Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, July 26, 2008

'Giliran orang Johor jadi presiden'



Abdul Rahim Sabri | Jul 26, 08 3:02pm



Sudah tiba masanya jawatan presiden dan timbalan presiden dipertandingkan, kata ketua Umno Cawangan Desa Jaya, Abdul Muhamad Talib Ngah.

muhyiddin yasin muhyiddin yassin"Dan sudah tiba masanya orang Johor dicalonkan memegang jawatan presiden. Tan Sri Muhyiddin Yassin layak memegang jawatan tersebut.

"Ini kerana beliau telah membuktikan kemampuannya melaksanakan tugas-tugas yang telah diamanahkan kepadanya selama ini," kata Abdul Muhamad Talib

Tugas-tugas yang diamanahkan itu merangkumi dalam parti dan juga dalam kerajaan.

Muhyiddin sekarang adalah naib presiden Umno dan memegang portfolio Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Sebelum ini, beliau telah diamanahkan memegang jawatan Menteri Pertanian dan Asas Tani.

shahrir samad 250907Umno bahagian Johor Bahru diketuai oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

"Usul mencadangkan Tan Sri Muhyiddin sebagai presiden di persetujui sebulat suara dalam mesyuarat cawangan 19 Julai lalu," katanyaAbdul Muhammad Talib Ngah ketika dihubungi Malaysiakini.

Tidak dipengaruhi

Ketua Umno cawangan itu menjelaskan kehadiran ahli dalam mesyuarat adalah 81 orang ahli cawangan. Ia telah diadakah di Dataran Kg Desa Jaya.

Abdul Muhammad Talib juga menjelaskan usul Umno cawangan itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Umno cawangan Desa Jaya adalah cawangan pertama dalam bahagian Johor Bharu yang mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding untuk merebut jawatan nombor satu itu dalam parti.

Sehubungan itu, Abdul Muhamad Talib menegaskan bahawa ahli-ahli akar umbi di situ mahukan demokrasi.

"(Kami) mahukan kebebasan bersuara dan tidak berniat untuk menjatuhkan seseorang. Kami cuba buat perubahan dan perubahan itu kita rasai bersama," jelasnya.

Abdul Muhamad Talib juga menjelaskan bahawa beliau tidak bersetuju berpolitik untuk menjaga hati orang lain.

"Jangan takut untuk menyuarakan pandangan. Asalkan pandangan itu tidak menyalahi etika dan perlembangaan parti dan undang-undang (negara)," katanya.

Selain Muhyiddin, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah diusulkan oleh dua cadangan di Pahang untuk bertanding jawatan presiden

Dua cawangan tersebut ialah Umno Bukit Kuantan 3 (bahagian Paya Besar) dan Umno Kampung Ubai (bahagian Pekan).
Click Here!

Abdullah Akan Jelaskan Pertemuan Umno-PAS Kepada Parti Komponen BN

26 Julai, 2008 18:52 PM
PUTRAJAYA, 26 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menjelaskan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) berhubung pertemuan UMNO dan PAS, kata Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata Abdullah dijangka memberi penjelasan berhubung perkara itu pada mesyuarat BN, bulan depan.

"Selepas mesyuarat pengurusan pada 6 Ogos, saya akan memanggil satu mesyuarat penuh Barisan Nasional, jadi di situ, Perdana Menteri akan datang untuk memberi penjelasan.

"Kita akan mendapatkan satu tarikh daripada Perdana Menteri, mungkin beberapa hari selepas mesyuarat pada 6 Ogos itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat cawangan Umno Matahari di Presint 8 di sini hari ini.

Ketika mengulas pertemuan di antara UMNO dan PAS yang akan diadakan lebih kerap bagi membincangkan isu berkaitan agama Islam dan kepentingan orang Melayu, Tengku Adnan berkata pertemuan itu tidak akan merosakkan hubungan di antara parti komponen BN.

-- BERNAMA
Click Here!

Pilihanraya umum mengejut 13 September ini?

Sebelum ini penulis pernah membuat telahan bahawa Barisan Nasional (BN) kemungkinan membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya umum dalam tahun yang sama dan mencatatkan pilihanraya umum paling awal dalam sejarah Malaysia.

Desas desus itu kini semakin kencang berikutan suatu mesyuarat Majlis Tetinggi (MT) Umno yang dibuat di Kuala Lumpur baru-baru ini yang dikatakan telah merancang untuk mengadakan pilihan raya seawal 13 September ini.

Pilihanraya itu terpaksa dibuat berikutan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) merancang untuk menguasai pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya seawal September selepas beliau menang dalam pilhan raya kecil dalam masa terdekat.

Khabar angin bertiup kencang dengan mendakwa Anwar bakal bertanding pada pilihanraya kecil Parlimen Bandar Tun Razak.

Pada pilihanraya umum ke-12 8 Mac lalu, calon PKR Khalid Ibrahim berjaya mendapat undi sebanyak 28,123 mengalahkan calon BN dari MCA Datuk Tan Chai Ho yang mendapat undi sebanyak 25,608 dengan majoriti 2,515 undi di parlimen tersebut.

Tan Chai Ho memenangi kerusi parlimen tersebut sejak 1999 dan pada 2004 beliau mengalahkan calon PKR Dr Rosli Ibrahim dengan majoriti 17,527 undi (2004).

Pengundi-pengundi di Parlimen Bandar Tun Razak terdiri daripada 52.7 peratus pengundi Melayu, hampir 40 peratus pengundi Cina dan selebihnya pengundi berbangsa India dan lain-lain.

Sumber memberitahu KLpos.com, Parlimen Bandar Tun Razak yang kini disandang oleh Menteri Besar Selangor itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok dikhabarkan akan dikosongkan pada bila-bila masa dari sekarang.

Ini berikutan PKR mahu memberi laluan kepada penasihatnya untuk bertanding di parlimen tersebut.

Menurut sumber dari PKR Bahagian Bandar Tun Razak, mesyuarat tergempar telah pun diadakan beberapa hari lepas bagi membincangkan gerak kerja untuk menghadapi pilihanraya kecil tersebut.

"Anwar dijangka akan umumkan penyertaan beliau dalam pilihanraya kecil Parlimen Bandar Tun Razak pada malam itu" kata sumber terbabit.

Anwar sejak 8 Mac lalu sering mengulangi ucapan bahawa PR akan membentuk kerajaan persekutuan pertengahan September ini.

Bagaimanapun Malaysiakini melaporkan Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi parlimen Kulim-Bandar Baharu jika mahkamah memutuskan kemenangan calon PKR tidak sah.

Zulkifli Noordin, yang berkelebihan majoriti 5,583 undi, kini berdepan dengan petisyen pilihanraya daripada calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Mahkamah Pilihanraya akan mendengar petisyen itu bulan depan selepas menangguhkan prosiding itu yang asalnya dijadualkan minggu ini.

Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, beliau telah membincangkan perkara itu dengan Zulkifli.

Anwar juga sering disebut-sebut bertanding di kerusi asalnya Permatang Pauh yang dimenangi isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Lembah Pantai (anaknya Nurul Izzah).

Anwar berkata, beliau juga telah memberitahu pucuk pimpinan PAS dan DAP mengenai perkara tersebut.

Katanya, beliau memutuskan untuk bertanding kerusi Kulim-Bandar Baru tiga minggu lalu sebelum Mahkamah Pilihanraya membuat keputusan Ahad lalu.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya baru-baru ini. Bagaimanapun, mahkamah telah menangguhkan petisyen itu didengar pada 19 Ogos depan.

Dengan perkembangan ini Umno/BN sedang bersiap untuk mengatur strategi menghalang kemaraan Anwar ke Putarajaya dengan perancangan mengadakan pilian raya mengejut itu.

Dengan pilihan raya berkenaan BN masih berpeluang untuk mengatur langkah memperkemaskan gerak kerja pilihan rayanya di semua peringkat walaupun parti itu kalot dengan Perhimpunan Agungnya Disember ini.

Sekurang-kurangnya, tidak ada lagi keputusan siapa memang dan siapa kalah dalam pertandingan peringkat pusat jika pilihan raya umum diadakan dalam bulan September. Umno sekarang terdesak. Yang penting sekali ialah menghalang dari berlakunya pertukaran kerajaan dari BN ke PR walau apa cara sekalipun kerana itulah yang amat ditakuti oleh kepimpinan Umno/BN sekarang.

Mereka dipercayai menerima laporan perisikan Umno yang mengakui ada kebenaran bergeraknya arus pertukaran itu apabila dikatakan ahli-ahli parlimen BN dari Sabah dan Sarawak akan bertukar arah (berpaling tadah), keluar dari BN beramai-ramai menyertai PR selepas Anwar berjaya bertanding dalam pilihan raya kecil, memang dan dilantik sebagai ahli parlimen.

Walaupun dipercayai pilihan raya umum mengejut itu bukan strategi terakhir Umno, sekurang-kurangnya ia merupakan gerakan pintas untuk menghalang kemaraan Anwar dan PR ke Putrajaya.

Walaupun tidak diketahui secara jelas partimanakah yang akan menang menjadi kerajaan dalam pilihan raya umm tersebut sekurang-kurangnya kredibiliti Umno/BN kononnya sebagai parti yang 'gentlemant' dapat dibuktikan dan banyak isu yang boleh diolah untuk membenarkan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membubarkan parlimen dan mengisytiharkan pilihan raya umum segera.

Sekurang-kurang hujahnya ialah BN mahu menyerahkan mandat kepada rakyat untuk menentukan masa depan mereka sendiri sama ada terus bersama BN atau PR bagi menunjukkan sikap telusnya dan simpatinya terhadap nasib masa depan rakyat ketika BN tidak mempunyai kuasa cukup kuat untuk terus menerajui negara.

Umno boleh memohon kepada rakyat memberi mandat lebih besar kononnya untuk meneruskan agenda pembangunan untuk rakyat dan agenda itu tidak lagi serupa dengan 'tred record' perlaksanaan pembangunan sebelum ini yanglebih mementingkan kroni. Jika gagalpun berbuat demikian sekurang-kurangnya imejnya mungkin pulih sedikit dan mungkin ia memperolehi simpati dari rakyat dengan sikap sedemikian rupa dan imejnya tidak teruk tercalar jika kalah dalam pilihan raya berkenaan, tidak seteruk akibat ahli-ahli parlimennya menyeberang ke kem PR.

Sudah tentu moralnya jatuh dengan tindakan undi tidak percaya sekali lagi dibuat dalam parlimen akibat peristiwa tersebut.

Mungkin dengan menyeberangnya ahli parlimen BN ke PR masih lagi tidak berupaya mewujudkan satu bentuk kerajaan yang berwibawa dengan memperolehi majoriti dua pertiga di pihak PR. Majoriti mudah bukan satu bentuk kuasa yang stabil dan kukuh. Bila-bila masa situasi akan berubah jika ada berlaku penyeberangan parti antara kerajaan dan pembangkang atau tindakan berpaling tadah di kalangan ahli parlimen pambangkang dan kerajaan ketika mana-mana pihak sama ada BN atau PR menjadi kerajaan.

Bukan juga mustahil menang dua pertiga majoritipun boleh berlaku penghijrahan beramai-ramai ahli parlimen kerajaan ke kelompok pembangkang tetapi ia jarang berlaku atau mungkin tidak pernah berlaku dalam dunia politik dewasa ini.

Justeru dengan mengadakan pilhanraya umum semula, mandat untuk menentukan siapakah yang sepatutnya menerajui negara dalam kegawatan politik Malaysia ini, lebih baik dari BN terus mengadakan perancangan dan halangan kemaraan PR dengan pelbagai tipu helah dan fitnah yang nampaknya semakin menampakkan kelemahan pari itu sendiri dari sehari ke sehari.

Apakah mungkin pilihan raya umum mengejut itu akan diadakan? Tunggu dan lihat perkembangan pergolakan politik negara seterusnya.
Click Here!

Hari Penamaan Calon 04.09.08

Friday, July 25, 2008

Datuk Seri Abdullah Badawi yang terkenal dengan berbagai kejutan sekali lagi memecahkan rekod terkejutnya dengan mengadakan dua pilihanraya umum dalam tahun yang sama setelah dia berjaya menyakinkan jemaah menterinya.Hari ini 25hb July 2008. Pada 01.09.08 Parlimen akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13.

Tarikh 04.09.08 adalah hari penamaan calon dan pada 13.09.2008 adalah hari pembuangan undi.

Pilihanraya umum ini terpaksa diadakan oleh Barisan Nasional demi menyelamatkan pengkhianat, pencuri, perompak, penyamun dan kaki bodek yang berada dalam umno daripada kehilangan kuasa.

Kebimbangan kehilangan kuasa ini membuak-buak apabila Bahagian Risikan Politik UMNO mengesahkan bahawa plan induk Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran Kerajaan Pusat pada 16 September 2008 telah dirancang rapi dan akan benar-benar berlaku.

Andainya ke bawah DYMM SP Baginda Yang Dipertuan Agong memberi perkenan untuk parlimen dibubarkan. Apakah agaknya keputusan pilihanraya itu nanti?.

Apakah mungkin BN akan mendapat semula 2/3 majoriti di Parlimen? Apakah Samyvellu, Khir Toyo, Shahrizat Jalil akan kembali menjadi menteri selepas itu?. Mungkinkah Ezam Mohd Nor setelah melalak ke sana ke sini akan diangkat menjadi Menteri Hal ehwal Korupsi yang bertanggungjawab mengusung enam kotak taik?.

Atau Khairy Jamaluddin akan menangis teresak-esak kerana dikalahkan oleh CheGu Bard?. Mungkin juga Mat Sabu akan dinobatkan sebagai Menteri Dalam Negeri di mana tugas pertamanya adalah membariskan bekas menteri-menteri umno dan pemimpin umno untuk dihumban ke penjara Kajang dan Sungai Buluh atas kesalahan rasuah mereka.

Mungkinkah Karpal Singh akan menjadi Menteri Undang-Undang pertama yang berketurunan Singh?, manakala Tian Chua memecahkan rekod sebagai Menteri Penerangan pertama berketurunan Cina?. Pastinya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi perdana menteri pertama Malaysia yang pernah terpenjara selama enam tahun kerana difitnah. Manakala Nurul Izzah menjadi Menteri Muda Hal ehwah Wanita.

Segala kemungkinan ini tidak mustahil berdasarkan kepada beberapa kecelaruan politik negara selepas 08.03.08:

- Hassan Ali + Khir Toyo main yoyo jawatan MB.
- Kes Linggam Correct Correct masih tidak selesai.
- Penyiasat Bebas Balasubramaniam dah jadi ‘bala’
- Saiful Bakhari cakap dia kena jolok.
- RPK cakap Rosmah tengok Altantuya dibom
- Najib bolih berbincang dengan Saiful hal sex.
- Rafidah cakap BN lemah sebab Abdullah
- Shabery Cheek dah sah bodoh dan pengotor
- Pulau Batu Putih diberi kepada Singapura.
- WPI hadiah BN untuk Singapura
- Kandang babi dan Khir Toyo.
- Petrol naik RM0.78, Inflasi pun naik
- Ada bontot kena raba. BN beli Mercedes.
- Mahathir pun sudah tidak yakin pada umno
- Raja Petra sudah beritahu sapa bunuh Altantuya
- Gani Patai dan Musa dituduh tipu bukti siasatan
- Ezam join umno, enam peti bukti rasuah hilang.


eh, celaru betullah politik Malaysia ni.

Dengan apa yang berlaku selepas PRU Mac lalu, mungkinkah rakyat yang dulunya mengundi PAS akan memberi undi mereka kepada BN pula kali ini. Atau mungkinkah UMNO akan terkubur buat selamanya?

Jawapannya anda yang menentukan.
KERAJAAN RAKYAT
Click Here!

Shaiful di kesan berada di PWTC dan ulangan rampasan kuasa

chegubard | ....Tetapi kini berbeza... persaingnya kini DSAI telah jauh ke depan... kemungkinan DSAI mengambil alih kerajaan hampir 'terang'. Apa yang lebih mencemaskan Najib ialah DSAI atau tidak pun orang - orang dikalanganya seperti memiliki bukti banyak 'jenayah' beliau, isteri dan kawan rapatnya. Jika DSAI dibenar duduk sebagai no. 1 bukan sahaja karier politiknya mati tetapi risiko menghabiskan sisa hidup dibalik geriji besi juga wujud.

Sesuatu perlu dilakukan ! Dia (Najib) bernasib baik kerana saki baki konspirator lama ada di tampuk kuasa tertentu.

Musa yang menjadi tukang usung tilam (dalam skrip 1998) yang pernah mengaku dalam mahkamah mampu bercakap bohong demi arahan tugas kini sudah menjadi Ketua Polis Negara. Gani Patail yang menjadi pendakwaraya utama dalam skrip 1998 kini sudah bergelar Peguam Negara. Kedua dua konspirator ini sudah tentu 'panas punggung' kerana DSAI sudah mula mendedahkan bukti penglibatan dua watak ini dalam memalsukan bukti dan keterangan dalam skrip 1998.

Najib kali ini sudah tentu tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan kerjasama dua watak ini lagi untuk drama ulangan 2008.

Mengimbau sedikit kebelakang iaitu intipati penghakiman Datuk Hishammudin Yunus dalam kes Saman "Buku 50 Dalil kenapa Anwar tidak boleh menjadi PM?" menyatakan penulis buku ini (arwah Khalid Jafri) jelas menjadi alat pihak tertentu untuk mengeluarkan buku tersebut bagi membunuh karier politik Anwar Ibrahim. Malah penyebaran buku tersebut secara berluasa dan bebas peringkat awalnya seolah membuktikan ada 'perlindungan' dalam penerbitan buku tersebut.

Skrip 2008 juga tidak susah hendak dihuraikan. Ia konspirasi. Ada perjumpaan Saiful dan Najib sebelum Saiful datang dan menawarkan diri sebagai sukarelawan pilihanraya bagi membantu kerja pejabat DSAI. Ada perjumpaan Saiful, Rosmah, Najib dan Pembantu Khas Rosmah selepas itu juga. Ada pertemuan 'sulit' Saiful dengan bekas pemimpin keadilan yang bersumpah sumpah untuk menjatuhkan Anwar. Ketika Saiful dikatakan dalam perlindungan Polis 15 hari lepas sebelum dia memadamkan talian telefonya server maxis mengesan sim cardnya digunakan di PWTC.

Tetapi skrip kali ini sudah tentu lebih 'cerdik' dari skrip lama. Kesilapan seperti tuduhan kejadian di Trivoli Villa sedangkan pada ketika tarikh tuduhan Trivolli Villa belum wujud pasti tidak berlaku.

Anwar dikehendaki hadir ke IPK KL kononya untuk rakaman kenyataan. Seperti ramai telah maklum malah telah disiarkan di muka depan sebuah tabloid Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM juga telah mengumumkan bahawa 16 Julai, 2 petang ialah tempoh akhir Anwar harus hadir di IPK KL atau akan ditangkap.

Setelah mengagumkan Malaysia dengan hujah dan kesungguhan dalam menyampaikan fakta mengenai bagaimana harga minyak boleh diturunkan esok awal pagi (16 Julai) Anwar berkejar ke BPR Putrajaya memenuhi janjinya untuk memberikan kenyataan dan bukti mengenai 'korupsi' Musa Hassan dan Ghani Patail. Pertemuan dengan BPR terpaksa di singkatkan kerana peguam (malah berdasarkan maklumat BPR sendiri menelefon IPK KL) gagal mendapatkan penangguhan satu atau dua jam lewat sedikit untuk hadir di IPK KL kerana urusan rakaman kenyataan di BPR Putrajaya belum habis.

...........bla bla bla .....

Wujud satu teori politik yang mengatakan bahawa pengulangan skrip 1998 ini sebenarnya ialah babak kecil dalam skrip besar. Skrip besarnya ialah pengulangan kisah bagaimana Tun Razak melakukan 'Rampasan Kuasa' dari Tunku Abdul Rahman.

Kajian / hipotesis oleh Kua Kia Soong terhadap Peristiwa 13 Mei mendapati bahawa nasionalis Tun Abdul Razak cuba melakukan rampasan kuasa terhadap Tunku Abdul Rahman dengan sokongan daripada Dato' Harun bin Idris, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Ghazali Shafie.... selanjutnya.

Selangor timbang guna 'Camry' baru ganti 'V6 Exec'

Oleh Bernama
Jumaat, 25 Julai 2008

SA: Jika kerajaan Terengganu memilih kereta Mercedes E200 Kompressor, Selangor pula membayangkan memilih kereta Toyota Camry sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu.

Pemilihan kereta jenis berkenaan disifatkan yang terbaik memandangkan ia dianggap berpatutan dengan kos penyelengaraan yang tidak tinggi.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu ketika ditemui pemberita selepas majlis penganugerahan pingat sempena ulang tahun ke-62 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu masih di peringkat cadangan dan telah dimaklumkan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, namun masih belum ada sebarang keputusan dibuat.

"Saya secara peribadi merasakan Toyota Camry adalah pilihan terbaik dan ada mencadangkannya kepada Menteri Besar, tetapi beliau belum berkata ya atau tidak. Tetapi rasanya tiada sebarang bantahan, lagipun Toyota Camry lebih murah berbanding Mercedes," katanya.

Beliau berkata, kenderaan seperti Proton Perdana V6 Executive memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi dan mengalami masalah kerosakan berulang sehingga menyebabkan kos yang tinggi perlu dikeluarkan setiap kali dibaiki.

"Saya cadangkan Toyota Camry bukan sebab minat, tapi kita perlu kereta yang selamat memandangkan kami perlu ke sana ke sini untuk menjalankan tugas," katanya.

Ronnie berkata, beliau turut mengalami sendiri masalah berhubung kereta Perdana V6 Executive yang digunakannya kini apabila barubaru ini terkandas di jalan raya secara tiba-tiba.

"Apabila diperiksa di bengkel ia mengalami masalah kotak gear dan mekanik sendiri beritahu pemandu saya lebih baik tukar kotak gear yang baru kerana kotak gear sedia ada sudah tidak boleh dibaiki," katanya.

Selasa lepas, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said berkata, kerajaan negeri itu terpaksa membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri itu kerana kereta nasional itu mudah rosak dan tidak tahan untuk perjalanan jauh.

Ahmad berkata kerajaan negeri menjelaskan bahawa pembelian 14 buah kereta Mercedes bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi kerajaan negeri itu adalah telus dan wajar.


Click Here!

Umno Buka Jalan Kepada PAS Suara Masalah Melalui Muqabalah, Kata Hadi

IPOH, 26 Julai (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu menerima jemputan Umno untuk mengadakan perjumpaan atau muqabalah kerana ia memberi peluang kepada PAS menyuarakan masalah yang perlu diselesaikan oleh kerajaan secara bersemuka.

"Umno telah membuka jalan kepada kita...ini satu anjakan yang berlaku kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membuka peluang kepada kita (PAS) kemukakan masalah yang perlu diselesaikan oleh kerajaan," katanya.

Pimpinan PAS dan Umno telah mengadakan perjumpaan sebanyak tiga selepas pilihan raya umum Mac lepas.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen PAS Perak ke-13 di sini, Hadi berkata antara pandangan yang telah dikemukakan PAS ialah supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) menghapuskan diskriminasi kepada negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.

Katanya, kerajaan pimpinan Abdullah juga diminta membuat perubahan dan pemulihan terhadap badan kehakiman.

Beliau berkata Perdana Menteri telah menyatakan kesediaan untuk melakukan perubahan yang perlu secara berperingkat sepertimana dicadangkan oleh PAS.

Abdul Hadi sementara itu mengulangi bahawa keputusan sama ada muqabalah antara PAS dan Umno akan diteruskan bergantung kepada persetujuan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Pusat yang akan diadakan tidak lama lagi.

Mesyuarat kepimpinan tertinggi PAS di Kota Baharu, Kelantan dua hari lepas bersetuju meneruskan pertemuan itu jika keadaan memerlukan demi menjaga kepentingan Islam dan perpaduan rakyat terutama di negeri-negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang.

Abdul Hadi turut menolak dakwaan berlakunya perpecahan di dalam PAS ekoran perjumpaan yang diadakan oleh pimpinan kedua-dua parti itu serta wujudnya rasa tidak selesa parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, perjumpaan dengan pimpinan BN bukan pertama kali diadakan kerana sebelum ini juga pemimpin PAS dan DAP pernah bersama-sama dengan kerajaan membincangkan isu negara termasuk dalam Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mapen).

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang turut hadir pada sidang akhbar itu berkata perjumpaan antara pemimpin pembangkang dengan kerajaan adalah perkara biasa dalam konteks membincangkan masalah rakyat.

-- BERNAMA

Click Here!

RM88,000 for upkeep of Perak exco man’s Perdana

IPOH: A Perak executive councillor’s Proton Perdana V6, inherited from the previous Barisan Nasional state government, cost a whopping RM88,000 to service and repair from 2004.

State Health, Environment and Human Resources Committee chairman A. Sivanesan said the Perdana assigned to him needed its engine and various parts fixed in the last four years.

“Now the gearbox is giving me problems, and that will cost another RM15,000,” said the Pakatan Rakyat executive council member.

“Just last Sunday, the lights failed to work when I was travelling from Parit to Bidor at night. I had to travel using my high beams,” he added.

Sivanesan said fellow executive council member Thomas Su Keong Siong’s Perdana was awaiting an overhaul while assembly Speaker V. Sivakumar needed to have his car’s gearbox changed, too.

Sivanesan said that if the Perak government needed to get new official cars he would recommend the Honda Accord or Toyota Camry.

Meanwhile, in Kuala Terengganu, Kedah Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak supported Terengganu's decision to use the Mercedes-Benz as the official car.

Azizan said the decision was timely due to the high cost of fuel.

“Assemblymen are required to travel widely and in extreme conditions where they have to rely on their vehicle.

“We are not condemning the national car but the cost of maintaining the Proton Perdanas is actually very high,” he said after opening the Hulu Terengganu’s PAS annual meeting at Kampung Lembek here yesterday.

He said one Kedah assemblyman had to change his Proton Perdana because of frequent breakdowns.

“I myself use a Mercedes-Benz as an official car,” he added.-The Star Online

Related Stories:
PM: Terengganu must follow decision to use Perdanas for exco members
Terengganu's Mercedes Benzes only for foreign VIPs, says PM
Idris may sue Terengganu Govt over erroneous figure
Terengganu’s cars only cost RM542 a year, says Proton

PM: Bila video gerak-geri Anwar boleh diumum?

26-07-2008 06:31:11 AM
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, beliau berharap semua pihak akan menghormati kedaulatan Malaysia apabila mengulas dakwaan kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana negara mempunyai undang-undang sendiri.

Perdana Menteri berkata, Malaysia akan memastikan apa juga yang dilakukannya adalah konsisten dengan undang-undang.

"Kita sebuah negara berdaulat. Kita mempunyai peruntukan undang-undang sendiri. Apa juga yang kita lakukan, kita akan berusaha memastikan ia konsisten dengan undang-undang yang kita ada di Malaysia.

"Itulah yang kita lakukan dan saya harap semua pihak akan hormati kita. Itulah saja yang saya ingin katakan dan tiada yang lain," katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Akademik Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas kenyataan bersama oleh tiga bekas pemimpin antarabangsa yang menggesa Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat terhadap Anwar dan kenyataan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Condoleezza Rice yang AS akan terus mengeluarkan kenyataan atau bercakap mengenai kes perundangan termasuk kes melibatkan Anwar.

Tiga bekas pemimpin dunia itu ialah bekas Perdana Menteri Kanada, Paul Martin, bekas presiden Bank Dunia James Wolfensohn dan bekas presiden Tabung Kewangan Antarabangsa Michel Camdessus.

Anwar ditahan pada 16 Julai selepas bekas pembantunya yang berumur 23 tahun, Mohd Saiful Bukhari Azlan, mendakwa Anwar meliwatnya. Anwar dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan semalaman.

Ditanya sama ada pihak berkuasa akan menyiarkan rakaman video semasa Anwar ditahan pada 16 Julai bagi menyangkal dakwaan Anwar yang beliau diberi layanan buruk, Abdullah berkata siasatan terhadap tuduhan itu masih berjalan.

"Saya tidak mahu cakap apa yang mereka perlu lakukan atau apa yang mereka perlu siasat. Penyiasatan adalah di bawah tanggungjawab mereka (polis). Mereka patut tahu apa yang perlu dibuat," katanya.

Akhbar Internet Malaysian Insider melaporkan Kementerian Dalam Negeri mempertimbangkan untuk menyiarkan rakaman itu bagi menepis tuduhan yang polis melayan Anwar dengan buruk semasa ditahan semalaman dalam lokap.

Kenalan Anwar gesa gugur dakwaan

Jul 25, 08 3:33pm
Kenalan-kenalan lama Datuk Seri Anwar Ibrahim dari negara luar menggesa Malaysia menggugurkan dakwaan terhadap bekas timbalan perdana menteri itu "sebagai menghormati hak-hak individu" yang penting untuk membina hubungan baik dengan masyarakat antarabangsa.

Kenalan itu termasuklah Michel Camdessus, pengerusi Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF); James Wolfensohn, bekas pengerusi Bank Dunia dan Paul Martin, bekas perdana menteri Kanada.

"Kami ingin mengulangi keyakinan pada integriti akhlaknya (Anwar), sebagai seorang yang pernah menunjukkan, tanggungjawab di peringkat negara dan antarabangsa, tahap etika kepemimpinan tertinggi, dalam memperjuangkan keadilan, keamanan dan pembangunan antarabangsa," kata mereka dalam satu kenyataan.

Anwar kini sedang disiasat selepas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan mengadu diliwat dalam satu laporan polis 28 Jun lalu.

Click Here!

Exco cars: Ex-Terengganu MB appoints lawyer


BESUT, July 26 —Former Terengganu Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh has appointed a lawyer to study what action to take over a statement that maintenance of his Proton Perdana V6 Executive was highest among state executive council (Exco) members.

His special officer Kamarulazman Idris said the move was necessary as the statement had tarnished the reputation of Idris, the State Assemblyman for Jerteh.

He said although the state government had apologised, the statement showed that the Terengganu leadership had acted in haste without thinking of the consequences.

"Terengganu people are confused by the claim that the maintenance of Idris' Proton Perdana V6 Executive when he was the Menteri Besar was the highest," he said in a statement yesterday.

Kamarulzaman said the issue should not be politicised as it could tarnish Idris' image especially when he was away and could not reply. — Bernama

Sabah and Sarawak MPs to join up in two weeks, claims Anwar

Anwar makes a point at his ceramah last night.

BANTING, July 26 — Datuk Seri Anwar Ibrahim declared last night that he would announce in a week or two his plan to run for Parliament, reported The Malaysian Insider.

By that time, he said, he would also have some Barisan Nasional MPs from Sabah and Sarawak to join him — to make good his prediction to form the federal government by Malaysia Day.

"I want to see how much they (BN) are willing to spend (in the by-election). By that time (the by-election), our friends from Sabah, Sarawak and the Peninsular would be joining us," Anwar told a crowd of thousands at the Jugra stadium in Kuala Langat, about 100km from Kuala Lumpur, late last night.

He added that it was necessary for him and the federal opposition to take over the government because the country was facing an economic crisis caused by BN's mismanagement.

"I can tell you that things will get worse in two months," he told the cheering crowd.

For the first time also, Anwar admitted that the opposition coalition Pakatan Rakyat had somewhat failed to convince the rural Malays to support the coalition.

"Based on our findings, the poor trusts Umno more," he said, urging his staunch supporters, mainly teachers and civil servants, to explain to the villagers Pakatan's struggle.

He reminded them to persuade the rural Malays the need to reject Umno's propaganda that the opposition coalition was trying to undermine Malay rights.

"Umno leaders are saying they are trying to protect the Malays because now they are at their weakest. But let me tell you this that it is too late for them. I am Malay but a responsible and cultured one. I will never stop from helping the Malays to progress," he added.

The former deputy prime minister, who was also the founder member of the Malaysian Islamic Youth Movement (Abim), assured the crowd that Pakatan's aim to uphold justice was Islamic in nature.

A section of the crowd who came to hear Anwar speak last night.

"I am a Muslim therefore I am responsible to uphold justice for all Malaysians," he said to shouts of "reformasi".

Anwar also told the crowd that the latest sodomy allegation against him would not derail his plan to take over the government.

"They can put me in jail, stripped me but they cannot stop my programme to benefit the people. I do not wish to be the Prime Minister to enrich myself. I will be damned if I do that," he declared to the multiracial crowd that had waited for him since 9pm.

"I will fight, as I know there is no evidence, this is just a wild accusation, and I have enough witnesses. I have fought with dragons and these people are just lizards, and the people will reject this latest allegation," he said.

Despite the harsh words against his accusers, Anwar said he was in a forgiving mood. "I have forgiven (Tun Dr) Mahathir (Mohamad). He is senile. (Tan Sri) Mohtar Abdullah (the Attorney-General in 1998) is no longer with us and (Tan Sri) Rahim Noor (the former Inspector-General of Police) is retired. We want to move forward, let bygones be bygones."

Adding to his plea, Anwar also reminded the crowd to seek divine intervention. "Let us hold solat hajat (prayers seeking God's help) and readings of the Surah Yasin (a Quranic chapter asking for God's help), to ask God to save the country. We can only plan but God will decide," he said.

Anwar criticised the government for allegedly discriminating minority groups including the Chinese and Indians, saying that no country could progress by discriminating its citizens.

He also took the opportunity to deny that the opposition coalition was collapsing due to the Pas-Umno unity talks. "It is not a problem to meet anyone but it must be based on the principle of justice."


Click Here!

Selangor terap budaya cintakan ilmu melalui Pesta Buku

Harakahdaily
Sat | Jul 26, 08 | 12:36:55 pm MYT

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Hrkh) - Kerajaan negeri Selangor menjadikan Pesta Buku Selangor 2008 yang dibuka dengan rasminya hari ini sebagai wadah berguna untuk menanam budaya cintakan ilmu di kalangan masyarakat setempat.




Pesta ini adalah usaha proaktif kerajaan negeri dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan beberapa agensi kerajaan antaranya Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Jabatan Penerangan, Majlis Buku Kanak-kanak dan Remaja Malaysia dan pelbagai agensi yang lain.

Ketua Bahagian Maklumat dan Penyelidikan PPAS Sarwani Abdul Jalal dalam satu laporan Bernama hari ini berkata, pesta buku seumpama ini merupakan medium terbaik dalam usaha membudayakan masyarakat berilmu di Selangor khususnya.

Pesta Buku ini akan berlangsung selama 10 hari di Kompleks PKNS Shah Alam dari 10 pagi hingga 9 malam dan majlis perasmian dijangka disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abd Khalid Ibrahim hari ini.

Click Here!

Najib harap Dr M balik ke Umno

Jul 26, 08 10:40am
Datuk Seri Najib Tun Razak Najib berharap mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan kembali menyertai Umno apabila kepimpinan negara bertukar nanti, lapor Malaysiakini.

"Saya mahukan siapa yang jauh hati, bawa hati, dan makan hati, kembali semula dalam lipatan keluarga Umno untuk meneruskan perjuangan," katanya.

"Kalau ini jadi kenyataan, gabungan (pemimpin) baru dan lama bersama dalam satu keluarga, Umno akan bertambah kukuh dan kuat bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang," katanya.

Najib yang juga timbalan perdana menteri menyuarakan harapannya itu ketika berucap di majlis makan malam dan perasmian perhimpunan agung Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Malaysia di Kuala Terengganu malam tadi.

Menurut laporan Bernama, Timbalan presiden Umno itu juga berharap proses peralihan kuasa pada 2010 nanti akan berjalan lancar, dengan pentadbiran baru negara mendapat sokongan semua pihak, termasuk pemimpin baru dan lama.

Beliau berkata, sekiranya Umno tidak disokong oleh pemimpin baru dan lama, parti itu akan rebah.

Sokongan berterusan

Menurutnya, sokongan semua pihak, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga presiden Umno, adalah penting selepas peralihan berlaku supaya beliau dapat memimpin negara dengan baik dan meneruskan agenda untuk pembangunan rakyat.

"Saya harap Pak Lah akan sokong saya apabila (beliau) tidak ada jawatan nanti, saya harap Pak Lah dan penyokong-penyokongnya menyokong kepimpinan baru apabila sampai masanya," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said dan Pemangku Presiden Mubarak Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Najib berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya tidak membuat silap dalam membangunkan negara, tetapi pemimpin perlu bermuhasabah diri dan memahami aspirasi rakyat supaya terus mendapat sokongan pada pilihanraya umum akan datang.

Najib berkata pemimpin Umno juga perlu menyesuaikan diri dan menampilkan imej yang disenangi rakyat kerana jika sebaliknya, pilihan raya akan datang bakal menjadi muka surat terakhir dalam buku riwayat perjuangan parti itu.

"Pemimpin Umno perlu mengikis persepsi rakyat bahawa parti ini sebuah parti cari makan, dan mereka perlu kembali kepada perkara asas perjuangan iaitu mengutamakan keikhlasan. Kalau tunjuk imej ini, rakyat akan sokong," katanya.-Malaysiakini

Click Here!

PM: PAS ditawar kongsi kuasa

Jul 25, 08 6:30pm

kemaskini 8:10pm Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengesahkan bahawa pertemuan pertama dengan PAS memang bertujuan menubuhkan kerajaan campuran di Selangor.

"Pada ketika itu (beberapa hari selepas pilihanraya umum 8 Mac), Umno ada hak untuk mencari sebarang parti untuk menubuhkan kerajaan.

"Jadi tidak salah untuk Umno mencari pakatan dan kerjasama dengan parti-parti lain," kata perdana menteri kepada pemberita selepas majlis Anugerah Akademik Negara di Putrajaya, petang ini.

Menurutnya, Umno tidak ada masalah untuk berjumpa dengan mana-mana parti untuk berbincang mengenai penubuhan kerajaan Selangor.

Bagaimanapun, katanya, PAS tidak bersetuju dengan cadangan Umno, tetapi memilih bersama Pakatan Rakyat.

"Umno rasa, itu yang boleh kita bincang dengan PAS waktu itu. Pakatan Rakyat bukan satu entiti yang kekal.

"Oleh itu, kita mulakan perbincangan dengan mereka untuk menubuhkan kerajaan negeri Selangor," katanya.

Mengulas hasrat Singapura untuk membentuk zon ekonomi eksklusif di sekitar Pulau Batu Puteh, Abdullah berkata, setelah keputusan dibuat mengenai pulau itu, kedua-dua negara setuju mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal.

"Ini bermakna kalau ada yang tidak puas hati atau meragui berkaitan dengan tuntutan, ia dibincangkan oleh jawatankuasa teknikal ini dan tidak perlulah berbalah," katanya.

Ketika ditanya kenyataan setiausaha negara Amerika Syarikat Condoleeza Rice berhubung dakwaan meliwat terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, perdana menteri berkata, tindakan kerajaan konsisten dengan undang-undang Malaysia.

Mengulas siasatan polis tentang kes Anwar itu, perdana menteri berkata, siasatan masih belum siap.

"Polis buat apa yang mereka mahu dan polis tahu apa yang mereka hendak buat," katanya.

Disoal dakwaan wujud penyelewengan dalam pelaksanaan Piala Monson anjuran kerajaan Terengganu, Abdullah berkata, Badan Pencegah Rasuah (BPR) boleh menentukan siasatannya sendiri jika meragui atau mengesyaki ada unsur rasuah.

Sementara itu dalam ucapannya di majlis itu, Abdullah berkata, universiti tempatan perlu memberi lebih perhatian kepada penyelidikan dan pembangunan supaya boleh meningkatkan kegemilangan.

"Kita kena meningkatkan nilai tambah daripada apa yang kita ada untuk terus maju. Kita tidak boleh leka dengan kemajuan hari ini.

"Kita mesti ada rancangan masa depan kerana idea tanpa rancangan adalah hanya angan-angan," katanya.

Click Here!

Muzakarah: Demo ahli PAS batal

Jul 25, 08 1:43pm
kemaskini 6:45pm Ahli dan penyokong PAS yang mengugut ingin mengadakan demonstrasi di depan ibu pejabat parti di Kuala Lumpur hari ini membatalkan niat berbuat demikian selepas keputusan majlis syura ulama kelmarin.

Beberapa sumber memberitahu Malaysiakini, ugutan untuk berhimpun telah dibatalkan dalam satu mesyuarat tidak lama selepas majlis syura yang bertemu di Kota Bharu menyokong pemimpin PAS "bersemuka" dengan Umno.

Sehingga jam 3 petang, perhimpunan itu diura-urakan bermula jam 2.30 petang, tiada seorang pun penyokong atau ahli PAS kelihatan di depan pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Terdapat kira-kira 15 orang wartawan dan jurugambar antaranya Sinar Harian dan Oriental Daily berada di hadapan pejabat PAS tersebut.

Mereka kemudian meninggalkan tempat itu setelah tiada perhimpunan seperti diura-urakan.

Seorang kakitangan di ibu pejabat memberitahu Malaysiakini sebelum itu, beliau juga mendengar ura-ura perhimpunan tersebut.

Perhimpunan itu dirancang sebagai "usaha spontan ahli-ahli akar umbi" menyatakan sikap terhadap usaha dialog yang diketuai oleh timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dengan dukungan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada ahli dan penyokong PAS awal minggu ini disebarkan menjelang pertemuan mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan anggota-anggota majlis syura, termasuk Abdul Hadi dan Nasharuddin.

Peniaga-peniaga bertentangan pejabat PAS turut tertanya-tanya mengenai tujuan kehadiran wartawan dan jurugambar di hadapan premis peniagaan mereka.

Tidak kelihatan anggota polis berdekatan bangunan itu.
Click Here!

Polis: Chang memecut ke arah kami...

Jul 25, 08 8:13pm
Kereta yang dipandu oleh seorang mekanik, Chang Jiun Haur, 23, didakwa memecut ke arah sekumpulan anggota polis sewaktu berlaku kekecohan di Bandar Mahkota Cheras (BMC), demikian menurut keterangan seorang anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

suhakam inquiry cheras mahkota fru shahrizanLans-Korporal Shahrizan Abd Rashid (kiri), 25, yang berada di tempat kejadian pada 27 Mei lalu untuk mengawal lalulintas, berkata dia nampak kereta Proton Wira Chang memecut ke arahnya dan sekumpulan anggota polis.

Katanya, dia nampak kereta tersebut datang laju ke arah mereka dan pemandunya tidak nampak seperti mahu membuat pusingan-U.
Ketika itulah, katanya, dia terdengar seseorang menjerit 'jaga-jaga! jaga-jaga! dan mereka terus bergerak ke tepi.

Shahrizan berkata, apabila kereta itu menghampiri tempat pusingan U, pemandunya membuat pusingan tajam dan kereta itu berhenti kerana ada kereta di hadapan.

Beliau memberitahu demikian ketika memberi keterangan dalam siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.

'Saya dengar dua anggota dilanggar'

cheras mahkota fru assault on car sequence 280508Berikutan itu, katanya, anggota FRU dan CID yang ditempatkan di situ bertindak menahan Chang.

Shahrizan bagaimanapun tidak nampak apa yang berlaku selepas itu kerana dia telah beredar dari tempat kejadian untuk mengawal kenderaan lain dan orang ramai di situ.

Sebelum kejadian itu, Shahrizan berdiri tiga atau tempat meter dari kereta tersebut ketika ia berhenti dan dikepung oleh anggota FRU dan CID.

Katanya, dia terdengar bunyi 'bising memecut' dari enjin kereta tersebut.

Kereta itu, katanya, bergerak di depan dan ke belakang kira-kira dua tiga kali dan dia terdengar bunyi kuat enjin seolah-olah ia mahu memecut.

Shahrizan berkata, dia juga tidak tahu anggota polis yang mana dilanggar (kereta tersebut). Katanya, dia hanya dengar dua daripada anggota polis itu terbabit.

Ditanya sama ada dia tahu berapa laju kereta itu bergerak, Shahrizan berkata, beliau tidak pasti, tetapi ia pasti boleh mengakibatkan kecederaan serius.

Menurutnya lagi, dia tidak nampak sama ada anggota FRU atau CID menyerang kereta tersebut kerana "ia berlaku begitu pantas".

Katanya, dia tidak nampak sama ada Chang dipukul, tetapi nampak Chang ketika dia dibawa oleh beberapa anggota CID ke tepi jalan.
Shahrizan berkata, dia ternampak dari di hidung Chang yang lengkap berpakaian dan tangannya digari ke belakang.

Mereke semua menafikannya

Seorang lagi saksi, ASP Kamal Ariffin Amman Shah yang mengetuai pasukan FRU di Cheras pada malam tersebut berkata, beliau juga tidak nampak sama ada penumpang kereta tersebut diserang.

Katanya, ketika itu, dia berada di tembok penghalang kerana sedang mengawal pergerakan pasukan FRU.

Tetapi, katanya secara tiba-tiba, dia ternampak seorang remaja Cina yang berdarah dibawa oleh dua anggota polis berpakaian biasa.
Berikutan itu, katanya, dia memanggil kepada Sarjan Abdul Rahman Mohamad (yang ditugaskan dekat simpang pusingan U) dan
bertanya apa telah berlaku.

Kamal memberitahu siasatan tersebut bahawa dia dimaklumkan oleh anggotanya yang Chang cedera kerana "berlaku pergelutan ketika ditangkap".

Katanya, seorang anggota kemudian memberitahunya bahawa kereta itu "telah merempuh anggotanya".

Bagaimanapun, Kamal berkata, dia tidak dapat mengesahkannya dan menganggap ia sebagai satu cerita sahaja.

Pada jam 1.20 pagi, katanya, dia pergi ke tempat kejadian itu dan ternampak sebuah kereta Proton Wira milik Chang.

Katanya, dia bertanya kepada pegawai bertugas di situ siapakah yang memukul Chang dan anggotanya berkata mereka tidak melakukannya.

Selepas itu, katanya, dia telah mengarahkan anggotanya dan (Chang) supaya membuat laporan polis di Kajang.

Siasatan awam itu diadakan di ibupejabat suruhajaya tersebut di Menara Tun Razak di Kuala Lumpur.

Ia didengar oleh panel tiga anggota pesuruhjaya Suhakam yang dipengerusikan oleh Datuk Zaiton Othman. Dua lagi anggota panel tersebut ialah Datuk Dr Chiam Heng Keng dan Datuk Khalid Ibrahim.

Siasatan tersebut yang pada mulanya dijadualkan berlangsung selama dua hari, telah dilanjut sehari lagi sehingga esok.

Seramai 12 saksi telah dipanggil setakat ini manakala 10 lagi saksi dijangka dipanggil memberi keterangan esok.

Bidang tugas panel tersebut ialah:

bullet buttonSama ada terdapat anggota penguatkuasa undang-undang, ketika menjalankan tugas menguatkuasa undang-undang, telah menggunakan kekerasan yang berlebihan.

bullet buttonJika berlaku kekerasan berlebihan, apakah berlaku pelanggaran hak asasi manusia terhadap orang atau orang-orang, dan siapakah yang bertanggungjawab melakukannya.

bullet buttonMengesyorkan apakah tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab melanggar hak asasi manusia itu.

Polis pengiring tertuduh kes Atantuya mati mengejut

Jul 25, 08 4:52pm
Seorang anggota polis mahkamah yang bertugas mengiringi tiga tertuduh kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini tiba-tiba pengsan sebelum disahkan meninggal dunia.

Lans Koperal Othman Abdul Rahman, 47, dikatakan sesak nafas dan pengsan di hadapan pintu kamar mahkamah sejurus Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar dan Abdul Razak Abdullah Baginda memasuki mahkamah kira-kira jam 9.05 pagi ini.

Beliau yang dipercayai menghidap penyakit jantung dan kencing manis, dikatakan keletihan setelah memanjat tangga hingga ke tingkat empat sebelum rebah.

Kejadian itu yang berlaku sebelum mahkamah memulakan prosiding, mengejutkan mereka yang berada di situ, demikian menurut laporan Bernama.

Seorang anggota polis cuba memberikan bantuan pernafasan CPR, sebelum mengusung mangsa dengan bantuan lima anggota polis dan seorang awam ke ambulans.

Anggota polis itu disahkan meninggal jam 1.15 tengah hari di Institut Jantung Negara (IJN).

Azilah, 32, dan Sirul Azhar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dituduh membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi keesokannya. Penganalisi politik Abdul Razak, 47, dituduh bersubahat
dengan mereka.-Malaysiakini.


Click Here!

Pemuda PAS Sabah kesal UMS luluskan penggunaan Dewan Canselor untuk kosert

KOTA KINABALU, 26 Julai (Hrkh) - Naib Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu kesal dengan tindakan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Lt. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Ampon meluluskan penggunaan Dewan Canselor antaranya untuk program konsert penyanyi, Anuar Zain.

Iklan




Ujar beliau tindakan yang tidak tidak berfaedah ini merupakan suatu perkara yang malang untuk warga universiti.

"Penggunaan Dewan Cancelor untuk program yang tidak berfaedah seperti konsert Anuar Zain pada hari ini merupakan suatu tindakan malang dari Naib Cancelor (NC) untuk warga universiti," katanya ketika ditemui dekat sini hari ini.

Beliau hairan bagaimana program hiburan yang tidak mendatangkan kebaikan ini dibiarkan berlaku di tempat yang sepatutnya membudayakan ilmu.

"Macam mana NC meletakkan keutamaan pentadbiran yang mereka laksanakan dalam memperlihatkan UMS sebagai satu puncak ilmu atau pusat keilmuan di negeri ini," katanya.

Tambah beliau, NC perlu menampilkan kemajuan ilmu, bukannya menambah budaya hendonisme di kalangan mahasiswa yang sepatutnya berfikir secara kritis.

Beliau yang juga bekas setiausaha PAS Sabah menyatakan, program hiburan sebegini akan menganggu dan menjejaskan prestasi kecemerlangan pelajar UMS.

Selain itu katanya, banyak impak negatif yang akan timbul melalui penganjuran konsert hiburan dalam kampus.

Gejala sosial pecampuran di antara lelaki dan perempuan semasa, sebelum dan selepas konsert antara yang dibimbangi akan berlaku, katanya

Beliau menyarankan NC yang baru beberapa bulan mentadbir UMS agar menilai kembali perkara keutamaan kampus itu iitu meletakkan keutamaan akademik dan menilai polisi pendekatan apa yang baik kepada pelajar.

Beliau menambah, NC sebagai anak kelahiran Sabah harus bersuara dan ia perlu melakukan perbezaan dengan NC sebelum ini yang gemar berhibur, menjemput artis-artis terkenal negara.

Beliau juga merasa pelik dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang tidak bersuara seolah-olah seperti 'kerbau dicucuk hidung' menerima bulat-bulat apa yang di sediakan oleh pihak universiti.

"Saya nampak MPP macam kerbau dicucuk hidung, tidak menyuarakan kehendak mahasiswa. MPP adalah pemimpin yang di undi oleh pelajar dan sepatutnya perlu bersikap proaktif, kritis dengan apa yang berlaku di dalam suasana mereka.

"Apabila keadaan ini berterusan di semua universiti, saya yakin negara akan melahirkan mahasiswa yang bijak pandai tetepi, negara tidak akan melahirkan mahasiswa yang mempunyai nilai keinsanan, baik, kritis dan berpandangan jauh untuk memimpin negara," ujarnya

Click Here!

Siapa sebenarnya lantik Abdullah

Dr Mahathir Mohamad
Fri | Jul 25, 08 | 4:24:51 pm MYT

Tiap kali saya kritik Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri ada sahaja orang yang secara sinis berkata, "Awak yang lantik dia".

Iklan




Ya, saya mengaku salah. Saya mengaku yang saya lantik Dato' Seri Abdullah sebagai pengganti saya.

Tetapi ahli UMNO juga pilih Dato' Seri Abdullah.

Dato' Seri Abdullah memihak kepada Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam dalam usaha untuk menjatuhkan saya pada tahun 1986-1987. Apabila Team B kalah dan Umno diharamkan, Dato' Seri Abdullah tidak menyertai Semangat 46 tajaan Tengku Razaleigh. Sebaliknya dia pilih untuk menjadi ahli Umno Baru yang saya pimpin.

Saya tidak berhak menolaknya sebagai ahli Umno Baru. Tetapi saya gugurkannya daripada Jemaah Menteri.

Dalam pemilihan Majlis Tertinggi yang menyusul Dato' Seri Abdullah bertanding untuk ahli Majlis Tertinggi. Mesyuarat Agong Umno memilih Dato' Seri Abdullah sebagai ahli Majlis Tertinggi.

Saya masih tidak terima dia balik jadi Menteri.

Di Mesyuarat Agong selepas itu dia bertanding untuk jawatan Naib Presiden. Dia menang dengan undi kedua terbesar jumlahnya berbanding Dato' Seri Najib.

Saya berpendapat Umno hendakkan kepimpinan Dato' Seri Abdullah. Walau apa pun perasaan saya terhadap orang yang bersubahat untuk jatuhkan saya, saya tidak berhak untuk menolak kehendak Umno.

Justeru itu saya kembalikan Dato' Seri Abdullah sebagai Menteri dalam Kabinet.

Puji-pujian didengar merata-rata yang Dato' Seri Abdullah adalah "Bersih", "Mr Clean". Oleh itu apabila saya terpaksa gugurkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya pilih Dato' Seri Abdullah untuk mengisi jawatan itu walaupun Dato' Seri Najib adalah Naib Presiden yang mendapat undi tertinggi.

Kenapa tidak dipilih Dato' Seri Najib?

Sebabnya ialah dia lebih muda dan harapan saya selepas satu, dua penggal sebagai Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah akan serahkan jawatan itu kepada Dato' Seri Najib. Sebab itu saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menentukan Dato' Seri Abdullah pilih Dato' Seri Najib sebagai timbalannya.

Pemilihan Naib Presiden bukan yang pertama sebagai timbalan pernah berlaku. Saya Naib Presiden yang ketiga tetapi Tun Hussein Onn pilih saya jadi Timbalan Perdana Menteri.

Seperti juga dengan diri saya, Mesyuarat Agong Umno mengesahkan pemilihan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Timbalan Presiden parti dalam pemilihan yang berikut.

Selepas itu saya anggap penyerahan kuasa kepada Dato' Seri Abdullah bukanlah sesuatu yang tidak dikehendaki oleh Umno. Tidak ada sesiapa yang membantah.

Saya jelaskan latar belakang pemilihan Dato' Seri Abdullah sebagai Perdana Menteri bukan kerana hendak bersihkan diri saya. Saya rela dihukum jika saya salah.

Yang penting bagi saya ialah apabila kita lakukan sesuatu yang salah, menuding jari tidak mendatangkan apa-apa faedah.

Yang penting ialah kita cuba betulkan keadaan. Dalam perkara ini pendapat saya ialah Dato' Seri Abdullah perlu letak jawatan dengan sendirinya atau dia disingkir.

Kenyataan olehnya yang dia akan serahkan jawatan dalam parti dan Kerajaan pada bulan Jun 2010 disambut baik bahkan dengan gembira oleh hadirin serta orang ramai, Melayu dan bukan Melayu. Tiada siapa yang merayu supaya dia teruskan pimpinannya.

Dari ini agak jelas yang semua pihak hendak Dato' Seri Abdullah letak jawatan. Tetapi meletak jawatan dua tahun dari sekarang bermakna penggantinya hanya mempunyai dua setengah tahun untuk pulihkan parti untuk hadapi Pilihanraya Umum ke-13. Masa ini terlalu singkat kerana kerosakan yang dibuat oleh Dato' Seri Abdullah kepada Umno, Barisan Nasional dan parti-parti komponennya amat teruk. Masa yang lebih panjang diperlukan.

Jika Dato' Seri Abdullah benar-benar sayang kepada Umno, dia harus rela korban dirinya untuk penggantinya berpeluang memulihkan Umno. Alasannya yang dia ingin awasi pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-9 tidak boleh diterima kerana sesungguhnya kehadirannya adalah sebab Umno dan Barisan Nasional jadi lemah.

Saya terima saya bersalah kerana memilih Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti saya. Sekarang saya menyesal kerana saya tidak sangka "Mr Clean" tidak begitu clean.

Saya percaya ahli Umno dan pemimpin-pemimpin Umno di semua peringkat yang marah saya tentu tidak ingin membuat kesalahan yang sama.

Hari ini yang berkuasa menggantikan Dato' Seri Abdullah hanyalah ahli dan pemimpin-pemimpin Umno.

Janganlah tunggu Pilihan raya Umum ke-13 untuk kalahkan BN dan Umno supaya Dato' Seri Abdullah jatuh. Yang salah bukan BN atau Umno. Yang salah ialah Dato' Seri Abdullah.

Jika ahli Umno hendak melihat Umno dan BN dipulih semula, paksalah Dato' Seri Abdullah letak jawatan sekarang. Jangan calon Dato' Seri Abdullah di peringkat cawangan atau bahagian.

Jika kerana cawangan dan bahagian mengizinkan Dato' Seri Abdullah terus menjadi Presiden Umno, yang salah ialah ahli Umno sendiri.

Ahli Umno akan bertanggung jawab terhadap kehancuran Umno dan malapetaka yang akan timpa orang Melayu dan negara Malaysia. Yang akan hancur bersama ialah parti-parti komponen BN.

Setelah mengetahui kekalahan teruk yang menimpa Umno dan BN di bawah kepimpinan Dato' Seri Abdullah, Umno masih kekalkan kepimpinannya, yang bertanggung jawab dan salah ialah ahli dan pemimpin-pemimpin Umno sendiri.


Click Here!

Isu kereta rasmi - Mohd Sabu beri amaran kepada kerajaan BN dan Pakatan Rakyat

Harakahdaily
Fri | Jul 25, 08 | 12:52:46 pm MYT

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu memberi amaran, pihaknya sama sekali tidak akan bersetuju dengan sebarang bentuk pembaziran wang rakyat sama ada dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Iklan




"Saya ingin mengingatkan kerajaan negeri, sama ada BN atau Pakatan Rakyat, sama ada mereke hendak guna Mercedes Benz atau Proton Perdana, mereka tidak harus sesekali membazirkan wang rakyat," tegasnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau berkata demikian dalam reaksinya terhadap kos penyelenggaraan yang tinggi ke atas kereta rasmi kegunaan Exco Kerajaan Negeri Terengganu sebagaimana yang didedahkan media sekarang ini.

Pendedahan dibuat oleh kerajaan negeri Terengganu mengenai kos penyelenggaraan yang tinggi Proton Perdana, turut diakui kerajaan negeri Pahang, Kelantan, Kedah dan Selangor.

Penggunaan kereta Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi, dilaksanakan kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau pun Negeri, selaras dengan dasar kerajaan untuk mengutamakan kenderaan keluaran nasional.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini banyak kerajaan negeri terpaksa menimbang semula dasar tersebut akibat kos penyelenggaraan kereta nasional yang amat tinggi.

Dalam reaksinya mengenai kos penyelenggaraan yang tinggi, Naib Presiden PAS itu berkata, beliau bimbang wujud penyelewengan atau ketidaktelusan dalam tuntutan kos-kos yang berkaitan.

"Kenderaan-kenderaan rasmi kerajaan adalah milik rakyat, sesiapa yang menggunakan kenderaan itu harus menjaga amanah rakyat sebaiknya, jangan sesekali milik peribadikan hak ini.

"Oleh kerana itu, saya dan rakan-rakan, akan terus menentang sekeras-kerasnya pembaziran wang rakyat, sama ada dilakukan oleh BN atau Pakatan Rakyat.


Click Here!

Program kutu wang pos dari sudut fiqh Islam

Majlis Perundingan Dan Penyelidikan Hukum (MPPH), Dewan Ulama PAS Pusat
Fri | Jul 25, 08 | 7:05:40 pm MYT

Program kutu secara wang pos sudah agak menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat membantu menyelesaikan kemelut kewangan mereka.

Iklan




Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai penerima wang pos berkenaan.

Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian pastinya akan menemui peserta-pesertanya atau sebahagian daripada peserta-pesertanya.

Unsur-unsur haram yang dapat dikesan

Setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos, didapati ia mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya:

1.Unsur Gharar

Jika dikaji berkenaan program ini didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah 'auto placement' yang menjadikan orang bawah atau peserta baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program 'auto placement' ini berhenti berpusing.

Oleh itu, setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan wang apabila program ini terhenti.

Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.

Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).

2.Riba

Program ini sebenarnya bersifat 'money game' yang mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat mendapatkan pulangan.

Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan lebih.

Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini.

3.Judi

Dalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian.

Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada di line bawah mendapat kerugian.

Beberapa jawapan kepada kekeliruan

Mereka yang menyertai program ini melihat ia adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:

1.Sumbangan atas alasan hibah

Antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah.

Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan tidak mensyaratkan pulangan.

Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan 'auto placement'.

Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang maksudnya: "Setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat (faedah) adalah riba."

Pada masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan sebagaimana dalam iklan yang disiarkan.

Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya.

Kaedah fiqh menyebut yang bermaksudnya: "Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat."

2.Sumbangan mestilah ikhlas membantu.

Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.

Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram, maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal. Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang mempertaruhkan wang RM10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram.

Ikhlas atau lebih tepat tidak dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa' ayat 29 yang maksudnya: "Melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu."

Ayat ini menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.

3.Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.

Kias tersebut adalah kias yang salah kerana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja.

Penutup dan kesimpulan

Sememangnya setiap transaksi hukum asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsur-unsur haram.

Setelah diteliti program wang pos ini, didapati program ini adalah haram disebabkan unsur-unsur yang disenaraikan di atas.

Justeru itu, umat islam digesa supaya tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan.

Manipulasi PM tentang isu muzakarah tutup kelemahan kerajaan - Dr Mujahid


KUALA LUMPUR, 26 Julai (Hrkh) - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dr Mujahid Yusof Rawa menganggap manipulasi media yang terancang menjadikan isu muzakarah Umno-PAS sebagai menutup isu-isu lain yang mendesak kerajaan.

Iklan




Katanya, isu Muzakarah Umno-PAS dijadikan sebagai landasan untuk Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memulihkan imejnya yang dilihat lemah dan tidak mampu menguasai keadaan yang ada hari ini.

Abdullah terdesak untuk memanipulasi isu muzakarah dengan 'membocorkan' maklumat-maklumat pertemuan seolah-olah hubungan telah sampai ke tahap yang serius antara kedua parti, katanya.

Sedangkan pertemuan antara parti-parti politik adalah perkara lumrah, ujarnya yang juga ahli Parlimen Parit Buntar semasa mengulas isu tersebut semalam.

" DAP bertemu dengan PM untuk kepentingan Pulalu Pinang, Anwar Ibrahim bertemu PM dalam kemelut yang berlaku hari ini, maka apa istimewanya PAS bertemu dengan PM? Melainkan ia disensasikan untuk kepentingan survival PM.

"Isu muzakarah ini mempunyai serampang dua mata, pada waktu yang sama PM menonjolkan kehebatannya, pada waktu yang sama muzakarah ini diharapkan akan memberi kesan buruk terhadap hubungan sesama parti komponen dalam Pakatan Rakyat,"katanya beliau.

Tambahnya, pengundi bukan Melayu turut menjadi sasaran kebocoran mengenai pertemuan itu dengan niat supaya golongan ini memberi tanggapan serong terhadap PAS.

Sehubungnan itu Mujahid menyeru agar rakyat melihat isu ini dengan perspektif perpaduan yang sebenar, iaitu perpaduan harus diasaskan atas keikhlasan dan bukan kerana kepentingan politik.

Dalam hal ini katanya, ia akan dinilai oleh orang ramai sebagai sesuatu yang terdesak sedangkan PAS tidak berada dalam keadaan terdesak.

" Perpaduan harus berada pada tapak yang kukuh, tidak guna bercakap tentang muzakarah kalau keutamaan bagi menjayakan perpaduan itu tidak dibereskan dahulu seperti kebebasan akhbar, ketelusan dan integriti yang boleh menjamin muzakarah itu segar dan berkembang secara sihat.

" PAS komited bersama Pakatan Rakyat untuk membentuk asas penting ini. Isu Islam dan Melayu bukan masalah orang Melayu dan orang Islam semata-mata kerana isu ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai rakyat Malaysia Perlembagaan Persekutuan adalah tanggungjawab bersama, semua kaum di negara ini wajib membelanya atas semangat Perlembagaan,"kaktanya.

Justeru, beliau menyeru semua pihak agar tidak mempolitikkan isu muzakarah kerana semangat muzakarah ialah mencari kebenaran bukan mencari kelebihan politik.

Dr Mujahid berkata, semua pihak seharusnya menunjukkan komitmen yang ikhlas untuk mereformasikan partinya dahulu sebelum bercakap untuk memperbaiki keadaan.

"Tunggak bagi menjaminkan perpaduan sebuah bangsa ialah Kerajaan yang memiliki sistem kehakiman yang berwibawa, sistem demokrasi yang telus dan sistem politik yang bertangungjawab, hanya dengan tunggak ini perpaduan akan jadi lebih diperlukan untuk semua pihak menjayakan cita-cita murni ini.

"Dengan itu banyak lagi isu yang perlu dibereskan dan saya sekali lagi menyokong penuh kenyataan terkini kepimpinan tertinggi PAS tentang kekeliruan yang ditimbulkan oleh Umno/MCA dan MIC terhadap niat murni PAS. Slogan 'PAS for all' akan terus menjadi semangat kepada kami untuk memperjuangkan masa depan negara yang kita cintai ini,"katanya.


Click Here!

ZEE Pulau Batu Putih, Singapura manipulasi kelemahan Malaysia - Salahuddin

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius tuntutan Singapura untuk mendapatkan hak zon ekonomi eksklusif (ZEE) di perairan Pulau Batu Putih.

Iklan




Dalam satu kenyataan mengenai isu tersbeut Ketua Pemuda PAS, Salahuddian Ayub berkata, tindakan itu sekali lagi akan mencabar hak kedaulatan Malaysia.

"Kegagalan Malaysia mempertahankan hak kedaulatan ke atas pulau batuan ini telah digunakan oleh Singapura untuk meluaskan wilayah ekonomi mereka melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

"Pemuda PAS berpandangan kebiadapan Singapura ini berpunca daripada kelemahan pentadbiran Kerajaan BN yang sering kali mengalah dalam hal-hal yang melibatkan Singapura sehingga negara pulau itu menjadi besar kepala dan meneruskan agenda untuk 'menakluk' negara ini seperti yang dirancang oleh pengasasnya semenjak 1960-an," ujar Salahuddin.

Pemuda PAS mengutuk sekeras-kerasnya tuntutan Singapura melalui ICJ ini kerana ia adalah masalah serantau yang boleh diselesaikan melalui meja rundingan.

Singapura langsung tidak menghormati Asean walaupun baru seminggu menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean, katanya.

Sepatutnya sebarang pertikaian atau tuntutan kecil ini harus diselesaikan secara 'adik-beradik' kerana Singapura bukan sahaja sama-sama menganggotai Asean, bahkan jiran terdekat Malaysia, katanya.

Jangan ambil sikap seperti Israel?

Negara itu tidak wajar mengambil sikap Israel di Timur Tengah kerana semangat Asean masih kukuh di rantau ini, katanya lagi.

"Membawa tuntutan seperti ini ke peringkat antarabangsa seolah-olah ingin menunjukkan sikap jagoan Singapura kepada jiran-jiran, sedangkan Singapura sendiri masih bergantung kepada Malaysia dalam banyak perkara," ujar beliau.

Pemudra PAS juga melihat bahawa kedudukan Pulau Batu Putih sebagai pulau batuan tidak layak dijadikan asas untuk tuntutan ZEE, katanya.

"Pulau batuan ini tidak sesuai didiami manusia, apatah lagi untuk kegiatan ekonomi. Mungkin ia sesuai untuk dijadikan tapak rumah api, tetapi tidak sampai memerlukan ZEE," katanya.

Singapura seharusnya menghormati Malaysia sebagai pemilik asal pulau itu dan hak yang diberikan oleh ICJ ke atas beberapa pulau batuan lain di sekitar Pulau Batu Putih kepada Malaysia, katanya.

"Ini bermakna hak ZEE juga dimiliki oleh Malaysia secara bertindan. Maka cara yang paling baik ialah kedua-dua negara harus berunding, bukannya menggunakan saluran mahkamah. Cara yang digunakan ini seolah-olah Malaysia tidak mahu berunding atau enggan bertolak ansur," katanya.

Pemuda PAS melihat perkembangan negatif ini berlaku kerana kecuaian kerajaan BN dalam mentadbir negara, katanya.

PM lemah sebabkan kenpentingan Malaysia terlepas>

Semenjak 2003, sudah banyak kepentingan negara yang terlepas kepada Singapura ekoran permainan politik lemah Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, katanya.

"Semenjak isu jualan pasir, pengambilalihan Hospital Pantai oleh syarikat Singapura, pembatalan projek Jambatan Bengkok, hinggalah dasar-dasar pelaburan pro-Singapura di Iskandar Malaysia, semuanya menguntungkan Singapura.

"Kemudian hak milik Singapura ke atas pulau batuan ini disahkan oleh ICJ, dan hari ini mereka menuntut yang lebih daripada itu. Sedangka Kerajaan BN yang lemah ini terus mengalah dan menikus kepada Singapura.

"Jika keadaan ini berterusan, DPP Pusat percaya bahawa lebih banyak hak kedaulatan negara akan tergadai kepada Singapura, khususnya di Wilayah Iskandar," katanya.


Click Here!

Haron Din kagum Mursyidul Am PAS terima Anugerah Nobel Asia

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Hrkh) - Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din melahirkan rasa kagum atas penganugerahan hadiah nobel keamanan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh Gusi Peace Price Foundation.

Iklan




"Saya berasa amat terharu kerana penghargaan ini datang pada waktu dan saat umat Islam di Malaysia dan Asia melihat suatu perkembangan baru umat Islam di rantau ini yang mula meniti kejayaan khasnya bagi pejuang Islam di Malaysia," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

"Sememangnya wajar tokoh itu diberi penghargaan, namun saya sangat yakin bahawa tuan guru tidak pernah mengharapkan anugerah itu kerana beliau lebih menghargai anugerah daripada Allah yang telah meletakkan beliau sebagai pejuang Islam yang beristiqamah, dedikasi dan komited dengan perjuangannya," katanya lagi.

Kejayaan tersebut ujarnya tidak dapat dipisahkan dengan sumbangan besar ulama' tersohor itu yang banyak menghasilkan karya, buku, mengajar, memberi pandangan yang kesahihannya menuju ke arah pembinaan ummah berteraskan Islam.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa selain anugerah yang diberikan Allah kepada manusia, bagi umat Islam terlalu kurang mendapat anugerah daripada manusia khususnya bagi mereka yang gigih memperjuangkan agama Allah.

"Bagi orang Islam, anugerah teragung adalah apabila dapat bertemu dengan Allah kelak.

"Namun teramat kurang dunia memberikan penghargaan kepada pejuang-pejuang Islam dan karyawan ulung dan tersohor," ujarnya lagi.

Beliau menganggapTuan Guru Nik Aziz memiliki pandangan yang membina, pendirian yang amat tegas, kata-kata yang didengari, dipatuhi pengikut serta amat digeruni musuh.

"Ketajaman penanya serta keberkesanan ideaya menjadi fokus utama penilai-penilai yang hendak menilai siapa tuan guru.

"Beliau seorang ulama' besar dan seorang ahli politik yang amat disegani, mempunyai visi dan misi yang jauh memandang ke hadapan, tok guru terus konsisten mengajak rakyat mendaulatkan Islam," katanya lagi.

Tuan Guru Nik Aziz dijangka akan menerima Anugerah Keamanan Nobel versi Asia, Anugerah Keamanan Gusi pada November ini di Manila, Filipina.

Anugerah keamanan Gusi ini diadakan setiap tahun oleh Gusi Peace Price Foundation dan difahamkan 10 hingga 15 tokoh akan dipilih untuk menerima anugerah yayasan itu.

Menurut sumber, anugerah ini akan disampaikan oleh Ketua Yayasan Gusi, Barry Gusi, di ibu pejabatnya yang terletak di Manila.

Barry Gusi dalam satu ulasannya mengenai penganugerahan itu berkata, Menteri Besar Kelantan itu merupakan tokoh kedua dari Malaysia yang memenangi anugerah ini.

Untuk tahun ini, seramai 1,490 tokoh dicalonkan di seluruh dunia sebagai penerima anugerah tersebut.

Anugerah ini boleh dikatakan sebagai anugerah Keamanan Nobel versi Asia, menurut Barry Gusi.

Click Here!

Pergerakan Anwar dirakam, forensik ambil kesan selepas keluar lokap

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Hrkh) - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Sivarasa Rasiah mendakwa, satu pasukan forensik memasuki lokap dan mengambil kesan-kesan termasuk rambut, bulu-bulu dan sel kulit selepas Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari lokap 17 Julai lalu.

Iklan




Sivarasa yang juga peguam Anwar berkata, selepas Anwar dibebaskan kumpulan forensik masuk ke dalam bilik lokap tempat Anwar ditahan dan mengambil semua kesan yang dinyatakan.

"Kenapa ini dilakukan dalam kes Anwar? Kenapa hantar kumpulan forensik? Apakah releven siasatan dengan cara begini," kata Sivarasa selepas dipanggil soal siasat di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman semalam.

Sivarasa hadir ke JSJ Bukit Aman bagi memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan akuan berkanun pertama penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Menurut Sivarasa, tindakan forensik itu sangat meragukan dan menimbulkan banyak persoalan selepas Anwar menegtahui tindakan itu sehari selepas dibebaskan.

Beliau juga tidak menafikan sebarang kemungkinan polis mengambil DNA Anwar melalui kesan-kesan yang diambil, namun beliau menegaskan bahawa secara saintifiknya sampel itu tidak boleh digunakan.

Sivarasa juga mendakwa, polis turut merakam seluruh pergerakan Anwar, menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) dan perakam video sepanjang beliau berada di Kuala Lumpur, tambah Sivarasa.

Rakaman kamera video itu dibuat oleh anggota polis yang berpakaian biasa, kata Sivarasa.

"Memang kita akan bangkitkan, dalam kes-kes lain tidak ada, tetapi dalam kes Anwar ada. Ini jadi satu persoalan. Ini menunjukkan motif pihak penyiasat. Pihak polis dalam kes ini tidak ikhlas. Ada niat politik tidak ikhlas.," katanya

Begitupun ujar Sivarasa, rakaman tidak dibuat semasa Anwar bersama doktor untuk pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur.

Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising