Umno Ezam tidak ada kena mengena dengan Najib. Tetapi mengapa Najib terheret dalam kes ini?

Jika Ezam memasuk Umno melalui Khairy dan menghantar borang terus kepada Abdullah di Parlimen, mengapa pula dalam kes Saiful ini, Ezam menyuruh Saiful menemui Najib?

Daripada 'appointment' yang disetkan oleh Ezam untuk Saiful berjumpa Najib. Najib mendengar aduan Saiful. Melalui kenyataannya Najib mengakui bahawa Saiful ada berjumpa dengannya.

Persoalannya mengapa Saiful tidak dibawa Ezam untuk mengadu terus kepada Abdullah? Atau siapakah yang menyuruh Ezam mendapatkan 'appointment' dengan Najib? Apakah dalam plot ini, Khairy turut terbabit untuk 'mengenakan' Najib?

Hasil daripada 'appointment' yang disetkan Ezam tersebut, Najib tersepit dan dibelasah kiri dan kanan oleh Anwar dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Ada kawan-kawan media yang rapat dengan orang-orang Umno berkata, jika Najib tidak menemui Saiful (dalam 'appointment' yang disetkan oleh Ezam), Najib boleh 'mencuci tangan' dan beliau tidak perlu hendak 'pening kepala' dengan tekanan Anwar.

Dan, jika Khairy terbabit dalam kes ini, plot drama menjadi lebih besar. Ianya bukan sekadar pertuduhan liwat ke atas Anwar, malah ianya mengheret kepada 'game' pemilihan dalam pucuk pimpinan Umno menjelang Disember depan.

Semua plot-plot cerita ini menggambarkan wujud 'permainan' besar politik. Dan apabila Ezam yang memulakan langkah ini, apakah tidak mustahil ada 'tangan-tangan' utama yang mencatur 'permainan' ini.

Bagi orang-orang Umno, mereka mengesyaki 'tangan' utama yang memainkan peranan untuk mempertahankan kedudukan Abdullah, 'menghapuskan' Anwar dan menghalang kemaaran Najib, tidak lain tidak bukan adalah Khairy dan Norza.

Apakah Khairy dan juak-juaknya mampu melakukan tindakan politik seperti perumpamaan Inggeris 'killing two birds with stone'?

Persoalan di sebalik hubungan Ezam-Khairy-Norza

Apakah sekarang ini Ezam turut sama terbabit menjadi pelakon utama yang turut sama terbabit dalam percaturan politik dalaman Umno?

Menurut sumber-sumber yang rapat dengan Ezam, jelas bahawa bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan itu mendapat pembiayaan daripada Khairy dan Norza melalui Gerak.

Ada sebahagian kenalan penulis, yang juga merupakan kroni-kroni rapat Ezam mengakui mendapat 'laba' yang besar daripada peruntukan yang diperolehi Ezam.

Ada yang bercerita dengan kawan-kawan, mereka hanya mendapat 'kuah' daripada 'setalam lauk' yang diterima oleh Ezam. Kuah-kuah pun nilaiannya ratusan ribu ringgit, sehingga ada yang membeli kereta baru secara 'cash', membeli rumah dan membuat 'renovation' yang mahal harganya.

Jika 'kuahpun' nilaiannya ratusan ribu ringgit, tidakkah Ezam yang menerima 'setalam lauk' boleh diumpamakan menerima jutaan ringgit daripada pihak-pihak berkenaan.

Itu pun ada yang mendakwa, ketika ditanya kepada Ezam adakah itu sahaja (ratusan RM) upah yang diterima oleh beberapa individu tertentu, Ezam dilaporkan sebagai berkata, "....tunggu dulu, ini baru masuk sikit, ada lagi nak masuk."

Selain daripada itu sumber yang rapat dengan Ezam memberitahu, selepas Ezam memasuki Umno dan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Gerak, beliau digantikan oleh Mohd Nazri Yunus.

