Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, July 28, 2008

28
Jul

Rakaman Ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Stadium Jugra, Kuala Langat.

27
Jul

Umno Gagal Gugat Pakatan Rakyat


DSAI di Bandar Tun Razak2DSAI di Bandar Tun RazakDSAI di JitraDSAI di KulimDSAI di Kulim2

Laporan perubatan tiada kesan liwat atas Saiful ada niat jahat

28-07-2008 07:45:26 PM
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latif ketika dihubungi menyifatkan, laporan Malaysiakini yang mendakwa ada laporan perubatan tiada kesan liwat ke atas Saiful berniat jahat bagi memberi gambaran tidak berlakunya perbuatan liwat, MStar Online melaporkan.

“Laporan ini mempunyai unsur mala fide. Apa juga bentuk laporan sama ada kesan calar ada atau tidak, tiada siapa boleh buat kesimpulan liwat tidak berlaku selagi perkara berkenaan tidak dibicarakan di mahkamah,” katanya.

Lagi pun jelasnya, prosedur pemeriksaan juga mestilah mengikut prosedur siasatan sekiranya ia melibatkan aduan jenayah.

Menurut Dr Latif, jika benar ada laporan doktor mengenai isu liwat berkenaan disebarkan, Saiful sebagai pesakit boleh membuat aduan kepada Majlis Perubatan Malaysia.

"Jika benar, doktor berkenaan boleh disabitkan kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perubatan 1971. Ini kerana katanya, doktor mempunyai sumpah kerahsiaan dengan pesakit," jelasnya lagi.

Tambah beliau, mengikut etika tiada doktor boleh mendedahkan laporan pesakit kecuali laporan berkenaan mempunyai kaitan dengan siasatan jenayah dan dibawa ke mahkamah.

Katanya lagi, beliau berkata, jika laporan pesakit segaja didedahkan "itu adalah di luar tabie."

Sebelum ini, laman berita Malaysiakini dalam laporannya hari ini mendakwa telah memperolehi laporan dua muka surat oleh seorang doktor yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan yang menyatakan tidak terdapat kesan liwat seperti yang didakwa.

Laporan hospital Pusrawi itu yang dikatakan telah tersebar luas memetik laporan seorang doktor, Mohd Osman Abdul Hamid yang melakukan pemeriksaan ke atas Saiful yang dikatakan telah pergi ke hospital itu terlebih dahulu sebelum menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sebelum ini, Saiful dalam laporan polisnya mendakwa telah diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun, sumber terdekat dengan rapat dengan Saiful Bukhari mempertikaikan kesahihan dokumen yang dikatakan sebagai laporan perubatan yang menyebut tiada kesan liwat terhadap Saiful.

Kata sumber itu, berdasarkan kertas yang diedarkan itu, itu bukan laporan perubatan sebaliknya hanya berupa catatan.

"Jika ia laporan perubatan, ia mestilah dalam format tertentu yang ditetapkan dan ada prosedur tertentu yang mesti dipenuhi oleh seorang doktor sebelum laporan berkenaan boleh diterima dan dibentangkan di mahkamah," kata sumber itu. Klick Here!

PAS Terengganu sokong BPR siasat kereta rasmi bekas MB

BESUT, 28 Julai (Hrkh) - PAS Terengganu mengalu-alukan tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) menyiasat pembaziran wang rakyat semata-mata bagi membaiki kereta Proton Perdana Eksekutif kegunaan bekas Menteri Besar, Dato' Idris Jusoh dan anggota Exconya penggal lalu.

Iklan

Bendahari Badan Perhubungannya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, kos pembaikian kereta tersebut terlalu tinggi sehingga melebihi RM170,000 bagi kereta rasmi Menteri Besar yang jelas tidak munasabah.

"Terlalu banyak duit rakyat digunakan semata-mata bagi membaiki kereta rasmi bekas Menteri Besar dan Exconya. Ini merupakan satu pembaziran.

"Tindakan BPR menyiasat perkara itu amat patut sekali kerana kemungkinan berlaku penyelewengan wang rakyat dalam kes tersebut," katanya pada satu ceramah di Kampung Kubang Bemban dekat sini, baru-baru ini.

Sebelum ini Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said dilaporkan berkata, kerajaan negeri membeli 14 Mercedes Benz E200 Kompressor yang bernilai RM3.43 juta bagi menggantikan Proton Perdana Eksekutif untuk menjimatkan kos penyelenggaraan.

Ini kerana kos penyelenggaraan Perdana V6 Eksekutif lebih RM1.07 juta bagi tempoh 2004 hingga 2008.

Abdul Wahid yang juga Adun Wakaf Mempelan turut mengingatkan Menteri Besar Terengganu yang baru tidak mengikut jejak langkah Idris.

"Lepas Datuk Ahmad mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, saya berjumpa dengannya bagi mengingatkan supaya tidak mengikut jejak langkah Idris yang banyak menyusahkan rakyat dan pihak istana," katanya.

Beliau berkata, semasa mentadbir Terengganu Idris banyak membazirkan wang rakyat dengan melaksanakan projek antaranya membina Masjid Kristal dan benteng pemecah ombak di Kuala Terengganu yang mana perbelanjaannya berkali ganda berbanding harga asal.

Beliau mendakwa kos awal membina benteng pemecah ombak hanya RM50 juta tetapi meningkat kepada RM520 juta.

Malah katanya, bekas Menteri Besar menggunakan wang rakyat bagi membesarkan Lapangan Terbang Sultan Mahmud sedangkan tanggungjawab tersebut di bawah bidang kerajaan Persekutuan.

Beliau juga berkata, biar pun PAS Besut gagal memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya umum lalu, namun kegagalan Idris dilantik semula sebagai Menteri Besar merupakan satu kejayaan bagi PAS.

Klick Here!

Aziz masih minat bertanding di Kulim

Jul 28, 08 6:27pm
Calon BN kerusi perlimen Kulim-Bandar Baharu dalam pilihanraya umum lalu Datuk Aziz Sheikh Fadzir berminat bertanding sekali lagi dalam pilihanraya kecil kelak jika berpeluang.

Bagaimanapun, katanya, biar Umno yang menentukan calon BN di kawasan tersebut selepas Mahkamah Pilihanraya mengisytiharkan kemenangan PKR dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu sebagai tidak sah.

"Sama ada saya atau orang lain termasuk Mohamad Ezam Mohd Noor akan bertanding di situ, ia merupakan satu spekulasi... masih terlalu awal untuk bercakap mengenai calon.

"Tetapi peluang BN kali ini lebih baik daripada yang dialami dalam pilihanraya lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pilihanraya umum lalu, Abdul Aziz kalah kepada Zulkifli Noordin dengan majoriti 5,583 undi – beliau mendapat 16,672 undi, manakala pencabarnya itu memperolehi 22,255.

Kulim-Bandar Baharu mempunyai 67.93% pemilih Melayu, 21.13% Cina dan 11.48% India daripada jumlah keseluruhan 51,444 orang.

Abdul Aziz menambah, selepas empat bulan Pakatan Rakyat memerintah empat negeri, termasuk Kedah, rakyat mula membuat perbandingan antara kerajaan gabungan pembangkang itu dengan BN.

"Saya mendapat maklum balas bahawa ramai yang menyesal kerana mengundi Pakatan dalam pilihanraya umum lalu.

"Ini kerana kerajaan Pakatan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak tidak melakukan apa-apa untuk membantu rakyat di negeri berkenaan," katanya lagi.

Sementara itu, pengerusi perhubungan PKR Kedah, Johari Abdul ketika dihubungi berkata, Anwar tidak gentar menentang sesiapa sahaja dalam pilihanraya kecil nanti.

"Sama ada Mohamad Ezam atau sesiapa, ia bukan persoalan yang besar bagi Anwar dan PKR," katanya.

Johari berkata, memandangkan sokongan semasa, peluang bekas timbalan perdana menteri itu untuk menang amat cerah.

Katanya, isu dakwaan liwat yang sedang dikaitkan dengan Anwar kini sama sekali tidak akan menyekat sokongan rakyat kepada beliau.

"Ini kerana rakyat lebih melihat kepada isu-isu seperti kenaikan harga barangan dan harga minyak dan bukannya isu yang karut-marut itu," katanya.

Johari berkata, PKR bahagian dan negeri telah bersiap sedia bagi menghadapi pilihnaraya kecil berkenaan.

Katanya, komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP sudah setuju untuk memberikan sokongan kepada Anwar jika beliau bertanding di Kulim-Bandar Baharu.

Beliau berkata, inilah masanya untuk Anwar bertanding bagi menguji sokongan rakyat sama ada rakyat terhadapnya. Klick Here!

Ada pemimpin sorok info PAS-Umno

Jul 28, 08 5:35pm

PAS bulan lalu menafikan wujudnya rundingan PAS-Umno kerana mereka yang terlibat dalam pertemuan sulit itu tidak memaklumkan kepada jawatankuasa pusat parti itu, kata ketua penerangannya Mahfuz Omar hari ini.

"Ia (penafian) adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS," katanya dalam satu surat terbuka memohon maaf kepada ahli dan penyokong parti itu.

"Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno."

Hasil maklumat yang tidak lengkap itu, PAS mengarahkan Mahfuz mengeluarkan kenyataan menafikan pertemuan dua parti itu pada 10 Jun.

Dalam kenyataan panjang lapan perenggan, Mahfuz memohon maaf selepas dianggap "membohongi" ahli dan penyokong PAS sehingga menerima kritikan banyak pihak.

"Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti.

"Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas 'pembohongan' ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau menambah: "Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut.

"Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat."

Kenyataannya bulan lepas "bukanlah atas sifat peribadi" tetapi dibuat "atas kapasiti sebagai ketua penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan beliau berbuat demikian."


Berikut kenyataan penuh "permohonan maaf" Mahfuz, yang juga ahli parlimen Pokok Sena:

Kepada,
Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas keterlanjuran ini.

Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat peribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai ketua penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian.

Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS.

Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya berharap individu terbabit dapat tampil ke hadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh presiden Umno baru-baru ini.

Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka.

Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS.

Lebih memeranjatkan lagi apabila "muzakarah" tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN.

Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.

Apabila bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama empat hari berturut-turut selepas pilihanraya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti.

Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu.

Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku.

Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara perdana menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut.

Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat.

Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti.

Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas "pembohongan" ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat.

Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor universiti tempatan yang telah mengingatkan bahawa "jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita".

Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.

Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia.

Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada.

Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.

Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku.

Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.

Maafkanlah saya.

Sekian, wassalam.

Hj Mahfuz Hj Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat

Click Here!

PKR mahu doktor dilindungi

Jul 28, 08 5:15pm
Setiausaha agung PKR menggesa keselamatan seorang doktor yang pernah memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dilindungi oleh polis.

Datuk Salehuddin Hashim berkata parti itu berasa gusar dengan dakwaan polis telah menyiasat Dr Mohamed Osman Abdul Hamid dan kini beliau dan keluarganya "sedang bersembunyi."

"Semua jaminan mestilah diberikan untuk menjaga keselamatan dan memberikan perlindungan kepadanya," kata Salehuddin.

Beliau juga mendakwa pendedahan laporan pemeriksaan terhadap pemuda 23 tahun itu menambahkan keyakinan PKR bahawa dakwaan terhadap penasihat parti itu "tanpa asas dan berniat politik."

"Kewujudan laporan perubatan ini mengikis lagi keyakinan orang ramai terhadap kewibawaan laporan polis yang dibuat (oleh Mohd Saiful) terhadap Anwar, satu laporan yang hingga kini kekal penuh kerahsiaan," katanya.

"Kenapa laporan perubatan ini hanya muncul hari ini, sebulan selepas dakwaan itu dibuat, selepas Anwar terpaksa bermalam di lokap, dan selepas polis menghabiskan banyak masa dan wang menyiasat kes ini" Klick Here!

Doktor: Tiada kesan Saiful diliwat

Jul 28, 08 2:55pm
Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu lapor Malaysiakini.

Hospital Pusrawi 280708.jpgMenurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.

Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.

Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.

Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.

Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".

Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam. Click Here!

Ezam teringin cabar Anwar di Kulim

Jul 28, 08 2:24pm
Bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor bersedia bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pilihanraya kecil lapor Malaysiakini.

Bagaimanapun, beliau mengakui peluang sebagai calon BN menang adalah tipis kerana faktor-faktor politik dan ekonomi negara ketika ini.

"Saya adalah underdog tetapi yang penting, saya berani mencabarnya secara habis-habisan," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Anwar bahawa beliau akan bertanding di kerusi tersebut jika kemenangan PKR dalam pilihanraya umum 8 Mac diisytiharkan tidak sah.

Mahkamah akan mendengar petisyen pilihanraya calon BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir bulan depan.

Dalam ceramahnya di Kulim malam tadi, ketua umum PKR menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding setelah penyandangnya Zulkifli Nordin menawarkan kerusi berkenaan kepada beliau.

"Jika tidak ada aral melintang,dalam masa terdekat ini saya akan umumkan untuk bertanding di Kulim-Bandar Baharu ini.

"Terima kasih kepada Zulkifli yang menawarkan kawasan ini," kata Anwar di hadapan 10,000 yang hadir.

Pada pilihanraya lepas, Zulkifli memenangi dengan majoriti 5,583 – beliau memperolehi 22,255 manakala Aziz pula sebanyak 16,672.

Kulim Bandar Baharu mempunyai 67.93% pemilih Melayu, 21.13% Cina dan 11.48% India daripada jumlah keseluruhan 51,444 orang.

Bagaimanapun, Mohamad Ezam berkata pucuk pimpinan Umno akan menentukan sama ada beliau bertanding di kerusi itu atau seorang calon yang lain.

"Jika parti mahukan saya bertanding, saya sedia menerima dan mencabar Anwar di kawasan tersebut.

Mohamad Ezam, yang juga bekas pemimpin angkatan muda PKR berkata, ramai pemimpin parti pembangkang itu di peringkat bahagian dan negeri kembali ke pangkuan Umno tidak lagi.

"Saya telah menerima panggilan dari pemimpin berkenaan yang kebanyakannya dari Sabah, Selangor dan Perak untuk kembali semula ke Umno," katanya.

Mengenai hubungannya dengan pemimpin PKR, Mohamad Ezam berkata, masih ada yang masih bersahabat dengannya.

Mengenai Anwar, Ezam berkata beliau akan mendedahkan rahsia bekas timbalan perdana menteri itu apabila tiba masanya.

"Ketika ini saya tidak mahu mendedahkannya kerana ia membabitkan maruah Anwar dan keluarga.

"Anwar dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tahu mengenai rahsia tersebut, sebab itu beliau mendiamkan diri apabila saya mencabarnya," katanya Iagi. Click Here!

Lebih separuh sokong Shahidan

Jul 28, 08 4:29pm
Lebih separuh daripada 123 cawangan Umno di bahagian Arau mencalonkan semula Datuk Seri Shahidan Kassim, meninggalkan pencabarnya tanpa sebarang pencalonan, setakat ini lapor Malaysiakini.

Setiausaha bahagian Seruandi Saad berkata lebih kurang 70 cawangan yang bermesyuarat setakat ini menamakan kembali bekas menteri besar itu.

Mesyuarat cawangan-cawangan itu yang bermula 19 Julai lalu juga tidak mencalonkan sebarang nama lain, tambahnya.

Beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan angka tepat jumlah cawangan yang telah mengadakan mesyuarat agung kerana berada di luar pejabat sewaktu dihubung Malaysiakini hari ini.

Menurutnya, ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur membenarkan cawangan-cawangan di bahagian itu mengadakan mesyuarat dalam satu suratnya yang diterima dua minggu lepas.

Majlis Tertinggi (MT) sebelum ini memutuskan untuk menangguhkan mesyuarat di bahagian itu bagi menghadapi persiapan kemungkinan pilihanraya kecil di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang terletak bawah bahagian tersebut. Click Here!

Wakil BN terkejut p'gulungan Lim

Jul 28, 08 4:24pm
Wakil-wakil BN terkejut dengan perubahan yang diambil oleh ketua menteri Pulau Pinang apabila mendahului sesi penggulungan dalam sidang Dewan Undangan Negeri hari ini, lapor Malaysiakini.

Tindakan Lim Guan Eng itu menarik perhatian ketua pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim (BN-Penaga) yang menganggap amalan itu "luar biasa" kerana pada sesi-sesi penggulungan kerajaan sebelumnya didahului oleh anggota-anggota exco.

"Saya minta penjelasan daripada yang amat berhormat ketua menteri dengan perubahan amalan ini kerana saya terkejut sebab biasanya sesi penggulungan akan dimulakan oleh exco manakala ketua menteri selalunya mengambil giliran terakhir," katanya ketika Lim baru memulakan ucapan penggulungan pagi tadi.

Menurut Bernama, Lim berkata perubahan itu tertakluk kepada keputusan kerajaan negeri.

"Mungkin ketua pembangkang tidak biasa dengan amalan ini kerana ada negeri yang ketua menteri atau menteri besar jawab untuk semua," katanya.

Semasa penggulungan Lim itu, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) membangkitkan kenyataan yang dianggapnya negatif oleh ketua pegawai eksekutif InvestPenang, Datuk Lee Kah Choon, mengenai keadaan pelaburan di negeri itu.

Menurut wakil rakyat itu, kenyataan Lee memberi gambaran bahawa negeri itu berdepan dengan krisis pelaburan dari dalam dan luar negara.

Beliau mencadangkan, Lee memberi kenyataan positif mengenai iklim pelaburan Pulau Pinang bersesuaian dengan kedudukannya dalam InvestPenang dan tidak membangkitkan perkara negatif.

Lee, dulunya timbalan setiausaha agung Gerakan, menimbulkan kegemparan apabila menerima tawaran kerajaan negeri pimpinan DAP untuk memegang jawatan itu - beliau kemudian dipecat daripada Gerakan. Click Here!

Keputusan Tidak Bertanding Bukan Atas Desakan Sesiapa - Ahmad Shabery

KUANTAN, 28 Julai (Bernama) -- Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata keputusan beliau untuk tidak bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pemilihan parti Disember ini bukan atas desakan sesiapa.


"Saya kekal (dengan keputusan) tidak bertanding untuk jawatan ahli MT dalam pemilihan akan datang, tak ada desakan...tak timbul desakan."

"Saya buat begini sebab saya nak jadi contoh kalau saya sebagai menteri penerangan tidak bertanding, tidak mengggunakan kedudukan saya...jadi saya minta supaya jentera-jentera saya di peringkat bawah juga boleh mencontohi saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Perundingan Belia Daerah Kemaman Tahun 2008 di Holiday Villa Cherating dekat sini, malam tadi.

Ahmad Shabery yang juga anggota Parlimen Kemaman, berkata keputusan itu juga diambil agar beliau tidak dilihat menggunakan kedudukannya sebagai menteri penerangan untuk mempromosikan diri sendiri melalui saluran agensi yang berada di bawah kementerian itu seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM), Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

"Saya bimbang orang tafsirkan bahawa jika saya bertanding, saya mempunyai kelebihan untuk diri saya sedangkan di bawah kementerian saya, saya banyak terdedah dengan kerja-kerja di peringkat akar umbi...nanti orang fikir kerja itu beri kelebihan pada saya," katanya.

Ahmad Shabery berkata adalah lebih baik beliau bersifat neutral dalam perkara berkenaan agar apa jua tugas agensi di bawah kementeriannya tidak disalah tafsir oleh pihak lain sebagai membantu mempromosikan menteri mereka.

--BERNAMA Click Here!

Nik Sapeia Diarah Bela Diri Tuduhan Cederakan Tun Dr Mahathir

KOTA BAHARU, 28 Julai (Bernama) -- Mahkamah Majistret di sini memerintahkan ahli perniagaan Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff untuk membela diri terhadap tuduhan menyebabkan kecederaan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan tiga orang lagi secara menyembur bahan berbahaya genap dua tahun lepas.

Majistret Azman Mustapha memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Azman menetapkan 15 hingga 19 Dis ini untuk perbicaraan kes itu.

Nik Sapeia, 53, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun, atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada 11 pagi 28 Julai 2006.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran dan Khairul Anuar Wahab, manakala Nik Sapeia diwakili peguam bela, Zainal Abidin Mustaffa, Mohd Ilyas Mohd Noor dan Datuk Abdul Aziz Nawi.

Ketika membacakan keputusannya, Azman berkata beliau berpuas hati pihak pendakwaan telah berjaya mewujudkan kes prima facie itu dan kemudiannya memerintahkan tertuduh agar membela diri.

Nik Sapeia, yang berada di kandang tertuduh, dilihat beberapa kali menggelengkan kepalanya selepas Azman membacakan keputusan itu.

Turut berada di mahkamah adalah Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas dan lebih 1,000 penyokong parti itu.

Nik Sapeia adalah Timbalan Presiden PPP dan juga Pengerusi PPP Kelantan.

Nik Sapeia kemudiannya juga memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah di kandang saksi pada prosiding pembelaan nanti.

Zainal Abidin yang ditemui kemudian berkata pihaknya akan memanggil kira-kira 30 saksi lagi pada perbicaraan nanti.

Selain Dr Mahathir, tiga lagi individu yang didakwa terkena semburan itu adalah Anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Paduka Ibrahim Ali, 57, serta Mohd Nasir Muda, 47, dan Suberi Sahidan, 49.

Sepanjang 20 hari perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil 22 saksi termasuk Dr Mahathir dan juga Ibrahim.

Nik Sapeia mencuri tumpuan sepanjang perbicaraan sebelum ini apabila hadir dengan gaya seorang selebriti apabila memandu beberapa kereta mewah seperti Cadillac dan membawa beberapa pengawal keselamatan serta ramai penyokongnya.

-- BERNAMA Click Here!

PPP Syor Semua Komponen BN Bubar Untuk Tubuh Parti BN

KOTA BAHARU, 28 Julai (Bernama) -- Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk M. Kayveas mengesyorkan agar semua parti komponen Barisan Nasional dibubarkan dan kemudiannya bersatu menubuhkan sebuah parti baru dinamakan Parti BN.

Katanya cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar PAS dan Umno dibubarkan adalah satu cadangan munasabah tetapi perlu diperluaskan kepada semua parti dalam komponen BN.

"Di Malaysia tidak perlu banyak parti, cukup ada Parti BN dan parti Pakatan Rakyat. PPP bersetuju dengan cadangan tok guru (Nik Aziz) itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tiga hari lepas, Nik Aziz membuat cadangan agar PAS dan Umno dibubarkan dan ditubuhkan sebuah parti baru berteraskan Islam.

Kayveas berkata gabungan PAS dan Umno sahaja tidak memadai kerana ia hanya bertujuan menyelesaikan masalah perpaduan bangsa Melayu dan juga Islam tetapi jika Parti BN diwujudkan, ia akan menyelesaikan masalah perpaduan antara kaum dan agama.

"Kalau PAS dan Umno gabung ia tidak cukup, nanti apa kata parti lain," katanya.

Beliau berkata siapa yang menjadi presiden parti itu dan Perdana Menteri bukanlah menjadi soal kerana perpaduan dalam BN yang ada ketika ini boleh diteruskan.

"Kita sudah menerima sejak Merdeka siapa (saja) yang menjadi Perdana Menteri, dan (menerima) Islam sebagai agama rasmi, dan tidak sebab mana-mana pihak boleh mempertikaikan lagi perkara yang sudah termaktub dalam perlembagaan," katanya.

Mengulas tindakan DAP yang tidak berpuas hati terhadap PAS mengenai isu itu, Kayveas mengesyorkan agar DAP bergabung sahaja dengan Parti Keadilan Rakyat untuk menubuhkan sebuah parti baru.

-- BERNAMA
Click Here!

Elak idea yang boleh gugat parti - Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu menyeru semua peringkat kepimpinan mahupun ahli PAS agar bertenang dan memperteguhkan kekuatan parti bagi menghadapi segala cabaran dan ancaman.

Iklan




Beliau berpendirian bahawa pendapat serta pandangan mana-mana individu yang boleh menggugat perpaduan parti perlu dielak.

"Semua ahli diminta bertenang dalam menilai kenyataan serta pandangan para pimpinan parti, dan terus bersama menguatkan kerjasama Pakatan Rakyat," ujarnya kepada Harakahdaily hari ini.

Mohamad Sabu berkata, semua pihak perlu menumpukan perhatian memperteguhkan Pakatan Rakyat khususnya dalam membantu lima buah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

Beliau mengingatkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang ditubuhkan serta dipertahankan dengan air mata, peluh dan darah yang komited memperjuangkan dasar Islam.

"Jemaah ini akan tetap teguh dan tegas dalam perjuangan dasar Islam.

"Kita tidak akan mengkhianati Pakatan Rakyat dengan parti-parti lain khasnya orang bukan Islam," katanya. Click Here!

Anwar pilih Kulim Bandar Baharu

Monday, 28 July 2008 10:58

Oleh Zulkifli Mohamed

KULIM: Parlimen P18 Kulim-Bandar Baharu bakal menempa sejarah, apabila Anwar Ibrahim mengumumkan akan menjadikan kerusi tersebut sebagai ‘pintu’ beliau ke parlimen dalam langkah pertama beliau ke Putrajaya.

“Saya ingin mengesahkan dalam masa terdekat ini saya akan umum bertanding di Kulim (Bandar Baharu).

“Insya-Allah, Kulim bakal menempa sejarah Malaysia,” tegas Perdana Menteri dalam penantian itu, yang mendapat tepukan gemuruh lebih 10 ribu orang yang memenuhi dalam dan luar Dewan Rekreasi Cina dekat sini, semalam.

Bagaimanapun menurut Anwar, keputusan itu bergantung kepada keputusan petisyen pilihan raya di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 19 Ogos depan.

Kerusi tersebut kini disandang oleh Zulkifli Noordin dari keADILan selepas menewaskan calon BN Abdul Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti 5583 undi pada pilihanraya 8 Mac lepas. Abdul Aziz bagaimanapun mengemukakan petisyen mencabar keputusan tersebut.

Mahkamah sepatutnya mendengar petisyen untuk membatalkan kemenangan Zulkifli pada 22 Julai lalu, bagaimanapun menangguhkannya pada 19 Ogos tanpa sebab yang jelas.

Kerusi berkenaan mempunyai 51,995 pengundi dengan komposisi Melayu 69.5%, Cina 18.6%, India 11.7% dan lain-lain 0.2%.

Pada pilihan raya lalu Zulkifli mendapat 22,255 mengalahkan Abdul Aziz yang mendapat 16,672.

Ketika Anwar membuat pengumuman itu, Zulkifli juga turut sama hadir. Menurut Anwar beliau menyambut pelawaan Zulkifli yang menawarkan kerusi tersebut kepadanya, sekiranya mahkamah memutuskan kerusi tersebut kosong.

Jelasnya lagi keputusan tersebut juga mendapat sokongan padu dari pimpinan Pakatan Rakyat. Presiden PAS Hadi Awang dan Menteri Besar Kedah Azizan Razak telah bertekad akan menggerakkan seluruh jentera pilihan raya PAS di peringkat pusat dan negeri.

DAP juga katanya akan terus memberikan sokongan padu kepada beliau dan Pakatan Rakyat.

“Kalau saya bertanding di Kulim, kita akan pastikan markas-markas BN kosong,” ujarnya bersemangat.

“Mana-mana ada saki baki ahli Umno, tolonglah keluar parti, malulah, rakyat susah, barang naik, minyak naik,” katanya.

Anwar turut mengulangi tidak pernah memusuhi ahli-ahli bawahan Umno, sebaliknya menentang para pemimpin Umno yang mengkhianati amanah rakyat.

Menurutnya lagi Umno-BN kini sedang nazak dan menghadapi kemelut politik dalaman yang begitu parah. Umno semakin terdesak lemas lantaran pergelutan dalaman dan kegagalan mengatasi kemelut politik dan kegawatan ekonomi.

Keputusan beliau untuk menyertai pilihan raya kecil itu, bukan sahaja mengusarkan bahkan membuatkan para pemimpin Umno-BN semakin tidak keruan.

Kata Anwar ini tergambar ketika usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah baru-baru ini.

Jelasnya ketika itu Umno terpaksa menggunakan mahkamah menghalang beliau hadir ke parlimen bagi menyaksikan usul itu dibahaskan.

Namun kini, kata Anwar para pemimpin Umno-BN khususnya dari Sabah dan Sarawak sedang menanti beliau di parlimen untuk bersama-sama bergabung membentuk kerajaan baru Pakatan Rakyat.

“Kita hendak buktikan kita hendak mengangkat martabat rakyat, ini soal maruah, usaha untuk mengangkat martabat rakyat, Kulim Bandar Baharu akan tempah sejarah di Malaysia,” tegasnya.

Anwar sebelum itu disambut meriah dengan tarian singa dan paluan gendang India.

Difahamkan ekoran notis terlalu singkat, penganjur hanya sempat mewarkan-warkan ceramah Anwar itu melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan handbil, tanpa membabitkan poster mahupun kain rentang.
Click Here!







Anwar enters the hall in Kulim to a hero’s welcome



  • Anwar publicly announces he will contest in Kulim “barring obstacles”

  • 8,000-strong multi-ethnic crowd greets his announcement with thunderous applause

  • Hadi assures Anwar of Kedah Pas’ full backing

  • DAP to assist in campaign as well

Anwar Ibrahim was given a hero’s reception in Kulim, Kedah during an emotional night when he announced that he would contest a by-election here barring obstacles. In doing so, he has raised the stakes considerably.



A barely visible Anwar dressed in black long-sleeves with hand outstretched (towards the right, below) wades through the crowd

He was mobbed as he entered the hall, led by lion dancers prancing ahead. Hundreds lined his path with outstretched hands either holding cameras up high or trying to reach out to Anwar. Even from a vantage point above the crowd, I was barely able to see him as PKR escorts struggled to guide him to the stage.

About three-quarters of the crowd were Malay with a sizeable number of ethnic Chinese and a visible Indian presence, reflecting Kulim’s ethnic composition.


And then, he declared: “Barring obstacles, I can announce that I will contest in Kulim, inshallah.” The crowd erupted.

Anwar shrugged off recent news of Pas-Umno talks. He told the crowd that he and Hadi had been in close communication and he had spoken to the Pas president over the telephone earlier on Sunday. “Hadi assured me that Azizan would fully mobilise the Kedah Pas machinery behind me in the event of a Kulim by-election.”

He said that the DAP had also indicated its readiness to assist if a by-election is held in Kulim, which lies in Kedah, just across the border from Penang. The town is just 15 minutes’ drive from Anwar’s home base of Permatang Pauh on mainland Penang.

Anwar indicated that the incumbent Zulkifli was ready to give way to him.

A couple of PKR town councillors from Kedah later told me that “it was 80 per cent certain” that Anwar would contest in Kulim - though a lot would also depend on the outcome of the court case involving Zulkifli.

Anwar also disclosed a couple of interesting nuggets.

He said that the surgeon in Munich, Thomas Hoogland, who performed surgery on his back refused to accept payment. “Imagine, he, a Christian doctor, was willing to forego payment because he recognised my struggle for justice on behalf of the Malaysian people and knew what I had been through,” said Anwar, as the majority-Muslim crowd broke out in appreciative applause.

A section of the multi-racial crowd in Kulim listening intently to Anwar

Anwar also described in some detail the recent medical examination he underwent at the KL Hospital after he was asked to take off his clothes. “They examined me front and back. They even took out a ruler to measure me!”

“I was even asked to fill out a form meant for rape victims,” he lamented.

“If they think they can shame me and deter me from the struggle this way, let me say, I–WILL–NEVER– SURRENDER,” he thundered.

He also recalled his oil price debate with Shabery Cheek. “He started talking about Iran and Venezuela and began foaming at the mouth,” said Anwar, as the crowd hooted, knowingly.

He recounted how one makcik later asked him why he had to “win” the debate: “Couldn’t you have just conceded defeat?”

Puzzled, he asked her why she said that.

“Then they wouldn’t have treated you that way,” she said, referring to his dramatic arrest and ordeal the following day, as the crowd laughed.

He said that if he had agreed to all the damaging policies the BN leaders had proposed for the country, he would have been “Tun Anwar” by now.

Claiming that RM10 billion was being lost annually through corruption, Anwar reiterated that he could immediately reduce the oil price by 50 sen if Pakatan Rakyat took over the reins.

His proposal looks even more feasible now - at least as a temporary measure. The global price has plunged from around US$146 per barrel a couple of weeks ago to US$123 now as speculation appears to be losing momentum following fears of a global economic slowdown.

Revealing his ideological mindset, Anwar referred to an ekonomi pasaran (market economy) that would transform the Malaysian economy into one of the giants of this region.

But he added that the existing order was worried about the Pakatan’s plan to uplift the downtrodden, put an end to corruption and bring the various races together after 50 years of divide-and-rule.





This entry was posted

on Sunday, 27 July 2008 at 11.59pm and is filed under Democracy, Development issues, Malaysian elections, Malaysian politics. Visited 1057 times, 1057 so far today.
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed.

You can leave a response, or trackback from your own site.
Click Here!

Umno bersemangat dengar nasihat Tuanku Ja'afar?

Kenyataan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman menarik untuk dianalisa.

The Star melaporkan dalam ulasan berunsur politik yang jarang sekali diberikan, Tuanku Ja'afar menegaskan, masyarakat Melayu negara ini tidak bersatu padu manakala Umno, antara komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) perlu bernafas semula, dengan mengambil kira senario politik semasa negara.
"Nasihat saya ialah bersatu semula jika boleh. Salah seorang harus terlepas (tidak berpeluang mengetuai kepimpinan atau menjadi Perdana Menteri), sama ada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).

"Kita mungkin perlu memilih antara Umno dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) ketika PAS semakin kukuh," kata baginda dalam temu bual eksklusif yang disiarkan dalam akhbar berkenaan semalam.


Temu bual itu diadakan di Istana Hinggap, Seremban.

Pertama, Tuanku Ja'afar menjelaskan bahawa Umno perlu diberi nafas semula. Jika menurut titah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan itu menunjukkan bahawa Umno sekarang seolah-olah sudah tidak bernafas lagi.


Kedua, Tuanku Ja'afar sebagai pemegang takhta Negeri Sembilan terpaksa bertitah demikian kerana melihatkan perkembangan mutakhir ini, politik negara menghadapi kejutan yang boleh disifatkan ke arah peralihan kuasa dari didominasikan parti politik Umno kepada politik perubahan dibawa gabungan Pakatan Rakyat yang lebih dekat dengan suara nurani rakyat dari Barisan Nasional (BN), dari sistem pelbagai parti kepada sistem dua parti.

Baginda meminta Umno diberi nafas semula, itu suatu pandangan peribadi Tuanku Ja'afar tidak semestinya pandangan itu diterima bulat-bulat tanpa menilainya dengan adil dan saksama.

Bagi penulis keperluan untuk Umno dipulihkan semula semacam suatu nasihat penting kerana Umno seolah-olah sudah mati pada pendapat Tuanku Ja'afar berdasarkan laporan tersebut.

Ahli dan pemimpin Umno memang mengharapkan sangat pihak yang lebih berkuasa mengemukakan pandangan positif untuk memulihkan Umno.

Ia bagaikan suatu kata-kata hikmat yang ditunggu-tunggu untuk memberi kredit yang baik ke arah memulihkan parti itu yang sedang kelemasan sebagaimana dinyatakan oleh bekas Mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam blognya, mengukas keadaan Umno sekarang.

Wajar atau tidak campurtangan Tuanku Ja'afar dalam pergolakan politik semasa suatu yang perlu diteliti supaya institusi Raja terus unggul sekaligus tidak bias kepada mana-mana pihak yang bertelagah dalam arena politik sekarang.

Jika ada raja yang berkenan dengan Umno, ia sepatutnya tidak dizahirkan begitu rupa dalam wawancara dan disiarkan di dada akhbar cukuplah sekadar ia menjadi bahan 'off the record' media jika ia terpaksa diluahkan kerana Insitusi Raja diasaskan tidak berpihak kepada mana-mana parti.

Namun baginda pun tidak boleh dihalang untuk memberi nasihat kepada mana-mana pihak jika baginda merasakan ia perlu tetapi skopnya tidaklah ditafsirkan dan menampakkan ia boleh ditafsirkan sebagai bias kepada mana-mana pihak.

Jika sebaliknya, media tidak seharusnya meletakkan insitusi raja atau ahlinya semacam ada unsur-unsur mendokong mana-mana parti sama ada keseluruhan institusi berkenaan atau segelintir raja.

Jika raja memang suka kepada mana-mana parti, itu adalah hak baginda tetapi hak itu tidak boleh ditonjolkan kepada umum sehingga ia dilihat raja sudah tidak berkecuali dalam isu ini.

Mengulas titah baginda sebagaimana dilaporkan bahawa seorang perlu berkorban sama ada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) atau Datuk Seri Anwar Ibrahim, membawa implikasi meletakkan baginda kepada situasi tidak berpihak kepada mana-mana pihak yang dikatakan bertarung untuk mengemudikan negara ini.

Mungkin latar belakang sejarah karier masing-masing, dikesampingkan baginda untuk melihat semata-mata politik negara kembali pulih.

Persoalannya apakah dengan berundurnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari wacana politiknya menjejak kaki di Putrajaya sebagai Perdana Menteri atau tidak berundurnya Pak Lah dari arena politik termasuk meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan semua jawatan berkaitan dalam kabinet serta Presiden Umno (sebagaimana saranan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dan lain-lain), boleh meredakan kecelaruan pentadbiran negara sekarang?

Raja dengan insitusinya tetap utuh tetapi mungkin goyah sekiranya kepimpinan politik tidak bijak menangani segala kemelut pergolakan politik negara sehingga zahirnya anasir-anasir yang yeng boleh menggugat kedaulatan raja-raja.

Yang agak signifiken dilihat Tuanku Ja'afar memperakui PAS semakin utuh manakala Umno dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merupakan dua kelompok parti melayu atau didominasikan oleh orang Melayu sedang dlam proses memantapkan kedudukan dan kekuasaan masing-masing selepas pilihan raya umum ke 12, 8 Mac lalu.

Keberuntungan di sini ialah berpihak kepada PKR apabila memperolehi dua kekuatan dan dokongan, pertama Datuk Seri Anwar dan Pakatan Rakyat terdiri dari PAS, DAP dan beberapa parti serta pertubuhan bukan kerajaan yang lain.

Sementara Umno terkial-kial dengan sokongan hambar dari anggota komponen BN yang lain termasuk MIC, MCA dan Gerakan ketika perpecahan dalaman mereka begitu ketara hari ini.

Mungkin dengan nasihat Tuanku Ja'afar itu menaikkan sedikit semangat Umno, pemimpin dan ahlinya untuk terus berjuang kononnya atas prinsip membela nasib orang Melayu walaupun ia tidak pernah kesampaian melangkaui 50 tahun pentadbirannya di negara ini.
Klick Here!

Nasihat Tuanku Ja'afar: Bersatulah, antara Pak Lah atau Anwar perlu korban

Sunday, 27 July 2008 10:45
(mStar Online) - Dalam ulasan berunsur politik yang jarang sekali diberikan, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman menegaskan, masyarakat Melayu negara ini tidak bersatu padu manakala Umno, antara komponen utama dalam Barisan Nasional (BN) perlu bernafas semula, dengan mengambil kira senario politik semasa negara.

"Nasihat saya ialah bersatu semula jika boleh. Salah seorang harus terlepas (tidak berpeluang mengetuai kepimpinan atau menjadi Perdana Menteri), sama ada Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) atau (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).

"Kita mungkin perlu memilih antara Umno dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) ketika PAS semakin kukuh," kata baginda dalam temu bual eksklusif yang disiarkan The Star hari ini.

Temu bual itu diadakan di Istana Hinggap, Seremban.

Tuanku Ja'afar yang menyambut Hari Keputeraan ke-86 pada 19 Julai lalu merupakan Raja Melayu yang tertua bertakhta di negara ini.

Malah ulasan baginda itu seolah-olah sealiran dengan perkembangan tanah air khususnya sejak negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu.

Dalam pilihan raya umum kali ini, buat kali pertama BN kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan kuasa kerajaan negeri melibatkan lima negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.

Barisan pembangkang yang diberikan nama baru selepas 8 Mac lalu - Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP.

Ketika Umno lemah dan berusaha untuk pulih, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Anwar telah menyasarkan untuk menubuhkan kerajaan persektuan menjelang 16 September.

Dan, ketika Anwar berhadapan dengan isu meliwat yang kedua dalam tempoh 10 tahun, timbul syor supaya Umno dan PAS mengadakan muzakarah bagi menyatupadukan orang Melayu.

Pendekatan Umno-PAS itu telah diakui kepimpinan kedua-dua parti itu.

PAS menolak muzakarah tetapi mencadangkan pendekatan muqabalah.

Dalam temu bual tersebut, Tuanku Ja'afar juga menasihatkan rakyat negara ini supaya tidak menyertai demonstrasi jalanan kerana apa saja isu yang timbul harus diselesaikan di Parlimen.

Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-10, dari tahun 1994 hingga 1999. Ayanda baginda Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad merupakan Yang di-Pertuan Agong pertama. Click Here!

Ahmad Said mahu tunjuk kuasa pada Abdullah



KUALA LUMPUR, 28 Julai (Hrkh) - Isu pembelian kereta Mercedes oleh kerajaan negeri Terengganu menggantikan kereta proton Perdana V6 sebagai kereta rasmi kerajaan negeri itu menimbulkan pelbagai polemik.
















Iklan





Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar mendakwa kenyataan Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said yang berani menyebutkan mengenai tindakan yang sewajarnya dibuat Badan Pencegah Rasuah supaya menyiasat penglibatan syarikat Spanco, penganjuran kejohanan Monsoon Cup dan projek Masjid Kristal menunjukkan beliau mungkin memiliki maklumat mengenainya.

"Kenyataan berani Ahmad mencerminkan wujud masalah atau isu penyelewengan dan seolah-olah beliau sendiri memiliki maklumat mengenai isu yang disebutkan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Tidak menafikan tindakan berani Ahmad didorong krisis pelantikan Menteri Besar Terengganu yang melibatkan perbalahan pihak istana serta campurtangan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, Mahfuz percaya ia merupakan implikasi daripada polemik ketika itu.

"Ahmad Said semacam hendak tunjuk kuasa dengan mengambil sikap untuk bertentangan dengan kerajaan pusat pimpinan Abdullah," ujarnya.

Beliau turut menggesa supaya siasatan perlu dijalankan bagi mendedahkan kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam pengendalian kereta-kereta kerajaan khususnya yang melibatkan spanco, seperti didakwa Ahmad Said.

Mengulas mengenai isu pembelian kereta mercedes tersebut, Mahfuz yang juga ahli parlimen pokok Sena menempelak keputusan kerajaan pusat mengehadkan penggunaan kereta tersebut untuk tetamu sahaja.

"Ianya tidak boleh diterima dan kurang munasabah kerana berapa ramai sangatlah tetamu luar yang datang ke Terengganu setiap hari untuk menaiki 14 buah kereta tersebut?" katanya lagi.

Sebaliknya, beliau mencadangkan agar kesemua kereta tersebut dijual kepada mana-mana syarikat atau kerajaan pusat sahaja yang membelinya.

"Sekiranya ianya jarang digunakan kerajaan negeri juga yang perlu menanggung kerugian bagi menampung kos pembaikan memandangkan ianya dibiarkan tersadai dan berhabuk.

"Kerajaan pusat sebenarnya disaran membeli kesemua kereta itu bagi tujuan kegunaan tetamu rasmi luar," ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, pihaknya turut mengkritik tindakan kerajaan sebelum kereta-kereta tersebut dibeli akibat tidak berfikir semasak-masaknya sebelum memutuskan sebarang tindakan dan keputusan yang boleh mendatangkan kerugian.

"Selepas ianya telah dibeli, kerajaan pusat pula gagal memberikan penyelesaian yang berkesan," katanya.

Dalam usaha mempertahankan isu pembelian 14 buah mercedes yang dikatakan membazir, Ahmad Said meminta kerajaan pusat menyiasat kos projek mega di Terengganu iaitu pembinaan masjid kristal dan program tahunan monsun cup.

Terengganu Mercedes-Benz E200K for “guests”

Mercedes-Benz E200K

paultan ....The Deputy Prime Minister said he expects a “great demand” for guests using the E200K cars, with the first such assignment for the cars set to during the Conference of Rulers meeting scheduled for October this year.

Now not only does the Terengganu state government have to continue paying the “high maintenance” associated with the Perdana V6 Executive cars, it also has to pay additional maintenance costs for the new fleet of E200K which will barely be used because it is not all the time that guests will be around. There is also the fact that RM3.4 million has already been spent on buying the E200Ks in the first place.... selanjutnya. Click Here!

Tak caya ...kenapa tonton?



Media Arus Perdana ... Media memperjuangkan budaya UMNO dan BN. Kalau ada cerita yang memberikan peluang untuk memecah belahkan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat, kenapa mereka tidak cuba.

So ..... tonton boleh, percaya jangan. Dapatkan kenyataan penuh TG Nik Aziz dan soalan dari wartawan. Di provok, di soal, TG perlu jawab. Tapi ... UMNO hanya tinggal sebulan setengah sebelum 16 September 2008, tarikh Anwar membuat kejutan. Jangan melompat, kukuh kan kepercayaan. Pakatan Rakyat adalah PKR, PAS dan DAP. Jangan melencong dan terdorong untuk mempersoalkan tentang muzakarah UMNO dan PAS kerana usaha mereka itu adalah usaha terakhir sebelum UMNO terus di kuburkan. Kalau tak caya pada media arus perdana, kenapa masih tonton?

Kepada PAS dan UMNO pulak ... nok muqabalah, muzakarah, munobaloh tunggu lepas Pakatan Rakyat alih kuasa.

Mahathir Mengaku Wujudnya Konspirasi Pada 1998

marhaen | ...Dalam artikel berjudul “Debat Anwar’ yang disiarkan dalam blog beliau pada 17 Julai, Mahathir telah mencadangkan betapa dakwaan sodomi (liwat) terbaru terhadap Anwar Ibrahim mungkin betul, kerana kerajaan tidak mungkin begitu bodoh menggunakan taktik yang sama dua kali untuk menyusahkan Anwar. Beberapa bahagian yang menarik dalam hujah beliau terdapat dalam perenggan 6 & 7 dan saya petik hujah berikut:
Para 6: Namun, apakah mungkin kerajaan yang ada ini begitu bodoh dan tidak berimaginasi menggunakan ‘taktik’ yang sama khususnya setelah kerajaan sendiri bersuka hati dengan pembebasan Anwar? Tentu ia mampu mencipta satu lagi cerita yang masuk akal kalau pun ia mahu merencana dengan niat ataupun berkonspirasi terhadap Anwar. Keberangkaliannya kisah itu sama kerana ia memang benar.

Para 7: apa pengadu yang baru ini seorang (copycat) tiruan. Besar kemungkinan, tidak. “Tidak ramai yang berani mengumumkan perkara yang amat memalukan itu, sebagai sudah kena liwat.....”
Perkataan ‘copycat’ mengandaikan bahawa ada seseorang yang mengada-adakan sesuatu dengan cara meniru perkara lama. Jadi apakah makna ‘sesuatu’ yang sedang ditiru? Apakah ianya tuduhan sodomi sahaja ataupun satu helah untuk mengenakan Anwar? Sudah tentu ia mengenai perkara yang terakhir tadi, kerana tidak masuk akal untuk seseorang menuduh Anwar meliwatnya hanya dengan meniru tuduhan yang serupa sepuluh tahun dahulu. Jadi dengan menggunakan perkataan ‘copycat’ untuk menjelaskan soalannya, apakah Mahathir tidak secara tak sengaja mendedahkan fikiran bawah-sedarnya bahawa kejadian yang dulu itu sesungguhnya satu konspirasi?

Trenda pemikiran yang sama boleh juga di kesan dalam penggunaan perkataan ‘taktik yang sama’ untuk membayangkan kejadian yang baru ini. ... selanjutnya. Click Here!

Umno Gagal Gugat Pakatan Rakyat

Semalam di Bandar Tun Razak dan malam ini di Kulim saya memperakui kenyataan sebenar bersabit isu pembentukan Kerajaan Negeri Selangor selesai PRU12 8 Mac lalu.

Saban hari saya berhubungan terus dengan pimpinan PAS khususnya Tuan Guru Ustaz Hadi dan juga pimpinan DAP. KeADILan, PAS dan DAP tidak berganjak dari ketetapan memperkukuh muafakat Pakatan Rakyat.

Justeru itu kita harus waspada dengan muslihat Umno, termasuk dakwaan Khir Toyo yang menyelar saya sebagai penghalang utama ke arah pembentukan Kerajaan Pas-Umno di Selangor.

Ternyata Umno terdesak lemas lantaran pergelutan dalaman dan kegagalan mengatasi kemelut politik dan kegawatan ekonomi. Perlu dijelaskan bahawa sehingga kini saya tidak dapat mengesan sebarang langkah atau kenyataan dari pimpinan ketiga parti induk Pakatan yang boleh ditafsirkan sebagai keretakan.

Malah dalam perbualan talipon saya pagi tadi dengan Ustaz Hadi Awang, saya singkap perundingan di antara kami dan DAP tatkala memutuskan cadangan perlantikan Tan Sri Khalid selaku MB Selangor.

Ketika itu Ustaz Hadi menalipon saya menolak desas desus dan menegaskan bahawa beliau telah pun mengirim faks mengesahkan keputusan Pas menyokong pencalonan Tan Sri Khalid.

ANWAR IBRAHIM

26
Jul

Doa Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa buat keselamatan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas habis memberi syarahan agama beliau. Moga Allah memelihara Malaysia dan rakyatnya agar jauh dari segala bala bencana dan bahaya fitnah.

audie61 | If you ask any Pakatan Rakyat member not necessarily YBs or MPs they will tell you that September 16th to wrestle power from the present government is definately “ON”. Just like a football bookie will say to his punter on the cellphone “ON” We’ve heard the Prime Minister-in-waiting saying to crowds in ceramahs that Pakatan will form the government by concensus and we’re not changing the deadline. If PR forms the government by September 16th many within PR will say to me,”I told you so.” I will have my hands though covering my face.Hmmm..if only.


Malaysiakini portal has this report http://www.malaysiakini.com/news/86803 and in it it also covers Anwar mentioning that September 16th is still “On”. You have 51 days according to our latest count on the calender and 35 days to August 31st”National day” The appetiser was served by PR to BN in Parliament when the “Lioness’ moved a no confidence vote against the PM. Of course the main course will be September 16th. The clock ticks and when an UMNO veteran says this words it does gets the pulse racing,” ‘Umno is a good party, like a good ship. But like a good ship, if it’s in the hands of a drunk pilot, it will sink!’

Anwar,Dr.M,Abdul Hadi and Nik Aziz has been hogging the headlines the past week or so. We thought that the PAS/UMNO issue seems to have been settled with the PAS president Abdul Hadi giving assurance that PAS will not join UMNO. Then came a “bombshell” today with the spiritual leader proposed “UMNO should dissolve,PAS should dissolve”Set up another party on condition that it is based on Islam. Nik Aziz who rarely gets into a war of words must have been pretty angry as Dr.M has dragged himself in by saying,” UMNO should not leave its partners out when making deals with PAS.” Anwar watches on the sidelines after a couple of weeks of eventful events with the IGP,AG and also the “DNA” issue.... selanjutnya. Click Here!

Dato Mohd Nasir Fikri ganti Zaid Ibrahim?

tranungkite | Salam rasanya semua sudah tahu tentang khabar angin yang Zaid telah meletakkan jawatannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan ada sumber mengatakan bahawa orang yang menggantikan Zaid ialah orang dari Terengganu iaitu Dato Mohd Nasir Ibrahim Fikri, Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Sebelum ini Zaid telah menimbulkan rasa marah dikalangan Ahli Parlimen kerana sikapnya yang amat buruk,antara Ahli Parlimen yang ditentangnya ialah Datuk Muhkriz,Ahli Parlimen Jerlun,Datuk Tajuddin Abd Rahman,Ahli Parlimen Pasir Salak.

Zaid juga dikatakan akan ditimbang didalam badan disiplin Umno.Nasir yang sebelum ini ialah ADUN Bukit Tunggal dikatakan akan menggantikan Idris Jusoh pada 2008 tetapi tidak menjadi kenyataan apabila beliau ditukarkan bertanding di Parlimen." Click Here!

Exco Terengganu bincang larangan guna Mercedes

JOHOR BAHRU 26 Julai - Keputusan Kerajaan Pusat tidak membenarkan kerajaan Terengganu menggunakan 14 kereta Mercedes E200 Kompressor yang dibeli baru-baru ini akan dibincangkan dalam mesyuarat mingguan Exco akan datang bagi memastikan ketetapan itu dipatuhi sebaik mungkin.Exco kerajaan Terengganu, Datuk Za'abar Mohd. Adib berkata, ini kerana kerajaan negeri sememangnya tidak mempunyai hasrat untuk mengingkari larangan Kerajaan Pusat berhubung penggunaan kereta mewah itu.

''Tentunya kita akan mengambil perhatian keputusan itu,'' katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan Terengganu kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Flora Malaysia 2008, di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan kesemua 14 buah kereta mewah itu tidak dibenarkan digunakan oleh Menteri Besar Terengganu, Exco dan para pegawai kanan negeri itu.

Perdana Menteri berkata, kerajaan negeri Terengganu perlu mengutamakan kereta nasional Proton Perdana V6 Executive, manakala kereta Mercedes itu sebaliknya hanya boleh digunakan untuk membawa tetamu-tetamu kerajaan negeri.

Za'abar berkata, bagaimanapun terpulang kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Said untuk membuat keputusan dalam mesyuarat mingguan Exco itu nanti berhubung penggunaan kereta-kereta mewah tersebut.

Beliau yang telah menggunakan Mercedes itu sejak beberapa hari lalu termasuk untuk datang Johor Bahru hari ini, berkata, kereta tersebut sememangnya 'berbaloi' digunakan jika dinilai daripada pelbagai aspek termasuk keselesaan, penjimatan masa dan kos lain.

Za'abar yang menghadiri Pesta Flora itu dari Dungun, Terengganu dengan menaiki kereta mewah berkenaan berkata, beliau ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat mingguan Exco pada Rabu lalu dan bertolak semula ke Dungun keesokannya menggunakan kereta mewah itu.

''Ini kerana pada pagi itu (Khamis), saya terpaksa merasmikan majlis kesenian dan selepas solat Jumaat semalam, saya terus ke sini untuk menyaksikan perarakan Pesta Flora pagi ini,'' katanya.

''Saya menggunakan Mercedes itu untuk kesemua perjalanan berkenaan,'' katanya.

Click Here!

Presiden: Cabaran hebat menunggu Tee Keat

Jul 27, 08 11:01pm
Pencabar Naib Presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat yang bertanding jawatan presiden MCA, dikatakan telah menghimpunkan "sekumpulan calon hebat", yang disokong beberapa pemimpin berpengaruh, termasuk bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

ling liong sik 03Walaupun menafikan beliau membentuk sebuah pasukan bagi menghadapi pemilihan itu, tetapi Dr Ling mengaku beliau ada berbincang dengan beberapa pemimpin parti yang beliau sifatkan sebagai "hanya satu perbualan biasa".

Bernama melaporkan, kumpulan itu dikatakan dianggotai saki baki anggota Team A sewaktu krisis kepimpinan MCA dulu, yang memaksa Dr Ling mengundurkan diri daripada politik melalui pelan damai yang disyorkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Antara tokoh yang dikatakan menganggotai pasukan itu ialah bekas naib presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, naib-naib presiden Datuk Donald Lim dan Datuk Seri Dr Fong Chan Onn, Ketua Wanita MCA Datuk Dr Ng Yen Yen dan dua anak lelaki Dr Ling -- Datuk Ling Hee Leong dan Ling Hee Keat.

"Nampaknya Soi Lek akan berentap dengan Tee Keat, dengan mendapat sokongan penuh daripada pasukan itu.

"Jika ini terjadi, macam mana Tee Keat nak bertanding jika beliau tidak ada kumpulan," kata seorang pemimpin peringkat akar umbi.


Chua nafi ada kumpulan

chua soi lek 030108Semasa bercakap dengan Bernama baru-baru ini, Dr Chua tidak menafikan wujudnya kumpulan itu dan berkata beliau bercadang untuk kembali semula serta mempunyai pasukan yang akan membantunya dalam pertandingan itu nanti.

"Mungkin saya telah bersara secara diam-diam daripada politik kalaulah bukan kerana keadaan yang berlaku selepas saya mengaku bahawa sayalah orang dalam VCD berkenaan. Mereka layan saya macam pariah.

"Kalaulah mereka layan secara lebih beradab, mungkin saya telah bersara secara terhormat dan tidak lagi berhasrat untuk kembali aktif dalam politik," katanya.

Walaupun Dr Chua tetap membisu tentang jawatan yang akan beliau tandingi, namun pemimpin ini tidak menafikan bahawa beberapa pemimpin MCA serta ahli politik senior dan veteran parti itu akan memberi sokongan jika beliau membuat keputusan untuk bertanding bagi jawatan tertinggi parti.

"Sesetengah orang masih berpendapat saya mempunyai pengalaman. Saya ahli politik yang berterus terang. Mereka berpendapat saya memiliki keberanian bagi menyuarakan isu yang melibatkan mereka," katanya.

Anggota dan orang dalam MCA meramalkan Dr Chua akan bertanding bagi jawatan presiden dengan memilih Donald Lim sebagai regunya bagi merebut jawatan timbalan presiden dan Dr Fong serta Dr Ng sebagai regu bagi merebut jawatan naib presiden.


'Bertanding secara solo'

ong tee keatSementara itu, seorang anggota lama parti dan beberapa anggota MCA lain berpendapat Tee Keat perlu mempunyai kumpulan dan bertanding secara solo tidak memberi banyak harapan bagi beliau kerana ranjau yang perlu dihadapi amat menyeksakan.

Bagaimanapun, beberapa penyokong Tee Keat berkata mereka tidak nampak wujud sebarang masalah sekiranya menteri pengangkutan itu ingin bertanding secara solo.

"Kenapa tidak? Selama ini pun, apa yang dipanggil `cai tan' (senarai calon), lebih bertujuan bagi menampilkan kepentingan sesuatu pasukan... ia bukan kerjasama secara berpasukan dalam erti kata sebenar.

"Demi kebaikan masyarakat Cina, kenapa tidak? Kalau seseorang itu bekerja atas dasar kerjasama berpasukan dalam erti kata sebenarnya, ia tak jadi masalah," kata bekas senator Tan Boon Yu.

Bagaimanapun, penyokong lain agak cemas apabila berdepan dengan keputusan Tee Keat untuk bertanding secara solo dengan berkata dalam politik sebenar, pendekatan "ala lone ranger" tidak wajar diamalkan.

Mereka menjadi lebih gusar apabila memikirkan tentang kemungkinan Tee Keat akan berdepan dengan sebuah pasukan kuat, yang memiliki kehebatan dari segi politik dan sumber kewangan.

"Saya telah menasihati beliau supaya mengkaji semula pendekatan itu. Sekurang-kurangnya, beliau perlu mempunyai sekumpulan penyokong untuk membantu beliau," kata pengerusi MCA Bahagian Pandan Eric Ong, penyokong kuat Tee Keat.

Imbas kembali

Seorang individu yang merupakan orang dalam MCA berkata Tee Keat perlu melihat kembali keputusan pemilihan parti pada 2005.

"Pada 2005, Tee Keat menduduki tempat ketiga dalam pertandingan bagi jawatan naib presiden, di belakang Dr Fong dan Dr Chua. Itu pun setelah mendapat sokongan daripada pergerakan pemuda.

"Memanglah, apabila beliau bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda MCA pada 1999, beliau melakukannya secara solo dan menang. Tapi sekarang, beliau perlu berfikir dengan mendalam jika ingin bertanding bagi jawatan presiden," katanya.

Bekas Naib Presiden MCA Tan Sri Lee Kim Sai, yang pernah menjadi mentor politik Tee Keat, meragui hasrat Tee Keat untuk bertanding secara solo bagi merebut jawatan presiden MCA.

Beliau berkata bertanding secara solo hanya merupakan cara Tee Keat untuk menyatakan bahawa beliau tidak mahu mewujudkan kumpulan dalam MCA.

"Kadang-kadang, orang tak perlu beritahu anda bahawa anda adalah rakannya. Ada masanya, bahasa tubuh mereka akan menerangkan perkara itu kepada anda.

"Mempunyai pasukan bukan perkara yang tidak baik. Apa yang kami tak mahu lihat ialah wujudnya keadaan berpuak-puak. Saya tidak fikir beliau (Tee Keat) akan berjuang secara berseorangan dan memberitahu orang lain supaya jangan menghalangnya, kerana jika anda buat begitu, anda sebenarnya menuju ke lubang kubur.


Siapa bakal regu?

"Kalau ada orang memberi sokongan, beliau akan cuba mengelak wujudnya andaian bahawa beliau membentuk suatu puak. Itu memang gaya beliau," kata Lee kepada Bernama.

Tee Keat pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Lee ketika beliau menyandang jawatan Menteri Kesihatan pada 1990-an.

Tetapi, sekiranya Tee Keat membuat keputusan untuk mempunyai regu, soalan seterusnya ialah siapakah yang akan beliau pilih?

liow tiong laiKetua Pemuda MCA, yang juga Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai seolah-olah menjawab soalan ini apabila beliau mengumumkan bahawa beliau tidak bertanding bagi jawatan nombor satu parti, sebaliknya akan menyokong Tee Keat merebut jawatan presiden.

"Saya mengagak beliaulah yang menjadi regu Tee Keat berdasarkan manifesto pemilihan," kata seorang anggota MCA yang enggan dikenali.

"Bagaimanapun, langkah paling selamat bagi Liow ialah bertanding bagi jawatan naib presiden. Tapi, siapa lagi yang akan menjadi regu Tee Keat kalau bukan Liow?" tanya seorang pemimpin bahagian.

Sesetengah anggota MCA percaya Liow mengambil langkah yang berisko tinggi sekiranya beliau bertanding bagi jawatan naib presiden kerana terdapat "pihak berkepentingan" yang ingin mengalahkan beliau bagi mengambil alih jawatan menteri yang beliau sandang. Click Here!

Anak Liong Sik menang di Segambut

Jul 27, 08 10:53pm
Ling Hee Kiat, anak bongsu kepada bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik, hari ini memenangi jawatan Pengerusi MCA Bahagian Segambut dengan memperolehi majoriti besar mengalahkan timbalan pengerusi bahagian itu Tan Hoe Chieow, lapor Malaysiakini.

Dalam pertandingan satu lawan satu itu, Ling meraih 117 undi dengan satu undi rosak sementara Tan hanya mendapat 62 undi.

Ling, 36, berkata beliau bertanding merebut jawatan itu untuk bergiat cergas dalam bahagian utama parti itu berbanding sayap Pemuda. Sebelum ini beliau adalah Ketua Pemuda MCA Bahagian Segambut selama dua penggal.

"Saya berada di dalam sayap Pemuda lebih 12 tahun dan dua penggal sebagai Ketua Pemuda, saya fikir masanya adalah tepat," katanya kepada pemberita selepas membuang undi bagi jawatan itu pada Mesyuarat MCA Bahagian Segambut di Bukit Kiara di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau membuat keputusan untuk bertanding jawatan itu setelah Pengerusinya Datuk Khoo Lay Hin berhasrat untuk bersara setelah memegang jawatan itu selama 12 tahun selain untuk memberi peluang kepada muka, demikian menurut laporan Bernama.

Ketika ditanya sama ada pengaruh bapanya yang pernah menerajui parti itu selama 17 tahun membantu undiannya, beliau berkata faktor bapanya itu sentiasa berada di mana-mana.

"Faktor bapa saya ada di mana-mana. Apapun, akhirnya saya perlu membuktikan kemampuan saya kerana orang akan melihat apa yang saya boleh buat atau tidak," katanya.

Proses pengundian itu bermula pada pukul 11.30 pagi dan berakhir kira-kira sejam kemudiannya.

‘Saya cuba sedaya upaya'

Selain jawatan pengerusi, turut dipertandingkan ialah satu jawatan timbalan pengerusi, empat naib presiden, 10 ahli jawatankuasa dan 14 perwakilan ke Mesyuarat Agung Tahunan parti itu pada Oktober ini.

Sementara itu, bercakap kepada pemberita selepas kemenangannya yang diumumkan pengerusi pemilihan Datuk Ho Yoon Ping pada jam 2.45 petang tadi, Ling berkata beliau amat gembira kerana diberi peluang untuk memimpin parti di peringkat bahagian.

"Saya akan mencuba sedaya mungkin, kerja sudah bermula, sebelum saya duduk dan membuat rancangan untuk MCA Segambut," katanya.

Katanya walaupun beliau masih muda, namun usia bukan penghalang untuk memimpin kerana yang penting adalah keupayaan untuk melakukan sesuatu kerja dan menyelesaikan sesuatu masalah.

"Pengaruh bapa bukan satu faktor yang besar di dalam kejayaan ini. Segambut merupakan bahagian di peringkat akar umbi yang memerlukan anda bercampur dan mengenali siapa anggota parti agar mereka memberikan anda undi, jadi saya fikir ia (faktor bapa) bukanlah faktor besar," katanya.

Sementara itu, Tan berkata beliau menerima keputusan itu kerana ia
dibuat dalam suasana yang demokratik dan sihat.

"Saya masih di dalam MCA dan akan terus berkhidmat kepada parti kerana kekalahan itu tidak bermakna kita tidak boleh memberi sumbangan kerana perwakilan telah membuat keputusan dan kita perlu menerimanya," katanya.

Hwa Beng tewas

Sementara itu, ahli jawatankuasa pusat MCA Datuk Lee Hwa Beng menerima kekalahan kali kedua dalam arena politiknya apabila gagal mempertahankan jawatan Ketua bahagian MCA Kelana Jaya yang disandangnya selama lima penggal dalam pemilihan bahagian parti itu hari ini.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lepas, beliau tewas kepada calon PKR, Loh Goh Burne di kawasan Parlimen Kelana Jaya.

Dalam pemilihan parti hari ini, Lee yang juga Pengerusi Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang tewas kepada Ketua Wanita bahagian Ong Chong Sian.

Lee mendapat 76 undi berbanding Ong sebanyak 82 undi. Ong semalam menang jawatan Ketua Wanita bahagian dalam pemilihan sayap Wanita dan Pemuda.

Dalam pilihanraya lalu, Ong tewas di kawasan Dewan Undangan Negeri Subang Jaya kepada Hannah Yeoh dari DAP. Click Here!

DAP Mahu Pakatan Kaji Semula Keanggotaan PAS

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Tanda perpecahan mula ketara dalam Pakatan Rakyat apabila DAP secara terbuka meminta pakatan itu mengkaji semula keanggotaan PAS.

"PAS ternyata mengundang keraguan tentang kredibilitinya dan berdasarkan perkembangan mutakhir, Pakatan Rakyat perlu menimbang secara serius sama ada PAS patut terus dibenarkan menganggotainya," kata Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dalam kenyataan di sini Ahad.

Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata demikian sebagai reaksi terhadap laporan berita baru-baru ini yang mengesahkan bahawa PAS dan Umno, yang menjadi tulang belakang Barisan Nasional (BN), mengadakan rundingan bagi memelihara perpaduan Melayu di negara ini.

"Jaminan Presiden PAS (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (Parti Keadilan Rakyat dan DAP) bahawa PAS tidak akan meninggalkan pakatan itu bagi menyertai BN adalah tidak ikhlas dan tidak disokong oleh perkembangan kebelakangan ini.

"Selepas pilihan raya umum pada 8 Mac, PAS mengadakan perbincangan dengan Umno bagi membentuk kerajaan campuran di Selangor. Tindakan ini berniat jahat kerana DAP dan PKR tidak dimaklumkan tentang perkara itu," katanya.

Beliau juga menyelar langkah PAS mengadakan satu lagi pusingan rundingan dengan Umno "atas nama perpaduan Melayu" dan menyifatkan langkah bersifat perkauman oleh PAS itu sebagai tidak sejajar dengan dasar DAP dan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan PAS, memerintah lima negeri -- Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Pepecahan gabungan ini akan menyebabkan berlakunya perubahan kerajaan di negeri terbabit, kecuali di Kelantan di mana PAS mempunyai majoriti lima kerusi.

Semalam, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat mencadangkan agar Umno dan PAS dibubarkan dan sebuah parti baru ditubuhkan bagi menyatukan semua orang Melayu.

"Pendedahan ini sungguh memeranjatkan dan memberi kesan serius. Kenyataan Nik Aziz ini mengetepikan kenyataan Hadi Awang di Ipoh semalam bahawa PAS tidak akan bergabung dengan Umno atau menyertai Barisan Nasional.

"Jelas sekali, kenyataan pemimpin PAS kebelakangan ini memberi persepsi bahawa mereka akan meninggalkan Pakatan Rakyat," kata Karpal.

Bagaimanapun, kenyataan Karpal juga mengandungi kesilapan apabila beliau menyebut Nasharudin Mat Isa sebagai setiausaha agung PAS, sedangkan orang kuat PAS itu adalah timbalan presiden parti berkenaan.

"Minggu lepas, Setiausaha Agung (sebenarnya timbalan presiden) PAS Nasharudin Mat Isa berkata orang Melayu sudah mula mempercayai tuduhan meliwat yang dihadapi Anwar Ibrahim.

"Kenapa Nasharudin buat kenyataan seperti itu? Dengan berbuat demikian, beliau membabitkan PAS secara menyeluruh memandangkan kedudukannya sebagai setiausaha agung (timbalan presiden).

"Kenyataan Nasharudin itu bukan saja bersifat menghina dan tidak tepat, malah berupa satu serangan terbuka terhadap Anwar Ibrahim yang sedang bergelut dengan usaha untuk merosakkan kredibiliti beliau melalui dakwaan meliwat.

"PAS tidak patut dan tidak boleh dibiarkan berlari bersama arnab dan memburu bersama anjing pemburu bagi mengelaknya daripada dibaham anjing berkenaan," kata Karpal.

Beliau berkata pilihan raya umum pada 8 Mac lepas memberi mandat kepada gabungan pembangkang untuk memerintah lima negeri dan mempamerkan dengan jelas bahawa rakyat mahukan sistem dua parti.

"Perkara paling penting, rakyat tidak mengundi mengikut kaum. PAS memilih untuk berusaha bagi menyatupadukan semua orang Melayu dan bukannya berusaha ke arah melaksanakan dasar bagi menyatupadukan semua rakyat Malaysia, sedangkan Pakatan Rakyat ditubuhkan bagi menyatupadukan semua rakyat Malaysia," katanya.

-- BERNAMA Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising