Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, August 7, 2008

Najib: Biar rakyat buat pilihan

Aug 7, 08 2:59pm
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh wajar diberi pilihan dalam menentukan siapa yang mereka mahukan sebagai wakil mereka di Parlimen.

najib tun razak 040808Namun begitu, katanya, Barisan Nasional (BN) akan berusaha sedaya upaya untuk merampas semula kerusi parlimen berkenaan dalam pilihanraya kecil 26 Ogos ini walaupun apa jua sentimen pengundi di situ.

"Setiap kali ada pilihanraya kecil kita akan bertanding...tidak pernah BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil," kata Najib yang juga timbalan presiden Umno, dalam laporan Bernama.

"Pengundi wajar diberi pilihan siapa yang mereka hendak sebagai wakil mereka," katanya ketika ditanya mengenai keyakinan BN untuk menawan semula kerusi Permatang Pauh.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan penamaan calon bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 16 Ogos ini manakala pengundian pada 26 Ogos jika terdapat pertandingan.

Pilihanraya kecil itu diadakan berikutan tindakan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi peluang kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Setakat ini BN belum mengumumkan nama calon yang akan bertanding menentang Anwar di kawasan berkenaan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, nama calon hanya akan ditetapkan selepas perbincangan dengan Umno bahagian Permatang Pauh. Click Here!

PAS bantah forum anjuran Majlis Peguam Malaysia

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Thu | Aug 07, 08 | 1:04:45 pm MYT

Parti Islam Se Malaysia (PAS) membantah sekeras-kerasnya hasrat Majlis Peguam Malaysia untuk mengadakan forum bertajuk "Memeluk Islam" yang dijadual diadakan di ibu negara pada 9 Ogos ini.

Iklan




PAS mengakui bahawa hak kebebasan bersuara memberikan jaminan kepada semua pihak untuk berdailog dan berbincang berhubung isu-isu kepentingan umum, namun demikian isu-isu berkaitan dengan hak dan kepentingan Islam adalah seasuatu yang mutlak yang dijamin oleh Perlembagaan Negara dan dipelihara oleh perlembagaan negeri-negeri.

Oleh itu PAS merasakan kiranya forum ini diteruskan ia nanti mampu mencetuskan syak wasangka dan ketegangan hubungan antara penganut Islam dan penganut pelbagai agama dalam negara. Dan ini sudah pasti akan menjejaskan keharmonian negara dan akan merugikan semua pihak.

Bagi PAS Islam adalah agama yang membawa dan menjanjikan kebaikan buat semua, oleh yang demikian sebarang perbincangan berkenaan dengannya perlulah melibatkan pihak yang memiliki ilmu dan kuasa (authority) kerana Islam berdiri berteraskan sumber-sumbernya sendiri.

Kerana itu PAS berpandangan inisiatif Majlis Peguam Malaysia ini yang bersumberkan fahaman sekular akan hanya menyelewengkan pemahaman sebenar terhadap Islam lantas mencetuskan konflik dan akhirnya ketegangan yang tidak memberikan manfaat kepada mana-mana pihak.

Demi menjamin kestabilan dan hubungan antara agama dan kaum PAS menyeru pihak penganjur agar membatalkan sahaja forum berkenaan.

Presiden,
Parti Islam Se Malaysia (PAS).

Click Here!

Zahid Hamidi akan rebut jawatan Naib Presiden Umno

Oleh Bernama
Khamis, 07 Ogos 2008

KL: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam Rabu mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno pada Pemilihan Agung Umno pada Disember ini.

Ahmad Zahid dalam satu kenyataan media kepada Bernama berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pendapat, pendangan dan sokongan di kalangan rakan-rakan beliau.

"Mereka menyeru saya mencuba nasib bagi jawatan berkenaan. Selebihnya saya serahkan kepada keadaan, perwakilan dan takdir untuk menentukan.

"Saya menghormati Naib-Naib Presiden yang sedia ada, namun mungkin masih ada sedikit ruang kosong untuk calon baru seperti saya bagi turut menyumbang bakti serta membariskan diri dalam kepimpinan Umno di lapisan ketiga," katanya.

Beliau berkata semoga dengan pengumuman itu akan menamatkan keresahan rakan-rakan di peringkat akar umbi yang meminta beliau mengesahkan untuk pencalonan bagi jawatan berkenaan.

"Mudah-mudahan saya akan diberi kesempatan untuk terus memperkukuhkan parti bersama-sama dengan Presiden dan Timbalan Presiden serta staf kepimpinan yang lain dalam pemilihan pada 16 Disember nanti," katanya.

Click Here!

Anwar ada alibi - Peguam

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - "Saya dah tanda tangan ikat jamin peribadi saya, dan pasport saya masih berada bersama saya . Saya hargai pendirian yang diambil peguam saya.Yang saya kesalkan ialah pendakwaan ini. Walaupun saya yakin berdasarkan cara pendakwaan itu, pendakwa seolah dipaksa. Kalau tidak mustahil pendakwaan itu dibuat," demikian antara kata-kata Dato' Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja keluar dari kamar Mahkamah Seksyen Jenayah 1 pada jam 11.15 pagi ini, di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Iklan




Penasihat KeADILan itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.

Pihak pendakwa tidak membantah Anwar dibenar ikat jamin dan mencadangkan ketua umum PKR itu dikenakan jaminan RM20,000 dan menyerahkan pasportnya.

"Dahulu dalam media tempatan dihebahkan bahawa ada penderaan dan paksaan. Semalam Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan kenyataan tidak bertanggung jawab mengatakan ada rogol, tetapi hari ini pendakwaan suka sama suka.

"Jika suka sama suka, kenapa saya seorang yang kena dakwa. Jika suka sama suka, kena dakwa kedua-dua,"katanya yang berucap dihadapan kira-kira 40 media dan diiringi isterinya,Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail. Turut kelihatan anak-anaknya yang turut memberi sokongan kepadanya.

Jelas Anwar, tumpuannya kini pada Pilihan Raya Permatang Pauh. Katanya, beliau akan memulakan ceramahnya malam ini di Taman Medan, Petaling Jaya.

"Dari Taman Medan kita akan ke Permatang Pauh. Dan insya-Allah dari Permatang Pauh sampai ke Parlimen dan kita ambil alih kerajaan dan perbetulkan segala kekhianatan, penipuan dan rasuah yang ada," katanya.

Anwar ada alibi

Sementara itu, Menurut Peguam Anwar Ibrahim, Sankara Nair Anwar memiliki alibi yang kukuh pada masa kejadian (26 Jun) pada jam 3 petang sebagaimana yang didakwa oleh pembantunya, Saiful.

Sankara yang ditemui di luar kamar sebaik sahaja prosiding tamat jam 10.30 pagi berkata, Mahkamah Sesyen Jalan Duta hari ini dilihat berlaku adil kerana membenarkan anak guamnya diikat jamin setelah Anwar mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan liwat.

Beliau salah seorang daripada sembilan peguam bela Anwar berkata, Hakim S.M Komathy memperlihatkan sifat adil dengan menggunakan budi bicaranya membenarkan Anwar dibebaskan dengan ikat jamin.

Sankara juga berkata, pendakwaan kes liwat terhadap Anwar tidak akan menjejaskan proses pilihan raya kecil Permatang Pauh akhir bulan ini.

Hakim menetapkan 10 September untuk sebutan semula kes itu di mahkamah yang sama.

Berikut adalah Kertas Pertuduhan terhadap Anwar:

Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008 antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sekiranya disabitkan menurut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, kamu hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebatan.

Anwar diwakili sembilan peguam

Anwar diwakili oleh sepasukan sembilan orang peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah. Peguam lain termasuklah Sivarasa Rasiah, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon, Latheefa Koya, Leela J Jesuthasan dan Mohd Razlan Jawaludin.

Pihak pendakwaan diketuai Peguam Cara Negara Dato' Idrus Harun manakala pihak pembelaan yang dibarisi sembilan peguam diketuai Sulaiman Abdullah.

Ini adalah kali kedua Anwar menghadapi tuduhan liwat. Dalam kes pertama pada 2000, beliau dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Terdapat juga peguam pemerhati bagi pihak Majlis Peguam dan badan hak asasi manusia yang berpejabat di Washington, Paris dan Bangkok.

Sementara itu beberapa orang pimpinan PAS turut mengikuti perbicaraan tersebut seperti Naib Presiden, Dato' Husam Musa; Setiausaha Agung, Dato' Kamaruddin Jaffar; AJK PAS Pusat merangkap ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan AJK PAS Pusat yang juga ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menyambut baik keputusan mahkamah tersebut.

Husam yang ditemui menyatakan keputusan tersebut menunjukkan mahkamah lebih bebas dan adil.

"Kami bersyukur atas keputusan yang diambil oleh mahkamah tadi. Selepas ini, kita akan turun 'berperang' di parlimen Permatang Pauh bagi memenangkan Dato' Seri Anwar Ibrahim,"kata Dr Lo' Lo'.

Anwar meninggalkan perkarangan Kompleks Mahkamah pada kira-kira 11.35 pagi.

Laluan ke kompleks itu sesak seketika apabila lebih 2,000 penyokong Anwar berhimpun di luar dan dalam perkarangan kompleks menyebabkan Anwar sukar meninggalkan kawasan itu. Click Here!

Penarik Beca dilanjutkan tahanan satu malam lagi

Harakahdaily
Thu | Aug 07, 08 | 4:47:02 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Blogger Penarik Beca atau nama penuhnya Abu Bakar Mohd Rashid yang ditahan semalam, dilanjutkan tahanan satu hari lagi.

Iklan




Perkara ini disahkan isteri beliau, Salwa Abdul Samad kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Menurut Salwa, suami beliau ditahan sepasukan empat orang anggota polis sejak kira-kira jam 11 malam semalam di kediaman mereka di Taman Koperasi Polis dekat sini.

Peguam beliau, Mohamed Hanipa Maidin mengesahkan, Abu Bakar dibawa ke pejabat Bahagian Jenayah Perdagangan untuk disoalsiasat di bawah Akta Hasutan.

"Suami menghubungi saya, memberitahu beliau dilanjutkan tempoh tahanan untuk satu malam lagi, katanya polis hendak bersembang-sembang.

"Beliau dibawa ke mahkamah untuk dilanjutkan tahanan reman, tetapi ramai kawan-kawan yang menunggu tidak dapat berjumpa dengannya," kata Salwa. Click Here!

Saiful tidak diliwat - Dr Mohamed

Harakahdaily
Thu | Aug 07, 08 | 1:39:51 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Dalam akuan bersumpahnya yang bertarikh pada 1 Ogos lalu, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid berkata, beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Iklan




Malaysiakini melaporkan,Dr Mohamed yang memeriksa Saiful beberapa jam sebelum dia (Saiful) membuat laporan polis, berkata beliau tetap berpegang dengan hasil pemeriksaannya itu.

Pada 28 Jun lalu, Saiful membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Pusrawi dan kemudiannya di Hospital Kuala Lumpur, sebelum membuat laporan polis, mendakwa dia diliwat oleh ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di Pusrawi, Saiful diperiksa oleh Dr Mohamed. Dalam laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada pihak media, doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat.

Dr Mohamed juga mendakwa beberapa perenggan dan perkataan telah ditambah kepada kenyataannya kepada polis berkaitan perkara sebut.

Sebelum ini, Hospital Pusrawi menyatakan bahawa Dr Mohamad tidak membuat sebarang pemeriksaan berkaitan liwat ke atas Saiful. Click Here!

Hasutan: Penulis blog ditahan polis

Penulis blog Abu Bakar A Rashid ditahan dan disiasat bawah Akta Hasutan, dipercayai berhubung bahan-bahan tulisan di lamannya 'Penarik Beca' (www.penarikbeca.blogspot.com).


Abu Bakar, seorang wartawan sambilan, ditahan di rumahnya di Gombak menjelang tengah malam tadi oleh sekumpulan anggota polis, kata peguamnya Mohamad Hanipa Maidin.

Penulis itu, yang juga dikenali Bakar Haq, kemudian dibawa dan disiasat di ibu pejabat polis bahagian jenayah perdagangan, Kuala Lumpur hingga saat ini.

"Saya cuba menemui Abu Bakar tetapi tidak berjaya kerana pegawai penyiasat tidak membenarkan atas alasan masih dalam siasatan,” kata Mohamad Hanipa kepada Malaysiakini.

Polis sebelum ini pernah menahan beberapa penulis blog termasuk pengendali Malaysia Today Raja Petra Kamarudin bagi siasatan bawah akta yang sama.

Click Here!

Anwar: Mengapa saya sahaja didakwa?

Aug 7, 08 12:36pm
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mengapa beliau seorang sahaja yang didakwa di mahkamah jika beliau dikatakan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan bekas pembantunya secara suka sama suka.


"Jika suka sama suka, kenapa hanya saya yang dipanggil (dakwa)?" katanya kepada pemberita sambil berkata, ia adalah satu pendakwaan politik.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lalu di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, No 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Anwar dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Beliau juga terus mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana meneruskan dakwaan liwat terhadapnya.

Anwar menyifatkannya sebagai satu politik kotor oleh seseorang yang akan kehilangan kuasanya.

Ketua umum PKR itu juga berkata beliau kini akan menumpukan perhatiannya kepada kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Hakim SM Komathy menetapkan kes itu disebut pada 10 September untuk memutuskan tarikh perbicaraannya. Bagaimanapun, kes tersebut akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Click Here!

Pakatan sepakat lantik Anwar ketua pembangkang jika menang

Oleh Utusan
Khamis, 07 Ogos 2008

KUALA LUMPUR: Parti-parti pembangkang bersetuju melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang jika beliau memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos ini.

Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, persetujuan itu dicapai dalam mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang semalam.

``Kami bersetuju bahawa sekiranya Anwar memasuki Parlimen, beliau akan dipilih sebagai Ketua Pembangkang bermula 27 Ogos ini,’’ katanya semasa membacakan kenyataan di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini.

Menurutnya, jika Anwar tidak dibenar ikat jamin atau ditahan hari ini, maka Wan Azizah Wan Ismail, isteri Anwar dan juga presiden Parti Keadilan Rakyat akan bertindak sebagai penyelaras majlis pimpinan ini.

``Kami bersetuju sepenuhnya dengan Anwar sebagai calon pakatan pembangkang (bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh) dan kami akan membentuk jentera bersama untuk memberikan sokongan penuh kepada beliau,’’ ujarnya.

Kenyataan itu ditandatangani oleh beliau, Wan Azizah, Datuk Husam Musa mewakili Pas dan Karpal Singh. Click Here!

Anwar dibenar ikat jamin RM20 ribu

Oleh Utusan
Khamis, 07 Ogos 2008

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap bekas pembantu peribadinya Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada Jun lepas.

Anwar, 60, dituduh melakukan perbuatan itu terhadap Mohd. Saiful, 23, antara 3.01 petang hingga 4.30 petang 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih Bukit Damansara di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000.

Kesnya akan disebut semula di mahkamah yang sama pada 10 September depan. Click Here!

Liwat: Abdullah nafi dakwaan PKR


(Malaysiakini) - Perdana menteri menafikan terlibat mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah atas pertuduhan liwat untuk mengalihkan masalah negara yang dihadapinya seperti tuduhan penasihat PKR semalam.
"Kenapa harus saya mengalih pandangan rakyat tentang kelemahan kerajaan? Masalah kerajaan adalah besar.

"Kes ini bukan untuk mengalih perhatian rakyat. Saya tidak berfikir begitu," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Kuala Lumpur petang tadi.

"Bagaimana mungkin saya mendesak beliau dituduh? Jika tidak ada bukti (terhadap Anwar), polis tidak bodoh untuk mendakwanya semata-mata seseorang meminta 'dakwa'. Saya bukan yang menyuruhnya (Anwar didakwa)."

Abdullah menambah, sekiranya polis mempunyai cukup bukti untuk menyeret Anwar ke mahkamah, maka pasukan itu wajar berbuat demikian.

"Sekiranya tidak (ada bukti), gugurkan (kes itu)," katanya, sambil menambah prosedur itu ditetapkan oleh polis dan Jabatan Peguam Negara.

Beliau juga menolak andaian Anwar bahawa pertuduhan terhadapnya bertujuan menghalangnya bertanding dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh antara 16 hingga 26 Ogos ini.

umno special briefing abdullah ahmad badawi announce resignation date 100708 05Abdullah berkata, beliau tidak terlibat menetapkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi - yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Tambahnya, orang ramai juga wajar mempertimbangkan hak pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga bekas pembantu Anwar, untuk menuntut keadilan.

"Anda kelihatannya hanya melihat Anwar sahaja yang lebih penting. Isunya berkaitan undang-undang. Dia (pengadu) rasa dia berhak mendapat keadilan, oleh itu dia membuat laporan (polis pada 28 Jun)," kata perdana menteri lagi.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN selama dua jam petang tadi memutuskan untuk bertanding dalam pilihanraya kecil itu, kata Abdullah.

Bagaimanapun, katanya, BN tidak menentukan calon yang bakal bersaing dengan Anwar di kerusi tradisinya itu.

"BN akan meletakkan seorang calon di Permatang Pauh. Namanya belum ditentukan siapa, tapi kita akan bincang dengan pihak bahagian Permatang Pauh.

"Ini adalah kerusi untuk calon BN daripada Umno bertanding," kata Abdullah, yang juga pengerusi BN.

Mengulas dakwaan penyertaan BN dalam pilihanraya kecil ini akan menghabiskan duit rakyat, beliau berkata:

"Apa pasal pulak. Ini pilihanraya. Kita kena menghadapi pilihanraya, tentu kena belanja sedikit. Itu bukan duit rakyat, (itu) duit parti."

Abdullah menjelaskan tidak ada sebab BN memulaukan pilihanraya kecil tersebut.

"Kita tak dengar orang-orang Umno kata nak pulau atau orang BN nak pulau.

"Tidak pernah kita tidak mahu bertanding dalam mana-mana pilihanraya kecil yang diadakan. Semuanya kita bertanding," kata Abdullah mengulas andaian BN kurang yakin bertanding untuk menentang Anwar.

Berhubung dengan surat tunjuk sebab yang dikenakan terhadap Parti Maju Sabah (SAPP), Abdullah berkata BN akan memperhalusi jawapan parti tersebut yang diserahkan hujung bulan lalu.

Parti dari Sabah itu diberikan notis tunjuk sebab kenapa tidak boleh dipecat sebagai komponen BN selama 30 hari selepas mengancam untuk mengeluarkan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri di Dewan Rakyat.

SAPP, dalam jawapannya akhir bulan lepas, tetap mempertahankan usul tersebut.

najib hilton hotel pc 010808 01Sementara itu, di sidang media yang sama, timbalannya Datuk Seri Najib Razak juga menjelaskan jawatankuasa pengurusan BN telah mengesyorkan kepada dewan tertingginya bahawa perkara-perkara yang dibangkitkan dalam surat SAPP itu akan dikaji lebih mendalam.

"Dan kalau perlu kita akan jawab perkara-perkara tersebut secara terperinci.

"Dan oleh itu kita akan hanya menghantar ketetapan kita apabila kita telah menjalankan proses mengkaji surat itu secara mendalam dan tentukan jawapannya dengan tepat," katanya.

Najib menambah, BN tidak berniat menangguh mengambil tindakan disiplin terhadap SAPP hari ini.

"Kita perlu jawapan komprehensif dan keputusan mantap atas jawapan yang diberikan oleh SAPP," katanya.

Timbalan pengerusi BN juga menjelaskan bahawa jentera pilihanraya parti itu akan digerakkan untuk memastikan kemenangan calonnya.

"Kita telah mendapat komitmen daripada ketua-ketua kompenen BN, khususnya mereka yang berada di Semenanjung, mereka akan komited untuk menggerakkan jentera masing-masing," katanya. Click Here!


BN mahu matikan watak Anwar

Saya tidak bodoh jika saya nyatakan bahawa memang sengaja Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara hari ini merancang (Kamu jangan bohong Pak Lah), mengheret Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah hari ini untuk menghalang atau melambat-lambat rancangan Pakatan Rakyat menuju Putrajaya.

Jika kenyataan saya ini tidak benar, kenapa dakwaan liwat timbul ketika gerakan ini dirancang rakyat? Kenapa Saiful Bukhari Azlan membuat dakwaan di saat ini (walaupun bukti tidak ada, dan dakwaan itu bohong dan palsu)? Kenapa perbicaraan di mahkamah dibuat hari ini? Kenapa Anwar difitnah, dizalimi dan keluarganya dihina, kenapa? Kenapa kes serupa 1998 dituduh ke atas Anwar?

Saya tidak ada kesempatan masa hari ini. Saya mahu sampaikan info dari SPR mengenai kelayakan seorang calon pilihan raya seperti berikut:-

KELAYAKAN CALON


Dalam sistem pilihan raya di Malaysia, calon yang bertanding boleh
mewakili sesuatu parti atau bertanding sebagai calon bebas.
Seseorang itu layak menjadi calon dalam mana-mana pilihan raya
jika memenuhi syarat berikut:



  • warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini;

  • berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada hari penamaan
    calon; dan

  • tinggal di Negeri di mana dia akan bertanding.


Seseorang calon hilang kelayakan jika dia:


  • telah didapati atau diisytiharkan tidak
    siuman; atau

  • didapati seorang bankrap; atau


  • memegang jawatan berkepentingan 'office
    of profit'; atau

  • gagal mengemukakan laporan perbelanjaan
    pilihan raya; atau

  • telah didapati bersalah oleh mahkamah
    di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara untuk tempoh tidak
    kurang dari 1 tahun atau denda tidak kurang dari RM2000
    dan belum mendapat pengampunan; atau

  • telah memperoleh kewarganegaraan asing.






Tokoh PKR diseret ke mahkamah

Polis menyerahkan satu notis kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta beliau hadir di mahkamah sesyen esok bagi menghadapi pertuduhan liwat.

Notis bertulis itu diserahkan di kediamannya di Bukit Segambut, hanya beberapa minit sebelum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan disertainya pada 16 Ogos ini.

anwar ibrahim court order police asp jude pereira 060808 04Kata seorang pegawai penasihat PKR itu, dokumen itu disampaikan oleh pegawai penyiasat kesnya DSP Jude Pereira.

Polis Kuala Lumpur tiba di kediaman Anwar pada 12:08 minit dan meninggalkan tempat itu hampir 10 minit kemudian.

Dua naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, yang juga bertindak sebagai peguam Anwar, dan Mohd Azmin Ali kelihatan bergegas masuk ke perkarangan rumah ketua mereka tidak lama selepas penyerahan notis tersebut.

Tokoh pembangkang itu mengadakan sidang medianya di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya pada petang ini bagi mengulas tindakan terbaru terhadapnya.

Selain menyalahkan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di sidang media itu, Anwar juga menegaskan kesediaannya bertanding dalam pilihanraya kecil berkenaan walaupun tidak dibenarkan ikat jamin oleh mahkamah.

SPR menetapkan hari mengundi bagi pilihanraya kecil pada 26 Ogos - satu pertandingan yang paling dinanti-nantikan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula selepas tiga penggal.

Menurut siaran media PKR petang ini mengenai perkara tersebut, Anwar menganjurkan solat hajat selepas maghrib di kediamannya.

Parti itu juga menyeru ahli-ahlinya dan penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di kompleks mahkamah Jalan Duta jam 9 pagi esok sebagai menyatakan sokongan kepada Anwar.

Sementara itu timbalan ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar petang ini berkata tindakan mendakwa Anwar diambil selepas pejabat Peguam Negara memutuskan untuk berbuat demikian, lapor Bernama.

Satu notis bertulis dikeluarkan untuk hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta pada pukul 10 pagi esok, kata Ismail dalam kenyataan.

"Polis telah menjalankan siasatan kes jenayah seksual melibatkan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii yang melibatkan Anwar, dengan berlandaskan prinsip undang-undang dan prosedur sedia ada wujud dalam sistem perundangan negara.

"Kertas siasatan telah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan nasihat dan keputusan," Ismail dipetik sebagai berkata.

Click Here!

Perbicaraan Anwar: Sekatan jalan raya dan siapsiaga FRU di mahkamah

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh)- Hari ini sekali lagi sekatan polis di jalan-jalan utama masuk ke Kuala Lumpur telah mengundang kesesakan lalulintas, sejak pagi lagi ekoran kebimbangan pihak polis berlakunya tunjuk perasaan di sekitar Kuala Lumpur.

Iklan




Jam 10 pagi ini, Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan dibicara di Mahkamah Seksyen, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, atas tuduhan meliwat. Polis mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Sejak jam 7.30 pagi lagi, didapati unit polis trafik mengawal lalu lintas sekitar jalan menuju ke mahkamah. Adalah dipercayai, para penyokong Anwar akan berkumpul dan memberikan sokongan padu kepada beliau di perkarangan mahkamah tersebut pagi ini.

Pasukan FRU yang sudah tiba sejak awal pagi, mula mengambil tempat berkawal di perkarangan mahkamah. Sementara, wartawan dalam dan luar negeri sudah berkumpul di luar mahkamah untuk melaporkan perkembangan terkini berkenaan perbicaraan ini.

Sementara itu, banyak pihak yang kecewa dan tidak berpuashati dengan langkah pihak polis itu, yang dianggap mengganggu gerakerja harian mereka akibat tergendala di sekatan jalan raya atau terperangkap dalam kesesakan.

"Esok saya akan menghadapi pertuduhan fitnah yang saya tidak lakukan, tuduhan yang digunakan untuk aibkan sama seperti pada tahun 98 dan 99," tegas Anwar pada sidang akhbar kira-kira pukul 3.15 petang semalam di ibu pejabat parti itu.

Anwar yang dituduh melakukan liwat, dijangka didakwa di bawah Seksyen 377A ataupun Seksyen 377C Kanun Keseksaan, berkaitan dengan perbuatan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 377A, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan dirotan manakala Seksyen 377C pula membawa hukuman tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman dirotan.

Mengikut Seksyen 377A dan 377C, ikat jamin tidak dibenar. Bagaimanapun di bawah Seksyen 388 Kanun Prosedur Jenayah, mahkamah boleh membenarkan ikat jamin. Anwar akan dibela oleh sepasukan sembilan peguam termasuk R. Sivarasa, Sankara Nair, Saiful Izham Ramli dan Sulaiman Abdullah.


Click Here!

Hadapkan ke mahkamah, usaha halang Anwar sertai pilihan raya kecil

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Tindakan mengheret Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah sebaik sahaja pengumuman mengenai Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dibuat adalah usaha menghalang beliau menyertai pilihan raya tersebut.

Iklan

Demikian kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam respons awalnya terhadap perkembangan tersebut kepada Harakahdaily hari ini .

Anwar dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di Jalan Duta jam 10.00 pagi esok.

Sebelum itu, Kamarudin telah mengirimkan satu SMS kepada Harakahdaily menyatakan Anwar akan dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Menurut Kamarudin, paling menghairankan tindakan ini dibuat sebaik sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya membuat pengumuman penting mengenai pilihan raya Permatang Pauh yang disebut Anwar menjadi medan kembali ke arena politik.

Sementara itu Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin pula menyatakan bahawa tindakan itu berniat jahat dan sengaja dilakukan tatkala kerajaan melihat rakyat memberi sokongan penuh kepada Anwar.

AMK turut kesal dengan perkembangan itu dan menyifatkan ia tindakan yang menyempitkan lagi ruang demokrasi, katanya.

Justeru atas solidariti kepada Anwar, AMK telah menghubungi semua petugasnya untuk mengadakan himpunan menyokong Anwar di hadapan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 9.00 pagi esok.

ImageAnwar dilaporkan akan dihadapkan ke mahkamah esok berikutan kertas siasatan dakwaan liwat yang dibuat Saiful Azlan pada 28 Jun lalu.

Polis dilaporkan telah menyerahkan satu dokumen kepada Anwar berhubung pertuduhan itu.

Dokumen itu diserahkan di kediamannya di Bukit Segambut, tatkala Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru sahaja menetapkan tarikh pilihan raya kecil Permatang Pauh yang akan disertainya pada 16 Ogos ini.

Sumber KeADILan menyatakan bahawa, dokumen itu disampaikan oleh pegawai penyiasat kes dakwaan meliwat, DSP Jude Pereira di rumah Anwar jam 12.00 tengahari tadi.

Sementara itu, dalam satu sidang media di Putrajaya pagi tadi, SPR mengumumkan pengundi di Permatang Pauh akan menentukan ahli Parlimen baru kerusi itu pada 26 Ogos.

SPR yang bermesyuarat hari ini menetapkan hari penamaan calon pada 16 Ogos.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

Namun sejak 1998, kerusi itu disandang oleh Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menguasainya selama tiga penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menyatakan seramai 58,459 pemilih termasuk 490 melalui pos layak membuang undi.

Daftar pemilih yang digunakan dalam pilihan raya tersebut dikemaskinikan sehingga 31 Julai, katanya.

Beliau mengingatkan semua calon supaya tidak menyentuh sebarang isu yang melibatkan kes-kes petisyen pilihanraya umum lalu dalam kempen-kempen mereka.

ImageAbdul Rashid juga menyeru calon-calon menjaga tatatertib berkempen dan mematuhi undang-undang.

Permatang Pauh merupakan satu daripada 13 kersui Parlimen di Pulau Pinang, memang 'panas' sejak 1999.

Majoriti pengundi kawasan ini terdiri daripada orang Melayu yang merupakan 68.5 peratus atau 40,039 daripada 58,449 pengundi kawasan itu, diikuti oleh kaum Cina seramai 14,489 orang atau 24.79 peratus dan India 3,581 orang (6.3 peratus) serta lain-lain 240 orang (0.41 peratus).

Kerusi Parlimen Permatang pauh meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Kerusi Dun Seberang Jaya, yang diwakili oleh Datuk Arif Shah Omar Shah daripada BN, mempunyai 22,678 pengundi iaitu Melayu 14,163 orang (62.36 peratus), Cina 5,436 (23.97 peratus), India 2,978 (13.13 peratus) dan lain-lain 122 (0.54 peratus).

Kerusi Dun Permatang Pasir yang diwakili Hamdan Abd Rahman dari PAS mempunyai 20,350 pengundi iaitu Melayu 14,715 orang (72.31 peratus), Cina 5,278 (25.94 peratus), India 328 (1.61 peratus) dan lain-lain 29 (0.14 peratus).

Kerusi Dun Penanti, yang diwakili oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin dari PKR mempunyai 15,421 pengundi iaitu Melayu 11,181 orang (72.51 peratus), Cina 3,776 (24.49 peratus), India 375 (2.43 peratus) dan lain-lain 89 (0.57 peratus).

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu Wan Azizah mengalahkan calon BN Datuk Pirdaus Ismail dalam pertandingan satu lawan satu dengan majoriti 13,388 undi.

Namun, 31 Julai lalu beliau mengumumkan peletakan jawatan sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising