Format debat ini telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Masing-masing juga telah menamakan seorang wakil yang bertindak sebagai ahli panel. Mereka akan menanyakan soalan kepada pendebat yang mencalonkan mereka selain soalan kepada pendebat yang seorang lagi. Jumlah soalan bergantung kepada keadaan masa. Saya sendiri akan menanyakan soalan kepada kedua-dua pendebat ini. Supaya berlaku adil, soalan yang sama akan ditanya kepada kedua-dua orang. Kedua-dua pendebat juga akan diberi peluang untuk bertanya satu sama lain.
Untuk pemula bicara atau opening statement setiap tokoh akan diberikan masa 4 minit. Loceng akan dibunyikan selepas 3 setengah minit. Setiap soalan lain mesti dijawab dalam masa kurang dari 3 minit atau loceng akan dibunyikan sebagai tanda peringatan. Setiap pendebat akan membuat penggulungan selama 3 minit.
Saudara penonton yang saya hormati sekalian, tugas saya hanyalah sebagai perantara. Maka itu, saya memohon kepada kedua-dua tokoh ini untuk mendebatkan isu ini secara terbuka, profesional dan beretika. Tanpa ragu-ragu, saya akan menegur mana-mana pihak ataupun pendebat yang menyimpang dari tajuk atau yang mengemukakan soal-soal yang tidak relevan dengan apa yang sepatutnya dibahaskan.Dengan penuh hormat, saya ingin memperkenalkan kedua-dua tokoh pendebat kita malam ini. Di atas pentas itu, YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan Malaysia dan di sebelah beliau ialah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Penasihat Parti Keadilan Rakyat atau PKR. Dua orang tokoh yang menjadi wakil pendebat ialah di sebelah kanan saya, Tan Sri Datuk Dr Nordin Kardi, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia dan Presiden Persatuan Universiti Malaysia dan di sebelah kiri saya, bagi pihak Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Saudara Zulkifli Sulong dari Akhbar Siasah.
Saya mulakan debat AgendaDaily bertajuk ‘Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’ dengan mempersilakan Dato’ Seri Anwar untuk membuat opening statement selama 4 minit. Dipersilakan.Continue reading ‘Transkrip Debat “Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak”’
Beberapa hari kebelakangan, media milik Umno-BN sedaya mungkin berusaha untuk mengelirukan rakyat. Dakyah dangkal kononnya Pakatan Rakyat sedang mengalami masalah dipintal sejahat mungkin agar rakyat terpengaruh. Agen-agen anti perubahan ini seperti tidak belajar dari kesilapan lalu; tidak mengerti bahawa badai besar 8 Mac ialah kemahuan yang kuat agar perubahan terlaksana.
Kemahuan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kerajaan bukannya bertunjangkan ketamakan kekayaan dan sifat gila kuasa. Kita komited untuk melaksana agenda perubahan yang menyeluruh meliputi aspek ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan politik. Rakyat adalah keutamaan kita. Perubahan yang kita perjuangkan adalah demi rakyat seluruhnya, melewati batas kaum dan agama.
Tengahari tadi saya randau dengan lebih 100 pengusaha muda terkemuka negara. Saya mengambil kesempatan ini untuk memperjelas Agenda Ekonomi Baru, menjawab persoalan berkaitan agenda tersebut serta gagasan perubahan Pakatan Rakyat. Sudah tentu persoalan pertuduhan fitnah terhadap diri saya juga dibangkitkan. Saya menegaskan, ini merupakan usaha terdesak segelintir yang tidak mengambil berat keadaan negara dan rakyat. Wacana segar terus dipupuk di kalangan mereka yang nyata optimis dengan politik baru yang didukung oleh KeADILan dan Pakatan Rakyat.Keluh kesah di kalangan mereka, khususnya mengenai tahap pemberdayaan ekonomi yang lemah kini jelas menggambarkan pelaksanaan dasar yang tidak tepat dek kerana kepimpinan yang tidak kredibel. Pastinya yang terus terkesan ialah rakyat yang semakin tersepit dengan kos sara hidup yang semakin meninggi.
Biar sehebat mana fitnah diacu terhadap diri saya, namun kita perlu terus istiqamah memandang ke depan, agar rakyat terus menang di akhir persimpangan.ANWAR IBRAHIM
23 JulKemasukan Tokoh UMNO Pahang ke dalam PKR
“Rakyat jua yang menang akhirnya.” Itulah jawapan Datuk Fauzi Abdul Rahman apabila ditanya oleh wartawan mengenai kemasukan beliau ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tokoh ini terkenal kerana berani menentang korupsi di negeri asal beliau iaitu Negeri Pahang Darul Makmur. Beliau memilih PKR apabila mendapati kerosakan yang merebak dalam UMNO sukar lagi untuk dipulihkan. Beliau yakin faham yang mendasari perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat akan membawa perubahan yang besar demi Malaysia yang adil dan makmur. Malah tokoh ini menegaskan di bawah Pakatan Rakyat dan PKR, semua kaum akan mendapat perlindungan yang sama rata. Di bawah ini dilampirkan biodata ringkas Datuk Fauzi.
Datuk Fauzi bin Abdul Rahman dilahirkan pada 27 Ogos 1946 di Galing Besar, Kuantan, Pahang. Beliau merupakan anak kepada Dato’ Abdul Rahman Talib, bekas Menteri Pelajaran (era Tunku Abdul Rahman Putra).
Datuk Fauzi merupakan lepasan Imperial College, Universiti of London dalam bidang Kejuruteraan Mineral. Menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Penerangan pada 26hb Oktober 1990 sehingga 2hb Mei 1995. Kemudiannya menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dari tahun 1995 hingga ke tahun 1997.Dari tahun 1997-1999, beliau menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Merupakan bekas Ketua Bahagian UMNO Kuantan dan mula bertanding kerusi parlimen Kuantan pada pilihanraya ke-8 ( 1990). Pada tahun 1995, beliau bertanding kerusi Beserah (DUN) dan menang. Kerusi yang beliau pegang sehingga tahun 2004.
PEJABAT ANWAR IBRAHIMThe Malaysian DNA Conundrum
We must thank Crick and Watson who discovered the double stranded helical structure of the DNA molecule in 1954 which has since unleashed a plethora of advances in biotechnology. Forensic DNA is one of the many breakthroughs in this research in an impassioned endeavor towards advancing justice through DNA technology.
Justice and fairness should instead be the buzz word of the rakyat, the parliament , political leadership and the impartial media. This unfortunately is a far cry considering the various statements issued and the nuances of the mainstream media. Overnight, a handful of parliamentarians have turned pseudo-geneticists, shouting for surrender of DNA material ! Some have even sentenced the alleged assailant an unequivocal guilty verdict!Beginning with the end, it is important to emphasize upfront that with all of the available DNA techniques, conviction cannot be based on DNA evidence ALONE if there are a host of other conflicting and non-corroborative evidence. For example, if a victim claimed rape in a condominium in KL whilst the accused was addressing a seminar in Singapore at the material time, no amount of DNA recovered at the crime scene is going to make any difference.
We hope this would moderate the DNA mania which is incessantly hyped, the latest by the father of the alleged victim.Notwithstanding, what is worrying from the hypothetical case scenario is, how DNA of the alleged assailant got into the condominium. In the language of forensic medicine, there is an outright breach of the chain of custody in this hypothetical case.
Continue reading ‘The Malaysian DNA Conundrum’
23 JulPertemuan Dengan Komuniti Diplomatik
Sambutan para diplomat sangat positif. Kami berharap dapat meningkatkan kerjasama serta mengeratkan lagi hubungan dua hala dengan para wakil-wakil kedutaan asing di Malaysia. Apa yang pasti sesi pertemuan seperti ini merupakan satu forum yang sangat berguna bagi menyampaikan berita, pandangan dan idea berkaitan parti dan Pakatan Rakyat kepada komuniti diplomatik.
Embassies attending included: Australia, Brunei, Canada, France, Germany, India, Indonesia, Ireland, Italy, Japan, Namibia, Netherlands, New Zealand, Spain, Sudan, Switzerland, USAANWAR IBRAHIM
Click Here!

Mesyuarat khas itu diadakan sehari selepas Dewan Pemuda PAS Pusat mengadakan mesyuarat yang sama.
Laporan polis itu akan dibuat oleh Ketua AMK Terengganu Fariz Musa dan timbalannya, Muzafeq Affyulzalfuzam Mohamad di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu jam 11 pagi esok.
Menurut bekas hakim kanan itu, Tuanku Mizan Zainal Abidin telah memaklumkan perkara itu ketika mula-mula ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 26 April tahun lalu.
MPPR dibentuk sebagai membantu Tengku Muhammad yang belum mukallaf (cukup umur) sewaktu putera Tuanku Mizan ini dilantik sebagai Pemangku Sultan Terengganu.
"Kalau difahami betul-betul tidak bercanggah di antara satu sama lain. Kalau ada perjumpaan hendak masuk Barisan Nasional ia langsung tidak ada. Kenyataan Presiden pun memang begitu,"katanya pada persidangan media di sini, lewat petang ini. 




