KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), R.Sivarasa berkata, bahawa laporan menyatakan Ketua Umum KeADILan akan ditahan hari ini hanyalah 'khabar angin'.
Peguam Anwar, Sivarasa Rasiah yang keluar dari rumah Anwar menyatakan bahawa setakat ini tiada waran tangkap diserahkan kepada anak guamnya. "Apa-apa pun Anwar bersedia ditahan" katanya kepada pemberita yang menyerbu beliau sebaik keluar dari rumah Anwar. Kira-kira 50 wartawan dan jurugambar dari dalam dan luar negara berkumpul di hadapan rumah Anwar Ibrahim sejak jam 3.00 petang tadi sebaik sahaja tersebar maklumat dakwaan Anwar akan ditahan. Namun sehingga berita ini ditulis, polis masih belum kelihatan datang ke rumah Anwar bagi menahan beliau. Sebelum ini polis dilaporkan telah menyerahkan kertas siasatan dakwaan liwat ke atas bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan kepada pejabat Peguam Negara. Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar pada 31 Julai lalu mengesahkan bahawa siasatan kes liwat Anwar telah disiapkan dan kertas siasatannya itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara. Ujar Syed Hamid, terpulang kepada jabatan itu sama ada untuk meneruskan pendakwaan atau sebaliknya terhadap Anwar. Click Here! | |||||||
Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)
Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)
Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.
Wednesday, August 6, 2008
Dakwaan Anwar ditahan hanya khabar angin - Sivarasa
Subscribe to:
Posts (Atom)
'Live' Dari Parlimen
ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?
Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Sehingga jam 5.30 petang tadi mereka terus menanti sebarang kemungkinan Anwar ditahan kerana menurut sumber, kononnya arahan penahanan dikeluarkan.
Siasatan itu dibuat berikutan satu laporan polis yang dibuat Saiful Bukhari pada 28 Jun lalu yang mendakwa majikannya meliwat beliau beberapa kali. 




