Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, July 20, 2008

Ceramah di Kg. Razali Pahang.

20 Julai, 2008
Tahniah rakyat Pahang! Ribuan rakyat berhimpun di Kampung Razali untuk mendengar penjelasan saya berhubung isu-isu terkini. Intipati ucapan saya jelas, kes pertuduhan fitnah terhadap diri saya tidak akan menggelincirkan perjalanan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Saya juga menerangkan kepada rakyat adalah tidak mustahil untuk menurunkan harga minyak sekaligus mengurangkan beban yang ditanggung. Kerajaan Pakatan Rakyat komited untuk membawa perubahan, membaiki bukan sahaja keadaan ekonomi malah berusaha melonjak kembali mutu pendidikan negara serta memastikan polis dan jabatan peguam negara kembali dihormati.

Lucu bila mendengar kenyataan bapak-bapak menteri yang mempersoalkan motif saya untuk tidak mahu memberi sampel DNA kepada polis. Sebenarnya sudah 6 kali sampel diambil dari saya sepanjang saya dipenjara! Untuk apa perlu diberi lagi? Alasan bahawa ia sudah lama ternyata mengelirukan, satu sampel sahaja sudah cukup kerana ia boleh digunakan walau untuk 2000 tahun lagi!

Saya tidak takut untuk memberikan sampel DNA saya. Akan tetapi bersihkan dahulu elemen-elemen yang merosakkan dalam polis dan agensi keselamatan lainnya! Jangan tahan orang tanpa bicara! Jangan menyuruh pegawai untuk berbohong bagi pihak kamu wahai bapak menteri! Yang takut bukan saya nampaknya tapi bapak-bapak menteri yang entah bila akan kehilangan kuasa. Dunia sedang menyaksikan komedi gelap bagaimana aparat-aparat pemerintah sanggup untuk memalsukan bukti demi memastikan segelintir terus memerintah.

ANWAR IBRAHIM


19
Jul

International support for Anwar Ibrahim

The attempt to smear and defame Anwar Ibrahim has been thoroughly rejected by the international community. Statements condemning the arrest of Anwar Ibrahim and stating concerns over the credible dispensation of justice have been made by groups which view they entire conduct of this case as suspiciously, similar to the fraudulent allegations made in 1998.

Open letter by prominent Muslim leaders in support of Anwar Ibrahim

We, the undersigned, believe the honorable brother Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim to be of the highest ethical and moral integrity, a devout Muslim and a devoted father and husband. He is universally recognized as an advocate for justice and fairness, and he has a long history of promoting Islam and championing Islamic ethical and charitable causes.

Signatories include: Prof. Dr. Akbar Ahmed, Amina Rasul, H.E. Shaykh Prof. Dr. Mustafa Cerić, Prof. Dr. H.R.H. Prince Ghazi bin Muhammad bin Talal, Prof. Dr. Ingrid Mattson, Yusuf Islam

[read entire letter] [SIGN THE LETTER]

International Crisis Group


The International Crisis Group condemns the arrest of our Board member, Anwar Ibrahim, former Deputy Prime Minister of Malaysia. Anwar Ibrahim was arrested outside his home in Kuala Lumpur on 16 July 2008 on charges that are obviously politically motivated, relating to his position as an opposition leader. Though released on bail the following day, the allegations against him remain and are clearly a deliberate attempt to smear him. We call on the Malaysian government to drop the charges against Anwar Ibrahim and for its leaders not to improperly use the police and judiciary for their partisan purposes.

Signatories include Gareth Evans, Ambassador Thomas R Pickering, and Lord Patten of Barnes

[read entire statement]

AccountAbility

AccountAbility’s Chief Executive, Simon Zadek: “We are seeing declines in almost every international indicator of good governance and citizens’ confidence in the democratic process. Malaysia has a unique opportunity to lead the way, in Asia and globally, in demonstrating how complex societies should manage their affairs”…

AccountAbility asks that the Malaysian Government provide exemplary global leadership at this pivotal moment in the nation’s history - by advancing the principles and practice of good governance and accountability advocated by our Honorary President, Anwar Ibrahim and so many other global leaders.

[read entire statement]

Senator Joe Biden

“A decade ago, the spectacle of Mr. Anwar’s mistreatment and imprisonment on transparently political grounds greatly discredited Malaysia in the eyes of the world community. The action tarnished the reputation of then-Prime Minister Mahathir Muhammad. I certainly hope that the current Prime Minister, Abdullah Badawi, does not repeat the mistakes of the past. I urge him to drop this political attack on a respected opposition figure, and commit himself to rule of law and good governance in Malaysia.”

[read entire statement]

National Democratic Institute and International Republication Institute

“The arrest of political leader Datuk Seri Anwar Ibrahim on July 16 is of great concern to us and the international community. A similar charge that was filed against him 10 years ago was ultimately overturned by the Supreme Court. The timing of the current charge is of particular concern given his re-emergence on the national political scene since the ban on his involvement in politics expired in April 2008. We hope that the investigation into the allegation is not used as a political tool to silence an outspoken government critic. It is essential that the investigation is conducted in a transparent and fair manner that upholds the rule of law, and affords Mr. Ibrahim full protection of his legal rights. We also urge the citizens of Malaysia to remain calm and pursue resolution of their concerns over his arrest in a peaceful manner.”

[read entire statement]

Kenyataan PM bertujuan pecahbelahkan PAS

Sun | Jul 20, 08 | 8:58:52 pm MYT

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Hrkh) - Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai perundingan dengan PAS bertujuan menabur benih perpecahan di dalam PAS yang mungkin mara mengambil alih tempat Umno pada masa depan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Haji Husam Musa.

Membidas kenyataan Perdana Menteri dalam sebuah akhbar harian hari ini, Exco kerajaan negeri Kelantan itu mengulangi penegasan bahawa PAS tidak mampu berpecah semata-mata untuk memenuhi impian Perdana Menteri mendapatkan 'keldai' korban yang boleh ditunggang, walaupun sementara.

Perdana Menteri hari ini menyatakan bahawa beliau telahpun tiga kali bertemu pemimpin PAS yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

"Pengumuman sebelah pihak oleh Abdullah tentunya ada motif tersirat. Jujurkah Abdullah bila beliau umumkan pemimpin 'decision-makers' PAS telah tiga kali menemui beliau?

"Atau beliau sedang memainkan PAS dengan satu strategi politik dengan umpan yang enak? Sekurang-kurang, dalam keadaan terlalu terdesak, beliau boleh mencapai matlamat politik jangka pendek," katanya.

Presiden Umno itu, kata Husam, cuba menggambarkan gambaran positif terhadap dakwaan pertemuannya itu dengan menggunakan istilah -decision-makers' - 'pembuat keputusan', walaupun dia tahu mana-mana pertubuhan, apatah lagi parti Islam seperti PAS, tidak dimiliki oleh mana-mana pemimpin, sebesar mana pun pemimpin itu.

"PAS sebagai jamaah Islam dikendalikan dengan kaedah dan etika harakah Islamiyyah yang tertentu, termasuk musyawarah," tegas beliau.

Selain memecahbelahkan PAS, Husam menjangka, antara matlamat politik jangka pendek yang hendak dicapai Perdana Menteri dengan pengumumannya itu ialah mengukuhkan kedudukannya di dalam Umno di tengah pergolakan dalaman yang tidak menentu, menghilangkan keyakinan dalam Pakatan Rakyat dan menghalang Agenda Post Pilhanraya 2008 dan menjarakkan semula PAS dari sokongan masyarakat bukan Melayu, mungkin 40 tahun kebelakang semula.

"Mungkin Abdullah mendapat inspirasi umpan 'Negara Islam' yang dilemparkan oleh Dr. Mahathir selepas melihat kemaraan pembangkang dalam pilihanraya 1999 dan umpan itu menjadi sehingga pembangkang undur semula dalam pilihanraya 2004," katanya.

Husam menegaskan bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS sudah tentu tidak akan mengkesampingkan perpaduan ummat Islam dan tidak pula menjadikan perpaduan nasional agenda kedua selepas perpaduan Islam.

Perpaduan Islam, tegas beliau, dicapai dalam konteks perpaduan nasional yang semestinya diasaskan bukan di atas asas kaum semata-mata seperti dilakukan oleh Umno selama ini, tetapi di atas asas yang lebih kukuh seperti tiada diskriminasi kaum, tiada diskriminasi berdasarkan fahaman politik dan keadilan untuk semua.

"Perpaduan versi Umno sudah lusuh. Umno sesama Umno pun tidak dapat disatukan. Apatah lagi formula itu hendak digunakan bagi ummat Islam dan nasional," tegas beliau.

Sambil menyifatkan Perdana Menteri sudah pun mencapai maksud yang diharapkan pada darjah yang tertentu yang belum parah, Husam mengingatkan tugas utama pemimpin PAS pada waktu ini ialah memastikan parti tidak berpecah, bahkan kekal bersatu.

"PASlah satu-satunya parti yang paling stabil, kukuh dan mantap buat masa ini. Jika jangkitan kuman Umno meresap dan memecahkan PAS, perkongsian kuasa dengan Umno hanyalah ulangan percantuman sementara era Barisan Nasional dulu yang berakhir PAS ditolak ke tepi selepas Umno mencapai kekuatan mereka semula," kata beliau.

PAS juga, katanya, hendaklah memastikan kepercayaan dan harapan masyarakat bukan Islam terhadap PAS tidak dikhianati.

"Islam menekankan kepada kesetian terhadap janji," tegas beliau.

Jika PAS mempunyai pandangan dan agenda yang berguna untuk kepentingan negara, agenda ini boleh dimaklumkan kepada rakyat secara terbuka dan tuntutan boleh dibuat untuk Umno menerima atau melaksanakannya, tanpa terikat dengan satu perkongsian kuasa yang akan meletakkan PAS selama-lamanya pemain kedua yang bertugas menyelamatkan Umno dengan faham sekularnya yang merosakkan itu, katanya.

"Berulang kali PAS memainkan peranan yang sama," katanya lagi.

Tetapi itu tidak penting bagi Perdana Menteri, kata Husam, kerana dalam ketidaktentuan sebelum Disember ini, beliau memerlukan segala dahan yang ada untuk berpaut.

Pada waktu kepercayaan kepada kepimpinannya berada pada titik yang paling rendah, keupayaan pengurusan ekonomi yang hampir sifar, hala tuju negara yang amat kabur, keyakinan terhadap kemampuan membawa keharmonian pelbagai kaum yang amat rendah, kehilangan keyakinan terhadap institusi utama seperti kehakiman, polis dan jabatan Peguam Negara, Husam menyifatkan Perdana Menteri memang memerlukan PAS.

"Jawatan kerajaan yang mungkin ditawarkan oleh Abdullah kepada PAS tentulah bukan segala-galanya," tegas beliau.


Click Here!

PAS Punyai Kelebihan Isu Muzakarah

Dakwaan terbaru Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Umno telah tiga kali membuat pertemuan dengan pemimpin PAS, suatu penjelasan kabur dan satu peluru penabur untuk menjadi perhatian media semua genre baik elektronik mahupun bercetak.

Bila pertemuan itu tidak diketahui bila diadakan dengan siapa dan di mana, tidak dinyatakan dengan jelas. Persoalan yang ditimbul di sini ialah kenapa isu ini diketengahkan di saat Umno lemah dan hampir lemas terkapai di tengah gelombang kebangkitan rakyat.

Umno kini mencari ranting berpaut. Justeru ia perlu membangkitkan perhatian khalayak di samping cuba menyekat arus kebangkitan rakyat dengan menimbulkan isu kerjasama Umno dengan PAS agar hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) dapat direnggangkan.

Kenyataan ini antara lain bertujuan untuk menaikan dan membina imej Umno yang sedang menurun di mata rakyat, apabila parti terbesar kedua Melayu-Islam di Malaysia (PAS) dikatakan mengadakan hubungan atau perjumpaan dengan Umno tanpa diberitahu motif yang jelas, untuk menimbulkan tanda tanya dan keraguan di kalangan rakyat bahawa benarkah pertemuan itu diatur selepas Umno kini mahu disisihkan dari arena kebangkitan politik negara?

Keikhlasan PAS untuk mengadakan perjumpaan degan sesiapa sahaja sudah dimanipulasi untuk kepentingan dan membina imej Umno ketika ini.

PAS sebagai wadah siasah dan dakwah Islamiyyah sudah pasti tidak mengamalkan dasar pintu tertutup untuk menyampaikan mesej perjuangannya walaupun dengan cara berjumpa dengan pemimpin-pemimpin Umno.

Walaupun perjumpaan secara tidak rasmi, jika pernah berlaku ia bukan bertujuan menggadaikan prinsip sudah tentu ia bertujuan menyampaikan risalah perjuangannya dan sudah pasti bukan untuk mendokong kerajaan yang diterajui Umno atau Barisan Nasional (BN) sekarang.

Ini kerana PAS telah belajar dari sejarah. Penyertaan PAS dan BN menimbulkan kesan mendalam terhadap perjungannya sebelum ini.

PAS hanya boleh menyampaikan hasrat perjuangannya sedangkan hasrat dan cadangan PAS tidak semestinya digunapakai oleh Umno.

Sebab, Umno/BN masih memegang tapuk pemerintahan negara, sudah tentu ketentuan dasar dan pentadbiran negara masih tertakluk kepada kehendak dan dasar perjuangan parti itu.

PAS hanya boleh menjadi pendakwah dan penasihat yang baik ketika ini tanpa boleh memaksa Umno menerima nasihatnya kerana parti Islam itu tidak mempunyai kuasa untuk memaksa mana-mana pihak mematuhi kehendaknya.

Kalau difikir secara sepintas lalu, mungkin dakwah atau nasihat yang disampaikan oleh PAS itu semacam sia-sia sahaja (jika benar berlaku pertemuan seumpama itu) kerana banyak cadangan PAS semasa berada dalam BN dahulu ditolak mentah-mentah oleh BN sehingga PAS keluar dari BN.

Walaupun Umno cuba memulihkan imejnya dengan kesempatan mengadakan pertemuan dengan PAS namun sikap terbuka PAS pada bila-bila masa untuk menyatakan pendiriannya kepada sesiapa sahaja tetap terlaksana walaupun di saat Umno lemah sekarang.

Ini bertepatan dengan prinsip Islam untuk menyatakan kebenaran itu walau dalam situasi apa sekalipun.

PAS telah belajar sejarah silam dan sejarah hitam gabungan PAS-BN tidak mungkin berulang kerana apabila parti itu memperolehi kekuatannya dia akan menyinkirkan PAS sebagaimana berlaku sebelum ini.

Bagaimanapun Pakatan Rakyat merupakan satu parti alternatif baru bagi BN, mempelawakan peluang untuk wakil rakyat BN bergabung membentuk kerajaan baru menggantikan parti itu.

Ia lebih praktikal berbanding gabungan PAS dengan BN. Jadi, walaupun kenyataan Pak Lah mempunyai beberapa unsur negatif untuk melemahkan psikologi Pakatan Rakyat, kebaikannya terserlah apabila PAS tetap teguh bersama pakatan rakyat.

Tinggal lagi strategi perlu diatur dengan kemas untuk proses menukar tapuk pemerintahan negara dari BN kepada Pakatan Rakyat.

Gerakan perubahan didokong oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diteruskan walaupun mendapat halangan dasyat dari Umno termasuk dengan memaparkan kes dakwaan liwat yang masih menjadi isu panas hari ini.

Click Here!

Pertemuan Dengan PAS Berlangsung Tiga Kali, Kata Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 20 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mendedahkan bahawa pertemuan bersama PAS sebenarnya telah diadakan sebanyak tiga kali dengan membincangkan beberapa isu yang berkait rapat dengan keagamaan.

Bagaimanapun, katanya, pertemuan dengan pemimpin pada peringkat tinggi itu tidak disertai oleh Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Saya dah ada pertemuan sebenarnya, dan pertemuan ini pada peringkat awal. Tak perlulah saya bagi maklumat yang lain, nanti saudara buat spekulasi yang bukan-bukan.

"Nik Aziz tak ada, itu saya boleh katalah, yang lain tak boleh tanya....(pertemuan) pada peringkat orang yang boleh membuat keputusan," katanya, seakan memberi gambaran bahawa antara yang terlibat dalam muzakarah itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdullah menyatakan demikian ketika diminta mengulas mengenai muzakarah dengan PAS seperti yang dicadangkan oleh Abdul Hadi menerusi satu wawancara bersama Harakah, lidah rasmi parti itu, minggu lalu.

Abdul Hadi menerusi wawancara itu menyatakan bahawa Pas berhak mengadakan rundingan bersama UMNO tanpa perlu merujuk dengan mana-mana parti dalam pakatan pembangkang untuk menyampaikan mesej Islam.

Mengulas lanjut pertemuan berkenaan, Perdana Menteri berkata antara perkara yang menjadi topik perbincangan ialah kewujudan masalah yang pasti akan timbul sekiranya isu mengenai agama dipolitikkan.

"Kalau hal agama jadi isu politik, ia akan membawa kepada masalah di kalangan orang Islam, itu satu daripada tajuk-tajuknya, ada lagi tajuk yang lain, tak payahlah saya huraikan," katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri merasmikan sambutan Hari Koperasi Negara 2008.

Menjawab soalan sama ada UMNO bakal mengenakan syarat-syarat tertentu untuk muzakarah berkenaan dan memikirkan kemungkinan untuk melantik pihak ketiga sebagai pengerusi seperti yang disyorkan oleh Nik Aziz, Abdullah berkata sebarang syarat hanya akan menyusahkan.

"Buat apa kita nak letak syarat, menyusahkan sahaja. Kita bincang dengan ikhlas. Apa juga pandangan-pandangan yang kita fikir wajar, kita bincang, kita bincanglah.

"Biarlah kita pada peringkat ini cakap pada peringkat kita sahaja, belum lagi memikirkan sama ada orang ketiga itu perlu atau tidak," katanya.

Abdullah juga berkata, pertemuan itu berjaya melahirkan pemuafakatan dan persefahaman yang baik antara kedua-dua pihak.

Click Here!

PM dinasihat jangan campur tangan urusan polis

Sun | Jul 20, 08 | 3:14:06 pm MY

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dinasihatkan agar tidak campur tangan dalam urusan penyiasatan polis kerana ia boleh menyebabkan timbulnya banyak kerenah birokrasi.

Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub berkata, campur tangan Abdullah dalam urusan siasatan membabitkan penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, itu juga boleh menjadi gelak ketawa rakyat.

"Kenapa Abdullah perlu campur tangan? Beliau tidak sepatutnya campur tangan, yang kemudiannya akan mengakibatkan semakin banyak karenah birokrasi yang timbul dalam siasatan tersebut," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdullah yang menyatakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan terlibat dalam siasatan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim, semalam.

"Apakah ada jaminan bahawa Musa dan Gani tidak akan terlibat atau campur tangan dalam siasatan tersebut, sedangkan itu sememangnya sudah tugas mereka? Tolonglah, jangan campur tangan dalam hal ini. Jangan biarkan kenyataan ini jadi bahan ketawa rakyat," kata beliau lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Salahuddin yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pemuda PAS sudah selangkah lebih kehadapan berbanding Pemangku Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkenaan penubuhan badan bebas bagi kes Anwar.

Menurut Salahuddin, Pemuda PAS sudah terlebih dahulu menghantar memorandum ke Istana Negara, minggu lepas bagi mendesak agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi membantu siasatan kes ini, selain memastikan ia (siasatan) dapat dijalankan dengan lebih telus dan terbuka.

Dalam pada itu, beliau mendesak supaya Musa dan Gani disiasat segera berhubung laporan polis yang dibuat Anwar, yang mendakwa kedua-dua (Musa dan Gani) terlibat dalam pemalsuan bukti dalam kes mantan Timbalan Perdana Menteri itu pada 1998-1999.

"Sekiranya Anwar boleh disiasat apabila bekas pembantunya membuat laporan polis, mengapa (siasatan) tidak dilakukan terhadap Gani dan Musa, yang juga ada laporan polis terhadap mereka? Kita harap, pihak polis jangan bersikap 'double standard' dalam hal ini," tegas beliau.

Malah, beliau turut mengingatkan kerajaan dan pihak polis agar tidak melakukan sebarang 'pendakwaan terpilih' dalam sesuatu laporan polis yang dibuat melibatkan tokoh-tokoh negara.


Click Here!

Pelan peralihan kuasa tiada dalam perlembagaan Umno - Ku Li





Sun | Jul 20, 08 | 2:44:43 pm MYT

KOTA BHARU, 20 Julai (Hrkh) - Adakah pelan peralihan kuasa yang cuba diamalkan dalam Umno sekarang selaras dengan perlembagaan parti itu. Bagi Tengku Razaleigh Hamzah ia jelas bertentangan.

Beliau berkata, penyandang sekarang (presiden) dipilih untuk berkhidmat hanya untuk tempoh tiga tahun saja.

"Oleh itu, mengikut Perlembagaan Umno mesti diadakan pemilihan dan ketika itulah parti akan memilih siapa untuk menyandang jawatan tertentu sama ada orang yang sama atau orang lain.

"Kalau dilihat kepada perlembagaan parti tidak ada peruntukan mengenai peralihan kuasa. Timbalan Presiden tidak sepatutnya ditentukan lebih awal.

" Kita sudah 50 tahun merdeka, rakyat pandai memilih. Rakyat Malaysia bijak. Ahli-ahli Umno pun bijak," katanya pada sidang media di kediamannya di sini baru-baru ini.

Baru-baru ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan akan berundur pada pertengahan 2010 dan tempatnya sekarang akan diganti Datuk Seri Najib Razak.

Ku Li yang juga anggota Parlimen Gua Musang menegaskan tetap bersedia untuk bertanding bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan sempena perhimpunan agung parti itu, Disember depan.

"Saya menawarkan diri untuk dicalonkan sebagai Presiden berdasarkan perlembagaan parti. Kita manusia bertamadun. Kita berorganisasi seperti Umno. Kita ada perlembagaan yang menentukan pergerakan kita.

"Dan kalau tidak mahu mengikut perlembagaan parti, baik kita masuk hutan, mengikut undang-undang binatang," katanya.

Beliau juga menyifatkan tindakan Perdana Menteri mengumumkan pelan peralihan kuasa pada pertengahan 2010 sebagai keputusan untuk kepentingan diri.

Menurutnya Majlis Tertinggi (MT) tidak boleh membuat keputusan atau memberi pandangan bertentangan dengan perlembagaan parti.

Kata beliau, ahli Umno berhak dipilih dan boleh memilih, dan hak mereka itu dijamin dalam perlembagaan.

"Tidak ada tradisi serah kuasa dalam Umno, perkara itu hanya dibuat-buat saja. Barangkali sebagai helah untuk duduk di situ," tegasnya.

Mengulas mengenai cadangan supaya diadakan debat bagi calon yang akan bertanding dalam pemilihan jawatan parti, beliau menyatakan persetujuannya.

Beliau juga memberitahu syarat-syarat ketat seperti dimuatkan dalam buku Etika Ahli Umno akan dibatal sekiranya beliau dipilih menjadi Presiden parti.

Selain itu, beliau menyifatkan Tataetika tersebut dilakukan bertujuan menyekat pihak establishment dalam parti.

"Orang atasan tidak kena. Itulah demokrasi, kita mampus.." katanya sambil ketawa.

Bagaimanapun beliau menegaskan mahu mengekalkan demokrasi termasuk peraturan pemilihan Presiden, Pengerusi Tetap dan ahli-ahli Majlis Tertinggi.

"Terserahlah kepada pencalonan. Saya tidak membuat apa-apa keputusan mengenai pertandingan jawatan Presiden. Saya serahkan kepada perwakilan dalam perkara itu.

"Namun begitu, saya sedia menerima siapa sahaja yang dipilih dan difikirkan layak," katanya.

PM diminta siasat cara Anwar ditangkap

Sun | Jul 20, 08 | 10:52:38 am MYT
NIBUNG TEBAL, 20 Julai (Hrkh) - Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Keadilan Rakyat (KeAdiLan), Dato' Zahrin Hashim mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan siasatan tentang siri tangkapan Ketua Umum KeAdiLan, Dato' Seri Anwar Ibrahim minggu lepas.

Ini kerana, hasil pertemuan antara Perdana Menteri, dirinya dan Naib Presiden KeAdiLan, Azmin Ali beliau mengatakan tidak tahu menahu tentang tindakan polis seolah menangkap seorang penjenayah negara sebaliknya mendengar maklumat tangkapan daripada orang tertentu sahaja.

"Perdana Menteri diminta mengadakan siasatan segera tentang babak tangkapan yang dilakukan oleh polis bertopeng seolah-olah Dato' Seri Anwar penjenayah besar. Sedangkan, memang beliau hendak ke balai polis sebagaimana yang dikehendaki cuma pulang ke rumah sekejap untuk mendapatkan sokongan moral keluarganya," jelas beliau ketika ditanya tentang pertemuan dengan Perdana Menteri selepas tangkapan terhadap Dato' Seri Anwar dibuat.

Beliau yang ditemui di majlis perasmian Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Bakap, Haji Maktar Shapee berkata, sebenarnya Perdana Menteri sendiri terkejut bila diceritakan kepadanya cara tangkapan dibuat kerana beliau hanya mendapat laporan sahaja bahawa Dato' Seri Anwar di tahan.

Walaupun beliau mengatakan biar polis melakukan kerja mereka dan tidak mahu campur tangan namun beliau sebagai orang nombor satu negara harus mengetahui tindakan pasukan polis yang dianggap luar biasa.

"Sebagai seorang Perdana Menteri yang berwibawa dia kena tahu dari A hingga Z tangkapan dilakukan bukan sekadar dengar laporan Dato' Seri Anwar ditahan dari seseorang," katanya.

Tindakan itu, boleh menimbulkan tanggapan negara luar atau rakyat bahawa Malaysia bukan lagi mengamalkan demokrasi yang sejati tetapi menuju sebuah 'Negara Polis'.

Perdana Menteri kena sedar tambahnya, sebab dalam jangka masa panjang pelabur asing terus bimbang dengan tahap ekonomi negara ekoran senario politik yang dicipta oleh segelintir pemimpin yang rakuskan kuasa.

Sementara itu, Adun Sungai Bakap, Haji Maktar Shapee dalam ucapannya menaruh harapan yang tinggi pada masyarakat setempat agar bersama menjalinkan persefahaman dan kemaufakatan kerana dengan jalan itu sahaja negara terus dinamik.

Jesteru, Pusat Khidmat yang dibuka dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari kecuali ada program rangka lawatan ke kampung-kampung beliau menegaskan, aduan yang diterima akan dipanjangkan ke pihak-pihak tertentu sebagai perantaraan antara kerajaan dan rakyat.

"InsyaAllah kita akan lakukan secara terbaik apa yang penting untuk rakyat. Kita cuba buat kelainan daripada Barisan Nasional (BN) dulu yang asyik pandang kroni daripada kepentingan rakyat jelata," jelasnya yang beroperasi di 1520 tingkat atas Jalan Stesyen, Sungai Bakap.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim, Adun Jawi, Tan Beng Huat dan Ahli Parlimen Nibung Tebal, Tan Tee Beng.

Click Here!

Muzakarah dengan Dr M dahulu - Mahfuz



KUALA LUMMPUR, 19 Jul (Hrkh) - Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu bermuzakarah dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengangkat beliau sebagai Perdana Menteri dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan untuk bermuzakarah dengan PAS, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Haji Mahfuz Omar.

Image

"Banyak perkara yang belum selesai antara Perdana Menteri dengan Dr Mahathir. Banyak persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir tidak dijawab oleh Perdana Menteri.

"Selagi perkara itu tidak diselesaikan, Perdana Menteri tidak ada kredibiliti untuk bercakap mengenai perbincangan dengan mana-mana pihak," katanya.

Menurut Mahfuz, walaupun Dr Mahathir berusaha bertemu Perdana Menteri untuk menjernihkan keadaan, apa yang berlaku selepas itu ternyata semakin buruk akibat sikap Perdana Menteri yang enggan menangani pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir.

"Perdana Menteri bukan sahaja tidak mengatasinya (persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir), jawab pun tidak," kata beliau.

Keengganan Perdana Menteri untuk menjawab pelbagai persoalan yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir itu menyebabkan beliau disyaki tidak berterima kasih dan tidak menghormati orang yang mengangkatnya ke jawatannya kini sebagai Perdana Menteri, kata Mahfuz.

"Jika orang yang melantiknya ke jawatannya sekarang pun tidak dihormatinya, apa jaminan Perdana Menteri boleh menghormati pihak lain?

Image"Perbincangan atau muzakarah memerlukan rasa hormat antara satu sama lain," kata Mahfuz.

Menurut beliau, bukan sahaja masalah hubungan dengan Dr Mahathir perlu diselesaikan oleh Perdana Menteri, malah beliau perlu menyelesaikan hubungannya dengan mereka yang dipimpinnya.

"Walaupun Perdana Menteri berikrar mahu berundur dan mengharap diberi peluang dua tahun lagi, namun mereka yang dipimpinnya tetap tidak berpuas hati.

"Baru-baru ini, (Naib Presiden Umno, Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) berkata, dua tahun terlalu lama. Ketua Pemuda Umno, (Datuk Seri) Hishammuddin (Tun Hussein) dan (Dato') Shahrir (Abdul Samad) pula menolak saranan supaya tidak diadakan pertandingan memandangkan Abdullah sudah hendak berundur sebagai Presiden Umno.

"Kenyataan-kenyataan itu hakikatnya adalah undi tidak percaya kepada Abdullah. Bagaimana hendak berunding dengan orang menghadapi undi tidak percaya?" kata Mahfuz lagi.

Beliau bagaimanapun mengucapkan terima kasih di atas kesediaan untuk bermuzakarah itu. (Harakahdaily.net)



Click Here!

Abdullah Sedia Mulakan Muzakarah Secepat Mungkin Dengan PAS

KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau bersedia memulakan muzakarah secepat mungkin dengan pemimpin PAS untuk memperkukuhkan perpaduan Melayu.

"Saya amat ingin melihat perbincangan itu berjaya," katanya pada majlis perjumpaan beliau dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di sini malam ini.

Abdullah yang juga Presiden Umno berkata perpaduan orang Melayu penting kerana ia menjadi teras kepada perpaduan rakyat Malaysia.

Katanya perpaduan Melayu perlu diperkukuhkan kerana mereka menghadapi pelbagai cabaran baru.

Abdullah berkata beliau juga mahu melihat perpaduan di kalangan masyarakat Islam negara ini kerana orang Melayu tidak dapat dipisahkan.

Katanya perpaduan masyarakat Islam Malaysia menyumbang kepada imej dan perpaduan lebih baik ummah Islam dunia.

Click Here!

Peringkat Bawahan Umno Telah Lama Mewujudkan Perbincangan Dengan PAS

KOTA BAHARU, 19 Julai (Bernama) -- Timbalan Ketua Umno Bahagian Ketereh Datuk Alwi Che Ahmad berkata Umno di peringkat bawahan telah lama mewujudkan perbincangan dengan Pas mengenai isu-isu berkaitan umat Islam di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas itu berkata beliau sendiri sentiasa mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta adanya pihak ketiga sebagai hakim dalam muzakarah Pas-Umno yang dicadangkan.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis perasmian berkelompok mesyuarat agung Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri cawangan-cawangan bahagian Ketereh hari ini, Alwi berharap kedua-dua belah pihak ikhlas membincangkan masa depan umat Islam sambil mengetepikan perbezaan pandangan.

Mengulas mengenai mesyuarat agung cawangan-cawangan, beliau berkata tiada masalah yang timbul dan pihaknya bersetuju dengan penetapan Majlis Tertinggi bahawa tiada pertandingan untuk jawatan tertinggi parti.

"Kita menerima keputusan Majlis Tertinggi bagi melicinkan peralihan kuasa," katanya.


Click Here!

Perak Jangka Dapat Pelaburan RM16 Bilion

KUALA TERENGGANU, 20 Julai (Bernama) -- Jumlah pelaburan ke negeri Perak dijangka meningkat kepada RM16 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang berbanding hanya RM770juta pada tahun lepas, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Beliau mendakwa, kehadiran lebih ramai pelabur yang terdiri daripada anak watan serta pelabur luar terutama dari Eropah itu adalah berikutan keyakinan terhadap kepimpinan baru Perak yang diterajui parti Pakatan Rakyat.

"Dua bidang yang menarik minat mereka untuk melabur di negeri ini ialah perlombongan, industri pelancongan dan pembuatan," katanya kepada pemberita selepas ceramah perdana di Madrasah Darul Taqwa di Pekan Batu Enam di sini malam Sabtu.

Turut hadir pada majlis itu Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Pesuruhjaya Pas Terenggnau Datuk Mustafa Ali.

Ir Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri akan meneruskan usaha menghidupkan semula kegiatan perlombongan bijih timah di Perak dengan membuka semula lombong lama dan baru.

"Industri itu kini paling rancak di Perak berikutan perkembangan harga bijih sekarang cukup tinggi yang mencapai harga RM70,000 dan RM80,000 satu tan," katanya.

Katanya operasi perlombongan itu akan dimulakan dalam tempoh lima dan enam bulan daripada sekarang setelah segala urusan seperti memperbaharui lesen selesai dibuat.


Click Here!

32 Cawangan Umno Gua Musang Lulus Usul Calonkan Ku Li Tanding Presiden

GUA MUSANG, 20 Julai (Bernama) -- Sebanyak 32 cawangan Umno dalam bahagian Gua Musang yang mengadakan mesyuarat tahunan semalam, sebulat suara meluluskan usul mencalonkan Anggota Parlimen dan Ketua Umno bahagian itu, Tengku Razaleigh Hamzah, bertanding jawatan Presiden Umno Disember ini.

Cawangan yang bersidang itu membabitkan 17 cawangan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, sembilan cawangan dalam DUN Paloh dan enam cawangan dalam DUN Galas. Umno Bahagian Gua Musang mempunyai 116 cawangan.

Bagaimanapun, semua cawangan terbabit tidak mengusulkan sebarang nama bagi jawatan Timbalan Presiden Umno dan lain-lain jawatan kerana perkara itu terserah kepada anggota Umno di cawangan lain di seluruh negara.

Anggota Umno yang hadir pada mesyuarat tahunan cawangan-cawangan berkenaan juga mencalonkan supaya jawatan Ketua Umno bahagian dan Timbalan dikekalkan yang kini diterajui Tengku Razaleigh dan Mohamad Saufi Deraman manakala jawatan Naib Ketua dicalonkan, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Yusof Ab Ghani.

Sebelum ini, Naib Ketua disandang oleh Pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohamad Hamzah dan Ketua Penerangan Umno Bahagian itu juga kekal diterajui, ADUN Paloh, Datuk Nozula Mat Diah.

Sementara itu, semasa berucap merasmikan Persidangan Tahunan Umno Cawangan Kijang Bahagia, di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Paloh Satu, semalam, Nozula mahu setiap anggota Umno menyokong usul untuk Tengku Razaleigh bertanding jawatan Presiden Umno.

"Ini kerana kita mahu pemimpin dari Kelantan pula mengambil alih kepimpinan negara berikutan rakyat sudah hilang keyakinan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Saya juga yakin, Ku Li yang menawarkan diri bertanding untuk merebut jawatan itu sudah mendapat restu ahli Umno peringkat akar umbi dan akan menempah sejarah kemenangannya nanti," katanya.

Beliau juga mahu anggota Umno bertanding secara sihat bagi jawatan tertentu yang mungkin dipertandingkan dalam bahagian Gua Musang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

"Kita kena ada etika supaya dapat mematuhi semula garis panduan pertandingan itu dan selepas pada itu perlu bersatu kembali demi kekuatan parti untuk orang Melayu," katanya.

Anwar tetap dakwa ditelanjang

Jul 20, 08 12:05pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mempertahankan bahawa beliau telah ditelanjang dan diaibkan ketika menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur Rabu lalu.

"Hospital (Kuala Lumpur) kata saya tak ditelanjang, (tapi) dia suruh buka baju, buka seluar, kemudian suruh buka seluar dalam, itu bukan namanya telanjang atau ada nama lain, bogel bukan telanjang," katanya.

Mantan timbalan perdana menteri itu menegaskan demikian dalam ceramahnya di kampung Razali, dekat Kuantan, malam tadi, demikian menurut laporan Bernama.

Anwar, 61, dibawa ke HKL pada hari beliau ditahan pada 16 Julai lalu untuk menjalani ujian DNA berhubung aduan liwat oleh bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.

Ketua Umum PKR itu kemudiannya dibawa balik ke Ibu pejabat polis Kuala Lumpur pada jam 10.34 malam selepas menjalani pemeriksaan perubatan tersebut.

Anwar berkata beliau hairan bagaimana pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah ditelanjangkan ketika menjalani pemeriksaaan perubatan itu.

Pengarah HKL nafi

"Ini kita nak percaya macam mana, saya tak buat salah tapi saya ditelanjangkan, sebab saya menjadi jurucakap rakyat, dan inilah hukumannya, diaibkan, difitnah, ditelanjangkan," kata Anwar.

Semalam, Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata sebelum pemeriksaan itu, dua pakar menerangkan secara terperinci mengenai prosedur pemeriksaan itu kepada Anwar dengan kehadiran peguam beliau.

Anwar kemudian diperiksa oleh dua orang pakar itu mengikut prosedur klinikal tertentu semasa keseluruhan pemeriksaan berkenaan dijalankan. Tidak pernah sama sekali kesopanan dan ketertiban beliau dinafikan sepanjang tempoh pemeriksaan itu, kata Dr Zaininah dalam kenyataan kelmarin.

Berucap di hadapan lebih 5,000 orang itu, Anwar berkata beliau enggan untuk membenarkan sampel darahnya diambil pihak HKL kerana beliau tidak percaya dalam sistem itu kerana bukti DNA yang diambil polis dalam kes liwatnya 10 tahun lalu didakwa telah dimanipulasi pihak polis.

"DNA tidak berubah, darah saya (telah) diambil (dulu), mereka usung tilam (kes 1998), ambil darah saya percik atas tilam, jadi janganlah ulang tayang cerita ini," dakwa Anwar.


Click Here!

Anwar patut beri kerjasama, kata Ibrahim Ali

Jul 20, 08 12:16pm
Kepercayaan rakyat akan terhakis terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau masih berdolak-dalik berhubung tuduhan kes liwat terhadapnya, kata ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali.

ibrahim aliBeliau berkata, Anwar sepatutnya memberikan kerjasama kepada pihak polis supaya siasatan mereka berjalan lancar sehingga kes itu dapat dibicarakan di mahkamah.

Di samping itu, kata Ibrahim, pihak polis juga telah memberikan jaminan tiada perkara buruk akan berlaku kepada Anwar seperti pernah berlaku ke atas dirinya pada 1998 ketika beliau ditangkap atas tuduhan yang sama.

"Berani kerana benar takut kerana salah," katanya ketika berucap dalam ceramah perdana di Pasir Mas malam tadi, demikian menurut laporan Bernama.

Anwar ditahan Rabu lalu sebelum dibebaskan bagi membantu siasatan terhadap aduan yang dibuat oleh bekas pembantu khasnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR itu..

Ibrahim berkata, jika Anwar tidak memberikan kerjasama, rakyat akan membuat pelbagai andaian kononnya dakwaan itu adalah konspirasi kerajaan atau Anwar memang melakukan perkara itu.

Lantik pendakwaraya mahir

Sehubungan itu, beliau yakin Anwar sebagai mantan timbalan perdana menteri akan mengambil langkah untuk bekerjasama bagi membuktikan kebenaran di dalam kes itu.

Beliau meminta agar pihak kerajaan melantik pendakwaraya daripada mereka yang bebas dan mahir di dalam perundangan ketika pendakwaan dibuat terhadap Anwar bagi mencerminkan ketelusan perbicaraan kes itu.

"Pendakwaraya tidak boleh daripada kakitangan kerajaan atau daripada Jabatan Peguam Negara. Ini boleh dilakukan berdasarkan undang-undang yang ada di dalam negara ini," katanya.

Beliau juga meminta doktor peribadi Anwar sendiri melihat proses pengesahan DNA dijalankan bagi memastikan tiada pemalsuan berlaku semasa ujian DNA dijalankan untuk mengesahkan kesahihan keputusan DNA tersebut.

Beliau yakin dengan langkah itu kebenaran akan pasti terserlah kerana tiada siapa di dalam negara ini berada di atas undang-undang.

Click Here!

Istana T'ganu tidak anugerah darjah kebesaran

Jul 19, 08 6:56pm
Istana Terengganu, buat pertama kalinya, tidak menganugerahkan sebarang darjah dan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-46 Sultan Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin, esok.

sultan mizan zainal abidinSetiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong mengesahkan perkara itu melalui surat yang diterimanya dari istana berkenaan tetapi beliau tidak mengetahui sebab-sebab upacara itu tidak diadakan seperti sebelum ini.

"Sama ada selepas ini (esok) ada majlis penganugerahan darjah dan pingat kebesaran atau tidak, saya tidak pasti," katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Kejohanan Jet Ski Asean Watercross Super Cup 2008 di Pantai Batu Burok di Kuala Terengganu hari ini.

Menurut Bernama, penyampaian hadiah itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

Mengulas lanjut, Mokhtar berkata majlis tahlil dan doa selamat tetap diadakan di masjid-masjid di seluruh negeri itu, mulai malam ini serta di Istana Maziah tengah hari esok.

Beliau berkata sambutan Hari Keputeraan Sultan Terengganu tahun ini diadakan dalam keadaan sederhana.

Click Here!

Musa, Gani tidak terbabit dalam siasat kes Anwar

Jul 19, 08 9:47pm

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi jaminan bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak akan terlibat dalam siasatan berhubung tuduhan liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata berikutan laporan oleh Anwar kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung tuduhan pemalsuan fakta melibatkan Musa dan Abdul Gani, maka adalah wajar bagi kedua-dua mereka dikecualikan daripada siasatan terhadap ketua umum PKR itu.

"Ketua Polis Negara dan Peguam Negara tidak akan mengambil apa jua peranan berkaitan kes Anwar," katanya kepada pemberita di Kepala Batas hari ini.

Menurut laporan Bernama, Rabu lalu, Anwar memberikan keterangan kepada BPR di Putrajaya, yang meliputi tiga aspek utama iaitu pemalsuan fakta, penghilangan fakta dan pemalsuan laporan perubatan dari Jabatan Forensik, yang membabitkan Musa dan Abdul Gani.

Sebelum itu pada 1 Julai lalu, Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, mendakwa Musa dan Abdul Gani terlibat memalsukan keterangan dalam siasatan kes beliau dipukul pada tahun 1998, oleh Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Abdul Gani ketika itu merupakan Timbalan Pendakwaraya manakala Musa ialah pegawai penyiasat kes.

Anwar ditahan oleh sepasukan polis berhampiran rumahnya Rabu lalu dan dibebaskan dengan jaminan polis pada keesokkan harinya, bagi membantu siasatan berhubung laporan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23, kepada polis pada 28 Jun lalu, mendakwa dirinya diliwat oleh mantan timbalan perdana menteri itu.

etika ditanya sama ada Musa dan Abdul Gani akan digantung tugas berikutan laporan polis yang dibuat oleh Anwar terhadap mereka, Abdullah berkata beliau tidak nampak keperluan untuk menggantung perkhidmatan mereka.

Abdullah berkata pegawai yang membuat siasatan ketika ini tidak akan merujuk hasil siasatan kes itu kepada mereka.

"Pegawai itu tidak membuat sebarang rujukan kepada mereka dan (saya) tidak nampak (mengapa) mereka perlu digantung perkhidmatan," katanya.

Click Here!

Anwar: Lebih 6 kali darah saya diambil...

Jul 19, 08 10:33pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sepanjang enam tahun beliau dipenjarakan dahulu, lebih enam kali darahnya diambil.

"(Pada tahun) 2004 ada lagi (contoh) DNA yang diambil daripada saya," katanya.

Oleh itu, katanya, tiada alasan mengapa beliau perlu menjalani ujian itu sekali lagi memandangkan data DNA tidak akan berubah walau tersimpan beribu tahun.

anwar meet supporters tropicana 190708 anwar"Sebenarnya contoh DNA yang baru tidak diperlukan tetapi data DNA yang diperlukan. Data tidak akan berubah walau 2000 tahun sekalipun," katanya ketika berucap kepada kira-kira 250 ahli dan penyokong PKR di ibupejabat PKR di Petaling Jaya petang tadi.

Anwar mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam bahawa DNA Anwar yang baru diperlukan, kerana yang ada sudah lama.

Anwar berkata beliau turut mengikut nasihat peguam dan juga pakar dalam dan luar negara memandangkan bukan sahaja sampel DNA malah darah, kuku dan juga rambutnya turut pernah diambil.

Polis sedang menyiasat aduan terhadap Anwar yang dibuat oleh bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR pada 26 Jun lalu.

Sambung keterangan

Anwar enggan memberi contoh baru DNA beliau kerana bimbang ia akan dimanipulasi seperti yang didakwanya pernah berlaku 10 tahun yang lalu ketika perbicaraan kes pertamanya pada 1999.

Sementara itu, Anwar juga memberitahu bahawa beliau akan menyambung memberi kenyataan kepada Badan Pecegah Rasuah (BPR) Isnin ini.

anwar meet supporters tropicana 190708 crowdIa berhubung laporan polis yang dibuatnya terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung insiden "mata lebam" 10 tahun lalu.

Pada 16 Julai lalu, polis menahannya di luar rumahnya di Segambut Dalam ketika dalam perjalanan pulang daripada memberi keterangan pada BPR di Putrajaya dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur. Beliau dibebaskan keesokannya.

Sementara itu, dalam ucapannya, Anwar menasihatkan ahli-ahli PKR supaya tidak membenarkan diri mereka diprovoksi oleh pihak polis.

Beliau juga menggesa kepimpinan PKR supaya meneruskan perjuangan dan menggerakkan rakyat dan masyarakat.

"Jangan benarkan kita diprovokasi oleh pihak polis atau sesiapa. Jangan bagi ada pergaduhan," kata Anwar.

Beliau juga menyeru ahli dan penyokong PKR supaya menunaikan solat hajat dan berdoa agar Pakatan Rakyat dapat memerintah Malaysia. (Malaysiakini)

Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising