Malaysian Public Opinion Online
Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, July 21, 2008

Raja bukan 'buta, pekak, bisu'

Jul 21, 08 5:18pm
Raja-raja Melayu mempunyai peranan penting dalam urusan negara bukan sekadar pelengkap adat-istiadat semata-mata kerana "mereka bukannya daripada kalangan insan yang buta penglihatan, pekak pendengaran dan bisu pertuturan", titah Raja Muda Perak.

Pandangan berterus-terang Raja-raja berhubung isu-isu perpaduan warga, peranan agama, kebebasan kehakiman serta rasuah dan penyalahgunaan kuasa berdasarkan hasrat memastikan negara terus kukuh dan aman, dan rakyat terus sejahtera dan makmur, titah Dr Nazrin Shah.

"Segala perkara yang berlaku adalah dalam ruang penglihatan, pendengaran dan pertuturan mereka," titah Raja Nazrin dalam pidatonya 'Institusi Beraja' di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), Bukit Kiara hari ini.

Baginda bertitah, setelah 50 tahun usia kemerdekaan negara, Raja-raja Melayu telah mencapai satu tahap kematangan dengan memahami peranan terutamanya ketika negara menghadapi krisis.

Bagaimanapun, demi memastikan takhta kekal dihormati, Raja-raja harus berkecuali dan memisahkan diri daripada terlibat dalam sebarang kancah pertelingkahan politik kepartian serta menjauhkan diri daripada dijadikan instrumen pihak-pihak yang bersaing mendapatkan kuasa politik, titah baginda lagi.

"Selaras dengan semangat Raja Berpelembagaan yang biasa diamalkan, peranan Raja adalah memerintah dan bukan mentadbir. Raja hendaklah berada di atas segala urusan politik dan urusan pentadbiran harian yang melibatkan banyak kerenah dan pelbagai kontroversi.

"Dengan berada di takhta yang lebih tinggi, Raja hanya terlibat pada waktu dan ketika yang diperlukan," titah Raja Nazrin.

Perlembagaan negara, menurut baginda, memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja memiliki budi bicara yang boleh digunakan menurut prerogatif Raja Pemerintah tertakluk kepada batasan tertentu.

"Budi bicara Raja Pemerintah merangkumi kuasa melantik perdana menteri di peringkat Persekutuan dan melantik menteri besar di peringkat negeri, hak tidak memberi perkenan membubarkan Parlimen di peringkat Persekutuan dan Dewan Undangan Negeri di peringkat negeri.

"Dalam urusan lantikan perdana menteri demikian juga menteri besar, budi bicara Raja Pemerintah tidaklah mutlak. Baginda berada dalam kedudukan berhak memastikan siapakah yang telah mendapat sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

"Budi bicara Raja menjadi sangat penting apabila berlaku keadaan tergantung disebabkan tidak ada parti yang menguasai majoriti keanggotaan Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri atau apabila kerajaan campuran mahu ditubuhkan," titah baginda, lapor Bernama.

Click Here!
Posting by Suhaimi Taib di 11:00:00 PM No comments: Link this posting
Label: Raja Berperlembagaan

Mohd Saiful bukan 'gay'

| Jul 21, 08 4:57pm
Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan seorang pengamal homoseks, kata peguamnya hari ini.

"Tidak," kata peguam itu Zamri Idrus apabila ditanya sama ada pemuda 23 tahun itu seorang "gay."

Zamri hari ini mengadakan sidang media bagi menjelaskan pendirian bapa pemuda itu Azlan Mohd Lazim di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Bapa Mohd Saiful menyifatkan Anwar seseorang yang "banyak alasan" dan suka "berdolak-dalik" berhubung siasatan kes anaknya.

"Demi membela Mohd Saiful yang menjadi mangsa bekas majikannya ini, saya dan keluarga saya menuntut dengan setegasnya kepada individu yang terlibat supaya memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam penyiasatan pihak polis," katanya.

saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy allegations brickfields police station 040708 02Azlan berkata, berbeza daripada Anwar, Mohd Saiful telah mengambil sikap "berani kerana benar dan beliau (anaknya) tanpa sebarang masalah telah memberikan kerjasama yang sepenuhnya bagi membantu polis membuat siasatan."

Kenyataan lima perenggan Azlan dibacakan oleh Zamri.

Turut serta dalam sidang media itu seorang bapa saudara Mohd Saiful yang mahu dikenali 'Uncle Pat.'

Azlan juga berkata anaknya (foto fail, kanan) sanggup bersumpah secara Islam bagi menegakkan kebenaran dakwaannya selepas polis menyelesaikan siasatan mereka.

Beliau juga menyatakan rasa sedihnya Mohd Saiful diperlakukan sedemikian oleh Anwar.

"Saiful berkali-kali menyebut kepada saya dan keluarga kami bahawa beliau bertindak begini kerana kebenaran dan saya berdoa kepada Allah supaya menunjukkan kebenaran itu.

"Yang terpenting, saya dan keluarga saya memohon kepada pihak berwajib membawa individu yang terlibat ke muka pengadilan secepat mungkin," katanya mengakhiri kenyataan bertulis tersebut.

Menurut peguam, Azlan tidak hadir di sidang media itu kerana "ada hal lain."

Ditanya hubungan Mohd Saiful dengan kenalan baiknya Rahimi Osman dan bekas pemimpin kanan PKR Mohamad Ezam Mohd Nor dengan seorang pemimpin negara, Zamri berkata: "Tidak, tidak, perkara ini biarlah pihak polis lakukan siasatan dahulu."

Click Here!
Posting by Suhaimi Taib di 9:17:00 PM No comments: Link this posting
Label: homoseks, Saiful Bukhari Azlan

Mursyidul Am tidak mahu sejarah hitam berulang kembali

Salmah Mat Husain
Mon | Jul 21, 08 | 7:19:24 pm MYT

KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - PAS dibimbangi akan menjadi seperti kera sumbang, manakala di kiri kanan pula kena marah sekiranya meneruskan muzakarah dengan pemimpin Umno.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, apabila berlaku muzakarah penyokong kita marah kepada PAS dan orang Pakatan Rakyat juga curiga.

Oleh itu bagi mengelakkan kekecewaan penyokong, muzakarah antara PAS dan Umno dianggap tidak perlu bagi mengelak berulang sejarah hitam yang pernah berlaku sebelum ini.

"PAS akan lebih berhati-hati agar tidak terkena perangkap Umno kali kedua. Itu bukan cara parti yang memperjuangkan Islam berpolitik di mana cara berkenaan tidak ubah seperti menolong pihak lawan dan bukannya untuk menjaga kestabilan parti.

"Itu perangkap namanya," katanya pada persidangan media di Kota Darulnaim petang ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mendedahkan muzakarah bersama PAS sudah tiga kali diadakan bagi membincangkan beberapa isu berkaitan agama dan orang Melayu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebelum ini menegaskan muzakarah yang dicadangkan perlu bersyarat di mana Umno perlu meminta maaf secara terbuka kepada PAS terhadap banyak kesalahan yang dilakukan sebelum ini.

Beliau berkata, PAS tidak akan menerima nasib buruk diperangkap Umno kali kedua, cukup hanya sekali.

"Umno sekarang sudah lemas dan dia nak minta tolong PAS, sedangkan PAS sendiri bekerja keras untuk melemaskan Umno, tetapi apabila Umno lemas sekarang kita nak angkat dia balik, itu bukan kerja kita.

"Biar lemaslah dia, dah 50 tahun kita lawan Umno, bila dia lemas kita lanyak dia.. sepatutnya begitu," ujarnya.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan meminta anggota parti menyoal diri masing-masing sama ada mereka ingin menjaga parti atau Islam.

Katanya, sekiranya hanya untuk menjaga parti, ia bukan hala tuju perjuangan parti yang sebenarnya.

"Kita nak jaga Islam, jaga Umno apa yang akan kita dapat. Umno ni sebenarnya parti yang melonggarkan iman, orang Melayu selama ini longgar kerana Umno.

"Tetapi kalau PAS nak jaga Islam, bukan caranya untuk PAS bekerja sama dengan Umno, sebab parti itu parti sekular yang hanya memperjuangkan dasar untuk dunia semata-mata," ujarnya.

Katanya, soal bangkit dari kubur dan akhirat tidak pernah menjadi hala tuju dan perbincangan di kalangan pemimpin Umno.

Ditanya isu muzakarah sengaja diperbesarkan media, beliau berkata, ia sudah menjadi agenda media untuk melariskan jualan.

"Itu kerja orang surat khabar, dia akan berbuat sesuatu untuk melariskan akhbar masing-masing, itu jelas.

"Jadi untuk melebarkan perjuangan PAS hanya melalui ceramah dan internet. Apa yang menjadi isu di media sekarang kerana mereka mempunyai agenda sendiri, sebab semua suratkhabar harian proUmno belaka," ujarnya.

Beliau juga turut menafikan wujud perbezaan pendapat antara beliau dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam isu muzakarah.

Katanya kewujudan berbezaan pandangan tidak bererti parti itu mengalami masalah kepemimpinan.

"Sehingga hari ini ia tidak menjadi masalah, sebab kita hidup tidak boleh senyap, banyak mana yang kita nak luah, kita luahkan, kemudian kita dengar balik.

"Sekarang masing-masing sudah meluahkan pandangan, jadi terpulang kepada penyokong untuk membuat penilaian," ujarnya.

Beliau juga berkata, biar pun sudah ada pertemuan pemimpin PAS dengan Presiden Umno, ia tidak bererti sudah ada persefahaman antara kedua-dua parti tersebut.

Ditanya adakah beliau kecewa dengan tindakan pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi parti Umno beliau berkata, tidak juga.

"Benda atas dunia ni begitulah, masalah perkara biasa berlaku seperti dalam rumah tangga antara suami isteri, kesilapan dilakukan suami adakalanya tidak disedari.

"Saya setuju benar biar Umno jadi pembangkang bukan sahaja di Kelantan, tetapi di seluruh negara termasuk di peringkat pusat,"ujarnya.

Beliau juga meminta ahli parti dan penyokong Pakatan Rakyat bertenang dalam menghadapi situasi sekarang serta tidak mudah termakan taktik yang dimainkan musuh.

Mursyidul Am juga berharap perwakilan membahaskan isu tersebut di Muktamar PAS di Ipoh Ogos depan.

Click Here!
Posting by Suhaimi Taib di 8:09:00 PM No comments: Link this posting
Label: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Muzakarah Umno-PAS

Isu ekonomi: Siapa hendak kita percaya?

A Kadir Jasin
Mon | Jul 21, 08 | 2:36:56 pm MYT
KALAU kita sudah puas atau sudah jemu dengan cerita bunuh, liwat, lewat, akuan bersumpah, tangkapan ala-Swat dan macam-macam lagi cerita sensasi, elok kalau kita kembali ke alam nyata.

Alam yang penuh dengan sungutan dan rungutan. Alam yang dihuni manusia yang resah, gelisah, susah dan menyampah dengan ekonomi yang terumbang ambing dan janji-janji yang dimungkiri.

Janji sebuah negara yang sejahtera, aman dan makmur seperti diuar-uarkan di dalam manifesto Barisan Nasional pada pilihan raya umum 8 Mac lalu. Negara cemerlang, gemilang, terbilang yang suatu masa dulu didendangkan.

Siapa yang hendak kita percaya? Rakyat jelata yang berkata mereka semakin menderita? Para pembesar pemerintah yang mendakwa semuanya terkawal dan terjaga? Pembangkang yang menuduh kerajaan lemah, rasuah dan tidak berdaya? Atau ramalan pesimis para pakar ekonomi dan penganalisis?

Mari kita pertimbangkan fakta berikut:

1. Pada 2 Julai, akhbar New Straits Times memetik Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, sebagai meramalkan kemungkinan pertumbuhan ekonomi negara tahun ini jatuh di bawah paras 5 peratus;

2. Dia meramalkan inflasi bulan lalu (Jun) melonjak naik pada kadar 6-7 peratus akibat kenaikan harga minyak berbanding inflasi bulan Mei pada kadar 3.8 peratus;

3. Beberapa hari kemudian, Reuters memetik Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sebagai berkata ekonomi masih boleh berkembang pada kadar 5 peratus kerana fundamental ekonomi kukuh;

4. Pada 18 Julai, akhbar The Sun memetik Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (Mier), Prof. Emeritus Dr Mohamed Ariff, sebagai berkata bahawa MIER telah menurunkan jangkaan pertumbuhan ekonomi daripada 5.4 peratus kepada 4.6 peratus;

5. Firma penyelidikan pasaran modal, CIMB Research melaporkan bahawa pelabur asing telah membuat penjualan besar-besaran menyebabkan harga saham-saham kegemaran pelabur asing seperti MRCB, Gamuda, Air Asia, Media Prima, Bursa Malaysia, Resort World, IJM Corp., SP Setia dan UM Land jatuh hingga 57 peratus di Bursa Malaysia sepanjang separuh pertama tahun ini;

6. Seorang billionaire Cina yang menerajui sebuah syarikat papan pertama Bursa Malaysia menyokong jadual peralihan kuasa Abdullah-Mohd Najib tetapi bimbang dalam tempoh itu ekonomi negara akan mengalami penguncupan (recession) kerana kurang perancangan yang meyakinkan;

7. Seorang usahawan Cina mahu Umno segera pulih di bawah kepemimpinan yang lebih berwibawa dan diyakini pelabur;

8. Seorang tauke Cina yang menerajui sebuah syarikat pembinaan papan pertama Bursa Malaysia meramalkan 60 hingga 70 peratus kontrak kecil sudah dimungkiri (defaulted) kerana kos pembinaan yang melambung dan permintaan ke atas hartanah yang merosot; dan

9. Media massa arus perdana yang patuh kepada pemerintah sendiri telah mula menyiarkan secara terbuka berita penderitaan rakyat jelata akibat kenaikan harga minyak dan kos sara hidup.

Nampaknya rakyat jelata tidak ada pilihan selain mencuba sebaik yang mungkin untuk mengekalkan produktiviti dan mata pencarian, berjimat cermat dan menunggu kemunculan kepemimpinan yang lebih cekap dan diyakini selepas era Abdullah.

Ini semua, tidak dapat tidak akan membawa kita kembali kepada kepemimpinan politik, khasnya kepada kemampuan kerajaan mengurus ekonomi dalam krisis dan menjana keyakinan pelabur serta pengguna.

Seorang pembesar politik negara pernah membuat kenyataan berikut dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia Rosnah Majid (sekarang Datuk) yang disiarkan pada 20 Mei, 1984:

"Nasib seorang ahli politik banyak bergantung kepada orang suka kepada kita ataupun sebaliknya. Kedudukan dalam politik sentiasa bergantung kepada sokongan. Ahli politik tidak dapat berbuat apa-apa tanpa sokongan. Inilah hakikatnya."

Pembesar itu tidak lain tidak bukan adalah Abdullah Ahmad Badawi. (Sila rujuk buku "Koleksi Temuramah Khas Tokoh-Tokoh" karya Rosnah Majid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.).

Anekdot: Sebuah cawangan Umno di dalam bahagian Pekan mencalonkan Mohd Najib Abdul Razak untuk bertanding jawatan Presiden Umno. Adakah ini riak di permukaan tasik yang damai abadi atau permulaan kepada badai tsunami di permukaan lautan yang bergelora? - kadirjasin.blogspot.

Click Here!
Posting by Suhaimi Taib di 7:13:00 PM No comments: Link this posting
Label: a kadir jasin, Pak Lah

Anwar serah 8 dokumen pada BPR babitkan Gani dan Musa

Mon | Jul 21, 08 | 5:31:33 pm MYT
KUALA LUMPUR, 21 Julai (Hrkh) - Ketua Umum Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di ibu pejabatnya di Putra Jaya hari ini berhubung dakwaannya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pasukan mereka.

ImageDakwanya, Gani Patail dan Musa terlibat memalsukan keterangan beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

Anwar yang bercakap kepada kira-kira 50 wakil media yang menunggunya di luar pintu di Bangunan BPR sejak 10 pagi tadi berkata beliau, turut membawa kes jenayah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor terhadapnya.

Selain itu katanya, beliau juga mengemukakan dokumen mengenai ujian DNA beliau yang diambil pada tahun 1998 untuk menghina beliau.

"Saya berpuas hati kerana BPR mencatat semua keterangan dengan profesional dan mereka meminta dokumen dan saya berikan semua dokumen yang ada di tangan saya," katanya yang ditemani dua peguamnya, Sivarasa Rasiah dan Dato' Parakumarasan.

Beliau memberi keterangan selama lebih tiga jam kepada BPR.

ImageAnwar yang hadir di Ibu Pejabat BPR pada jam 9.30 pagi tadi memberi keterangan kali kedua selepas beliau hadir pada Rabu lepas berhubung laporan polis dibuatnya 1 Julai lalu.

Beliau memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam pada itu, ditanya mengenai fail saman RM5 juta terhadapnya oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, hari ini, berkata beliau dengan senang hati beliau akan berhadapan kes tersebut di mahkamah.

Dalam sidang media yang sama, Anwar menafikan beliau "mempolitikkan" isu beliau dibogel ketika menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagaimana didakwa Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar.

"Saya ditelanjang sewaktu pemeriksaan doktor dan kemaluan saya diukur.

Image"Saya diminta mengisi "borang mangsa rogol" di HKL minggu lepas semasa saya dibawa polis untuk pemeriksaan dalam siasatan dakwaan meliwat pembantu saya," ulanginya mengenai dakwaan beliau dibogel oleh HKL baru-baru ini.

Sementara itu, bercakap mengenai isu muzakarah PAS dan Umno, katanya, beliau menerimanya dengan baik.

Bagaimanapun katanya, beliau menyerahkan isu tersebut kepada Presiden KeADILan, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Click Here!
Posting by Suhaimi Taib di 7:07:00 PM No comments: Link this posting
Label: Badan Pencegah Rasuah, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Musa Hassan

Anwar ulangi tanding pilihan raya kecil

Mon | Jul 21, 08 | 5:20:32 pm MYT
JASIN, 21 Julai (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi pengumumannya bahawa beliau akan bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan dalam jangka masa yang terdekat ketika berceramah di Hamas, Simpang Kemendor, di sini.

"Sama ada kes berjalan atau tidak saya tetap akan bertanding, jika saya tidak ditangkap saya tentu sudah umumkan di mana tempat saya akan bertanding," katanya di hadapan 7,000 orang baru-baru ini.

Beliau menegaskan bahawa rakyat kini begitu terbeban dengan kenaikan harga minyak dan menyatakan lagi dua bulan tarif eletrik akan meningkat dua kali ganda, di mana bakal menyebabkan rakyat akan sengsara, peniaga kecil akan merosot, IKS banyak terkesan dan penganguran masa ini setengah juta akan mencecah 800,000 juta dalam dua atau tiga bulan lagi.

"Sebab itu saya bantah kenaikkan harga minyak ini, mereka tuduh saya populis, saya kata lebih baik populis untuk jaga rakyat daripada jaga kroni, saya fikir itu satu tanggungjawab dan bila kita perintah kita akan batalkan syarikat kroni ini.

"Kalau saya nak jadi Perdana Menteri, tahun 98 dulu ikut Mahathir ambil duit banyak mana pun sekarang saya dah jadi Perdana Menteri, kalau nak jadi kaya saya tak perlu susah-susah begini tapi sebab saya tengok politik Malaysia sudah kacau-bilau, siapa yang boleh percaya negara ini mengikut hukum dan undang-undang dengan hakim 'corect-corect'," ujarnya.

Seterusnya, beliau menjelaskan bahawa sekarang tiada yang mahu melabur, pasaran saham merudum dan rakyat kena buat perubahan untuk angkat kedudukan sebagai satu anggota keluarga besar untuk menjamin keselamatan negara ini.

"Kita mesti buat perubahan saya tak suruh masuk penjara, saya tak suruh berhenti kerja, saya hanya suruh tinggal Umno dan BN, saya tak minta kesusahan, saya minta kawan-kawan ambil pendekatan ini kerana tanpa perubahan ini kita tidak akan dapat menyelamatkan bangsa dan negara kita," kata Anwar.

Di samping itu, Anwar menyatakan bahawa beliau membangkitkan kembali mereka yang terlibat memfitnahnya pada tuduhan liwat kali pertama walaupun sudah memaafkan mereka kerana pihak tersebut memfitnah beliau kembali dan kali ini dia tidak akan memaafkan lagi.


Click Here!
Posting by Suhaimi Taib di 7:02:00 PM No comments: Link this posting
Label: Dato' Seri Anwar Ibrahim

PAS Johor sambut baik muzakarah PAS-Umno

Mon | Jul 21, 08 | 5:06:48 pm MYT

BATU PAHAT, 21 Julai (Hrkh) - PAS Johor menyokong penuh sebarang usaha mengadakan muzakarah antara PAS-Umno bagi membincangkan kepentingan Melayu dan Islam di negara ini.

"PAS tidak pernah sekali-kali menutup pintu muzakarah dengan Umno bahkan, sejak dulu pun PAS sentiasa membuka ruang untuk bermuzakarah dengan mereka, malah sebelum pilihanraya yang lalu pun PAS telah menghantar surat kepada Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, untuk mengadakan muzakarah bagi membincangkan soal perpaduan melayu dan Islam," kata Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman, di sini.

Beliau berkata demikian, sebagai mengulas kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berhubung kesediaan PAS mengadakan muzakarah dengan Umno, yang mendapat liputan meluas media-massa tempatan mutakhir ini.

"PAS Johor yang mengadakan Mesyuaratnya hari ini juga telah mengambil ketetapan menyokong kenyataan Presiden PAS berhubung muzakarah ini," katanya.

Bagaimana pun menurutnya, antara muzakarah dan kerjasama adalah dua perkara yang berbeza, PAS memang sentiasa bersedia untuk bermuzakarah dengan Umno tetapi bukan mengadakan kerjasama dengan mereka, oleh itu tidak timbul sama-sekali soal kerjasama antara PAS-Umno.

Mazlan yang juga AJK PAS Pusat, turut menafikan dakwaan kononnya berlaku keretakan dalam Pakatan Rakyat, sebaliknya beliau menyifatkan dakwaan ini sebagai dakyah pihak-pihak tertentu yang berniat jahat terhadap Pakatan Rakyat.

"Hubungan kita dalam Pakatan Rakyat di peringkat Pusat dan Negeri sangat baik dan kerjasama ini akan dipereratkan lagi sehingga ke akar umbi, ini bagi membolehkan Pakatan Rakyat benar-benar mampu menjadi alternatif kepada Barisan Nasional.

"Justeru kerana itu kita ingin mempertegaskan sekali lagi bahawa khabar-khabar angin yang mendakwa kononnya hubungan Pakatan Rakyat retak, adalah tidak benar sama sekali dan rakyat jangan mudah tertipu dengan propaganda jahat pihak-pihak tertentu ini," ujarnya lagi.

Click Here!
Posting by Suhaimi Taib di 6:58:00 PM No comments: Link this posting
Label: Muzakarah Umno-PAS, PAS Sedia Muzakarah

Muzakarah hanya helah Umno selepas ditolak rakyat

Mon | Jul 21, 08 | 4:29:10 pm MYT
KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kelantan menganggap isu muzakarah di antara pemimpin PAS dan Umno sebagai agenda politik Umno.

Ketuanya, Mohd Zaki Ibrahim berkata, Umno cuba untuk mengheret PAS menangani masalah dalaman parti tersebut setelah ditolak rakyat pada pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

"Kenapa baru sekarang pemimpin Umno sibuk dengan isu muzakarah, sedangkan muzakarah ini telah dicadangkan oleh PAS sejak sekian lama tapi tidak pernah disambut Umno.

"Pernah PAS menghantar surat rasmi kepada Umno untuk mengadakan muzakarah tetapi tidak disambut. Kenapa semasa Umno kuat dahulu pemimpin mereka tidak sambut baik cadangan muzakarah.

"Dan kenapa sekarang dalam keadaan Umno nazak baru sibuk menghulur tangan untuk muzakarah dengan PAS," katanya ketika dihubungi di Kaherah, Mesir, hari ini.

Hari ini Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata, muzakarah bersama PAS telah diadakan sebanyak tiga kali bagi membincangkan beberapa isu berkaitan keagamaan dan orang Melayu.

Mohd Zaki yang juga Timbalan Speaker Dun Kelantan berkata, isu muzakarah merupakan satu tindakan licik politik Umno politik selepas Umno sedang tenat sekarang.

Katanya, Pemuda Kelantan mengharapkan agar pemimpin parti bersabar dan mengambil kira pandangan akar umbi parti sebelum berunding dengan Umno.

"Pimpinan juga kena ingat macam mana kelicikan politik Umno yang suatu masa dahulu melamar PAS bergabung dengan Umno untuk menyelesaikan masalah perbalahan dalam peristiwa 13 Mei 1969.

"Apabila PAS menyertai BN, Umno semakin kuat lalu mereka menendang keluar PAS dari BN. Cukup hebat tindakan licik Umno, adakah kita akan terkena tendangan kedua selepas ini,"katanya.

Sehubungan itu kata beliau Dewan Pemuda PAS Kelantan menyokong penuh pendirian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam isu muzakarah dengan Umno dengan meletak syarat tertentu.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, semua keputusan bermuzakarah perlu difikir bersama.

Katanya, tidak sepatutnya berlaku perselisihan dalam sesuatu isu apabila pemimpin tertinggi membuat keputusan mengenainya.

"Ahli dan penyokong parti hendaklah menerima segala keputusan dibuat kerana kita sayangkan parti bagi membangunkan negara,"katanya.

Click Here!
Posting by Suhaimi Taib di 6:52:00 PM No comments: Link this posting
Label: Muzakarah Umno-PAS, PAS Sedia Muzakarah

FITNAH Terhadap DPPNJ!


Saya telah dimaklumkan oleh seorang pemuda di Batu Pahat pada hari Jumaat yang lalu bahawa beliau telah menemui risalah yang diedarkan kepada para jamaah ketika selepas solat di kawasan Sri Gading yang ditulis di atas nama Dewan Pemuda PAS Negeri Johor supaya orang ramai tidak menghadiri program yang melibatkan Datuk Sri Anwar Ibrahim dan PAS tidak pernah menganggap bahawa DSAI sebagai Pemimpin Barisan Rakyat.

Saya menafikan bahawa risalah ini diterbitkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ). Saya melihat bahawa kerjabuat yang dilakukan oleh 'pihak tertentu' ini sudah cukup membayangkan bahawa Pakatan Rakyat sudah mula dirasai keberkesanannya kepada rakyat. Cubaan untuk menggagalkan aktiviti PR dan memecahbelahkan PR dilancarkan supaya PAS, DAP dan PKR akan berpecah-belah sesama-sendiri.

Risalah ini telah dicetak dengan tulisan berwarna hijau pada asalnya dan setakat ini dapat dikesan diedarkan di kawasan Batu Pahat dan Muar. Saya mendapati bahawa 'letterhead' DPPNJ telah diambil daripada blog DPPNJ untuk meyakinkan bahawa ia telah dikeluarkan oleh DPPNJ. Saya cadangkan kepada 'pihak tertentu' ini supaya pada masa akan datang surat gerak saraf seperti ini dibuat dalam bentuk surat rasmi, siap dengan letterhead dan nama serta tandatangan saya sekali selaku Ketua DPPNJ.

Keduanya, saya dapati bahawa 'pihak tertentu' ini telah silap menggunakan perkataan 'Barisan Rakyat' yang sepatutnya ditulis adalah 'Pakatan Rakyat'. Mungkin penulis risalah ini terambil daripada perkataan parti Barisan penulis wakili maka perkataan Barisan Rakyat telah tersilap digunakan.

DPPNJ akan mengeluarkan kenyataan media secara rasmi esok untuk membetulkan keadaan.

Sekian

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil
Posting by Suhaimi Taib di 5:46:00 PM No comments: Link this posting
Label: Dewan Pemuda PAS Johor, DPPNJ, Fitnah

Datuk Fauzi keluar Umno masuk PKR

KUANTAN: Datuk Fauzi Abdul Rahman mengisytiharkan keluar Umno masuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Program Lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pahang baru-baru ini.

Pengisytiharan itu dibuat di hadapan kira-kira 30 ribu rakyat negeri itu yang hadir di majlis berkenaan di sini baru-baru ini.


Bekas Setiausaha Parlimen dan Timbalan Menteri Penerangan, Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Ahli Parlimen Kuantan dan bekas ADUN Baserah ini terkenal dengan keberaniannya pernah mendedahkan kepincangan UMNO di zaman Tan Sri Khalil Yaakob menjadi Mentri Besar Pahang.

Datuk Fauzi mendakwa bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Khalil Yaakob, mengagihkan kawasan balak tanpa mengikut kuota yang ditetapkan Dasar Perhutanan Negara ketika menjawat Menteri Besar Pahang antara 1986 hingga 1999.

Serentak itu Fauzi meletakkan jawatan sebagai ADUN Baserah dan MKT UMNO kerana tidak bersetuju dengan amalan rasuah dalam pemilihan UMNO bahagian Kuantan.

Fauzi adalah waris kepada Datuk Abd Rahman Yaakob, Bekas Menteri Pelajaran zaman Tun Razak memimpin Malaysia.

Dengan ini Fauzi dijangka akan diberikan kepercayaan untuk menerajui PKR Negeri Pahang.


Click Here!
Posting by Suhaimi Taib di 5:28:00 PM No comments: Link this posting
Label: Datuk Fauzi Abdul Rahman, Dr. Mahathir keluar Umno, Keluar Umno

Ceramah di Sri Gading, Johor Darul Takzim

21 Julai 2008
Siri Jelajah Menuju Harapan Baru membawa saya ke Sri Gading, Johor semalam. Mesej saya konsisten, iaitu Perubahan harus terus mara dan jangan berhenti! Kita sudah menerangkan betapa tambahan RM 5 billion ke atas subsidi yang sedia ada pasti dapat mengurangkan harga minyak sebanyak 50 sen. Mekanisme untuk tujuan itu sudah saya terangkan semasa debat tempoh hari dan juga ceramah-ceramah bersiri Menuju Harapan Baru.

Bagi memperolehi RM 5 billion itu antara pra-syaratnya ialah memastikan tiada lagi ketirisan dan korupsi dalam perlaksanaan projek-projek kerajaan. Selain itu ketelusan, kepertanggungjawaban dan keadilan haruslah menjadi agenda utama. Namun kerajaan barisan nasional seperti tidak komited dengan agenda sebegini, yang terpampang memenuhi berita media arus perdana hanyalah laungan kosmetik semata. Yang ditangkap dan dihukum hanyalah ikan bilis sedangkan ikan jerung yang merampok dibiarkan bebas.

Saya juga mengambil kesempatan menerangkan isu-isu terkini berkaitan fitnah liwat terhadap diri saya serta keengganan saya pada ketika ini untuk tidak memberi sampel DNA kepada pihak polis. Alasan bahawa DNA saya sudah terlalu lama ternyata mengelirukan dan dangkal dibidang ilmu genetik. Sedangkan mengikut pakar-pakar perubatan data DNA boleh bertahan untuk jangka waktu yang cukup lama.

Nasihat ulama, para peguam serta rakan-rakan pakar perubatan agar saya tidak menyerahkan sampel DNA juga menguatkan keyakinan kemungkinan pemalsuan bukti-bukti sepertimana yang berlaku pada tahun 1998 akan berulang. Langkah berjaga-jaga perlu terutamanya ketika berpencak melawan musuh yang licik lagi zalim.

Ditenun kain dengan kapas,
Bermacam-macam warna ragi,
Perahu lilin layar kertas,
Berani kulanggar lautan api.

ANWAR IBRAHIM

Click Here!
Posting by Suhaimi Taib di 4:57:00 PM No comments: Link this posting
Label: Anwar Ibrahim, Jelajah Johor

Anwar isi 'borang mangsa rogol'

Jul 21, 08 12:25pm
kemaskini 2:36pm Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau diminta mengisi "borang mangsa rogol" di hospital Kuala Lumpur minggu lepas sewaktu beliau dibawa polis untuk pemeriksaan dalam siasatan dakwaan meliwat pembantunya.

Katanya, beliau menurut sahaja arahan doktor dengan andaian ia sebahagian prosedur biasa dan memberi kerjasama penuh kerana bimbang media akan membesar-besarkan isu itu jika beliau enggan mengikut arahan.

Dalam sidang media selepas memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) tengah hari ini, Anwar juga menafikan "mempolitikkan" isu tersebut seperti dakwaan menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau mengulangi dakwaannya bahawa beliau ditelanjang sewaktu pemeriksaan doktor dan kemaluannya diukur.

Dalam perkembangan berkaitan, peguamnya Sivarasa Rasiah berkata hospital Kuala Lumpur "telah diperalatkan untuk mempertahankan" isu tersebut.

"Tidak berbangkit persoalan bahawa Anwar telah dibogelkan ketika pemeriksaan kesihatan," katanya.

"Tidak juga berbangkit persoalan bahawa apabila beliau bersetuju (diperlakukan begitu) untuk pemeriksaan, beliau waktu itu bawah jagaan polis dan sentiasa tertakluk pada arah mereka untuk tujuan siasatan."

"Kami tidak mahu bertekak dengan pihak hospital yang tidak mempunyai pilihan lain kecuali menjalankan tugasnya seperti dikehendaki oleh polis dan akan melaporkannya kepada mereka (polis)," tambah Sivarasa.

anwar ibrahim freed from police ipk detention pc 170708 11Sehari selepas ditahan Selasa lalu, penasihat PKR itu berkata beliau telah ditelanjangkan sewaktu menjalani pemeriksaan di hospital.

Menurutnya, seluruh badan beliau diperiksa, termasuk bahagian sulitnya.

Secara berseloroh, beliau berkata, mereka juga "ukur apa yang perlu" dan beliau "ikut semuanya (arahan doktor)".

"Saya buat pemeriksaan seluruh badan saya, kemaluan saya termasuk mengukur apa yang perlu dan saya ikut semua," kata Anwar apabila dibebaskan.

Katanya, beliau juga enggan membenarkan gambar fizikalnya diambil kerana bimbang ia dibocorkan kepada umum, termasuk di internet.

"Sudah tentu saya menolak diambil gambar kerana ia akan ada dalam (laman perkongsian video) YouTube. Kamu fikir saya boleh percaya sistem sedia ada," katanya.

Menurut mantan timbalan perdana menteri itu lagi, beliau juga enggan sampel darahnya diambil untuk ujian DNA sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut.

Anwar berkata beliau enggan membenarkan sampel itu diambil atas nasihat peguam dan doktor.


Click Here!
Posting by Suhaimi Taib di 4:41:00 PM No comments: Link this posting
Label: Anwar dibogel, Datuk Seri Syed Hamid Albar

PAS mahu 'dengar tawaran Umno'

Jul 21, 08 2:42pm
PAS bertemu perdana menteri sejurus selepas pilihanraya umum Mac lalu "untuk mendengar apa tawaran pemimpin BN", kata ahli parlimen Shah Alam, Abd Khalid Samad yang turut serta dalam pertemuan awal tersebut.

Pertemuan itu juga untuk melengah-lengahkan masa agar kerajaan Pakatan Rakyat dapat dibentuk dengan selamat di Selangor susulan masalah yang dihadapi oleh gabungan pembangkang ketika itu, lapor laman web rasmi Siasah.

"Kerana itu, ketika kami berunding dan mendengar apa yang dikehendaki dan ditawarkan oleh Pak Lah, Tan Sri Khalid (Ibrahim) selamat mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor selepas PAS mengeluarkan surat sokongan kepada dia," kata Abd Khalid kepada akhbar mingguan itu (www.siasahdaily.blogspot.com).

Presiden PAS lewat malam ini tadi mendedahkan pertemuan pertama itu diketuai timbalan presiden Nasharudin Mat Isa dan pengarah pilihanraya Datuk Mustafa Ali, selain ahli parlimen dari Selangor tersebut.

Pada asalnya, kata Khalid, Abdul Hadi sendiri berniat mengetuai delegasi itu tetapi mesyuarat kemudiannya memutuskan ahli parlimen Marang itu diwakili oleh Mustafa, yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu.

Abd Khalid mendedahkan, nama exco hal-ehwal agama Selangor dan juga pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Hassan Ali tidak disenaraikan untuk ikut serta demi mengelak "pertembungan kepentingan."

Abd Khalid sebelum ini pernah mendedahkan, sejurus selepas keputusan Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, Dr Hassan pernah mengadakan rundingan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Khir Toyo.

"Kerana itu, saya dimasukkan untuk menggantikan Dr Hassan untuk mengelakkan bertembung kepentingan berlaku," Abd Khalid, yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor, dipetik sebagai berkata.

Pada peringkat awalnya, lapor akhbar itu lagi, beliau tidak bersetuju dengan pertemuan itu tetapi selepas perbincangan, wakil-wakil PAS bersetuju bertemu dengan pemimpin BN di sebuah rumah kerajaan berhampiran bangunan Parlimen.

"Yang pasti tidak ada langsung dalam perbincangan sesama pimpinan PAS, pergi jumpa dengan pimpinan Umno ini untuk bekerjama dengan mereka. Yang ada untuk memenuhi janji dan mendengar apa mereka nak tawarkan.

"Jadi kami dengar dan kata ya ya… tetapi kami tak boleh buat keputusan, kena bawa kepada parti dahulu," jelas Khalid lagi.

Mengulas sebab jemputan itu dibuat oleh Umno, Abd Khalid berkata, ia bermula dengan kerisauan Umno akibat kemenangan besar DAP di Selangor dan hubungannya dengan nasib orang Melayu.

Namun, kata Abd Khalid lagi, keikhlasan perdana menteri untuk membincangkan kepentingan Melayu dan Islam "hancur" selepas mengumumkan tentang pertemuan ini semalam.


Click Here!
Posting by Suhaimi Taib di 4:26:00 PM No comments: Link this posting
Label: Muzakarah Umno-PAS, Orang PAS bukan bodoh

Laporan palsu: Anwar ke BPR lagi

Jul 21, 08 11:36am
kemaskini 2:18pm Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambung keterangan di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini berhubung pemalsuan bukti kesnya 10 tahun lalu yang didakwa dilakukan oleh ketua polis negara dan peguam negara.

Anwar kelihatan masuk ke BPR di Putrajaya kira-kira 10 pagi dan keluarkan lebih tiga jam kemudian.

Keterangan ini sebagai sebahagian siasatan laporan polis Anwar terhadap Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Gani Patail yang didakwanya memalsukan bukti dalam laporan kesnya pada 1998.

Pada masa itu, Musa seorang pegawai penyiasat manakala Abdul Gani pula merupaka ketua pendakwaraya terhadap kes Anwar.

Apabila Anwar ditahan pada 20 September 1998, beliau dibawa ke ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman apabila mantan timbalan perdana menteri itu dipukul oleh KPN ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, menyebabkan matanya lebam dan mengalami kecederaan lain di badannya.

Anwar berkata, laporan asal perubatan yang disediakan oleh beberapa orang doktor telah diketepikan.

Dalam laporannya itu, Anwar berkata, laporan perubatan menyimpulkan bahawa kecederaan yang dialaminya adalah akibat dipukul.

Bagaimanapun, Anwar berkata, laporan tersebut tidak diterima dan mereka yang memukulnya tidak didakwa, sebaliknya peguam negara ketika itu Tan Sri Mokhtar Abdullah - yang didakwanya berpakat dengan Abdul Gani - meminta seorang doktor lain Dr Abdul Rahman Yusof mereka-reka laporan perubatan kedua.

Anwar berkata, beliau percaya, Musa dan Abdul Gani berada di Bukit Aman pada malam beliau dipukul oleh Abdul Rahim dan kedua-duanya "merahsiakan" kejadian tersebut daripada pengetahuan umum.

Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya satu siasatan baru dijalankan terhadap dakwaan mereka bukti, yang boleh dihukum sehingga tujuh tahun penjara.

BPR menjalankan tugas menyiasat dakwaan tersebut memandangkan ia membabitkan pihak polis dan pejabat peguam negara.

Musa dan Gani telah dipanggil memberi keterangan berhubung laporan Anwar pada 11 Julai lalu.

Musa memberi keterangan lebih empat jam, manakala Gani pula memberi keterangan selama kira-kira 40 minit.

Click Here!
Posting by Suhaimi Taib di 4:18:00 PM No comments: Link this posting
Label: Anwar Disiasat. Anwar Ibrahim, Konspirasi 1998

Husam: PM mahu pecah belah PAS...

Jul 20, 08 9:00pm
Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu menabur benih perpecahan dalam PAS apabila menyatakan beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin peringkat tertinggi PAS.


"Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin 'decision-makers' PAS telah tiga kali menemui beliau?

"Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek," katanya Husam dalam laporan yang disiarkan oleh Harakahdaily malam ini.

Abdullah hari ini mendedahkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin peringkat tertinggi PAS untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan dengan keagamaan.

Bagaimanapun, beliau yang juga presiden Umno dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata, pertemuan tersebut tidak disertai Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Nik Aziz tak ada, itu saya boleh katalah, yang lain tak boleh tanya....(pertemuan) pada peringkat orang yang boleh membuat keputusan," katanya, yang menurut Bernama seakan memberi gambaran bahawa antara yang terlibat dalam muzakarah itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

‘Mahu kukuh kedudukan'


husam musa 03Mengulas mengenainya, Husam berkata Abdullah cuba memberi gambaran positif mengenai dakwaan pertemuan tersebut, "walaupun dia tahu mana-mana pertubuhan, apatah lagi parti Islam seperti PAS, tidak dimiliki oleh mana-mana pemimpin, sebesar mana pun pemimpin itu."

"PAS sebagai jamaah Islam dikendalikan dengan kaedah dan etika harakah Islamiyyah yang tertentu, termasuk musyawarah," tegas beliau.

Selain mahu memecahbelahkan PAS, Husam berkata, niat Abdullah ialah untuk mengukuhkan kedudukannya dalam Umno di tengah pergolakan dalaman yang tidak menentu, menghilangkan keyakinan dalam Pakatan Rakyat dan menjarakkan semula PAS dari sokongan bukan Melayu.

"Mungkin Abdullah mendapat inspirasi umpan 'Negara Islam' yang dilemparkan oleh Dr Mahathir selepas melihat kemaraan pembangkang dalam pilihanraya 1999 dan umpan itu menjadi sehingga pembangkang undur semula dalam pilihanraya 2004," katanya.

Husam menegaskan bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS sudah tentu tidak akan mengkesampingkan perpaduan umat Islam dan tidak pula menjadikan perpaduan nasional agenda kedua selepas perpaduan Islam.

Perpaduan Islam, tegas beliau, dicapai dalam konteks perpaduan nasional yang semestinya diasaskan bukan di atas asas kaum semata-mata seperti dilakukan oleh Umno selama ini, tetapi di atas asas yang lebih kukuh seperti tiada diskriminasi kaum, tiada diskriminasi berdasarkan fahaman politik dan keadilan untuk semua.


Kepercayaan bukan Melayu

"Perpaduan versi Umno sudah lusuh. Umno sesama Umno pun tidak dapat disatukan. Apatah lagi formula itu hendak digunakan bagi ummat Islam dan nasional," tegas beliau.

Sehubungan itu, Husam mengingatkan bahawa utama pemimpin PAS pada waktu ini ialah memastikan parti tidak berpecah, bahkan kekal bersatu.

"PASlah satu-satunya parti yang paling stabil, kukuh dan mantap buat masa ini. Jika jangkitan kuman Umno meresap dan memecahkan PAS, perkongsian kuasa dengan Umno hanyalah ulangan percantuman sementara era Barisan Nasional dulu yang berakhir PAS ditolak ke tepi selepas Umno mencapai kekuatan mereka semula," katanya.

PAS juga, katanya, hendaklah memastikan kepercayaan dan harapan masyarakat bukan Islam terhadap PAS tidak dikhianati.

"Islam menekankan kepada kesetian terhadap janji," tegas Husam.

Komen Nik Aziz

nik azizSementara itu, Nik Aziz pula, ketika mengulas perkara itu, mengingatkan pemimpin kanan parti, yang membuat pertemuan dengan pemimpin Umno,bahawa mereka hanya boleh mengadakan pertemuan melibatkan perbincangan peribadi dan bukannya melibatkan isu politik kedua-dua parti.

Namun, Bernama melaporkan menteri besar Kelantan itu menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin Umno untuk membincangkan isu agama atas kapasiti peribadi tetapi tidak atas nama parti.

Nik Abdul Aziz menyatakan pendiriannya bahawa beliau hanya boleh menerima jika pemimpin PAS bertemu dengan pemimpin Umno atas urusan peribadi seperti menyentuh isu agama yang memberi manfaat dalam membaiki sahsiah diri.

Beliau menolak sebarang tindakan bagi pihak pemimpin PAS untuk mengadakan pertemuan dengan Umno bagi membincangkan isu parti.

"Kalau nak jumpa jangan jumpa dengan parti. Bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dan individu, saya setuju," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz berkata beliau sendiri tidak tahu mengenai pertemuan tiga kali itu, namun beliau pernah dimaklumkan sememangnya pernah wujud pertemuan antara Umno dan PAS tetapi lebih kepada isu agama dan peribadi.

Bukan atas nama parti

Beliau berkata pertemuan antara parti dengan parti atau antara Umno dan PAS tidak perlu diadakan kerana sudah terbukti dengan perjanjian yang dibuat pada tahun 70-an, ketika era Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein, PAS telah ditendang daripada parti gabungan.

"Jadi bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dengan individu saya setuju, dapat menyampaikan Islam secara langsung kepada individu terbabit," katanya.

Mengenai muzakarah yang disarankan beliau, Nik Aziz berkata perlu ada orang ketiga sebagai Hakkam yang mengadilkan pertemuan itu sebagaimana perbincangan antara dua negara berjiran perlukan kepada negara ketiga.

"Kalau di peringkat dunia berbalah dan perbincangan yang hendak diadakan perlu pihak ketiga, PPB (Pertubuhan Bangsa-Bersatu)lah yang terbaik," katanya.

Beliau tidak berminat untuk mengadakan pertemuan dengan nama parti dan sedia menerima pemimpin Umno yang mahu berbincang mengenai isu agama untuk kebaikan semua.

Click Here!
Posting by Suhaimi Taib di 4:13:00 PM No comments: Link this posting
Label: Datuk Nik Abdul Aziz Mat, debat Umno-PAS, Muzakarah Umno-PAS

Pemimpin PAS Diingatkan Pertemuan Hanya Untuk Peribadi Bukan Parti, Kata Nik Aziz

KOTA BAHARU, 20 Julai (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin kanan parti, yang membuat pertemuan dengan pemimpin Umno, hanya boleh mengadakan pertemuan melibatkan perbincangan peribadi dan bukannya melibatkan isu politik kedua-dua parti.

Namun Menteri Besar Kelantan itu menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin Umno untuk membincangkan isu agama atas kapasiti peribadi tetapi tidak atas nama parti.

Nik Abdul Aziz menyatakan pendiriannya bahawa beliau hanya boleh menerima jika pemimpin PAS bertemu dengan pemimpin Umno atas urusan peribadi seperti menyentuh isu agama yang memberi manfaat dalam membaiki sahsiah diri.

Beliau menolak sebarang tindakan bagi pihak pemimpin PAS untuk mengadakan pertemuan dengan Umno bagi membincangkan isu parti.

"Kalau nak jumpa jangan jumpa dengan parti. Bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dan individu, saya setuju," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari Ahad.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini bahawa pertemuan bersama PAS sebenarnya telah diadakan sebanyak tiga kali dengan membincangkan beberapa isu yang berkait rapat dengan keagamaan.

Nik Aziz berkata beliau sendiri tidak tahu mengenai pertemuan tiga kali itu namun beliau pernah dimaklumkan sememangnya pernah wujud pertemuan antara Umno dan PAS tetapi lebih kepada isu agama dan peribadi.

Beliau berkata pertemuan antara parti dengan parti atau antara Umno dan PAS tidak perlu diadakan kerana sudah terbukti dengan perjanjian yang dibuat pada tahun 70-an, ketika era Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein, PAS telah ditendang daripada parti gabungan.

"Jadi bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dengan individu saya setuju, dapat menyampaikan Islam secara langsung kepada individu terbabit," katanya.

Mengenai muzakarah yang disarankan beliau, Nik Aziz berkata perlu ada orang ketiga sebagai Hakkam yang mengadilkan pertemuan itu sebagaimana perbincangan antara dua negara berjiran perlukan kepada negara ketiga.

"Kalau di peringkat dunia berbalah dan perbincangan yang hendak diadakan perlu pihak ketiga, PPB (Pertubuhan Bangsa-Bersatu)lah yang terbaik," katanya.

Beliau tidak berminat untuk mengadakan pertemuan dengan nama parti dan sedia menerima pemimpin Umno yang mahu berbincang mengenai isu agama untuk kebaikan semua.

Click Here!
Posting by Suhaimi Taib di 4:09:00 PM No comments: Link this posting
Label: Muzakarah Umno-PAS, Nik Aziz, Pertemuan PAS-UMNO

SPR pamer daftar suku ke-2 hari ini

Jul 21, 08 12:10pm
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima sejumlah 27,297 permohonan pendaftaran sebagai pemilih baru dalam tempoh urusan pendaftaran pemilih suku tahun kedua yang berlangsung dari April hingga Jun lepas.

Pada tempoh itu, sejumlah 6,297 permohonan daripada pemilih berdaftar sedia ada diterima untuk pertukaran alamat pusat mengundi, menurut kenyataan SPR yang dikeluarkan di sini Ahad.

Senarai baru itu, iaitu rang daftar pemilih tambahan bagi suku tahun kedua 2008, akan dipamerkan mulai Isnin hingga Ahad ini di 854 tempat pameran di seluruh negara, lapor Bernama.

Sehubungan itu, warganegara Malaysia yang baru memohon sebagai pemilih, serta pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran alamat pusat mengundi, dinasihatkan menyemak rang daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2008 yang dipamerkan itu.

Pendaftar pemilih baru yang mendapati nama mereka tidak tersenarai boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B, dan perlu diserahkan kepada pengarah pilihan raya negeri masing-masing dalam tempoh tujuh hari dari tarikh rang daftar pemilih itu dipamerkan, kata SPR.

Kenyataan itu turut menyebut pemilih berdaftar di satu-satu bahagian pilihan raya yang hendak membuat bantahan ke atas kemasukan nama mana-mana orang di dalam rang daftar itu bagi satu-satu bahagian pilihan raya, boleh membuat bantahan dengan mengisi borang C.

SPR juga akan mempamerkan nama-nama pemilih yang akan dikeluarkan daripada daftar pemilih kerana telah meninggal dunia, lucut hak warganegara, bersara daripada angkatan tentera atau polis di mana mereka hilang kelayakan sebagai pemilih pos dan sebagainya.

Bagi pemilih berdaftar yang sudah bertukar alamat tempat bermastautin, mereka digalakkan membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi bagi membolehkan mereka mengundi di sesuatu pusat mengundi yang lebih dekat dengan kediaman masing-masing.

Click Here!
Posting by Suhaimi Taib di 4:05:00 PM No comments: Link this posting
Label: Daftar Pemilih, Pengerusi SPR, SPR

Najib Ulangi Komitmen Kepada Pelan Peralihan Kuasa

LUMUT, 21 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usul oleh sebuah cawangan Umno di Pahang mencalonkan beliau sebagai Presiden Umno tidak menjejaskan komitmennya terhadap pelan peralihan kuasa melibatkan beliau dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jun 2010.

"Saya tidak kisah daripada segi cawangan kerana yang penting pendirian peringkat bahagian," katanya ketika diminta mengulas usul berkenaan yang diluluskan oleh Umno Cawangan Kampung Ubai, dalam Bahagian Pekan, dalam mesyuarat agungnya minggu lepas.

Najib, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata bahawa dalam bahagian ada banyak cawangan tetapi yang penting ialah pendirian di peringkat bahagian.

"Saya dah kata saya komited dengan pelan peralihan itu, saya dah nyatakan pendirian saya, jadi bahagian yang komited akan calonkan saya sebagai timbalan presiden dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Industri Pertahanan Malaysia (MIPM) di Pengkalan TLDM di sini.

Beliau berkata sebagai contoh di Sabah, ada sebuah bahagian yang mempunyai lebih 400 cawangan.

"Pencalonan di peringkat cawangan tidak penting kerana ia tidak akan mempengaruhi bahagian yang telah menetapkan pendirian dengan pelan peralihan kuasa," kata Najib.

Menurutnya bahagianlah yang akan menentukan sikap pada mesyuarat peringkat berkenaan.

Ketika diminta mengulas desas-desus bahawa lebih banyak cawangan akann membuat pencalonan serupa, Najib berkata perkara itu tidak penting kerana yang penting ialah pendirian bahagian.

Umno cawangan Kampung Ubai adalah antara 139 cawangan dalam bahagian Pekan, yang diketuai oleh Najib.

Click Here!
Posting by Suhaimi Taib di 3:56:00 PM No comments: Link this posting
Label: Calon Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak

MB:Terengganu beli Mercedes ganti Proton bagi jimat kos

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said Ahad mempertahankan tindakan kerajaan negeri membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri dalam usaha menjimatkan kos perbelanjaan tahunan.

Ahmad berkata, pembelian kereta itu menggunakan peruntukan yang disediakan sebelum ini dan bukan menggunakan wang royalti minyak.

"Ia tidak melibatkan royalti minyak. Bagaimana nak guna wang royalti minyak, kita masih belum menerimanya daripada kerajaan pusat," katanya.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar berhubung pembelian kenderaan bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Ahmad berkata, keputusan pembelian kenderaan berjumlah RM3.43juta itu dibuat berikutan kos penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive yang digunakan oleh Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri sebelum ini terlalu tinggi.

"Bukannya kita nak kata kereta keluaran nasional tidak baik, tetapi hakikatnya kereta itu tidak sampai dua tahun terpaksa diselenggara kerana beberapa komponen kereta seperti kotak gear rosak.

"Contohnya kereta yang dinaiki Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar, Toh Chin Yaw sudah dua kali diselenggara yang melibatkan kos sehingga RM50,000. Tetapi kalau kereta Mercedes walaupun mahal tetapi ia jimat dari segi penyelenggaraan tempoh jangka panjang," katanya.

Bernama melaporkan terdahulu, beliau menghadiri majlis tahlil sempena Keputeraan Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di Kuala Terengganu Ahad.

Click Here!

Posting by Suhaimi Taib di 9:21:00 AM No comments: Link this posting
Label: Ahmad Said, Mercedes E200 Kompressor, Pembaziran kerajaan Terengganu

Mohd Nor Sedia Tentang Tengku Putera

KUALA TERENGGANU, 20 Julai (Bernama) -- Anggota Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman sedia untuk bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian berkenaan menentang penyandangnya Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada pemilihan Umno Bahagian itu November ini.

Ini kerana, daripada 30 cawangan yang telah selesai mengadakan mesyuarat di Bahagian itu sejak Khamis lepas, Mohd Nor mendapat 28 pencalonan manakala Tengku Putera hanya memperoleh dua pencalonan.

Jumlah pencalonan yang diperoleh Mohd Nor itu telah melebihi kuota 20 peratus atau 26 pencalonan bagi membolehkan beliau merebut jawatan berkenaan daripada Tengku Putera yang merupakan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dan Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Umno Bahagian Hulu Terengganu mempunyai 130 cawangan dan seratus lagi cawangan Umno di Bahagian itu dijangka selesai bermesyuarat bulan depan.

Ketika dihubungi di sini hari ini, Mohd Nor menyatakan kesediaan untuk bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian itu menentang Tengku Putera kerana ia adalah kehendak anggota parti.

"Insya-Allah saya akan bertanding jawatan Ketua Umno Bahagian. Kehendak ahli harus dipertimbangkan," katanya yang kini tidak memegang sebarang jawatan di bahagian itu.

Ditanya adakah tindakannya itu dilihat sebagai melanggar keputusan Badan Perhubungan Umno negeri supaya jawatan Ketua Umno Bahagian tidak dipertandingkan, beliau berkata perkara itu tidak timbul kerana pertandingan adalah satu proses demokrasi.

Pada 12 Julai lepas, mesyuarat Badan Perhubungan Umno Terengganu yang pertama di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Ahmad Said memutuskan supaya semua jawatan Ketua Umno Bahagian di negeri itu tidak dipertandingkan.

Bagi jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Hulu Terengganu pula, Datuk Rosol Wahid memperoleh 28 pencalonan bagi mempertahankan jawatannnya manakala anggota exco kerajaan negeri, Rozi Mamat dan anggota jawatankuasa Bahagian itu, Yusof Awang Hitam masing-masing mendapat satu pencalonan.

Click Here!

Posting by Suhaimi Taib di 7:58:00 AM No comments: Link this posting
Label: Umno Bahagian Hulu Terengganu

Kes Anwar: Abdullah akui wujud konspirasi Gani dan Musa?

Mon | Jul 21, 08 | 7:07:30 am MYT

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Hrkh) - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Peguam Negara,Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan tidak akan terlibat dalam siasatan berhubung tuduhan liwat melibatkan Dato' Seri Anwar' membawa pelbagai interpretasi.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin, beliau memandang serius akan kenyataan penafian Abdullah mengenai keterlibatan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara di dalam konspirasi ke atas Anwar.

"Kenyataan Abdullah bahawa beliau 'menjamin Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan tidak akan terlibat dalam siasatan berhubung tuduhan liwat melibatkan Dato' Seri Anwar membawa pelbagai interpretasi.

"Ia seolah-olah mengiyakan bahawa sebelum ini berlaku konspirasi melibatkan kedua-dua individu pada tahun 1998 yang mengakibatkan Dato' Seri Anwar dizalimi selama 6 tahun merengkok di dalam penjara atas kesalahan yang direka-reka,"dakwanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya lagi, melihat kepada perkembangan tuduhan dangkal salahlaku seks ke atas Anwar bermula 28 Jun lepas, penglibatan Gani dan Musa adalah sesuatu yang sukar disangkal dengan mengambil kira beberapa perkembangan, antaranya cara penahanan 'desperado' pihak polis ke atas Datuk Seri Anwar pada 16 Julai lepas, dan sabitan kes fitnah ke atas Raja Petra Kamaruddin pada 18 Julai berikutan Akuan Bersumpah beliau yang mengaitkan isteri Najib Tun Razak dalam pembunuhan mendiang Altantuya Shariibuu.

"Malah, tindakan polis yang ingin menggunakan perintah mahkamah untuk memaksa Dato' Seri Anwar memberikan sampel DNA juga sangat melucukan, dalam keadaan DNA Dato' Seri Anwar sudah pun wujud dalam Bank DNA hasil daripada siasatan kes 1998.

"Ini memperlihatkan wujud satu keadaan di mana sampel DNA Dato' Seri Anwar akan diseleweng untuk 'melengkapkan' pertuduhan palsu ke atas beliau,"katanya lagi.

Shamsul juga berkata bahawa,adalah sesuau yang sangat mengelirukan tatkala Abdullah mengatakan bahawa Gani tidak akan terlibat di dalam konspirasi ini, sedangkan jelas disebut di dalam Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan bahawa Peguam Negara adalah mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa pembicaraan mengenai sesuatu kesalahan, lain daripada pembicaraan di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah bumiputra atau mahkamah-tentera.

Menurutnya lagi, ini juga dijelaskan di dalam 'Seksyen 376 Kanun Keseksaan Jenayah : The Attorney General shall be the Public Prosecutor and shall have the control and discretion of all criminal prosecutions and proceedings under this Code.'

"AMK mengulangi penegasan di atas prinsip integriti dan akauntabiliti susulan daripada Memorandum yang dihantar kepada Perdana Menteri pada 3 Julai 2008 bahawa Musa Hassan dan Gani Patail mesti digantung tugas sebagai Ketua Polis Negara dan Peguam Negara serta merta sehingga penyiasatan terhadap mereka selesai dilakukan oleh Badan Pencegah Rasuah,"tegasnya.


Click Here!
Posting by Suhaimi Taib di 7:20:00 AM No comments: Link this posting
Label: Abdullah Ahmad Badawi, konspirasi Gani dan Musa

PAS mengakui bertemu Perdana Menteri





Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Sun | Jul 20, 08 | 11:57:32 pm MYT

PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.

Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS, Dato' Mustapha Ali, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan YB Hj Abd Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam.

Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang
melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulama.

PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia.

20 Julai, 2008

DATO' SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG

Presiden Parti Islam Se Malaysia (PAS)


Click Here!
Posting by Suhaimi Taib di 1:05:00 AM No comments: Link this posting
Label: Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)
Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Pakej Automatic eBay Powerseller
Bookmark and Share

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 
Click Here!

'Live' Dari Parlimen

  • Ahli Parlimen PAS
Click Here!
Click Here!

Umno Sarkas

  • Video: Ucapan DSAI di Acara Dari Black 14 ke Arah Kemenangan Rakyat
Free Online Forum View my Message Board
Free Forums by Bravenet.com
Click Here!

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 
Get your Free Mailing List
by Bravenet.com

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Listen to Irfan Khairi - Soal Jawab Perniagaan Internet - streaming

Free Viral Advertising

Free Viral Advertising!

Dream TV Channel World Wide

Dream TV Channel World Wide
For HD TV

Pelate Store Win Alzar Car Today

  • http://www.seramaesty.lelong.com.my

Sumbangan Anda Diperlukan

Sumbangan Anda Diperlukan
Akaun No: 163019288570
  • Maybank2u.com
Click Here!

My Web/Blogs

  • Mari Gi Candat
  • Studioduit.com
  • Suhaimi Home Loans
  • Suhaimi Properties
  • VideoGrafix Central

Blog dan Web Popular

  • Agendadaily.com
  • Bernama
  • Blog Husam Musa
  • Blog Lim Kit Siang
  • Blog Rockybru
  • Buletin Online
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Global Media Channel
  • Harakahdaily.net
  • KLpos.com
  • Kuda Kepang
  • Malaysia Today
  • Malaysiakini
  • MStar Online
  • No2Umno
  • Parti Keadilan Rakyat
  • Politik Malaysia
  • Pusat Blog Malaysia
  • Sang Kelembai
  • Siasah
  • Terengganukini
  • The Malaysian Insider
  • The Scribe A Kadir Jasin
  • Tranungkite.net
  • TVPAS.COM
  • Web Tun Dr. Mahathir Mohamed
  • wtv8.tv

Akhbar

  • Berita Harian
  • Guang Ming Daily
  • Harian Metro
  • International Times
  • Kosmo
  • NST
  • Sin Chew Jit Poh
  • Sinar Harian
  • The China Press
  • The Edge Daily
  • The Star
  • Utusan Malaysia

ClickThru HotSpot!
We offer an exciting lead solution that empowers you and your company to attain high quality leads - without upfront cost or activation fees. Simply fill out the questionnaire form below for a no-obligation lead quote. Once we receive the questionnaire, we will contact you within one business day with a customized no-obligation price quote.
eBay Home
Refer Affiliates to our Affiliate program and earn 5% based on the income earned from the Affiliates that you have referred.
Feed Shark
Web Directories
EatonWeb Blog Directory

Blog Archive

  • ►  2013 (34)
    • ►  May (7)
      • ►  May 20 (1)
      • ►  May 17 (2)
      • ►  May 15 (2)
      • ►  May 12 (2)
    • ►  April (11)
      • ►  Apr 28 (1)
      • ►  Apr 26 (1)
      • ►  Apr 25 (4)
      • ►  Apr 24 (1)
      • ►  Apr 23 (1)
      • ►  Apr 09 (1)
      • ►  Apr 04 (2)
    • ►  March (3)
      • ►  Mar 24 (1)
      • ►  Mar 23 (1)
      • ►  Mar 09 (1)
    • ►  February (11)
      • ►  Feb 22 (1)
      • ►  Feb 18 (1)
      • ►  Feb 17 (1)
      • ►  Feb 16 (1)
      • ►  Feb 13 (1)
      • ►  Feb 12 (1)
      • ►  Feb 07 (1)
      • ►  Feb 06 (1)
      • ►  Feb 05 (1)
      • ►  Feb 02 (1)
      • ►  Feb 01 (1)
    • ►  January (2)
      • ►  Jan 31 (1)
      • ►  Jan 30 (1)
  • ►  2012 (5)
    • ►  November (1)
      • ►  Nov 21 (1)
    • ►  September (1)
      • ►  Sep 29 (1)
    • ►  May (1)
      • ►  May 31 (1)
    • ►  April (1)
      • ►  Apr 22 (1)
    • ►  February (1)
      • ►  Feb 04 (1)
  • ►  2011 (25)
    • ►  December (1)
      • ►  Dec 04 (1)
    • ►  November (2)
      • ►  Nov 28 (1)
      • ►  Nov 22 (1)
    • ►  July (2)
      • ►  Jul 17 (1)
      • ►  Jul 12 (1)
    • ►  June (4)
      • ►  Jun 28 (1)
      • ►  Jun 26 (1)
      • ►  Jun 05 (2)
    • ►  May (5)
      • ►  May 27 (1)
      • ►  May 17 (1)
      • ►  May 16 (1)
      • ►  May 02 (1)
      • ►  May 01 (1)
    • ►  April (7)
      • ►  Apr 28 (3)
      • ►  Apr 27 (1)
      • ►  Apr 26 (1)
      • ►  Apr 21 (1)
      • ►  Apr 14 (1)
    • ►  March (2)
      • ►  Mar 07 (2)
    • ►  February (2)
      • ►  Feb 08 (2)
  • ►  2010 (21)
    • ►  July (1)
      • ►  Jul 07 (1)
    • ►  June (2)
      • ►  Jun 28 (1)
      • ►  Jun 06 (1)
    • ►  April (2)
      • ►  Apr 19 (1)
      • ►  Apr 03 (1)
    • ►  March (7)
      • ►  Mar 28 (1)
      • ►  Mar 20 (3)
      • ►  Mar 18 (1)
      • ►  Mar 11 (1)
      • ►  Mar 07 (1)
    • ►  February (6)
      • ►  Feb 25 (1)
      • ►  Feb 15 (1)
      • ►  Feb 04 (1)
      • ►  Feb 03 (1)
      • ►  Feb 02 (1)
      • ►  Feb 01 (1)
    • ►  January (3)
      • ►  Jan 31 (1)
      • ►  Jan 21 (1)
      • ►  Jan 20 (1)
  • ►  2009 (164)
    • ►  December (4)
      • ►  Dec 21 (1)
      • ►  Dec 19 (1)
      • ►  Dec 10 (1)
      • ►  Dec 08 (1)
    • ►  November (12)
      • ►  Nov 28 (1)
      • ►  Nov 27 (1)
      • ►  Nov 26 (2)
      • ►  Nov 25 (3)
      • ►  Nov 24 (1)
      • ►  Nov 22 (1)
      • ►  Nov 12 (1)
      • ►  Nov 08 (1)
      • ►  Nov 01 (1)
    • ►  October (3)
      • ►  Oct 24 (1)
      • ►  Oct 16 (1)
      • ►  Oct 12 (1)
    • ►  September (2)
      • ►  Sep 20 (1)
      • ►  Sep 05 (1)
    • ►  July (2)
      • ►  Jul 26 (1)
      • ►  Jul 20 (1)
    • ►  June (1)
      • ►  Jun 13 (1)
    • ►  May (9)
      • ►  May 23 (1)
      • ►  May 21 (1)
      • ►  May 18 (1)
      • ►  May 17 (1)
      • ►  May 16 (1)
      • ►  May 14 (2)
      • ►  May 11 (2)
    • ►  March (6)
      • ►  Mar 05 (1)
      • ►  Mar 04 (1)
      • ►  Mar 03 (2)
      • ►  Mar 02 (2)
    • ►  February (100)
      • ►  Feb 22 (1)
      • ►  Feb 20 (2)
      • ►  Feb 19 (1)
      • ►  Feb 18 (2)
      • ►  Feb 16 (10)
      • ►  Feb 15 (2)
      • ►  Feb 14 (4)
      • ►  Feb 13 (1)
      • ►  Feb 12 (2)
      • ►  Feb 11 (1)
      • ►  Feb 10 (12)
      • ►  Feb 09 (9)
      • ►  Feb 08 (22)
      • ►  Feb 06 (3)
      • ►  Feb 05 (17)
      • ►  Feb 04 (10)
      • ►  Feb 02 (1)
    • ►  January (25)
      • ►  Jan 31 (7)
      • ►  Jan 28 (2)
      • ►  Jan 25 (2)
      • ►  Jan 22 (1)
      • ►  Jan 19 (2)
      • ►  Jan 15 (2)
      • ►  Jan 14 (1)
      • ►  Jan 13 (2)
      • ►  Jan 11 (2)
      • ►  Jan 10 (4)
  • ▼  2008 (1710)
    • ►  December (26)
      • ►  Dec 26 (1)
      • ►  Dec 23 (1)
      • ►  Dec 22 (3)
      • ►  Dec 20 (1)
      • ►  Dec 19 (2)
      • ►  Dec 18 (1)
      • ►  Dec 17 (1)
      • ►  Dec 15 (1)
      • ►  Dec 14 (2)
      • ►  Dec 09 (1)
      • ►  Dec 07 (3)
      • ►  Dec 06 (2)
      • ►  Dec 05 (2)
      • ►  Dec 04 (1)
      • ►  Dec 03 (3)
      • ►  Dec 02 (1)
    • ►  November (68)
      • ►  Nov 30 (1)
      • ►  Nov 29 (1)
      • ►  Nov 28 (1)
      • ►  Nov 27 (2)
      • ►  Nov 26 (7)
      • ►  Nov 24 (1)
      • ►  Nov 23 (3)
      • ►  Nov 21 (1)
      • ►  Nov 20 (1)
      • ►  Nov 17 (1)
      • ►  Nov 15 (3)
      • ►  Nov 13 (3)
      • ►  Nov 12 (6)
      • ►  Nov 11 (1)
      • ►  Nov 10 (9)
      • ►  Nov 09 (2)
      • ►  Nov 08 (5)
      • ►  Nov 07 (4)
      • ►  Nov 06 (2)
      • ►  Nov 05 (1)
      • ►  Nov 04 (2)
      • ►  Nov 03 (2)
      • ►  Nov 02 (1)
      • ►  Nov 01 (8)
    • ►  October (50)
      • ►  Oct 30 (4)
      • ►  Oct 29 (2)
      • ►  Oct 28 (1)
      • ►  Oct 27 (1)
      • ►  Oct 25 (3)
      • ►  Oct 24 (2)
      • ►  Oct 23 (2)
      • ►  Oct 22 (1)
      • ►  Oct 21 (1)
      • ►  Oct 20 (1)
      • ►  Oct 19 (2)
      • ►  Oct 18 (2)
      • ►  Oct 17 (7)
      • ►  Oct 16 (6)
      • ►  Oct 14 (1)
      • ►  Oct 13 (3)
      • ►  Oct 12 (2)
      • ►  Oct 11 (1)
      • ►  Oct 10 (1)
      • ►  Oct 09 (1)
      • ►  Oct 08 (1)
      • ►  Oct 07 (1)
      • ►  Oct 06 (2)
      • ►  Oct 05 (2)
    • ►  September (262)
      • ►  Sep 30 (11)
      • ►  Sep 29 (11)
      • ►  Sep 28 (6)
      • ►  Sep 27 (8)
      • ►  Sep 23 (1)
      • ►  Sep 22 (18)
      • ►  Sep 21 (17)
      • ►  Sep 20 (34)
      • ►  Sep 18 (12)
      • ►  Sep 17 (3)
      • ►  Sep 16 (5)
      • ►  Sep 15 (23)
      • ►  Sep 14 (5)
      • ►  Sep 13 (38)
      • ►  Sep 11 (9)
      • ►  Sep 10 (8)
      • ►  Sep 09 (12)
      • ►  Sep 07 (12)
      • ►  Sep 06 (12)
      • ►  Sep 05 (5)
      • ►  Sep 04 (7)
      • ►  Sep 03 (4)
      • ►  Sep 02 (1)
    • ►  August (250)
      • ►  Aug 28 (3)
      • ►  Aug 27 (9)
      • ►  Aug 26 (9)
      • ►  Aug 25 (2)
      • ►  Aug 24 (16)
      • ►  Aug 23 (10)
      • ►  Aug 22 (7)
      • ►  Aug 19 (4)
      • ►  Aug 18 (7)
      • ►  Aug 17 (27)
      • ►  Aug 14 (18)
      • ►  Aug 13 (16)
      • ►  Aug 12 (6)
      • ►  Aug 11 (15)
      • ►  Aug 10 (12)
      • ►  Aug 09 (13)
      • ►  Aug 08 (2)
      • ►  Aug 07 (15)
      • ►  Aug 06 (1)
      • ►  Aug 05 (8)
      • ►  Aug 04 (22)
      • ►  Aug 03 (19)
      • ►  Aug 01 (9)
    • ▼  July (315)
      • ►  Jul 31 (14)
      • ►  Jul 29 (28)
      • ►  Jul 28 (29)
      • ►  Jul 27 (21)
      • ►  Jul 26 (26)
      • ►  Jul 25 (6)
      • ►  Jul 24 (36)
      • ►  Jul 23 (3)
      • ►  Jul 22 (8)
      • ▼  Jul 21 (22)
        • Raja bukan 'buta, pekak, bisu'
        • Mohd Saiful bukan 'gay'
        • Mursyidul Am tidak mahu sejarah hitam berulang kem...
        • Isu ekonomi: Siapa hendak kita percaya?
        • Anwar serah 8 dokumen pada BPR babitkan Gani dan M...
        • Anwar ulangi tanding pilihan raya kecil
        • PAS Johor sambut baik muzakarah PAS-Umno
        • Muzakarah hanya helah Umno selepas ditolak rakyat
        • FITNAH Terhadap DPPNJ!
        • Datuk Fauzi keluar Umno masuk PKR
        • Ceramah di Sri Gading, Johor Darul Takzim
        • Anwar isi 'borang mangsa rogol'
        • PAS mahu 'dengar tawaran Umno'
        • Laporan palsu: Anwar ke BPR lagi
        • Husam: PM mahu pecah belah PAS...
        • Pemimpin PAS Diingatkan Pertemuan Hanya Untuk Peri...
        • SPR pamer daftar suku ke-2 hari ini
        • Najib Ulangi Komitmen Kepada Pelan Peralihan Kuasa...
        • MB:Terengganu beli Mercedes ganti Proton bagi jima...
        • Mohd Nor Sedia Tentang Tengku Putera
        • Kes Anwar: Abdullah akui wujud konspirasi Gani dan...
        • PAS mengakui bertemu Perdana Menteri
      • ►  Jul 20 (17)
      • ►  Jul 19 (14)
      • ►  Jul 18 (1)
      • ►  Jul 17 (12)
      • ►  Jul 16 (11)
      • ►  Jul 15 (7)
      • ►  Jul 14 (13)
      • ►  Jul 13 (9)
      • ►  Jul 11 (2)
      • ►  Jul 10 (16)
      • ►  Jul 09 (3)
      • ►  Jul 06 (6)
      • ►  Jul 05 (3)
      • ►  Jul 04 (1)
      • ►  Jul 03 (7)
    • ►  June (117)
      • ►  Jun 30 (12)
      • ►  Jun 29 (6)
      • ►  Jun 28 (6)
      • ►  Jun 26 (1)
      • ►  Jun 24 (1)
      • ►  Jun 23 (2)
      • ►  Jun 22 (5)
      • ►  Jun 21 (14)
      • ►  Jun 20 (2)
      • ►  Jun 19 (9)
      • ►  Jun 17 (1)
      • ►  Jun 16 (5)
      • ►  Jun 15 (6)
      • ►  Jun 14 (5)
      • ►  Jun 13 (1)
      • ►  Jun 12 (5)
      • ►  Jun 11 (2)
      • ►  Jun 09 (8)
      • ►  Jun 08 (5)
      • ►  Jun 07 (1)
      • ►  Jun 05 (10)
      • ►  Jun 03 (1)
      • ►  Jun 02 (7)
      • ►  Jun 01 (2)
    • ►  May (157)
      • ►  May 30 (1)
      • ►  May 29 (9)
      • ►  May 28 (2)
      • ►  May 27 (10)
      • ►  May 26 (8)
      • ►  May 25 (15)
      • ►  May 24 (5)
      • ►  May 23 (1)
      • ►  May 22 (23)
      • ►  May 20 (9)
      • ►  May 19 (7)
      • ►  May 18 (19)
      • ►  May 17 (8)
      • ►  May 15 (12)
      • ►  May 14 (3)
      • ►  May 12 (1)
      • ►  May 11 (3)
      • ►  May 10 (7)
      • ►  May 08 (2)
      • ►  May 07 (2)
      • ►  May 06 (5)
      • ►  May 04 (2)
      • ►  May 03 (3)
    • ►  April (104)
      • ►  Apr 30 (1)
      • ►  Apr 27 (3)
      • ►  Apr 24 (3)
      • ►  Apr 23 (2)
      • ►  Apr 22 (1)
      • ►  Apr 21 (1)
      • ►  Apr 20 (1)
      • ►  Apr 19 (3)
      • ►  Apr 18 (1)
      • ►  Apr 17 (12)
      • ►  Apr 16 (2)
      • ►  Apr 15 (5)
      • ►  Apr 14 (2)
      • ►  Apr 13 (1)
      • ►  Apr 12 (2)
      • ►  Apr 10 (2)
      • ►  Apr 09 (1)
      • ►  Apr 08 (1)
      • ►  Apr 07 (4)
      • ►  Apr 06 (14)
      • ►  Apr 05 (4)
      • ►  Apr 04 (2)
      • ►  Apr 03 (25)
      • ►  Apr 02 (10)
      • ►  Apr 01 (1)
    • ►  March (316)
      • ►  Mar 31 (20)
      • ►  Mar 30 (42)
      • ►  Mar 29 (11)
      • ►  Mar 28 (7)
      • ►  Mar 27 (36)
      • ►  Mar 25 (11)
      • ►  Mar 24 (24)
      • ►  Mar 23 (25)
      • ►  Mar 22 (14)
      • ►  Mar 21 (1)
      • ►  Mar 20 (31)
      • ►  Mar 19 (9)
      • ►  Mar 18 (16)
      • ►  Mar 17 (35)
      • ►  Mar 16 (18)
      • ►  Mar 14 (3)
      • ►  Mar 13 (3)
      • ►  Mar 10 (4)
      • ►  Mar 09 (1)
      • ►  Mar 08 (2)
      • ►  Mar 06 (1)
      • ►  Mar 05 (1)
      • ►  Mar 02 (1)
    • ►  February (11)
      • ►  Feb 29 (1)
      • ►  Feb 23 (1)
      • ►  Feb 16 (1)
      • ►  Feb 15 (1)
      • ►  Feb 14 (1)
      • ►  Feb 13 (1)
      • ►  Feb 11 (1)
      • ►  Feb 10 (1)
      • ►  Feb 09 (1)
      • ►  Feb 04 (1)
      • ►  Feb 02 (1)
    • ►  January (34)
      • ►  Jan 31 (3)
      • ►  Jan 30 (3)
      • ►  Jan 29 (1)
      • ►  Jan 27 (2)
      • ►  Jan 25 (1)
      • ►  Jan 23 (2)
      • ►  Jan 21 (1)
      • ►  Jan 18 (1)
      • ►  Jan 17 (2)
      • ►  Jan 15 (1)
      • ►  Jan 10 (3)
      • ►  Jan 09 (1)
      • ►  Jan 07 (1)
      • ►  Jan 06 (4)
      • ►  Jan 03 (4)
      • ►  Jan 02 (2)
      • ►  Jan 01 (2)
  • ►  2007 (54)
    • ►  December (32)
      • ►  Dec 31 (1)
      • ►  Dec 30 (4)
      • ►  Dec 29 (2)
      • ►  Dec 28 (4)
      • ►  Dec 27 (2)
      • ►  Dec 26 (1)
      • ►  Dec 24 (1)
      • ►  Dec 23 (1)
      • ►  Dec 20 (2)
      • ►  Dec 17 (1)
      • ►  Dec 16 (1)
      • ►  Dec 15 (1)
      • ►  Dec 13 (3)
      • ►  Dec 12 (1)
      • ►  Dec 10 (1)
      • ►  Dec 09 (1)
      • ►  Dec 08 (1)
      • ►  Dec 06 (1)
      • ►  Dec 05 (1)
      • ►  Dec 03 (1)
      • ►  Dec 02 (1)
    • ►  November (20)
      • ►  Nov 29 (1)
      • ►  Nov 28 (1)
      • ►  Nov 26 (1)
      • ►  Nov 24 (1)
      • ►  Nov 22 (1)
      • ►  Nov 21 (2)
      • ►  Nov 20 (1)
      • ►  Nov 19 (1)
      • ►  Nov 18 (1)
      • ►  Nov 15 (2)
      • ►  Nov 13 (1)
      • ►  Nov 12 (2)
      • ►  Nov 08 (1)
      • ►  Nov 05 (1)
      • ►  Nov 04 (2)
      • ►  Nov 03 (1)
    • ►  October (2)
      • ►  Oct 25 (1)
      • ►  Oct 07 (1)

Contributors

  • eyone
  • Sha
  • abutarbus
  • Fendi
  • musang
  • Suhaimi Taib
  • diaz
  • rosli
  • mija
  • rida
  • Ros/Uda Ismail
  • TENSION TV
  • naim
  • SHAFIQ
  • zoulz
  • momo
  • Kiran Khan
  • Unknown
  • shah82
  • Unknown
  • madd
  • arifin
  • Dong Nai
  • ilmu pemangkin kejayaan
  • iQ eRrOr
  • ..IzZmEt..
  • SYAM
  • julia allya
  • nisha
  • SABBA
  • wil
  • Wang Internet
Powered By Blogger

Copyright© 2013 http://isupolitik.blogspot.com/ All Rights Reserved.

Watermark template. Powered by Blogger.