Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Friday, August 1, 2008

Reaksi Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 31 Julai - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hanya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri apabila bersedia mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menurut bekas Perdana Menteri itu, tindakan Wan Azizah adalah perkara yang akan dilakukan oleh mana-mana isteri sekalipun.

"Tidak ada apa yang lebih baik daripada seorang isteri yang menyayangi," katanya pada sidang akhbar khas di sini hari ini.

Dr. Mahathir yakin isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali juga akan berbuat perkara yang sama jika berada dalam keadaan yang sama.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh kosong berkuat kuasa hari ini.

Dr. Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak Pilihan Raya Umum 1999 iaitu selepas Anwar dipecat daripada parti serta kerajaan setahun sebelum itu dan dihadapkan di mahkamah.

Beliau sebelum ini merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen. Click Here!

Ptg Pauh 'agak sukar' bagi BN

Jul 31, 08 10:35pm
Pengerusi BN Pulau Pinang, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mengakui Permatang Pauh kubu kuat PKR dan "pilihanraya kecil ini agak sukar bagi BN."

Koh, yang juga pemangku presiden Gerakan, berkata analisis BN telah meramalkan kira-kira sebulan yang lalu bahawa perkara ini akan berlaku.

Dalam kenyataannya kepada Bernama, bekas ketua menteri itu, menambah kerusi parlimen tersebut "memang merupakan kubu kuat Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memenangi kerusi itu pada 2004 walaupun ketika itu populariti BN berada di kemuncaknya."

"Memang telah djangka beliau akan memilih Permatang Pauh.

"Kerusi-kerusi lain yang disebut hanya satu taktik untuk mengelirukan. Pilihan raya kecil ini agak sukar bagi BN.

"Kami perlu berjuang dalam pilihan raya kecil ini dengan jujur, secara terhormat dan dengan penuh rendah hati. BN Pulau Pinang perlu melakukan yang terbaik.

"Hanya dengan cara itu kami akan mendapat penghormatan dan sokongan orang ramai," Koh dilaporkan berkata.

Sementara itu, setiausaha perhubungan Umno negeri Datuk Azhar Ibrahim berkata peluang calon BN memenangi kerusi itu adalah cerah berikutan rakyat telah sedar bahawa mereka tidak boleh mengharapkan Pakatan Rakyat untuk membela nasib mereka.

"Insya Allah Umno boleh menang. Rakyat sekarang dah tengok sendiri macam mana Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini dan mereka hanya pandai bercakap tetapi tidak membuat kerja," katanya, lapor agensi berita itu lagi.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata parti itu akan memberikan sokongan penuh kepada Anwar pada pilihan raya kecil itu kelak.

"Akhirnya Anwar memilih tempat yang sesuai untuk beliau dan sebelum inipun Anwar pernah bertanding di situ.

"Bagi saya, di mana sahaja Anwar bertanding, kami akan memberikan sokongan yang padu," kata Lim, yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

Menurut Bernama lagi, PKR negeri itu akan mengadakan satu majlis khas lusa untuk mengisytiharkan Anwar sebagai calon dalam pilihanraya kecil itu.

Pengerusinya Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata Anwar dijangka membuat pengisytiharan itu selepas berceramah di hadapan penyokongnya di tapak Ekspo Seberang Jaya, malam itu.

"Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga dijangka menghadiri program itu," katanya seperti dilaporkan.

Zahrain berkata, PKR hanya menunggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengumumkan tarikh pilihan raya kecil itu sebelum menggerakkan kempen dan strategi yang telah diatur.

Katanya, peluang untuk Anwar memenangi kerusi itu cerah kerana kawasan itu memang merupakan kawasan beliau sejak 25 tahun lepas.

"Kalau Wan Azizah boleh menang pada pilihan raya lepas dengan majoriti lebih 13,000 undi, mengapa pula Anwar tidak boleh, sedangkan itu memang kawasan beliau.

"Kita hanya nak lihat anggota Umno mana yang sanggup bertanding dengan Anwar. Itu yang kita dok tunggu," katanya. Click Here!

PKR: Biarkan Ezam cabar Anwar

Jul 31, 08 9:13pm
PKR Selangor hari ini mencadangkan kepada Umno agar meletakkan bekas pemimpin kanan parti itu Mohamad Ezam Mohd Nor mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil kerusi Permatang Pauh, lapor Malaysiakini.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Umno patut meletakkan Mohamad Ezam bertanding berikutan kesediaannya bertanding menentang penasihat PKR itu di mana-mana kawasan parlimen, lapor Bernama.

"Sebelum ini, Ezam dilaporkan sedia bertanding menentang Anwar yang mengumumkan akan bertanding di parlimen Bandar Tun Razak," kata Abdul Khalid, yang juga menteri besar Selangor, selepas majlis ramah mesra bersama media di Shah Alam hari ini.

Minggu lepas, Anwar membayangkan akan bertanding di Kulim-Bandar Baharu.

Sewaktu dihubungi Malaysiakini awal minggu ini, Mohamad Ezam berkata beliau berharap dapat diberikan peluang mencabar bekas ketuanya itu di kerusi parlimen tersebut.

Dalam satu sidang media pada hari yang sama, bekas setiausaha politik Anwar dan ketua angkatan muda PKR itu dilaporkan melahirkan hasratnya mencabar mantan bosnya di Bandar Tun Razak, kini disandang oleh Abdul Khalid.

Anwar petang ini mengumumkan akan bertanding di kerusi parlimen itu yang telah dikosongkan oleh isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pagi tadi.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN.

wan azizah resign permatang pauh by election for anwar 310708 06Dr Wan Azizah menguasainya selama lebih dua penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Anwar kelmarin menyatakan kesediaannya bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu tetapi menukar keputusan itu memandangkan petisyen yang difailkan oleh calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzi dijangkan memakan masa.

Mengulas sama ada peluangnya terjejas dengan sisatan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, Anwar berkata:

"Mereka memancing selama sebulan tetapi tidak mendapat seekor ikan pun. Mereka mungkin dapat buah kelapa dan sangkakan ikan." Click Here!

Siasatan dakwaan kes liwat Anwar siap

Jul 31, 08 4:32pm
Siasatan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disiapkan dan kertas siasatannya itu telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara, demikian disahkan oleh menteri dalam negeri.

Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata terpulang kepada jabatan itu sama ada untuk meneruskan pendakwaan atau sebaliknya terhadap penasihat PKR.

"Saya difahamkan bahawa proses siasatan telah selesai, dan kertas itu telah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara. Terpulang kepada pejabat Peguam Negara untuk menentukan bentuk dakwaan yang akan diambil," katanya, lapor Bernama.

Siasatan selama sebulan itu dijalankan selepas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis pada 28 Jun, mendakwa diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu.

Bagaimanapun, Syed Hamid berkata beliau tidak diberitahu mengenai isi kandungan kertas siasatan tersebut.

"Saya bukan pihak yang bertanggungjawab dengan siasatan itu, bagaimana saya boleh tahu. Sebagai menteri, saya tidak campur tangan dalam siasatan," katanya.

Mengulas ura-ura polis akan menahan Anwar hari ini, Syed Hamid berkata semua pihak hendaklah membiarkan perkara tersebut berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Biarlah ia berlaku mengikut proses. Undang-undang kita menetapkan bahawa Anwar tidak bersalah sehingga beliau dibuktikan (bersalah).

"Tiada dakwaan setakat ini terhadapnya," katanya, lapor agensi berita itu lagi. Click Here!

Siapa sebenarnya politikkan tuntutan RM4.7 bilion?

Shirzad Lifeboat
Thu | Jul 31, 08 | 4:51:15 pm MYT

Di Lusaka, Zambia hari ini, Timbalan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak berhak membentangkan usul menuntut Kerajaan Persekutuan membayar ganti rugi sebagai RM4.7 bilion kerana membatalkan tiga progek mega di negeri itu.

Iklan




Dalam kenyataan yang disiarkan oleh Bernama pagi ini, Najib juga menganggap tuntutan tersebut bermotifkan politik.

Adalah agak ganjil bagi TPM mengeluarkan kenyataan sedemikian sebagai respons kepada usul yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Dewan Undangan Negeri Rabu lalu.

Apabila Kerajaan Persekutuan meluluskan tiga projek mega - Penang Monorail, Penang Outer Ring Road dan Ampangan Mengkuang - di Pulau Pinang (yang ketika itu ditadbir oleh kerajaan BN), segala-galanya sudah tentulah mendapat kelulusan Parlimen dalam bentuk Akta Perbekalan dan Perbekalan Tambahan.

Apabila semua soal teknikal telah diuruskan termasuk segala kelulusan yang diperlukan di pihak kerajaan negeri, maka dengan sendirinya cadangan projek berkenaan menjadi sebuah kontrak yang termeterai sama ada secara "ternyata" (expressed) mahupun secara "termaksud" (implied).

Dengan demikian kedua-dua pihak mempunyai "hak" dan "tanggungjawab" masing-masing dalam melaksanakan apa juga yang termaktub dalam kontrak berkenaan.

Kontrak atau apa-apa surat cara mengenai ketika-tiga projek itu tentulah ditandatangani di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (iaitu kedua-dua kerajaan sebagai "kerajaan").

Sudah tentu juga tidak ada dalam kontrak dan surat cara itu apa-apa perkataan yang bermaksud mengenal pasti kedua-dua kerajaan menerusi parti yang memerintah.

Maka dengan itu, semua perjanjian mengenai ketiga-tiga projek itu tentulah sah walau siapapun yang memerintah, hatta Kerajaan Persekutuan sendiri atau Kerajaan Negeri.

Ini belum lagi mengambil kira kontrak moral di antara Kerajaan Persekutan dengan rakyat negeri Pulau Pinang.

Justeru kenyataan Najib itu bukan sahaja agak mengelirukan. Sebenarnya apabila beliau menganggap tuntutan RM4.7 bilion itu sebagai satu helah politik, sebaliknya, berdasarkan perjanjian asal dan pembatalan projek yang diandaikan disebabkan Pulau Pinang bukan lagi sebuah negeri BN adalah juga satu kenyataan yang dilihat sebagai bermotifkan politik. Click Here!

Azizah undur, Anwar tanding di Ptg Pauh

Jul 31, 08 3:18pm
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah mengosongkan kerusi Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihanraya kecil untuk kerusi tersebut.

"Selepas berbincang dengan keluarga saya, kepimpinan PKR dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, saya dengan ini secara rasminya meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh kepada speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini, memberi laluan kepada suami saya untuk bertanding sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil secepat mungkin," kata presiden PKR.

"Keputusan itu adalah yang terbaik buat Malaysia," tambahnya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Wan Azizah berkata, beliau bagaimanapun kekal sebagai presiden PKR dan pengerusi Yayasan Aman Malaysia.

Anwar, yang turut sama dalam sidang media itu, berkata Pandikar Amin akan memberikan jawapan Isnin depan kerana sekarang berada di Sabah.

wan azizah resign permatang pauh by election for anwar 310708 07Permatang Pauh dianggap sebagai kerusi yang selamat berdasarkan kepada keputusan pilihanraya umum lalu, Wan Azizah menang besar dengan majroti 13,388.

Beliau mendapatkan 30,338 undi, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) dari Umno, Datuk Pirdaus Ismail yang memperolehi 16,950 undi.

Wan Azizah mewakili kerusi Permatang Pauh selama tiga penggal. Dalam pilihanraya 2004, beliau menang tipis dengan majoriti 590 undi, juga menewaskan Pirdaus.

Sebelum ini, beberapa kerusi yang disebut-sebut mahu ditandingi oleh Anwar termasuklah Kulim Bandar Baharu, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai dan Gombak.

Kerusi Bandar Tun Razak diwakili oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (juga wakil Ijok), Lembah Pantai (anaknya Nurul Izzah) dan Gombak pula diwakili oleh naib presiden PKR, Azmin Ali (juga wakil rakyat Bukit Antarabangsa).

Ditanya mengapa beliau yang mengosong kerusinya untuk Anwar, Azizah berkata sejak dahulu lalu beliau bersedia berbuat demikian.

bm version permatang pauh election results 310708Beliau juga berkata, keputusannya diambil setelah berbincang dengan keluarganya, dengan pemimpin PKR serta DAP dan PAS.

Katanya, beliau merasakan "inilah yang terbaik bagi Anwar sebab kawasan tersebut (mempunyai) majoriti yang selesa".

Wan Azizah menjadi wakil rakyat Permatang Pauh sejak 1999. Sebelum itu, kerusi itu diwakili oleh Anwar selama 17 tahun atas tiket BN.

Ditanya tindakan beliau meletakkan jawatan menyebabkan hilangnya seorang pemimpin wanita dalam Pakatan, Wan Azizah berkata:

"(Pemimpin wanita) yang lain akan datang. (Kehilangan) ini hanyalah untuk jangka masa yang pendek. Saya rasa, saya boleh menyumbang (tenaga) dalam bentuk yang lain."

Wan Azizah positif terhadap kemampuan suaminya menghadapi pilihanraya kecil akan datang walaupun sedar segala kekuatan pihak lawan akan ditumpukan ke kawasan parlimen itu.

"Saya mengalu-alukan segala pembangunan yang akan datang. Sudah dua penggal saya di sana, Tetapi kita mesti menghadapinya. Saya percaya rakyat di permatang Pauh lebih berminat pada Anwar. Anwar pernah (berkhidmat) di sana sebelum ini," katanya.

Reaksi Anwar

Anwar mewakili kerusi Parlimen Permatang Pauh sebagai wakil BN dari tahun 1982 sehinggalah beliau dipecat dari Umno pada September 1998, dan menjadi ahli Parlimen bebas sehingga dihukum penjara enam tahun keranatuduhan salahguna kuasa.

Sementara itu, Anwar pula berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada Wan Azizah.

"Selama ini Azizah telah memainkan tanggungjawab sebagai ahli parlimen dan ketua pembangkang yang cemerlang dan efektif," katanya, sambil menambah keputusan tersebut bukan mudah untuk diambil.

Anwar berkata, keputusan itu juga diambil dengan melihat juga kerusi Bandar Tun Razak dan Gombak.

Katanya, pemimpin-pemimpin PAS dan DAP telah menghubunginya dan menyokong penuh keputusannya bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

wan azizah resign permatang pauh by election for anwar 310708 06Menurutnya lagi, tokoh utama DAP Lim Kit Siang telah menghantar wakil parti itu iaitu ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai menghadiri sidang akhbar tersebut sebagai menyatakan sokongannya.

Manakala PAS pula, kata Anwar, tidak dapat menghantar wakil sebab mereka sedang bermesyuarat di pejabat agung parti tersebut.

Ditanya mengapa beliau tidak bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu, Anwar berkata, petisyen yang dikemukakan di situ akan mengambil masa yang panjang untuk selesai.

"Sebelum ini saya berhasrat bertanding di Kulim-Bandar Baharu, tetapi setelah melihat kerenah pentadbiran dan undang-undang, petisyen yang sedang berlangsung, kami tidak jangka akan selesai dalam masa terdekat," katanya.

Mengenai jawatan ketua pembangkang yang kosong selepas Wan Azizah melepaskan kerusi parlimennya, Anwar berkata, ia akan dimaklumkan minggu depan.

Beliau berkata, perkata itu akan dibincangkan dengan dua lagi parti dalam Pakatan.

Ditanya sama ada pilihan itu dibuat kerana Permatang Pauh merupakan kawasan yang paling selamat untuknya, secara berseloroh beliau berkata "semua kerusi agak selamat" untuknya.

Diminta memberikan ulasan jika bekas setiausaha politiknya Mohamad Ezam Mohd Nor bertanding atas tiket BN di kerusi parlimen itu, Anwar hanya menjawab: "Itu keputusan Umno."

Mohamad Ezam, bekas ketua Pemuda PKR, pernah menawarkan diri bertanding atas tiket BN untuk menentang Anwar di Bandar Tun Razak dan Kulim-Bandar Baharu.

Beliau berkata, sasarannnya untuk membentuk kerajaan baru pada 16 September depan seperti yang disebut-sebut beliau "masih seperti dijadualkan".

PAS,Dap Ikrar Bantu Anwar Di Permatang Pauh

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, right, and his wife Wan Azizah smile after a press conference at the People’s Justice Party’s headquarters in Petaling Jaya, near Kuala Lumpur, Malaysia, Thursday, July 31, 2008. Azizah said she has resigned her parliamentary seat to let Anwar contest a by-election.

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — PAS dan DAP menerima keputusan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding pada pilihan raya kecil di situ.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Anggota Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang berkata kedua-dua parti Pakatan Rakyat itu akan mengerahkan jentera parti masing-masing untuk memastikan kemenangan Anwar, yang juga Penasihat PKR.

Mereka mengakui telah dimaklumkan berhubung keputusan Dr Wan Azizah yang juga Ketua Pembangkang.

Dr Wan Azizah, 55, mengumumkan keputusannya pada persidangan akhbar di ibu pejabat PKR hari ini, yang turut dihadiri Anwar dan anaknya Nurul Izzah, Anggota Parlimen Lembah Pantai.

Ketua Penerangan PAS Pusat Mahfuz Omar menyifatkan keputusan yang dibuat oleh Dr Wan Azizah itu adalah sesuatu yang baik dan bijak.

“Saya difahamkan, keputusan yang beliau buat itu juga adalah bagi memenuhi janji yang dibuat pada pilihan raya lepas, untuk melepaskan jawatan sebagai Anggota Parlimen Permatang Pauh dan memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding.

“Kami anggota Pakatan Rakyat (PR) mengalu-alukan keputusan yang dibuat oleh Dr Wan Azizah itu.

Kami juga mengalu-alukan kemasukan kembali Anwar ke gelanggang politik khususnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil Permatang Pauh,” katanya kepada Bernama.

Berhubung kekosongan jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen, beliau berkata PR membincangkan sama ada kekosongan itu perlu diisi sebelum pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Mahfuz berkata Dr Wan Azizah telah menunjukkan ketokohan sebagai anggota Parlimen dan Ketua Pembangkang yang berwibawa.

Mahfuz, yang juga Anggota Parlimen Pokok Sena, yakin Anwar akan mendapat sokongan penduduk di Permatang Pauh.

“Kami berharap Anwar bukan sahaja akan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen, malah beliau juga akan menjadi Ketua Kerajaan,” katanya.

“Kami akan memberi sokongan penuh kepada Anwar untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh,” kata Kit Siang ketika dihubungi.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad ketika ditanya mengenai tindakan Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh, berkata: “Sesungguhnya…, itulah yang sebaik-baiknya dilakukan oleh seorang isteri penyayang.”

Dr Mahathir berkata demikian pada satu sidang akhbar di pejabatnya di Menara Berkembar Petronas di sini hari ini.

http://www.bernama.com.my


Click Here!

MB Perak pelawa Tajol sertai Pakatan Rakyat

IPOH, 1 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin mempelawa Pengerusi Umno Perak, Dato' Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali menyertai Pakatan Rakyat.

Iklan




Beliau membuat pelawaan itu sebagai respons balas kepada pelawaan Tajol Rosli yang mengajak Nizar menyertai kerajaan yang kononnya boleh dibina jika PAS dan Umno bekerjasama.

Tajol juga menawarkan kedudukan sebagai Menteri Besar kepada Nizar, sedangkan kata Nizar beliau telah menjawat jawatan itu bersama Pakatan Rakyat.

Namun, Nizar yang telah dilantik sebagai Menteri Besar sebaik sahaja Pakatan Rakyat memerintah Perak, menolak tawaran Tajol yang disifatkan sebagai 'senda gurau'.

"Terima kasih atas tawaran itu, saya juga nak buat tawaran kepada dia setelah PAS Pusat menolak tawaran kerjasama dengan Umno, sebagai Menteri ImageBesar eloklah saya buat tawaran kepada Tajol dan rakan-rakan untuk menyertai kami (Pakatan Rakyat)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak dekat sini petang Khamis, 31 Julai.

Terdahulu beliau telah bertemu dengan Mufti Kerajaan Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria selama sejam dan kemudian bertemu dengan kakitangan Jabatan Agama Islam Perak.

Turut serta dalam pertemuan dengan jabatan tersebut ialah, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Dato' Jamry Sury; Setiausaha Politik MB, Misbahul Munir Masduki dan Setiausaha Akhbar, Anuar Hashim.

Mengulas lanjut isu pelawaan tersebut, Nizar berkata, Tajol dan rakan-rakannya dari Umno dan Barisan Nasional boleh menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat.

Beliau juga berpendirian PAS Perak dari awal lagi menolak kerjasama dengan ImageUmno, sebaliknya konsisten akan terus bersama Pakatan Rakyat.

Malah kerajaan Pakatan Rakyat yang dibina di Perak telah diperkenan Sultan Perak selain mereka telah bersetia untuk terus bersama Pakatan Rakyat.

Sementara itu ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Norazli Musa pula menyatakan kerjasama antara Pakatan Rakyat di Perak semakin baik sejak isu muzakarah Umno-PAS dimanipulasi media.

Malah katanya, di peringkat pemuda kesemua parti dalam Pakatan Rakyat akan mengadakan 'road show' untuk menjelaskan pendirian mereka bersama pakatan.

Sebenarnya isu kerjasama Umno-PAS seolah tidak timbul di Perak kerana rakyat kini lebih yakin dengan pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat. Click Here!

Mesyuarat 5 jam PAS tolak kerajaan bersama Umno, BN

ABDUL Hadi Awang bercakap pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PAS, Kuala Lumpur hari ini (semalam).

KUALA LUMPUR-1 OGOS: PAS menolak sebarang usaha untuk mengadakan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan kerajaan campuran sama ada di peringkat pusat ataupun negeri.

Beliau berkata dengan keputusan itu, sebarang tawaran daripada UMNO untuk mewujudkan kerajaan bersama di semua peringkat terbabit tidak lagi berbangkit.

"Ingin saya tegaskan bahawa ini adalah keputusan yang kita capai dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sebentar tadi," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini pukul 3.30 petang tadi (semalam).

Selain itu, PAS turut memutuskan bahawa ia akan terus mengambil pendirian terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak sama ada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi atau individu demi kepentingan negara.

Malah, PAS mengulangi akan terus kekal bersama Pakatan Rakyat dan terus aktif untuk membuat perubahan kerajaan dan mengajak ahli-ahli Umno untuk menyertai PAS ataupun Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mesyuarat tertutup yang berlangsung selama lima jam, bermula pukul 10 pagi tadi turut dihadiri Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan.

Pertemuan hari ini membabitkan penyertaan anggota Majlis Syura yang menjelaskan pendirian dalam soal muzakarah dan muqabalah ekoran tiga pertemuan dengan pemimpin Umno termasuk Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Abdul Hadi yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa PAS pusat di Ibu pejabat parti itu di sini bagaimanapun berkata, parti itu akan terus terbuka untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan manamana pihak jika ia demi kepentingan negara dan ummah.

"PAS akan terus mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik, badan bukan kerajaan (NGO), agensi dan individu untuk kepentingan negara dan ummah, itu sememangnya sudah menjadi amalan kita," katanya.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin PAS di semua peringkat.

Sebelum ini, UMNO Perak menawarkan kepada Pas untuk bergabung bagi menubuhkan kerajaan negeri yang lebih kukuh.

Malah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali pernah menjamin kerusi jawatan Menteri Besar Perak kekal di tangan PAS jika cadangan perkongsian kuasa itu direalisasikan.

Sejurus selepas pilihan raya umum 8 Mac lalu, bekas Menteri Besar Selangor juga menawarkan strategi yang sama.

Ditanya pandangannya jika ada mana-mana anggota PAS yang bertindak mengadakan pertemuan dengan UMNO bagi membincangkan isu perkongsian kuasa itu, Abdul Hadi berkata, tidak ada mana-mana pihak daripada parti itu yang akan mengadakan pertemuan secara sulit, kerana sebarang pertemuan akan dimaklumkan kepada parti.

"Tidak ada sulit lagi, kita boleh adakan pertemuan dan pertemuan ini sudah pasti akan dimaklumkan kepada parti dan selama ini pun dimaklumkan kepada parti," katanya.

Abdul Hadi juga berkata, pada mesyuarat kali ini juga PAS mengulangi pendiriannya untuk kekal bersama Pakatan Rakyat sambil memainkan peranan yang lebih aktif dan positif selaras dengan perjuangan bersama.

"Ini termasuk perjuangan kita untuk membuat perubahan kerajaan dan kita mengajak ahli-ahli Parlimen UMNO supaya menyertai Pakatan Rakyat sama ada PAS ataupun Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk sama-sama menyokong dan mendukung perubahan yang kita perjuangkan ini," katanya.

Ditanya bagaimana PAS menghargai sokongan kaum lain terhadap parti itu, Abdul Hadi berkata, PAS mempunyai perancangan untuk golongan itu sebagai penghargaan terhadap sokongan mereka terhadap parti selama ini.

"Insya-Allah satu kemajuan akan dilakukan pada masa akan datang untuk memastikan peranan mereka lebih mendalam dalam arena politik bersama PAS," katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi ketika ditanya pandangan mengenai kes liwat membabitkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu itu perlu diselesaikan mengikut syariat Islam.

"Isu itu hendaklah diselesaikan mengikut syariat Islam dan saya merujuk kepada Perlembagaan 121a (1), iaitu kes berkait orang Islam hendaklah diselesaikan mengikut syariat Islam.

"Saya juga tidak mahu isu itu dipolitikkan," katanya.


AddThis Social Bookmark Button


Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising