Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, July 14, 2008

Dr Asri: Program sirah TV3 'karut'

Jul 14, 08 5:01pm

kemaskini 6:29pm Program sejarah nabi yang disiarkan TV3 "dibaluti kekarutan", dakwa mufti Perlis hari ini - meneruskan sikap beraninya menegur secara terbuka pihak-pihak yang dianggapnya tidak menepati ajaran Islam.

Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata beliau telah menerima beberapa aduan berhubung kandungan program Al-Hidayah di stesen televisyen swasta itu tetapi enggan mengulas kerana belum pernah menontonnya.

"Ternyata apa yang menjadi kegusaran banyak pihak itu benar. Ustazah berkenaan telah menceritakan tentang nabi Isa tanpa berdasarkan sumber-sumber yang sahih.

al hidayah"Bahkan kisah itu dibaluti dengan kekarutan yang amat sangat," katanya, mengulas slot sirah dalam program itu yang ditontonnya semalam.

Program itu disiarkan semalam selama setengah jam mulai 6.30 pagi.

Sumber yang dekat dengan rancangan TV3 itu berkata, tayangan setiap pagi Sabtu dan Ahad itu merupakan siaran ulangan dan program asalnya "mungkin telah disiarkan dua atau tiga tahun lalu".

Siri terkini rancangan itu boleh ditonton pada setiap Jumaat dari jam 1 hingga 1.30 tengah hari, sumber itu memberitahu Malaysiakini ketika dihubungi tadi.

Rancangan itu, menurutnya lagi, sudah lebih 10 tahun disiarkan.

Slot sirah juga, menurut sumber, sudah tidak lagi dikekalkan dalam siri terbaru.

Mengulas sama ada TV3 menerima bantahan rasmi atau tidak, sumber menyatakan:

"Rancangan itu dipantau oleh Jakim (Jabatan Kebajikan Islam Malaysia). Biasanya kalau ada apa-apa, Jakim akan beritahu (TV3). Setakat ini, saya tidak dengarlah."

Menurut Mohd Asri di blognya hari ini, penceramah menyatakan bahawa ibu baginda rasul Maryam wafat sebelum nabi itu dan "mengemukakan kisah yang tiada sumber yang sah daripada al-Quran dan al-Sunnah yang sahih."

"Bahkan (kisah itu) bertentangan juga dengan Bible," katanya.

"Kemungkinan besar beliau mengutip kisah ini daripada laman web Syiah sempena perayaan 'mengingati kewafatan Maryam' yang diraikan oleh Syiah Imamiyyah," kata mufti muda itu, seorang lulusan dalam bidang pengajian hadis.

"Kecenderungan penceramah-penceramah sebegini mengambil sumber-sumber yang tidak sahih tentang agama - termasuk hadis palsu dan riwayat Israiliyyat – boleh mengelirukan orang awam mengenai Islam yang sebenar."

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Mohd Asri berkata, beliau menerima banyak aduan mengenai rancangan-rancangan agama di televisyen melalui e-mel sejak beberapa bulan lalu.

Beliau bagaimapun enggan mendedahkan rancangan-rancangan lain kerana belum menontonnya sendiri.

Mufti Perlis mencadangkan kepada TV3 agar menyemak latar belakang penceramah dan isi kandungan yang bakal disampaikan untuk mengelak berulang kesilapan fakta.

"Kalau rancangan itu (mengenai) sirah, semak dengan orang (yang mahir) sirah. Kalau syariah, semak dengan orang yang berkelayakan dalam syariah, semak dengan orang yang betul-betul ahli," katanya.

"Kena hati-hati, (ceramaj) motivasi boleh, (kalau melibatkan) fakta, kena hati-hati," katanya.

Slot sirah yang disiarkan semalam disampaikan oleh seorang penceramah motivasi berunsur agama yang terkenal. (Malaysiakini)

Tag: politics Click Here!

Suara keramat untuk 'halau' Abdullah dari Umno dan kerajaan





Ibrahim Othman
Mon | Jul 14, 08 | 10:15:04 am MYT

Dalam satu wawancara Timbalan Perdana Menteri (TPM), Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dipetik sebagai berkata; "Kita tidak boleh paksa sebab Umno adalah parti demokratik, suara ahli parti ialah suara keramat, kita harus terima hakikat itu.

Atas sebab itulah dalam ucapan saya semasa perhimpunan (merujuk satu perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian Umno dari seluruh negara) tersebut, saya merayu kepada semua ahli parti supaya menerima pelan peralihan kuasa ini.

Ini kerana itulah yang pada pendapat Presiden (Umno) dan saya, jalan terbaik untuk kita pastikan kekuatan dan memulihkan Umno dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang."

Bila ditanya, maksudnya bahagian-bahagian masih ada kuasa untuk mencalonkan orang lain bagi kedua-dua jawatan berkenaan? Najib menjawab; "Bahagian pun masih ada kuasa berbuat demikian mengikut perlembagaan tetapi kita berharap mereka menerima pelan peralihan kuasa dan membuat pencalonan bersesuaian dengan pelan tersebut."

Dari kenyataan ini, apa yang boleh ditafsirkan ialah Najib sedaya upaya memberi gambaran kepada Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, bahawa dia seorang yang cukup 'baik' dan tidak pernah terfikir mahu mengganggu gugat kedudukan Abdullah, sebagai PM dan Presiden Umno.

Kelebihan Najib, kawan-kawannya dalam Umno, ada ketua-ketua bahagian sekarang, adalah rakan-rakannya semasa dia menjadi ketua Pemuda, ada juga kawan-kawannya yang seangkatannya ketika dia menjadi ketua Pemuda, kini adalah timbalan ketua bahagian dan naib ketua, selain - sekurang-kurangnya AJK bahagian, yang bila-bila, akan bersama-samanya apabila dia umumkan untuk bertanding sebarang jawatan dalam Umno.

Bila dia tidak mahu melawan Abdullah, bukan bermakna dia tidak mahu menerima pencalonan! Ini kena faham betul-betul. Politik Umno ini penuh dengan 'trick' dan strategi yang tidak terjangka.

Kenapa Najib tidak sanggup mengatakan di depan semua ketua-ketua bahagian, dalam perjumpaan itu, "saya tidak sedia menerima sebarang percalonan untuk jawatan lain, selain dari jawatan yang saya sandang sekarang!"

Apa jadi kalau Najib menerima pencalonan untuk jawatan Presiden, melebihi dari Abdullah, atau Abdullah tidak cukup percalonan untuk mempertahankan jawatannya sebagai Presiden? Ini juga boleh dikatakan sebagai "saya tidak akan melawan" Presiden. Apabila Presiden tergugur disebabkan tidak cukup percalonan, Najib akan menjadi Presiden Umno tanpa "melawan atau menentang sesiapa".

Jika bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, seperti yang disebut, Mohamad Ezam Mohd Nor bahawa Anwar pernah mengatakan Najib adalah seorang Exco (Pemuda) yang berwibawa dan berkebolehan, menunjukkan Najib, sedikit sebanyak mempunyai strategi licik seperti mana ketika Anwar mengutip percalonan menentang (Allahyarham) Tun Ghafar Baba.

Ghafar terpaksa meletakkan jawatan sebelum sampai tarikh pertandingan dan tidak menghadiri Perhimpunan Agung Umno tahun 1993, ketika Najib bersama-sama Anwar, Muhyiddin dan Muhammad Muhd Taib dalam satu team yang dikenali sebagai Team Wawasan.

Bukan sedikit yang terkorban waktu itu, walaupun akhirnya Anwar sendiri 'dikorbankan' dari Umno.

Semua ini sejarah pertandingan dalam Umno. Walapun ia sudah berlalu lebih 15 tahun lalu, tetapi tiada siapa yang boleh menolak sejarah akan berulang. Abdullah sedaya upaya mahu 'bersara' apabila mencapai usia 70 tetapi startegi Abdullah dan strategi Najib tidak mungkin serupa.


Najib mungkin menjadi PM dalam usia yang cukup muda, tetapi tidak menjanjikan dia boleh menjadi PM yang paling lama kerana suasana politik sekarang, bukan menjanjikan satu kepastian BN akan kekal memerintah negara seperti 50 tahun lalu.

Ketika Najib dilihat begitu selesa dengan Muhyiddin Mohd Yassin, Abdullah pula enggan menyebut nama sesiapa yang harus digandingkan dengan Najib.


Malahan, Abdullah kebelakangan ini dilihat kurang selesa dengan Muhyiddin yang agak lajak dalam membuat kenyataan soal peralihan kuasa.


Bukan sahaja di media massa, malahan, Muhyiddin acap kali mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Umno, bercakap soal peralihan kuasa.

Khabarnya Muhyiddin tahu Abdullah tidak selesa dengannya tetapi dia menjangkakan Abdullah tidak boleh melakukan apa-apa terhadapnya seperti mana Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mampu melakukan apa-apa terhadap Dato' Seri Rafidah Aziz suatu ketika dahulu.

Bukan sedikit yang marahkan Abdullah apabila beliau mengekalkan Rafidah dalam kabinetnya, tetapi sebaik sahaja selesai PRU 12, Rafidah digugurkan, tiada siapa yang memuji tindakan Abdullah itu.

Mungkin, isu keputusan PRU 12 yang kurang cemerlang menyebabkan orang terfikir tidak penting lagi berbincang soal kedudukan Rafidah.

Justeru, hanya Rafidah dan segelintir pemimpin Wanita Umno merasakan Abdullah sebagai 'tidak wajar' melakukan Rafidah yang masih mengetuai pergerakan itu sebegitu rupa, tetapi ia tidak merupakan suatu isu yang menggugat.