"Kalau saudara hendak tahu, Nazri ini adalah staf Inska, sebuah institut pemikiran yang dibiayai sepenuhnya oleh Norza," dakwa seorang sumber.

Jika semua dakwaan ini betul, wah hebat betul permainan politik yang dimainkan oleh Khairy, Norza dan Ezam.

Sejauhmana dakwaan ini betul, penulis tidak dapat mempastikannya. Penulis hanya membuat analisis daripada sumber cerita daripada individu-individu berasingan, yang ditemui secara berasingan, lalu digabungjalin menjadi sebuah teori yang ada rasionalnya.

Rumusan daripada 'permainan politik ini' kes liwat ini sebenarnya sudah menjadi lebih besar. Bukan setakat tuduhan terhadap Anwar. Ianya mengheret kepada 'triangle battle' antara Abdullah - Anwar - Najib.

Sama ada Abdullah sedar tentang 'game' ini tidak penting. Tidak ada bezanya jika ianya membabitkan Khairy.

Namun apapun yang berlaku ketika ini, sama sekali tidak akan menjejaskan peluang Anwar untuk memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Masalah yang lebih besar dihadapi Barisan Nasional dan Umno selain daripada menghadapi Anwar ialah kecamukan politik dalaman.

Sama ada Abdullah dapat bertahan sehingga Jun 2010, sama ada Najib dapat menjadi PM sebelum itu, atau mungkin juga Anwar dapat membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya dicongkak dengan langkah yang amat berhati-hati dan kritikal.

Click Here!

Islam makin dipersoal di era Abdullah

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Disebabkan kelemahan kepimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri, kini agama Islam semakin dipersoalkan oleh pelbagai pihak sehingga mengundang rasa kurang senang umat Islam di negara ini.

Iklan




Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang mengganggap titik mula kelemahan Abdullah terserlah apabila sembilan Menteri Kabinet bukan Islam menyerahkan memorandum bantahan kepada Abdullah kepada isu yang melibatkan agama Islam dan merupakan yang paling bersejarah selepas negara mencapai kemerdekaan lima dekad.

"Memorandum itu juga merupakan pakej bantahan rasmi rakan-rakan Umno dalam komponen Barisan Nasional terhadap negara Islam yang diumumkan Dr Mahathir kira-kira empat tahun sebelum peristiwa bersejarah ini," kata Ustaz Ahmad.

Selepas peristiwa bersejarah itu katanya, berderetan timbul isu-isu mempertikaikan Islam yang ditaja oleh Majlis Peguam dan pelbagai kumpulan pejuang hak asasi manusia.

Ini termasuklah rancangan penubuhan Inter Faith Commision of Malaysia (IFCM), public forum entitled "Federal Constitution: Protection for All", Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan termasuk juga isu perbicaraan Lina Joy yang mendapat perhatian hingga ke peringkat antarabangsa.

"Kesemua ini adalah fenomena yang secara tabienya adalah hasil dari dasar sekular negara yang menjadikan Islam hanya sebagai agama ritual dan upacara.

"Ia adalah ibarat buah yang sudah cukup ranum dari pohon sekular yang ditanam, dibajai dan dijaga bersungguh-sungguh selama 50 tahun dan tibalah musim menuainya dalam era Abdullah Badawi," katanya yang menulis pandangan itu dalam blog peribadinya.

Kebetulan pula kata Ustaz Ahmad, ia mudah 'dituai' kerana kepimpinan Abdullah yang lemah membuka ruang untuk pelbagai pihak mencabar kerajaan Umno-BN apatah lagi mantan bosnya sentiasa merendah-rendahkan kepimpinan beliau.

"Maka forum awam bertajuk 'Conversion to Islam: Article 121 (1A) of the Federal Constitution, Subashini and Shamala Revisited' adalah hanya salah satu dari rangkaian fenomena tersebut.

"Ia tidak akan dapat diselesaikan dengan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada mereka yang terlibat menganjurkannya. Tindakan seperti itu hanya ibarat menyapu sampah ke bawah tikar," katanya.

Click Here!

Usul urusetia Melayu-Islam ala Suqiu

Aug 12, 08 12:34pm
(Malaysiakini) Pemuda PAS akan membahaskan usul mewujudkan satu sekretariat bersama dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan isu-isu Melayu dan Islam seumpama kumpulan pelobi Jawatankuasa Rayuan Pilihanraya Gabungan Persatuan China (Suqiu) dalam muktamarnya yang bermula esok.

"Penubuhan sekretariat tersebut bertujuan menyatukan pandangan semua kelompok yang memperjuangkan kepentingan Melayu-Islam," kata ketua penerangan dewan itu Suhaizan Kaiat kepada Malaysiakini hari ini.

Suqiu dibentuk oleh NGO Cina menjelang pilihanraya umum 1999 dan tuntutannya mendapat dukungan lebih 2,000 persatuan kaum itu sehingga dipertikaikan dengan lantang oleh Pemuda Umno pada 2001.

Suhaizan, yang juga ketua jawatankuasa usul Pemuda PAS, menjelaskan pertubuhan-pertubuhan Melayu itu boleh menyatukan orang Melayu-Islam.

Jawatankuasa usul ini memutuskan hal ini dalam mesyuaratnya malam tadi di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.

Usul penggabungan NGO Islam dan Melayu itu yang dibawa oleh Pemuda PAS Terengganu merupakan satu daripada empat usul yang diterima dan akan dibahas dalam persidangan dewan tersebut.

Suhaizan juga menjelaskan, jawatankuasa usul yang dianggotai oleh enam anggota Lajnah Penerangan Pemuda PAS menerima enam lagi usul tanpa bahas.

Persidangan dewan itu dijadual dirasmikan oleh timbalan presiden PAS Nasharuddin Mat Isa jam 8 malam di Stadium Tertutup Indera Mulia, Ipoh.

Dewan Pemuda PAS sendiri mengusulkan penyokong bukan Islam PAS diberi lebih peranan dalam parti itu, tambah Suhaizan, khususnya setelah melihat senario sokongan mereka dalam pilihanraya umum Mac lalu.

"PAS harus memberi peluang yang lebih kepada mereka agar mereka lebih selesa dengan PAS," katanya.

Beliau menyerahkan kepada muktamar PAS untuk memperhalusi peranan dan peluang yang akan diberikan kepada kaum bukan Islam.

Usul ketiga, yang dibawa oleh Perlis dan Johor, berhubung peranan PAS dalam Pakatan Rakyat.

"Perlu ada beberapa penegasan agenda PAS dan diharap dapat diterima dan dilaksanakan dalam Pakatan Rakyat," kata Suhaizan.

Diminta mengulas lanjut agenda PAS yang perlu diterima dan dilaksanakan dalam gabungan tiga parti pembangkang itu, beliau berkata:

"Agenda yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan agama Islam terutama di negeri-negeri Pakatan Rakyat."

Usul tersebut, tambah Suhaizan, dijangkakan memanaskan lagi perbahasan di persidangan dewan tersebut yang bermula 8.30 pagi lusa.

Usul keempat, jelasnya lagi, yang dibawa daripada perwakilan Johor menegaskan isu kedaulatan negara dengan mendesak kerajaan memperhalusi perjanjian Malaysia dengan Singapura.

Usul tersebut diterima berikutan terlepas Pulau Batu Putih kepada Singapura pada Mei lalu. Click Here!

300 pelajar jururawat bantah PTPTN

Aug 12, 08 8:49pm
(Malaysiakini) Kira-kira 300 pelajar kejururawatan di Kolej Masterskill di Cheras, Kuala Lumpur mengadakan demonstrasi membantah tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa memotong jumlah pinjaman mereka.

Mereka berhimpun mulai jam 10 pagi di dalam kawasan kampus sambil melaungkanr rasa tidak puashati mereka terhadap tindakan PTPTN itu.

Malaysiakini difahamkan, PTPTN telah membuat potongan berganda terhadap bayaran insurans yang dikena ke atas pinjaman mereka.

Difahamkan juga, setiap pelajar terbabit masing-masing mendapat RM54,000 hingga RM60,000 untuk mengikut pengajian kejururawatan peringkat diploma selama tiga tahun.

Mereka berhimpunan sehingga jam 4.30 petang apabila pegawai PTPTN datang ke kolej tersebut untuk memberi penjelasan kepada pelajar terbabit.

Selepas mendengar penjelasan selama kira-kira sejam dari pihak PTPTN, pelajar terbabit kemudiannya bersurai.

Dua anggota polis kelihatan memasuki kampus kira-kira jam 1.30 tengahari tadi untuk memantau keadaan di situ. Click Here!

MB S'gor: Sesuaikan agenda PAS bersama Pakatan

Aug 12, 08 6:38pm
(Malaysiakini) PAS boleh menyesuaikan agenda Islamnya dalam kerjasama bersama Pakatan Rakyat seperti DAP berbuat demikian, kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Kita telah terima parti PAS. Saya pernah jadi setiausaha agung PKR. Kita telah terima parti PAS dan DAP sebagai rakan kita dalam politik.

"Kita terima hakikat bahawa PAS memperjuangkan pembangunan Islam, dan (hakikat) ini kita dapat sesuaikan dengan pembangunan negeri kita.

"Rakan kita dalam DAP (pula) memperjuangkan rakyat keseluruhannya. Dan ini (Pakatan) merupakan platform bersama," katanya, mengulas amaran Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang bahawa parti itu akan meninggalkan Pakatan Rakyat jika gabungan itu gagal melaksanakan idealisme Islam di peringkat persekutuan.

Abdul Hadi dilaporkan berkata demikian sebagai merujuk kemungkinan Pakatan membentuk kerajaan persekutuan selepas 16 September ini seperti sedang diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap di sidang akhbar di Subang Jaya selepas menghadiri dialog bajet negeri itu bagi 2009, Abdul Khalid berkata:

“Dan saya rasa ucapan Tuan Guru Abdul Hadi itu menegaskan perlunya masyarakat Malaysia menerima perjuangan mereka untuk memperjuangkan agama Islam dan ummah sebagai salah satu perjuangan yang tidak boleh ditolak ansur.

"Dan kita (Pakatan) menerima hakikat tersebut."

Sementara itu, exco agama kerajaan negeri Datuk Dr Hassan Ali berkata kenyataan Abdul Hadi itu hanya satu kenyataan dan dalam proses perbincangan dengan rakan-rakan lain dalam Pakatan, sudah tentu ada “tolak-ansur”.

"Itu satu kenyataan. Dalam Pakatan ini, saya fikir, dalam musyawarah (mesyuarat) sudah tentu ada tolak ansur dan sebagainya. Apa pun dasar-dasar (PAS) itu perlu dipertahankan.

"Dan saya fikir untuk membawa dasar seperti itu, tentang ahli-ahli (Pakatan) yang lain, patut dihormati pendapat masing-masing. Dalam penghormatan itulah, saya fikir, kita dapat satu kesepaduan terhadap sesuatu matlamat yang kita perjuangkan," katanya, yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

Menjelaskan lanjut perkara itu, beliau berkata:

"Itu sebenarnya pendirian PAS tentang pemerintahan, tentang pentadbiran, sebab itulah (yang ada) dalam perlembagaan PAS. Maksudnya kalau kita membuat cadangan yang berlainan daripada itu, maka ia bertentangan dengan pendirian PAS." Click Here!

MP Labuan nafi wujud penipuan projek

Aug 12, 08 9:06pm
Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal menafikan wujudnya penipuan, penyelewengan atau pemalsuan dalam pemberian projek oleh syarikatnya seperti yang dilaporkan akhbar hari ini, dan menyifatkan ia satu agenda politik.

Katanya, dua projek yang disebut itu iaitu pembinaan pasar dan sekolah yang masing-masing bernilai RM24.8 juta dan RM10.5 juta adalah melalui tender terbuka.

“Syarikat saya merupakan penawar harga terendah untuk projek-projek berkenaan. Apakah syarikat yang menawarkan harga terendah mendapat projek kerajaan menjadi kesalahan dan disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah?,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.

Yussof berkata tuduhan pihak tertentu yang mengatakan beliau memalsukan dokumen untuk mendapatkan pinjaman bank adalah fitnah semata-mata.

“Saya ingin memperjelaskan di sini bahawa tidak ada satu pun pemalsuan dokumen yang pernah saya buat," katanya.

"Kita sepatutnya menerima hakikat pihak bank buat masa sekarang mempunyai kakitangan profesional serta terlatih dan mustahil pihak bank gagal mengenali di antara dokumen-dokumen original atau palsu.

"Untuk itu, mereka yang menabur fitnah ini perlu dibawa ke muka pengadilan dan saya dalam masa terdekat akan membuat laporan polis,” tegasnya.

Mengenai sub-kontraktor yang disebut dalam laporan itu, Yussof berkata sub-kontraktor itu datang berjumpa dengan beliau bagi memohon membuat kerja-kerja sub-kontrak memandangkan beliau kontraktor Bumiputera.

“Tetapi saya terpaksa menamatkan kontrak beliau kerana beliau telah gagal melaksanakan kerja walaupun setelah diberikan tiga kali notis.

"Pihak syarikat saya akan mengambil tindakan undang-undang juga untuk menuntut kerugian daripada syarikat itu kerana kegagalan melaksanakan projek tersebut. Secara peribadi juga saya akan menyaman beliau kerana berniat jahat, menabur fitnah untuk menjatuhkan reputasi saya,” tambahnya.

Yussof mendakwa kes itu adalah satu agenda politik yang dibangkitkan di saat-saat pemilihan Umno Bahagian Labuan di mana beliau sendiri menawarkan diri untuk bertanding sebagai ketua bahagian. Click Here!

Suhaili: Saya tidak disiasat BPR

Aug 12, 08 3:43pm
(Malaysiakini) Ketua Umno bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman berkata beliau bukan ahli politik Sabah yang sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung dakwaan untuk mendapatkan kontrak bernilai RM40 juta.

"Saya tidak tahu...saya tidak tahu mengenai projek itu. Saya tidak ada projek di Labuan kecuali sebuah hotel murah.

"Jadi bukan saya yang terbabit dengan projek terbabit," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

suhaili abdul rahmanBeliau menjelaskan demikian ketika diminta mengulas laporan bahawa BPR sedang menyiasat seorang ahli politik Sabah yang didakwa mengamalkan rasuah untuk mendapatkan projek berkenaan.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan bahawa BPR sedang menyiasat seorang ahli parlimen Sabah kerana penyalahgunaan kuasa, pemalsuan dan rasuah berhubung dengan tiga kontrak bernilai kira-kira RM40 juta di Labuan.

Suhaili menjadi ahli Parlimen Labuan selama tiga penggal sejak 1995 tetapi tidak bertanding dalam pilihanraya umum lalu. Beliau juga merupakan pengerusi Perbadanan Labuan.

'Jangan buat tuduhan'


Mengulas lanjut mengenainya, Suhaili berkata, lagi pula laporan itu menyebut ahli politik berkenaan berusia 51 tahun, sedangkan beliau berusia 47 tahun.

Menurutnya lagi, sebelum menjadi ahli parlimen Labuan, beliau telah berjanji tidak akan terbabit dengan perniagaan.

Sementara itu, ketika diminta mengulas laporan tersebut, Ketua Pengarah BPR, Datuk Ahmad Said Hamdan mengesahkan badan itu sedang menyiasat seorang ahli politik Sabah yang didakwa terbabit dengan penyalahgunaan kuasa dan amalan rasuah di Labuan.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat tuduhan melulu terhadap ahli politik itu kerana kes itu masih dalam penyiasatan.

