Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)
Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.
Tuesday, August 5, 2008
BPR digesa siasat pimpinan Umno termasuk Abdullah
Click Here!
PAS tetap dengan prinsip perjuangannya- Idris Ahmad
Justeru katanya, ahli PAS dan penyokongnya tidak perlu bimbang dengan isu muzakarah antara Umno dengan PAS kerana parti itu tetap menolak sebarang kongsi kuasa dengan Umno.
Sekaligus beliau menyokong kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hdi Awang bahawa parti itu tidak pernah bercita-cita untuk berkongsi kuasa dengan Umno bagi menubuh kerajaan sama ada di peringkat pusat atau pun negeri.
“Tuan Guru Presiden dengan pendapatnya sendiri sebelum ini pun tetap menegaskan dalam mana-mana pertemuan dan ceramahnya menyatakan bahawa tidak ada sebarang keputusan dibuat untuk berkongsi kuasa menubuhkan kerajaan dengan Umno.
“Cuma media saja mengembar-gemburkan isu seolah-olah PAS ada perbincangan untuk berkongsi kuasa dengan Umno,” katanya ketika berucap di satu Majlis Ceramah di Markaz Tarbiyyah Taman Melewar di sini baru-baru ini.
Turut hadir berucap, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub dan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Ustaz Idris berkata, PAS mempunyai satu peringkat paling tinggi iaitu muktamar tahunannya untuk menentukan sesuatu keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti dipersetujui atau sebaliknya.
“Ahli-ahli PAS boleh membuat keputusan dalam muktamar atas apa isu sekalipun, mereka mempunyai kuasa itu selagi tidak bercanggah dengan prinsip Islam, walaupun mungkin kepimpinan membuat keputusan berbeza dengan mereka,” jelasnya.
Katanya, ahli PAS boleh juga memohon Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar mengadakan muktamar khas sekiranya mereka tidak berpuashati dengan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti.
Justeru beliau menyeru ahli PAS supaya tidak bimbang dengan isu muzakarah dan menyokong penuh keputusan yang dibuat presiden PAS tersebut.
Baru-baru ini Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi memutuskan bahawa PAS tidak pernah memutuskan untuk berkongsi kuasa dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan di peringkat pusat dan negeri.
PAS akan terus bersama pakatan rakyat dan menyokong cita-cita menegakkan keadilan dan kebenaran dalam negara ini.
Bagaimanapun PAS tidak menolak untuk mengadakan perbincangan atas isu Islam dan kepentingan negara dengan siapa sahaja sama ada parti atau badan bukan kerajaan (NGO).
Pilihan raya Kecil: Permatang Pauh dulu, baru Sanglang?
| Bashir Ishak Tue | Aug 05, 08 | 7:46:26 am MYT | |||||||
Ketika orang ramai dari kalangan penggiat politik, pemerhati mahupun orang biasa sehinggalah mereka yang terlibat secara langsung khususnya para pengundi di Dun Sanglang masih tertanya-tanya apakah yang akan terjadi dengan kes petisyen Dun tersebut, tiba-tiba tumpuan politik negara mula beralih ke Permatang Pauh pula.
Keputusan Mahkamah Pilihan raya berkaitan petisyen Dun Sanglang baru-baru ini membingungkan semua orang kerana keputusan kemenangan calon BN, Abdullah Hassan ditolak tetapi sebaliknya lawan beliau, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ustaz Hashim Jasin tidak pula diisyhtiharkan sebagai pemenang. Ekoran keputusan tersebut, Ustaz Hashim sebagai pempetisyen telah memfailkan rayuan ke Mmahkamah Persekutuan pula. "Tarikh rayuan belum diberikan oleh mahkamah," itulah jawapan yang mampu diberikan oleh pimpinan PAS Perlis bila ditanya orang. Dalam pada itu, kerusi Dun Sanglang masih lagi kosong. Cakap-cakap mengenai pilihan raya kecil Dun Sanglang terus berkumandang. Tidak dinafikan di pihak PAS sendiri persediaan sedang dijalankan, apatah lagi di pihak Umno/BN yang begitu rancak menyusun program di Dun Sanglang. Sudah beberapa kali program-program yang berselindung di bawah nama kerajaan diadakan di sana. Beberapa orang Menteri juga sudah turun padang. Mungkin juga mereka datang untuk menampilkan muka ketika pemilihan Umno di peringkat bahagian sedang rancak berjalan sekarang. Tatkala ramai yang sedang mencongak-congak tentang percaturan di Sanglang, tumpuan tiba-tiba beralih ke parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang. Ketua Pembangkang di Parlimen yang juga Presiden Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail melepaskan kerusi yang dimenanganinya dalam pilihan raya umum lepas untuk memberikan laluan kepada suaminya, Dato' Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ. Awalnya, Anwar yang juga Ketua Umum KeADILan dikatakan memilih untuk bertanding di Kulim-Bandar Baru yang sedang dalam proses perbicaraan petisyen pilihan raya. Bagaimanapun akhirnya laluan diberikan oleh isterinya sendiri untuk beliau meneruskan karier politiknya yang tersekat lewat peristiwa tahun 1998 lalu. Sitasi ini sekaligus memperlihatkan pilihan raya kecil akan diadakan di Permatang Pauh dahulu memandangkan situasi di Sanglang masih belum terjawab. Sekiranya sesuatu kerusi dikosongkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memutuskan untuk mengadakan pilihan raya dalam masa 60 hari. Apapun, pilihan raya kecil ini adalah ujian pertama bagi parti-parti di bawah Pakatan Rakyat pasca pilihan raya umum ke-12. Masa inilah Pakatan Rakyat perlu menunjukkan satu kejituan dalam pakatan yang dibentuk bagi membuktikan mereka mampu dilihat rakyat di dalam negara ini untuk menggantikan pemerintahan Barisan Nasional. Begitu juga kerjasama yang padu perlu untuk menafikan sebarang tohmahan atau usaha dari parti pemerintah yang memperkudakan media arus perdana di negara ini untuk cuba memecah-belahkan pakatan PAS, KeADILan dan DAP ini. Sebagai ikon politik nombor satu di negara ini pada masa ini, Anwar yang akan bertanding di kerusi Permatang Pauh pasti akan menarik tumpuan seluruh dunia yang menanti-nantikan "political comeback" beliau. Begitu juga dengan visi untuk melihat beliau melangkah ke Putrajaya September ini, sudah pasti seluruh pelusuk dunia sedang memerhatikan perkembangan ini. Walau bagaimanapun, laluan beliau tidak semudah yang diharapkan kerana masih banyak kontroversi yang sedang melanda. Hanya diharapkan tidak berlaku sebarang perkara yan tidak diingini sebelum berlangsungnya pilihanraya kecil tersebut. Nampaknya kata-kata "Jom gempur Sanglang" terpaksa ditangguhkan sementara dan digantikan "Jom Gempur Permatang Pauh" pula. Click Here! | |||||||
Kabinet bayangan: Pejabat MB nafi, Sinar Harian digesa mohon maaf
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - Pejabat Menteri Besar Selangor menafikan bahawa Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pernah menamakan mana-mana individu untuk kabinet bayangan sebagaimana yang telah disiarkan dalam akhbar Sinar Harian pada 2 Ogos lalu.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad lewat petang semalam, pejabat Menteri Besar meminta agar pihak editorial Sinar Harian memohon maaf dan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan memandangkan ia boleh menimbulkan salah faham di kalangan pembaca. Jelasnya, sebarang keputusan melibatkan pimpinan rakyat di peringkat pusat akan dibuat oleh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat. Artikel yang bertajuk 'PR sudah mula bentuk kabinet bayangan' disiarkan di muka N2 dalam akhbar tersebut. Berikut adalah sebahagian petikan artikel tersebut: 'Shah Alam-Walaupun belum memerintah negara tetapi Pakatan Rakyat (PR) sudah membentuk 'kabinet bayangan' yang diterajui Penasihat Parti KeADILan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata selain menjadi Perdana Menteri, Anwar juga kana memegang portfolio Menteri Kewangan Katanya, penasihat DAP, Lim Kit Siang akan dialntik sebagai Timabalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan. "Terdapat kemungkinan struktur 'kabinet bayangan' itu akan diubah beradsarkan pengalaman PR dalam mentadbir kerajaan Selangor. Rasanya kita akan uabh dan lakukan. "Tetapi saya rasa setelah kita berdepan usaha mengubah Selangor selama empat bulan lagi,"katanya. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan diterajui oleh Tian Chua, Gobalakrishnan, Irene Fernandez, Senator Yong Teck Lee dan William Leong Struktur 'kabinet bayangan' yang terdapat dalam laman blog Ahli Parlimen Ipoh Barat, M.Kulasegaran itu menyenaraikan Tony Pua sebagai Menteri Kewangan ke II dan Karpal Singh sebagai Menteri Dalam Negeri '. Click Here!
| |||||||
Antara "Malaysia Boleh" dan pelacur Melayu di London
| Shirzad Lifeboat Tue | Aug 05, 08 | 7:22:33 am MYT | |||||||
Sejak slogan "Malaysia Boleh" diperkenalkan oleh kerajaan Umno-BN satu ketika dulu, banyak benda yang diberikan pengiktirafan oleh kerajaan sendiri tentang kebolehan rakyat Malaysia melakukan sesuatu yang tidak terfikir boleh dilakukan sebelumnya dan juga sepatutnya tidak perlu untuk dilakukan.
Kita tak perlu bersusah payah mendaki Gunung Everest atau menumpangkan seorang yang kita sendiri iktiraf sebagai angkasawan untuk ke angkasa lepas hanya untuk membuktikan slogan "Malaysia Boleh". Tentu lebih bermakna sekiranya kalau kalau rakyat Singapura boleh menikmati pendapatan lebih dari USD30,000 per kapita, maka kerajaan Malaysia bertungkus lumus untuk membuktikan rakyat Malaysia juga boleh. Tetapi nampaknyanya semangat "Malaysia Boleh", lebih lazim dari tidak, kerap dipergunakan untuk perkara remeh dan tidak mendatangkan faedah yang tangible untuk rakyat. Mungkin juga semangat Malaysia Boleh ini diambil oleh Noor Azura Mohd Yusoff, atau nama timangannya "Princess". Princess adalah seorang remaja perempuan Melayu, beragama Islam dan berusia 22 tahun serta pekerja sebagai pelacur di London. Hari ini nampaknya, orang Melayu sudah boleh menjadi pelacur di sebuah kota metropolitan seperti London. Dan rupa-rupanya cerita Sufiah, gadis genius Matematik yang juga melakukan pekerjaan yang sama di London bukanlah sebenarnya kes terpencil. Cerita Noor Azura menjadi sensasi di London apabila beberapa hari lalu Mahkamah Old Bailey, London menjatuh hukuman 15 tahun penjara terhadap beliau kerana disabitkan bersubahat membunuh dan memenggal kepala seorang lagi remaja wanita Xie Xing Xing (bukan rakyat Malaysia) sebelum mencampakkan mayatnya ke dalam Sungai Thames. Tentu sekali ia satu pembunuhan kejam. Apa yang menarik ia dilakukan oleh seorang remaja perempuan Malaysia di luar negara. Tidak diketahui sekiranya Princess pernah mengikuti kursus khidmat negara namun apapun ia merupakan satu lagi kes "Malaysia Boleh"? Click Here! | |||||||
PAS sokong walaupun songkok Anwar dipertaruhkan
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahudin Ayub berkata, PAS bersedia membantu Anwar bertanding walaupun beliau ditangkap dan dipenjarakan.
“Kita akan membantu Anwar untuk mendapat kemenangan lebih besar walaupun beliau ditangkap dan walaupun terpaksa mempertaruhkan songkoknya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil permatang Pauh,” katanya ketika berucap di Taman Melewar di sini baru-baru ini.
Menurut maklumat pihak Polis Bukit Aman sudah bersedia untuk dikerah bagi menangkap Anwar dalam masa terdekat.
Bagaimanapun katanya, usaha itu tidak akan menghalang Anwar dari mencapai cita-cita Pakatan Rakyat (PR) untuk mempastikan beliau bertanding dalam pilihanraya kecil itu.
Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan membuat pengumuman tentang kekosongan kerusi parlimen Permatang Pauh dan akan menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian bagi kerusi tersebut esok.
Kerusi parlimen itu kosong berikutan perletakan jawatan oleh ahli parlimen kawasan itu, Datuk Seri Wan Azizah Ismail untuk memberi laluan kepada suaminya (Anwar) bertanding dalam pilihan raya tersebut.
Wan Azizah menang dalam pilihan raya umum kawasan tersebut, 8 Mac lalu dengan majoriti 13,388 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Pirdaus Ismail.
Wan Azizah mendapat 30,388 undi manakala Pirdaus 16,950 undi.
BN dijangka meletakkan calon tempatan untuk mempastikan Anwar tidak mudah mencapai kemenangan di kawasan tersebut.
Anwar sebelum ini tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kerana dikenakan hukuman penjara enam tahun akibat tuduhan salahguna kuasa sekaligus satu sekatan berpolitik telah dikenakan ke atas beliau selepas menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh.
Bagimanapun sekatan bergiat aktif dalam aktiviti politik (termasuk bertanding dalam pilihn raya) telah tamat April lalu dan beliau boleh aktif semula dalam kegiatan politik. Click Here!
AWAS ! Kepada Penggemar Nasi Lemak dan Teh Tarik
| Written by Administrator |
|
Setelah itu ia disudahi dengan tegukan segelas teh tarik – teh yang manis bersusu. Teh tarik juga secara kebetulan menjadi minuman tidak rasmi bagi rakyat Malaysia. Tetapi malangnya, mengambil nasi lemak dan teh tarik untuk sarapan pagi setiap hari bukan suatu pilihan yang terbaik dari segi kesihatan. Bacalah seterusnya… Apa yang terjadi kepada nasi putih dalam badan kita? Sebaik sahaja ia dimakan, nasi putih akan ditukarkan menjadi glukosa dan akan diserap dengan cepatnya ke saluran darah. Sebarang peningkatan gula darah akan memberi isyarat kepada pankreas untuk mengeluar dan melepaskan insulin. Hormon ini akan mengarahkan sel-sel untuk mengusap glukosa. Tanpa insulin, glukosa akan hanyut terapung-apung di sekitar aliran darah, tidak dapat memasuki ke dalam sel-sel yang memerlukannya. Diabetes akan muncul apabila badan tidak dapat mengeluarkan insulin dengan cukup atau tidak dapat menggunakannya dengan baik. Nasi putih mengandungi apa yang dikenali sebagai Indeks Glisemik (GI) yang tinggi. Ini bermakna ia akan menyebabkan peningkatan paras gula darah dan insulin secara berlanjutan. Karbohidrat yang tidak begitu mudah dihadamkan akan menyebabkan peningkatan gula darah dan insulin yang lebih rendah dan lebih perlahan. Dengan itu, ia memberi kurang tekanan terhadap jentera pembuat insulin dalam badan kita serta membantu mencegah diabetes jenis 2. Makanan-makanan seperti ini dikatakan mempunyai Indeks Glisemik yang rendah. Contohnya termasuklah gandum asli lengkap, beras perang, lain-lain jenis bijirin yang lengkap, dan kebanyakan kacang dan kekacang. Sel-sel kita bergantung kepada satu gula tunggal ringkas iaitu glukosa, yang sebahagian besar diperlukan oleh sel-sel berkenaan untuk membina tenaga. Badan kita mempunyai mekanisme yang rumit untuk memastikan paras glukosa dalam aliran darah tidak menurun terlampau rendah atau melambung naik terlampau tinggi. Glukosa datangnya daripada pencernaan sukrosa (gula biasa) dan juga daripada karbohidrat seperti nasi, roti, ubi kentang, roti canai, dan lain-lain. Jenis-jenis diabetes : Satu bentuk diabetes akan berlaku apabila sistem imun menyerang dan melumpuhkan buat selama-lamanya sel-sel pembuat insulin dalam pankreas...Ini dikenali sebagai diabetes 'jenis 1' yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai permulaan juvana (juvenile onset) ataupun diabetes bergantung insulin. Satu bentuk lagi, iaitu dari jenis yang suka menjalar dalam badan manusia, dan ia mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang menjadi penyakit diabetes sepenuhnya. Ia bermula apabila otot dan sel-sel lain berhenti memberi tindak balas terhadap isyarat buka pintu untuk glukosa yang diberikan oleh insulin. Badan bertindak balas dengan membuat lebih banyak lagi insulin, sebenarnya ia cuba menggasak dan memaksa gula darah ke dalam sel-sel.Akhirnya, sel-sel pembuat insulin menjadi lemah dan mengalami kegagalan. Ini dikenali sebagai diabetes 'jenis 2'. Mereka yang menghidapi pradiabetes mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi daripada normal tetapi tidak cukup tinggi untuk disahkan sebagai pesakit diabetes sepenuhnya. Penghidap pradiabetes mempunyai paras glukosa 6.1 hingga kurang daripada 7mmol/l. Pada paras ini ia mengisyaratkan wujud risiko tinggi untuk menghidapi diabetes Jenis 2 dalam masa 10 tahun yang berikutnya. Sama ada pradiabetes akan berkembang menjadi diabetes jenis 2 sepenuhnya, sebahagian besarnya bergantung kepada individu itu sendiri yang seharusnya mengambil perhatian terhadap berat badan dan kegiatan senaman. Cara pemakanan bukan sahaja dapat mencegah pradiabetes daripada menjadi diabetes, tetapi juga dapat mengembalikan semula paras glukosa darah ke julat yang normal. Contoh khusus nutrien-nutrien penting yang diperlukan oleh pesakit diabetes dan pradiabetes dengan jumlah yang lebih tinggi daripada yang terdapat dalam formula multivitamin dan mineral harian biasa – Vanadil Sulfat, Kromium, Biotin, vitamin B1, B6, B12, Niacinamide, vitamin C, vitamin E, Mangan, Zink dan Selenium. Jika anda inginkan lebih banyak lagi artikel menarik seperti ini, anda dipelawa untuk KLIK ke link dibawah ini :
Jika anda tidak keberatan, harap 'FORWARD' kan info yang bermanafa'at ini kepada 'Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...' |
'Live' Dari Parlimen
ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA









