Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, August 9, 2008

Majlis Peguam batalkan forum

Harakahdaily
Sat | Aug 09, 08 | 1:00:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Hrkh) -Forum awam memeluk Islam anjuran Majlis Peguam pagi ini akhirnya dihentikan ekoran bantahan umat Islam yang berhimpun di luar bangunan ibu pejabat majlis tersebut.

Iklan

Malaysiakini dalam laporannya menjelaskan, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Zulkifli Nordin memberitahu perhimpunan tersebut, bahawa beliau telah masuk ke dalam dan mendapati forum itu telah dibubarkan.

"Saya naik sendiri dan melihat forum telah dibubarkan dan saya memberitahu (mereka), tidak mahu lagi forum seperti ini diadakan.

"Kita mahu tindakan yang lebih keras diambil pada masa-masa depan," katanya kepada perhimpunan tersebut pada kira-kira jam 10.30 pagi.

"Kita memberi jaminan mereka boleh beredar dari bangunan ini," kata beliau yang juga ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) KeADILan.

Seramai 500 orang sedang berkumpul di depan bangunan Majlis Peguam sejak awal pagi kerana membantah penganjuran forum awam memeluk Islam anjuran majlis tersebut.

Mereka melaungkan "Hancur Bar Council", "Hidup Islam" dan "Batalkan Forum".

Mereka turut membawa sepanduk yang berbunyi "Jangan cabar Islam', "Jangan cetuskan kemarahan umat Islam demi keharmonian umat Islam" dan "Menjunjung keadilan, menyanggah kezaliman".

Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Dzulkarnian Abdul Rahman, memberitahu sidang akhbar bahawa beliau telah berunding dengan Majlis Peguam supaya menghentikan forum tersebut.

"Semasa rundingan, mereka boleh menerima cadangan kita.

"Polis mempunyai kuasa untuk menasihatkan mereka menghentikan forum ini setelah melihat ancaman keselamatan yang kian meningkat," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sedang menyiasat satu botol yang dijumpai di situ.

"Saya berpuashati kerana mereka bersikap profesional. Semasa rundingan, saya menasihatkan supaya forum ini dibatalkan.

"Insya-Allah keadaan akan kembali pulih semula," tambahnya.

Menurutnya lagi, tidak ada sebarang tangkapan dibuat dan kedua-dua pihak telah memberi kerjasama kepada pasukan polis.

Pada jam 10.55 pagi, orang ramai sudah beredar dari kawasan tersebut.

Click Here!
08
Aug

Siri Jelajah Menuju Putrajaya di Permatang Pauh - UPDATE

Program DSAI untuk 9-10 Ogos, 2008

9 Ogos Sabtu

Sembahyang Maghrib dan Tazkirah
Masa: 7.20 mlm
Tempat: Masjid Mengkuang Semarak

Ceramah Perdana Menuju Putrajaya
9.30 mlm Pangsapuri Idaman depan Politeknik, Seberang Jaya

10 Ogos Ahad

Solat Hajat
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Masjid An-Nadhoh

Untuk dihubungi: Rozi 019-5252552

08
Aug

To defend Anwar is to defend Malaysian democracy

by Justice Sandra Day O’ Connor and President Abdurrahman Wahid
from The Financial Times

We know Anwar Ibrahim well and have the highest regard for him. For that reason, we are very concerned about recent developments in Malaysia that seem aimed at defaming him and threatening him with imprisonment in a manner reminiscent of the campaign to defame him in 1998.

The power to prosecute is one of the most awesome powers of the state. Without proper checks and balances it can easily be abused by those in power to humiliate and discredit innocent people. Even when the injustice is corrected, its victims are often left with their reputations permanently damaged. In Malaysia, the power to prosecute is being used to try to discredit Mr Anwar, the remarkable leader of the opposition, victim of a similar attack 10 years ago. If this effort were to succeed it would be a tragedy for Mr Anwar personally, for the people of Malaysia and for the world.

In 1974 Mr Anwar was jailed for 20 months, under Malaysia’s notorious internal security act, for leading demonstrations against rural poverty. Invited later to join the government, he rose to become Malaysia’s finance minister in 1991. His performance was recognised internationally. As deputy prime minister he was admired for his commitment to accountability and good governance. Many Malaysians wanted him to replace Mahathir Mohamad, the aging prime minister.

Poised to lead the nation towards greater transparency and the rule of law, his agenda for reform was clearly perceived as a threat by some. In 1998, as he was on the brink of succeeding Mr Mahathir, he was unjustly accused of sodomy and corruption, beaten in jail and convicted in a trial that was marked by coerced testimony, fabricated evidence and serious lapses in judicial integrity. He spent six years in solitary confinement before being released, in part through the wisdom of Mahathir’s successor as prime minister, Abdullah Ahmad Badawi.

Continue reading ‘To defend Anwar is to defend Malaysian democracy’

08
Aug

Sidang Media bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim 08/08/2008

—Kenyataan Media Untuk Edaran Segera—
8hb OGOS 2008, PETALING JAYA, MALAYSIA

Saya berjanji sebuah kerajaan yang diperintah Pakatan Rakyat, rakyat Malaysia tidak perlu lagi takut kepada penahanan dan perbicaraan yang wewenang. Pegawai polis dan pendakwaraya yang berkonspirasi untuk memfitnah dan memalukan orang yang tidak bersalah akan dihukum. Setiap rakyat Malaysia pasti akan mendapat perbicaraan yang adil, di mana seseorang itu tidak bersalah selagi adanya bukti yang jelas untuk membuktikan sebaliknya. Penggunaan kuasa polis dan Peguam Negara untuk menghukum musuh politik akan diharamkan bagi memastikan demokrasi yang sihat, di mana sebarang perbezaan pendapat bukan sahaja di benarkan malah digalakkan.

Dengan ini setiap hak rakyat Malaysia akan dianggap sebagai suci dan akan dilindungi oleh kehakiman yang bebas dipandui oleh prinsip-prinsip yang selari dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Perbicaraan bermotifkan politik yang dibuat ke atas saya, dengan izin Allah merupakan yang terakhir.

Apa yang berlaku semalam membuktikan saya sememangnya tidak bersalah dari sebarang pertuduhan yang muncul baru-baru ini. Laporan perubatan dan akuan bersumpah oleh Dr Osman yang muncul pada hari Khamis seharusnya menghilangkan sebarang keraguan dan pertanyaan yang masih timbul samada kejadian itu berlaku ataupun tidak. Kenyataan Dr Osman juga mengesahkan apa yang kami nyatakan sebelum ini berkenaan usaha memualkan pihak polis untuk memalsukan bukti di dalam kes ini, dengan cara yang sama di dalam memanipulasikan kes saya pada tahun 1998. Kredibiliti pihak polis pasti rosak dengan tiadanya penyiasatan yang teliti terhadap wujudnya salah tata urus penyiasatan kes saya.

Continue reading ‘Sidang Media bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim 08/08/2008′

07
Aug

Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

7 Ogos 2008, 9:30 am, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, KL

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan mesyuarat khas malam tadi pada 6 Ogos 2008. Kami mencapai kata sepakat mengenai keputusan-keputusan berikut:

a) Kami menganggap kes terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai kezaliman politik. Dalam kes ini bukan sahaja Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang dibicarakan, tetapi seluruh negara sedang dibicarakan.

b) Seandainya Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan diikat jamin atau ditahan pada hari ini, maka Datuk Seri Wan Azizah, Presiden PKR akan bertindak sebagai penyelaras Majlis Pimpinan ini.

c) Kami bersetuju sepenuhnya dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat dan kami akan membentuk jentera bersama untuk memberikan beliau sokongan penuh.

d) Kami bersetuju bahawa manakala Dato’ Seri Anwar Ibrahim berjaya memasuki Parlimen, beliau akan dipilih sebagai Ketua Pembangkang bermula 27 Ogos 2008.

YBhg Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden keADILan)
YB Dato’ Hj Husam Musa (Naib Presiden PAS)
YB Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP)

Continue reading ‘Kenyataan Bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat’

07
Aug

Mara Terus!

Sekitar jam 10 pagi hari Khamis, 7 Ogos 2008, saya akan ke Mahkamah Majistret Jalan Duta untuk mendengar pertuduhan ke atas jenayah yang tidak saya lakukan. Sebagaimana yang saya tegaskan di dalam kenyataan semalam, penjenayah sebenar yang terdiri dari apparatchik pemerintah berusaha untuk memalukan diri serta keluarga saya, dan sudah tentu matlamat utamanya, adalah untuk menggagalkan aspirasi rakyat.

Adakah sebegini miskin penjenayah-penjenayah ini? Tidakkah mereka merasai getaran perubahan ini? Ianya adalah tuntutan hasrat hati rakyat seluruhnya yang mahu institusi kenegaraan dipulihkan, kemakmuran dikecapi dan martabat negara kembali dijulang. Perubahan yang kita tuntut tidak pernah menjadi agenda milik peribadi. Ianya milik semua.

Propaganda dan plot yang direncana oleh elit pemerintah terutamanya di kalangan yang dekat dengan Perdana Menteri sememangnya tidak bertanggungjawab. Kerakusan serta ketamakan mereka kepada kuasa, membuatkan mereka sanggup untuk menodai institusi-institusi kenegaraan dan demokrasi di negara ini. Ini membuktikan mereka sedang menghadapi krisis moral dan keyakinan.

Mampukah mereka menahan Perubahan? Saya yakin tidak! Perubahan mesti terus mara. Biar Permatang Pauh menjadi saksi bahawa kita pasti mampu mencipta Malaysia yang adil, makmur dan aman.

ANWAR IBRAHIM

Ada komplot jahat di pertuduhan liwat ke atas Anwar

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Hrkh)- Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) percaya bahawa di sebalik pertuduhan liwat ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim tersembunyi komplot jahat yang bertujuan merencatkan usaha murni Pakatan Rakyat untuk terus membela rakyat.

Iklan




Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam kenyataannya kepada Harakahdaily menganggap Tuduhan jahat yang direncanakan ke atas Penasihat KeADILan itu sangat menjelekkan, yang maa di saat beliau dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang sepatutnya turut sama mengheret penuduh, Saiful Bukhari Azlan ke muka keadilan.

Katanya, sebenarnya tidak ada kes yang wujud berikutan pendedahan tergempar Akuan Bersumpah oleh Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid yang mempertahankan integriti laporan kesihatan yang dilakukan oleh beliau ke atas Saiful pada 28 Jun lepas.

Sementara itu, jelas Shamsul, AMK menggesa agar Jabatan Peguam Negara menggugurkan dakwaan ke atas Anwar berikutan perkembangan tersebut yang jelas membuktikan wujud usaha terancang untuk membunuh karier politik Anwar.

Selain itu katanya, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Badawi juga disarankan agar lebih menumpukan usaha memperbaiki ekonomi negara daripada campurtangan di dalam politik desperado ciptaan politikus tertentu sejak tsunami politik Mac lalu.

Sehubungan itu katanya, AMK akan terus komited memperjuangkan agenda reformasi ke arah Malaysia yang lebih stabil di samping akan terus memfokuskan gerak gempur Pilihanraya Kecil Permatang Pauh agar menjadi pemangkin kemenangan rakyat menjelang 16 September 2008.

Siasat pelantikan 11 pegawai khas MB

Aug 8, 08 4:10pm
(Malaysiakini) Pakatan Rakyat membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini memintanya menyiasat pelantikan sebelas pegawai khas menteri besar Negeri Sembilan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri.


Laporan itu dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefli Mohamad Omar.

Bercakap kepada pemberita di Seremban hari ini, beliau berkata pegawai khas tersebut juga turut diberi kuasa untuk duduk dalam mesyuarat jawatankuasa pembangunan daerah dan mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah.

Katanya, dalam laporan tersebut, BPR juga diminta menyiasat tindakan kerajaan Negeri Sembilan membatalkan elaun pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri sebanyak RM1,500 sebulan selepas pilihanraya umum Mac lalu, demikian menurut laporan Bernama.

Zulkefli berkata, alasan kerajaan negeri bahawa tindakan itu sebagai langkah berjimat cermat adalah tindakan tidak demokratik dan menafikan hak wakil rakyat untuk menggunakan peruntukan itu bagi kebajikan rakyat.

"Kami meminta BPR melakukan tindakan yang sewajarnya bagi membetulkan keadaan yang tidak sihat ini daripada terus berlaku," katanya.

Zulkefli diiringi beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat termasuk Pengerusi DAP Negeri yang juga Ahli Parlimen Rasah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lobak, Loke Siew Fook; Adun Sikamat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Aminuddin Harun dan Ketua Pemuda PAS negeri yang juga Adun Paroi, Mohamad Taufek Abdul Ghani.

Reaksi MB

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan negeri menyalahgunakan elaun RM1,500 wakil rakyat di kawasan yang diwakili pembangkang dengan melantik 11 pegawai khas dan membayar gaji mereka adalah langsung tidak berasas.

Menurut laporan Bernama, beliau berkata, kerajaan negeri tidak menggunakan duit RM1,500 itu bagi membuka pusat khidmat dan membayar gaji pegawai khas bagi mengurus pusat khidmat masyarakat Barisan Nasional (BN).

"Elaun yang dipotong itu bukannya khusus untuk mengurus pusat khidmat di kawasan masing-masing tapi sebaliknya terus disalurkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri bagi membantu golongan kurang bernasib baik," katanya kepada pemberita di Seremban hari ini

Mohamad berkata apa yang dipotong bukan elaun tetap wakil rakyat. Ia adalah elaun untuk wakil rakyat membuka pejabat dan menggaji pembantu pejabat pusat khidmat masyarakat BN yang dibuka dan dibiayai oleh parti.

Beliau berkata semua wang yang terkumpul daripada potongan elaun sebanyak RM648,000 setahun itu akan disalurkan kepada tabung JKM bagi membantu rakyat negeri ini terutama mereka yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan.

"Kita juga akan mengusulkan di persidangan Dewan Undangan Negeri hujung bulan ini supaya meluluskan peruntukan tambahan RM1.2 juta lagi untuk disalurkan kepada JKM bagi membantu dan membela golongan kurang bernasib baik di negeri ini," katanya. Click Here!

'Saya dipecat kerana sokong Azalina'

Aug 8, 08 1:03pm
(Malaysiakini) Setiausaha Umno bahagian Pengerang, Nizam Ali percaya, beliau telah dipecat kerana cawangannya mencalonkan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said bertanding jawatan ketua bahagian.


Katanya, beliau telah menerima surat tersebut Rabu lalu dan pemecatannya berkuat kuasa pada 1 Ogos.

azalina othman 02Dalam mesyuarat baru-baru ini, Umno cawangan Felda Sungai Mas yang diketuai Nizam telah mencalonkan Azalina untuk jawatan ketua bahagian.

Azalina kini merupakan naib ketua bahagian manakala penyandang jawatan ketua bahagian ialah Datuk Harun Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Selat.

Nizam berkata, tindakan Harun itu dipercayai akibat tekanan yang dihadapinya ekoran kekurangan pencalonan yang diterimanya untuk mempertahankan jawatannya.

Bahagian Pengerang mempunyai 32 cawangan. Harun hanya mendapat empat pencalonan, manakala Azalina pula mendapat 27 pencalonan dan menang tanpa bertanding.

harun abdullahHarun gagal mendapat minima 20 peratus atau tujuh pencalonan untuk membolehkannya mempertahankan jawatan tersebut.

Jadi penyokong kuat

Harun menjadi ketua bahagian Pengerang sejak 2004 selepas persempadanan semula kawasan pilihanraya Parlimen Kota Tinggi. Sebelum itu beliau merupakan timbalan ketua bahagian Kota Tinggi.

Beliau juga sudah dua penggal menjadi Adun Tanjung Selat. Sebelum ini, Harun merupakan Adun Pengerang pada 1999.

Walaupun disingkirkan, Nizam berkata, beliau tidak berdendam terhadap Harun walaupun beliau menjadi penyokong kuatnya sejak 22 tahun lalu.

"Bagi saya ini perkara biasa...tiada apa-apa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Mengenai dakwaan Harun bahawa berlaku politik wang di Pengerang, Nizam berkata: "Setahu saya tidak ada berlaku politik wang di sini."

Nizam berkata, dakwaan berlaku politik wang adalah mengelirukan kerana mesyuarat cawangan berjalan dalam suasana tenang.

"Biasanya, orang kalah akan membuat pelbagai andaian," katanya lagi.

Sehingga ini, kata beliau, belum ada ahli Umno yang dipanggil oleh lembaga disiplin Umno. Click Here!

PKR yakin tubuh k'jaan selepas 16 Sept

Aug 8, 08 12:40pm
(Malaysiakini) Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikrar, apabila Pakatan Rakyat memerintah, rakyat tidak perlu lagi "takut terhadap penahanan dan perbicaraan yang sewenang-wenangnya."

Tegasnya, penggunaan kuasa polis dan peguam negara untuk menghukum musuh politik, akan diharamkan bagi memastikan demokrasi yang sihat.

Anwar juga mendakwa, perbicaraan ke atasnya adalah bermotifkan politik dan "dengan izin Allah merupakan yang terakhir".

Mantan timbalan perdana menteri itu juga yakin Pakatan Rakyat akan mendapat bilangan ahli Parlimen yang mencukupi pada 16 September depan untuk mengambil alih kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, ahli-ahli parlimen BN telah memberikan jaminan kepadanya.

Sebelum ini, mantan timbalan perdana menteri berkata, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan melompat menyertai pakatan pada tarikh tersebut.

anwar ibrahim pc 080808 04Bercakap dalam sidang akhbar di pejabat PKR di Petaling Jaya, Anwar juga yakin akan mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos depan.

Semalam, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii terhadap pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.

Tiada bukti

Dia dituduh melakukannya antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Beliau juga meminta supaya dijamin keselamatan Dr Mohamed Osman Abdul Hamid yang sebelum ini telah melakukan pemeriksaan ke atas Saiful.

Menurut Anwar, Dr Osman sekarang dipercayai sedang bersembunyi.

Anwar berharap doktor itu tidak "hilang" seperti apa yang berlaku dalam kes-kes berprofil tinggi, seperti penyiasat persendirian Balasubramaniam yang terlibat dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibu.

"Keselamatan doktor itu dibimbangi kerana beliau telah menyebut nama-nama polis yang mengugutnya membuat keterangan palsu (berhubung dakwaan liwat ke atas Anwar)," kata ketua umum PKR itu.

Dr Mohamed Osman telah membuat akuan berkanun yang bertarikh 1 Ogos lalu bahawa beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Saiful yang mendakwa diliwat oleh Anwar.

Dalam laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada media, doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat.

Disiasat BPR

Anwar sekali lagi menegaskan bahawa dakwaan liwat terhadapnya mengulangi peristiwa 1998 tetapi " tidak begitu kasar".

Menurutnya, ada di kalangan teman-temannya yang berkata, jangan menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kerana beliau tidak mengetahui perkara sebenar.

Namun, kata Anwar, perkara itu tidak boleh diterima kerana perdana menteri telah membuat "pendirian yang memihak", contohnya kenyataan Abdullah bahawa DNA baru diperlukan kerana DNA lama (Anwar) tidak boleh lagi dipakai.

Dalam nada menyindir, Anwar berkata: "Beliau (Abdullah) baru tahu (bahawa DNA tahan lama), menantunya (Khairi Jamaluddin) tidak sampaikan maklumat."

Anwar penglibatan Abdullah dalam kes beliau menyebabkan berlakunya "krisis yang tenat" dalam pentadbirannya.

"Penyokong kuat beliau di kalangan orang Melayu sendiri mulai muak dengan perkara ini. Tambahan lagi perdana menteri sedang berhadapan dengan penyiasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai dakwaan penglibatan beliau dalam korupsi dan politik wang."

Selasa lalu veteran Umno, Datuk Mazlan Harun membuat laporan kepada BPR, mendakwa pucuk pimpinan tertinggi Umno melakukan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti.

Beliau membuat laporan tersebut berdasarkan dakwaan Ketua Umno bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Datuk Zahar Hashim dalam sepucuk suratnya kepada Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor, yang mendakwa pucuk pimpinan parti telah melakukan rasuah politik. Click Here!

Tidak etika Anwar jadi PM 'pintu belakang'

Aug 8, 08 8:53pm
(Malaysiakini) Percubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri melalui "pintu belakang" dengan menyeru ahli-ahli parlimen BN melompat parti beramai-ramai adalah perbuatan yang tidak beretika dan tidak demokratik, kata bekas pemimpin PKR Dr Chandra Muzaffar.

"Kabinet yang ditubuhkan menerusi cara itu daripada segi moralnya tidak berkredibiliti. Parlimen sendiri akan tercemar. Badan eksekutif dan penggubal undang-undang akan dianggap oleh rakyat sebagai institusi yang kehilangan integriti," katanya hari ini.

Memperoleh kuasa melalui pintu belakang akan merendahkan
martabat politik, katanya, dan Anwar juga tidak mempunyai mandat
untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi.

Menurut laporan Bernama, Dr Chandra berkata Anwar terlalu taksub untuk menjadi perdana menteri secepat mungkin sehingga sanggup beliau berusaha keras memujuk sekurang-kurangnya 30 wakil rakyat BN menyertai PKR.

"Saiz dan skala lompat parti yang diusahakannya itu amat sukar hendak dibayangkan.

"Pernahkah misalnya terjadi di dalam dunia ini, di mana sebuah kerajaan yang mempunyai lebih 58 kerusi daripada gabungan pembangkang berterusan diancam dijatuhkan hanya kerana seorang individu - yang malahan tidak berada dalam Parlimen - sentiasa mendabik dada kononnya jumlah tertentu anggota parlimen akan lompat parti pada tarikh tertentu?" Dr Chandra dipetik sebagai berkata.

Beliau menambah, usaha berterusan untuk menggulingkan kerajaan BN melalui perbuatan lompat parti telah mewujudkan keadaan tidak menentu dalam negara sejak beberapa bulan lepas.

"Jika ancaman lompat parti terus mengancam ketenteraman negara, ia adalah disebabkan ramai rakyat tahu bahawa pada satu ketika dahulu Anwar sebagai pemimpin BN dan kerajaan persekutuan telah memainkan peranan penting dalam menjatuhkan kerajaan negeri PBS yang dipilih secara demokrasi di Sabah pada 1994," katanya.

Dr Chandra menegaskan, walaupun Anwar menyatakan yang pujukannya tidak melibatkan wang atau ganjaran lain, daripada segi moralnya masih salah bagi wakil rakyat melompat parti kerana ia merupakan pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat.

Beliau berkata lagi, amat menyedihkan politik seumpama ini dilakukan
oleh ahli politik yang dilihat sebagai berprinsip dan aktivis hak asasi manusia yang komited di sekeliling Anwar.

"Mereka sepatutnya cuba meyakinkan beliau yang ia lebih bermaruah untuk memasuki Putrajaya melalui pintu depan. Ini dengan cara memenangi pilihan raya umum ke-13 di peringkat persekutuan dan membentuk kerajaan menerusi undang-undang, dengan cara beretika," katanya, lapor agensi berita itu lagi.

Dr Chandra menambah, jika Anwar memasuki Parlimen selepas pilihanraya kecil Permatang Pauh antara 16-26 Ogos, beliau sepatutnya cuba merapatkan jurang yang memisahkan parti-parti Pakatan Rakyat dengan merumuskan program dan visi pembaharuan bersepadu, dan melupakan perkara lama yang sudah lapuk dan basi.

"Harapannya ialah beliau juga akan, sebagai ketua pembangkang, membentuk kabinet bayangan yang akan mendesak kerajaan BN untuk memperkenalkan sebanyak mungkin perubahan yang diperlukan.

"Inilah yang rakyat mahu beliau lakukan. Anwar tidak mempunyai mandat untuk menggulingkan kerajaan sekarang yang dipilih secara demokrasi melalui pintu belakang."Click Here!

Ada pemimpin Pakatan dengki pada Anwar

Aug 8, 08 8:43pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan berlakunya hasad dengki dalam Pakatan Rakyat terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh, 26 Ogos ini, demikian lapor Bernama hari ini.

Agensi berita nasional itu melaporkan menteri besar Kelantan berkata, terdapat pihak cuba sabotaj bagi memastikan Anwar tidak berjaya menjadi ahli parlimen Permatang Pauh.

"Saya dapati memang ada orang yang dengki kepada Anwar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran MATA peringkat negeri hari ini.

Beliau mengulas hasrat Anwar untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Pilihanraya kecil itu diadakan setelah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding.

Nik Abdul Aziz juga menasihatkan pihak yang menyimpan perasaan dengki itu agar melupakan hasrat mereka demi kebaikan Pakatan Rakyat.

"Beri peluang kepada Anwar untuk masuk jadi ahli parlimen di Dewan Rakyat," katanya.

Beliau berkata walaupun wujud jurang perbezaan dalam ideologi politik dengan PKR, PAS harus akur untuk menyokong PKR dalam pilihanraya kecil kawasan parlimen itu.

Katanya, beliau mengakui perbezaan pandangan dari segi politik antara PKR dan PAS, namun di bawah semangat Pakatan Rakyat, parti itu harus bekerjasama.

"PAS perlu memberi sokongan kepada Anwar walaupun dari segi politik tidak serupa," katanya.

Nik Abdul Aziz berkata beliau menyokong Anwar kerana mendapati penasihat PKR itu merupakan pemimpin Melayu yang berpengalaman dalam pentadbiran negara dan dikenali di peringkat antarabangsa. Click Here!

Logo anjing: Penulis blog mohon maaf

Aug 8, 08 2:49pm
Seorang penulis ditahan polis selama dua hari kerana memaparkan imej kepala anjing di lambang rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) di blognya lapor Malaysiakini.

Abu Bakar Mohd Rashid juga disiasat berhubung artikelnya bertajuk 'Kenapa tidak usik Raja Petra' yang termuat di blognya 'Penarik Beca' (www.penarikbeca.blogspot.com) pada 14 Julai lalu.

Ditemui Malaysiakini selepas dibebaskan di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan, Kuala Lumpur, petang ini, beliau menyatakan kesal dengan tindakannya itu dan memohon maaf kepada pasukan polis.

"Saya memohon maaf mana-mana yang tersinggung kepada semua (anggota) polis. Tetapi tulisan dalam artikel itu saya pertahankan," katanya.

"Saya rasa saya tidak patutlah meletakkan lambang itu."

"Apabila disebut (dalam siasatan) tentang lambang (PDRM) itu, saya langsung tidak mempertahankan. Saya kesal dan saya tidak pertahankan. Kalau ada orang bertanya bab itu, saya malas layan lagi," tambahnya.

"Saya kesal, dan saya balik, saya mahu buang."

abu bakar mohd rashid penarik beca 0808081Di lambang itu, imej muka harimau digantikan dengan "muka anjing yang sedang menyalak", perkataan Allah digantikan dengan "simbol wang", perkataan Muhammad (dengan perkataan bahan letupan 'C4') dan lambang di puncak mahkota (simbol Zionisme).

Menurut wartawan sambilan itu, lambang PDRM yang diubah itu diambil dari laman web lain - bagaimanapun beliau tidak menyebutnya.

Beliau dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dan dikehendaki melapor diri di ibu pejabat polis yang sama pada 20 Ogos jam 10.30 pagi.

Beliau disambut oleh isterinya Salwah Abd Samad dan empat rakannya di balai tersebut kira-kira 5.40 petang tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata gambar anjing pada lambang PDRM "satu percubaan untuk menghasut orang ramai membenci polis".

Beliau dilaporkan berkata, polis yang memandang serius cubaan itu akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba mencemar imej dan kredibiliti pasukan itu.

Menurut penulis blog itu, beliau ditahan oleh tujuh anggota polis yang diketuai oleh ASP Hazizi Abdul Samad, yang juga pegawai penyiasat kesnya.

Laporan Bernama menyebutkan, beliau ditangkap di rumahnya pada pukul 10 malam di Taman Koperasi Polis, Gombak bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Penulis itu kemudian ditahan di ibu pejabat polis daerah Sentul dan disiasat di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan.

penarik beca sang kutu website blogspot 070808Mengulas artikelnya tentang sistem pengurusan data polis yang didakwanya didalangi oleh kongsi gelap, beliau bertegas mempertahankan haknya untuk bersuara.

"Dalam siasatan, saya mempertahankan hak saya untuk menulis seperti yang terdapat dalam posting itu."

Artikelnya itu, yang mengulas satu tulisan Raja Petra Kamarudin, turut mendakwa seorang berpangkat Datuk, bekas pegawai tinggi polis Bukit Aman, terlibat dengan pengurusan data tersebut.

Katanya, beliau berpuas hati dengan layanan polis yang profesional dan berhemah.

Siasatan itu dipercayai susulan laporan polis terhadapnya. Bagaimanapun, sewaktu siasatan, beliau tidak ditunjukkan aduan polis tersebut.

Menurutnya lagi, komputer peribadinya dirampas sewaktu serbuan polis itu.

Jika polis memulangkan komputer itu, tambahnya, beliau akan membuang lambang tersebut dari blognya.

"Jadi sekarang saya patah tangan. Saya sekarang tidak dapat nak ubah (buang) dari blog sebab saya patah tangan kerana komputer saya dirampas," katanya.

Bagaimanapun, tambahnya, memandangkan beberapa komputer yang dirampas sebelumnya tidak dipulangkan, Abu Bakar tidak berharap barang miliknya itu akan dikembalikan oleh polis.

Semalam polis mereman Abu Bakar untuk sehari bagi melanjutkan siasatan ke atasnya.

Polis sebelum ini pernah menahan beberapa penulis blog termasuk Raja Petra yang terkenal dengan blog Malaysia Today. Click Here!

300 berhimpun bantah forum memeluk Islam

Aug 9, 08 9:16am
Seramai 300 orang sedang berkumpul di depan bangunan Majlis Pguam sejak awal pagi kerana membantah penganjuran forum awam memeluk Islam anjuran majlis tersebut, lapor Malaysiakini.

Pada masa yang sama kelihatan kira-kira 80 anggota polis ditempat di situ bagi mengawal orang ramai. Manakala kenderaan polis turut diletakkan di hadapan bangunan tersebut.

Ketika berucap kepada orang ramai, Naib Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Jais Karim berkata, mereka membantah penganjuran forum tersebut kerana ia mencabar hak istimewa orang Melayu dan agama Islam.

Sepatutnya, kata beliau, forum itu diadakan secara tertutup.

Katanya, ia kerana terbukti program anjuran Majlis Peguam sebelum ini, gagal menghalang peserta daripada mempertikaikan hak orang istimewa orang Melayu dan agama Islam.

Mereka yang menyertai perhimpunan pagi ini adalah terdiri daripada wakil-wakil 29 badan NGO Islam.

Difahamkan, forum tersebut sedang berlangsung di dalam bangunan dan telah dirasmikan oleh Presiden Majlis Peguam. Click Here!

Penulis Blog penarik Beca Dibebaskan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Penulis blog "Penarik Beca" Abu Bakar Mohd Rashid, 50, dibebaskan dengan jaminan polis petang ini.

Abu Bakar dibebaskan kira-kira pukul 5.38 petang, di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Perdana, di sini.

Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Koh Hong Sun ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan pembebasan Abu Bakar itu.

"Beliau telah dibebaskan petang tadi, tetapi boleh dipanggil bila-bila masa untuk bantu siasatan polis," katanya.

Penulis blog terbabit diikat jamin oleh isterinya Salwa Abd Samad.

Abu Bakar ditahan mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948, dua hari lepas berhubung satu artikel dalam laman blognya memaparkan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah diubah.

Menerusi satu artikel yang disiarkan bersama-sama logo PDRM di laman blog Penarik Beca itu, gambar kepala harimau di tengah-tengah logo PDRM ditukar kepada gambar kepala anjing.

Tanda '$' dan 'C4' pula diletakkan di ruang kiri dan atas logo itu yang sepatutnya tertera tulisan jawi 'Allah' dan 'Muhammad'. Selain itu, turut diletakkan gambar bintang seolah-olah lambang negara Israel. Click Here!

Majlis Peguam Perlu Bersiap Sedia Hadapi Sebarang Kemungkinan, Kata Syed Hamid

KOTA TINGGI, 8 Ogos (Bernama) -- Majlis Peguam yang akan menganjurkan forum "Memeluk Islam" perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan akibat daripada penganjuran itu memandangkan mereka sudah diberi amaran supaya membatalkannya, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata polis bersedia mengambil langkah tertentu terhadap Majlis itu bagi menjaga ketenteraman awam.

"Mereka sudah diberi amaran supaya tidak menganjurkan forum itu, jadi mereka perlu menghadapi akibatnya," katanya.

Syed Hamid berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menunaikan Solat Hajat dan Tazkirah anjuran Kontinjen Polis Johor di Masjid Jamek di sini Jumaat malam.

Forum tersebut sebelum ini menerima bantahan keras banyak pihak termasuk pemimpin-pemimpin Umno, PAS dan beberapa pertubuhan lagi.

Terdahulu petang Jumaat Naib Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan menegaskan bahawa forum itu akan diteruskan Sabtu walaupun mendapat bantahan beberapa pihak, dan menurutnya forum itu tidak akan mempertikai Fasal 121 (1A) atau mempersoalkan agama Islam dan statusnya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Click Here!

Forum 'Memeluk Islam' Akan Diadakan Seperti Jadual Esok

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Majlis Peguam memutuskan untuk mengadakan forum "Memeluk Islam" seperti dijadual esok walaupun mendapat bantahan keras daripada pemimpin Umno, PAS dan beberapa pertubuhan lain.

Naib Presidennya Ragunath Kesavan berkata forum itu tidak akan mempertikaikan Fasal 121 (1A) atau mempersoalkan agama Islam dan statusnya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kebimbangan pihak tertentu termasuk beberapa menteri Kabinet seperti Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan PAS diberi perhatian," katanya pada sidang akhbar di pejabat Majlis Peguam di sini hari ini.

Ragunath berkata objektif Majlis Peguam ialah untuk menyelesaikan isu mengenai konflik undang-undang yang dihadapi keluarga yang terperangkap antara pemisahan bidang kuasa mahkamah sivil dan mahkamah Syariah.

"Majlis Peguam memperakui dan menghormati Fasal 121 (1A), tetapi terdapat pandangan adalah tidak adil untuk mewajibkan semua orang tertakluk dengan undang-undang dan mahkamah berdasarkan agama yang mereka tidak anuti, dan pandangan itu perlu dibincangkan dan diselesaikan."

Beliau berkata tumpuan Majlis Peguam ialah mengenai cara pengendalian konflik seumpama itu pada masa ini dan perlu ada usaha bersepadu di pihak kerajaan untuk menangani isu itu secara membina.

"Kami gembira dengan kenyataan perdana menteri baru-baru ini yang menggesa lebih banyak dialog diadakan antara pelbagai agama untuk menggalakkan dan memastikan keharmonian di kalangan penduduk Malaysia yang berlainan agama.

"Bagaimanapun, Majlis Peguam kesal dengan gesaan pelbagai pihak supaya membatalkan forum esok. Dakwaan mereka yang forum itu akan menimbulkan salah faham, kemarahan dan ketegangan, adalah bercanggah dengan jaminan yang diberikan oleh PM."

Beliau berkata perbincangan mengenai isu yang dihadapi negara tidak sepatutnya diadakan secara tertutup, tetapi perlu melibatkan orang awam dan golongan yang hidup mereka terpalit dengan isu itu.

Mengenai rancangan badan bukan kerajaan mengadakan demonstrasi dan menyerahkan memorandum bagi membantah forum itu, Ragunath berkata Majlis Peguam bersikap terbuka dengan mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan mereka.

Beliau berkata itu adalah hak mereka untuk berbuat demikian dan Majlis Peguam tidak boleh menghalang pihak berkenaan untuk menyerahkan memorandum atau mengadakan demonstrasi.

"Dengan cara ini, kita boleh memahami masalah dan isu yang timbul, dan suatu hari nanti kita boleh berdialog dengan mereka pula," katanya.

Katanya, setakat ini 150 peserta terdiri daripada individu dan wakil organisasi termasuk perwakilan asing sudah berdaftar untuk menghadiri forum tersebut.

Panel penceramah terdiri daripada Pengarah Pusat Syariah Undang-Undang dan Sains Politik/Fellow Kanan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Dr Wan Azhar Wan Ahmad dan tiga pengamal undang-undang, Ravi Nekoo, K. Shanmuga dan Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Seorang penceramah telah menarik diri iaitu Pendakwa Syarie, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang juga bekas Hakim Syarie, Dr Haji Naim Haji Mokhtar. Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising