Pun begitu parti-parti dalam pakatan rakyat tidaklah perlu mewujudkan sesuatu insiden sama ada dengan sengaja membuat kesilapan ataupun sebaliknya sehingga membolehkan hubungan itu menjadi renggang.
Anggaplah kemenangan pilihanraya umum ke 12 lalu sebagai satu anugerah Allah yang tidak terhingga sehingga PR menguasai lima negeri termasuk Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang (tidak termasuk Wilayah persekutuan).
Ia sebagai amanah Allah dan Rakyat yang akan dipersoalkan di hadapan Allah di akhirat nanti. Justeru kesedaran mendalam untuk menjadikan kesemua negeri berkenaan bertepatan dengan kehendak Allah semestinya diusahakan sedaya upaya.
'Politiking' dalam pakatan biarlah berada pada kadar 'zero' kerana berdasarkan kepada pengalaman lalu semuanya merugikan parti-parti berkenaan.
Keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan di kalangan rakyat luar kepompong pakatan tetapi ia perlu ditegakkan dalam pengurusan negeri pakatan rakyat sendiri.
Saya tidak mahu komen secara mendalam dalam soal ini kerana saya tidak mempunyai peluang untuk menyingkap apa yang berlaku dalam pentadbiran kerajaan pakatan rakyat secara langsung.
Cukuplah saya mengkaji laporan-laporan yang diterima dari sumber maklumat boleh dipercayai bahawa adanya unsur-unsur tidak mesra politik dan penyelesaiannya di kalangan kepimpinan parti pakatan negeri-negeri terbabit.
Mungkin ia berkait langsung dengan ideologi anutan parti masing-masing atau mungkin kerana kekuasaan majoriti yang diperolehi dalam pentadbiran menenggelamkan pengaruh parti yang minoriti kemenangannya.
Apapun pandangan saya terlebih dahulu saya ingin menyatakan bahawa pada keseluruhannya kerajaan pakatan rakyat merupakan satu entiti negara yang memberangsangkan dan ia semakin mencabar keutuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri dewasa ini walaupun media arus perdana cuba menyembunyikannya dengan menggunakan kaedah 'swing reporting' (menukar laporan sepatutnya dibuat) dan mencanangkan sebagai 'lead story', propaganda parti pemerintah.
Tinggal lagi oleh kerana BN sendiri mempunyai kuasa menggunakan pasukan keselamatan, kelemahan ketara parti itu boleh dilindungi dan parti itu boleh dipertahankan. Lainlah kalau Pasukan keselamatan bersepakat tidak lagi mempertahankan kerajaan yang lemah atas sokongan rakyat dan pasukan itu bersama dengan pakatan rakyat sekarang.
Tapi adakah itu mungkin berlaku di negara ini yang Sistem Raja Berpelembagaan menjadi tonggak keutuhan kuasa?
Saya berpendapat ia sukar berlaku kerana kuasa darutat terletak pada tangan Perdana Menteri atas nasihat Yang Dipertuan Agung (kalau tidak silap saya).
Pasukan keselamatan selepas merdeka sehingga kini tidak pernah menunjukkan sikap tidak taat setia kepada raja dan negara atau mereka tidak pernah diarahkan mencampuri urusan politik negara secara langsung, hanya bertugas sebagai penguatkuasa undang-undang dan menjaga keselamatan negara semata-mata dari sebarang ancaman yang didakwa boleh menggugat kesetabilan politik dan negara amnya.
Walaupun kadang kala ia disalahgunakan untuk menjaga keselamatan Umno dan BN, ia tidak menjadi soal kerana semua fakta itu berselindung di sebalik menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Inilah agaknya mustahaknya parti menguasai kerajaan dan inilah perkara yang amat ditakuti oleh BN.
Tetapi inikah cara yang akan digunakan pakatan rakyat sekiranya memerintah negara kelak? Saya berpendapat cara ini mungkin juga digunakan tetapi lebih spesifik untuk menghapuskan unsur-unsur boleh menghalang kebenaran dan keadilan itu ditegakkan di bumi Malaysia ini di samping menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
Ia agak berbeza dengan amalan BN dewasa ini. Sekaligus Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dihapuskan dengan konsep ini kerana ia bercanggah dengan prinsip mempertahankan kebenaran dan keadilan sejagat di kalangan rakyat.
Saya percaya jika rakyat bersabar dengan kemenangan yang dikurniakan Allah itu dan membantu secara positif untuk mengukuhkan kerajaan Pakatan Rakyat, sedikit masa lagi (entah setahun atau empat tahun lagi), Malaysia mempunyai harapan baru di bawah pemerintahan baru yang disukai rakyat dari semua lapisan kaum dan agama di negara ini.
Tag: politics Click Here!
Najib adalah timbalan perdana menteri dan juga timbalan presiden Umno. Beliau menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti yang lalu.