Kini, Najib akan sentiasa dikerumuni, sedangkan Abdullah semakin dipinggiri. Semua ini dapat diukur ketika pemergian salah seorang dari mereka ke luar negara dan sekembalinya mereka.

Jika Najib berangkat, melalui TUDM Subang, tiada pas masuk untuk pelawat diperlukan tetapi jika Abdullah, semua pelawat termasuk menteri, dikenakan syarat menggantung pas pelawat.

Ada yang mengatakan, Najib adalah Menteri Pertahanan dan pegawai-pegawai Kementah akan memberikan kerjasama kepada Najib untuk memudahkan rakan-rakannya menghantar dan menyambutnya tetapi Abdullah Menteri Pertahanan dan tiada pegawai-pegawai dari JPM yang meminta TUDM Subang memberikan kerjasama terhadap kawan-kawan Abdullah yang mahu menghantar dan menyambutnya pulang dari luar negara.

Dalam tempoh sebulan dua ini, kita akan dapat melihat betapa rancaknya kempen-kempen dijalankan, untuk jawatan-jawatan tertinggi dalam parti.

Abdullah tentunya sudah tidak mahu turun mencari sokongan tetapi Najib, yang mempunyai kawan-kawan dalam bahagian, siap sedia menjalankan tugas mencari pencalonan.

Najib akan mengeluarkan lagi kenyataan demi kenyataan yang berbunyi sebagai rayuan supaya mencalonkan Abdullah sebagai Presiden dan dirinya sebagai timbalan tetapi dalam masa yang sama, Najib juga akan mengatakan "saya tidak dapat menolak suara keramat akar umbi yang merupakan kekuatan asas Umno.."

Suara keramat ini hanya untuk Najib dan bukan untuk Abdullah. Demokratik Umno kali ini mungkin bukan untuk 'pertandingan' sebaliknya untuk 'menghalau' seseorang dari kedudukannya.

Masa akan menjawab segala-galanya dan Najib yang dikatakan seorang anak kepada pengasas Umno bukan sehari dua di dalam kancah politik.

Jika dia boleh dapat jawatan Presiden Umno hari ini, kenapa harus dia tunggu esok atau 2010?

Muhyiddin yang sudah 'cukup gelisah' dengan kedudukannya sekarang tentunya bersiap sedia menjalankan tugas mencari pencalonan untuk Najib dan dirinya, sebagai Presiden dan timbalan.

Sudah terang lagikan bersuluh, Muhyiddin mengatakan di Osaka baru-baru ini, ada pendapat akar umbi mengatakan 2010 terlalu lama untuk menyaksikan pelan peralihan kuasa ini.

Tag: politics Click Here!

BN takut dengan usul tidak percaya?

KUALA LUMPUR , 14 JULAI (Hrkh) - Sehingga tengahari ini ketika Dewan Rakyat berhenti rihat, satu insiden tidak realistik dibuat oleh pasukan keselamatan, mengawal parlimen dan jalan-jalan menuju ke arahnya seperti 'dunia dilanda peperangan' dipercayai atas arahan Meteri Dalam Negeri, Datuk Seri Abdul Hamid Albar ataupun Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) sendiri.

Ada pihak mendakwa ia berikutan satu demonstrasi besar-besaran dirancang akan diadakan menjelang persidangan parlimen berikutan isu penolakan usul Ketua Pembangkang di parlimen itu, Datuk Seri Wan Azizah Ismail di Kamar Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) itu ditolak atas alasan perkataan Dewan Mengambil 'ketetapan' untuk tidak percaya terhadap kepimpinan Pak Lah tidak sesuai kerana perkataan tersebut membawa erti membawa kepada pengundian bukan hanya untuk dibahaskan dalam dewan berkenaan, jelas Pandikar Amin


Ahli Parlimen Shah Alam, Ir. Haji Khalid Abdul Samad, meminta penjelasan Yang Dipertua Dewan itu apakah beliau akan membenarkan usul itu dibahaskan jika ia diperbetulkan dengan membuang perkataan berkenaan dengan menukarkan kepada perkataan 'membuat perbincangan' isu tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Pandikar Amin menjelaskan bahawa ahli parlimen itu boleh mengemukakan usul itu untuk dipertimbangkannya.

Usul yang menimbulkan insiden berkenaan berbunyi:

“Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan.


"Pilihanraya Umum ke-12 menyaksikan ‘Tsunami Politik’ yang mengakibatkan 5 negeri dan juga Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat sekaligus menafikan penguasaan majoriti 2/3 Barisan Nasional.

"Kemenangan tipis BN ini telah dicapai melalui manipulasi SPR dan pembohongan yang tidak bermaruah. Harga minyak telah dinaikkan secara mengejut selepas PRU walaupun Timbalan Perdana Menteri semasa melancarkan manifesto BN telah berjanji tidak akan menaikkannya.

"Negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat juga dianaktirikan menunjukkan sikap BN yang bertentangan dengan semangat demokrasi dan federalisme. Ahli-ahli Parlimen BN yang bertindak menolak sikap pimpinan mereka yang tidak bertanggung-jawab diugut dan dipaksa supaya tidak bersuara.

"Perkembangan ini mengakibatkan wujudnya krisis keyakinan terhadap YAB Perdana Menteri dan kabinet beliau. Rakyat kini dilanda beberapa krisis besar seperti harga minyak yang terlalu membebankan rakyat, harga bahan makanan dan keperluan asas rakyat yang semakin mahal, keyakinan rakyat yang semakin terhakis terhadap institusi Polis, Peguam Negara dan Badan Kehakiman, Peningkatan kadar jenayah dan gejala Rasuah yang semakin membarah.

"Kami yakin Dewan yang mulia ini wajar membincangkan Usul yang dikemukakan ini."

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah mengemukakan notis usul tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, khamis lepas.

Usul itu diserahkan oleh 14 anggota Parlimen daripada parti pembangkang yang diketuai Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Serentak dengan penolakan usul itu semua ahli dewan Pakatan Rakyat memboikot persidangan itu dipercayai sehingga petang ini untuk melahirkan rasa tidak puashati dengan sikap Pandikar Amin menolak usul itu di dalam kamarnya sebagaimana dijelaskan oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub.

Di Luar Parlimen Ahli Parlimen Batu, Azmin Ali dan Salahudin sempat terserempak dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar meminta beliau menjelaskan kenapa insiden mengerah anggota keselamatan mengawal di sekitar parlimen hari ini, dalam sesi sidang parlimen esok.

Hamid bagaimanapun mengaku tidak boleh memberi jaminan sama ada beliau akan memberi penjelasan berhubung dengan perkara tersebut atau tidak.

Justeru Salahudin ketika ditemui di lobi parlimen menjelaskan bahawa dengan sikap demikian jelas Barisan Nasional (BN) menggunakan hujah khabar angin bahawa akan berlaku demonstrasi di sekitar parlimen merupaka suatu rekaan untuk membolehkan orang ramai ditakutkan dengan suasana begitu ramai anggota keselamatan berkawal di sini.

Jelas ia sebagi suatu keadah untuk melumpuhkan segala gerakan Pakatan Rakyat cuba menggugat Umno/BN di dewan parlimen dengan mengemukakan usul tidak percaya berkenaan.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berjanji akan sentiasa membincangkan isu terbabit di dalam dewan rakyat untuk mempastikan kehendak rakyat melihat kepimpinan negara tidak lagi diterajui oleh BN, dapat dicapai.

BN dengan sikap seumpama itu memang jelas sudah cukup rasa tergugat dengan apa-apa reaksi yang ditimbulkan dan boleh menghancurkan kekuasaannya selepas tidak lagi menguasai dua pertiga kerusi parlimen dan lima buah negeri serta Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

BN dipercayai cukup terdesak untuk bertindak menggunakan anggota keselamatan khususnya, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) atas nama kononnya menjaga keselamatan parlimen dan anggota dari sebarang anasir mengharubirukan keadaan.

Sebenarnya yang menimbulkan ketidaktenteraman di sini ialah kehadiran begitu ramai anggota berkenaan di lokasi strategik menghala ke Parlimen bukan atas sebab kononnya ada komplot dari parti pembangkang untuk mengadakan protes pada hari ini.

Terbukti tidak sebarang demonstrasi diadakan selepas sidang dewan rakyat tengahari tadi. ia membuktikan bahawa insiden itu hanya rekaan untuk membolehkan Umno memperalatkan anggota keselamatan bagi kepentingan politik mereka.


Tag: politics Click Here!

Anwar disiasat, forum debat drama 'panas' baru minggu depan?

(mStar Online) - Selepas 10 hari pertama bulan ini yang penuh dramatik, orang ramai khususnya peminat-peminat politik bakal dihidangkan dengan drama-drama baru yang lebih panas minggu depan ataupun sepanjang baki dua minggu akan datang?

Negara telah dihidangkan dengan urutan perkembangan politik yang menarik, mengecewakan, dramatis dan pahit sejak 8 Mac lalu - sejak hari pengundian pilihan raya umum ke-12.

Selepas 100 hari pertama pascapilihan raya umum, pada 10 Julai lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan yang beliau akan menyerahkan jawatan Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional kepada timbalannya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak pada pertengahan 2010.

Dengan itu tarikh pelan peralihan kuasa telah ditetapkan. Menjelang Jun 2010, Najib akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam jika tiada sebarang halangan.

Petang esok, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhadapan dengan tuduhan terbaru kes liwat akan disiasat polis. Sudah tentu perkembangan itu dinantikan ramai dengan penuh minat dan debaran.

Ia juga bakal menentukan masa depan kerjaya politik beliau, yang seolah-olah mendapat nafas baru selepas pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu dengan dilantik sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat. Pembangkang melabelkan beliau sebagai bakal Perdana Menteri.

Justeru, negara mempunyai dua bakal Perdana Menteri - Najib dan Anwar.

Kedua-dua mereka menjadi tumpuan dalam isu 'perang akuan bersumpah' - yang dikeluarkan oleh penyiasat persendirian P. Balasubramaniam, yang menjadi misteri setelah hilang sejak lebih seminggu, berhubung isu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pada hari Abdullah mengumumkan tarikh kuat kuasa pelan peralihan kuasa dan ketika Majlis Tertinggi Umno membincangkan pendirian Abdullah itu, Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar, mengemukakan notis usul tidak percaya terhadap Abdullah.

Ketika ramai menganggap bahawa usul itu yang tiada kesan pengundian akan menguji populariti Abdullah, ia juga bakal menjadi ukuran populariti Dr. Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang dan Pakatan Rakyat pada umumnya.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia akan memutuskan sama ada ia perlu diluluskan untuk perbahasan ataupun sebaliknya.

Dr Wan Azizah berkata, usul itu dikemukakan ekoran langkah kerajaan menaikkan harga minyak baru-baru ini sungguhpun sebelum pilihan raya umum ke-12 kerajaan telah berjanji untuk tidak menaikkan harga bahan api itu.

Polis pula telah mempertingkatkan kawalan keselamatan di Lembah Klang khususnya di kawasan sekitar bangunan Parlimen ekoran desas-desus bahawa akan diadakan demonstrasi berhubung kenaikan harga minyak esok.

Seperti dulu, polis mendapatkan perintah larangan berhimpun dengan menamakan Anwar dan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Anwar menafikan beliau terlibat menganjurkan perhimpunan seumpama itu esok.

Dalam pada itu, isu Balasubramaniam yang berada di sebuah negara selepas dilaporkan hilang sejak lebih seminggu lalu masih mendapat perhatian.

Yang terbaru rumahnya di Rawang, Selangor dilaporkan sudah dipecah masuk oleh pihak tertentu.

Justeru, adakah beliau akan kembali ke tanah air untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Sehari selepas Abdullah mengumumkan pelan peralihan, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung laporan polis yang dibuat oleh Anwar.

Pada 1 Julai lalu, Anwar membuat laporan yang antara lain mendakwa Musa dan Abdul Gani terlibat dalam pemalsuan keterangan membabitkan kes beliau dipukul pada 27 September 1998 oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Pada 9 Julai lalu, Anwar yang enggan menyahut cabaran bekas pembantu khasnya supaya melakukan sumpah mubahalah berhubung tuduhan liwat terhadapnya, hari ini mengadu kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bahawa beliau telah difitnah oleh bekas pekerjanya itu.

Kata Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri, beliau membuat aduan berhubung perkara tersebut kepada Unit Siasatan Bahagian Penguatkuasaan JAWI supaya menyiasat tuduhan tersebut mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997.

Bekas pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan, 23, telah membuat laporan di Balai Polis Jalan Travers di sini pada 28 Jun lepas bahawa beliau diliwat oleh majikannya dan dilaporkan sanggup melakukan sumpah mubahalah berhubung tuduhan tersebut.

Di sebalik perkembangan itu. Anwar akan berdepan dengan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek pada Selasa ini dalam forum berdebat isu kenaikan harga minya. Anwar mahu memberi petua menurunkan harga minyak.

Apakah ia boleh dilakukan? Anwar mampu berbuat demikian dalam forum yang akan disiarkan secara langsung.

Ia dianjurkan oleh laman web berita Agendadaily dan akan disiarkan secara langsung.

Ketua Pengarang Agendadaily, Rosli Ismail berkata, forum berdebat hanya akan membincangkan isu harga minyak semata-mata dan kedua-dua pemidato tidak dibenarkan menyentuh isu politik semasa.

Nampaknya kita mempunyai banyak lagi isu menarik untuk diikuti. Negara tidak kehausan isu kali ini.


Tag: politics Click Here!

Pakatan Rakyat bersedia hadapi pilihan raya kecil di Permatang Pauh

PERMATANG PAUH, 14 Julai (Hrkh) - Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Pulau Pinang bersedia menghadapi pilihan raya kecil sekira Ketua Umumnya, Dato' Seri Anwar Ibrahim memilih Permatang Pauh sebagai lokasi untuknya ke parlimen sekaligus mendaki tangga ke Putrajaya.

Pengerusi Perhubungan parti itu, Dato' Zahrin Mohd Hashim menambah, seandainya senario ini menjadi kenyataan KeADILan Permatang Pauh dipertanggungjawabkan untuk membentuk semula strategi sepertimana ketika menghadapi pilihan raya umum ke-12 lalu.

"Pulau Pinang sudah bersedia menjadi negeri pilihan Dato' Seri Anwar jika ia mahu ke parlimen. Terpulang kepadanya kita tidak berikan tekanan lagipun ada juga tempat lain membuka peluang yang sama, " terangnya dalam majlis meraikan penerimaan pingat Darjah Utama Pangku Negeri (DUPN) yang membawa gelaran 'Dato' Seri' kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Dr. Wan Azizah Wan Ismail semalam.

Menurutnya, mulai sekarang, Parlimen Permatang Pauh dikehendaki mempergiatkan usaha penerangan di samping memperkukuhkan jentera di peringkat akar umbi agar pergerakan diselengarakan semula.

Kita sedar tambahnya, pilihan raya kecil akan menjadi tumpuan keseluruhan jentera parti berbagai peringkat di kedua-dua belah parti yang bertanding namun yakin kesedaran rakyat akan mengulangi hukuman terhadap Barisan Nasional (BN) yang mengkhianati masa depan negara.

"Pengundi Permatang Pauh tahu senario sebenar siapa pemimpin BN dan mereka telah bijak memilih, " katanya yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru.

Timbalan Ketua KeADILan Bahagian Permatang Pauh, Che Mat Hashim berjanji akan melaksanakan tugasan tersebut dengan baik bagi memastikan Dato' Seri Anwar menang besar.

Gerakerja di peringkat akar umbi akan dipertingkatkan supaya rakyat terus memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu nanti.

Ketua Wanita KeAdiLan Bahagian Permatang Pauh, Khatijah Yahya pula berkata, jentera pilihan raya KeADILan akan ditambah berbanding pilihan raya umum lalu dengan bantuan jentera muslimat PAS.

"Kami yakin KeAdiLan boleh menang asalkan gerakan bersepadu di semua peringkat kalangan Pakatan Rakyat, " tegasnya.

Sementara itu, Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan ketika dihubungi menambah, PAS bersedia menghadapi pilihan raya kecil Permatang Pauh bila-bila masa bersama KeADILan.

"Semua jentera PAS dari muslimat dan pemuda akan dikerah untuk berhadapan dengan jentera BN yang sudah pasti melakukan apa sahaja untuk mencapai kemenangan, " ujar beliau.


Tag: politics Click Here!

Anwar enggan temui polis 2 petang

Jul 14, 08 11:57am

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan hadir di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk disoal siasat bagi dakwaan kes liwat seperti yang beliau janjikan Sabtu lalu.

Dalam satu kenyataan hari ini, peguamnya Sankara Nair berkata keputusan terbaru penasihat PKR itu diambil kerana polis "mengganggu" kakitangan dan ahli keluarganya semalam walaupun Anwar bersedia hadir secara sukarela.

"Gangguan" polis itu - setakat ini belum jelas jenis gangguan yang didakwa Anwar - sewaktu pihak berwajib cuba menyerahkan arahan hadir memberi keterangan bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah.

"Tindakan (polis) ini sama sekali tidak diperlukan memandangkan kami telah menyatakan dalam persetujuan awal bahawa anak guam kami akan hadir di IPK Kuala Lumpur jam 2 petang hari ini," kata Sankara, dalam satu kenyataan ringkas pagi ini.

"Anak guam kami membantah tindakan tidak wajar polis itu dan telah mengirim surat menyatakan bantahan itu kepada polis semalam jam 5 petang."

Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohamad Saiful Bukhari Azlan dalam satu laporan polis yang dibuat pemuda itu pada 28 Jun.

Musa akan saman Anwar

Jul 13, 08 11:59am

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan akan menfailkan saman terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didakwa memanipulasikan maklumat yang boleh mencemarkan reputasinya sebagai Ketua Polis Negara.

"Saya akan memfailkan saman terhadap dia (Anwar) melalui peguam saya, Kamarul Hishamaad dan Hasnol Rezua.

"Itu adalah hak saya sama ada nak saman dia (Anwar) atau tidak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

musa hassanMusa berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar tempatan berbahasa Cina yang memetik 'sumber' bahawa Musa memberi kata dua kepada Anwar sama ada beliau memohon maaf dalam tempoh 40 jam atau berdepan dengan saman berjumlah RM5 juta.

Menurut laporan akhbar itu lagi, Musa turut menyerahkan surat peguam bertarikh 11 Julai 2008 yang menafikan beliau telah menyebabkan kecederaan pada mata Anwar ketika beliau menjadi pegawai penyiasat dakwaan kes liwat Anwar pada tahun 1998.

Ditanya sama ada beliau ada menerima jawapan permohonan maaf secara lisan atau bertulis dari Anwar, beliau berkata: "Saya tidak menerima apa-apa maklumat dari peguam saya berhubung perkara ini."

Musa berkata segala hal-hal berkaitan kes berkenaan telah diserahkan kepada peguamnya.

Pada 1 Julai lalu, Anwar membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor berhubung dakwaan pemalsuan keterangan membabitkan serangan ke atas beliau oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor ketika berada dalam tahanan polis, 10 tahun lalu.

Laporan polis itu turut mengaitkan Musa, yang ketika itu pegawai penyiasat kes terbabit, dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang pada masa itu Timbalan Pendakwa Raya Kanan.


Tag: politics Click Here!

Anwar nafi terbabit dalam perhimpunan

KUALA LUMPUR, 14 JULAI - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau dan Pakatan Rakyat tidak terlibat untuk menganjurkan perhimpunan di Parlimen hari ini.

"Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah Majistret yang diperolehi secara ex parte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008 (hari ini)," katanya.

anwar ibrahim 02 060207Beliau menganggap perintah mahkamah itu adalah satu fitnah dan menyalahguna proses undang-undang.

Katanya beliau akan mengarahkan peguam Pakatan Rakyat untuk memulakan proses undang-undang untuk mengetepikan perintah tersebut.

Polis mendapat perintah mahkamah untuk melarang orang ramai daripada menyertai perhimpunan tersebut.

Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sofian Md Yassin berkata perhimpunan esok adalah perhimpunan haram dan mengingatkan orang ramai yang menyertai, mengambil bahagian atau menganjur perhimpunan tanpa permit itu, akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Polis 1967.

"Kita tak terima sebarang permohonan daripada individu yang ingin membuat perhimpunan ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Perintah mahkamah

Beliau berkata sesiapa yang mengambil bahagian atau menyertai perhimpunan itu akan disiasat mengikut Sekyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan boleh dikenakan hukuman tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih dari RM10,000 atau penjara tidak kurang dari satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata polis telah menjalankan operasi menampal notis perintah mahkamah bagi melarang orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan bangunan Parlimen itu.

Katanya notis itu ditampal di sekitar Kuala Lumpur sejajar dengan arahan bagi memberi amaran kepada orang ramai.

Ahmad Sofian berkata beberapa sekatan jalan yang dikenali sebagai 'Ops Padam' di sekitar Kuala Lumpur turut dilakukan bermula petang ini sehingga tengah malam esok.

Pihaknya turut menempatkan beberapa anggota di tempat-tempat strategik dan tumpuan umum.

Difahamkan perhimpunan esok yang dianjurkan oleh pihak tertentu bertujuan membantah kenaikan harga minyak.

Tag: politics Click Here!

Perintah Mahkamah Fitnah dan Salahguna Undang-undang

anwaribrahimblog

Saya menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah mengambil keputusan untuk mengadakan satu perhimpunan di Parlimen pada Isnin 14 Julai 2008.

Keputusan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jelas iaitu untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada kerajaan di bawah peruntukan 18(1) Peraturan Mesyuarat Parlimen.

Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah majistret yang diperolehi secara exparte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008. Majistret yang dikatakan membenarkan perintah tersebut adalah Tuan Nazran bin Mohd Sham. Perintah tersebut tidak diserah ke atas saya tetapi hanya ditampal di luar rumah pada hari ini.

Saya menganggap perintah mahkamah tersebut merupakan satu fitnah dan penyalahgunaan proses undang-undang. Saya akan mengarahkan peguam kami untuk memulakan proses undang-undang untuk mengenepikan perintah tersebut.

ANWAR IBRAHIM

Tag: politics Click Here!

Jangan Jadi Anjing Umno

Berita Anwar mengadakan demonstrasi sengaja di ada adakan !!! Sebarang SMS tentang Demonstrasi tidak benar sama sekali.
Lukah sedang di pasang?
“Pas tidak terbabit dengan tindakan sebegitu, malah semakan saya dengan PKR (Parti Keadilan Rakyat) juga menunjukkan mereka tidak pernah menganjurkan tunjuk perasaan sedemikian,” - Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub. Laluan DS Anwar ke Balai Polis Jalan Hang Tuan sekiranya melalui Parlimen akan menyebabkan beliau di tangkap.
---------------------------------------------------------------------------

Jul 14, 2008



Sarjan Baharuddin Harun dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields menampal notis di KL Sentral melarang Anwar dan penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di kawasan Parlimen hari ini. - BHarian

Yang tak tau, jadi tau. Yang tak perasan, kini perasan. Yang tak ambik hal .... apa ke hal? Baca apa kata Lim Kit Siang pulak ...

The Police is creating a totally synthetic crisis out of nothing, as no gathering or demonstration is being planned by Pakatan Rakyat in or near Parliament tomorrow.

Police roadblocks, causing massive traffic jams in Kuala Lumpur today and which will be even worse tomorrow, are not only pointless but completely unwarranted and unjustifiable.

As no gathering or demonstration in or around Parliament is being organised by Pakatan Rakyat tomorrow, the news report below paints a very surreal situation in the Federal capital .... Lagi di Limkitsiang

Tag: politics Click Here!

Polis Tampal Notis Perintah Mahkamah Larang Sertai Perhimpunan

KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Polis mendapat perintah mahkamah untuk melarang orang ramai daripada menyertai perhimpunan di hadapan bangunan Parlimen, Isnin pagi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sofian Md Yassin berkata perhimpunan esok adalah perhimpunan haram dan mengingatkan orang ramai yang menyertai, mengambil bahagian atau menganjur perhimpunan tanpa permit itu, akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Polis 1967.

"Kita tak terima sebarang permohonan daripada individu yang ingin membuat perhimpunan ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Beliau berkata sesiapa yang mengambil bahagian atau menyertai perhimpunan itu akan disiasat mengikut Sekyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan boleh dikenakan hukuman tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih dari RM10,000 atau penjara tidak kurang dari satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata polis telah menjalankan operasi menampal notis perintah mahkamah bagi melarang orang ramai menyertai perhimpunan di hadapan bangunan Parlimen itu.

Katanya notis itu ditampal di sekitar Kuala Lumpur sejajar dengan arahan bagi memberi amaran kepada orang ramai.

Ahmad Sofian berkata beberapa sekatan jalan yang dikenali sebagai 'Ops Padam' di sekitar Kuala Lumpur turut dilakukan bermula petang ini sehingga tengah malam esok.

Pihaknya turut menempatkan beberapa anggota di tempat-tempat strategik dan tumpuan umum.

Dalam perkembangan yang sama, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya malam ini berkata beliau dan Pakatan Rakyat tidak terlibat untuk menganjurkan perhimpunan di Parlimen esok.

"Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah Majistret yang diperolehi secara ex parte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008 (hari ini)," katanya.

Beliau menganggap perintah mahkamah itu adalah satu fitnah dan menyalahguna proses undang-undang.

Katanya beliau akan mengarahkan peguam Pakatan Rakyat untuk memulakan proses undang-undang untuk mengetepikan perintah tersebut.


Tag: politics Click Here!

Sekatan jalanraya hadapi protes esok

Jul 13, 08 7:23pm
Polis mengadakan sekatan jalanraya di sekitar Kuala Lumpur bagi menghadapi kemungkinan berlaku bantahan berhubung usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi esok.

Khamis lalu, gabungan pembangkang - Pakatan Rakyat - mengemukakan usul tidak percaya terhadap perdana menteri.

Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR- Permatang Pauh) telah memfailkan usul tersebut di pejabat Speaker Dewan Rakyat pada jam 3.45 petang.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, akan memutuskan esok sama ada membenarkan usul tersebut dibahaskan.

Menurut polis, beberapa jalan menuju ke bangunan Parlimen akan ditutup esok dan menggesa orang ramai supaya jangan menyertai sebarang protes, walaupun PKR telah menafikan hari ini merancang sebarang demonstrasi. Supaya cuti anggota polis dibatalkan.

"Kita hanya meminta penyokong kita menyaksikan perbahasan tersebut, tetapi pihak berkuasa anggap ia satu perhimpunan. Tidak perlu adakan sekatan jalanraya," kata Ketua Penerangan, chief Tian Chua.

Tian berkata, ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilarang berada berhampiran bangunan Parlimen.

Anwar sebelum ini telah menyuarakan hasratnya untuk pergi ke Parlimen untuk mendengar perbahasan berhubung usul tidak percaya tersebut.

"Polis datang ke rumah Anwar hari ini dan menyerahkan perintah mahkamah yang melarangnya berada berhampiran Parlimen pada hari Isnin (esok). Jika Anwar melanggar perintah tersebut, beliau boleh ditahan dan didakwa di mahkamah," katanya kepada AFP.

Perintah mahkamah itu membenarkan polis menangkap Anwar dan penyokong pembangkang jika mereka berada dalam lingkungan lima kilometer dari Parlimen.

Jawi Akan Siasat Kes Liwat Anwar

KOTA KINABALU, 13 Julai (Bernama) -- Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hanya akan menjalankan siasatan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut peruntukan qazaf sekiranya siasatan polis dan laporan Jabatan Kimia membuktikan ada kes, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya beliau telah mengadakan perbincangan dengan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Datuk Ibrahim Lembut dan penasihat undang-undang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim mengenai hukum dan peruntukan qazaf dalam enakmen undang-undang syariah.

Beliau berkata dalam kes yang mungkin tidak mempunyai saksi, beliau diberitahu bermubahalah atau pengakuan bersumpah merupakan langkah terbaik bagi membuktikan pihak yang benar atau salah.

"Siapa yang menuduh dan juga yang dituduh hendaklah bersumpah jika tidak ada empat orang saksi, kedua-dua pihak perlu bersumpah laknat bagi membuktikan siapa benar atau salah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana dan Pengurusan Islam Kepada Pemimpin Wanita di sini, Ahad.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang dibuat oleh Anwar yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat kepada Jawi pada 9 Julai lalu yang menuntut supaya tindakan undang-undang syariah diambil di bawah peruntukan qazaf terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa Anwar meliwatnya.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising