Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, July 16, 2008

Warkah Terbuka kepada Yang Dipertuan Agung

Patek mendakwa bahawa kerajaan di bawah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merancang untuk mengadakan huru hara dan akhirnya undang-undnag darurat diisytiharkan selepas itu untuk menggagalkan Pakatan Rakyat (PR) mengambilalih kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang dengan penangkapan Anwar Ibrahim sebentar tadi.

Mohon Perkenan Tuanku Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin meneliti tindak tanduk Abdullah dan Umno mulai dari sekarang.

Mohon perkenan Tuanku Yang Dipertuan Agung memberi nasihat kepada kepimpina Umno sekarang supaya berundur dan menasihatkan agar undang-undang darurat tidak digunakan bagi kepentingan Umno dan pemimpinnya.

Mohon perkenan agar ke bawah duli Tuanku bertindak segera sebelum nasi menjadi bubur.

Ampun Tuanku.


Tag: politics Click Here!

Anwar ditahan polis bertopeng

Jul 16, 08 1:15pm
kemaskini 8:34pm Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.


anwar ibrahim and policeBeliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket dari Bahagian Siasatan Khas, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.

Menurut peguam dan naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa masuk mantan timbalan perdana menteri itu ke dalam kereta polis bercermin gelap meluru ke IPK Kuala Lumpur.

Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

anwar ibrahim arrest wan azizah parliament 160708 03Manakala isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.

Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.

Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.

Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya ke IPK.

Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.

anwar ibrahim arrest wan azizah parliament 160708 01Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.

Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.

Kira-kira 40 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur, sementara lebih 200 orang berada di jalan utama menuju bangunan itu, depan bekas Penjara Pudu.

Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.

Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.

bm version penal code section 377ca sexual connection by object 160708Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Dalam pindaan terbaru, peruntukan ini berbunyi seperti berikut: Di bawah seksyen ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu.

Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.

Kelihatan sepasukan anggota polis memantau pergerakan para penyokong yang berhimpun di situ. Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air.

bm version arrest of anwar ibrahim timeline 160708Ahli Parlimen PKR, Wee Choo Keong, yang berada di dalam bangunan itu berkata, Wan Azizah dan dua anaknya - Nurul Izzah dan Nurul Nuha - dibenarkan menemui Anwar di tingkat tujuh pada kira-kira jam 2 petang.

Pada jam 2.35 petang, Wan Azizah dan anak-anaknya, serta peguam Sankara Nair muncul dari bangunan tersebut.

Pada jam 2.40 petang, ahli Parlimen DAP termasuk Lim Kit Siang, Tan Kok Wai, Fong Kui Lun dan Anthony Loke juga kelihatan meninggal dari bangunan tersebut.

Loke berkata, mereka hanya dibenarkan menunggu di kantin, dan semua ahli Parlimen Pakatan akan balik ke Parlimen untuk "membangkitkan isu tersebut".

Pada jam 2.50 petang, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar berkata, pihak polis sudah mula menyoalsiasat Anwar.

Katanya, perhimpunan sokongan kerdipan lilin akan diadakan di luar bangunan tersebut jika Anwar tidak dibebaskan hari ini.

Peguam Latheefa Koya pula berkata, Anwar ditahan sebagai suspek, tetapi pihak polis mahu merakamkan kenyataannya sebagai saksi mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

anwar ibrahim arrest 160708 04"(Pada kira-kira jam 2.40 petang, peguam) Sulaiman Abdullah masuk bersama peguam Param Cumaraswamy. Anwar akan diwakili oleh tiga peguam termasuk Sulaiman. Param berada di situ sebagai tokoh antarabangsa," katanya.

(Param merupakan bekas pelapor Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi kebebasan hakim dan peguam).

Sementara itu, pada jam 5.40 petang, peguam N Sankara Nair memberitahu, Anwar masih lagi memberi kenyataan kepada pihak polis.

Analisis Parlimen: Khairy dedah kenapa laporan polis Anwar tidak diberi

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendedahkan kenapa laporan polis mengenai tuduhan liwat terhadap Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Persidangan Parlimen yang menimbulkan banyak kontroversi dan kekecohan dalam persidangan tersebut, tengahari ini.

Dakwa ahli parlimen itu, polis belum memperolehi laporan DNA Datuk Seri Anwar bagi memperolehi fakta berkaitan yang menjadi syarat membolehkan laporan polis yang dikatakan telah dibuat pada 26 Jun lalu diberikan kepada pihak tertuduh (Datuk Seri Anwar).

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo pula bangun meminta kepastian berhubung dengan dakwaan Khairy bahawa beliau tetap pendirian dengan menyatakan asas menyerahkan laporan berkenaan ialah menyerahkan laporan DNA itu kepada pihak polis terlebih dahulu.

Sedangkan kata Gobind Singh laporan polis boleh dibeli dengan hanya membayar RM2.00 oleh sesiapa sahaja kerana ia merupakan dokumen umum (public document).

Jika Khairy teguh dengan pendiriannya beliau memohon ahli parlimen Rembau itu membuat pertuduhan atau bercakap di luar dewan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail pula meminta penjelasan, dari mana Khairy mengetahui syarat-syarat berkenaan sedangkan beberapa kali pihak keluarga beliau memohon untuk dijelaskan kedudukan sebenarnya kenapa laporan itu tidak diserahkan kepada suaminya untuk diteliti.

Berlaku tuduh menuduh antara ahli parlimen Rembau dengan beberapa ahli parlimen pembangkang berkait dengan isu berkenaan.

Yang Dipertua Dewan, meminta semua ahli parlimen terbabit merujuk handset dewan untuk mengetahu semua percakapan yang dibuat oleh ahli parlimen Rembau esok dan beliau sendiri berjanji akan menelitinya bagi membuat tindakan tertentu.

Parlimen tengahari ini memperlihatkan suatu fenomena di mana isu liwat semacam sengaja ditimbulkan oleh orang kuat Umno seperti Khairy, dipercayai suatu strategi untuk menyerang secara peribadi kredibiliti penasihat Parti Keadilan Rakyat itu.

Dengan serangan peribadi tersebut, Umno dipercayai berupaya sedikit sebanyak merencatkan gerakan menuju ke arah perubahan kerajaan dari Barisan Nasional (BN) ke Pakatan Rakyat tidaklama lagi.

Inilah antara strategi yang dipercayai dikaji boleh mengkelamkabutkan gerakan pembangkang tersebut sehingga tumpuan untuk tujuan itu mendapat halangan 'serangan psikologi' dari Umno.

Ia nampak suatu yang dirancang tetapi tidak teliti dipercayai dengan menggunakan polis, sebagaimana kes-kes seumpama itu sebelum ini.

Perkara yang perlu diambil kira di sini ialah penyalahgunaankuasa kerajaan dipercayai telah digunakan oleh Umno melalui saluran Putrajaya bagi menyekat kemaraan perjuangan Datuk Seri Anwar membawa agenda rakyat, menurunkan harga minyak, menghapus rasuah, memulihkan ekonomi dan mengurangkan kadar kemiskinan sekaligus menamatkan peperintahan BN selama 50 tahun sebelm ini.

Orang yang seperti Khairy yang diketahui umum merupakan menantu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, bercakap tentang soal DNA kes tuduhan Liwat Anwar di Parlimen, sudah pasti ia suatu benda yang besar dalam kancah pertarungan politik negara.

Persoalannya pihak keselamatan dipercayai semacam terpaksa mengikut kehendak Umno secara tidak langsung bagi memerangkap Anwar dan Pakatan Rakyat dalam isu ini.

Ini kerana Umno yang menerajui negara hari ini bukan lagi Pakatan Rakyat. Dipercayai pasukan itu akan dipergunakan secukupnya untuk menyerang Pakatan Rakyat bukan atas alasan lain tetapi atas alasan politik semata-mata.

Jika ada atas alasan keselamatan umpamanya ia hanya retorik dan dibuat-buat semata-mata tanpa bukti yang kukuh sebagaimana sebelum ini.

Persoalannya lagi apakah tidak ada jalan lain untuk tidak membabitkan pihak keselamatan dalam persoalan pertarungan politik ini?

Sudah sampai masanya pihak keselamatan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam urusan politik dan keselamatan negara, jika negara mahu benar-benar berada di bawah keselematan terkawal dan keharmonian dlaam erti kata sebenarnya.

Selagi polis berpihak, suatu kepincangan kuasa atas nama keselamatan akan berterusan dan akan menimbulkan kepincangan politik dan pentadbiran buat selama-lamanya.

Sudah pasti ia mengundang negara-negara lain melihat pentadbiran negara Malaysia dalam keadaan lemah, pelabur-pelabur asing akan berkurangan membuat pelaburan di negara ini sekiranya fenomena ini berterusan.

Akibatnya rakyat sendiri menanggung rugi kerana menyerahkan kuasa kepada kepimpinan Umno yang tidak berwibawa dan tidak pandai mentadbir negara.


Tag: politics Click Here!

Anwar beri keterangan kepada BPR

Jul 16, 08 10:18am

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya pada jam 10.05 pagi tadi untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap ketua polis negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan dan peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Anwar tiba dengan ditemani oleh tiga peguamnnya - Sivarasa Rasiah, Sankara Nair dan Param Cumaraswary.

Anwar yang mengambil bahagian dalam debat mengenai kenaikan harga minyak dengan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek malam tadi, melemparkan senyuman kepada pemberita sebelum masuk ke bangunan BPR.

Mantan timbalan perdana menteri itu dijangka berada di ibupejabat polis Kuala Lumpur pada jam 2 petang ini di mana beliau berdepan dengan kemungkinan ditahan berhubung aduan kes liwat terhadapnya.

Pada 1 Julai, Anwar membuat laporan polis terhadap Musa dan Abdul Gani yang didakwanya memalsukan bukti dalam laporannya 10 tahun yang lalu.

Pada masa itu, Musa seorang pegawai penyiasat manakala Abdul Gani pula merupaka ketua pendakwaraya terhadap kes Anwar.

Apabila Anwar ditahan pada 20 September 1999, beliau dibawa ke ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman apabila mantan timbalan perdana menteri itu dipukul oleh KPN ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor, menyebabkan matanya lebam dan mengalami kecederaan lain di badannya.

Anwar berkata, laporan asal perubatan yang disediakan oleh beberapa orang doktor telah diketepikan.

Dalam laporannya itu, Anwar berkata, laporan perubatan menyimpulkan bahawa kecederaan yang dialaminya adalah akibat dipukul.

Bagaimanapun, Anwar berkata, laporan tersebut tidak diterima dan mereka yang memukulnya tidak didakwa, sebaliknya peguam negara ketika itu Tan Sri Mokhtar Abdullah - yang didakwanya berpakat dengan Abdul Gani - meminta seorang doktor lain Dr Abdul Rahman Yusof mereka-reka laporan perubatan kedua.

Anwar berkata, beliau percaya, Musa dan Abdul Gani berada di Bukit Aman pada malam beliau dipukul oleh Abdul Rahim dan kedua-duanya "merahsiakan" kejadian tersebut daripada pengetahuan umum.

Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya satu siasatan baru dijalankan terhadap dakwaan mereka bukti, yang boleh dihukum sehingga tujuh tahun penjara.

BPR menjalankan tugas menyiasat dakwaan tersebut memandangkan ia membabitkan pihak polis dan pejabat peguam negara.

Musa dan Gani telah dipanggil memberi keterangan berhubung laporan Anwar pada 11 Julai lalu.

Musa memberi keterangan lebih empat jam, manakala Gani pula memberi keterangan selama kira-kira 40 minit.

Tag: politics Click Here!

Debat di DBP: Dua jurufoto dipukul

Jul 15, 08 11:09pm

Tiga jurugambar dipukul oleh petugas keselamatan ketika mahu keluar dari bilik media massa di tingkat dua bangunan lama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tempat berlangsungnya debat bersejarah isu kenaikan harga minyak malam ini.

Debat selama sejam itu menyaksikan pertikaman hujah antara ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menteri penerangan Datuk Datuk Shabery Cheek malam ini.

journalist beaten up at anwar shabery debate 150708 03Kekecohan berlaku apabila petugas media tersebut dikunci dari luar, menyebabkan mereka marah kerana tidak dapat keluar.

Difahamkan bilik tersebut dikunci oleh petugas keselamatan untuk memberi laluan kepada tetamu VIP meninggalkan dewan itu terlebih dahulu.

Apabila keadaan menjadi kecoh, seorang petugas keselamatan - dipercayai dari pihak penganjur Agendadaily.com - datang membuka pintu bilik tersebut.

Ketika itu, seorang petugas keselamatan didakwa telah membentes kaki seorang jurugambar yang sedang turun tangga, menyebabkan dia tersungkur.

Ekoran itu, berlaku pergaduhan antara jurugambar berkenaan dan dibantu oleh petugas yang lain, dengan petugas keselamatan dan rakan-rakannya.

Keadaan ini menyebabkan anggota polis datang dan membantu membawa jurugambar keluar dari situ, sehingga ke luar kawasan lobi.

Apabila mereka sampai di luar, dengan diiringi oleh beberapa anggota polis, petugas keselamatan berkenaan meluru dan memukul jurugambar berkenaan.

Polis meleraikan keadaan sehingga semua petugas media keluar dari tempat tersebut.

Dua jurugambar tersebut dikenali sebagai Khairul Hasnor Mohamad Khalili dari The Edge dan Zulkifli Ersal dari The Sun. Seorang lagi ialah Halim Berber dari SIPA Press dari Perancis.

Ketika ditemui, Zulkifli berkata, petugas keselamatan tersebut menendangnya di bahagian perut.

Difahamkan mereka mereka membuat laporan polis di IPD Dang Wangi. Turut membuat laporan ialah Hanafiah Hamzah dari Channel News Agency (CNA).

Sementara itu di luar dewan debat, kira-kira 200 berkumpul dengan harapan dapat masuk untuk mengikuti dengan dekat perdebatan bersejarah itu.

Mereka, termasuk hampir 50 penyokong Angkatan Muda PKR, berkumpul sebelum jam 9 malam lagi sehingga setengah jam selepas tamat perdebatan itu.

Selepas gagal menyertainya - kerana penonton yang dibenarkan masuk hanya yang memilik pas khas - mereka menonton siaran langsung melalui televiyen di warung di penjuru luar dewan tersebut.

Kira-kira 50 anggota polis, termasuk trafik, mengawal keadaan di luar pagar Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tag: politics Click Here!

PAS: Jangan heret tentera ke kancah politik

15, 08 2:08pm
Dewan Pemuda PAS hari mengemukakan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong membantah tindakan kerajaan 'mengheretkan tentera ke dalam kancah politik".

pas youth memo to king on police military joint exercise 150708 01Memorandum tiga muka surat itu diserahkan ketuanya, Salahuddin Ayub kepada pegawai pentadbir kanan Istana Negara, Guli Tahir.

Yang di-Pertuan Agong adalah pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Dalam memorandum tersebut, Salahuddin menarik perhatian baginda terhadap siri latihan bersama di antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM pada 2 Julai lalu.

Beliau juga merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dilaporkan sebagai berkata bahawa latihan bersama ini relevan "memandangkan kebelakangan ini erlaku beberapa insiden melibatkan ketenteraman awam, seperti demonstrasi, akibat tindakan beberapa pihak yang mempunyai agenda tersendiri".

Salahuddin berkata, latihan bersama itu dan juga kenyataan Musa telah memberikan isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia dan juga dunia luar, "seolah-olah Malaysia bukan lagi sebuah negara yang selamat disebabkan terdapatnya ancaman yang serius terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara".

"Persoalannya, apakah benar hingga serius sekali suasana yang ada di dalam negara ini hingga menuntut PDRM dan ATM terpaksa mengadakan latihan bersama?" soalnya.

Soal suara majoriti

Menurut Salahuddin, kekalutan yang timbul terutamanya selepas pilihanraya umum ke-12 adalah disebabkan parti pemerintah di peringkat Persekutuan sudah tidak mendapat kepercayaan bulat dari rakyat.

Katanya, ini ditambah pula dengan beberapa isu lain yang menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang keperluan dan lain-lain masalah yang gagal ditangani dengan baik oleh kerajaan.

Salahuddin berkata, masalah ketidaktentuan politik ini yang bersangkut paut dengan soal suara majoriti di Dewan Rakyat boleh diselesaikan dengan mekanisme dan konvensyen perlembagaan serta 'duluan' yang berlaku sebelum ini, termasuk di negara Komanwel lain, tanpa perlu menggambarkan kepada rakyat seolah-olah negara ini berada dalam keadaan tidak selamat dan huru-hara.

Oleh yang demikian, tambahnya, masalah ketenteraman awam dan keselamatan negara tidak berbangkit sama sekali.

Jika ada pun demonstrasi atau perhimpunan umum yang dilakukan, tambahnya, ia bukanlah suatu yang asing dalam kerangka sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Katanya, ini kerana hak untuk berhimpun secara aman adalah dijamin kepada seluruh warga negara Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 10 (l)(b) Perlembagaan Persekutuan.

"Cumanya selama ini pihak polis yang patik percaya atas pengaruh parti pemerintah, telah menyekat hak perlembagaan ini dari dilaksanakan oleh rakyat dengan tidak memberikan permit kebenaran atas alasan kononnya sebarang perhimpunan yang dianjurkan oleh parti-parti pembangkang akan menjejaskan ketenteraman awam," katanya.

'Polis bertindak keras'

Salahuddin juga berkata, dalam banyak kejadian, termasuk yang pernah menimpa dirinya sendiri, rakyat sekadar berhimpun dalam jumlah yang kecil dan berjalan dalam suasana aman tenteram,
tetapi pihak polis telah bertindak keras dan keterlaluan hingga menimbulkan kekecohan.

"Tanggungjawab untuk menjaga ketenteraman awam adalah satu tugas yang diamanahkan oleh undang-undang kepada pasukan PDRM sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Polis 1967.

"Manakala sekiranya terdapat ancaman keselamatan dari luar barulah ianya menjadi tugas kepada ATM untuk menanganinya," katanya.

Oleh itu, katanya, amatlah tidak wajar untuk mengheret sama ATM dalam tugas menjaga ketenteraman awam, yang menurut ketua polis negara, ancaman dalam bentuk demonstrasi.

"Dalam ha1 ini kita semua maklum demonstrasi atau perhimpunan aman yang berlaku adalah berpunca dari masalah politik yang berlaku dalam negara ini.

Minta campurtangan

"Dengan melibatkan sama ATM untuk menangani demonstrasi atau perhimpunan aman yang dianjurkan oleh parti-parti politik, ini bermakna terdapat cubaan untuk mengheret ATM ke kancah politik kepartian," katanya.

Sekiranya ATM dilibatkan sama dalam ha1 politik, Salahuddin berkata, beliau khuatir ianya boleh membawa kepada akibat yang merbahaya kepada kestabilan negara serta kesejahteraan rakyat.

Justeru, katanya, beliau dan rakyat merayu kepada baginda agar campurtangan supaya ATM tidak dipergunakan untuk menentang rakyat yang hanya melaksanakan hak mereka untuk berhimpun, yang sememangnya dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

"Patik juga sesungguhnya percaya siri-siri latihan bersama yang melibatkan sama ATM ini adalah terjumlah kepada perkara yang memerlukan kepada perkenan dan restu Tuanku selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 41 Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Berikutan itu, beliau merayu supaya suatu tindakan dapat dilakukan untuk menghentikan latihan bersama tersebut yang menurutnya, bukan sahaja bakal menimbulkan implikasi negatif terhadap sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di negara ini, bahkan banyak menelan kos dari dana awam yang sepatutnya digunakan perkara yang lebih perlu dan bermanfaat.

"Adalah lebih baik sekiranya segala kekuatan yang ada pada PDRM digunakan untuk menangani masalah jenayah yang kian meruncing daripada membiarkan maruah PDRM diperkotak-katikkan kerana dijadikan alat politik pihak-pihak tertentu," katanya.

Tag: politics Click Here!

Analisis: Debat yang menghiburkan, saling raih populariti

Oleh Mohd Sayuti Omar, KLPOS.com

TEPAT seperti mana kata Presiden Pas, Abdul Hadi Awang debat antara Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Ahmad Shabery Cheek tidak sepadan.

Kata Abdul Hadi semasa saya meziarahinya di IJN pagi tadi Anwar sepatutnya tidak layan Shabery, beliau sepatutnya berdebat dengan Perdana Menteri ataupun Timbalan Perdana Menteri, baru padan kata Abdul Hadi.

Sepanjang kira-kira 50 minit perdebatan antara kedua mereka tadi ternyata tidak membawa penyelesaian kepada masalah ekonomi negara hari ini.

Ia tidak memberi apa-apa kesan kepada rakyat atau memberi tip untuk melegakan rakyat ekoran kenaikan harga minyak tertinggi di dunia. Debat itu walaupun nampak ilmiah tetapi ia lebih kepada hiburan dalam sitkom Senerio.

Formula yang diharap akan dibentangkan Anwar untuk menurunkan harga minyak dan diharap akan digunapakai oleh kerajaan juga kabur. Anwar tidak memperincikan formulanya.

Mungkin itu adalah rahsianya yang akan dikemukakan selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan 16 September depan.

Bagaimana pun perdebatan itu memberi keuntungan kepada kedua tokoh berkenaan. Ia mempopularkan mereka.

Anwar yang sudah popular menjadi semakin popular dan penampilan tadi juga menaikkan saham dirinya yang agak mendung sehari dua ini.

Dengan bersedia memenuhi janjinya (hadir berdebat) walaupun dalam keadaan dirinya ditimpa musibah menjadikan orang yakin kepadanya.

Seperti dikatakan tadi walaupun ia tidak memberi banyak faedah, tetapi perdebatan tadi menyeronokkan. Pastinya ia lebih bermanfaat dari rancangan Akademi Fantasi atau pun Jom Heboh.

Bagi Shabery dapat berganding dengan Anwar atas pentas satu tuah sepertilah orang kampung dapat bergambar dengan artis yang hadir di tempat kenduri.

Kesempatan itu diambil sebaik mungkin untuk Shabery meletakkan dirinya sebagai hebat dan akan dijaja kepada orang kampungnya di Kemaman, Terengganu.

Begitu juga, saya percaya penyokong Anwar dan Pakatan Rakyat yang rindu untuk menatap wajah Anwar di skrin televisyen terubat. Sejak dipecat dari Umno 10 tahun lalu itulah tempoh terlama Anwar muncul di kaca tv dan secara langsung.

Jelas sekali pada semua pusingan Shabery tewas dalam perdebatan tadi. Ada kalanya beliau terpaksa mengungkitkan soal peribadi Anwar yang terkeluar daripada mauduk perbahasan untuk menyelamatkan dirinya.

Apabila beliau membangkitkan soal peribadi Anwar, menyebabkan beliau menerima tepukan daripada penyokongnya dan menjadikan beliau seolah-olah setanding dengan Anwar yang terus mendapat tepukan, termasuk dari penyokong Shabery sendiri.

Bagaimana pun sekalung tahniah perlu dihulurkan kepada Shabery. Walaupun sampai berbueh mulutnya untuk mematahkan hujah Anwar dan mempertahkan tindakan Perdana Menteri dan bosnya Abdullah Ahmad Badawi yang menaikkan harga minyak, namun beliau mampu juga memberanikan dirinya.

Kesanggupan itu satu kehebatan Shabery sebenarnya.

Ternyata baik dari segi umur, pengalaman, hubungan kemanusiaan dan cara berhujah Anwar jauh lebih matang dan bijak berbanding dengan Shabery.

Anwar tidak menjawab hal peribadi yang dilemparkan Shabery berkali-kali kepadanya. Dan Anwar juga menunjukkan semangat profesional dan bukan emosi berbanding Shabery yang nampak ego dan besar diri kerana jawatannya itu.

Shabery merujuk Anwar sebagai sdr, sebaliknya Anwar merendahkan diri dengan memanggil Shabery Datuk Shabery.

Di akhir perdebatan Anwar yang melangkah berjabat salam dengan Shabery yang terkaku di rostrumnya kerana masih teruja dengan apa yang berlaku.
Dari segi bintang perdebatan tadi Anwar bolehlah diberi enam bintang (******) manakala Shabery hanya dua (**) saja.

Tag: politics Click Here!

Waran tangkap ke atas Anwar telah dikeluarkan



KUALA LUMPUR 15 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kini merupakan suspek kes liwat dan polis telah memperoleh waran tangkap terhadapnya.

Waran tangkap ke atas Anwar itu dinyatakan dalam sepucuk surat yang difaks ke pejabat peguamnya, S. N. Nair petang ini.

Nair berkata, status Anwar sebagai suspek kes liwat ekoran laporan yang dibuat oleh bekas pembantu Penasihat PKR, Mohd. Saiful Bukhari Azlan itu diberitahu oleh pegawai penyiasat kes berkenaan, Deputi Supritendan Jude Pereira.

“Surat itu meminta Anwar untuk hadir memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pukul 2 petang esok.

“Anak guam saya telah pun menyatakan persetujuan untuk hadir,” katanya.

Tambah Nair, sebelum ke IPK Kuala Lumpur esok, pada pukul 10.30 pagi Anwar akan ke Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk diambil keterangan berhubung kes lain.

PAS Sedia Muzakarah Hanya Jika Itu Kehendak Akar Umbi Umno, Kata Nik Aziz

KOTA BAHARU, 15 Julai (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu sedia bermuzakarah dengan Umno mengenai perpaduan Melayu hanya jika itu adalah kehendak anggota akar umbi dan bukannya kepimpinan Umno bagi memastikan PAS tidak terjebak sekali lagi dalam "perangkap politik Umno".

Katanya cadangan untuk mengadakan perbincangan itu hendaklah datang daripada peringkat cawangan Umno yang dibawa kepada peringkat bahagian dan seterusnya ke Prhimpunan Agung Umno.

Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau menetapkan syarat itu kerana merasakan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam untuk mengadakan muzakarah dengan PAS lebih kepada permintaan peribadi Presiden Umno itu dan bukannya daripada kehendak Umno sebagai sebuah parti.

"Pak Lah kini dalam keadaan yang terhoyong-hayang dan dia sudah menetapkan tarikh untuk serah kuasa, jadi dalam keadaan sekarang saya melihatnya lebih kepada permintaan peribadi.

"Dalam keadaan ini saya teringat pada (bekas Perdana Menteri Allahyarham) Tun Razak Hussein yang pernah meminta PAS bergabung dengan Umno tetapi kami dikhianati. Saya bimbang ini adalah satu perangkap," kata Nik Aziz kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata dengan cadangan daripada peringkat akar Umno itu, ianya menunjukkan keikhlasan Umno secara keseluruhan untuk mengadakan muzakarah, sekaligus mencerminkan Umno sudah menolak konsep kebangsaan yang dipegang parti itu dan menerima Islam sebagai agama yang membawa kepada kemajuan dan bukan memecah-belahkan rakyat.

Katanya beliau tidak mahu Umno menjadikan perbincangan itu kelak kerana terdesak kerana mahu mencaturkan semula politik akibat kekalahan teruk dalam pilihan raya umum lalu.

Nik Aziz juga berkata bahawa Umno sebagai parti tulang belakang kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu menunjukkan keikhlasannya dengan tidak menyekat rancangan pembangunan yang telah disediakan di peringkat pusat kepada Kelantan.

"Seperti projek pembinaan pasar baru di Pasir Mas yang bernilai RM8 juta, tiba-tiba projek itu disekat. Kita, kerajaan negeri, sudah bersusah payah untuk dapatkan tanah bagi tapak kawasan projek itu, tiba-tiba tidak jadi. Di mana keihklasannya, ini bukannya projek mega pun," katanya.

Nik Abdul Aziz berkata sehingga kini beliau belum dibertahu mengenai perkara-perkara yang akan dibincangkan dalam muzakarah itu.

Beliau mencadangkan pihak ketiga dijemput sebagai orang tengah dalam muzakarah itu.

Nik Aziz juga meminta Umno memohon maaf secara terbuka kepada PAS bagi dakwaan yang pernah dibuat terhadap parti itu.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa Umno pernah mengkhianati PAS, beliau berkata perkara itu berlaku ketika Umno dalam keadaan bergolak, dan setelah PAS bersetuju bergabung, Umno telah memecah-belahkan PAS kepada tiga puak sebelum "menghalau keluar PAS".

Beliau turut menjelaskan bahawa pelbagai rintangan yang dilaporkan wujud dalam kerjasama antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat, merupakan gembar-gembur media.

"Hakikat sebenar, kerjasama Pakatan Rakyat (yang turut melibatkan PAS), semakin kukuh," kata Nik Aziz.

Mengenai DAP yang sebelum ini lantang menolak beberapa pandangan PAS, beliau berkata DAP tidak pernah menipu PAS sebaliknya parti itu lebih berterus terang jika ia tidak menerima PAS.


Tag: politics Click Here!

Ahmad Said Dan Pemimpin PAS Terengganu Bincang Hal Rakyat

KUALA TERENGGANU, 15 Julai (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said dan pemimpin PAS negeri hari ini mengadakan pertemuan tertutup di sini dipercayai antara lain membincangkan langkah membantu meningkatkan taraf hidup rakyat negeri ini.


Delegasi PAS diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali; dua Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Harun Taib dan Datuk Abu Bakar Chik; Yahya Ali (Setiausaha); dan Abdul Wahid Endut (Bendahari).

Turut serta Datuk Hussin Awang (Ketua Dewan Ulama), Muhyiddin Abdul Rashid (Ketua Penerangan), Azman Shapawi Abdul Rani (Ketua Pemuda PAS negeri), serta beberapa wakil rakyat parti pembangkang itu.

Ketika ditemui pemberita selepas pertemuan kira-kira dua jam di pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Iman, Mustafa berkata antara yang dibincangkan ialah royalti minyak, kenaikan harga barang dan kerjasama antara kerajaan negeri dengan PAS.

Beliau berkata pihaknya juga memberi input kepada kerajaan negeri berkaitan perbelanjaan wang royalti minyak yang akan diberikan kembali kepada Terengganu.

Tag: politics Click Here!

Debat bersejarah Anwar-Shabery

Jul 15, 08 11:19pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek mengambil bahagian dalam perdebatan bersejarah mengenai kenaikan harga minyak yang disiarkan secara langsung malam ini.

Perdebatan tersebut yang bertajuk "Hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga minyak' berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur.

Ia bermula jam 9 malam dan berakhir selama sejam.

anwar ibrahim and ahmad shabery cheek debate 150708 02Orang ramai menonton secara langsung perdebatan tersebut di Internet melalu Global Media Channel dan BernamaTV - atau di TV yang disiarkan oleh TV9, Astro Awani dan Bernama TV.

Perdebatan tersebut bermula dengan Anwar dan Shabery, masing-masing diberi masa empat minit sebagai pembuka bicara. Ia diikuti dengan soalan dari moderator, Datuk Johan Jaafar yang juga pengerusi DBP.

Kemudiannya dua ahli panel yang masing-masing mewakili Shabery dan Anwar bertanya soalan kepada kedua-duanyanya. Mereka ialah Editor Siasah, Zulkifli Sulong dan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Datuk Nordin Kardi.

Anwar berkata kerajaan boleh menjimatkan sekurang-kurang RM2 bilion sekiranya ia mengurangkan tahap simpanan tenaga negara dari 40 peratus sekarang, kepada 20 peratus dan dimanfaatkan untuk menurun harga minyak bagi mengurangkan beban rakyat.

Dengan itu, katanya, kerajaan dapat mengurangkan bayaran yang tinggi kepada syarikat penjana kuasa bebas (IPP) dan mengelak Petronas dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) daripada terus menanggung kerugiaan.

Di samping itu, katanya, lebih banyak lagi dapat diselamatkan jika dapat dikurangkan kebocoran yang berlaku, termasuk RM700 juta akibat kebocoran dan penyelewengan dalam pembekalan diesel.

Menurutnya, kerajaan juga boleh memperuntukan RM1 bilion daripada dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar oleh Petronas kepada kerajaan untuk mengurangkan kadar harga minyak.

Berdasarkan cadangan tersebut, katanya, harga petrol boleh diturunkan sebanyak 50 sen kepada RM2.20 selitar.

anwar ibrahim and ahmad shabery cheek debate 150708 05"Saya minta dengan baik dan ikhlas, betulkan ini, kita boleh jimat ini," katanya.

Dalam ucapan pembukaannya, Anwar menegaskan melalui pengurusan ekonomi yang baik dan pembasmian rasuah, penjimatan kos membolehkan harga petrol dikurangkan sebanyak 50 sen, bagi meringan beban rakyat akibat kenaikan kenaikan mendakwa harga bahan bakar tersebut.

Menurutnya, pengurangan pembayaran kepada IPP serta keuntungan yang dicatatkan oleh Petronas yang hampir mencecah RM100 juta membolehkan kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk diagihkan kepada rakyat melalui pengurangan harga minyak.

Shabery pula menjawab kerajaan terpaksa membayar subsidi sebanyak RM50 bilion jika ia mengekalkan harga minyak pada kadar RM1.92 selitar dan akan menjejaskan peruntukan untuk pembangunan yang lain.

Lagi pula, tambahnya, harga minyak dipengaruhi oleh faktor global. Beliau mengimbau krisis global pada 1973-74 di mana rakyat menyokong tindakan Tun Razak Hussein menubuhkan Petronas, tetapi mendakwa Anwar membantah, sepertimana yang dilakukannya sekarang.

Menurut Shabery lagi, jika subsidi ditingkatkan, ia akan menguntung orang berada dan juga rakyat asing. Oleh itu, katanya, mengapa tidak wang disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukannya.

Menurutnya lagi, Finland dan Norway sebagai contoh, tidak memberi subsidi dan mempunyai prestasi ekonomi yang baik.

Anwar bagaimanapun berkata, negara ini tidak boleh dibandingkan dengan Norway yang mempunyai 10 kali ganda pendapatan perkapita daripada Malaysia.

Menurutnya, kenaikan mendadak harga minyak telah membebankan golongan miskin dan yang terpinggir dan meningkatkan lagi beban hidup mereka.

Tambahnya, Petronas mengaut keuntungan yang besar dan menduduki kumpulan 10 syarikat inyak tertinggi dari segi keuntungannya.

Bagaimanapun, katanya, Petronas adalah hak rakyat dan pengurangan 50 sen harga petrol adalah langkah pertama ke arah itu. Malah, katanya, kenaikan harga minyak tidak disokong oleh rakyat, kecuali ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sahaja.

Shabery kemudiannya menarik perhatian hadirin ke negara Venezuela dan Iran, yang mempunyai harga minyak yang murah tetapi kadar inflasi yang tinggi. Tetapi di Malaysia, katanya, kerajaan berjaya menangani krisis makanan, malah menurutnya harga beras di negara ini lebih murah dari Thailand. Jadi katanya tidak perlu mengadakan demonstrasi di jalan.

Anwar pula menegaskan bahawa bagi setiap AS$1 kenaikan harga minyak, menghasilkan RM360 juta kepada negara. Dan kenaikan kadar inflasi yang tinggi akan memburukkan ekonomi negara.

Shabery kemudiannya membangkitkan bahawa IPP wujud ketika Anwar dalam kerajaan, dan mendakwa bekas menteri kewangan itu mempertahankan kontrak mereka ketika itu.

Malah, katanya, Anwar menggunakan kaedah Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk cuba menangani krisis pada 1997-98. Tambahnya, walaupun rakyat dalam kesukaran, tetapi mereka masih cukup untuk makan.

Anwar pula bertanya mengapa kerajaan memungkiri janji pilihanraya untuk tidak menaikkan harga minyak. Sebaliknya, kata beliau, kita harus melihat Malaysia sebagai sebuah negara pengeksport minyak.

Shabery kemudiannya menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara utama pengeluar minyak dan menurutnya hanya 26 peratus keuntungan Petronas datangnya dari sumber tempatan dan syarikat minyak negara itu menggunakan keuntungannya untuk mencari minyak di luar negara. Dan Petronas kini muncul sebagai sebuah syarikat minyak terkemuka.

Anwar mengakui bahawa IPP diwujudkan ketika beliau dalam kerajaan, tetapi meminta Shabery meneliti rekod mengenai. Beliau berkata, Tan Sri Ani Arope (pengerusi TNB ketika itu) membantah terhadap EPU (Unit Perancang Ekonomi) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung IPP. Dan sebab itulah beliau meletakkan jawatan.

Menurutnya, IPP mengaut keuntungan berbilion ringgit tetapi yang menanggung kerugian adalah Petronas dan TNB.

Katanya, kebocoran dan kronisme boleh ditangani dan menjimatkan sejumlah RM3 bilion. Malah, kata Anwar lagi, tindakan menaikkan secara mendadak harga minyak adalah preskripsi IMF.

Oleh itu, katanya, adalah satu fitnah untuk mengatakan bahawa beliau tunduk kepada kehendak IMF sewaktu krisis ekonomi pada 1997-98.

Anwar berkata, terdapat dividen khas sebanyak RM6 bilion yang dibayar kepada kerajaan tahun ini, dan mengapa tidak boleh diambil RM1 bilion untuk mengurangkan harga minyak.


Tag: politics Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising