Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, August 4, 2008

BN tidak beri Anwar menang percuma

Aug 4, 08 8:53pm
BN akan tetap meletakkan calonnya dalam pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh, kata timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib, yang juga timbalan pengerusi BN, berkata kenyataan dua pemimpin Umno supaya BN tidak meletakkan calon itu pandangan peribadi.

"Parti akan membuat pertimbangan dalam sedikit masa lagi mengenai hal ini.

"Sudah tentu bukan bererti menang atau kalah tetapi kita mesti memaparkan pilihan kepada pengundi Permatang Pauh," katanya dalam sidang media selepas menutup program 'Wanita Bersama Pemimpin' anjuran pergerakan wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Ketua perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa dan timbalan menteri kesihatan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad pernah mencadangkan agar BN tidak meletakkan calon di kerusi parlimen tersebut sebagai memboikot pilihanraya kecil.

Mengenai perkara itu, Najib berkata, "itu pandangan peribadi mereka."

Najib juga menyifatkan peralihan kuasa dalam Wanita Umno sebagai tanda kematangan, keikhlasan dan tindakan berhikmah pemimpin pergerakan itu.

"Ini satu langkah yang baik dan Wanita akan sentiasa menjadi organisasi yang kuat. Wanita merupakan sendi kekuatan parti," katanya.

Pagi tadi Tan Sri Rafidah Aziz mengumumkan beliau akan menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selewat-lewatnya pertengahan tahun depan.

Menurutnya, beliau menghargai sumbangan dan kepimpinan Rafidah kepada Umno dan kerajaan. Beliau berharap Shahrizat meneruskan kecemerlangan Wanita.

Katanya, peralihan ini sangat wajar supaya dapat mengekalkan kekuatan parti kerana pada satu peringkat Wanita kena membuat pilihan sendiri.

Najib berkata, kemungkinan peralihan ini diterima oleh perwakilan Wanita.

Ketika ditanya adakah polis akan membawa pulang penyiasat persendirian, P Subramaniam dari luar negara, Najib berkata, ia terserah kepada pasukan itu. Click Here!

'Senang perebah' Ezam di Ptg Pauh

Aug 4, 08 1:43pm
Mohamad Ezam Mohd Noor "lebih senang diperebah" jika terpilih sebagai calon BN menentang bekas ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, kata pengarah pilihanraya negeri PKR Mustaffa Kamal Yusuf.

"Ezam tidak akan banyak membantu (Umno). Kalau beliau bertanding, saya rasa besar peluang kita. Lagi senang perebah (jatuhkan).

"Kita pasang saja rakaman (ucapan) beliau dulu-dulu," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Menurut Mustaffa, pengundi kawasan parlimen itu "cukup kenal" dengan bekas setiausaha politik Anwar itu.

Mohamad Ezam menyatakan kesediaannya mencabar Anwar, jika diberikan peluang oleh BN, dalam pilihanraya yang disifatkan sebagai "pertandingan moral" demi "menegakkan kebenaran."

Dihubungi hari ini bagi mengulas dakwaan Mustaffa, bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata:

"Mereka (PKR) boleh buat apa juga dakwaan. Hakikatnya, dalam tempoh Anwar dipenjara, sayalah yang mengepalai gerakan mobilisasi rakyat melalui AMK dan lain-lain."

Beliau, yang sedang berada di Indonesia, dalam jawapan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) berkata, dalam pilihanraya kecil yang akan datang, beliau "akan pastikan Anwar mendapat tentangan paling sengit dalam sejarah politiknya."

Sementara itu, Mohamad Ezam enggan mengulas dakwaan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shaharin bahawa beliau pernah bertemu Mohd Saiful Bukari Azlan pada 27 Jun lalu, sehari sebelum bekas pembantu Anwar melaporkan kepada polis mendakwa diliwat bekas majikannya itu.

Badrul Hisham jua mendakwa Mohamad Ezam telah mendapat maklumat bahawa terdapatnya "konspirasi kedua" terhadap penasihat PKR itu empat bulan lalu.

"Saya diberitahu oleh dua orang yang hadir di mesyuarat tersebut bahawa Ezam menyatakan akan berlaku terhadap Anwar tuduhan yang sama tetapi watak yang berbeza," katanya, lapor edisi terbaru Suara Keadilan.

Mohamad Ezam enggan memberikan komen selagi tuduhan itu tidak datang daripada Anwar sendiri, katanya melalui SMS.

Diminta mengulas kemungkinan wujudnya pengundi hantu, Mustaffa berkata, jawatankuasa pilihanraya PKR sedang mengemaskini maklumat sistemnya SISMEP 12 untuk mengesan perkara itu.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, sistem itu banyak membantu, katanya.

PKR negeri juga sedang membangunkan laman web www.permatangpauh.com untuk memberikan maklumat terkini dan aktiviti parti untuk menghadapi pilihanraya kecil itu, kata Mustaffa.

Laman itu akan dilancarkan selepas penamaan calon, tambahnya. Click Here!

Abdullah terkejut Rafidah nak letak jawatan

Oleh Utusan
Isnin, 04 Ogos 2008

KL: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terkejut dengan keputusan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz mahu melepaskan jawatannya pada pertengahan tahun 2009.

Abdullah berkata, beliau menerima keputusan tersebut dan telah mendapatkan persetujuan daripada Naib Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini untuk tidak bertanding melawan Rafidah pada pemilihan hujung tahun ini.

Sementara itu, Rafidah pada sidang akhbar selepas Majlis Wanita Bersama Pemimpin berkata, beliau akan menyerahkan jawatannya kepada Shahrizat dan berharap tiada pihak yang cuba merebut dua jawatan tertinggi pergerakan itu pada pemilihan akan datang. Click Here!

Ahli-ahli Umno di Dataran Merdeka esok lapor rasuah PM

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) - Veteran Umno, Dato' Mazlan Harun akan membuat laporan kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR) esok ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan tuduhan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (Bersara) Dato' Zahar Hashim bahawa Perdana Menteri terlibat dengan rasuah politik "of the highest order".

Dalam surat bertarikh 11hb Julai 2008, Zahar mendedahkan salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku dalam proses pemilihan Umno oleh Abdullah, yang juga Presiden Umno.

Laporan itu akan dibuat pada pukul 9.30 pagi dan ahli-ahli Umno serta rakyat Malaysia yang mahu bersama-sama membuat laporan polis itu diminta berkumpul di Dataran Merdeka pada pukul 9 pagi esok.

Menurut blogger Umno, A Voice (anotherbrickinwall.blogspot.com), beberapa orang veteran Umno yang juga ahli-ahli Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan turut serta memberi sokongan moral kepada Mazlan.

Dalam suratnya, Zahar berkata, penawaran jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri oleh Abdullah kepada timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak dan persetujuan Najib menerimanya dalam keadaan sekarang dan pada ketika ini merupakan rasuah politik "of the highest order," walau apa pun alasan yang diberi.

"Sudah pasti ia akan memberi kesan yang menguntungkan Abdullah, khususnya, dan sedikit sebanyak kepada Najib juga," katanya.

Terdahulu dari itu, kata Zahar, Abdullah telah terlibat dalam beberapa majlis ramah mesra dan penerangan dalam tempoh pemilihan seperti yang ditafsirkan dalam Tataetika Versi 2008.

"Ketua-ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas, disediakan penginapan di hotel dan diberikan buah tangan berupa sejadah atau kain pelikat serta duit belanja melalui jentera dan sumber kewangan kerajaan.

"Isu in telah menjadi buah mulut di kalangan ahli-ahli Umno," katanya.

Zahar memetik Tataetika Versi 2008 yang melarang calon yang ingin bertanding sebagai Ketua Bahagian atau Ahli Majlis Tertinggi menganjur jamuan atau memberi sedikit wang belanja kepada para perwakilan dan akan dikenakan tindakan disiplin jika melakukannya. Click Here!

Proof Najib Is An American Agent/Bukti Najib Agen Amerika

Monday, August 4, 2008

This is a complete speech of Najib Tun Razak to the Heritage Foundation. The entire speech is produced here in this article for your kind reference. Draw you own conclusion. The original speech can be found here. It seems Najib had listed out neatly all of UMNO/BN and his own contribution to the United States of America.


(Bahasa Malaysia) Dibawah ini adalah ucapan Najib Tun Razak di Heritage Foundation memperincikan segenap pemberian ikhlas Malaysia terhadap Amerika. Dari perincian ini susah untuk kita tidak mengatakan Najib bukan seorang agen Amerika.


May 3, 2002
U.S.-Malaysia Defense Cooperation: A Solid Success Story
by The Honorable Najib bin Tun Abdul Razak
Heritage Lecture #742

I considered titling my talk today: "Malaysia-U.S. Defense Cooperation: The Untold Story." The reason is that for many years U.S. and Malaysian forces have cooperated on a wide range of missions with virtually no fanfare or public acknowledgement. And in spite of its success, our bilateral defense relationship seems to be an all too well-kept secret.

So I very much appreciate the chance The Heritage Foundation and the Center for Strategic and International Studies have provided for me to reveal this well-kept secret. I would particularly like to thank Dr. Ed Feulner of Heritage, not only for his kind introduction, but also for his ongoing contributions to enhancing Malaysia-U.S. understanding. I'd like to thank Dr. John Hamre as well, both for the hospitality CSIS is providing today and for his leadership on defense issues. Dr. Hamre may be among the few to whom our bilateral defense cooperation is not in fact a secret.

Before I begin, I'd like to touch briefly on our bilateral relationship as a whole--as a kind of preview to Prime Minister Mahathir's official visit to Washington in two weeks.

Certainly, I am aware that a visit by a head of state to Washington, D.C., is not a rare occurrence, especially these days. So why is this particular visit significant?

Historically, Malaysia has been a steady, reliable friend of the United States. Our multitude of common interests include trade and investment on a sizeable scale and security cooperation across a range of fronts. An equally important point is the common values our two countries share, including a commitment to democracy, religious tolerance, and equality for all our diverse citizens. In times like these--in a time of war--it is these values that bind nations together.

But I would point out that there is still another factor that makes our relationship important. Malaysia--though a small country halfway around the globe--occupies a somewhat unique position. We are an Islamic country. We are stable. We are prosperous. And our Prime Minister, Dr. Mahathir, has gained a certain status and sway, not only in the Southeast Asian region, but throughout the Islamic world.

An Unsung Story

I would like to elaborate on this subject later, but--to alleviate any suspense--I will first address the unsung story of our defense cooperation.

Take the recent hit film Black Hawk Down. The scene was Somalia, 1993. And although Hollywood saw it differently--I guess you could say Malaysia's role was left on the cutting room floor--the fact is this: More than 100 Malaysian peacekeeping forces engaged in that fierce fighting to try to rescue the trapped U.S. Army Rangers. Fighting together with the U.S. Rangers, one of our troops made the ultimate sacrifice, along with the 18 U.S. soldiers who died.

Fortunately, our troops do not serve to become stars in Hollywood.

We were indeed gratified, however, when we were honored by the Pentagon for our contributions. And then, in New York this past March, a total of 23 Malaysian peacekeepers were awarded the Dag Hammarskjöld Medal, which is presented by the United Nations to peacekeepers killed in the line of duty.

In fact, since 1960, Malaysia has participated in more than 20 United Nations missions, from East Timor to Kosovo. For Malaysia, peacekeeping operations are an integral part of our foreign policy. Like the United States, we believe that nations--even small ones--have the responsibility to contribute when and wherever possible to a stable world order.

A Special Relationship with the U.S.

Malaysian forces regularly conduct joint training with United States counterparts, and the United States routinely enjoys access to Malaysian airfields and ports. Also, Malaysia provides one of the few bases outside the United States for U.S. military jungle-warfare training. U.S. troops are warmly welcomed in Malaysia and enjoy training there. In particular:

  • There have been more than 75 U.S. military ship visits in the past two and a half years.
  • The United States conducts training exercises with the Royal Malaysian Air Force, flying with and against them in mock battles.
  • U.S. Navy SEALs conduct training in Malaysia twice a year.
  • The U.S. Army does field exercises with the Malaysian army. I might mention here that, for their expertise in jungle warfare, Malaysians are known in the business as "whispering death."
  • Finally, 1,500 Malaysian defense personnel have benefited from the U.S.-sponsored IMET (international military education and training) program.

As you can see, cooperation between our two nations started long before September 11, 2001. But the horrific events of that day galvanized our relationship as never before. Prime Minster Mahathir has been vocal in condemning the attacks, and we have been happy to provide an elevated level of cooperation with the United States on the range of fronts. For example:

  • The United States averages more than 1,000 overflights per year. Since September 11, this number has increased dramatically, and all requests have been approved.
  • The United States has excellent access to Malaysian intelligence.
  • Malaysia occupies a strategic location along the Strait of Malacca and southern South China Sea, and devotes considerable resources to maintaining safe and free shipping lanes for commercial and military vessels. Since September 11, Malaysian forces have been protecting U.S. ships in the Strait.
  • Malaysia has a considerable number of troops and military assets on our islands to thwart the threat of Abu Sayyaf terrorists in the Southern Philippines.
  • In addition, Malaysia is actively identifying assets of terrorists and teaching Indonesia and other ASEAN (Association of Southeast Asian Nations) countries how to freeze assets.

A Regional Leader in the War on Terror

Beyond our bilateral cooperation with the United States, Malaysia has been at the forefront of prosecuting terrorists within our region. The capture in December of Philippine terrorists in Malaysia and the subsequent arrests of al-Qaeda-linked terrorists cells in Malaysia and Singapore have underscored the need for regional coordination, which we are actively advocating.

Some 62 terrorists and militias with global and regional links have been arrested under our Internal Security Act, and more are currently being hunted down.

Malaysia's approach in fighting terrorists and militants is worth mentioning here. In addition to pursuing a military/security solution, we believe that we must win over the hearts and minds of our people by ensuring higher standards of living, eliminating poverty, providing quality education and health services, and creating more jobs. In essence, we must create hope, not despair; a more promising future is the antithesis of a breeding ground for future militants.

At the same time, of course, the proper interpretation of Islam by our people is imperative; that Islam is a religion of peace and tolerance, and is against violence and senseless killing.

As well, we should mention the leadership among Islamic countries of our own Prime Minister, Dr. Mahathir.

When you think of Dr. Mahathir, it would be interesting to take a quick survey to see what adjectives come to mind. I would think the responses might include "outspoken," "man of conviction," "tells it like it is." A recent news story referred to him as "habitually straight-talking," and I think that is a fair description. Basically, Dr. Mahathir speaks his mind.

Over the years, some in the United States have misinterpreted some of this straight talk. Let me be clear: Strong friendships can withstand strong words. Malaysia and the United States have been close for decades. Our multi-faceted relationship will have its high and low points, but the core values our nations share endure.

So as I said, the Prime Minister speaks his mind, but he also speaks from the heart. He is a man of principles, and he is consistent in this.

For example, in his widely publicized speech at the World Economic Forum in New York this past February, the Prime Minister explained that Islam is a peaceful religion that has been radicalized--or hijacked--by a few for political or personal gain. He explained that in Malaysia, where the government recognizes Islam as the primary religion, non-Muslims are free to practice their own religions, not only because this is permitted by Islam, but because religious tolerance is an essential component of modern society.

An even more recent example of the character of Prime Minister Mahathir occurred last month in Kuala Lumpur. Malaysia was hosting representatives from nearly 57 OIC (Organization of the Islamic Conference) countries to try to build a consensus for tracking down terrorism. Part of the objective was to take a step to try to delink Islam and terrorism. We want to make it clear that true Islam does not stand for violence and terror. Our own country is testament to this. We also tried to arrive at a definition of terrorism.

The conference convened just at the time that the Middle East situation started to go from bad to worse. And Dr. Mahathir opened the session with an eloquent and courageous speech that suggested that all attacks targeting civilians--whether by September 11 hijackers, Israeli troops, or Palestinian suicide bombers--should be regarded as acts of terrorism.

Suffice it to say that this view was not a majority opinion among the OIC members. But that was, and remains, Dr. Mahathir's position, and as a result, the communiqué that emerged was relatively balanced. And that was a classic example of the posture we've seen, and will continue to see, as Prime Minster Mahathir seeks to exert a moderating influence on even the most inflammatory of issues.

I am sure the Prime Minister will talk more about our common battle to eliminate terrorism during his upcoming visit here to Washington. You might not like to agree with some of the things he says. But if you listen to him and hear all of what he is saying--not just a sound bite from last month or a headline next week, but the full scope of his arguments formed over the course of many years' experience--I think Americans will find a bit of common ground.

In conclusion, the world has changed much since September 11. What is it that Malaysia can offer the world, including the United States, in this new strategic landscape?

  • Malaysia is resolute and steadfast in fighting all forms of terrorism in Malaysia and is committed in supporting the global war against terrorism.
  • Malaysia is a model of an Islamic nation that is moderate, progressive, and tolerant; constant with modernity; and more importantly, a model that has succeeded in a multi-racial, religious, and cultural setting. Muslims, Christians, Buddhists, Hindus, and Animists live harmoniously together, enjoying the fruits of prosperity and stability. I hope more Americans will experience for themselves this remarkable success story.
  • Malaysia is playing a key leadership role in Southeast Asia to promote peace and stability, as exemplified by our role in supporting the peace process in the southern Philippines and ensuring the territorial integrity of Indonesia.
  • Prime Minister Dr. Mahathir, as the longest serving leader of the region, and increasingly regarded as a world statesman and Muslim leader, is a credible voice of reason, moderation, pragmatism, and progress, which makes him a key world figure in our quest to eliminate terror and to achieve a more prosperous and peaceful world.

So let me close by saying once again, thank you all for giving me the chance to get some of the good news about the U.S.-Malaysia relationship on the record. We are looking forward to the Prime Minister's visit on May 13-15 to continue to enhance both personal and governmental relations with the United States of America.

The Honorable Najib bin Tun Abdul Razak is the Minister of Defense of Malaysia.

Click Here!

Press Statement by MCA 7

post info

BY MCA 7
[7 BRANCHES OF MCA PETALING JAYA UTARA]

Dateline: 1st August 2008

1) We refer to our Press Conference on 29 July 2008 and our Press Statement issued on the same day. We note that as of now, there is no response from the MCA top leadership or BN top leadership to our said Press Statement. WE CALL UPON THE MCA LEADERSHIP ESPECIALLY TO MAKE A STAND. MAKE CLEAR YOUR POSITION.

2) As an aside, we also deeply regret the news blackout / news spin by the mainstream print media on our Press Conference. In particular, we would like to cite the Star for their news blackout, and the New Straits Times for the report dated 30 July 2008 on our Press Conference. The NST report on our Press Conference read as if their reporters attended a different Press Conference from that which we gave! We have taken this unusual step of censuring the NST because their article is so misleading, and the Star for not publishing the Press Conference despite having a reporter present, that the Rakyat from all over the country have been calling us to find out if the actual Press Statement put out by us at the Press Conference (subsequently published on the internet) is genuine!

3) We also note that since the Press Statement was published on the internet, our Mr Lee Chong Beng and Mr Peter Chen have been inundated with thousands of sms’es and phone calls and blog comments from the Rakyat from all over the country supporting our stand in the Press Statement. The most surprising thing for us, however, is that a huge number of these sms’es, calls and blog comments are from Malays! And the gratifying part of it all is they are all unafraid to identify themselves and give their handphone numbers. To us, this shows two things:

a) The Rakyat is truly evolving into a true Malaysian race!, and

b) The Rakyat as we said is not stupid, and they are courageous as well in speaking their minds openly without hiding their identities!

4) Also subsequent to our Press Conference, we were interviewed by Mr Robin Brant of BBC News on 31st July 2008 for their BBC News Radio program on the BBC News website. In preparation for the interview, we were asked a few pertinent questions and we believe it is in the interests of truth, fairness, transparency and justice and all Malaysians to now publish our answers to some of his questions:

Q1: Why you have chosen to criticize the government and the police over the anwar ibrahim case.

A:

Well, we must make it clear that we are acting on behalf of the grassroots. We represent 7 branches of MCA Petaling Jaya Utara and the members tell us like it is, and we want the MCA top leadership, the government, the police and the A-G to listen to the grassroots!

The medical report is now widely acknowledged to be authentic as evident from the interview with the General Manager of Hospital Pusrawi yesterday. No matter what spin they try to put on it, the fact remains that the good doctor, Dr. Mohd Osman, ruled out sodomy. The grassroots are not stupid. Third-world politics can no longer work in this day and age. The medical report is now proving to be the TIPPING POINT – the grassroots can stand it no more. The grassroots know that today it can happen to DSAI, tomorrow it can happen to you, me our sons, our daughters! Since the press conference on Tuesday 29th July 2008, we have been inundated with SMS’es FROM ALL OVER THE COUNTRY. Some examples are:

• “Bravo MCA. We praise your action to safeguard our integrity which is now being chewed to pieces …[deleted] If only my bangsa Melayu have got spirit like our forefathers!”

• “Salam sdr.Lee & sdr.Peter. I read your statement regarding ‘liwat case’ dated 29/7/08 with enthusiasm and proud to be fellow Malaysian. I agree with the notion that all this crap should stop pronto. Allow me to thank you for the courage & bravery to stood up for fellow Malaysian ie. DSAI & for the betterment of our nation. Terima kasih saudara.”

• “I am a Life Member of MCA. I am sad that very often MCA has no guts in telling the Big Bully off but a Yes Man in BN. Most of us are now shy to associate ourselves with MCA. Either we speak up or Get out of BN.”

• “I’m a Malay and I’ve lost sleep over what’s happening in our country. Malay leaders (Umno/Pas)* have no conscience”.
*( editor: the author of the sms perceived that there was muzakarah discussing merger of PAS and UMNO. PAS already made a statement that the party unequivocal commitment to Pakatan Rakyat)

• “PETER CHEN, AS AN MCA MEMBER, U HAVE MY SUPPORT FOR YOUR FAIR STATEMENT ON FICTITIOUS CHRGES ON AI. HE IS A HUMAN BEING WITH DAUGHTERS AND SON….”

• “Congrate to all MCA members about PC today at 11am! thanx bcos support rakyat. tqvm…”

So it would appear that the grassroots is calling on the politicians to stop playing police, and the police to stop playing politics! Therefore we urge the MCA top leadership, the government and the executive arms of the government to WAKE UP and LISTEN to the grassroots, LISTEN to the people, or we will all become IRRELEVANT when the next elections rolls around because the TIPPING POINT is here!

Q2: what you believe motivated these allegations against Anwar Ibrahim

A:

Well, it has been highly publicized that DSAI intends to form the government by 16th September. The grassroots is indicating that this sodomy case against DSAI looks to be a reactionary measure to counter DSAI’s avowed intention. We are telling the top leadership that such reactionary methods are playing right into DSAI’s hands, making him more and more popular with the now increasingly restless masses! So we call on them to stop such self-destructive political strategies! They are making DSAI into a hero of the masses, a lone star against the relentless apparatus of the state.

Q3: what effect you think this is having on the reputation of the BN and Malaysia internationally

A:

BN’s reputation: This sodomy case is the TIPPING POINT. This knee-jerk reactionary strategy of shooting the messenger has been employed too often by BN and the police. People are not stupid. BN is fast becoming alienated from the populace by the minute.

Internationally, this is seen as selective prosecution and denial of basic human rights and will set Malaysia spiraling backwards! Malaysia is becoming a laughing stock, we are becoming known as the “Sodomy Nation”! It is utterly embarrassing, although being embarrassed seems the least of the BN government’s concerns.

This Press Statement is issued by:

MCA PJ Utara Branches:
1. MCA SS2 Town Centre
2. MCA SS2
3. MCA SS4
4. MCA Taman People’s Park
5. MCA Gardenia Centre
6. MCA Taman Mayang
7. MCA Damansara Baru

Contact Persons:

• Mr LEE CHONG BENG [Chairman, MCA SS2 Town Centre] at 012-3987851
• Mr PETER CHEN [Legal Advisor] at 012-6824902

Tiada unsur politik bantuan MB Selangor kepada Kampung Baru

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor bersedia membantu masyarakat Melayu di Kampung Baru menikmati pembangunan tanpa mengenepikan hak mereka.

Iklan




Merujuk Draf Pelan Kuala Lumpur 2020, wujud cadangan pengambil alih tanah di kampung Baru yang mendapat pelbagai reaksi daripada penduduk, tidak kurang juga yang membantah.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meluangkan masa hampir dua jam dalam dialog bersama penduduk Kampung Baru mengenai 'Masa Depan Kampung Baru Bersama Selangor atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur' di Kelab Sultan Sulaiman, di sini.

Dalam ucapannya, beliau menjamin Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui Unit Perancangan akan membantu Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohamad Ghazali untuk membuat kajian dan cadangan melaksanakan pembangunan di Kampung Baru. Image

Katanya, kajian itu penting bagi membolehkan jawatankuasa yang ditubuhkan menjelaskan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur berhubung cadangan dan kehendak masyarakat Kampung Baru.

Beliau berharap Datuk Bandar mempunyai pandangan yang terbuka kerana kampung Baru merupakan satu kawasan yang unik daripada segi sejarah kerana tertakluk dalam undang-undang yang berkaitan dengan negeri Selangor.

"Bagi membantu memudahkan pelaksanaan ini, saya telah memberi kelulusan peruntukan tidak lebih RM50,000 untuk digunakan dalam kajian nanti," katanya di hadapan anggota masyarakat Kampung Baru.

Penduduk yang hadir dalam majlis dialog itu bangga dengan keprihatinan Khalid kerana beliau merupakan Menteri Besar pertama yang datang ke kampung Baru mendengar masalah penduduk.

Menurut beliau, masyarakat Melayu berhak menikmati pembangunan dalam negara dan hak itu kekal dalam perlembagaan dan ordinan negeri Selangor.

Beliau mengingatkan semua penduduk perlu bekerjasama dengan Dr Lo'Lo' bagi melicinkan tugas untuk menentukan penduduk Kampung Baru menikmati pembangunan.

Katanya, tindakan kerajaan negeri membantu menyelesaikan masalah Kampung Baru tiada kaitan dengan politik.

"Saya tidak mahu masalah penduduk Kampung Baru ini dipolitikkan, apa yang penting mereka perlu diberi sokongan kerana telah jauh ketinggalan dalam menikmati pembangunan," katanya.

Click Here!

Liwat: Tiada notis polis panggil Anwar hingga pagi ini

04-08-2008 11:07:32 AM
Oleh G. MANIMARAN dan ARIFFUDDIN ISHAK

(Dikemas kini) PETALING JAYA: Pasukan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga pagi ini (Isnin) tidak menerima apa-apa makluman ataupun arahan daripada polis meminta beliau hadir menemui polis dalam waktu terdekat.

BERITA TERDAHULU:

Semalam, salah seorang peguam pasukannya, Sankara Nair memberitahu mStar Online: "Sehingga kini (petang semalam) tidak ada apa-apa permintaan polis (meminta beliau menemui polis)."

Bagaimanapun kata beliau bekas Timbalan Perdana Menteri itu akan berada di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 18 Ogos ini sebagaimana disyaratkan.

"Anwar telah pun ditahan (bulan lalu), tidak perlu ditahan lagi," katanya.

Anwar yang dibebaskan atas jaminan polis dikehendaki hadir di IPK Kuala Lumpur pada tarikh tersebut.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi berkata, tiada perkembangan baru setakat ini.

"Kalau ada perkembangan, media akan dimaklumkan," katanya.

Sankara menambah, pihaknya telah memaklumkan bahawa anak guamnya akan sentiasa kerjasama dengan polis dalam siasatan tersebut.

"Menerusi surat kami bertarikh 29 Jun, kami telah memberi jaminan kepada polis bahawa kami akan memberi kerjasama kepada polis dan ini yang kami lakukan.

"Jika perlu, polis boleh minta kami hadir (menemui polis)... maklumkan kepada kami," kata beliau.

Ketika dihubungi, Anwar sedang dalam perjalanan ke Permatang Pauh untuk melancarkan program Pengisytiharan Pilihan Raya Kecil di Seberang Jaya malam ini.

Anwar mengumumkan keputusan untuk bertanding di kawasan lamanya itu setelah ia disokongkan oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sankara berkata demikian ketika diminta mengulas desas-desus bahawa Anwar kemungkinan ditahan dalam waktu terdekat, paling awal esok, memandangkan siasatan dakwaan meliwat sudah dilengkapkan oleh polis dan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar memaklumkan bahawa kerajaan menyerahkan kepada Peguam Negara untuk membuat keputusan mengenai hasil siasatan polis.

Dalam pada itu, sambil mengucapkan "selamat bertanding" kepada bekas bosnya Anwar di kerusi Permatang Pauh, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri mendedahkan beberapa perkara baru - antara lain dia pernah keluar bersamanya tiga kali sejak Mei lalu.

Saiful, 23, mendakwa sepanjang tempoh perkhidmatan dia pernah diberikan beberapa tanggungjawab oleh bekas majikannya, termasuk mengatur pertemuan sulit antara Anwar dengan Ahli Parlimen yang ingin melompat parti.

Dalam tulisannya itu, Saiful turut mendedahkan bahawa tugasan serta tanggungjawabnya ialah membantu Ketua Staf Anwar, Ibrahim Yaackob.

"Di sini, ingin saya terangkan tugas-tugas saya sebagai seorang coffee boy... membantu Ibrahim Yaacob iaitu Ketua Staf menguruskan jadual DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim).

"Mengatur pertemuan sulit (sebagai contoh Ahli Parlimen yang hendak melompat parti, mesyuarat di Kondo Desa Damansara milik Encik Hassanudin yang juga seorang ahli/ketua cawangan PAS.

"Mengiringi DSAI ke Hong Kong awal Mei 2008, Bangkok hujung Mei 2008 dan Singapura 16 dan 18 Jun 2008," kata Saiful menerusi tulisan terbaru dalam blognya http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Blog ini dimulakan bulan lalu.

Tulisan kali ini yang bersifat mendedahkan "butiran mendalam" bertajuk "Tugas-tugas seorang bekas Coffee Boy kepada DSAI".

Dia menulis perkara selanjutnya akan didedahkan di mahkamah.

"Selanjutnya saya akan bongkar di mahkamah nanti. Diharap bersabar," katanya.

"Terpulang kepada pembaca untuk percaya atau tidak... atau cuba minta DSAI (Anwar) jelaskan sendiri sama ada benar atau tidak," katanya.

Saiful berkata, beliau berdoa agar Pejabat Peguam Negara dapat mengendalikan kes ini kerana mahu mendapatkan keadilan.

Dia juga menyentuh pendiriannya untuk bersumpah membuktikan kebenaran pihaknya.

"Buat saudara saudari sekalian, seperti yang dijanjikan saya akan melakukan sumpah dalam masa terdekat memandangkan siasatan kes saya ini seperti yang dimaklumkan telah pun selesai," katanya.

Baru-baru ini Saiful menerusi peguamnya Zamri Idrus berkata, dia akan membuat akuan bersumpah menggunakan al-Quran kerana siasatan polis terhadap kes liwat itu selesai.

Semalam, Zamri mengesahkan kepada mStar Online bahawa persiapan sedang dilakukan untuk menguruskan majlis itu.

Pada 28 Jun lalu, Saiful membuat laporan polis dengan mendakwa Anwar meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara dua hari sebelum laporan polis itu dibuat.

Dia kini dikatakan berada dalam perlindungan polis dan tidak pernah muncul di umum sejak itu kecuali dirakamkan pergerakannya ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Brickfields.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, siasatan dakwaan itu telah selesai dan sudah dikemukakan kepada Peguam Negara untuk tindakan susulan. Click Here!

Belanjawan 2009: Angka Pak Menteri hanya omong kosong

Shirzad Lifeboat
Mon | Aug 04, 08 | 2:32:31 pm MYT

Wow! Itulah reaksi yang paling sesuai dilahirkan mengenai senario politik Malaysia kini dan akan berterusan untuk tahun fiskal 2009.

Iklan




Maknanya rakyat Malaysia tak perlu bimbang. Cakap-cakap mengenai kenaikan harga barangan utama, kemarahan tentang harga minyak, keluhan tentang pendapatan yang tidak mencukupi, keresahan tentang nilai ringgit yang merosot, hanyalah isu yang dimainkan oleh pembangkang dan tak perlu dipercayai.

Menerusi program The Exchange terbitan TV3, Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah mempromosikan Bajet 2009 yang bakal dibentangkan di Parlimen pada 29 Ogos ini oleh, tidak lain dan tidak bukan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Dalam rancangan yang disiarkan oleh TV separa-rasmi kerajaan itu, tentu sekali Nor Mohamed tidak menyebut tentang kadar cukai yang naik atau yang turun, barang yang akan dinaikkan harganya atau diturunkan harganya dan sebagainya.

Namun Menteri Kewangan kedua itu membenarkan sedikit intaian kepada apa yang akan diperkatakan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pembentangan bajet berkenaan.

Begitupun, dalam program The Exchange itu, Nor Mohamed, sebagaimana dijangkakan sudahpun memulakan ayat klasik kerajaan UMNO/BN dengan menyebut,"walaupun wujud tidak ketentuan dalam ekonomi dunia, Malaysia masih kukuh memandangkan ekonominya yang pelbagai."

Dalam wawancara itu, beliau juga menyebut Malaysia tidak berada dalam kemelesetan ekonomi buat masa ini.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, Malaysia nampaknya, menurut Nor Mohamed, "Kita tidak akan berada dalam kemelesetan tahun ini dan tidak dalam kemelesetan tahun depan. Pertumbuhan akan positif."

Nampaknya pengurusan ekonomi Malaysia mungkin dapat dikelaskan sebagai terbaik di dunia dan jauh mengatasi hatta negara termaju sekalipun.

"Ekonomi Malaysia masih kukuh....Tidak ada kemelesetan dan bla...bla...bla!"

Mungkin Nor Mohamed melihat terlalu banyak angka, indeks, perangkaan dan sebagainya di atas meja beliau di bilik pejabatnya di Kementerian Kewangan.

Apakah agaknya persepsi peribadi beliau tentang ekonomi Malaysia jika ia berpendapatan seperti rakyat biasa, perlu pergi membeli barangan keperluan seperti rakyat biasa dan sebagainya?

Apakah beliau juga akan tergolong dalam golongan kebanyakan rakyat yang hanya menerima angka di dalam penyata gaji sedangkan wang tunai yang berbaki tidak cukup untuk dibajetkan untuk keperluan walaupun untuk tempoh seminggu?

Tentu sekali, betapa ekonomi bagi Nor Mohamed dan Umno-BN hanyalah angka-angka yang diperolehi dari pelbagai sumber. Namun bagi rakyat Malaysia, ia adalah soal hidup-mati dan soal survival.

Justeru angka yang dipersembahkan oleh Pak Menteri tidak membawa apa-apa erti sekiranya kita dalam keadaan yang terus tertekan seperti ini. Bagi rakyat, ia hanyalah omong kosong.

Click Here!

Potong gaji Adun, PAS Negeri Sembilan akan lapor BPR

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) - PAS Negeri Sembilan akan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung tindakan kerajaan negeri memotong gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sebanyak RM1500 untuk Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun).

Iklan




Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohammad Omar berkata, laporan itu akan dibuat pada Khamis 8 Ogos ini di BPR Seremban bertujuan supaya siasatan dibuat berikutan pemotongan tersebut.

Beliau mendakwa, pemotongan RM1500 itu disyaki ada unsur untuk mensabotaj Adun-adun Pakatan Rakyat apabila Umno-BN menubuhkan Pusat Khidmat Dun di kawasan Dun yang diwakili Pakatan Rakyat.

Tindakan ini dilakukan sebaik sahaja Pakatan Rakyat berjaya menafikan dua pertiga majoriti Barisan Nasional di Negeri Sembilan dengan memenangi 15 kerusi Dun dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, katanya.

Ujar Zulkifly tindakan itu merupakan satu pengkhianatan kepada amanah rakyat yang mana Adun-adun yang dipilih seperti tidak diiktiraf oleh kerajaan negeri untuk mewakili rakyat di kawasan mereka.

Tindakan itu juga katanya menyebabkan Adun-adun Pakatan Rakyat sukar untuk menjalankan operasi bagi Pusat Khidmat Dun yang mereka bukan sendiri tanpa bantuan kerajaan negeri.

Justeru katanya PAS Negeri Sembilan akan membuat laporan tersebut bagi mendesak BPR menyiasat sepenuhnya tindakan tersebut.

Untuk rekod, dalam pilihan raya umum lalu PAS Negeri Sembilan berjaya menghantar satu wakil ke Dun Negeri Sembilan melalui Adun Paroi, Mohd Taufek Abdul Ghani sementara DAP memenangi 10 kerusi Dun dan KeADILan pula empat. Click Here!

Muktamar Dewan Ulamak Kelantan mahu PAS kekal bersama Pakatan

MACHANG, 4 Ogos (Hrkh) - Dewan Ulamak PAS Kelantan mahu PAS terus kekal bersama Pakatan Rakyat memandangkan rakyat sudah muak dengan Umno dan Barisan Nasional.

Iklan




Perkara itu diputuskan pada Muktamar Sanawi Dewan Ulamak PAS Kelantan kali ke-37 yang diadakan di Markaz Dewan Ulama (Madu), baru-baru ini.

Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, usul mengenai perkara itu dibawa seorang perwakilan pada muktamar yang diadakan pada 26 Julai lalu.

Usul tersebut dikemukakan Ulamak Pengkalan Chepa yang mendesak PAS Pusat supaya tetap teguh bersama Pakatan Rakyat demi membela keadilan dan kemasylahatan rakyat yang telah diabaikan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Usul lain yang diterima tanpa dibahas dibawa Ulamak Kawasan Pengkalan Chepa dan Ketereh, manakala usul yang dibahas dikemukakan Dewan Ulamak Kawasan Kota Bharu, Ketereh dan ahli jawatankuasa Ulamak Negeri," katanya ketika ditemui di sini.

Semua usul tersebut dibahaskan dan diterima sebulat suara.

Usul kawasan Ketereh pula mencadangkan diadakan muktamar khas bagi membincangkan senario politik hari dan kesan kepada politik orang Melayu dan Islam.

Selain itu Ulamak Kota Bharu mencadangkan kepada kerajaan negeri Kelantan supaya menaikkan elaun pegawai dan kakitangan Unit Dakwah Halaqat Negeri Kelantan sesuai dengan peranan dan tugas yang dijalankan.

Usul kawasan tersebut juga mahu kerajaan negeri mempercepatkan kenaikan elaun guru-guru al Quran daripada RM100 sebulan sekarang kepada RM200, manakala elaun guru fardhu ain juga kepada RM200 sebulan.

Abdullah juga berkata, perbahasan pada muktamar tahun ini agak berkurangan kerana perwakilan mungkin berpuas hati terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan Dewan Ulamak bagi sesi lepas.

"Dewan Ulamak juga menubuhkan lima unit khas iaitu Unit Kuliah, Unit Munajat, Unit Lawatan Muhibbah, Unit Kewangan dan Unit Penyelidikan bagi memastikan peranan ulama lebih berkesan.

"Banyak kejayaan dicapai hasil kesungguhan unit terbabit khususnya pada pilihan raya umum lalu di Kelantan," katanya.

Beliau juga berkata, Dewan Ulamak Kelantan memiliki markaz sendiri yang di tapak seluas tujuh ekar yang diurus melalui anak syarikatnya Madu Naduah Enterprise.

Markaz Madu itu mempunyai dewan besar, dewan seminar, asrama, rumah tamu (darul dhifah) dan kantin.

Pengurus Madu Naduah Enterprise, Ahmad Kassim berkata, pihaknya juga kini menternak ikan talipia dan keli di beberapa kolam yang dibina di kawasan tersebut.

Sementara itu, orang ramai yang ingin menyewa dewan atau asrama Madu untuk mengadakan seminar atau menginap boleh menghubungi talian 019 909 9912. Click Here!

Penggunaan dakwat,Permatang Pauh medan terbaik bagi SPR

PERMATANG PAUH, 4 Ogos (Hrkh) - Ketua Angkatan Muda (AMK) Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Shamsul Iskandar Mohd Akin mahu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mempraktikkan penggunaan dakwat hitam dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh kerana terbukti dakwat di jari itu tidak mengundang huru-hara sebagaimana yang disuarakan pengerusinya, Dato' Abdul Rashid Abdul Rahman menjelang pilihan raya umum ke-12 lepas.

Iklan




Menurutnya, inilah masa terbaik untuk SPR menguji keberkesanan pelaksanaan dakwat di jari berbanding rasa was-was pada pilihan raya umum konon bimbang berlaku peristiwa yang tidak diingini.

"Inilah masanya SPR praktikan penggunaan dakwat hitam di jari daripada menggunakan kaedah lama yang dianggap lapuk," ujarnya dalam sidang media sempena perasmian Bilik Gerakerja pilihan raya kecil Permatang Pauh di No 27, Taman Cermai, Sama Gagah semalam.

Menurutnya, jika SPR mengambil langkah demikian rakyat di parlimen ini akan tercacat sejarah negara sebagai rakyat pertama menggunakan kaedah yang diterima pakai di serata negara maju.

Sementara itu, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dalam kenyataanya, yakin rakyat Permatang Pauh begitu matang untuk memilih siapa sebenarnya pemimpin.

"Rakyat di sini memerlukan kepimpinan yang matang maka tidak hairanlah dalam pilihanraya umum lepas mereka mengajar calon Barisan Nasional (BN), Dato' Firdaus Ismail dengan majoriti yang besar, " jelasnya. Click Here!

Kerajaan digesa tubuh tribunal bebas siasat MRR2

Harakahdaily
Mon | Aug 04, 08 | 1:08:04 pm MYT

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkhk) - Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (Fomca) menggesa kerajaan untuk menubuhkan tribunal bebas bagi menyiasat ketidakpatuhan spesifikasi pembinaan projek Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) berikutan keretakan yang berlaku pada Tiang 28.

Iklan




Bernama melaporkan,Setiausaha Agung Fomca, Muhammad Sha'ani Abdullah memberitahu bahawa kerajaan harus menyerahkan tanggungjawab siasatan awal dan penasihat tribunal bebas kepada Bahagian Kejuruteraan Kementerian Pertahanan untuk memastikan siasatan yang bersih.

"Berhubung kejadian terbaru demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan tanggungjawab pihak berkuasa pelaksanaan projek awam, adalah wajar pihak kerajaan memberi tanggungjawab penyiasatan awal dan penasihat tribunal bebas kepada bahagian kejuruteraan Kementerian Pertahanan supaya penyiasatan adalah bebas dan telus.

"Pihak Kementerian Kerja raya dan perunding-perunding yang berhubung kait dengan projek kerajaan tidak harus terlibat dalam siasatan kali ini," katanya.

Sha'ani juga berkata siasatan tribunal bebas itu harus dilakukan kepada semua pihak yang bertanggungjawab termasuk pemborong, jururunding, penyelia, perunding yang menyiasat kejadian keretakan pertama serta jabatan yang bertanggungjawab.

"Fomca menggesa kerajaan memandang berat kemungkinan risiko tragedi yang menanti jika tindakan pemulihan sewajarnya tidak diambil segera.

"Pihak-pihak yang bersalah harus diberi tindakan yang setimpal sebagai contoh kepada pihak-pihak lain yang melaksanakan projek-projek yang mendedahkan orang awam kepada risiko," katanya. Click Here!

Umno bahagikan kekayaan negara pada kroni - Anwar

SEBERANG JAYA, 4 Ogos (Hrkh) - Umno hanya mementingkan segelintir pihak dan kroni dalam pembahagian kekayaan negara dan dalam masa yang sama cuba menjadi 'hero' Melayu,kata Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (KeADILan) Dato'Seri Anwar Ibrahim.

Iklan




Menurut Anwar dalam ceramah perdana Pakatan Rakyat di Tapak Ekspo Seberang Jaya, semalam,beliau tetap akan pertahankan hak orang Melayu di negara ini dan tidak akan bertolak ansur sama sekali mengenainya.

"Kalau saudara pilih Anwar, Anwar akan tetap pertahankan hak orang Melayu, tapi Anwar akan tetap menjaga hak kaum Cina, India dan lain - lain," tegasnya.

Umno hari ini kata Anwar, menuduhnya sebagai pengkhianat bangsa Melayu dan agen kepada bangsa Cina.

Tambahnya lagi, Umno hari ini mahu dilihat sebagai 'hero' dalam memperjuangkan Melayu tapi hakikatnya Umno hanya mementingkan segelintir pihak dan kroni dalam pembahagian kekayaan negara.

"Orang yang paling banyak bercakap hendak tolong Melayu, dia yang paling banyak rampas hak Melayu," katanya.

Anwar membangkitkan isu ini kerana beliau sedar pihak Umno akan memainkan isu kaum Melayu dalam kempen mereka di Permatang Pauh nanti.

Oleh itu beliau menyeru, rakyat terutamanya pengundi di Permatang Pauh tidak termakan modal politik Umno sebaliknya hak dan nasib orang Melayu akan tetap dibela dan diangkat dalam pemerintahan Pakatan Rakyat.

Selain Anwar, beberapa pemimpin parti Pakatan Rakyat, antaranya Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berucap pada majlis itu.

Majlis Ceramah Perdana Menuju ke Putrajaya yang dihadiri kira-kira 60,000 orang penyokong Pakatan Rakyat itu merupakan acara pembuka tirai KeADILan menjelang pilihan raya raya kecil Parlimen Permatang Pauh tidak lama lagi. Click Here!

Jentera PAS seluruh negara digesa bersedia

PERMATANG PAUH, 4 Ogos (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa menyeru semua jentera PAS seluruh negara bersiap sedia membantu jentera Pakatan Rakyat di Parlimen P44 Permatang Pauh semasa pilihan raya kecil itu nanti.

Iklan




Beliau berkata demikian selepas ditemui di majlis ceramah bersama Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim di tapak ekspo, Seberang Jaya semalam.

Menurutnya, Pakatan Rakyat mahukan kemenangan mutlak di situ bagi membawa Dato' Seri Anwar ke parlimen sekaligus membentuk kerajaan baru di peringkat persekutuan.

"Semua jentera PAS dikehendaki membantu jentera pilihan raya Pakatan Rakyat di sana nanti. Kita mahu membuktikan kepada Barisan Nasional (BN) bahawa rakyat benar-benar telah menolak mereka kerana sikap zalim menindas rakyat, " tegasnya.

Pihak Pakatan Rakyat khususnya KeADILan Negeri Pulau Pinang akan memaklumkan dari masa ke semasa perkembangan di mana penempatan mengikut negeri.

Parlimen Permatang Pauh terdapat tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Permatang Pasir yang kini dikuasai PAS, Penanti KeADILan manakala Dun Seberang Jaya masih dalam gengaman Umno-BN.

Semalam bertempat di Pejabat KeADILan Negeri di Bandar Sunway, Seberang Jaya semua parti dalam Pakatan Rakyat mengatakan penyatuan tugasan di samping memperkemaskan jentera masing-masing sebagai persediaan menghadapi pilihan raya kecil itu kelak. Click Here!

Permatang Pauh uji Abdullah dan Umno yang tidak demokratik

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) - Pilihan raya kecil Permatang Pauh dijangka akan menguji sekali lagi mantera pentadbiran Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang diuar-uarkan media massa arus perdana dan jentera propaganda sebagai bebas, terbuka, telus dan bertanggungjawab.

Iklan




Bagaimanapun, penulis blog, Dato' A Kadir Jasin yakin media massa arus perdana yang dimiliki kerajaan, Umno dan parti-parti komponen BN mustahil akan berkecuali, bebas, terbuka, telus dan bertanggungjawab. Begitu juga dengan jentera propaganda yang lain.

Katanya, sejarah pilihan raya Permatang Pauh sejak pemecatan Anwar daripada Umno pada tahun 1998 tidak memihak kepada BN. Hatta pada tahun bertuah Umno iaitu 2004 apabila BN menang besar, Dr Wan Azizah Wan Ismail masih berjaya mengekalkan kerusi itu. Anwar pula merampasnya daripada PAS pada tahun 1982.

Kadir menyifatkan, suka atau tidak suka, Umno terpaksa mengakui hakikat bahawa Permatang Pauh adalah "the Anwar country" " wilayah Anwar.

"Selepas badai politik 8 Mac yang menghanyutkan BN di lima buah negeri dan wilayah - termasuk negeri tumpah darah Abdullah - pilihan raya kecil Permatang Pauh, sebagai pilihan raya kecil pertama selepas itu, akan menguji semua pihak yang terbabit," ujarnya dalam tulisan terbaru beliau pada blog The Scribe A Kadir Jasin.

Bagi beliau, pilihan raya kecil Permatang Pauh ini akan mempengaruhi pemilihan Majlis Tertinggi Umno Disember ini dan memberikan impak kepada kedudukan Abdullah sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Kadir berkata, Umno terpaksa berdepan dengan musuh utamanya (Anwar) atas landasan demokrasi dan parti itu sendiri nampaknya semakin hari semakin tidak demokratik, semakin feudalistik dan semakin ketandusan kepemimpinan berwibawa.

Terdapat enam hujah dikemukakan oleh Kadir untuk menunjukkan betapa Umno kini sudah tidak demokratik:

1. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden besar kemungkinan tidak akan ditandingi;

2. Kuasa wang dan projek sudah membeli sokongan kepemimpinan cawangan dan bahagian yang beberapa bulan lalu beria-ia menuntut perubahan;

3. Ancaman dan tekanan akan dikenakan ke atas saki baki pembesar Umno yang masih bebas daripada jangkitan "koro".

4. Kerana Abdullah telah merendahkan palang maka ramailah yang akan cuba melepasinya;

5. Ramai akan bertanding tiga jawatan naib presiden dengan harapan kalau kalah sekali pun Abdullah akan melantik mereka ke Majlis Tertinggi (macam dia melantik orang luar, bekas Ahli Parlimen dan pesalah politik wang menjadi Menteri dan Timbalan Menteri); dan

6. Pemimpin terpaksa membelitkan kata-kata seperti Muhyiddin Mohd Yassin yang memberikan harapan palsu (false hope) kepada ahli dengan membayangkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden tetapi kekal bertanding Naib Presiden semata-mata untuk selamat.

Kadir juga percaya, Abdullah tidak mungkin memperjudikan masa depan dirinya dan Umno dengan meletakkan Ezam Mohd Noor sebagai calon BN menentang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh dalam masa terdekat ini.

Beliau lebih yakin Abdullah akan meletakkan anak tempatan sebagai calon BN sekalipun tindakan itu boleh dianggap "ditelan mati ayah, diluah mati emak" akibat percakaran dalam kepimpinan Umno Permatang pauh yang tidak lagi menjadi rahsia. Click Here!

DAP: Tsunami kecil di Permatang Pauh

Aug 4, 08 11:28am
DAP akan memastikan kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh boleh mencipta satu "tsunami politik yang kecil", kata tokoh utamanya Lim Kit Siang.

"Pertaruhan dalam pilihanraya kecil itu bukan mengenai nasib seseorang (pemimpin) dan kerusi parlimen tetapi masa depan rakyat dan negara Malaysia," katanya.

Isunya, tambah ahli parlimen Ipoh Timur, bukan mengenai sama ada pemimpin Pakatan Rakyat dan penasihat PKR itu boleh menang tetapi sama ada beliau boleh mencipta kemenangan lebih besar daripada majoriti 13,388 yang diperolehi oleh presiden parti itu Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

"Jika Anwar boleh menang dalam pilihanraya kecil ini dengan majoriti lebih besar daripada yang Dr Wan Azizah dapat lima bulan lepas, ... ia akan membawa kesan membentuk perkembangan lanskap politik," katanya. Click Here!

Rafidah rancang letak jawatan

Aug 4, 08 11:20am

Tan Sri Rafidah Aziz mengumumkan akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Wanita Umno pertengahan tahun depan.

Bagaimanapun beliau juga akan terus mempertahankan jawatan itu dalam pemilihan parti pada Disember ini.

"Saya tidak mahu meninggalkan Wanita dalam keadaan berpecah dan mengkucar-kacirkan parti," katanya.

Bercakap di majlis 'Wanita Bersama Pemimpin' di Kuala Lumpur pagi ini, beliau turut menyeru kepada pemimpin-pemimpin Wanita bahagian agar percaya pada janjinya untuk meletakkan jawatan itu.

Majlis di bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra itu dirasmikan oleh presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Click Here!

PKR akan bertindak jika Anwar ditangkap


Sunday, 03 August 2008
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan berdiam diri dan akan bertindak jika Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan ketika sedang menghadapi pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Ditanya jika Anwar ditangkap, Naib Presiden PKR, Azmin Ali berkata proses pilihan raya akan tetap diteruskan dan pihaknya akan memastikan penahanan Anwar tidak akan berlaku.

"Sekarang ini laporan yang diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara masih belum diteliti lagi. Jadi jangan buat apa-apa andaian.

"Lagipun selagi tidak didapati bersalah Anwar masih boleh bertanding untuk pilihan raya kecil ini. Sekiranya ditahan juga pihak kami tidak akan berdiam diri dan berkompromi. Kami akan bertindak," katanya

Dalam pilihan raya kecil itu, katanya, PKR akan dibantu oleh PAS dan DAP untuk memastikan kemenangan.

"PKR tidak bergerak sendiri tetapi juga akan dibantu dengan PAS dan DAP dalam memastikan kemenangan ini," kata Azmin.

Mengenai isu yang akan menjadi tumpuan dalam pilihan raya kecil itu, Ahli Parlimen Gombak itu berkata, pihaknya akan mengetengahkan isu ekonomi sebagai topik utama sepanjang tempoh berkempen pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Beliau berpendapat isu itu lebih menarik untuk dijelaskan kepada rakyat berbanding isu tuduhan liwat yang melibatkan Anwar.

Sambil menyatakan bahawa rakyat semua sudah tahu bahawa tuduhan itu adalah fitnah, Azmin menekankan keadaan ekonomi negara pada masa ini berada dalam keadaan yang tidak stabil dan rakyat amat tertekan.

"Jentera parti akan turun ke setiap kawasan dan memberi penerangan serta penjelasan tentang keadaan ekonomi negara hari ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan Angkatan Muda PKR di Bukit Mertajam Ahad.

Azmin yang juga pengarah pilihan raya kecil Permatang Pauh berkata jentera parti telah bersiap sedia sepenuhnya bagi memastikan Anwar berjaya mengekalkan kerusi Permatang Pauh.

Khamis lalu, anggota parlimen kawasan itu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR meletakkan jawatannya sebagai wakil rakyat Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu.

Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) akan bermesyuarat Rabu ini untuk menetapkan hari penamaan calon dan mengundi.

Mengenai Permatang Pauh sebagai tempat selamat bagi Anwar, Azmin berkata :"Semua kawasan yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat khususnya PKR adalah selamat.

"Ramai yang telah menawarkan tempat mereka tetapi beliau (Anwar) memilih untuk bertanding di Permatang Pauh," katanya. Click Here!

Anwar tetap bertanding sekalipun ditahan, dilokap polis

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dato' Seri Anwar Ibrahim bertegas akan tetap bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sekalipun beliau tahan polis dan berada di dalam lokap.

Iklan




Dalam hal ini, katanya, beliau terpaksa bertindak cepat bagi matlamat untuk menyelamatkan ekonomi negara yang kian teruk. Hasratnya untuk bertanding, tidak pernah luntur bagi mencapai matlamat Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

Beliau turut melahirkan rasa bimbang, jika selepas ini beliau tidak lagi dibenarkan berkempen sambil mengulangi ketegasannya untuk bertanding sekalipun beliau ditahan dan dimasukkan ke dalam lokap.

Anwar berkata demikian dalam ceramah Peristiharan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh yang telah diadakan di Tapak Ekspo Seberang Jaya, kelmarin.

Beliau membidas dakwaan seetengah pihak kononnya pengosongan kerusi berkenaan oleh penyandangnya, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai mengkhianati pengundi Permatang Pauh.

Katanya, sejak awal lagi Wan Azizah telah menjelaskan akan memberi laluan kepada suaminya sejurus sahaja beliau layak bertanding.

Turut memberikan ceramah, Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah; Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP.

Sementara itu di Pekan, Pahang, Timbalan Pedana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menolak anggapan bahawa pilihan raya kecil Permatang Pauh akan menjadi pengukur kepada sokongan rakyat kepada BN selepas pilihan raya umum Mac lepas.

Katanya, pilihan raya kecil ini tidak boleh dianggap sebagai ukuran mutlak sebab pilihan raya kecil biasanya bersifat setempat, banyak pertimbangan atas isu-isu tempatan, atau atas isu-isu tertentu yang mungkin tidak ada kaitan dalam konteks nasional.

"Walaupun saya sedar, langkah Anwar Ibrahim untuk bertanding ini untuk membawanya sebagai isu nasional," katanya kepada Bernama.

Menyentuh soal calon BN, Najib berkata, belum masanya untuk Umno memikirkan siapakah calon yang selayaknya dan pihak media tidak membuat sebarang spekulasi. Ini kerana jelasnya, banyak kriteria yang harus diberi perhatian dalam konteks pilihan raya kecil Permatang Pauh ini.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuaratnya Rabu (6 Ogos) ini bagi memutuskan tarikh pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Setiausaha SPR, Dato' Kamaruzaman Mohd Noor memberitahu akhbar talian mSTAR Online, segala-galanya akan diputuskan Rabu ini.

Tiga pertimbangan diambil kira: Pertama tempoh 60 hari berkuat kuasa mulai hari penyandang jawatan melepaskan kedudukannya, hari Speaker Dewan Rakyat memaklumkan SPR ataupun hari panel suruhanjaya mengadakan mesyuarat.

Mesyuarat Rabu ini akan turut menetapkan tarikh untuk mengeluarkan writ pilihan raya, tarikh mengeluarkan notis pilihan raya dan daftar pemilih mana yang akan diguna pakai pada pilihan raya kecil itu nanti.

Mengambil kira tiga minggu bagi keseluruhan proses pilihan raya, hari pengundian kemungkinan jatuh antara 24 dan 28 Ogos ini.

Memandangkan pilihan raya pernah diadakan pada bulan puasa ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Lunas, empat tahun lalu yang turut dimenangi calon KeADILan, jika SPR memberikan ruang yang lebih luas, pengundian kemungkinan diadakan minggu pertama bulan September ini.

Click Here!
PERGERAKAN PEMUDA DAN WANITA TURUT MENYANGGAH ABDULLAH?

Berasaskan maklumat terbaru yang dikirimkan kepada blog ini malam ini, jumlah cawangan UMNO di seluruh negara yang berani meluluskan usul mendesak bahagian masing-masing supaya menyanggah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi - sama ada supaya proses peralihan kuasa dipercepatkan atau Abdullah tidak lagi dicalonkan semula sebagai Presiden UMNO Malaysia - kini meningkat kepada 88.

Hari ini juga Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Perdana, dalam Bahagian Puchong dan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Seksyen 12, dalam Bahagian Shah Alam, kedua-duanya di Selangor, telah meluluskan usul mendesak bahagian masing-masing membawa usul supaya proses peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dilakukan dengan seberapa segera.

Jika usul oleh kedua-dua pergerakan ini diambilkira, jumlah keseluruhan cawangan akar umbi yang menyanggah kepimpinan Abdullah adalah 90.

Menurut satu e-mail, UMNO Cawangan Jalan Khamis, dalam Bahagian Kapar, Selangor, yang bersidang pada malam 2 Ogos 2008, telah meluluskan usul mendesak bahagiannya mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke jawatan Presiden UMNO.

Blogger Zeme yang sering mengirimkan info terkini mengenai persidangan cawangan di seluruh negara pula menyatakan bahawa limabelas cawangan UMNO dalam Bahagian Tumpat, Kelantan - satu daripadanya Cawangan Padang Pohon Tanjung - telah sebulat suara meluluskan usul mencadangkan kepada bahagiannya supaya Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan ke jawatan Presiden UMNO.

Tumpat

Zeme juga memberitahu blog ini bahawa UMNO Cawangan Jitra, Bahagian Kubang Pasu, Kedah, meluluskan satu usul yang menarik, iaitu meminta Bahagian Kubang Pasu mencalonkan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim sebagai Presiden UMNO dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Blogger Kedah Youngster pula melaporkan bahawa UMNO Cawangan Sri Pantai, Bahagian Kuala Kedah, Kedah, yang bersidang hari ini telah meluluskan usul dengan sebulat suara mendesak Abdullah meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO sebelum pemilihan parti Disember 2008 ini.

Pemuda UMNO Cawangan Jalan Perdana, bahagian Puchong, Selangor, dalam persidangannya pada 2 Ogos 2008, mengususlkan bahagian itu menggunakan Fasal 14.5.3 bagi mengemukakan usul ke peringkat Perhimpunan Agung UMNO 2008, meminta tempoh agar peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib dilakukan mulai 1 Januari 2009.

Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Seksyen 12, Shah Alam, dalam Bahagian Shah Alam pula membawa usul supaya UMNO Shah Alam mendesak proses peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib disegerakan mulai Disember 2008. Pergerakan itu juga mengusulkan supaya UMNO Bahagian Shah Alam mencalonkan Najib sebagai Presiden UMNO dan Mahyuddin sebagai Timbalan Presiden UMNO.

Sementara itu, Persidangan UMNO Cawangan Telok Mengkuang, dalam Bahagian Kuala Langat, Selangor, telah membuat satu usul tergempar mendesak agar peralihan kuasa Abdullah epada Najib dipercepatkan kepada 1 Disember 2008.

Rasional

Saya telah membaca seluruh usul oleh Pemuda UMNO Jalan Perdana, Bahagian Puchong, dan Wanita UMNO Sekyen 12, Bahagian Alam. Kedua-dua usul mereka dihujah secara rasional dan intelektuil demi agama, bangsa dan tanahair.
Contohnya, antara rasional untuk menyokong usul Pemuda UMNO Jalan Perdana adalah seperti berikut:

Satu: pentadbiran negara kini telah dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan peribadi (sehingga) menyebabkan banyak keputusan yang dibuat gagal mengambilkira kepentingan umum serta ahli UMNO.

Dua: Kelemahan kepimpinan UMNO kini memberikan persepsi kepada ahli UMNO bahawa negara ini seolah-olah dikuasai oleh negara asing, seperti Singapura serta kroninya, Israel.

Tiga: Kekalahan teruk UMNO dalam pilihan raya umum 2008 adalah disebabkan wujudnya kelemahan dalam pentadbiran yang diterajui oleh Abdullah.

Wanita UMNO Cawangan Seksyen 12, Shah Alam, pula merasional usul mereka seperti berikut:

Satu: PRU 12 adalah paparan jelas kehendak rakyat Malaysia yang mahukan perubahan dan tanda-tanda kebangkitan rakyat menolak kepimpinan Abdullah. Rakyat yang menyambut cabaran Abdullah telah membuktikan melalui peti undi, bahawa mereka mahukan perubahan dan usaha yang lebih komited untuk memperbaiki keadaan ekonomi dan sosial dalam negara.

Lemah

Dua: Pertama kali dalam sejarah Malaysia merdeka, UMNO dan kerajaan Barisan Nasional menjadi begitu lemah. Malangnya, sehingga kini tidak ada usaha-usaha yang menyerlah, menyeluruh dan benar-benar ikhlas untuk mengembalikan kekuatan dan kegemilangan UMNO dan BN.

Tiga: Abdullah sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dilihat sebagai seorang yang lemah, tidak berkemampuan, mengamalkan kronisme dan nepotisme. Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ia akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan Melayu secara umum dan menyebabkan huru-hara dalam negara. Untuk memastikan kesinambungan kepimpinan Melayu dan UMNO terus perkasa dan agar kestabilan berkekalan, kepimpinan perlu ditukar dan diperbaiki supaya orang Melayu kembali dihormati oleh semua peringkat kaum dalam negara dan seluruh dunia.

Empat: Kelemahan pentadbiran dan pucuk pimpinan negara telah menjejaskan nama baik Malaysia di mata dunia. Malaysia kini tidak lagi dianggap sebagai salah satu ‘Tiger Asia’ tetapi semakin berundur ke belakang menjadi negara dunia ketiga. Malaysia kini tunduk dengan kemahuan kuasa asing. Malaysia kini takut untuk bersuara kerana suara kita adalah ‘suara yang sumbang’ dan lemah. Abdullah telah diberi peluang selama 4 tahun untuk membuktikan kewibawaan beliau sebagai pemimpin dan mentadbir negara berdaulat ini. Malangnya beliau gagal dan akibatnya rakyat menjadi mangsa. Sekiranya 4 tahun masih gagal, bagaimana beliau boleh meyakinkan rakyat bahawa beliau mampu untuk melaksanakan tugas memperbaiki kepincangan negara untuk 2 tahun lagi?

Demikianlah suara Pemuda dan Wanita UMNO daripada Selangor. Bagaimanapun, anggota Wanita UMNO Cawangan Seksyen 12, Shah Alam, yang mengirimkan e-mail ke blog ini mengenai maklumat di atas mengeluh seperti berikut:

Polis

“Kami yang menolak Abdullah dan membawa usul Najib sebagai Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden seolah-olah menjadi musuh dan pembangkang dalam UMNO. Kami diarah buat laporan oleh SB. Alangkah susahnya hidup di negara sendiri. Solah-olah kini Malaysia diperintah oleh diktator kuku besi!”

Saya telah meminta penjelasan mengenai penglibatan SB seperti di atas, dan inilah jawapannya:

“Saya tak pasti sama ada ini adalah lazim (bagi) setiap mesyuarat tahunan. Namun, selama 2 penggal saya di cawangan belum pernah kena buat laporan dan isi borang yang diberi oleh SB kepada saya selepas setiap mesyuarat agung. Semalam, selepas mesyuarat Wanita, saya diarah isi borang dan buat laporan termasuklah memasukkan usul yang dikemukakan. Ini atas arahan SB.”

Sekali lagi kita terdengar mengenai polis atau SB membabitkan diri dalam persidangan cawangan UMNO. Saya harap ini tidak benar. Tetapi, jika ini benar, harap insafilah bahawa warga UMNO akar umbi adalah bersuara secara demokratik dan selaras dengan Perlembagaan UMNO. Jika tindakan seperti ini pun mahu diganggu-gugat, terserahlah kepada warga UMNO untuk bertindak dengan sewajar-wajarnya demi kepentingan agama, bangsa dan tanahair.

Selamat berjuang dan salam takzim. – Ruhanie Ahmad

Sunday, August 03, 2008

JUMLAH USUL MENYANGGAH ABDULLAH MAKIN BERTAMBAH

Walaupun ada satu cawangan UMNO di pendalaman Sabah telah diganggu-gugat polis minggu lalu, jumlah cawangan UMNO di seluruh negara yang berani meluluskan usul mendesak bahagian masing-masing supaya tidak mencalonkan semula Datuk Seri Abdullah Ahmad Baadawi ke jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti Disember 2008, kini meningkat kepada 70.

Berikut adalah nama cawangan yang meluluskan usul masing-masing hari ini, semalam dan baru-baru ini.

Menurut BERNAMA, UMNO Cawangan Stulang Laut dalam Bahagian Johor Bahru dan UMNO Cawangan Permas Jaya dalam Bahagian Pasir Gugang, di Johor, semalam mencadangkan bahagiannya mencalonkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Presiden UMNO.

Menurut Blogger Hairul, UMNO Cawangan Taman Cahaya, Bahagian Pandan, Selangor, yang bersidang pada 16 Julai 2008, mengusulkan UMNO Bahagian Pandan mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah ke jawatan Presiden UMNO dan Muhyiddin ke jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Hari ini, cawangan saya sendiri - Cawangan Danasari - meluluskan usul dengan sebulat suara, mendesak UMNO Bahagian Parit Sulong, Johor, mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak ke jawatan Presiden UMNO dan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO.

Sama seperti UMNO Cawangan Taman Cahaya, UMNO Cawangan Danasari juga mendesak Perhimpunan Agung UMNO (PAU) tahun ini meluluskan usul supaya tempoh peralihan kuasa daripada Abdullah Najib dilakukan mulai 1 Januari 2009.

Diharapkan banyak lagi cawangan di seluruh negara menggunakan cara demokratik yang diizinkan oleh Perlembagaan UMNO ini untuk menyanggah pencalonan Abdullah sebagai Presiden UMNO.

Semua pihak dalam UMNO, dan juga polis, sewajarnya insaf dan jangan lagi memperlekehkan keputusan warga UMNO akar umbi kali ini. Hakikat ini turut diakui oleh Muhyiddin selaku Naib Presiden UMNO.

Kirimkanlah maklumat mengenai mana-mana cawangan yang menyanggah Abdullah ke blog ini atau menerusi e-mail puteramaya@gmail.com untuk dikongsikan dengan warga UMNO di seluruh negara. – Ruhanie Ahmad

MUHYIDDIN UMUM PERTAHAN NAIB PRESIDEN UMNO

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan diri untuk bertanding mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Disember ini.

Dalam kenyataannya yang dikeluarkan di sini hari ini, beliau berkata, keputusan itu dibuat atas kesedaran untuk menjamin keutuhan parti selain menghormati pelan peralihan kepimpinan yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi (MT).

``Saya sedar ada kemungkinan bahawa keputusan saya mengecewakan sesetengah pihak dan ahli di beberapa peringkat, namun ingin saya tekankan bahawa setiap perjuangan memerlukan pengorbanan dan suara serta sokongan mereka akan sentiasa saya hormati dan hargai,’’ katanya. – Utusan On-line, 3 Ogos 2008, 3:59pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm
MALAYSIA DILANDA KRISIS KEYAKINAN?

Hasil kajian – Voter Opinion Poll – oleh Merdeka Center yang diumumkan baru-baru ini seolah-olah membuktikan bahawa kepimpinan tertinggi Malaysia mutakhir ini sedang dilanda krisis keyakinan yang parah.

Hanya 7 peratus responden berpuas hati dengan cara Datuk Seri Abdullah melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri, 35 peratus agak berpuas hati, 17 peratus sangat tidak berpuas hati, dan 37 peratus pula agak kurang berpuas hati.

Pada waktu yang sama, hanya 8 peratus responden amat bersetuju bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan jadi Perdana Menteri yang baik, 26 peratus agak bersetuju, 21 peratus amat tidak bersetuju, dan 26 peratus lagi agak tidak bersetuju.

Hanya 10 peratus responden amat berpuas hati bahawa UMNO memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat berbanding 25 peratus yang amat tidak berpuas hati. Responded yang agak berpuas hati adalah 26 peratus tetapi yang agak tidak berpuas hati adalah 33 peratus.

Mengenai kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN), 8 peratus responden berpuas hati berbanding 16 peratus yang sangat tidak berpuas hati. Mereka yang agak berpuas hati adalah 36 peratus dan yang agak tidak berpuas hati adalah 38 peratus.

Merosot

Rasa puas hati rakyat jelata terhadap perkembangan semasa ini merosot secara mendadak daripada 71 peratus pada tempoh 29 Februari - 4 Mac 2008 (sebelum PRU12), kepada 68 peratus bagi tempoh 5 Mac - 7 Mac 2008 (menjelang hari pembuangan undi PRU12), 44 peratus bagi tempoh 30 April - 5 Mei 2008 (selepas PRU12), dan 28 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008.

Kemerosotan ini banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi (59 peratus), jenayah dan keselamatan awam (25 peratus), rasuah dan penyalahgunaan kuasa (15 peratus) dan faktor politik (10 peratus).

Mengenai ekonomi, 24 peratus responden menyatakan pada tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008 bahawa ekonomi Negara adalah “favourable”. Angka ini menurun daripada 59 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008.

Mengenai kedudukan ekonomi negara mutakhir ini berbanding tiga tahun lalu, hanya 19 peratus responden mengatakan ianya “favourable” berbanding 51 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008.

Kemerosotan keyakinan responden terhadap hakikat di atas adalah berasaskan pandangan mereka yang tidak “favourable” mengenai pendapatan peribadi (60 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 34 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), kos harga barang dan perkhidmatan (24 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 merosot kepada 8 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), peluang pekerjaan (merosot daripada 50 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 29 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), dan peluang perniagaan (merosot daripada 49 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 33 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008).

Anwar Ibrahim

Sementara itu, responden yang sangat berpuashati dengan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat adalah 9 peratus sementara yang sangat tidak berpuas hati adalah 13 peratus. Bagaimanapun, golongan yang agak berpuas hati adalah 48 peratus dan yang agak tidak berpuas hati adalah 10 peratus.

Mengenai tuduhan salah laku seks oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya 11 peratus sahaja responden yang percaya sementara 55 peratus langsung tidak mempercayainya. Sementara itu, 8 peratus responden tidak memberikan apa-apa respon dan 26 peratus tidak tahu apa-apa.

Di kalangan responden Melayu, 11 peratus percaya dengan tuduhan salah laku seks membabitkan Anwar, 50 peratus tidak mempercayainya dan 31 peratus tidak tahu apa-apa. Di kalangan responden Cina, 11 peratus percaya dan 59 peratus tidak percaya. Di kalangan responden India, 13 peratus percaya dan 75 peratus tidak percaya.

Di kalangan seluruh responden, 66 peratus setuju bahawa apa yang berlaku adalah tindakan bermotif politik untuk menjejaskan kerjaya siasah Anwar. Hanya 13 peratus sahaja tidak setuju dengan kesimpulan ini.

Hasil kajian di atas mungkin tidak boleh dijadikan satu indikator mutlak kepada seluruh isu yang dikaji. Tetapi, cukup untuk rakyat jelata mendapatkan gambaran jelas sebagai asas kepada seluruh perkembangan siasah di Malaysia mutakhir.

Perincian kajian ini yang sepenuhnya boleh diakses menerusi http://www.merdeka.org/pages/Natl%20Poll%20July%202008%20-%20Release%20to%20Press.pdf – Ruhanie Ahmad

Saturday, August 02, 2008

MUHYIDDIN AKAN UMUM SAMA ADA PERTAHAN JAWATAN DALAM JANGKA MASA TERDEKAT

MUAR, 1 Ogos (Bernama) -- Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau akan mengumumkan dalam masa terdekat sama ada mempertahankan jawatan atau bertanding jawatan lebih tinggi pada pemilihan parti Disember ini.

"Tunggulah, saya akan mengumumkan keputusan ini dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO cawangan Permatang Pasir, Bukit Pasir di sini, Jumaat.

Beberapa cawangan UMNO di seluruh negara yang mula bermesyuarat sejak dua minggu lepas telah mengusulkan agar beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden manakala cawangan Kampung Desa Jaya, Umno Bahagian Johor Baharu meluluskan usul yang mahukan Muhyiddin bertanding merebut jawatan Presiden Umno.

Muhyiddin, yang juga Ketua UMNO Bahagian Pagoh, berkata beliau sedang mendapatkan maklum balas daripada bahagian-bahagian UMNO sebelum membuat keputusan muktamad jawatan yang beliau bakal tandingi.

Terdahulu semasa berucap, beliau berkata anggota parti atau perwakilan seharusnya menjadikan pemimpin yang boleh memberi sumbangan kepada kerajaan dan parti sebagai kriteria utama pemilihan pemimpin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, turut meminta semua anggota parti memberi tumpuan kepada usaha memulihkan parti.

Katanya usaha mengembalikan UMNO sebagai sebuah parti yang disegani dan dihormati serta membantu memulihkan kekuatan parti-parti komponen Barisan (BN) amat penting.

"Saya bimbang jika ini tidak dilakukan, kita bukan sahaja tewas pada pilihan raya umum ke-13, malahan orang Melayu akan kehilangan kuasa politik buat selama-lamanya," tegas beliau. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=350054
“RASUAH POLITIK OF THE HIGHEST ORDER”?

Penawaran jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan persetujuan Najib menerima tawaran tersebut adalah “rasuah politik of the highest order,” kata Kapten (B) Dato’ Zahar Hashim, Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Selangor, dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Agung UMNO, bertarikh 11 Julai 2008.

Surat Zahar dipaparkan di side-bar blog ini dan boleh dibaca sepenuhnya di portal berita Malaysia-Today menerusi link ini: http://us3.malaysia-today.net/2008/content/view/10627/84/ - Ruhanie Ahmad

Friday, August 01, 2008

UTAMAKAN USAHA KUKUH PARTI DARIPADA BERGABUNG DENGAN PAS – MUHYIDDIN

MUAR 1 Ogos – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin berkata, Barisan Nasional (BN) harus memberi keutamaan memperkukuhkan parti daripada berbincang dengan parti lain seperti Pas untuk bergabung membentuk kerajaan campuran.

Beliau berkata, meskipun usaha bekerjasama dengan PAS adalah baik khususnya dalam berkongsi idea memperjuangkan soal-soal pokok kedua-dua parti, agenda yang lebih penting dalam UMNO sekarang ialah memastikan ia terus kuat.

“Sebenarnya saya sendiri tidak tahu bagaimana hal ini (penggabungan UMNO dan Pas) bermula. Pas berkata mereka sudah tolak tawaran kerjasama itu dan bagi saya, perkara yang paling mustahak sebelum berfikir untuk bekerjasama ialah bagaimana kita hendak memperkuatkan parti kita dulu.

“Kita tidak mahu nanti ada pihak yang melihat bahawa parti kita ini agak lemah dan usaha (penggabungan) ini adalah taktik bagi memperkuatkan BN,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat kerja-kerja pembinaan Kompleks Pusat Bimbingan Usahawan Tani di Pagoh dekat sini hari ini. - Utusan On-line, 1 Ogos 2008, 3:28pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_10.htm

UMNO AKAN TERUS ADAKAN PERBINCANGAN DENGAN PAS

PUTRAJAYA 1 Ogos - Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, parti itu akan terus mengadakan perbincangan dengan Pas mengenai isu-isu berkaitan Islam walaupun Pas menolak sebarang kerjasama untuk membentuk kerajaan campuran dengan Barisan Nasional (BN). – Utusan, 1 Ogos 2008, 12:48pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0801&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm
7 comments Links to this post

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising