Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, July 29, 2008

Muzakarah: Jangan lupa sokongan bukan Islam pada PAS

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Muzakarah atau Muqabalah demi umat Islam. Kedua-duanya belum reda dan masih menjadi isu hangat di kalangan rakyat khususnya ahli PAS dan kali ini AJK PAS Pusat, Hanipa Maidin melontarkan pandangan peribadinya untuk dikongsikan bersama.

Iklan




Beliau menjelaskan, Muzakarah Umno-PAS ini sedikit sebanyak menjejaskan keyakinan orang bukan Islam terhadap parti itu yang terkenal dengan slogan 'PAS For All' yang sesuai dengan sifat Islam yang universal.

Katanya, telah menjadi pengetahuan umum sokongan orang bukan Islam menentukan kemenangan Pakatan Rakyat dan menumbangkan Umno-BN dalam pilihan raya yang lalu walaupun media tajaan parti itu tidak henti- henti cuba melakarkan PAS sebagai parti yang melampau dan ekstrem.

"Walaupun terdapat pelbagai lakaran yang negatif, orang bukan Islam tetap menyokong PAS. Sokongan kaum India menyebabkan Dr Mariah Mahmood menjadi calon PAS yang menang di Kota Raja dengan manjoriti yang paling besar .

"Meskipun saya kalah di Tanjung Karang namun sokongan pengundi Cina dan India memihak kepada saya. Sokongan kaum non- muslim kepada PAS alhamdulillah berterusan selepas pilihan raya," katanya dalam blog peribadinya peguampas.blogspot.

Ada juga kaum India yang membubarkan cawangan MIC dan menubuhkan kelab penyokong PAS malah calon tajaan PAS di Ulu Tiram , Johor Kumutha meminta ahli PAS mendoakan agar beliau terus bersama kepimpinan Ulama PAS, kata Hanipa yang juga merupakan seorang peguam.

"Permintaan kaum bukan Islam untuk menubuhkan kelab penyokong PAS semakin hari semakin meningkat. Malahan ahli-ahli kelab penyokong PAS merayu ingin menjadi ahli PAS dan meminta PAS bertindak segera menerima mereka sebagai ahli.

"Malangnya semuanya ini kini mula bertukar sedikit demi sedikit apabila PAS terjebak sekali lagi dengan permainan licik Umno," katanya yang mahu isu politik ditangani secara fathonah ( bijaksana ) seperti yang dianjurkan Nabi Muhammad s.a.w.

Beliau yang melahirkan kebimbangan PAS mungkin sukar untuk dipercayai lain oleh mana-mana pihak khususnya golongan bukan Islam akibat daripada isu muzakarah tersebut.

"Orang bukan Islam mula bertanya adakah PAS telah mengkhianati sokongan mereka. Semasa pilihan raya lalu kami menolak politik perkauman Umno dan tertarik dengan mesej PAS iaitu 'PAS For All' yang sesuai dengan sifat Islam yang universal.

"Tapi, keluh orang bukan Islam, kenapakah PAS kini mula bercakap senada dengan Umno. Hanya beberapa bulan pilihan raya berlalu, kenapakah PAS bersedia merapati Umno semula. Umno yang semakin lemas kini cuba diselamatkan oleh PAS," katanya yang melontarkan pendapat peribadinya. Click Here!

'Apa pengisian TV, jika PAS memerintah hari ini?'

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Pengerusi Seniman Paksi Rakyat (Paksi) Dinsman menggesa supaya Harakah mengambil tanggungjawab untuk mendidik serta memberi kesedaran budaya dan kesenian kepada ahli-ahli PAS, pimpinan seterusnya orang awam.

Iklan




Ini kerana perkara tersebut semakin terpinggir di sebabkan Malaysia sentiasa menumpukan lebih kepada aspek ekonomi dan politik malah mensensasikan isu skandal dan fitmah lucah.

"Buka ruangan untuk televisyen. Buat komen tentang program yang disiarkan di TV sama ada muzik, nyayian, filem, wanita, hiburan,drama dan apa saja. Kita tidak boleh lari dari perkara itu.

"Mahu tak mahu kita mesti hadapi. Rakyat mesti dididik dan ditarbiyah supaya mereka faham dan dapat menghayati kesenian seperti yang dibenarkan Islam," katanya ketika membentangkan pandangannya di Seminar 'Harakah Dua Kali Seminggu' yang diadakan salah sebuah hotel dekat sini, semalam.

Turut hadir sebagai ahli panel ialah Pengarang Politik, The Sun Zainon Ahmad dan Pengarang Rencana Siasah, Haris Zalkapli manakala Pengarang Berita Tarmizi Mat Jam bertindak sebagai moderator dalam seminar tersebut.

Beliau turut mempersoalkan tindakan dan peranan PAS terhadap isu hiburan dan kesenian setelah diberi mandat memerintah Malaysia kelak.

"Jangan fikir nak haram itu dan ini. Itu kerja mudah. Tetapi fikirkan apa yang kita nak buat bagi menggantikan apa-apa yang diharamkan apabila sampai masanya," katanya yang mengupas polemik yang ditimbulkan oleh Pengarah Filem Nasir Jani pada tahun 2004.

Nasir dilaporkan telah mengemukakan soalan yang mengejutkan ramai pihak iaitu sekiranya PAS ditakdirkan menang pilihan raya dan membentuk kerajaan, apakah yang bakal diisikan oleh TV RTM dan kewajaran mengisi slot ceramah agama semata-mata?

"Bagaimana pula dengan stesen-stesen TV swasta? Apakah kita nak arahkan supaya ditutup?" kata Dinsman menambah persoalan Nasir itu.

Beliau mahu Harakah mengorak langkah dalam mendepani isu hiburan dan kesenian yang semakin kabur dan keliru di kalangan umat Islam khususnya melibatkan PAS. Ini termasuklah dalam kes melakonkan watak Nabi dan bermain alat muzik yang tidak diketahui dengan jelas nas dan hukumnnya yang menjadi perbahasan umum di kalangan pelbagai ulama berbeza pendapat.

"Bukan sahaja PAS katanya malah pimpinan KeADILan dan DAP juga kurang kesedaran budaya. Harakah mesti berperanan hal ini mendidik dan memberi kesedaran.

"Dalam isu ini saya memuji Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat yang memberi sokongan kepada kegiatan seni malah turut memberi sumbangan kewangan," katanya.

Walaupun Ustaz Nik Aziz mengharamkan menora, makyong dan wayang kulit namun beliau mempunyai kefahaman yang luas dari sudut kebudayaan sehingga berjaya memberi penjelasan kepada umum tanpa gagal dipergunakan oleh pihak Umno-Barisan Nasional (BN) yang mengkritiknya sebagi tidak faham budaya, kata Dinsman.

Dinsman juga menyarankan agar ulama menghargai perkembangan seni dan budaya tanah air termasuk muzik yang begitu berpengaruh sehingga menjadikan darah daging dalam kehidupan masyarakat negara ini.

Pimpinan PAS katanya harus mengadakan bermuqabalah dengan pimpinan ulama sebagai mencari jalan tengah membawa pendekatan untuk memilih dan meneliti seni budaya termasuk musik cara mana yang sesuai dengan aliran Islam.

Click Here!

Projek pembaziran Idris Jusoh, Pemuda PAS mahu BPR siasat

KUALA TERENGGANU, 29 Julai (Hrkh) - Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, Ustaz Azman Shapawi membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini, berhubung berita yang disiarkan dalam sebuah akhbar harian pada 26 Julai lalu.

Iklan




Beliau merujuk kenyataan Menteri Besar, Dato' Ahmad Said di dalam akhbar berkenaan yang berkata: Saya minta (BPR) jangan pilih tempat untuk siasat, pergi siasat Taman Tamadun Islam, pengurusan Kejohanan Perahu Layar Piala Monsun dan juga Pulau Duyong itu sendiri, itu sebenarnya lebih besar.

Untuk nota, semua projek terbabit adalah projek di zaman Dato' Seri Idris Jusoh menjadi Menteri Besar.

Ahmad Said menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Srikandi) kali ke-21 di kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu.

Sehubungan itu, Azman meminta pihak BPR membuat siasatan di atas semua perkara yang disebut dalam kenyataan menteri besar itu berkaitan Taman Tamadun Islam, Kejohanan Perahu Layar Piala Monsun dan Pulau Duyong yang dikatakan beliau sebagai "itu sebenarnya lebih besar".

"Saya pasti kenyataan YAB Menteri Besar Terengganu sudah tentu mempunyai asas yang kuat daripada maklumat yang beliau ada," katanya yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Pusat dalam laporan itu.

Beliau berharap pihak BPR dapat mengambil tindakan segera untuk menyiasat kes itu kerana perkara itu melibatkan kepentingan awam dan harta rakyat. Turut serta ialah timbalannya, Ustaz Ariffin Deraman. Click Here!

MB Terengganu 'sibuk' hal kereta mewah, lupa rakyat miskin

Adnan Ibrahim
Tue | Jul 29, 08 | 10:51:12 am MYT

Ternganga juga mulut penonton Buletin Utama siaran televisyen swasta apabila Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said begitu petah bercakap tentang kereta Mercedes E200 Kompressor dan memperlekeh Perdana V6 Executive.

Iklan




Terasa macam beliau bercakap di Litar Formula Satu di Sepang jika tidak diberitahu pembaca berita, bahawa beliau bercakap kepada wartawan sebelum mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan Terengganu di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Barangkali datang dari Terengganu dapat merasa henjutan minyak percuma daripada kompresor baru ke Kuala Lumpur dan boleh menjadi topik pertama dalam mesyuarat sebelum masuk lebih serius.

Selepas ini kalau rakyat mahu tahu bagaimana lasak kereta Mercedes boleh Exco Terengganu cadangkan mesyuarat akan datang diadakan di Genting Highland, Cameron Highland atau di tempat yang lebih jauh bagi Terengganu iaitu Perlis. Makin bertambah lebat cerita tentang Mercedes kerana modal bercakap makin banyak dan berisi.

Bagaimanapun rakyat tertanya, tidak berminatkah Exco Terengganu menaiki kapal terbang kalau ada program di luar Terengganu sehingga kereta Exco terpaksa jalan jauh? Atau barangkali jalan raya Terengganu perlukan kereta lasak?

Kabinet membuat keputusan Exco Terengganu tidak boleh menggunakan kereta tersebut tetapi apakah tindakan disiplin dikenakan kepada mereka terbabit yang melanggar arahan surat perkeliling membeli kereta Mercedes tersebut?

Menurut MB Terengganu, penelitian telah sudah dibuat sejak dua tahun lalu dan keputusan muktamad dibuat tiga bulan lalu. 14 kereta Mercedes itu telah digunakan sejak seminggu lalu.

Katanya, spesifikasi pembelian Mercedes menepati syarat surat perkeliling kementerian kewangan yang hanya membenarkan kerajaan negeri menggunakan kereta nasional atau kereta yang dipasang di Malaysia (CKD).

Menjawab pertanyaan wartawan dengan petah Ahmad menjawab: "Saya sayangkan duit kerajaan negeri saya buat macam ni. Saya nak jaga duit rakyat sebab itu nak kena buat."

Kalau kita beli kereta Mercedes RM240 ribu boleh tahan berapa tahun?" soal Ahmad kepada wartawan sambil menambah: "I pakai kereta 18 tahun.. Mercedes kerajaan sekarang. Tak ada masalah."

Bila ditanya keputusan Kabinet beliau berkata: "Kita dah beli (Mercedes) dah pun. Nak jual secondhand berapa ribu pulak� berebut orang nak beli..dah nak buat macam mana."

Ahmad juga menunjukkan kepakaran dalam bidang kereta katanya: "Proton kena terima (kritikan beliau) sebagai positif. Dia kena upgrade�Perdana V6 Executive dia tambah 10 inci daripada Perdana V6�spek lain tidak tambah..enjin, kotak gear.. itu masalah�itu yang rosak."

"Tanya semua menteri besar tapi dia tak berani cakap la� Saya tak nak hipokrit. Saya cakap benda benar. Saya ada rekod boleh tunjuk satu-satu," ujarnya lagi.

"Kalau salah, Kabinet tarik balik perkeliling. Cuma anggapan kita kalau Mercedes� mewah, mewah. Cuba cek Spanco (dimaksudkan kos penyelenggaraan).

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat juga ditanya wartawan tentang kereta rasmi tetapi dijawab tidak ada keperluan untuk tukar kereta manakala Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaludin pula berkata perbelanjaan penyelengaraan kereta rasmi kerajaan Perak tidak setinggi Terengganu malah peruntukan untuk penyelenggaraan kereta yang tidak digunakan boleh dibawa masuk ke perbelanjaan rakyat.

Mengenai kereta rasmi ini terdapat juga Exco terutama daripada Pakatan Rakyat duduk depan bersama pemandu. Bagi Exco wanita mereka lebih berakhlak duduk dibelakang sekiranya pemandunya lelaki.

Ahmad sepatutnya lebih petah dalam mengubah kemiskinan rakyat Terengganu kerana kedudukan kemiskinan Terengganu ditangga kedua selepas Sabah sedangkan negeri tersebut mempunyai pendapatan yang kedua tertinggi dalam negara.

Kenapa negeri berpendapatan kedua tertinggi tetapi rakyatnya miskin? Jawabnya kerana Terengganu bermenterikan mereka bercitakan kemewahan sehingga lupa bagaimana program, perancangan serta idea yang baik bagi meningkatkan taraf hidup rakyat.

Semasa Terengganu dibawah pemerintahan PAS pada 1999 kedudukan kemiskinan negeri itu telah dibaiki daripada tempat kedua iaitu dengan kadar 17.3 peratus kepada tempat ketiga (14 peratus)pada tahun 2001.

Pada awal 2004 percapaian itu dibaiki lagi ke paras keempat dengan kadar kemiskinan iaitu 10 peratus setelah membuat perubahan polisi sebaliknya negeri itu kembali miskin iaitu tempat kedua (15.4 peratus) setelah BN memerintah kembali pada pilihan raya umum 2004.

PAS mampu mengubah nasib kehidupan rakyat walaupun ketika itu wang royalti minyak ditarik balik oleh kerajaan Pusat.

Dengan jumlah isi rumah miskin tegar seramai 8,300, Terengganu kembali menduduki tangga kedua senarai negeri paling tinggi kadar kemiskinan. Perangkaan terakhir itu diperolehi daripada laporan Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri, Oktober 2006.

Dalam masa yang sama kos sara hidup di Terengganu adalah yang kedua tertinggi di negara ini sepertimana kata Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Dato' Adzlan Mohd Dagang.

Rakyat Terengganu masih belum lupa pembangunan Masjid Kristal yang menelan belanja lebih RM270 juta hanya sebagai perhiasan bukan bermanfaat untuk Islam ternyata salah daripada maksud sebenar mendirikan rumah Allah.

Penganjuran Pertandingan Kapal Layar Piala Monsun menghabiskan RM300 juta setahun. Sukan kapal layar itu hanya dipertandingan di kota mewah seperti Perth, Australia; Monaco, Itali dan lain-lain bandar maju cukup tidak sesuai dipertandingkan di Kuala Terengganu.

Penganjuran yang mengharapkan timbal balas kedatangan pelancong asing dan menguntungkan ekonomi negeri rupanya tidak kecapaian berikutan mereka lebih gemar tinggal di Singapura berbanding di Kuala Terengganu yang masih kekurangan hotel mewah dan prasarana bagi menarik minat mereka.

Harga sebuah kereta Perdana V6 Executive dianggarkan dalam lingkungan RM130,000 berbanding Mercedes RM245,000 yang dikatakan lebih murah daripada harga pasaran, namun banyak pihak mengecam tindakan kerajaan Terengganu itu kerana ia bertentangan dengan arahan kerajaan Pusat yang menyarankan semua pihak berjimat cermat.

Selain itu, menteri yang sepatutnya berperanan mempromosi dan membantu industri kereta nasional sebaliknya memperlekeh secara terbuka.

Sementara itu dilaporkan Badan Pencegah Rasuah (BPR)membuat siasatan mengesan kemungkinan berlaku penyelewengan dalam kos senggaraan Perdana V6 Executive yang mencecah RM175,229.97 sebuah sepanjang empat tahun lalu. Click Here!

Dah Main Belakang Kot

kickdefella | ....Selepas PRU12, bekas Ketua Bahagian ini bertemu Abdullah dan menyerunya supaya berundur. Abdullah sebaliknya berhujah selama 90 minit tanpa terlelap mempertahankan polisinya dan mengapa dia harus kekal sebagai Presiden UMNO.

Di penghujung 90 minit itu, Abdullah mendedahkan kepada bekas Ketua Bahagian tentang satu insiden yang akan berlaku pada Ogos 2008.

Bekas Ketua Bahagian yang tamak ini akhirnya menyedari dia akan bertambah-tambah senang jika dia menunggang Abdullah berbanding dengan Najib lalu, dia mencadangkan supaya PAS ditonggang untuk tujuan ini supaya tuduhan memecahbelahkan Malaysia kelak dihumban pada PAS.

Abdullah tersenyum mendengar cadangan itu lalu bekas Ketua Bahagian itu berkata Dah Main Belakang Kot? Dan mereka pun gelak sekuat-kuatnya mengenangkan apa yang akan berlaku.

Bagi mengangkat premis ini, Abdullah menggerakkan plotnya dengan mengumpan PAS didalam Muqabalah menerusi perjumpaan kedua di Parlimen dalam satu sessi orgi diluar aturan tabii yang dirahsiakan dari pengetahuan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO.

Pada waktu yang sama bekas Ketua Bahagian itu telah membocorkan kepada seorang broker politik Pakatan Rakyat bahawa Anwar Ibrahim akan didakwa pada Ogos 2008.

Pendedahan ini dibuat tanpa pengetahuan ana-anta tetapi diatur dengan rapi supaya ia akan sampai juga pada ana-anta sebelum pertemuan seterusnya.

Jelas sekarang, tujuan bekas Ketua Bahagian berbuat demikian adalah bagi meyakinkan ana-anta bahawa Pakatan Rakyat akan tumbang kerana Anwar Ibrahim akan kembali ke penjara.

Ana-anta yang telah diketahui umum begitu tidak berminat dengan Anwar Ibrahim tentu lebih yakin bahawa PAS perlu tinggalkan Pakatan sebelum Pakatan tumbang.

Maka apabila pertemuan seterusnya berlatarbelakangkan senario beberapa pengakuan bersumpah yang melontarkan pelbagai dakwaan terhadap Najib Razak, Abdullah menggunakan kesempatan itu menyakinkan ana-anta bahawa dia perlukan sokongan padu orang-orang Melayu untuk membersihkan kerajaan daripada segala kotoran.

Abdullah merayu sokongan ana-anta demi Melayu dan demi Islam supaya bersamanya untuk memberikannya kekuatan untuk bertindak. Umpan ini nampaknya semakin mengena sehinggalah ia terbocor kepada media dan sehinggalah Mursyidul Am PAS terhidu sesuatu yang tidak kena.

Sebenarnya Abdullah merancang untuk membunuh Najib Razak dan menutralkan Anwar Ibrahim dengan menggunakan PAS. Tetapi PAS tidak akan main belakang. PAS bukan parti main belakang. Yang main pintu belakang hanyalah ana-anta.

Yang kini sudah secara terbuka mengaku tidak mempercayai Anwar. Yang sehingga kini belum memohon maaf secara terbuka setelah di bangunan Parlimen menafikan ada perjumpaan diantara UMNO dan PAS.

Apakah Abdullah tahu bahawa Najib Razak sedang merancang sesuatu untuk mematikan Anwar Ibrahim, setelah Abdullah sendiri memberi talian hayat kepada Anwar selepas pilihanraya 2004? Lalu Abdullah bertindak bijak (sesuatu yang tidak dimilikinya) dengan menangguk di air yang dikeruhkan dengan pelbagai pendedahan Anwar dengan Najib?... selanjutnya. Click Here!

Mengapa DSAI Pilih Kulim

ciklee | Tak tahulah saya apa strategi politik Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih Kulim sebagai destinasi beliau sebagai tempat untuk beliau bertanding. Keputusan di mahkamah bagi petisyen Parlimen Bandar Baru Kulim belum lagi diputuskan. Dan perbicaraan juga masih berjalan.

Memang tak salah untuk DSAI memilih mana-mana tempat untuk bertanding. Rakyat juga menantikan kehadiran beliau di Parlimen Malaysia bagi mengetuai barisan rakyat. Namun pandangan peribadi saya, saya kurang bersetuju DSAI memilih Kulim sebagai destinasi beliau bertanding. Atas faktor-faktor berikut saya merasakan DSAI patut memilih Kelana Jaya atau tempat yang lain kerana :-

i) Prestasi Sdr. Zulkifli Nordin amat memberansangkan. Dengan menggunakan pendekatannya yang tersendiri, beliau dapat menarik perhatian media. Antaranya bermotosikal dan berbasikal ke Parlimen. Secara tidak langsung ia memberi nafas baru kepada suasana politik yang dicitakan rakyat di Malaysia.

ii) Pada saya, rakyat marhaen di Kulim lebih memerlukan Sdr. Zulkifli Nordin lebih daripada DSAI. Ini kerana, mereka lebih mengenali dan lebih rapat dengan Sdr. Zulkifli Nordin. Dengan status sebagai ketua pakatan rakyat nanti, Anwar tidak mungkin dapat bersama rakyat Kulim sebagaimana Sdr. Zulkifli Nordin. ... selanjutnya. Click Here!

Kereta Proton EXCO guna sport rim

TELITI: Kereta Proton Perdana Exco Terengganu yang ditahan BPR diperiksa di Kuala Terengganu, semalam.

Pihak BPR sedang meneliti kereta Proton perdana milik EXCO .... tengah intai casis number la tu ... Cuba korang perhatikan, adakah Kereta EXCO pakai sport rim? Macamana tak melambung kos senggara ..... Tak hairan kalau ada yang dah tukar enjin TURBO. Kereta biar laju, kerja biar perlahan.

[gambar di ambil dari BH]

Mongolian NGOs to lobby their Govt to review ties with Malaysia



Sloone | ....... Why do they need to cover their faces like that? Are you thinking what I am thinking?

The Mongolians are NOT giving Abdul Razak Baginda or Najib Tun Razak any chances. They have sent their delegate to the Asia-Pacific Forum on National Human Rights Institution, the meeting where SUHAKAM, our toothless tiger (even pussy cats got more teeth) got screwed.

As you know SUHAKAM may be downgraded by the International Coordinating Committee, if it doesn’t buck up, and that means, no more holiday trips to Geneva, where the UN Human Rights Council sits. Yahoo!

Anyway, the Mongolian women NGO network issued a statement to the delegates at the meeting in Kuala Lumpur. The network includes: Mongolian Human Rights NGOs, Network of Mongolian Child Rights NGOs and Network of Mongolian Women’s Rights NGOs, all based in Ulanbaataar. read more....

Anwar bertegas laporan portal bukti dakwaan bermotif politik

Mstar | ...Anwar mendakwa, beliau enggan memberikan sampel DNA sebab tahu perkara ini akan berlaku.

Semalam, portal berita Malaysia Today mendakwa polis telah menahan seorang doktor bagi membantu siasatan kes liwat membabitkan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Malah, portal berkenaan juga mendedahkan salinan laporan pemeriksaan doktor di sebuah pusat rawatan swasta di Kuala Lumpur, menjelaskan tiada kesan meliwat terhadap bekas pembantu kepada Anwar, Mohd Saiful.

Malah, semalam Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta polis turut memberi tumpuan terhadap dakwaan terbaru bahawa tiada unsur meliwat tehadap Mohd. Saiful.

Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai pula telah meminta Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican melihat perkembangan tersebut dengan memastikan aspek profesionalisme amalan perubatan dipatuhi.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat masih yakin dengan kandungan laporan perubatan pertama dan pasti tiada siapa yang akan mempertikaikannya.

Anwar juga berkata, beliau tidak pernah menemui doktor berkenaan dan Pusrawi juga mengesahkan laporan yang disiarkan portal berita semalam sebagai tulen dan benar.... selanjutnya.

SODOMY ALLEGATION BASELESS AND POLITICALLY MOTIVATED - Anwar

limboochang | At a press conference at PKR’s headquarters today, PKR’s de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim emphasised that the leaked medical report orived that the sodomy allegation against him was baseless and politically motivated.

He said, the whole thing was done with the purpose of thwarting his plan of taking-over the federal government.

He rightfully questioned why for the last four weeks, the police could have neglected such an important evidence in their investigation?

He further questioned if the police from the very beginning already knew the existence of it, then why should they insist to strip him naked for examination, to block and arrest him before he turned up at the appointed time for police questioning, as well as to have detained him for a night?... selanjutnya.

Stop the probe, Anwar tells cops

malaysiainisider | Datuk Seri Anwar Ibrahim today demanded that the police stop pursuing their investigation into the sodomy charges against him.

The de factor opposition leader told a press conference that the leakage of a hospital report yesterday made a mockery of the police report lodged by a former aide who had alleged that Anwar had sodomised him.

The hospital report, posted on a news portal, claimed that a private doctor found no evidence of Anwar's aide being sodomised.

Anwar said today the ongoing investigation was nothing by a deliberate and persistent attempt to incriminate him.

“How else can we fathom why the police during the last four weeks of investigation had overlook this critical piece of evidence,” he said.

He said his refusal to give a DNA sample has been vindicated in the light of the hospital report as the failure of the police to disclose everything had all but confirm their intention to frame him.

Edarkan Lapuran Perubatan Saiful

PKR edar laporan perubatan Saiful

malaysiakini | PKR mengedarkan laporan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menunjukkan tiada kesan pemuda itu diliwat.

Laporan sulit dua halaman daripada Hospital Pusrawi itu turut disertakan maklumat-maklumat tambahan yang menjelaskan beberapa istilah perubatan yang sukar difahami dan beberapa perkataan doktor itu yang tidak jelas.

Laporan itu diedarkan di sidang media Anwar di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya hari ini berhubung isu tersebut.

Beliau mempertikaikan siasatan polis terhadapnya susulan pendedahan laporan perubatan tersebut dan menganggap laporan polis Mohd Saiful sebagai usaha terancang pihak berkuasa.

no2umno - tunjuk pada rakyat semua bentuk fitnah BN yang sering di gunakan untuk jatuhkan pihak lawan. Biar hilang terus rasa hormat kepada mereka. Kita dah tak caya .....

Harga Minyak di Singapura turun lagi, kali kelima dalam masa 20 hari

http://www.saabhistory.com/blog/wp-content/uploads/2007/06/shell1.jpgtranungkite | HARGA minyak petrol turun lagi semalam, sebanyak 10 sen setiap liter - penurunan terbesar sejak Ogos 2003. Ini kali kelima harga minyak petrol turun dalam masa 20 hari.

Langkah semalam dimulakan Shell, yang kemudian diikuti Caltex, Singapore Petroleum Company (SPC) dan Mobil.

Dengan penurunan harga itu, harga minyak petrol sebelum ditolak diskaun di kedai minyak sekarang adalah $2.110 seliter bagi petrol oktana 98, $2.036 seliter bagi petrol oktana 95 dan $2.003 seliter bagi petrol oktana 92.

Harga minyak petrol premium sebelum ditolak diskaun pula adalah $2.239 seliter bagi Shell V-Power dan $2.236 seliter bagi Caltex Platinum.

Menurut para penganalisis, harga minyak petrol turun kebelakangan ini kerana kebimbangan tentang permintaan minyak semakin reda.

Harga minyak mentah mencecah paras AS$100 setong pada awal tahun ini, sebelum meningkat ke beberapa paras rekod akibat kebimbangan mengenai permintaan minyak yang terus bertambah ekoran ketegangan antara Barat dengan Iran mengenai program nuklear Teheran.

Ketidakstabilan di Nigeria, salah sebuah negara pengeluar minyak Afrika utama, turut menjadi faktor, kata para pengamat.... selanjutnya.

PUSRAWI MEDICAL REPORT: TERJEMAHAN LAIN

anakmalaysia81 | ...Terjemahan diberikan oleh pembaca bernama Ayor Lemujur:-

  1. Kependekan F/T bermaksud full time. Full time? Ok, meaningless.
  2. Tenesmus x1/52 bermaksud susah nak berak seminggu. Atau berak tak puas.
  3. Pain (di cross kan) not noticed any PR bleed - PR is for pathogenesis related - pathogenesis ialah permulaan jangkitan.
  4. Pain in the anus when passing motion (for a week).
  5. o (obvserved) blood in stool. "o" bukan no, sebab kalau no dah tentu ditulis "no" seperti line "not noticed blood.
  6. Pt (patient) was alleged assaulted by intruding tt (too tight) plane (?) into the anus7) willing to do report.
  7. Yg didakwa 0 (zero) active bleeding, 0 ulcer or puss seen dan 0 tear seen. tu bukan zero tapi "o" maksudnya observation. Kependekan untuk tiada ialah null, no, neg(ative) atau -/ve.
  8. Diagnosis: TRO Assault (sodomise)Rawatan: advise to go to the government hospital (plan to do police report)Ini bermaksud doktor mengesahkan Saiful telah diliwat dan menggesa Saiful memohon Temporary Restraining Order (TRO), dengan mendapat pemeriksaan di hospital kerajaan seterusnya membuat laporan polis.
  9. "Plane(?)" sebenarnya plastic. Kemungkinan (dari perkataan Saiful sendiri) bontotnya dicucuk alat seks (dildo) kerana orang mencocoknya mempunyai adik yang sudah tidak kuat keupayaannya.... selanjutnya.
Click Here!

Oh this is so funny

niamah | ....Barisan Nasional state governments are to launch community programmes to help people reduce their energy use and adopt other cost-saving habits. These include more use of public transport and developing edible home gardens......"

The prime minister gave this set of instructions to chief ministers and menteri's besar at a meeting yesterday. And guess what? This is really quite funny. The only guy who wasn't present at the meeting to hear Badawi's words was...........the mentri besar of......Terengganu!!!

It seems Ahmad Said is abroad performing the umrah!!! I wonder what sins he is seeking forgiveness for?

Anyway, after spending millions of tax-payers money on luxury cars for executive councillors these flers now tell US to change our lifestyles. Again! Plant vegetables. Use public transport. Cut back on use of electricity and water.

How many times you want us to change our lifestyle?... selanjutnya.

Click Here!

Agendadaily berubah nada

Gua tak pernah lihat berita sebegini adil di berikan oleh laman blog AGENDODAILY sebelum ini. Korang baca dan bandingkan dengan berita berita yang lepas ...



Anwar lega
TERBARU: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan laporan doktor Hospital Pusrawi yang menyebut tidak ada kesan liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan membuktikan tuduhan liwat yang dilemparkan kepadanya adalah tidak berasas dan bermotifkan politik. Ia juga membuktikan wujudnya konspirasi terhadap dirinya, kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, tengahari Selasa. Selain itu, bukti terbaru itu juga tambah beliau, memberikan kelegaan yang besar kepada dirinya. Anwar turut berkata, kenyataan bahawa siasatan polis dilakukan dengan profesional adalah satu momokkan kerana ia bercanggah dengan laporan doktor perubatan yang pertama ke atas Saiful Bukhari. Dengan sebab itu katanya, beliau enggan memberikan sampel DNA kerana tahu perkara ini akan berlaku. Mengulas lanjut, Anwar yakin dengan kesahihan kandungan laporan perubatan pertama (Hospital Pusrawi) dan pasti tiada siapa yang akan mempertikaikannya. Anwar juga berkata, beliau tidak pernah menemui doktor berkenaan dan Pusrawi juga mengesahkan laporan yang disiarkan portal berita hari Isnin adalah tulen dan benar. Dengan adanya laporan hospital Pusrawi itu, beliau mendesak agar siasatan ke atas dirinya berhubung dakwan liwat itu dihentikan.... selanjutnya.
Yang menarik ketika sidang akhbar tersebut, ada pihak wartawan yang bertanya tentang lapuran Agendadaily dan DS Anwar menjawab dia tidak layan lantas menyambung .... "Saya tahu siapa yang bayar" . Memang dalam maksudnya tu. Click Here!

Maka Tambang bas pun naik lah ......

BH | Mesyuarat Majlis Inflasi Negara meluluskan permohonan Persatuan Bas Seluruh Malaysia untuk menaikkan kadar tambang tetapi bukan kenaikan 100 peratus.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata kenaikan itu dibuat dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, katanya peratusan kadar kenaikan yang dibenarkan akan diumumkan kelak.

50 orang keluar UMNO, 17 cawangan bubar !!!

BH | Seramai 50 anggota Umno bahagian Jelutong hari ini mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan pembubaran 17 cawangan di bahagian itu, baru-baru ini.

Ahli Cawangan Kampung Paya, Ahmad Din yang mewakili kumpulan itu mendakwa tindakan Umno Pulau Pinang menutup cawangan itu dilakukan tanpa usul periksa.

“Kami kesal kerana mereka (Umno Pulau Pinang) menutup cawangan kami tanpa usul periksa dan Datuk Azhar Ibrahim (Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri) menipu pemberita mengatakan beliau telah menyiasat keanggotaan cawangan terbabit dengan menghantar surat kepada anggota cawangan,” dakwanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.... selanjutnya.

Click Here!

Jerlun: Abu Hassan dahului pencalonan

Jul 29, 08 12:54pm

(Malaysiakini) Timbalan Ketua Umno bahagian Umno, Jerlun Datuk Abu Hassan Sharif mendahului jumlah pencalonan untuk jawatan ketua Umno bahagian yang kini disandang oleh Datuk Abdul Rahman Ariffin.

Selepas 28 cawangan bermesyuarat sehingga ini, Abdu Hassan mendapat 17 pencalonan manakala Abdul Rahman mendapat 11 pencalonan.

Setiausaha Umno bahagian, Halim Hassan memberitahu Malaysiakini bahawa Jerlun mempunyai 155 cawangan.

Katanya, kebanyakan cawangan yang menyokong Abu Hassan adalah cawangan dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.

Abu Hassan adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan tersebut.

Katanya, 16 lagi cawangan akan bermesyuarat Jumaat dan Sabtu ini dan kedudukan pencalonan mungkin berubah.

"Kebanyakan 16 cawangan itu adalah di Ayer Hitam," kata Halim.

Peluang 50-50

Malaysiakini difahamkan, majoriti cawangan tersebut dijangka mencalonkan Abdul Rahman.

Halim berkata, cawangan-cawangan di bahagian Jerlun mula mangadakan bermesyuarat pada 17 Julai lalu.

Calon bagi jawatan ketua bahagian memerlukan 20 peratus daripada jumlah cawangan, timbalan ketua (15%), naib ketua (15%) dan ahli jawatankuasa (2 cawangan).

Ditanya mengenai peluang untuk Abdul Rahman mempertahankan jawatan tersebut, beliau menjawab:

"Saya menjangkakan kedua-dua calon mempunyai peluang 50-50 untuk memenangi jawatan ketua bahagian Jerlun," kata Halim

Setakat ini. 127 cawangan lagi di bahagian Jerlun belum mengadakan mesyuarat cawangan masing-masing, yang berakhir pada 24 Ogos depan. Click Here!

UPKO kesal Umno mahu Putatan

Jul 29, 08 2:18pm
Naib presiden UPKO Datuk Wences Angang mempertikaikan kenyataan timbalan ketua menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin yang menuntut kerusi parlimen Putatan milik parti itu diserahkan kepada Umno lapor Malaysiakini.

"Saya hairan dan kesal kenapa selepas pilihanraya masih ada pihak-pihak tertentu masih menuntut yang sudah dipersetujui sebelum pilihanraya," katanya.

"Kita harus mengakui bahawa kita hidup dalam berbilang kaum dan kita harus menghormati hak masing-masing."

Katanya lagi, BN seharusnya menumpukan perhatian kepada isu-isu pembangunan dan bukannya mempersoalkan hak parti komponen.

Kerusi parlimen itu dimenangi oleh Datuk Makin @ Marcus Majigoh daripada UPKO.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian mesyuarat agung tritahunan UPKO bahagian Membakut baru-baru ini.

Tambahnya, dalam kerjasama BN, sesebuah parti tidak akan dapat 100 peratus apa yang mereka mahu kerana parti itu mengamalkan perkongsian kuasa.

"Kalau kita mahu 100 peratus apa yang kita mahu dalam BN, maka kita bukan lagi berkongsi kuasa tetapi membolot kuasa," katanya.

Dasar bertolak-ansur, bermuafakat dan berkongsi kuasa antara kaum telah terbukti berjaya menyatupadukan semua kaum dan merupakan teras utama yang wajib dipertahankan, katanya. Click Here!

PKR edar laporan perubatan Saiful

Jul 29, 08 12:38pm
PKR mengedarkan laporan pemeriksaan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menunjukkan tiada kesan pemuda itu diliwat.

Laporan sulit dua halaman daripada Hospital Pusrawi itu turut disertakan maklumat-maklumat tambahan yang menjelaskan beberapa istilah perubatan yang sukar difahami dan beberapa perkataan doktor itu yang tidak jelas.

Laporan itu diedarkan di sidang media Anwar di ibu pejabat parti di Tropicana, Petaling Jaya hari ini berhubung isu tersebut.

Beliau mempertikaikan siasatan polis terhadapnya susulan pendedahan laporan perubatan tersebut dan menganggap laporan polis Mohd Saiful sebagai usaha terancang pihak berkuasa.

Laporan yang disahkan milik hospital swasta di Jalan Tun Razak itu mula beredar di internet sejak semalam. Click Here!

PM digesa adakan mesyuarat tergempar BN

Jul 29, 08 12:36pm
Pemuda Gerakan meminta Presiden Umno, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan isu penggabungan antara Umno dan PAS.

Pengerusinya, Datuk Mah Siew Keong berkata, pergerakan itu memandang berat cadangan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya PAS dan Umno bergabung.

"Penggabungan itu tidak seharusnya berlaku kerana ia tidak memberi kebaikan kepada rakyat dan akan menjejaskan keharmonian masyarakat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, kata beliau, Pemuda Gerakan telah mencadangkan dalam persidangannya Oktober lalu, supaya semua 14 parti komponen BN digabungkan.

Bagaimanapun, katanya, ia telah ditolak oleh banyak parti komponen BN atas alasan belum sampai masanya untuk berbuat demikian.,

"Oleh itu, saya menggesa Datuk Seri Abdullah supaya menimbang semula cadangan penggabungan 14 parti komponen BN, dan bukannya bergabung dengan PAS," katanya lagi.

"Penggabungan antara 14 parti komponen BN menjadi satu parti BN patut diterima sebagai satu langkah menyatupadukan masyarakat Malaysia.

"Sebuah parti yang menyatupadukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama akan merupakan satu langkah besar ke arah mewujudkan Bangsa Malaysia," kata Mah lagi.

Beliau berkata, keputusan pilihanraya umum lalu, menjadi bukti bahawa sudah sampai masanya ditubuhkan sebuah parti BN pelbagai kaum. Click Here!

Kelantan Perlu Jadi Contoh Bersih Rasuah, Kata Setiausaha Kerajaan Negeri

KOTA BAHARU, 29 Julai (Bernama) -- Kakitangan kerajaan di Kelantan perlu menjadi contoh kepada rakan sejawatan mereka di negeri-negeri lain dalam mengamalkan kerja beretika dan mengelak melakukan rasuah dan penyelewengan, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Aiseri Alis.

Teladan kerja yang baik dan amanah dapat melahirkan sebuah negara yang bersih dan stabil, katanya ketika berucap pada perasmian Seminar Pengukuhan Integriti kepada Anggota Perkhidmatan Awam (Penguatkuasaan) Kelantan di sini hari ini.

Seramai 500 kakitangan awam termasuk dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan agensi-agensi penguatkuasa yang lain menyertai seminar itu.

Aiseri berkata gejala rasuah berlaku bukan sahaja di sektor awam tetapi juga di sektor swasta yang banyak berurusan dengan orang awam. Click Here!

Polis Tidak Pernah Melengahkan Siasatan Kes Liwat Anwar

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Polis tidak pernah melengah-lengahkan siasatan berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak ia dilaporkan 28 Jun lalu dan sentiasa berusaha mencari maklumat terkini mengenainya, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini.

Katanya polis memberi keutamaan terhadap kes berprofil tinggi itu.

"Kita ingin selesaikan kes ini dengan segera. Pegawai yang menyiasat kes ini tidak putus asa mencari petunjuk baru. Polis sedang lakukan yang terbaik dan kami amat perlukan kerjasama daripada semua pihak," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam yang meminta pihak polis menyegerakan siasatan terhadap dakwaan kes liwat Anwar.

Polis juga sedang berusaha mendapatkan beberapa keterangan dan petunjuk penting dalam menyelesaikan kes itu, kata Ismail.

Ismail berkata sejak siasatan kes liwat terbabit dimulakan terdapat beberapa pihak yang cuba membuat spekulasi dan mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu perjalanan siasatan kes terbabit.

"Saya ingin memberi amaran kepada mana-mana pihak termasuk bloggers supaya tidak menggangu siasatan polis dengan menyiarkan bahan atau maklumat yang tidak sah.

"Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang sengaja ingin mengganggu siasatan polis. Biar polis yang buat kerja dengan teliti," katanya.

Pada 28 Jun lalu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, membuat laporan polis mendakwa Anwar yang merupakan bekas majikannya meliwatnya beberapa kali, termasuk kali terakhir di sebuah kondominium di Damansara dua hari sebelum laporan polis itu dibuat. Click Here!

Nik Aziz Minta Karpal Hormati Pendirian PAS Dalam Isu Muqabalah

GUA MUSANG, 29 Julai (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Pengerusi DAP Karpal Singh supaya menghormati hasrat PAS untuk mengadakan muqabalah dengan Umno.

"Karpal macam saya juga, usianya telah tua, dan kita hormati dia, maka dia pula perlu menghormati kita," katanya kepada pemberita di sini semalam ketika diminta mengulas kenyataan pemimpin DAP itu yang mahu supaya kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat dikaji semula kerana menganggap perbincangan PAS dengan Umno boleh menggugat perpaduan dalam pakatan itu yang turut melibatkan Parti Keadilan Rakyat.

Nik Aziz berkata Karpal sepatutnya memahami mengenai muqabalah yang merupakan perbincangan bersemuka antara PAS dan Umno kerana pengalaman politiknya yang lama dan untuk menjaga kepentingan bersama antara Pakatan Rakyat.

Beliau juga berkata isu muqabalah antara PAS dan Umno itu tidak akan diperjelaskan kepada Karpal kerana perkara itu pernah dibincangkan dengan pemimpin DAP itu sebelum ini.

"Saya tak nak komen, lagi pun dalam dua, tiga minggu dulu saya dah tutup fail menyentuh perkara itu yang membabitkan saya dengan Karpal," katanya. Click Here!

Nyahkan Teori Darwin Dari Sistem Pendidikan Negara

Bicara Presiden
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Sampailah masanya sistem pendidikan negara diubah kepada sistem pendidikan yang selamat dari sebarang fahaman yang merosakkan aqidah umat Islam serta selamat dari maklumat yang salah berhubung dengan sesuatu ilmu termasuk ilmu sains.

Dalam Kuliah Pagi Jumaat di Masjid Rusila, Marang 25 Julai lalu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah menyentuh dasar pendidikan negara yang masih mengajar maklumat salah berkenaan kejadian manusia.

Teori Darwin yang mendakwa alam ini bersifat semula jadi dan manusia berasal dari monyet merupakan satu pembohongan dan sepatutnya teori ini tidak digunapakai dalam sistem pendidikan negara hari ini.

Ini kerana apa pun prinsip amalan kenegaraan, maklumat yang tidak tepat tentang apa perkara, tidak seharusnya disogokkkan dalam pemikiran rakyat walau apa agama dan bangsa mereka sekalipun.

Bersama ini disedut kenyataan Tuan Guru Presiden dalam kuliah berkenaan seperti berikut;

“Al-Quran menyebut firman Allah yang bermaksud,

“Maka cubalah manusia itu melihat, daripada apa yang dia dijadikan. Dijadikannya daripada air yang terpancar (mani) yang keluar daripada Sulbi lelaki dan tulang dada perempuan.” (Surah at-Toriq :5-7)

Ayat ini menegaskan kejadian manusia daripada mani lelaki dan perempuan dengan perintah dan ciptaan dari Allah SWT.

Manusia kena sedar bahawa asal usulnya dijadikan oleh Allah Ta’ala bukan terjadi dengan sendirinya. Bukan juga ibu bapanya yang menjadikannya. Sesungguhnya Tuhanlah yang menjadikan mereka.

Mereka mestilah sedar bahawa sebenarnya ada Tuhan yang mencipta mereka dan alam ini. Tuhan yang mengadakan manusia daripada benih-benih yang ditetapkan.

Adapun Teori Darwin (seorang Yahudi yang sepatutnya percaya kepada kitab Allah tetapi kafir dengan agamanya sendiri) mengatakan kejadian manusia adalah mengikut proses alam. Teori evolusi, teori yang menjelaskan bahawa sesuatu benda dialam ini berubah-rubah secara beransur-ansur.

Darwin mendakwa alam ini bermula daripada wap kemudian menjadi air lalu membeku kemudian bertukar menjadi tanah.

Tanah pula dakwanya, mempunyai unsur-unsur tertentu seperti jika barang lama, ia berubah menjadi lumut dan ada yang berulat. Selepas itu bertukar menjadi monyet dan lama kelamaan monyet bertukar menjadi manusia.

Menurut dakwaan Darwin seolah-olah tidak ada tuhan yang menjadikan alam ini. Ini semua adalah karut. Pada hal monyet adalah monyet, tidak akan berubah menjadi benda yang lain, begitu juga gajah dan seumpamanya termasuk manusia.

Baru-baru ini seorang ahli sains dari Barat sendiri yang membuat kajian untuk menolak teori Darwin ini melalui ‘Deoxyribonucleic acid’ (DNA), iaitulah bahan yang ada dalam setiap diri manusia yang berupa benih (genetik) yang berhubung di antara satu sama lain.

Ahli sains berkenaan membuat kajian bagi mengetahui masalah kejadian manusia berasaskan kepada kitab-kitab Taurat, Injil dan al-Quran sendiri.

Beliau dapati kitab-kitab berkenaan sama sahaja menyebut tentang kejadian manusia semuanya menyatakan bahawa manusia daripada tanah, air mani dan Adam a.s.

Ahli sains berkenaan membuat kajian dengan mengambil contoh (sample) DNA bangsa-bangsa di seluruh dunia termasuk bangsa Eropah, Arab, Asia termasuk bangsa Mongol, didapati setiap contoh DNA ini mempunyai unsur-unsur persamaan ganetik dan ada juga unsur-unsur kelainannya.

Ahli sains berkenaan menjelajah dari satu negara ke satu negara yang lain akhirnya ringkas cerita beliau pergi ke Magadaskar (Magadascar), sebuah pulau yang terletak di pinggir timur laut Afrika.

Ahli sains berkenaan menemui seorang penduduk di pulau itu yang mempunyai banyak bahan-bahan genetik lebih dari orang yang lain.

Bahan-bahan benih yang ada pada bangsa-bangsa lain terdapat pada DNA penduduk tersebut.

Dalam kajiannya mendapati penduduk Magadaskar itu keturunannya berasal dari penduduk sebuah perkampungan di Hulu Sungai Nil, Afrika.

Diperkampungan tersebut terdapat satu kumpulan orang asli yang dilihat mereka mempunyai alat-alat buruan, menangkap ikan, pakaian yang lebih cantik dan lebih baik berlainan dengan orang-orang asli tempat lain.

Sementara bahasa orang asli ini mempunyai huruf yang banyak jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain yang ada di dalam dunia.

Al-Quran menjelaskan bahawa Adam a.s. dihalau oleh Allah daripada syurga sementara hadis Nabi s.a.w. mengatakan bahawa hulu sungai Nil berada di syurga.

Ini semua adalah kajian yang dibuat oleh saintis bukan Islam untuk mempastikan bahawa apa yang dinyatakan oleh kitab-kitab zaman dahulu termasuk al-Quran benar dan tepat mengikut kajian sains moden.

Kajian ini dibuat dengan menggunakan peralatan moden bukan peralatan kuno.

Sekaligus dengan ini menjelaskan bahawa teori Darwin adalah bohong dan karut semata-mata.

Buku-buku sains yang berasaskan teori Darwin ini banyak diajar di sekolah-sekolah di seluruh dunia termasuk di negara Malaysia.

Teori sesat ini diajar melalui Pertubuhan Pendidikan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco), diajar ilmu karut ini kepada anak-anak orang Islam.

Kita melihat bagaimana teori Darwin memaparkan evolusi kejadian manusia daripada monyet yang mengalami perubahan kononnya berjuta-juta tahun lamanya, sehingga membentuk manusia sempurna seperti sekarang.

Ini adalah teori sesat yang menyimpang dari kitab Allah yang diturunkan kepada nabi-nabi termasuk al-Quran, Taurat dan Injil.

Sekarang barulah saintis moden mengaku dan beberapa saintis barat memeluk Islam selepas menerima hidayat antar lain berpunca dari kajian saintifik dibuat berteraskan ajaran kitab-kitab ‘Samawiyy’ khususnya al-Quran. Cuma media tidak menyiarkan berita berkait dengan Islamnya saintis-saintis moden berkenaan.

Menandakan bahawa Islam memberi maklumat yang betul tentang asal usul kejadian manusia dan lain-lain."

(Akan disiarkan dalam Harakah terbiatan 25 Ogos ini di ruangan Bicara Presiden) Click Here!

Jailani Jabar dan Hydrofuel?



Aku cuba mencari sebarang info tentang Dr Jailani Jabar yang menghadapi 106 pertuduhan berkaitan dengan money laundry. Dia di tuduh menerima deposit sebanyak RM222 juta secara haram. Tetapi apabila pihak mahkamah meletakkan jaminan sebanyak RM1 juta dan isterinya RM500 ribu, namun gagal di bayar. Klik berita ini untuk penjelasan .... Pasangan Mengaku Tak Bersalah Terima Deposit RM222 Juta Secara Haram

dan Pasangan suami isteri dituduh lakukan pengubahan wang haram RM170 juta

Apa yang di perolehi adalah ini ..... KLIK

Click Here!

Umno ada unsur Islam, tidak perlu dibubar kerana PAS - Adnan mansor

http://www.jahilgoblog.net/gambaq/main.php?g2_view=core.DownloadItem&g2_itemId=5502&g2_serialNumber=2

MStar | Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, cadangan pembubaran Umno dan PAS untuk bergabung menjadi satu parti berteraskan Islam adalah tidak perlu.

“Tidak perlu gabungan. Umno sebagai sebuah parti politik Melayu juga sememangnya berteraskan Islam,” katanya ketika dihubungi mStar Online.


Bagaimanapun beliau mengakui bahawa Umno dan PAS boleh bekerjasama dalam banyak perkara melalui perbincangan terutamanya bagi menanggani masalah orang Melayu dan Islam.

“Tidak semestinya kita bergabung, tanpa penggabungan juga kita boleh berbincang dan buat keputusan,” katanya.

Adnan turut mengakui bahawa beliau sendiri pernah mengadakan pertemuan peringkat individu dengan pemimpin PAS untuk berbincang mengenai masalah orang Melayu.

Tambah beliau penggabungan antara Umno dan PAS akan mewujudkan lebih banyak masalah kerana kedua-dua parti mempunyai prinsip-prinsip perjuangan yang berbeza.... selanjutnya.

Click Here!

BENARKAH PAS BERI AMARAN PADA DAP?

tranungkite | ...Nampaknya sehingga ke hari ini, jelas UMNO telah berjaya memerangkap dan menggunakan PAS untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR). Memang diseluruh dunia, Parti Islamlah yang paling senang dianiayai dan tidak keterlaluan jika saya menggunakan istilah 'diperdayakan' oleh parti sekular. Yang mutakhir ialah di Palestin di mana HAMAS diperdayakan oleh FATAH. Begitu juga di Mesir di mana Ikhwanul Muslimin di perdayakan oleh Gamal Abdul Naseer.

Sifat pemimpin gerakan Islam yang naif, berbaik sangka, tawadhuk, tasammuh dan mesra pelanggan memang mudah dieksploitasi oleh musuh. Bukan sahaja pemimpin malah ahli-ahli PAS juga bersifat demikian. Dalam jamaah Islam termasuk PAS, memang ada segelintir dari kalangan ahli yang cuba mempamerkan sifat 'low profile' dan beralah dengan musuh kononnya sebagai taktik atau pendekatan untuk mendekati dan melembutkan hati musuh atau 'mad'u'.

Golongan ini memang 'gullible'. Kami kerap menyatakan bahawa dalam PAS kalau ada individu yang pandai bercakap sedikit, atau selebriti, maka pantaslah ia menjadi pemimpin. Kalau Siti Norhaliza atau Mawi masuk PAS, kami yakin, dalam masa setahun, mereka akan jadi pemimpin dalam PAS. Ini terbukti dengan senario di Kelantan dan di negeri-negeri lain bilamana ada pemimpin UMNO yang masuk PAS, lalu mereka dilantik sebagai senator dan ADUN atau MP. Mereka yang veteran dalam PAS dipencilkan seolah-olah veteran ini tidak layak untuk jadi senator atau ADUN atau MP.

Terdapat juga golongan yang tegas dan tidak mahu berkompromi dengan musuh dan mengambil sikap musuh tidak boleh dipercayai. Tetapi golongan yang kedua ini selalunya dipencil dan diperapkan dalam balang kerana lazimnya mereka dianggap sebagai tidak berilmu dan ekstrim.... selanjutnya. Click Here!

Susulan liwat Anwar, polis nafi tahan doktor bantu siasatan

Mstar | Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini menafikan polis menahan seorang doktor bagi membantu siasatan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata beliau, dakwaan seperti yang dilaporkan oleh portal Malaysia Today adalah tidak berasas kerana doktor lelaki itu hanya dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Portal itu juga menyiarkan salinan laporan pemeriksaan doktor sebuah pusat perubahan swasta yang mendakwa tiada kesan liwat.

"Laporan itu adalah tidak berasas. Kita hanya mengambil keterangan mengikut prosedur biasa, tidak timbul isu tahantahan seperti yang dilaporkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, doktor lelaki tersebut antara 18 saksi yang sudah dipanggil untuk direkodkan keterangan sebelum ini.... selanjutnya. Click Here!

Selepas UMNO kalah, baru nak bergabung

MStar | Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, tawaran itu adalah bagi menyahut saranan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

"Umno Perak mahu memulakannya dengan langkah pertama ke arah penggabungan. Ini langkah awal elak perpecahan Melayu dan bagi mewujudkan kestabilan politik serta sebuah kerajaan negeri Perak yang lebih kukuh," katanya kepada pemberita di pejabat Umno Perak di sini.

Bagaimanapun Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS dengan tegas menolak cadangan yang dikemukakan oleh Tajol itu.

“Pada PAS, kami akan bersama Pakatan Rakyat buat selama-lamanya. Kami tidak akan berpasangan dengan mereka (Umno). Kami adalah Pakatan Rakyat, komposisi PAS, DAP dan PKR," kata beliau pada sidang di sini.... selanjutnya. Click Here!

Tiada bukti Saiful diliwat: PKR tunggu reaksi polis

siasahdaily | ... Pengarah Strategik PKR, Saifudin Nasution Ismail berkata, laporan dari Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) mengesahkan tidak ada sebarang kejadian sodomi berlaku ke atas Saiful.

"Kami juga mendapat pengesahan secara mulut dari Hospital kerajaan yang membuat pemeriksaan kedua selepas Pusrawi, bahawa pemeriksaan mereka juga mendapat hasil yang sama iaitu tidak ada tanda-tanda sodomi berlaku ke atas Saiful," kata Saifudin kepada Siasah.

Menurut laporan pemeriksaan itu, Pusrawi mengesahkan, tidak ada tanda-tanda kejadian sodomi berlaku ke atas Saiful iaitu "tiada pendarahan aktif, tiada parut, tiada luka dan tiada nanah." selepas pemeriksaan dibuat ke atas bahagian sulit Saiful.

Pemeriksaan itu dilakukan oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid terhadap Saiful pada 28 Jun sebelum Saiful membuat laporan polis. (lihat laporan bertulis di bawah)

Untuk mengesahkan pemeriksaan itu, Saiful diminta membuat pemeriksaan yang sama di hospital kerajaan.... selanjutnya. Click Here!

Press Conference by President of Malaysian Bar on Saiful's Medical Report

Ambiga Sreenevasandamianslyeo | ...Very troubling reports have been published, which reveal the existence of a medical report of an examination done by a doctor on Mohd Saiful Bukhari bin Azlan a few hours before Saiful lodged a police report that he had been sodomised. The medical report apparently shows that there is no evidence that he had been sodomised by anyone.

Such reports raise some very serious questions that require immediate answers:

(1) Are the police in possession of such a medical report?

(2) Was the doctor concerned interviewed by the police and was he detained for any length of time?

(3) Is the doctor concerned facing any form of intimidation and if so, by whom?

(4) Is there a medical report by another doctor that either confirms or contradicts the first medical report?
(5) If it is true that the medical report exists showing a lack of prima facie evidence, what then could have been the justification for the vigorous actions taken against Datuk Seri Anwar Ibrahim as well as the public call by the authorities for his DNA sample?... selanjutnya. Click Here!

PAS-Umno: Amaran Azizan kepada DAP

Jul 28, 08 9:55pm
Menteri besar Kedah memberi amaran kepada DAP berhubung sikap rakannya itu dalam Pakatan Rakyat yang menghendaki keanggotaan parti Islam dinilai semula susulan berunding dengan Umno, lapor Malaysiakini.

Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata PAS tidak akan mengikut telunjuk pihak lain dalam perjuangannya dan DAP "tiada hak menghalang atau menentukan tindak-tanduk PAS", lapor Bernama.

"PAS, DAP dan PKR hanya bekerjasama sebagai satu Pakatan Rakyat untuk menghadapi BN dalam pilihanraya lepas, bukan gabungan macam BN," katanya.

"Malaysia adalah negara bebas dan mengapa kita mesti mengikut telunjuk orang," katanya, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, mengulas kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh semalam.

Azizan berkata Karpal tidak berhak mempertikai tindakan PAS atau meminta parti itu merujuk DAP atau Pakatan jika ingin berbincang dengan Umno.

"Karpal sendiri pernah menyatakan langkah mayat dia dulu kalau mahu Pakatan Rakyat berunding dengan Umno. PAS sudah melaksanakannya. Sekarang terpulang kepada dia (Karpal untuk tindakan lanjut)," Azizan sebagai berkata.

Tambahnya, PAS menyambut baik usaha perdana menteri dan juga presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk bermuzakarah kerana PAS telah lama berharap usaha murni itu menjadi kenyataan.

"Cerita PAS mengajak Umno bermuzakarah bukan baru, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan oleh parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Menurut agensi berita itu lagi, menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan perbezaan PAS dan DAP itu sebagai "masalah politik yang biasa" dalam setiap parti politik.

Beliau, yang juga ketua perhubungan PKR, berkata pergeseran dan perbezaan pendapat bukan sahaja berlaku dalam Pakatan tetapi juga wujud antara komponen-komponen BN.

"Masalah politik ini adalah masalah biasa, dalam Umno pun ada masalah politik, dalam Pakatan Rakyat pun ada perbezaan pendapat tetapi akhirnya tujuan mereka jalankan usaha politik ialah untuk kebajikan rakyat.

"Kalau tidak, buat apa mereka masuk politik," katanya, seperti dilaporkan.

Ditanya sama ada beliau berpendapat tindakan PAS mengadakan pertemuan dengan Umno itu bukan satu kesalahan, Abdul Khalid menjawab:

"Tak ada, ini politik... saya rasa ia (PAS) akan cuba nilai keadaannya tetapi bagaimanapun kepimpinan PAS, PKR dan DAP menyatakan bahawa Pakatan Rakyat adalah mantap." Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising