Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, July 27, 2008

Tindakan bekas MB tidak kena

KUALA TERENGGANU: Tindakan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak membuat kenyataan mengenai isu kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Eksekutif yang digunakannya sepanjang berkhidmat dengan kerajaan negeri, disifatkan tidak kena.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid, berkata isu kos penyelenggaraan kereta yang tinggi dibangkitkan bukan bertujuan menjatuhkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jertih itu tetapi sekadar contoh berhubung isu pembelian kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor.

"Dalam hal ini, kenyataan Pegawai Khas bekas Menteri Besar, Kamarulazman Idris untuk membawa perkara ini ke mahkamah tidak berapa kena. Hal ini bukan berkenaan Datuk Seri Idris Jusoh dan Menteri Besar sekarang, tetapi isu penggunaan kereta nasional dan pembelian Mercedes-Benz itu," katanya. Click Here!

RM80mil to maintain government cars

KUALA LUMPUR: The Federal Government is paying RM80mil annually to Spanco Sdn Bhd to have the latter maintain its fleet of 1,400 Proton Perdana V6 Executives and other vehicles designated for official use.

This works out to about RM12,000 annually to maintain each of the locally-made luxury-line Proton Perdana leased from Spanco.

On Friday, Terengganu Mentri Besar Datuk Ahmad Said called on the ACA to probe the high service charges imposed by Spanco.

The Perdanas were part of a fleet of 5,600 vehicles of various models and makes that Spanco, a vehicle fleet management company contracted to lease and maintain vehicles for ministers, top civil servants and senior government officials, made available to the Government.

The contract was inked in 1994 for the duration of 25 years as part of the Government’s privatisation exercise. It expires in 2019.

In that contract, the Government paid Spanco RM100mil a year to lease and maintain its entire fleet.

But in June 2003, Spanco and the Government returned to the negotiating table when the Finance Ministry found the contract awarded to Spanco in 1994 excessive. The Government appointed an international audit firm to look into Spanco’s books.

Under the revised agreement, the audit firm recommended the Government cut back the contract by 20% to RM80mil annually. Spanco chief executive officer Datuk Hamzah Mohd Salleh said the issue of cost overrun and high maintenance charges did not arise at all under the Government-Spanco deal.

“Any overrun would be borne by us,” he said, but declined to reveal the details of the package.

“We only leased the vehicles to the Federal Government. We don’t do the state governments’ business.”

A source told The Star that the Government was Spanco’s only customer.

Under the deal, the Government gets new Proton Perdanas every fourth year. Click Here!

Dr M: Backdoor deals could break Barisan

ALOR STAR: “Backdoor” deals between PAS and Umno would further ruin Barisan Nasional, former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad said.

He said Umno should not leave out its partners when making deals with PAS.

“It is not nice to leave out others (in the coalition),” he told reporters after opening an art exhibition in conjunction with Kolej Sultan Abdul Hamid's centennial celebration here yesterday.

The Sultan of Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, opened the centennial celebration in conjunction with his Golden Jubilee festivities.

Dr Mahathir was asked to comment on the high-level talks between PAS and Umno on issues concerning Malays and Islam.

He advised Umno not to turn its back on its partners in the coalition.

“What will MCA, Gerakan and MIC say?” he asked.

He warned that Barisan Nasional was already in ruins, with members of component parties “running away”.

“MCA leaders are leaving the party, Gerakan is being left behind, and the MIC will be left with only Datuk Seri S. Samy Vellu at the rate members are leaving the party,” he said.

Dr Mahathir said Barisan could only be saved if Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi steps down.-The Star

Click Here!

Terengganu exco drives to JB in new Benz

JOHOR BARU: A Terengganu state executive councillor arrived to attend the Malaysia Flora Fest 2008 here yesterday in one of the new Mercedes Benz cars the Terengganu government had bought to replace its fleet of Proton Perdana V6 Executive official cars.

Datuk Za'abar Mohd Adib, chairman of the State Tourism and Culture, Arts and Heritage Committee, was questioned by reporters on the use of the car which, along with the other 13 Mercedes Benz cars, was to be used only for guests of the Terengganu government.

"I feel the issue has been overblown," he said.

Za'abar added that he would leave the matter to Terengganu Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

He said the issue would be discussed at the next meeting of the state executive council.
Za'abar had used the Mercedes car for the first time last Wednesday when he came to Kuala Lumpur to attend a meeting of the Terengganu state executive council.

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi had said on Friday that Terengganu could keep the Mercedes Benz E200 Kompressor cars it had bought for RM3.43 million but use them only for guests of the state. -- Bernama Click Here!

Proton's claim 'nonsense'

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Datuk Ahmad Said yesterday dismissed claims by Proton that the service cost averaged RM542 for the state's 35 Perdanas.

"That's nonsense. We have the receipts, plus many state governments have since concurred with me. Do the math yourself. How much do you spend on servicing your car? It is not logical."

He added there were cases of Perdanas belonging to ministers which cost more than RM1,000 to service each time.

The state government maintained it sent its cars to an authorised Proton agent.

On Friday, Proton Holdings Bhd managing director Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed said the RM542 figure was based on the service records of the 35 cars and thus claims of high maintenance were baseless.

The Terengganu government blamed high maintenance cost, including RM131,449 for former menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh's car alone, to justify its decision to buy 14 Mercedes Benz E200 Kompressors for RM3.43 million. Click Here!

Idris Jusoh Lantik Peguam Isu Selenggaraan Proton Perdana V6 Tertinggi

BESUT, 25 Julai (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh melantik seorang peguam bagi meneliti serta memikirkan tindakan berhubung kenyataan yang menyebut kos penyenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakannya sebelum ini sebagai yang tertinggi di kalangan exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Pegawai khasnya Kamarulazman Idris dalam satu kenyataan berkata tindakan itu diambil kerana kenyataan berkenaan menjejaskan reputasi Idris yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Jerteh.

Beliau berkata kenyataan seumpama itu menunjukkan kepimpinan kerajaan negeri sekarang tergesa-gesa membuat kenyataan tanpa memikirkan kesan di sebaliknya, walaupun membuat permohonan maaf kemudiannya.

"Rakyat Terengganu seolah-olah dikelirukan dengan tuduhan bahawa Idris yang merupakan Menteri Besar ketika itu bersalah kerana penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive yang paling tinggi," menurutnya.

Beliau berkata keadaan yang berlaku meninggalkan kesan mendalam kepada bekas Menteri Besar itu yang sedang mengikuti kursus selama sebulan di Perancis ketika ini, dan dijangka pulang ke tanah air pada 8 Ogos ini.

Rabu lepas, Menteri Besar Datuk Ahmad Said mengedarkan senarai kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan exco kerajaan Terengganu yang mencatatkan perbelanjaan paling tinggi melibatkan kereta yang pernah digunakan Idris yang berjumlah RM235,123.08.

Bagaimanapun semalam Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong mengakui berlaku kesilapan daripada segi pengiraan, di mana kos sebenar penyenggaraan kereta yang dipakai bekas Menteri Besar itu ialah RM131.449.83.- Bernama

Click Here!

Proton hantar pasukan audit ke Terengganu, siasat kos senggaraan Perdana V6

KUALA LUMPUR 27 Julai — Proton, pengeluar kereta nasional, akan menghantar sepasukan anggota audit dalamannya ke Terengganu bagi menyiasat berhubung kos senggaraan yang keterlaluan membabitkan kereta Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri itu berjumlah RM1.07 juta.

Pengarah Urusan Proton Holding Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pasukan audit dalaman itu akan mengunjungi kesemua pusat servis Proton berdaftar di negeri itu yang membuat kerja-kerja selenggaraan kereta-kereta berkenaan.

“Kita akan menghantar pasukan audit itu dalam masa terdekat,” katanya pada siang akhbar di sini hari ini.- Bernama Click Here!

Proton gantung pusat servis EON di Terengganu langgar syarat perkhidmatan

KUALA LUMPUR 27 Julai – Proton Holdings Berhad (Proton) hari ini menggantung sebuah pusat servis EON di Terengganu kerana melanggar syarat-syarat perkhidmatan yang ditetapkan.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir berkata, pergantungan yang berkuat kuasa serta-merta itu dibuat selepas mendapati pusat servis tersebut menggunakan alat ganti tidak tulen dan terpakai ke atas kereta-kereta rasmi kerajaan negeri Terengganu.

Pergantungan itu juga katanya, berikutan terdapat bukti menunjukkan pusat servis tersebut mengenakan caj berlebihan terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Beliau menambah, pusat servis tersebut menghadapi kemungkinan ditamatkan perkhidmatannya daripada menjadi wakil servis Proton sekiranya didapati bersalah oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR). - Utusan

Exco Terengganu Guna Mercedes Untuk Sementara Waktu

KUALA TERENGGANU, 27 Julai (Bernama) -- Anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan Terengganu akan menggunakan kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi buat sementara waktu sehingga Badan Pencegah Rasuah (BPR) selesai menjalankan siasatan terhadap kereta Proton Perdana V6 Executive.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata pada masa ini, BPR telah mengambil kereta Proton Perdana V6 kerajaan negeri itu untuk siasatan berhubung kos penyenggaraannya yang terlalu tinggi.

"BPR telah ambil kereta Proton Perdana V6 Executive yang digunakan exco dan pegawai kanan kerajaan negeri. Jadi mereka kena pakai dululah (kereta Mercedes)...Perdana Menteri pun dah kata, sekali-sekala boleh pakai kereta Mercedes ini," katanya.

Ahmad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam dan ramah mesra antara beliau selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu dengan pemimpin kesemua empat peringkat Bahagian-Bahagian Umno negeri di sini malam tadi.

Dua hari lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan kesemua 14 buah kereta Mercedes E200 Kompressor yang telah dibeli kerajaan Terengganu hanya akan digunakan untuk membawa tetamu-tetamu kerajaan negeri.

Ditanya sama ada kerajaan Terengganu akan membeli kereta Proton Perdana V6 Executive yang baru kerana kereta nasional kerajaan negeri sedia ada itu didakwanya sering menghadapi masalah, Ahmad berkata: "Kalau nak beli pun tahun depan. Itu pun kalau (kerajaan negeri) ada duit."

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menjelaskan kerajaan negeri tidak pernah berniat untuk menjatuhkan imej Datuk Seri Idris Jusoh berhubung kenyataan yang menyebut kos penyenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive yang pernah digunakan bekas Menteri Besar Terengganu itu, adalah yang tertinggi di kalangan exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu.

"Kita tidak tuju pada Datuk Seri Idris. Bukan dia salah guna, cuma (kebetulan) kereta itu digunakan oleh Menteri Besar. Sebenarnya jumlah itu silap dan Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Mokhtar Nong) telah pun membuat permohonan maaf," katanya.

Ahmad juga enggan mengulas ketika ditanya mengenai tindakan bekas Menteri Besar Terengganu itu yang melantik seorang peguam untuk meneliti dan memikirkan tindakan susulan berhubung perkara itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad akur dengan arahan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya beliau tidak memperbesar-besarkan perkara lain setelah isu mengenai pembelian kereta Mercedes itu selesai.

-- BERNAMA

Click Here!

Pemimpin T'ganu Kurang Senang Laporan Media Berhubung Isu Mercedes

KUALA TERENGGANU, 27 Julai (Bernama) -- Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata ahli politik perlu bersikap positif berhubung peranan yang dimainkan media dalam melaporkan sesuatu isu sehingga mendapat perhatian umum.

"Media hanya melaporkan dan kita mesti lihat laporan itu secara positif kerana apa sahaja yang melibatkan rakyat sudah tentu rakyat ingin tahu. Ini peranan media.

"Seperti apa yang disebut oleh falsafah Perancis, dalam negara yang mengamalkan demokrasi, media adalah "estet keempat" iaitu organisasi keempat terpenting dalam masyarakat," katanya selepas menghadiri majlis ramah mesra Menteri Besar Datuk Ahmad Said dengan pemimpin empat peringkat Bahagian-bahagian Umno negeri itu di sini malam tadi.

Dalam konteks itu, Ahmad Shabery berkata semua pihak perlu mencari jalan penyelesaian terbaik, misalnya PROTON, pengeluar kereta nasional, mesti memperbaiki mutu kenderaan yang dikeluarkannya kerana sebagai kereta yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin negara, tahap keselamatannya perlu dipertingkatkan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sikap segelintir pemimpin di negeri itu yang kurang senang terhadap pendedahan media berhubung isu penggunaan Mercedez E200 Kompressor oleh kerajaan Terengganu sebagai kenderaan rasmi bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive.

Isu itu timbul apabila wartawan bertanyakan soalan mengenai isu itu kepada Menteri Besar selepas majlis itu.

Mereka yang hadir dalam sidang akhbar itu mempertikaikan wartawan yang menyiarkan isu berkenaan dan menganggap tahap kredibiliti golongan itu rendah dan soalan yang ditanya berhubung perkara tersebut tidak bertaraf nasional dan antarabangsa.

"Wartawan pun kena belajar tanya soalan...biar "kelas" sikit. Isu benda-benda (apa jua isu) biar nasional, biar antarabangsa punya soalan," kata seorang daripada pemimpin terbabit.

Semasa soalan itu diajukan, Ahmad kelihatan tenang tetapi beberapa pemimpin negeri mencelah dan meluahkan perasaan tidak puas hati berhubung tindakan media memainkan isu penggunaan Mercedes.

Seorang lagi pemimpin terlibat mempersoalkan tindakan sebuah akhbar tempatan yang melaporkan isu berkenaan di muka hadapan akhbar tersebut pada Ahad lepas sehingga ia menjadi besar dan menimbulkan polemik yang melibatkan perhatian umum.

"Saya lihat kualiti wartawan kita bila buat soalan...apa yang awak semua mahu. Adakah (berita) dipantau oleh pengarang atau memang awak fikir berita ini (penggunaan Mercedes) baik untuk rakyat atau kerajaan," soalnya.

Bagi pemimpin berkenaan, isu pembelian Mercedes itu yang melibatkan perbelanjaan lebih RM3 juta adalah jumlah yang kecil bagi perbelanjaan sesebuah kerajaan negeri dan beliau hairan mengapa ia diperbesar-besarkan.

"Awak fikir RM3 juta beli Mercedes ini besar sangat bagi sesebuah negeri. Apa pendapat wartawan? Kenapa tidak paparkan perkara-perkara yang positif. Cuba anda jawab," katanya.

-- BERNAMA

Click Here!

Tidak Mustahil Umno-PAS Bersatu, Kata Ahmad Shabery

KUALA TERENGGANU, 27 Julai (Bernama) -- Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata penyatuan antara Umno dan PAS bukan sesuatu yang mustahil kerana kedua-dua parti itu pernah bersatu di bawah sebuah pakatan sebelum ini.

Beliau berkata apa yang lebih penting, kedua-dua parti itu perlu berbincang dengan hati yang ikhlas bagi memastikan penyatuan itu dapat memberi kebaikan kepada mereka.

"Insya-Allah...tiada apa yang mustahil kalau kita lihat kepada sejarah dahulu pun pernah waktu yang lebih runcing lagi pada 1969, akhirnya kita boleh wujudkan satu formula yang lebih besar iaitu pakatan yang dinamakan Barisan Nasional (BN), bersama PAS," katanya.

Ahmad Shabery diminta mengulas mengenai cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik semalam, supaya UMNO dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis ramah mesra Pengerusi Badan Perhubunan Umno Terengganu Datuk Ahmad Said dengan pemimpin empat peringkat Bahagian-Bahagian Umno negeri itu di sini malam tadi.

Menteri Besar Kelantan itu berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

Mengulas perkara itu, Ahmad Shabery berkata tiada sebab kenapa kedua-dua parti itu tidak boleh mencari formula untuk bersatu demi kepentingan negara pada masa depan dan ia tidak semestinya melihat hanya untuk orang Melayu dan Islam tetapi perpaduan yang boleh dimanfaatkan oleh semua kaum di negara ini.

Beliau berkata kedua-dua parti berkenaan perlu melihat penyatuan itu dalam konteks yang lebih besar berbanding sebelum ini, terutama dalam menghadapi keadaan sekarang yang lebih mencabar.

"Kalau ada hasrat suci untuk melihat ada penyatuan di kalangan orang Melayu dan Islam, saya rasa baik kita kembali kepada asal iaitu pakatan yang pernah kita tubuhkan atas nama UMNO itu sendiri.

"Kalau kita ikhlas tentang soal penyatuan, soal apakah bentuknya tidak penting. Tetapi yang pentingnya kesediaan untuk kita duduk berbincang dan muzakarah, dapat kita teruskan.

"Kita tidak mengenakan apa-apa syarat sebab bagi PAS sendiri sekiranya dia boleh duduk bersama parti-parti lain yang tidak pun bercakap tentang soal Islam, yang ada rekod menentang negara Islam, kenapa ia ingin mengenakan pelbagai syarat dan bentuk kerjasama dengan UMNO," katanya.

-- BERNAMA

Click Here!

Surat layang burukkan pemimpin timbul di Terengganu

KUALA TERENGGANU 27 Julai — Surat layang memburuk-burukkan pemimpin mula timbul di Terengganu apabila ada anggota UMNO di negeri itu yang mendapat pencalonan untuk merebut jawatan Ketua Bahagian, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Said.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan calon terbabit supaya tidak meneruskan niat mereka kerana ia akan hanya menjejaskan keutuhan dan perpaduan dalam parti itu.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, keadaan itu menunjukkan petanda yang tidak baik kerana mereka sepatutnya memikirkan untuk memperkuatkan parti berbanding diri sendiri terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

“Kalau orang calon, kalau kita tak nak bertanding, tak jadi pertandingan.

Pada masa ini, kita kena kuatkan parti. Memang betul itu kehendak ahli supaya pemimpin terbabit bertanding tetapi keputusan kita yang buat.

“Sebenarnya kalau dia boleh menangkan parti dan rakyat hendakkan dia, kita boleh calonkan dia (untuk pilihan raya akan datang) walaupun dia tidak memegang sebarang jawatan di peringkat UMNO Bahagian,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam dan ramah mesra dengan pemimpin empat peringkat Bahagian-Bahagian UMNO negeri itu, di sini malam tadi.- Bernama

Komponen BN Tidak Perlu Sangsi Dengan Muzakarah Umno-PAS, Kata Ong Ka Chuan

TAPAH, 27 Julai (Bernama) -- Semua anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak seharusnya bimbang dan sangsi dengan persetujuan UMNO untuk bermuzakarah dengan PAS, kata Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Beliau berkata UMNO berhak untuk bermuzakarah selagi ia tidak menjejaskan kepentingan BN serta masyarakat majmuk berbilang agama di negara ini.

"Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan (Tengku Mansor) juga memaklumkan bahawa hasil perbincangan itu akan dijelaskan kepada komponen BN dalam mesyuarat akan datang. Jadi saya amat mengalu-alukan penjelasan ini kerana ia akan dapat menghapuskan kesangsian komponen BN yang lain," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA Bahagian Tapah di sini Ahad.

Beliau berkata sejarah membuktikan PAS tidak boleh mencapai kata sepakat yang utuh walaupun pernah bersama-sama dalam perjuangan BN.

Katanya kesangsian dan kebimbangan anggota komponen BN itu timbul berasaskan PAS mempunyai ideologi politik yang bercanggah dengan perjuangan UMNO yang turut bersama-sama dalam BN.

"Secara tiba-tiba PAS boleh berbincang dengan UMNO. Sekiranya perkara itu (hasil perbincangan) dapat dijelaskan, saya rasa itu sangat baik di mana kita (komponen BN) boleh memahami apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi pada kita selagi perbincangan itu membawa manfaat kepada negara dan keamanan politik, kita seharusnya tidak perlu rasa bimbang," katanya.

Ketika ditanya sama ada MCA bercadang mengadakan perbincangan dengan DAP, Ong berkata perkara itu tidak pernah terlintas di fikirannya malah MCA tidak mempunyai kepentingan serta keperluan untuk berbuat sedemikian.

Beliau berkata muzakarah antara UMNO dan PAS adalah perkara berbeza kerana walaupun komponen BN tidak terlibat, UMNO akan menjelaskan hasil perbincangan itu atas semangat BN.

Mengenai pemilihan yang berlangsung di 191 bahagian MCA hari ini, Ong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan MCA meminta semua anggota yang bertanding supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Katanya ia perlu dijalankan secara ikhlas dan jujur serta mengelak daripada perbuatan tidak baik seperti politik wang, keganasan, tohmahan dan serangan peribadi.

Beliau berkata Ibu pejabat MCA akan menerima sebarang aduan termasuk berhubung disiplin dan teknikal dalam tempoh 48 jam selepas pemilihan dan jawatankuasa MCA tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

-- BERNAMA

Click Here!

Samy Bidas Golongan Yang Hanya Berminat Dengan Jawatan

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, hari ini membidas pemimpin "tertentu" parti yang telah memulakan kempen untuk jawatan peringkat pusat, sungguhpun pemilihan MIC hanya akan berlangsung sepuluh bulan lagi.

"Saya masih belum membuat sebarang persetujuan kepada sesiapa (untuk bertanding bagi jawatan dalam pemilihan parti). Ada ramai orang yang hanya begitu berminat untuk bertanding dalam pemilihan jawatan sahaja. Mereka tidak peduli tentang masyarakat India. Saya berada di pejabat dan bekerja dari 10 hingga 12 jam.

"Kesimpulan saya ialah, kita kalah dalam pilihan raya, kita kehilangan sokongan masyarakat India. Saya bekerja keras untuk membawa semula masyarakat kepada kita tetapi ada segelintir pihak dalam MIC yang hanya memikirkan mengenai jawatan 24 jam setiap hari. Itu saja yang mereka fikir dan usahakan," kata ahli politik kanan itu yang mengetuai parti politik berasaskan masyarakat India terbesar di negara ini selama hampir 30 tahun.

MIC akan mengadakan pemilihan presiden pada Mac, 2009 manakala pemilihan bagi jawatan peringkat pusat yang lain -- timbalan presiden, tiga naib presiden dan 23 anggota jawatankuasa kerja pusat -- akan berlangsung pada Jun, tahun depan.

"Saya fikir ini amalan yang sangat tidak baik (berkempen untuk memperoleh jawatan tanpa bekerja untuk parti) yang kita tidak sepatutnya galakkan. Saya pernah katakan sebelum ini jika sesiapa merasakan mereka mendapat sokongan daripada perwakilan, mereka boleh bertanding... tidak ada siapa pun yang menghalang mereka daripada bertanding," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Koperasi Pekerja Jaya Bhd (KPJ) di ibu pejabat parti di ini. KPJ adalah sayap koperasi MIC.

"Malah jika ada sesiapapun yang mahu bertanding jawatan presiden... biarkan mereka bertanding. Terpulang kepada perwakilan untuk memilih. Sekarang adalah masa untuk kita bersatu... sekarang adalah masa untuk kita membawa semula masyarakat bagi memastikan Barisan Nasional memenangi pilihan raya akan datang. Itulah yang sedang kita usahakan," kata bekas Menteri Kerja Raya.

Samy Vellu berkata berdasarkan siri jelajahnya ke seluruh negara sehingga kini, "saya mendapat banyak sokongan", dan rakyat menyatakan bahawa mereka melakukan kesilapan dengan mengundi pembangkang.

"Sekarang mereka mahu kembali semula kepada MIC dan memperbetulkan kesilapan yang dilakukan. Saya berasa sangat gembira.

"Saya tahu ada sesetengah orang yang mempunyai ketagihan... ketagihan itu ialah mereka mahu berada dalam politik. Bagi saya politik adalah satu permainan. Dalam politik, kalau anda bekerja untuk rakyat, anda akan kekal, kalau anda tidak bekerja untuk rakyat, anda tidak (dikekalkan)," katanya.

Beliau berkata terdapat dua jenis ahli politik dalam MIC, satu daripadanya mahu menjadi instrumen kepada rakyat untuk maju manakala jenis yang satu lagi hanya memikirkan tentang diri sendiri dan "ahli politik jenis ini, tidak mengambil berat mengenai rakyat".

-- BERNAMA

Click Here!

BPR Tahan Lapan Kereta Exco Kerajaan Terengganu

KUALA TERENGGANU, 27 Julai (Bernama) -- Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menahan lapan buah kereta Proton Perdana V6 Executive exco dan pegawai kanan kerajaan Terengganu bagi membantu siasatan berhubung kos penyenggaraan kenderaan itu yang terlalu tinggi.

Pengarah BPR Terengganu, Sharuddin Sapian ketika dihubungi berkata empat daripada kereta berkenaan ditahan pada Khamis lepas manakala bakinya ditahan sehari kemudian.

Beliau, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai lapan kereta yang ditahan itu.

Semalam, Sharuddin berkata setakat ini sembilan individu telah dipanggil oleh BPR untuk memberi keterangan berhubung isu berkenaan.

Khamis lepas, pegawai BPR memulakan siasatan kes itu dengan mengambil dokumen dari pejabat Perbendaharaan Negeri diikuti tindakan sama di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman. Click Here!

Pakatan, walau berbeza idealogi, tetapi ada titik pertemuan' - Presiden PAS.



IPOH, 27 Julai (Hrkh)- Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyanjung tinggi kerjasama Pakatan Rakyat khususnya pimpinan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (KeADILam) di Perak yang memberi peluang PAS menerajui kerajaan tersebut.
















Iklan

Beliau memberi penghargaan kepada parti komponen pakatan dengan kerjasama itu lebih-lebih lagi dalam keadaan salah faham terhadap Islam berlaku.

Kesediaan PAS bersama di dalam Pakatan Rakyat disandarkan kepada wujudnya titik pertemuan di antara parti dalam Pakatan tersebut.

Kerjasama itu diasaskan kepada kesamaan dalam misi menegak keadilan, menentang akta yang zalim, penyellewengan dan kerana itu PAS sanggup bersama komponen parti Pakatan Rakyat walaupun berbeza dari segi ideolog, katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Konvensyen PAS yang diadakan di Dewan Serbaguna Rapat Setia, semalam.

"PAS bersedia bertahaluf dengan rakan yang berlainan idealogi dan dipersetujui oleh Majlis Syura.Di sana ada titik persamaaan seperti, keadilan, menentang diskriminasi, penindasan. di atas titik yang sama ini Pakatan Rakyat ditubuhkan," jelasnya.

"Dalam masa yang sama ,katanya, PAS masih sanggup mengadakan muqabalah bukannya muzakarah dalam keadaan PAS ditekan yang sangat kuat oleh Umno.

"Sebelum ini ada pemimpn PAS yang dibunuh, ada pemimpin PAS di Terengganu difitnah berkhalwat pada tahun 50 -an., ketika PAS memerintah di Terengganu `dirompak' royati minyak, pengikut kita di kampung dinafikan hak kerana menyokong PAS, pelajar di luar negeri dinafikan haknya dan lain-lain lagi," ujarnya.

Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang dalam ucapannya pula menaruh keyakinan bahawa PAS Perak mampu merampas kerusi-kerusi yang dipertandingkan oleh wakil-wakil Umno dalam pilihan raya ke 13 akan datang.

Sejak awal lagi PAS berpendirian menolak kerjasama dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan Perak.

Antara tetamu yang hadir, Pengerusi DAP Perak yang juga merupakan Exco Kanan, Dao' Ngeh Koo Ham , Timbalan Speaker Perak, Hee Yit Foong, Pengerusi KeADILan Perak, Ismail Yusof, Timbalannya Ustaz. Zukifli Ibrahim, Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai , Adun Hutan Melintang, Kesevan,

Turut hadir wakil-wakil dari yayasan orang Asli Perak, Pengerusi kelab-kelab Penyokong PAS kawasan-kawasan, Wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) Cina, dan Adun PAS Titi Serong, Gunung Semanggol, Selingsing dan Cangkat Jong. Click Here!

BN umpan RM30 juta pikat Adun Pakatan Rakyat di Perak?

BESUT, 27 Julai (Hrkh) - Keghairahan Umno Perak kononnya akan menubuh kerajaan pada 31 Ogos depan dengan 'membeli' tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat dianggap sebagai igauan di siang hari.














Iklan

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin berkata, bagi mencapai hasrat tersebut mereka dikatakan sanggup membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga RM30 juta seorang.

Katanya, walaupun Umno menawar harga yang tinggi, namun semua wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak memberi jaminan tidak akan menerima tawaran tersebut sebaliknya akan terus kekal dengan kerajaan sekarang.

Oleh itu dakwaan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Tajul Rosli Ghazali yang mendakwa kerajaan Pakatan Rakyat Perak akan tumbang 31 Ogos ini hanyalah gimik politik semata-mata.

Beliau menyatakan perkara itu ketika menyampaikan ceramahnya di Dewan Haji Salleh, Pekan Alor Lintah, baru-baru ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kini mempunyai 59 ahli di mana 28 Umno, 18 DAP, 7 PKR dan 6 PAS.

Beliau juga mengakui pelantikannya sebagai Menteri Besar merupakan satu keajaiban yang telah ditentukan oleh Allah Taala.

"Walaupun PAS hanya memenangi 6 kerusi Dun berbanding DAP sebanyak 18 dan Parti Keadilan Rakyat 7, namun semua pemimpin parti dalam Pakatan serta baginda Sultan bersetuju melantik Adun PAS sebagai menteri besar.

"Kita telah memberitahu rakyat Perak, Allah Taala telah menurunkan rahmatNya ke atas negeri itu dengan menubuhkan kerajaan melalui kesepakatan di antara pemimpin PAS, DAP dan PKR," katanya.

Beliau juga berkata, walaupun Perak merupakan kerajaan berbilang bangsa atau parti, namun pemimpin DAP boleh menerima program keislaman yang dilaksanakan.

Sebagai contoh Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham menanyakan berapa ganjaran yang diberikan kepada qari dan qariah Perak yang berjaya menjadi johan Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kedah, baru-baru.

"Saya mencadangkan kita beri RM1,000 seorang dan Datuk Ngeh pula cadangkan kerajaan negeri memberi RM10,000 seperti diberi kerajaaan Pusat," katanya.

Bagaimanapun katanya, pihak yang tidak boleh menerima kerajaan sekarang hanyalah pemimpin Umno yang diketuai Tajul Rosli.

Click Here!

PAS: S'pura cabar lagi kedaulatan M'sia

Jul 26, 08 1:00pm
Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) memandang serius tuntuan Singapura untuk mendapatkan hak zon ekonomi eksklusif (ZEE) di perairan Pulau Batu Putih kerana ia sekali lagi akan mencabar hak kedaulatan Malaysia.

salahuddin ayub 01"Kegagalan Malaysia mempertahankan hak kedaulatan ke atas pulau batuan ini, telah digunakan oleh Singapura untuk meluaskan wilayah ekonomi mereka melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)," kata Ketuanya, Salahuddin Ayub.

Katanya, DPP berpandangan bahawa kebiadapan Singapura itu berpunca dari kelemahan pentadbiran kerajaan yang sering kali mengalah dalam hal-hal yang melibatkan Singapura.

Sikap tersebut, tambahnya, telah membuat republik itu menjadi besar kepala dan meneruskan agenda untuk ’menakluk’ negara ini seperti yang dirancang oleh pengasasnya semenjak 1960-an.

"DPP Pusat mengutuk sekeras-kerasnya tuntutan Singapura melalui ICJ ini kerana ia adalah masalah serantau yang boleh diselesaikan melalui meja rundingan. Singapura langsung tidak menghormati ASEAN walaupun baru seminggu menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri Luar Asean.

"Sepatutnya, sebarang pertikaian atau tuntutan kecil ini harus diselesaikan secara ’adik-beradik’ kerana Singapura bukan sahaja sama-sama menganggotai ASEAN, bahkan jiran terdekat Malaysia," kata Salahuddin dalam satu kenyataan.

'Tunjuk sikap jagoan'

pulau batu putih pulau batu puteh 230508Katanya, republik tersebut tidak wajar mengambil sikap Israel di Timur Tengah kerana semangat ASEAN masih kukuh di rantau ini.

"Membawa tuntutan seperti ini ke peringkat antarabangsa, seolah-olah ingin menunjukkan sikap jagoan Singapura kepada jiran-jiran, sedangkan Singapura sendiri masih bergantung kepada Malaysia dalam banyak perkara," tambahnya.

DPP juga, tegas Salahuddin, melihat bahawa kedudukan Pulau Batu Putih sebagai pulau batuan tidak layak dijadikan asas untuk tuntutan ZEE.

"Pulau batuan ini tidak sesuai didiami manusia, apatah lagi untuk kegiatan ekonomi. Mungkin ia sesuai untuk dijadikan tapak rumah api, tetapi tidak sampai memerlukan ZEE.

"Singapura seharusnya menghormati Malaysia sebagai pemilik asal pulau itu dan hak yang diberikan oleh ICJ ke atas beberapa pulau batuan lain di sekitar Pulau Batu Putih kepada Malaysia.

"Ini bermakna hak ZEE juga dimiliki oleh Malaysia secara bertindan. Maka cara yang paling baik ialah kedua-dua negara harus berunding, bukannya menggunakan saluran mahkamah. Cara yang digunakan ini seolah-olah Malaysia tidak mahu berunding atau enggan bertolak ansur," katanya.


'Untungkan S'pura'

Salahuddin berkata, DPP juga melihat perkembangan negatif itu berlaku kerana kecuaian kerajaan dalam mentadbir negara.

"Semenjak 2003, sudah banyak kepentingan negara yang terlepas kepada Singapura ekoran permainan politik lemah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Semenjak isu jualan pasir, pengambilalihan Hospital Pantai oleh syarikat Singapura, pembatalan projek Jambatan Bengkok, hinggalah dasar-dasar pelaburan pro-Singapura di Iskandar Malaysia, semuanya menguntungkan Singapura.

"Kemudian hak milik Singapura ke atas pulau batuan ini disahkan oleh ICJ, dan hari ini mereka menuntut yang lebih daripada itu.

"Sedangka Kerajaan BN terus mengalah dan menikus kepada Singapura. Jika keadaan ini berterusan, DPP percaya lebih banyak hak kedaulatan negara akan tergadai kepada Singapura, khususnya di Wilayah Iskandar," katanya. Click Here!

Rais: Jangan 'jolok sarang tebuan'

Jul 26, 08 3:37pm
Singapura diminta supaya tidak menguji Malaysia melalui tuntutan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di Batu Puteh kerana tindakan itu umpama "menjolok sarang tebuan", kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Katanya, Malaysia akan bertegas dengan republik itu dan jika kenyataan tuntutan EEZ itu diulangi lagi oleh pemimpin republik itu, ia hanya akan mengundang masalah.

pulau batu putih pulau batu puteh 230508"Nak berunding buat cara berunding, tidak payah cabul mencabul, tidak payah "test market" atau uji perairan kita," katanya kepada pemberita di Jelebu hari ini.

Bernama melaporkan Rais berkata beliau sendiri berasa pelik dengan tuntutan Singapura itu yang jelas tidak sepatutnya dikeluarkan semasa pakar-pakar dalam jawatankuasa teknikal kedua-dua negara sedang menyelesaikan isu-isu yang berbaki selepas pulau itu diserahkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kepada republik itu.

Jika Singapura masih tidak menerima keputusan Malaysia dan berkeras mahu menuntut wilayah perairan atau ruang EEZ untuk Batu Puteh, Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Singapura, katanya.

Bagaimanapun, Rais percaya, tuntutan Singapura itu lebih kepada kenyataan bersifat politik yang telah dikeluarkan oleh Menteri Kanannya, Balaji Sadasivan kelmarin.

Pada 22 Julai lalu, semasa menjawab soalan di Parlimen republik itu, Balaji dilaporkan sebagai berkata Singapura mempunyai kawasan perairan wilayah sehingga maksimum 12 batu nautika dan EEZ yang konsisten dengan Konvensyen Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) pada 10 Disember 1982, di mana Singapura adalah
salah satu pihak yang menandatangani konvensyen itu.

Balaji berkata jika had perairan wilayah atau EEZ bertindih dengan tuntutan negara-negara jiran, Singapura akan berunding dengan negara-negara itu untuk mencapai persetujuan bagi menetapkan had atau batasan mengikut undang-undang antarabangsa.

Tidak layak

Dan kemudiannya Kementerian Luar Singapura menegaskan bahawa kenyataan Balaji semasa menjawab soalan anggota Parlimen tentang Batu Puteh di Parlimen, bukan merupakan pendirian baru republik ini tentang isu berkenaan.

Kementerian itu berkata, kali pertama Singapura membuat tuntutan tentang sempadan wilayah laut hingga sejauh 12 batu nautika dan zon ekonomi ekslusif itu adalah melalui kenyataan akhbarnya pada 15 September 1980 dan ditegaskan semula dalam satu lagi kenyataannya pada 23 Mei tahun ini selepas ICJ mengumumkan penghakimannya tentang kedaulatan Batu Puteh.

Kebanyakan rakyat Malaysia dilaporkan tidak berpuas hati apabila Singapura mahu menuntut kedaulatan wilayah laut dan zon ekonomi ekslusif di sekitar Batu Puteh berikutan keputusan ICJ Mei lalu.

Rais berkata beliau telah berjumpa dengan menteri luar republik itu dan satu persetujuan telah dicapai untuk terus menghormati asas-asas awal sehinggalah jawatankuasa teknikal itu selesai menjalankan tugas mereka.

Tuntutan EEZ Singapura pada Batu Puteh juga dianggap tidak layak kerana tidak mengikut kehendak UNCLOS, katanya.

"Perairan wilayah dan EEZ adalah pada UNCLOS di mana mengikut Seksyen 121 (3) sesuatu tuntutan tentang EEZ hendaklah mematuhi syarat-syarat tertentu misalnya pulau itu bukanlah sebuah pulau yang boleh menampung kehidupan ekonomi...ia hanyalah batu," katanya.

Jaraknya juga agak dekat dengan Johor iaitu sejauh 7.7 batu nautika dengan di tengah-tengahnya ada kapal berlayar dan mengikut undang-undang, Singapura tidak boleh sesuka hati menukar jalan pelayaran itu jika mahu menjadikan kawasan pulau itu sebagai zon EEZ-nya, katanya. Malaysiakini Click Here!

Insiden udara Qantas: M'sia jadi perhatian

Jul 26, 08 5:49pm
Perhatian kini bertumpu kepada sebuah sebuah syarikat penyelenggaran kapal terbang di Malaysia selepas sebuah pesawat Qantas hampir terbabit dalam kemalangan udara semalam.

Akhbar The Daily Telegraph di Sydney memetik seorang juruterbang kanan Qantas yang tidak disebut namanya sebagai berkata, insiden itu mungkin ada kaitan dengan penyelenggaran pesawat tersebut.

qantas qf30 disaster 260708Katanya, terdapat cakap-cakap di kalangan juruterbang mengenai mutu rendah penyelenggaran pesawat tersebut yang dilakukan di luar negara.

"Tindakan Qantas menggunakan khidmat penyelenggaran di Malaysia membimbangkan ramai juruterbang kami," katanya sambil mendakwa ada pesawat yang tidak diselenggara dengan sempurna.

Bagaimanapun, tidak ada pengesahan sama ada pesawat itu telah dibaiki atau diselenggara di Malaysia.

Pagi semalam, pesawat Boeing 747 yang berusia 17 tahun, bagi penerbangan QF 30, mengalami kebocoran rangka pesawat ketika melintasi Laut China Selatan dalam penerbangan dari London ke Melbourne.

Insiden tersebut mengakibatkan terjadi satu lubang seluas tiga meter di bahagian perut pesawat, menyebabkan tekanan udara jatuh. Ini menyebabkan pesawat terjunam 6,000 meter (20,000 kaki) sebelum dapat distabilkan semula.

Juruterbangnya terpaksa melakukan pendaratan cemas di Manila pada jam 11 pagi semalam. Tiada sebarang laporan kecederaan.

Menurut AFP, bunyi letupan kuat, diekori dengan pesawat menjunam ke bawah, menyebabkan para penumpang menjadi panik.

"Saya terdengar ada orang menjerit. Penumpang kelihatan merenung satu sama lain dalam keadaan ketakutan," kata seorang penumpang, Steve Winchester.

Qantas belum lagi mengumumkan punca rasmi insiden tersebut, tetapi akhbar The Daily Telegraph berkata para jurutera mendapat tahap hakisan yang tinggi pada pesawat tersebut.

Insiden itu berlaku ketika Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Awam Australia (CASA) dikecam dalam negeri kerana enggan mendedahkan 1,000 muka surat laporan audit mengenai penyelenggaran kemudahan di Hong Kong, Singapura, Filipina, New Zealand and Malaysia.

CASA diminta mendedahkan sepenuhnya laporan audit tersebut selepas laporan audit Qantas 2006 mendedahkan terdapat kerosakan pada sebuah pesawatnya yang pulang dari Singapura, lapor akhbar The Age pada 21 Julai lalu.

Laporan itu mendedahkan mengenai peningkatan penggunaan khidmat kontraktor luar negara sejak akhir-akhir ini untuk menyelenggara pesawat Qantas.

Pada Disember 2007, Qantas menandatangani perjanjian dengan syarikat MAS Aerospace Engineering (MAE), syarikat milik penuh Penerbangan Malaysia, untuk menceburi bidang perkhidmatan penyelenggaran, pembaikan dan baik-pulih pesawat di Asia Tenggara.

Menurut laporan akhbar The Australia pada Disember 2007, bayaran kepada MAE melalui perjanjian tersebut, tidak didedahkan, tetapi menurut laporan, jumlahnya membolehkan Qantas memiliki separuh daripada MAE.

Kemudahan MAE di lapangan terbang lama Subang, Selangor dianggap sebagai pusat membaiki dan penyelenggaraan pesawat untuk para pelanggannya, termasuk KLM Royal Dutch Airlines; Garuda, Indonesia dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei. Berita asal

Click Here!

Nik Aziz: Bubar Umno dan PAS, tubuh parti baru

Jul 26, 08 9:49pm

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

nik azizBeliau berkata Islam menepati semua matlamat perjuangan termasuk politik dan perlu dijadikan asas kepada perjuangan mana-mana parti politik yang inginkan kepada perjuangan sebenar.

"Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang hari ini

Bernama melaporkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Umno tidak ada sebab untuk menolak dasar Islam yang dicadangkan oleh PAS melalui parti itu kerana Islam milik semua kaum termasuk bukan Melayu di negara ini.

"Kalau tidak kena dengan Islam di mana-mana, cuba beritahu dan kalau Umno itu benar dan tidak bertentangan dengan agama cuba beritahu," katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membayangkan kemungkinan diadakan kerjasama politik dengan PAS suatu masa nanti.

Nik Abdul Aziz berkata dengan cara demikian ia dapat mengembalikan kekuatan Islam di negara ini di samping merapatkan hubungan antara kaum termasuk bukan Islam.

"Islam untuk semua kaum, bukan untuk orang Melayu sahaja atau Cina, India dan Orang Putih, semua perlu bersatu di bawah Islam," katanya.

Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising