Ditemui media di luar Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas penasihat PKR dituduh pagi ini, Karpal yakin sokongan terhadap PKR dalam pilihanraya kecil 26 Ogos ini tidak akan terjejas akibat kes tersebut.
"Beliau akan mendapat lebih sokongan. Tidak diragui lagi. Beliau akan mendapat lebih banyak sokongan berbanding dulu," katanya.
"Saya percaya beliau berpersonaliti yang kuat. Ia menambahkan peluangnya untuk menang."
Tokoh utama DAP Lim Kit Siang turut mengalu-alukan keputusan mahkamah tersebut.
"Sebelum ini kita risau Anwar tidak dibenarkan dijamin dan terpaksa menghadapai pilihanraya Permatang Pauh dari belakang dinding penjara Sungai Buloh.
"Keputusan ini dialu-alukan," katanya.
Dalam kenyataannya kemudian, Lim menggesa perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghentikan campur tangan politik dan membiarkan Jabatan Peguam Negara berfikir semula dan menarik balik "tuduhan lapuk" terhadap Anwar.
Beliau juga mengkritik Abdullah dalam kenyataannya semalam yang meminta supaya pengadu kes itu Mohd Saiful Bukhari Azlan, juga bekas pembantu Anwar, diberikan "keadilan".
"Ia membuatkan rakyat Malaysia tertanya-tanya kenapa perdana menteri menjadi jurucakap paling utama dalam dakwaan kes liwat kedua, sedangkan dalam perlembagaan, kuasa mendakwa terletak di tangan Jabatan Peguam Negara dan bukannya perdana menteri atau kabinet," kata Lim, yang juga ahli parlimen Ipoh Timur.
Badan hak asasi antarabangsa Amnesty International pula menggesa kerajaan memastikan keselamatan saksi-saksi dalam kes tersebut, khususnya doktor di Hospital Pusrawi yang pertama kali memeriksa Mohd Saiful.
"Kami menyeru kerajaan (Malaysia) memberikan perlindungan keselamatan sewajarnya kepada saksi-saksi," kata pengarah Asia Pasifik pertubuhan itu, Sam Zarifi.
Dalam kenyataannya, beliau menambah Dr Mohamed Osman Abdul Hamid kini tidak diketahui keberadaannya.
Sepuluh tahun lalu, tambah Sam, kerajaan Malaysia membuat dakwaan seumpama itu terhadap Anwar sehingga bekas timbalan perdana menteri itu meringkuk di penjara semalam enam tahun - kesalahan meliwat bagaimanapun diketepikan oleh Mahkamah Persekutuan.
"Hari ini ada tanda-tanda kerajaan tidak mengikut peraturan dalam kes ini," kata Sam lagi.
Sebagai reaksi segera selepas pertuduhan pagi ini, Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur berharap kes itu dikendalikan dengan adil dan telus "memandangkan kecacatan proses lepas yang menyebabkan Anwar didapati bersalah."
Click Here!