“Bagilah kami peluang untuk siasat dulu. Jangan terus melontarkan tuduhan.

"Kami mahu bersikap adil ke atas semua individu yang kami siasat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan BPR Keningau.

Politik wang


Katanya, kes itu disiasat secara bersama oleh BPR Sabah dan ibu pejabat BPR di Kuala Lumpur.

Ahmad Said turut mengesahkan dua pemimpin politik Umno Kota Kinabalu sedang disiasat atas dakwaan terlibat dengan politik wang pada mesyuarat cawangan parti.

Katanya walaupun BPR menerima aduan berkaitan politik wang sepanjang mesyuarat Umno cawangan seluruh negara berlangsung, jumlah aduan yang diterima tidak banyak dan siasatan sedang dijalankan.

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula dilaporkan berkata, BPR dibenarkan untuk menyiasat kes-kes tertentu membabitkan politik wang dalam pemilihan Umno sekarang.

Perdana Menteri berkata, kes-kes yang akan disiasat itu membabitkan kes tertentu yang memerlukan campur tangan badan itu. Click Here!

PKR jamin keselamatan media

Aug 12, 08 6:52pm
(Malaysiakini) PKR memberi jaminan insiden yang boleh menggugat keselamatan petugas media tidak akan berulang semasa liputan pilihanraya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.

Malah, menurut laporan Bernama, parti itu akan menyediakan pelbagai kemudahan kepada media untuk memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan lancar, kata Setiausaha PKR Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim.

"Kita mahukan liputan yang terbaik dan kita telah pelajari daripada kesilapan lampau.

"Kita memberi jaminan insiden mengasari petugas media tidak akan berlaku lagi," katanya pada taklimat khas kepada media di Bukit Mentajam hari ini.

Pada 3 Ogos lalu, jurugambar akhbar Guang Ming Daily, Loh Hooi Hoon, dikasari sekumpulan lelaki dipercayai penyokong PKR semasa membuat liputan ceramah penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seberang Jaya dekat Bukit Mertajam.

Abdul Malik berkata semua media akan dilayan dengan adil dan PKR akan membuka sebuah pusat media di bangunan Yayasan Aman di Kubang Semang di Bukit Mertajam untuk menyalurkan maklumat secara setempat. Click Here!

MB S'gor mahu temui pelajar UiTM

Aug 12, 08 5:00pm
(Malaysiakini) Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan wakil pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) berhubung saranannya supaya pusat pengajian tinggi itu turut dibuka kepada bukan bumiputera.

khalid ibrahimBeliau menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan para pelajar UiTM yang berarak ke Bangunan SUK Selangor di Shah Alam pagi ini untuk menyerah memorandum kepada Khalid sebagai membantah syor tersebut.

Kumpulan pelajar tersebut mula berkumpul sejak jam 7.30 pagi tadi tetapi dimaklumkan bahawa menteri besar tiada dipejabat.

Mereka kemudiannya menyerahkan memorandum bantahan itu kepada wakil pejabat menteri besar Hasril Abu Hassan.

Menurut Abdul Khalid lagi, pelajar berkenaan mungkin belum faham sepenuhnya saranan yang dikemukakan oleh beliau itu.

Oleh itu, katanya, beliau ingin berjumpa dan mengadakan perbincangan lebih lanjut dengan wakil pelajar UiTM untuk kebaikan bersama.

Katanya, beliau serta para exco kerajaan negeri bersedia untuk menghadapi perbincangan dengan wakil pelajar UiTM itu.

Berkongsi pengalaman

Menteri besar berkata perbincangan tersebut dijangka diadakan selepas pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh hujung bulan ini.

Abdul Khalid juga berkata, beliau percaya universiti telah semakin terbuka dan beliau berharap dapat bertemu pelajar bagi berkongsi pengalaman tentang pengurusan negeri tersebut.

Beliau juga diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa beliau (Khalid) tidak berhak membuat saranan seumpama itu.

"Memang saya tidak ada hak. Saya rasa Pak Lah pun sama juga," katanya.

Sebaliknya, tambah Abdul Khalid lagi, beliau cuma memberi pandangan dan "kalau tak diterima tak apa..."

Bagaimanapun, menteri besar menegaskan bahawa beliau ikhlas dalam membuat saranan tersebut.

"Tetapi dalam pandangan saya, lebih baik terima sebab kita sekarang berada dalam suasana global dan antarabangsa," tambahnya.

Semalam Menteri Besar Selangor dilaporkan mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing.

Abdul Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Menurut beliau, syor itu juga dianggapnya sebagai wajar dan tepat dengan usaha UiTM yang mahu melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan Bumiputera yang berdaya saing.

Bagaimanapun, kata Abdul Khalid, cadangan yang dilontarkan ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya daripada semua aspek agar tidak bercanggah dengan dasar penubuhan IPT itu dalam melahirkan generasi bumiputera yang berilmu dan berdaya saing.Click Here!

Khalid digesa jangan ulang lagi...

Aug 12, 08 5:27pm
(Malaysiakini) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) meminta Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan menyarankan supaya 10 peratus tempat di UiTM diperuntukkan kepada bukan bumiputera.

Yang Dipertua (MPP) UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris berharap Abdul Khalid "kesal dan insaf" di atas kenyataan yang dibuatnya itu.

Pagi tadi, sekumpulan pelajar UiTM berarak ke Bangunan SUK Selangor di Shah Alam untuk menyerah memorandum kepada Khalid sebagai membantah syor tersebut.

Mereka mula berkumpul sejak jam 7.30 pagi tadi tetapi dimaklumkan bahawa menteri besar tiada di pejabat.

Mereka kemudiannya menyerahkan memorandum bantahan itu kepada wakil pejabat menteri besar Hasril Abu Hassan dan beredar secara aman.

Semalam Menteri Besar Selangor dilaporkan mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing.

Tingkat daya saing

Abdul Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Menurut beliau, syor itu juga dianggapnya sebagai wajar dan tepat dengan usaha UiTM yang mahu melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan Bumiputera yang berdaya saing.

Bagaimanapun, kata Abdul Khalid, cadangan yang dilontarkan ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya daripada semua aspek agar tidak bercanggah dengan dasar penubuhan IPT itu dalam melahirkan generasi bumiputera yang berilmu dan berdaya saing.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Luqmannulhakim berkata, pendirian menteri besar Selangor itu supaya UiTM dibuka kepada bukan bumiputera telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelajar.

Katanya, UiTM adalah benteng akhir untuk pelajar cerdik untuk menilai isu yang berlaku.

"UiTM berperanan untuk mengimbang golongan profesional Melayu dan bukan Melayu," katanya.

Keserasian kaum

Ditanya apakah rancangan MPP seterusnya berhubung isu tersebut, Luqmannulhakim berkata, pihaknya menunggu maklumbalas selanjutnya daripada menteri besar berhubung memorandum tersebut.

Sementara itu, memorandum tujuh halaman itu, antara lain, menegaskan bahawa langkah membuka 10 peratus kemasukan pelajar bukan bumiputera ke UiTM bukanlah langkah terbaik untuk meningkatkan kualiti dan dayasaing pelajar bumiputera serta memupuk keserasian antara kaum.

Menurutnya, ini kerana jika dilihat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan IPT swasta, yang membuka ruang kepada bukan bumiputera, masalah keserasian antara kaum masih lagi terjadi.

"Malah, jika kita dilihat di Kolej Matrikulasi dan MRSM (Maktab Rendah Sains Mara), masalah pelajar berpuak-puak mengikut kaum masih terjadi.

"Oleh itu, langkah membuka UiTM kepada bukan bumiputera tidak banyak membantu proses keserasian antara kaum.

"Apa yang lebih penting ialah langkah mendidik pelajar supaya dapat menerima satu sama lain dan belajar hormat-menghormati tanpa mengira kaum dan agama," kata memorandum tersebut.Click Here!

12 Cawangan Umno T'ganu digantung

Aug 12, 08 6:59pm
Sebanyak 12 cawangan Umno di Terengganu telah digantung pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan tidak layak untuk mengadakan mesyuarat masing-masing.

Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Terengganu, Razali Bidin berkata, daripada jumlah tersebut, lapan cawangan di Umno Bahagian Setiu, Dungun (2) dan masing-masing satu di Kemaman dan Marang.

"Cawangan-cawangan ini digantung pendaftaran kerana tidak menghantar Borang 9 Pendaftar Pertubuhan iaitu dengan tidak mengemukakan laporan tahunan masing-masing," katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Terengganu hari ini.

Dalam pada itu, Bernama memetik beliau sebagai berkata 18 lagi cawangan tidak layak bersidang kerana statusnya sebagai pemerhati atau cawangan-cawangan yang baru ditubuhkan.

Di Terengganu, Razali berkata terdapat 996 cawangan Umno dan daripada jumlah berkenaan, sebanyak 966 layak mengadakan mesyuarat.

Beliau berkata, setakat ini, sebanyak 575 cawangan telah selesai mengadakan persidangan masing-masing dengan Umno Bahagian Hulu Terengganu yang mempunyai
jumlah cawangan tertinggi 109 telah berbuat demikian.

Selebihnya ialah 97 cawangan di Umno Bahagian Kemaman, Dungun (95), Marang (65), Kuala Nerus dan Kuala Terengganu masing-masing 60 cawangan, Setiu (47) dan Besut (42). Click Here!

PAS rela tinggal Pakatan demi Islam

Aug 12, 08 5:44pm
PAS bertegas mempertahankan Islam sebagai asas perjuangan parti dan sanggup meninggalkan Pakatan Rakyat jika ia tidak menguntungkan Islam.

hadi awang 00Perkara itu ditegaskan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika berucap merasmikan konvensyen PAS Pulau Pinang, Ahad lalu.

Ia disahkan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin diketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Akhbar tabloid harian, Sinar Harian melaporkan perkara yang sama di muka hadapannya hari ini.

Hafiz berkata, pendirian tersebut menunjukkan bahawa perjuangan PAS mempertahankan Islam konsisten sejak dahulu lagi.

Katanya, ucapan Abdul Hadi itu merujuk tanggal 16 September depan apabila ahli-ahli parlimen Barisan Nasional (BN) melompat kepada Pakatan Rakyat.

Seperti yang telah dinyatakan oleh penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyertaan mereka cukup untuk memboleh Pakatan mengambil alih pemerintahan negara.

Bantu calon PKR

Sementara itu, Hafiz berkata, dalam ucapannya Ahad lalu, presiden PAS itu menegaskan jika ahli Parlimen bukan Islam lebih ramai daripada ahli Parlimen Islam, PAS tidak akan menyertai kerajaan Pakatan Rakyat.

"Tuan Guru (Abdul Hadi) menegaskan dalam ucapannya bahawa kita bukan perkauman tetapi menjadi tanggungjawab parti untuk mempertahankan dasar Islam.

"Beliau juga menegaskan bahawa setelah 50 tahun orang Melayu memerintah negara ini, tetapi jika orang bukan Melayu mengambilalih, (maka) ia sukar kepada negara dan rakyat.

"Oleh itu, kata Tuan Guru lagi, jika ahli Parlimen bukan Islam lebih ramai, ia akan menggugat orang Islam," kata Hafiz.

Katanya, ucapan Abdul Hadi mendapat sokongan dari lebih 100 pemimpin PAS negeri yang menghadiri konvenyen tersebut.

Bagaimanapun, kata Hafiz, Abdul Hadi telah menyatakan bahawa PAS akan tetap menyokong calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh. Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising