Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, August 12, 2008

Rafidah perlu sedia 'dilanggar'

Oleh Utusan
Selasa, 12 Ogos 2008

KUALA TERENGGANU: Ketua Pergerakan Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz perlu bersedia dicabar oleh Naibnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, untuk jawatan tertinggi sayap itu pada pemilihan parti Disember ini walaupun pelan peralihan kuasa antara kedua-duanya telah dipersetujui.

Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata dalam proses pemilihan jawatan parti, ahli yang berhak menentukan pemimpin yang mereka mahu dan jika Datuk Seri Shahrizat menerima terlalu banyak pencalonan, beliau percaya Datuk Seri Shahrizat tidak boleh menolak kehendak ahli untuk bertanding.

'Bukan saya suruh bertanding. Maksud saya memang dalam situasi mana sekalipun, bukan saja Wanita, Pemuda, Puteri atau bahagian, hak ahli adalah hak ahli (pencalonan).

'Pemimpin boleh kata peralihan kuasa tetapi kalau ahli beri pandangan lain, siapa pun tidak boleh halang.

'Sama ada mereka sudah muafakat saya pun tidak pasti, saya cuma baca dalam media. Formula ini kita terima tetapi kalau ahli tidak terima adakah kita boleh sekat? Mungkin ahli lebih tahu pemimpin yang mereka mahu,' katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rasional pelan peralihan kuasa daripada Tan Sri Rafidah kepada Datuk Seri Shahrizat yang dijadualkan selewat-lewatnya pada Jun tahun depan.

Menurut Tan Sri Muhyiddin, hak menentukan kepimpinan sesebuah pergerakan dan parti bukan terletak di tangan pemimpin itu sendiri.

Sebaliknya, sebagai sebuah organisasi yang mengamalkan proses demokrasi ahli yang mempunyai kuasa untuk membuat pemilihan. Click Here!

Piala Monsun Mungkin Tidak Diadakan Tahun Ini, Kata Ahmad Said

KUALA TERENGGANU, 11 Ogos (Bernama) -- Penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Terengganu yang sepatutnya berlangsung Disember ini, mungkin tidak akan diadakan berikutan tiada persiapan yang dilakukan penganjur, T-Best Events setakat ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata penganjur sepatutnya sudah mengadakan siri perbincangan dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan itu, yang diadakan di Pulau Duyong di sini.

Beliau berkata bagaimanapun sehingga kini, penganjur tidak memaklumkan persiapan mereka termasuk bagi mengadakan acara sampingan menjelang kejohanan berprestij itu yang memasuki edisi ketiga tahun ini.

"Tiga bulan lepas, penganjur ada berjumpa dengan saya berbincang mengenai Piala Monsun dan mereka minta kerajaan negeri menambah peruntukan berbelas juta untuk menganjurkan kejohanan itu tahun ini.

"(Namun) selepas itu mereka diam dan setakat ini saya tidak tahu mengenai perkembangan kejohanan itu sama ada ia diadakan atau tidak," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersama media Terengganu di sini malam tadi.

Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun, yang diperkenalkan pada 2006 dikendalikan oleh T-Best Events yang merupakan anak syarikat TDM Berhad, yang bertindak sebagai penganjur di bawah perjanjian antara kerajaan Terengganu dan World Match Racing Tour.

Ahmad berkata penganjur kejohanan itu meminta kerajaan Terengganu menyediakan peruntukan lebih tinggi tahun ini kerana mendakwa mengalami kerugian tahun lepas.
Click Here!

Ahmad Said Sahkan Beri Keterangan Kepada BPR

KUALA TERENGGANU, 11 Ogos (Bernama) -- Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah mengambil keerangan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said mengenai beberapa projek yang dilaksanakan di negeri ini termasuk penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun dan pembinaan Taman Tamadun Islam (TTI).

Ahmad ketika mengesahkan perkara itu, berkata empat pegawai termasuk dua daripada ibu pejabat BPR di Kuala Lumpur mengambil keterangan daripada beliau selama sejam di pejabatnya di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

"Bukan sahaja mengenai Piala Monsun dan TTI, saya juga telah memberi maklumat mengenai beberapa perkara (projek)," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra bersama media Terengganu di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Pengarah BPR Terengganu Sharuddin Sapian berkata pihaknya akan mendapatkan keterangan daripada Ahmad berhubung Piala Monsun dan TTI, yang dilaksanakan di Terengganu ketika di bawah pentadbiran pemimpin lepas.

Ahmad berkata beliau akan terus memberikan kerjasama sekiranya BPR mahu mendapatkan maklumat lanjut berhubung pelaksanaan projek-projek berkenaan.

"Kerajaan hendaklah bersikap telus. Kita tidak mahu menyembunyikan apa yang tidak betul," katanya.
Click Here!

Kempen: Umno kena bayar RM218 juta

Aug 11, 08 10:07pm
(Malaysiakini) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Umno membayar tuntutan lebih RM218 juta daripada Elegant Advisory Sdn Bhd berhubung penyediaan bahan kempen pilihanraya umum Mac 2004.

Dalam pilihanraya itu, Umno menerima bahan kempen termasuk poster, lencana, kain rentang, air mineral, bendera dan topi tetapi ia menolak untuk membayarnya.

kuala berang by-election 260804 elegant advisory closeup 02Keputusan penghakiman itu telah disampaikan oleh timbalan pendaftar Mahkamah Tinggi, Ahmad Faizadh Yahaya pada 17 Julai lalu.

Sebagai reaksinya, Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata parti itu akan mencabar keputusan mahkamah itu.

Sambil menyatakan rasa tidak percaya dengan keputusan mahkamah tersebut, beliau berkata "Umno sudah tentu akan merayu." Click Here!

3,000 'student' UiTM berarak di Shah Alam

Oleh Mstar
Selasa, 12 Ogos 2008

LEBIH 3,000 penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) mula berarak ke Bangunan SUK Selangor di Shah Alam pagi ini sebagai tanda membantah syor supaya pusat pengajian tinggi tersebut dibuka kepada bukan Bumiputera.

Tinjauan mStar Online mendapati penuntut UiTM mula berkumpul sejak 7.30 pagi tadi untuk bergerak secara konvoi melahirkan pendirian bantahan mereka.

Pada awal pihak penganjur menjangkakan kira-kira 2,000 orang akan menyertainya.

Ketika dihubungi malam tadi, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, Luqmannulhakim Mohamad Idris berkata, perarakan yang diberi nama "Perhimpunan UiTM Di Hatiku" akan menyerahkan memorandum membantah syor tersebut kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Kami komuniti pelajar UiTM membantah keras pandangan (membuka UiTM) sedemikian. Kami mendapati alasan bahawa tindakan mengkhaskan UiTM hanya kepada masyarakat Bumiputera menyebabkan pelajar Bumiputera kurang berinteraksi dan sebagainya adalah tidak benar," kata beliau ketika dihubungi mStar Online semalam.

Malah, pada pukul 9 malam tadi, wakil MPP UiTM telah mengadakan pertemuan dengan Naib Canselornya, Prof. Datuk Seri Dr. Ibrahim Abu Shah bagi memaklumkan tindakan mereka.

Kata Luqmannulhakim, pada pertemuan itu pengurusan tidak menghalang MPP untuk mengambil langkah sedemikian.

Malah, tindakan ini hanya akan disertai pelajar UiTM, bukannya pengurusan dan kakitangan.

"Kami difahamkan pengurusan UiTM akan mengeluarkan kenyataan kemudian," katanya.

Perarakan menyerahkan memorandum itu kepada kerajaan negeri merupakan langkah pertama, kata beliau.

"Selepas ini kami akan menyerahkan memorandum yang serupa kepada Perdana Menteri dan kemudian Yang di-Pertuan Agong yang juga Canselor UiTM. Ini akan dilakukan minggu depan," katanya.

Mengulas lanjut, kata Luqmannulhakim, pihaknya akan menghimpunkan penuntut-penuntut UiTM di kampus induk di Shah Alam awal pagi esok sebelum berarak ke Bangunan SUK.

"Sehingga malam ini kami sudah memperoleh tandatangan menyokong memorandum bantahan daripada lebih 5,000 pelajar dan ia mungkin akan mencecah 10,000 orang esok," katanya.

Kata Luqmannulhakim, pendirian kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar yang meminta 10 peratus diperuntukkan kepada penuntut bukan Bumiputera dan rakyat asing telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelajar.

“Memorandum ini bertujuan meminta beliau (Menteri Besar Selangor) menarik balik kenyataannya kerana bertentangan dengan prinsip penubuhan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bagi melahirkan profesional di kalangan Bumiputera,” katanya.

Perhimpunan pelajar secara besar-besaran akan diadakan esok di Padang Kawad UiTM Shah Alam seawal pukul 7.30 pagi bagi mendapatkan tandatangan pelajar sebagai bantahan.

Sementara itu Naib Canselor UiTM ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Maaf, saya tak dapat nak beri komen mengenai perkara ini sehingga Menteri Pengajian Tinggi membuat kenyataan rasmi mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau hanya akan memberi komen dalam sidang media khas yang akan diadakan di pejabatnya esok setelah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengeluarkan kenyataan.

Dalam pada itu, mStar Online gagal mendapatkan komen Khaled berhubung isu ini.

Semalam Menteri Besar Selangor mencadangkan 10 peratus daripada jumlah semasa kuota pelajar di UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera serta pelajar asing.

Abdul Khalid berkata, cadangan itu akan dapat mempertingkatkan kualiti pendidikan dan persaingan di kalangan pelajar institusi
pengajian tinggi (IPT) tersebut.

Menurut beliau, syor itu juga dianggapnya sebagai wajar dan tepat dengan usaha UiTM yang mahu melahirkan pelajar daripada golongan Melayu dan Bumiputera yang berdaya saing.

Beliau melahirkan pandangan itu ketika mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pengajian Tinggi dan
Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali dalam sebuah akhbar hari ini yang berpendapat UiTM perlu 'dibuka' kepada kaum lain jika ingin mewujudkan persaingan yang sihat.

Bagaimanapun, kata Abdul Khalid, cadangan yang dilontarkan ini perlu difikirkan sedalam-dalamnya daripada semua aspek agar tidak bercanggah dengan dasar penubuhan IPT itu dalam melahirkan generasi bumiputera yang berilmu dan berdaya saing.

PM Serah Kepada KDN Tentukan Tindakan Terhadap Majlis Peguam

PUTRAJAYA, 11 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk menimbangkan sama ada akan mengambil tindakan termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Hasutan terhadap Majlis Peguam kerana menganjurkan forum "Memeluk Islam" sehingga menimbulkan kekecohan.

"Serah pada Kementerian Dalam Negeri untuk menimbang kaji semua yang berlaku. Kalau ada bukti-bukti kukuh, KDN akan tentukan tindakannya," katanya ketika ditanya desakan pelbagai pihak yang mahukan kerajaan menggunakan ISA dan akta itu terhadap Majlis Peguam.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusi mesyuarat pertama Majlis Ekonomi Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari Isnin, beliau berharap tindakan menganjurkan forum seperti itu tidak berulang pada masa hadapan.

"Isu berkaitan agama adalah isu sensitif. Perkara dah termaktub....perkara tak perlu dibincangkan, tak perlu bincang," katanya.

Beliau berkata forum terbuka seumpama itu lebih elok tidak diadakan daripada diadakan.

Sabtu lepas, Majlis Peguam mengadakan forum tersebut di ibu negara dan mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk menteri kabinet kerana menyentuh sentimen kaum, agama serta perlembagaan.

Abdullah berkata adalah penting bagi semua pihak untuk memahami keadaan tersebut dan mengelak daripada keadaan itu berulang lagi.

Mengulas mengenai perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumur bulan lepas meminta Umno membayar RM218 juta kepada syarikat Elegant Advisory bagi pembekalan peralatan bagi pilihan raya umum 2004, Abdullah yang juga Presiden Umno berkata parti akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu. Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising