Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, August 3, 2008

Rancangan 16 September ke Putrajaya bentuk minda rakyat

KUALA TERENGGANU, 4 OGOS – Tujuan mengumumkan Pakatan Rakyat (PR) memerlukan sekurang-kurangnya 30 kerusi parlimen untuk memerintah Malaysia ialah supaya ia dapat membentuk minda rakyat bahawa tidak mustahil pertukaran kerajaan berlaku dengan cara demikian.

Ahli Parlimen Machang, Saufiddin Natution berkata, PR menawarkan kepada rakyat rancangan tersebut dengan mengekalkan keamaan dan kestabilan negara tanpa berlaku sebaliknya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di satu majlis ceramah anjuran PAS Kawasan Kuala Terengganu di sini baru-baru ini.

“PR telah terbukti menjaga kepentingan rakyat dengan memberikan subsidi air percuma di Selangor di ketika yang sama negeri Johormembuat perjanjian sehingga tahun 2062 dengan Singapura untuk menjual air mentah dengan harga tiga sen untuk 1,000 gelen,” jelasnya.

Selepas dirawat, Singapura menjual balik air itu ke negeri Johor dengan harga 50 sen dalam kapasiti yang sama.

Sementara itu Singapura menjual air kepada kapal-kapal yang berlabuh di Pelabuhan negara itu dengan harga DS70 untuk 1,000 gelen.

“Dia (Umno) masuk kampung bercakap Umno saja yang cekap mentadbir tetapi hakikatnya tidak demikian,” katanya.

“Sebab itu bila kita perintah negeri-negeri Pakatan Rakyat, kita boleh tengok peluang membuat kebajikan kepada rakyat sebenarnya cukup luas dan mudah.

“Kit amelaksanakan, rakyat mula melihat penuh keyakinan terhadap kerajaan kita,” ujarnya.

Justeru apabila Mantan Timbalan Perdana Menteri mengumumkan sasaran 16 September untuk ke Putrajaya, keyakinan rakyat bertambah dan sebahagian ahli parlimen Barisan Nasional (BN) turut merasakan demikian.


BPR perlu siasat ‘T’ Best Sdn. Bhd.

KUALA TERENGGANU, 4 Ogos – Badan Pencegah Rasuah (BPR) diminta menyiasat berhubung kaitan Syarikat ‘T’ Best Sdn. Bhd. Dengan Kerajaan Negeri Terengganu.

Ini kerana syarikat berkenaan dipercayai mengendalikan Pertandingan Perahu layar (Monsoon Cup) di masa lalu dengan menerima peruntukan kira-kira RM250 juta setahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata ahli lembaga pengarahnya terdiri dari pemimpin teringgi Umno Terengganu.

Bagaimanapun beliau difahamkan bahawa syarikat berkenaan tidak ada kaitannya dengan kerajaan negeri Terengganu.

Beliau berkata demikian ketika berucap di satu majlis di Kuala Ibai, di sini baru-baru ini.

Dr. Syed Azman turut mendedahkan bagaimana beliau telah mengemukakan soalan berkait dengan perbelanjaan untuk pertandingan monsoon cup berkenaan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini.

Bagaimanapun Menteri Besar, Datuk Ahmad Said tidak menjawab soalan berkenaan dipercayai untuk menyembunyikan perbelanjaan sebenarnya projek membazir kerajaan Barisan Nsional (BN) itu.

BPR juga perlu menyiasat penyelewengan dikatakan berlaku dalam pengendalian projek Menambak Muara Sungai Terengganu yang dikatakan kos awalnya berjumlah RM50 juta tetapi kini meningkat sehingga lebih RM500 juta.

“Biar BPR siasat semua kes penyelewengan, rakyat Terengganu mahu badan itu menyiasat kes-kes berkenaan kerana sudah lama rakyat ditipu di bawah kepimpinan Umno,” jelas beliau.

Dr. Syed Azman turut membidas sikap suka bermewah-mewah menteri besar Terengganu dengan menukar kereta rasmi pimpinan tertinggi kerajaan dari Proton Perdana V6 Executive kepada Mercedes E200 Kompressor ketika rakyat negeri itu hidup dalam tekanan inflasi akibat kenaikan harga minyak. Click Here!

'Kempen' Ezam di Permatang Pauh bermula, dedah Anwar jika diaib

03-08-2008 06:02:35 PM
BUKIT MERTAJAM: Sementara tinggal tiga hari lagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menentukan tarikh pilihan raya, bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd Noor menegaskan, akan bersumpah secara Islam bagi mempertahankan maruahnya atas tuduhan beliau tidak berprinsip kerana keluar daripada PKR dan menyertai Umno.


Bagaimanapun, beliau hanya akan bersumpah sekiranya tuduhan itu dinyatakan sendiri oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden parti itu Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

"Saya mengambil sikap hanya akan melayan kenyataan dari Anwar dan Wan Azizah sahaja, sehingga hari ini saya masih menunggu reaksi mereka.

"Saya tetap akan pertahankan maruah saya dan akan bersumpah secara Islam untuk menunjukkan kebenaran," kata beliau dipetik Bernama selepas menyampaikan ceramah umum pada Perhimpunan Penyatuan Melayu anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu Pulau Pinang di Politeknik Seberang Perai di sini, hari ini.

Mengulas berkenaan desas-desus mengatakan bahawa beliau akan dicalonkan untuk menentang Anwar pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh, katanya:
"Tercalon atau tidak, saya tetap berada di barisan hadapan dan bersamasama berjuang."

"Saya hanya menyatakan kesediaan sahaja dan akhirnya keputusan tetap dibuat oleh pucuk pimpinan parti," katanya sambil menegaskan, setakat ini beliau tidak menerima sebarang panggilan mengenai pencalonan untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh dikosongkan oleh penyandangnya yang juga Ketua Pembangkang Dr Wan Azizah bagi memberi laluan kepada suaminya Anwar. Peletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta pada 31 Julai lepas.

Terdahulu dalam ceramahnya, Mohamad Ezam sekali lagi menegaskan, akan membuat pendedahan siapa Anwar sebenarnya kepada masyarakat umum sekiranya bekas timbalan perdana menteri itu sanggup mengaibkannya.

"Hanya saya tahu apa yang Anwar tahu dan Anwar tahu apa yang saya tahu. Saya masih lagi berpegang kepada prinsip untuk tidak mengaibkan orang," katanya.

Mohamad Ezam juga berkata, tindakan yang dilakukan oleh Anwar merupakan ancaman politik paling besar bagi Malaysia dan hanya untuk menjaga kepentingan dirinya sahaja.

"Tindakan itu juga semata-mata untuk pertahankan parti yang jelas mengidolakan pemimpin mereka lebih daripada perjuangan terhadap bangsa dan negara," katanya.

Selain itu, beliau turut mendedahkan semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan, bekas timbalan perdana menteri itu telah memperkenalkan 'skim kontraktor wibawa' iaitu satu dasar untuk membantu kontraktor bumiputera.

"Malangnya dasar itu hanya untuk yang berkroni kepadanya, setiap syarikat akan menerima kontrak tanpa rundingan, yang jauh berbeza seperti yang diperjuangkannya kini iaitu open tender (tender terbuka)," dakwanya.

Kira-kira 3,000 orang hadir pada ceramah umum itu.Click Here!

Kini sudah 66 usul tolak Abdullah sebagai Presiden Umno

Tarmizi Mohd Jam
Sat | Aug 02, 08 | 9:46:06 pm MYT

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Hrkh) - Jumlah cawangan Umno yang membawa usul ke bahagian masing-masing supaya tidak mencalonkan semula Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ke jawatan Presiden Umno, kini meningkat kepada 66.

Iklan




Perkara ini didedahkan oleh bekas Ahli Parlimen Batu Pahat, Dato' Ruhanie Ahmad dalam satu tulisannya pada blog, kudakepang.blogspot.com.

Katanya, terdapat satu cawangan dalam Umno Bahagian Kota Belud, Sabah iaitu Cawangan Kulambai Dundau, telah mengusulkan supaya bahagiannya mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan Presiden Umno.

Sebuah lagi Cawangan Umno Kampung Masjid, Jeneri, dalam Bahagian Sik, Kedah, turut mengusulkan supaya Umno bahagian itu juga mencalonkan Tengku Razaleigh sebagai Presiden parti.

Sebelum ini, Umno dikejutkan dengan usul Cawangan Kg. Tua dalam Bahagian Langkawi, yang bersidang pada 26 Julai lalu, agar Datuk Seri Najib Tun Razak dicalonkan sebagai Presiden Umno dan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku calon Timbalan Presiden.

Dalam perkembangan berkaitan, Ruhanie mendedahkan lagi pada blognya tentang satu usul yang yang diluluskan pada Mesyuarat Pemuda Umno Cawangan Kg. Mengkuang dalam Bahagian Kuala Langat, Selangor, menuntut agar peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib dipercepatkan dari Jun 2010 kepada 1 Disember 2008. Click Here!

Permatang Pauh: Majoriti lebih ketara,sokongan bertambah

Mohd Sabri Said
Sun | Aug 03, 08 | 7:20:36 am MYT

Selepas Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghantar surat peletakan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, pelbagai pihak sudah mula memulakan gerakerja pilihan raya.

Iklan




Sama ada Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat masing-masing telah mula menggerakkan jentera pilihan raya. Dalam menghadapi situasi terkini, Wartawan Harakahdaily, Mohd Sabri Said meninjau lebih dekat persiapan dengan menemubual Pengarah Pilihan raya KeADILan Pulau Pinang, Mustaffa Kamal Mohd Yusuf. Ikuti pandangan beliau.

Harakah : Adakah KeADILan dapat rasakan bahawa Parlimen Permatang Pauh akan mengalami pilihan raya kecil?

ImageMustaffa: Peristiwa peletakan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menang telah kami rasai daripada cakap-cakap orang terdekat dengannya.

Maka, sebab itu kami telah bersedia dari awal iaitu sejak tiga bulan lalu untuk melantik beberapa jawatankuasa dan mengerakkan semua organisasi di peringkat peti undi.

Berbanding pilihan raya umum lalu majoriti yang diperolehi Dato' Seri Dr Wan Azizah begitu tinggi adakah majoriti itu dapat diulangi?

Saya yakin dan percaya keputusan pilihan raya kecil nanti setara dengan keputusan pilihan raya umum pada 8 Mac lalu. Bahkan, boleh tinggi daripada itu memandangkan sambutan rakyat berbagai bangsa terhadap KeADILan sejak itu.

Ramai anak muda gemar menyertai KeADILan dan perkembangan ini dapat dilihat ketika kami mengadakan pendaftaran ahli baru dalam setiap program parti.

Macamana sokongan masyarakat Melayu walhal dalam pilihan raya umum lalu ia agak kurang berbanding bangsa lain di Pulau Pinang khususnya di Permatang Pauh?

Masyarakat Melayu kemungkinan akan memberi undi kali ini kerana BN telah kekeringan idea yang bernas untuk pembangunan. Bukan sahaja itu malahan sanggup membatalkan tiga projek mega iaitu Lingkaran Luar Pulau Pinang (PORR), Monorel dan Empangan Mengkuang. Semua projek itu bermanfaat untuk rakyat. BN telah menyeksa rakyat disebabkan tidak memerintah Pulau Pinang.

Adakah isu membabitkan Dato' Seri Anwar akan merencatkan kemenangan dia untuk melangkah ke Putrajaya?

Kita mengakui memang ada sedikit sebanyak rakyat yang termakan dakyah Umno tetapi tugas kita ialah berusaha menangkis tohmahan yang sengaja dilemparkan bagi memasti kemenangani KeADILan.

Antara ke tiga-tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Seberang Jaya, Permatang Pasir dan Penanti yang manakah akan diberikan perhatian penuh?

Menyentuh mengenai perkembangan itu sudah pastilah kita memberikan perhatian pada Dun yang kita kalah iaitu Seberang Jaya. Ini bukan bermakna kita abaikan Dun Permatang Pasir yang dimenangi oleh PAS manakala Penanti oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohamad Fairuz Khairuddin.

Peratus masyarakat Cina di Seberang Jaya agak tinggi berbanding dun lain maka penerangan harus digerakkan secara berterusan.

Langkah itu wajar untuk memberikan ingatan pada Adun di situ, Arif Shah Omar Shah bahawa kemenangan tipisnya kepada calon KeADILan, Ramli Bulat boleh diperbaiki.

Bagaimana pula dengan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang?

Parti dalam gabungan Pakatan Rakyat di sini amat baik dan selalu mengadakan pertemuan sama membabitkan negeri atau atas nama parti.

Kita akan membentuk kerjasama ketika pilihan raya kecil itu kelak macam suasana pilihan raya umum lalu. Di mana hasilnya kita menang. Click Here!

Najib berusaha gagalkan Anwar ke Putrajaya?

BUKIT MERTAJAM, 3 Ogos (Hrkh) - "Sebenarnya persaingan Politik Malaysia pada hari ini adalah antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri' Najib Tun Razak, " demikian tegas Majlis Pimpinan Tertinggi Parti KeAdilan Rakyat (KeADILan), Badrul Hisham Shaharin dalam ceramahnya di Ceruk To' Kon, Bukit Mertajam kelmarin.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Cikgu Bard mengatakan, dunia pada hari sedang memerhatikan dua tokoh tersebut kerana Anwar dan Najib masing-masing sedang berhadapan dengan cabaran dan dugaan besar.

Menurutnya, Anwar sedang berhadapan dengan cabaran usahanya membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September nanti manakala Najib pula sedang berhadapan cabaran berkenaan penglibatannya dalam kes pembunuhan Altantuya yang semakin terbongkar.

Oleh itu tegas beliau, Najib terpaksa mencari jalan mengagalkan Anwar dari sampai ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Maka, sebab itulah tuduhan liwat yang membabitkan Anwar sengaja ditimbulkan bagi menghalang Anwar mendaki ke puncak kuasa,katanya.

"Pada 1998 Anwar difitnah dengan tuduhan liwat kerana beliau pada waktu itu sudah sedikit sahaja lagi akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, kini 2008 situasinya sama di mana Anwar hari ini juga sedikit sahaja lagi akan menjadi Perdana Menteri, maka skrip lama berkenaan isu liwat itu diulang," katanya.

Tambahnya, tuduhan seperti Anwar agen Amerika Syarikat dicanang ke seluruh negara bagi memburukkan imejnya.

Badrul Hisham menjelaskan, bukan Amerika sahaja yang memberi perhatian pada Anwar tetapi seluruh dunia termasuk negara-negara Islam mengambil berat tentangnya.

"Semua taktik jahat ini dilakukan bagi memastikan kelangsungan politik Najib dan BN terus kekal dan selamat,"katanya lagi.

Badrul Hisham Shaharin menyampaikan ceramah tersebut sepena program 'Tour Merdeka Harapan Baru Anak Malaysia' yang berlangsung di Galeri Pejuang di Cherok To'Kun Bukit Mertajam.

Turut sama dalam program itu ialah Ahli Parlimen Padang Serai, Gobalakrisnan;, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Uban, Raveentharan dan beberapa pemimpin Parti KeADILan Rakyat. Click Here!

Penghormatan Tugu Negara : Mufti Perlis gesa PM bertaubat

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) -"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan."

Iklan




Demikian kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang mengulas upacara Tugu Negara bersempena Hari Pahlawan 31 Julai lalu, yang menyaksikan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir di Majlis Kalungan Bunga monumen berkenaan.

ImageAbdullah dilaporkan menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sebagai memperingati wira-wira yang gugur semasa mempertahankan tanah air dengan diikuti tiupan lagu dan trumpet 'Last Post' serta deklamasi sajak berjudul Pahlawanku oleh Pegawai Waran I, Azamin Itam.

Kata Dr Asri lagi, perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati malah sekiranya pelaku tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.

"Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin dan jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

"Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan. Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar," kata Dr Asri dalam laman web Minda Mufti baru-baru ini.

Tahun lalu dalam isu yang sama, pelbagai pihak turut meyelar tindakan Abdullah yang dilihat membelakangi fatwa ulama dan mufti yang menegah perbuatan memberi penghormatan kepada Tugu Negara.

Menurut satu laporan Fatwa Mufti Pulau Pinang telah menyatakan bahawa adalah haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu manakala Fatwa Mufti Pahang di bawah subseksyen 36 (1) Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1991 setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak menurut subseksyen 39 (6) Enakmen bahawa : "Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan." Click Here!

‘Umno sendiri bunuh Melayu’-Dr. Syed Azman

KUALA TERENGGANU, 3 Ogos – PAS tidak akan mengkhianati amanah rakyat dengan bekerjasama menubuhkan kerajaan baru bersama Umno/Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi berkata, tidak ada pemimpin PAS yang rasional akan menerima pelawaan Umno untuk bergabung menubuhkan kerajaan di peringkat pusat dan negeri.

“Hanya orang yang tidak rasional sahaja boleh menerima pelawaan Umno itu,” ujarnya ketika berucap di Kuala Ibai, di sini baru-baru ini.

Turut berucap Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Natusion.

Dr. Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok berkata, Selepas pilihan raya umum ke 11 tahun 2004 sehingga menjelang pilihan raya 2008, Setiuasaha Agung PAS telah menghantar tiga pucuk surat untuk bermuzakarah dengan Umno atas isu Melayu, Islam dan perkembangan semasa.

“Sementara Dewan Pemuda PAS menghantar tidak kurang dari empat pucuk surat untuk tujuan yang sama tetapi satupun surat-surat berkenaan tidak dijawab oleh pemimpin-pemimpin Umno,” jelasnya.
Ketika PAS tidak mempunyai banyak kerusi di Parlimen, Terengganu jatuh semula ke tangan BN dan Kerajaan PAS Kelantan tidak kuat, Umno tidak layan pelawaan PAS tersebut.

“Tetapi selepas pemimpin Umno bercakaran sesama sendiri, MIC, Gerakan dan MCA, bercakaran dan berpecah, baru Umno mahu mengajak PAS bermuzakarah kononnya bagi membincangkan soal survival Melayu,” katanya.

Menurut beliau ketika Umno memerintah Terengganu 50 tahun lalu, seramai 18 peratus orang Melayu negeri itu berada di bawah paras kemiskinan sedangkan pemimpin-pemimpin Umno negeri itu hidup senang lenang mengaut kekayaan dari hasil pendapatan negeri termasuk royalti petroleum dan gas.

Ketika itu Umno membunuh Melayu dengan menjadikan bahasa Ingeris sebagai bahasa mata pelajaran Sains dan Matematik di sekolah-sekolah seluruh negara.

“Umnolah yang membunuh bangsa Melayu sendiri bukan orang lain,” tegasnya. Click Here!

Najib: BN sukar gugat Anwar

Aug 1, 08 11:54am
Datuk Seri Najib Razak mengakui BN sukar menang dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon PKR di kerusi parlimen tersebut, lapor Malaysiakini.

"Kita kena realistik, ia adalah kawasan yang sukar. Kita akan berusaha sebaiknya," kata timbalan perdana menteri hari ini.

najib hilton hotel pc 010808 01Mengulas lanjut keputusan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatannya semalam sebagai anggota parlimen di kawasan itu, Najib berkata Anwar mempertaruhkan "masalah peribadinya" kepada orang ramai.

"Sebenarnya, tuduhan dibuat oleh pegawai khas beliau sendiri, bukan oleh kerajaan. Dan ada cara-cara untuk menyelesaikan tanpa membawa perkara ini kepada rakyat.

"Tetapi dia tidak pilih cara-cara tersebut. Beliau pilih untuk bawa perkara ini kepada rakyat, khususnya pada pengundi di Permatang Pauh. Tetapi kita terima perkara ini. Kita akan hadapi," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran program khusus ke Universiti al-Azhar di Kuala Lumpur.

Pembantu penasihat PKR itu Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa diliwat dalam satu laporan polis 28 Jun lalu.

Kertas siasatan polis kini sudah disiapkan dan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara sebelum memutuskan sama ada wujud kes prima facie untuk mendakwa mantan timbalan perdana menteri itu.

Desas-desus Anwar ditahan dan kemudian dibawa ke mahkamah semakin hangat diperkatakan.

Najib menambah, BN bagaimanapun tidak gentar menghadapi pilihanraya kecil itu kerana kerajaan pimpinan parti itu masih menguasai parlimen.

"Kerajaan tidak takut. Kita ada majoriti yang cukup (dalam parlimen). Tetapi Anwar memutuskan membawa kepada rakyat," katanya.

Mengulas kemungkinan BN meletakkan bekas setiausaha politik Anwar, Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai calon untuk merampas kerusi itu, Najib berkara pemilihan calon masih belum dibincangkan.

"Kita tidak bincang soal calon lagi. Soal calon kita kena ikut proses (melibatkan) perbincangan di peringkat perhubungan (negeri) dan bahagian. Akhirnya pucuk pimpinan akan buat keputusan yang sewajarnya," katanya.

Mohamad Ezam, bekas ketua Pemuda PKR, pernah menawarkan diri bertanding atas tiket BN untuk menentang Anwar di Bandar Tun Razak dan Kulim-Bandar Baharu.

anwar ibrahim wan azizah permatang pauh by election 310708Najib bagaimanapun enggan menjelas bila BN akan berbincang untuk menetapkan calon terbaik untuk menghadapi tokoh utama pembangkang itu.

"Ia proses. Kita tidak perlu bagi tahu bila (akan) dibincang. Yang penting, perbincangan dibuat," katanya.

Mengulas sama ada karier politik Anwar akan tamat jika tidak dapat mempertahankan kubu kuatnya itu, Najib berkata:

"Kita tidak tahu. Beliau sudah buat kira-kira. Beliau rasa itu peluang terbaiknya. Kita letakkan pada rakyat untuk memutuskannya."

Anwar semalam mengumumkan bertanding di kerusi parlimen itu yang telah dikosongkan oleh isterinya pada sebelah pagi.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

Dr Wan Azizah menguasainya selama tiga penggal apabila Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Sementara itu perdana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, BN akan cuba merampas kembali kerusi parlimen itu.

BN tidak akan memberi kemenangan percuma kepada Anwar, katanya lagi selepas mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Al-Mutadee Billah di Putrajaya hari ini. Click Here!

Pirdaus: Sukar bagi calon BN, PKR

Aug 1, 08 9:52pm
Datuk Pirdaus Ismail, calon BN yang tewas dua kali di Permatang Pauh, berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menang mudah apabila bertanding pada pilihan raya kecil tidak lama lagi, lapor Malaysiakini.

Pirdaus menambah, peluang mana-mana calon untuk memenangi kerusi itu sukar diramal berikutan perubahan senario politik di Pulau Pinang selepas pilihanraya umum 8 Mac lepas.

"Kenapa saya katakan tidak mudah bagi Anwar, dan juga sukar kepada BN adalah kerana dahulu kita (BN) memerintah negeri ini.

"Mereka menilai kita dan jadi pembangkang. Sekarang ini mereka jadi kerajaan dan kita pula menilai mereka dan jadi pembangkang.

"Saya yakin rakyat tahu apa yang terbaik untuk mereka dan Umno telah bersiap sedia. Pilihan raya kali ini bukan satu perkara mudah.

bm version permatang pauh election results 310708"Rakyat menilai mereka dan rakyat juga menilai kita," kata exco Pemuda Umno itu kepada Bernama.

Penyandang kerusi itu dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berundur semalam bagi memberi laluan kepada penasihat parti dan suaminya Anwar.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

Dr Wan Azizah menguasainya selama tiga penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada pilihanraya umum 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Mac lepas, beliau memperoleh 30,338 undi bagi menewaskan Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,388.

Menurut agensi berita itu, Pirdaus berkata tindakan Dr Wan Azizah itu secara tergesa-gesa memperlihatkan tindakan itu seperti mengkhianati kepercayaan rakyat.

"Perkara itu menyusahkan rakyat. Pada pilihan raya lalu, saya dah beritahu rakyat jangan memberi undi. Ini dah buktikan dia (Dr Wan Azizah) bukan bertanding untuk rakyat tetapi untuk diri sendiri.

"Ini juga membuktikan peluang Anwar untuk menang tidak mudah kerana telah mengkhianati kepercayaan rakyat. Namun itu juga sukar bagi kita kerana ia boleh dikatakan kubu kuat mereka," katanya.

Ditanya kemungkinan beliau dicalonkan sekali lagi pada pilihanraya kecil nanti, Pirdaus berkata perkara itu terserah kepada pucuk pimpinan parti.

"Sekiranya diarah berbuat demikian, saya patuh. Sebagai pejuang, saya merasakan itu adalah tanggungjawab.

"Lagipun saya bersedia dan tidak gentar untuk berhadapan dengan dia (Anwar) kerana ini bukan kali pertama saya bertanding," katanya. Click Here!

Harga petrol ikut harga dunia mulai 1 Sept

Aug 1, 08 7:22pm
Berkuatkuasa 1 Sept ini, harga runcit petrol akan diselaraskan berdasarkan harga pasaran dunia purata bulanan dan subsidi akan dikekalkan pada kadar 30 sen seliter, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini, Malaysiakini melaporkan.

Perdana menteri berkata harga runcit petrol akan ditetapkan pada 1 haribulan setiap bulan.

"Kerajaan juga menjamin bahawa harga runcit petrol tidak akan melebihi RM2.70 seliter pada tahun ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Bernama, Abdullah berkata kerajaan membuat keputusan itu setelah mengkaji secara teliti kebelakangan ini harga minyak mentah yang menunjukkan trend menurun.

Selasa lepas, harganya US$122 setong berbanding harga purata bagi Jun US$132 setong, dan kerajaan menanggung subsidi petrol sebanyak 64 sen seliter.

Harga minyak mentah dunia US$125 setong ketika kerajaan menstrukturkan semula subsidi minyak pada 5 Jun dengan subsidi petrol sebanyak 30 sen seliter.

Menjelang 8 Jun, harga minyak mentah meningkat secara mendadak kepada US$139 setong.

Abdullah berkata walaupun harga petrol sepatutnya dinaikkan sebanyak 40 sen seliter, kerajaan telah membuat ketetapan untuk mengekalkan harga petrol dan memberi jaminan pada 11 Jun bahawa harga petrol tidak akan dinaikkan lagi pada tahun ini. Click Here!

Hasil Terengganu dikaut,Idris Jusoh perhabiskan RM7 bilion

Suhaimi Taib
Sun | Aug 03, 08 | 7:29:02 am MYT

KUALA TERENGGANU, 3 Ogos (Hrkh) - Sebanyak RM7 bilion wang royalti petroleum dan gas Terengganu telah dibelanjakan di zaman bekas Menteri Besar, Dato' Seri Idris Jusoh mulai tahun 2004 hingga 2008.

Iklan




Perkara ini dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato' Amir Sham Abdul Aziz ketika ditanya Ketua Pembangkang, Dato' Seri Wan Azizah Ismail di Persidangan Dewan Rakyat, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dipercayai wang sebanyak itu dibawa masuk melalui Dana Khas yang tidak diaudit oleh Ketua Audit Negara dan tidak dimasukkan dalam perkiraan Kumpulan Wang Disatukan dan dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri setiap tahun.

Dato' Seri Idris hanya berjaya menjadi menteri besar sepenggal sahaja selepas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin tidak berkenan untuk Idris terus menjadi Menteri Besar Terengganu selepas keputusan pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

Bagaimanapun ke manakah perginya wang begitu banyak itu?

Persoalan ini ditimbulkan oleh Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifuddin Natution ketika berucap di Kuala Ibai di sini baru-baru ini.

Saifuddin berkata, projek disalurkan ke Terengganu hanya dengan cara, taukeh-taukeh besar membawa surat dari Kuala Lumpur untuk diminta tanda tangan pemimpin kerajaan negeri itu (Dato' Seri Idris Jusoh). Surat itu dipercayai dari Pejabat Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Apa projek yang nak dibuat, bagaimana proses tender tidak dinyatakan dalam surat berkenaan,"jelas beliau mengulas kenyataan wawancara Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said dalam sebuah akhbar berorientasikan ekonomi baru-baru ini.

Projek yang dibawa tidak ada kena mengena dengan kebajikan rakyat negeri Terengganu, katanya.

Saifuddin menjelaskan bahawa yang menikmati hasil bumi Terengganu ialah orang luar dari negeri itu (Patrick Lim).

Ini katanya, adalah hasil dari hubungan rapat beliau dengan Abdullah.

Saifuddin turut memaparkan gambar-gambar melalui tayangan 'LCD' bagi menunjukkan bagaimana Abdullah meraikan taukeh-taukeh kaya termasuk Patrick Lim dalam satu majlis di kediaman rasmi Perdana Menteri itu di Kuala Lumpur tidak lama dulu. Click Here!

Politik wang hancurkan Umno

Aug 1, 08 5:32pm
Ketua Wanita Umno berkata, politik yang berlaku di peringkat bahagian dalam pemilihan jawatan sekarang akan menyebabkan parti itu hancur, Malaysiakini melaporkan.

Tan Sri Rafidah Aziz berkata, beliau sudah mendapat bukti bahawa politik wang banyak berlaku termasuk di kalangan pemimpin Wanita Umno sendiri.

"Saya sedih... Saya sudah 42 tahun dalam politik, belum ada etika pertandingan dalam Umno. Sekarang sudah ada etika, seolah-olah kita perlu diajar.

"Dulu baik-baik tetapi akhir-akhir ini baru saya dengar (ada etika), tetapi kita kena buat kerana sudah ada yang berlaku," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Ia dihadiri oleh 19 exco pergerakan itu. Bagaimanapun, naib ketua Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak hadir kerana, menurut Rafidah, beliau tidak sihat.

Rafidah, yang juga bekas menteri kabinet berkata, kalau memberi sogokan untuk menjadi pemimpin itu bermakna tidak ada keikhlasan.

Beliau berkata, budaya Umno sudah mula berubah sehingga terpaksa menubuhkan lembaga disiplin parti.

"Dalam suasana kita kata jangan membabitkan politik wang ia berlaku juga.

"Dan wanita juga terlibat kerana kita mendapat laporan mengenai perkara tersebut," katanya.

Rafidah berkata, kalau kita hendak berkhidmat apa guna perlu membayar untuk mendapatkan jawatan.

"Dahulu kita membayar tambang sendiri, nak hotel pandai-pandai, duduk rumah kawan," katanya.

Katanya, sehubungan itu beliau mengingatkan jika berlaku pertandingan di peringkat bahagian supaya bertanding secara berhemah dan jangan sampai berlaku perpecahan.

"Saya mendapat tahu mereka bertanding sesama sendiri – (pemimpin) Wanita lawan Wanita dan Wanita lawan Puteri - tetapi jangan sampai berpecah-belah.

"Kekuatan kita adalah di akar umbi iaitu cawangan dan bahagian. Jangan sampai menang sorak tetapi kampung tergadai," katanya.

Rafidah juga menegaskan beliau melarang pemimpin pergerakan itu membuat kenyataan melulu secara terbuka. Click Here!

Muktamar PAS kembalikan nostalgia

Aug 1, 08 4:43pm
Setelah usianya mencecah enam dekad, PAS kali ini mengadakan muktamarnya ke-54 dalam suasana "kemenangan besar" selepas pilihanraya umum Mac lalu di negeri kelahirannya Perak, Malaysiakini melaporkan.

"PAS Perak minta muktamar diadakan di sini untuk mengembalikan nostalgia lama kerana PAS mula ditubuhkan di sini," kata setiausaha urusetia muktamar tahun ini Syed Mohamad Syed Hassan.

PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Bagaimanapun sejarah penubuhannya sering dikaitkan dengan Hizbul Muslimin, sebuah pertubuhan Islam yang radikal menentang Inggeris, yang didirikan di sebuah pusat pengajian Islam terkenal di Gunung Semanggol, utara Perak pada 1948.

Organisasi ini bagaimanapun diharamkan pada tahun yang sama apabila Inggeris memperkenalkan Ordinan Darurat.

Pertemuan selama lima hari di Ipoh - negeri yang kini bermenteri besar wakil rakyat PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - bermula 13 Ogos dijangka dihadiri lebih kurang 1,000 perwakilan dari seluruh negara.

Penolong setiausaha urusetia muktamar Salman Salleh pula berkata persiapan untuk acara tahunan itu kini di tahap akhir iaitu menyiapkan pentas dan semua bahan persidangan.

Menurutnya, selain perwakilan, 2,500 tempat duduk lagi disediakan untuk pemerhati, penyokong dan ahli PAS mengikuti perbahasan persidangan tersebut.

Urusetia juga menyediakan tayangan perjalanan muktamar melalui layar putih di luar stadium tersebut bagi penyokong yang tidak dapat masuk.

Penganjur menjangkakan kira-kira 15,000 orang akan hadir di muktamar tahun ini.

Salman juga menjelaskan, tetamu yang diundang termasuklah duta-dua, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya, majlis perasmian dan ucapan dasar disempurnakan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 15 Ogos bermula jam 8 pagi di Stadium Tertutup Indera Mulia.

Manakala perbahasan penuh muktamar akan berlangsung di tempat yang sama pada jam 2.30 petang.

Sebelum itu, katanya, tiga sayap parti iaitu Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat akan mengadakan muktamar mereka berasingan pada 13 dan 14 Ogos.

Dewan Ulama bermesyuarat pada 14 Ogos di Dewan Bandaran, berhadapan dengan Hotel Majestic, Ipoh. Ia akan dirasmikan sendiri oleh ketuanya Datuk Mohamed Daud Iraqi.

Menurut setiausaha Pemuda PAS Ahmad Sabki Yusof, muktamar dewan itu berlangsung pada 13 Ogos di stadium tertutup itu jam 8 malam. Ia akan dirasmikan oleh timbalan presiden PAS Nasaruddin Mat Isa.

Manakala Dewan Muslimat, jelas setiausahanya Aiman Athirah al-Jundi, akan bertemu pada 14 Ogos di Hotel Hill City. Ia akan dirasmikan oleh naib presidennya Mohamad Sabu.

Salman berkata, tema muktamar tahun ini belum dimaklumkan kepada pihak urusetia.

Beliau juga memaklumkan terdapat gerai-gerai untuk berniaga yang buka di sebelah stadium tertutup tersebut.

"Terdapat 100 lot gerai disediakan dan semuanya habis ditempah," katanya.

Selain bermesyuarat, tambahnya, muktamar ini turut diserikan konsert kesenian Islam, forum perdana dan ceramah perdana.

Media rasmi parti itu Harakahdaily.net hari ini melaporkan konsert tersebut bakal membariskan beberapa artis seperti Amy Search, Zuar XPDC dan kumpulan nasyid Saff-One.

Ditanya isu-isu hangat yang akan dibincangkan dalam pertemuan nasional itu, Salman berkata:

"Isu muqabalah dan muzakarah dengan Umno kemungkinan akan menjadi isu hangat yang akan dibincangkan dalam muktamar ini.

"Selain itu, isu tentang keahlian orang-orang bukan Islam (penyokong bukan Islam PAS) akan dibahaskan dalam muktamar kali ini."

Beliau menjelaskan, isu-isu berbangkit bagaimanapun terpulang kepada perwakilan-perwakilan setiap negeri untuk berbahas bergantung pada usul yang dikemukakan.

Ucapan penggulungan muktamar disampaikan oleh Abdul Hadi pada 8 pagi 17 Ogos.

Salman juga menjelaskan, semua organisasi media termasuk Utusan Malaysia - yang dilarang di beberapa sidang media pemimpin Pakatan Rakyat - dijemput untuk membuat liputan sepanjang muktamar ini berlangsung.

"Kemudahan-kemudahan seperti internet dan ruang kerja media membuat liputan turut disediakan," tambahnya.

Beliau berkata, PAS turut menyediakan blog rasmi sempena muktamar di alamat www.muktamarpas54.blogspot.com Click Here!

Belum ada pelan pengganti Rafidah

Aug 1, 08 5:42pm
Pelan peralihan kuasa dalam Wanita Umno belum dibincangkan oleh pergerakan itu, kata ketuanya Tan Sri Rafidah Aziz, lapor Malaysiakini.

"Peralihan kuasa Wanita kena tunggu dulu, kita tidak bincang dalam mesyuarat kali ini.

"Hari ini kita bincang perkembangan terkini yang berlaku termasuk dalam bidang ekonomi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini.

"Perkara utama yang kita bincangkan ialah mengenai persiapan jentera Wanita bagi menghadapi pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh.

"Jentera kita bergerak serta-merta dan esok pemimpin kita akan turun ke Permatang Pauh," katanya.

Semalam presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai ahli parlimen bagi memberi laluan kepada suaminya dan penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Mengulas mengenai peluang BN dalam pilihanraya tersebut, Rafidah berkata, ia “sukar diramal.”

"Selain soal calon, ia juga berkait dengan pengundi. Permatang Pauh bukan sahaja ada pengundi Melayu tetapi juga pengundi bukan Melayu.

"Tetapi kita (Wanita) akan turun habis-habisan membantu calon BN. Kita akan bekerja cara Wanita BN, bukan lagi sebagai Wanita Umno," katanya.

Rafidah juga mengulas keputusan PAS menolak kerjasama dengan Umno dan BN bagi membentuk kerajaan campuran di peringkat negeri dan pusat seperti yang diumumkan.

Katanya, niat baik Umno tidak diterima dengan baik oleh pemimpin PAS.

"Tidak perlulah sampai bubar parti, tidak payahlah ada syarat. Jika ada isu ummah, bolehlah berbincang," katanya.

Semalam presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu tawaran Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama di semua peringkat “tidak lagi berbangkit”.

Keputusan itu dicapai selepas pertemuan khas hampir lima jam barisan pemimpin tertinggi PAS bagi meredakan kehangatan kontroversi rundingan sulit dengan Umno sejak beberapa minggu, khususnya selepas pengakuan Abdul Hadi awal Julai. Click Here!

Harakah lebih murah mulai 15 Ogos

Aug 1, 08 4:53pm
Media rasmi PAS Harakah edisi baru akan menemui pembaca pertengahan bulan ini dengan wajah baru, lebih banyak berita, lebih nipis dan lebih murah.


Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini, ia akan berada di pasaran pada setiap Isnin dan Jumaat seperti sebelum kekerapannya dikurangkan dua kali sebulan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada awal 2000.

Harganya kini RM2.50 akan dikurangkan kepada RM2, manakala tebalnya dikurangkan daripada 80 kepada 56 halaman.

harakah and kementerian dalam negeri home affairs ministry permitMenurutnya, edisi baru dijadual dilancarkan secara rasmi ketika muktamar parti itu di Ipoh pada 15 Ogos oleh presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kali ini, Harakah mahu menjadi sebuah akhbar yang betul-betul akhbar," katanya, sambil ketawa kecil.

KDN mengembalikan permit asal organ PAS itu pada 23 Jun lalu selepas lembaga pengarah Harakah memohon sejurus selepas pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Sebelum pilihanraya umum, jumlah edarannya kira-kira 140,000 naskhah tetapi telah meningkatkan kepada 220,000 naskhah buat masa sekarang.

Ahmad Lutfi berkata, Harakah keluaran baru akan menampilkan reka letak berbeza.

Ditanya sebab PAS mengambil sedikit masa untuk menerbitkannya, beliau berkata tempoh lebih sebulan diambil sejak kelulusan itu bagi membolehkan akhbar itu membuat persediaan.

Lagipun, tambahnya, Harakah tidak menyangka KDN bersedia memberikan keizinan kepada PAS berbuat demikian.

"Sebelum ini kita tidak mohon (permit dua kali seminggu), kita tidak buat rayuan. Tetapi selepas Suara Keadilan (akhbar PKR) mendapat permit, kita mohon (lagi). Tidak sangka dapat," katanya.

Apabila diterbitkan dua kali seminggu, edarannya "mungkin kurang sedikit", kata Ahmad Lutfi.

"Tetapi jika kita dapat kekalkan tidak kurang daripada 150,000, OK, boleh menampung kos," katanya.

Harakah akan menumpukan lebih banyak berita-berita negeri, terutamanya di lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, wartawan-wartawan baru akan ditambah untuk membuat liputan di peringkat negeri, katanya lagi.

"Sekurang-kurangnya mesti ada dua orang (wartawan) di setiap negeri," katanya. Click Here!

AUKU: Pelajar dibenar berpolitik

Aug 2, 08 6:36pm
Penuntut Institusi Pengajian Tinggi akan dibenarkan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan ahli politik termasuk dari pembangkang apabila Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) selesai dipinda dan diluluskan, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata pertemuan dan perbincangan bleh dilakukan menerusi seminar, ceramah atau forum berbentuk ilmiah.

"Saya tidak fikir mana-mana parti politik akan menggunakan cara berucap dan berkempen politik jalanan apabila masuk kampus kerana mereka yang ada di sini (universiti) adalah orang yang berpengetahuan, ada ilmu dan mereka akan buat ukuran," katanya dalam laporan Bernama.

Bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia di ibunegara hari ini, Mohamed Khaled bagaimanapun menegaskan bahawa penuntut universiti tidak dibenarkan untuk menyertai parti politik.

Ditanya sama ada ia juga tertakluk kepada individu yang telah melibatkan diri dalam politik dan kemudian menyambung pelajaran di universiti, Mohamed Khaled berkata perkara itu hanya perlu dimaklumkan kepada naib canselor sesebuah universiti.

"Contohnya seperti saya yang seorang menteri yang juga ahli parti, tidak perlulah saya kena berhenti dari parti untuk sambung belajar.
Saya hanya perlu maklum dan beritahu pada naib canselor sahaja," katanya.

Persidangan dua hari itu yang dihadiri hampir 700 pelajar Malaysia di luar negara membincangkan tentang perpaduan nasional, kesaksamaan gender, korporat Malaysia, politik, ekonomi dan isu sosial.

Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin, Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua dan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad turut diundang untuk membincangkan isu berkaitan pemberian susbsidi oleh kerajaan kepada rakyat. Click Here!

Saiful dedah kunjungan ke luar negara

Aug 2, 08 6:28pm
Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa dia telah menemani Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tiga kunjungan ke luar negeri tahun ini.

Menurut blognya semalam, bekas pembantu mantan timbalan perdana menteri itu berkata, dia menemani Anwar ke Hong Kong awal bulan Mei lalu, Bangkok pada hujung bulan yang sama, dan ke Singapura pada 16 hingga 18 Jun.

Ini adalah kali pertama Saiful mendedahkan butiran terperinci tentang kunjungannya ke luar negara selepas membuat aduan polis mendakwa dia diliwat oleh Anwar.

Saiful membuat laporan polis itu pada 28 Jun lalu, mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium di Damansara.

Anwar kemudiannya ditahan, disoalsiasat semalaman sebelum dibebaskan keesokannya, 17 Julai dengan ikatjamin.

Dalam blognya Saiful menyenaraikan tugasnya, termasuk membantu ketua kakitangan PKR, Ibrahim Yaacob mengatur jadual Anwar.

Saiful juga berkata, beliau telah ditugaskan untuk mengatur perjumpaan sulit, contohnya dengan ahli-ahli Parlimen yang mahu melompat menyertai PKR dan ia diadakan di kondominium Desa Damansara. Click Here!

P'raya Ptg Pauh ditentu 6 Ogos

Aug 1, 08 9:38pm
Pilihanraya kecil Permatang Pauh yang bakal disertai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditentukan dalam mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Rabu depan, lapor Malaysiakini.

Setiausaha suruhanjaya itu Datuk Kamaruzaman Mohd Noor berkata SPR telah menerima surat peletakan jawatan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai anggota parlimen kawasan itu hari ini daripada yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurut laporan Bernama, Kamaruzaman berkata bahawa mesyuarat itu nanti akan turut menetapkan tarikh mengeluarkan writ pilihanraya, tarikh mengeluarkan notis pilihanraya dan daftar pemilih yang akan diguna pakai pada pilihanraya kecil tersebut.

Dr Wan Azizah, presiden PKR, meletakkan jawatan sebagai membuka laluan kepada suaminya, yang juga penasihat parti.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

Dr Wan Azizah menguasainya selama tiga penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada pilihanraya umum 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Mac lepas, beliau memperoleh 30,338 undi bagi menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,388. Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising