Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, July 10, 2008

Pakatan Rakyat fail usul tidak percaya PM, dibentang Isnin

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat memfailkan di Parlimen usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi petang ini dan ia dijangka kemungkinan dibahaskan di Dewan Rakyat Isnin ini.

Jika dibenarkan untukn perbahasan ia akan dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada waktu usul itu difailkan di Pejabat Speaker Dewan Rakyat pada pukul 3.45 petang ini, Majlis Tertinggi (MT) Umno mengadakan mesyuaratnya di Menara Dato' Onn di sini.

Abdullah yang ditemui wartawan memberitahu, Dr. Wan Azizah bebas membawa usul apa pun dan ia tidak akan menjejaskan peralihan kuasa berkenaan.

Pada sidang akhbar di lobi Parlimen, Azizah berkata, pihaknya membawa usul berkenaan dengan mengambil kira keadaan ekonomi yang semakin teruk dan perkembangan politik tanah air.

"Pakatan Rakyat ambil langkah ini sebagai permulaan kepada perubahan dan tindakan ini dalam peraturan Parlimen. Tindakan seperti ini akan berterusan selagi negara berkeadaan begini dan takyat menderita.

"Langkah ini menunjukkan mereka bertindak dan menyuarakan suara rakyat," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Usul itu di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, beliau akan membuat keputusan mengenainya selepas sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Beliau mempunyai hak untuk menolak usul berkenaan.

Kata beliau, usul itu bukan untuk diundi tetapi jika dibenarkan, ia hanya akan dibahaskan oleh anggota Dewan Rakyat dan tiada pengundian diadakan.

Usul itu berbunyi: "Bahawa dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan."

Kenyataan akhbar yang dikeluarkan pula menjelaskan, pilihan raya umum ke-12 menyaksikan tsunami politik yang mengakibatkan lima negeri dan juga Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, sekali gus menafikan penguasaan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN).

Kemenangan tipis BN ini telah dicapai melalui manipulasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pembohongan yang tidak bermaruah, tambah kenyataan itu.

"Harga minyak telah dinaikkan secara mengejut selepas pilihan raya umum walaupun Timbalan Perdana Menteri semasa melancarkan manifesto BN telah berjanji tidak akan menaikannya.

"Negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat juga dianaktirikan menunjukkan sikap BN yang bertentangan dengan semangat demokrasi dan federalisme.

"Ahli-ahli Parlimen BN yang bertindak menolak sikap pimpinan mereka yang tidak bertanggungjawab diugut dan dipaksa supaya tidak bersuara," kata kenyataan itu lagi.

Ia menambah, "perkembangan ini mengakibatkan wujudnya krisis keyakinan terhadap Perdana Menteri dan Kabinet beliau."

"Rakyat kini dilanda beberapa krisis besar seperti harga minyak yang terlalu membebankan rakyat, harga bahan makanan dan keperluan asas rakyat yang semakin mahal, keyakinan rakyat yang semakin terhakis terhadap institusi polis, peguam negara, badan kehakiman, peningkatan kadar jenayah dan gejala rasuah yang semakin membarah," katanya.

Azizah memasuki pejabat Speaker pada pukul 3.35 petang tadi dengan diiringi pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya Naib Presiden PKR, Azmin Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar.

Perkembangan membawa usul itu merupakan yang kedua dalam tempoh sebulan ini.

Tiga minggu lalu Parti Maju Sabah (SAPP) - parti komponen Barisan Nasional (BN) melahirkan pendirian tidak percaya kepimpinan Abdullah dan memutuskan untuk membawa usul yang serupa pada 23 Jun lalu apabila Dewan Rakyat mula bersidang selepas berehat selama tiga minggu.

Bagaimanapun usul berkenaan tidak menjadi kenyataan dan semalam SAPP mengulangi bahawa usul sedemikian akan diteruskan kelak.

Dalam pada itu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata, pihaknya menyerahkan kepada Speaker Dewan Rakyat sama ada hendak menerima usul yang dibawa oleh Pakatan Rakyat hari ini.

"Saya tidak faham kenapa pembangkang bertindak demikian. Tumpuan beliau (Dr. Azizah) ialah mahu mendapatkan undi tidak percaya, bukan mahu menyampaikan suara rakyat.

"Jika alasan beliau mahu menyampaikan suara rakyat, wakil rakyat sedia ada di setiap kawasan, sebab itu kami semua berada di Parlimen untuk menjelaskan kepada rakyat," katanya beliau ketika ditemui bangunan Parlimen hari ini. (MStar)

Tag: politics Click Here!

PM tidak mahu peralihan melalui pertandingan

Jul 10, 08 7:59pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau tidak mahu peralihan kuasa yang berbentuk pertandingan kerana akan berlaku perpecahan dalam parti.

Beliau yang juga presiden Umno berkata, peralian kuasa seumpama itu juga akan merugikan ahli-ahli parti tersebut.

Sebaliknya, kata beliau, peralihan dalam parti yang baik, akan disenangi oleh ahli-ahli.

Katanya, ia supaya pengganti dapat menjadi pemimpin parti yang bukan hanya memilih "geng-gengnya" sahaja.

Abdullah menegaskan demikian dalam sesi soal jawab dengan pemberita selepas membuat pengumuman bahawa beliau akan menyerah kuasa kepada Timbalannya Datuk Seri Najib Razak pada Jun atau pertengahan tahun 2010.

Beliau membuat pengumuman tersebut selepas pertemuan dengan ketua-ketua bahagian Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno lebih dua jam mulai jam 3 petang tadi.

Perdana menteri berkata, keputusan tersebut diterima oleh MT dan pemimpin-pemimpin parti itu.

Mengulas mengenai pengumuman tersebut, Abdullah berkata: "Ini satu pendekatan yang baik, parti tidak berkocak, peralihan berlaku, proses berjalan dengan baik.

"Saya bersyukur dapat memilih pemimpin yang parti yang baik.

"Perasaan saya mesti menyerahkan jawatan kepada pengganti dan inilah cara yang saya pilih," tambah beliau.

Abdullah juga ditanya sama ada dakwaan yang mengait Najib dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu akan menjejaskan proses peralihan kuasa tersebuta.

Dalam jawapannya, perdana menteri berkata, ia adalah perkara yang berasingan.

Sebaliknya, kata beliau, ini adalah keputusan parti dan beliau percaya Najib akan menjadi pengganti yang baik.

Abdullah juga berkata usul tidak percaya oleh pembangkang tidak akan menjejaskan proses peralihan kuasa tersebut.

Tiada Budaya Simpan Rekod, Punca Malaysia terlepas Batu Puteh

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Tiada budaya menyimpan rekod, dokumen dan arkib adalah sebab utama Malaysia "terlepas" Batu Puteh kepada negara jiran, Singapura yang memperolehi pulau itu atas alasan teknikal.

Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Kesenian Teng Boon Soon berkata walaupun banyak dokumen-dokumen penting berkaitan Malaysia diperolehi daripada negara-negara bekas penjajah Tanah Melayu seperti United Kingdom, Portugal dan Belanda, pihak Arkib Negara gagal mendapatkan dokumen kukuh mengenai pemilikan Malaysia ke atas pulau itu.

"Kita perlu ambil ini sebagai ikhtibar, sebab sepucuk surat sahaja kita sudah boleh hilang sebuah pulau (Batu Puteh)," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Katanya penyimpanan rekod dengan sistematik di Malaysia hanya bermula sejak Disember 1957, apabila Arkib Negara ditubuhkan.

"Arkib Negara (ketika itu) menubuhkan Unit Kajian sendiri yang bertugas mencari dan mengumpul dokumen-dokumen berkaitan Malaysia di luar negara," katanya.

Teng berkata usaha penyimpanan rekod, dokumen dan arkib perlu diambil serius oleh semua pihak, kerana dokumen yang dianggap tidak penting mungkin mempunyai nilai tinggi pada masa hadapan seperti yang berlaku kepada Batu Puteh.

Dalam perkembangan lain, Teng berkata Kongres Majlis Arkib Antarabangsa ke-16 akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 21 hingga 27 Julai depan.

Katanya, kongres itu boleh dianggap sebagai majlis perhimpunan terbesar untuk golongan arkivis dan profesional dalam penyimpanan arkib dan dokumen.

Seramai 1,200 peserta dari 128 negara akan mengambil bahagian dalam kongres anjuran bersama Arkib Negara Malaysia dengan Majlis Arkib Antarabangsa iaitu sebuah badan profesional dalam bidang kearkiban.

Katanya 197 kertas kerja akan dibentangkan selain pameran daripada pelbagai organisasi muzium dan arkib dalam dan luar negara.

BERNAMA

Tag: politics Click Here!

Pakatan Rakyat kemuka usul undi tidak percaya

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Pakatan Rakyat telah mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi serta jemaah menterinya.

Menurut Ketua Pembangkang Parlimen ke-12, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ia adalah ekoran kegagalan dan kelemahan Abdullah serta kabinetnya dalam menjalankan urus tadbir negara selain terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan.

"Kemenangan tipis BN telah dicapai dalam pilihan raya umum lalu melalui manipulasi SPR dan pembohongan yang tidak bermaruah," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini selepas diiringi wakil parti-parti komponen Pakatan Rakyat lain setelah menghantar surat kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat bagi mengemukakan usul tersebut.

Malah tambahnya, harga minyak telah dinaikkan secara mengejut selepas pilihan raya umum meskipun Timbalan Perdana Menteri telah berjanji tidak akan menaikkannya semasa melancarkan manifesto BN.

"Negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat juga telah dianaktirikan bagi memperlihatkan sikap BN yang bertentangan dengan semangat demokrasi dan federalisme.

"Ahli-ahli Parlimen BN yang bertindak menolak sikap pimpinan mereka yang tidak bertanggung jawab diugut dan dipaksa supaya tidak bersuara," katanya.

Oleh itu tegasnya, perkembangan ini mengakibatkan wujudnya krisis keyakinan terhadap Abdullah dan kabinetnya.

Rakyat katanya, dilanda beberapa krisis besar seperti harga minyak yang terlalu membebankan sehingga menyebabkan berlakunya kenaikan harga barangan yang lain ditambah dengan terhakisnya kepercayaan terhadap institusi polis, peguam negara dan badan kehakiman.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) berharap usul ini akan diterima pada hari Isnin nanti.

Manakala, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar pula menjelaskan bahawa usaha ini adalah merupakan tindakan yang dilakukan secara berterusan Pakatan Rakyat bagi memulihkan pentadbiran negara ini.


Tag: politics Click Here!

Media dan Rakyat menanti keputusan Pandikar Amin

Dua perkara berlaku dalam masa terdekat, pertama Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) telah memasang golnya sendiri bahawa beliau masih mahu kekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sehingga Jun 2010.

Kedua, Pakatan Rakyat di Parlimen telah mengemukakan notis usul undi tidak percaya kepada Pak Lah sebagai perdana menteri dan akan ditentukan usul itu oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Isnin ini sama ada ia diterima ataupun di tolak.

Kedua-dua isu ini mempunyai signifikennya tersendiri dalam variasi (perubahan) politik negara dan merupakan suatu asas untuk melihat sejauh mana kebijaksanaan rakyat dan kepimpinan yang dipilih mereka menentukan sendiri dengan tindakan bijak mencipta kejutan sehingga warna politik negara lebih cerah di masa hadapan.

Menyentuh persoalan pertama, sikap ditunjukkan oleh Pak Lah mengekalkan kedudukannya sedia ada sebagai perdana menteri dan presiden Umno untuk tempoh kira-kira dua tahun lagi suatu tindakan menentang arus dan akan menerima padah yang tidak sedikit kepada pihak-pihak tertentu khususnya rakyat jelata.

Orang yang pertama, terhalang mencapai hasrat menjadi perdana menteri ialah Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa dua tahun akan datang.

Untuk melangkah lebih ke depan Najib perlu merungkai permasalahan berlaku dengan penentang keputusan dibuat presiden parti secara diam-diam atau secara terbuka.

Secara diam-diam, Najib boleh mengatur strategi memperalatkan kuncu-kuncunya dalam Umno untuk menentang hasrat Pak Lah dengan menggunakan pelbagai hujah yang pembangkang sendiri gunakannya untuk menggambarkan kelemahan-kelamahan yang dilakukan oleh presiden parti itu mulai sekarang.

Najib secara tidak lansung perlu mendesak ahli parti di peringkat akar umbi mengemukakan cadangan atau usul dalam mesyuarat agung mereka, bahawa Presiden dan Timbalan Presiden merupakan jawatan parti yang perlu dipertandingkan untuk melihat perubahan baru dalam parti dan hala tuju perjuangannya di masa depan.

Najib tidak perlu bersifat terus terang menunjulkan penentangan terhadap Pak Lah, cukuplah dengan mengarahkan kuncu-kuncunya berbuat demikian atas dasar menyelamat Umno dari terus hancur dan kuasa Umno sebagai pemerintah terhakis.

Satu kelompok lagi ialah Tengku Razaliegh Hamzah, Ketua Umno Bahagian Gua Musang dan kuncu-kuncunya, boleh turut digembelingkan sekuat-kuatnya bagi melihat strategi membatalkan hasrat Pak Lah mengekalkan kedudukanya sehingga tempoh berkenaan.

Pemilihan siapakah layak menerajui parti itu Disember ini perlu diserah kepada ahli menentukannya bukan Pak Lah atau mana-mana kepimpinan lain hatta Najib sendiri jika benar-benar Umno mahu melihat parti itu masih relevan khususnya di kelompok kecil orang Melayu.

Amat sukar lagi Umno mahu mempengaruhi majoriti orang Melayu kerana mereka telah dikuasai oleh tiga buah parti yang didominasikan oleh orang Melayu termasuk PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Umno sendiri.

Yang penting, sekurang-kurangnya Umno dapat teruskan survival politiknya dengan tidak mengekalkan Pak Lah terus pada kedudukanya sekarang kerana Umno dn Barisan Nasional (BN) berada pada kedudukan terancam dan akan terhakis sekiranya senario sedia ada terus berkekalan melepasi Perhimpuan Agung Umno Disember ini.

Pak Lah perlu diturunkan oleh ahlinya dari setiap cawangan. Jika tidak, Umno dipercayai akan berkubur, tidak lama lagi dan sukar lagi untuk bangkit semula selepas ini kerana Umno tidak berupaya membuktikan perjuangannya berjaya sejak 50 tahun lalu.

Kedua, notis usul undi tidak percaya sekarang berada di tangan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Beliau akan membuat keputusan sama ada ia diluluskan untuk dikemukakan kepada dewan atau sebaliknya atas apa alasan sekalipun Isnin ini.

Notis itu dikemukakan oleh Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas selesai sesi persidangan Dewan Rakyat semalam.

Sudah pasti yang Dipertua Dewan Rakyat dipercayai akan diberi nasihat oleh Pak Lah bagaimana seharusnya dia bertindak untuk menangani isu berkenaan.

Peraturan 18 (1) dan (2) Dewan Parlimen diambil kira. Pandikar Amin menjelaskan bahawa beliau boleh membuat keputusan terhadap notis berkenaan sama ada di kamar atau di kemukakan notis itu ke dalam dewan untuk diperbahaskan ahli dewan manakala keputusannya akan dibuat beliau sendiri, katanya ketika ditemui wartawan di Kuala Lumpur semalam.

Beliau menjelaskan bahawa beliau suka dengan dewan rakyat ketika ditanya apakah keputusan akan diambil nanti.

Walaupun Pakatan rakyat tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada usul itu berjaya diluluskan tetapi ia mempunyai pengaruh yang kuat di parlimen untuk membolehkan usul itu diterima majoriti ahli dewan sekiranya Pandikar Amin memutuskan untuk mengemukakannya di dewan berkenaan.

Sebaliknya jika beliau memutuskannya ditolak di kamar beliau sudah tentu notis itu gagal diperbahaskan di parlimen kali ini.

Mungkin Pakatan Rakyat akan mengemukakan lagi notis seumpama itu di masa hadapan. Bagaimanapun jika notis itu ditolak, ahli-ahli parlimen sudah pasti akan mengambil peluang untuk membahaskannya di dewan berkenaan.

Apa pun media dan rakyat sedang menanti saatnya bagaimana notis itu ditangani oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat tersebut.

Tag: politics Click Here!

Pakatan Rakyat akan kemuka usul tidak percaya terhadap PM

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) -Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat merancang untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Malaysiakini melaporkan Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan-Permatang Pauh) akan mengemukakan notis untuk membincangkan isu tersebut hari ini. Mengikut peraturan Parlimen, notis 24 jam diperlukan untuk mengemukakan usul tergempar.

Azmin Ali (KeADILan-Gombak), yang juga ketua whip KeADILan, berkata satu pengumuman mengenainya akan dibuat di Parlimen kemudian.

Sekiranya usul tersebut diterima, ia mungkin dibincangkan pada hari Isnin apabila sesi Parlimen bersambung selepas cuti hujung minggu. Parlimen tidak bersidang pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, usul tersebut mungkin ditolak kerana Speaker Parlimen mempunyai kuasa untuk berdemikian atas alasan ianya tidak perlu disegerakan.

Tambahan pula, hanya satu jam perbahasan dibenarkan untuk usul seumpama itu dan juga tiada pengundian.

Pihak pembangkang mungkin mempunyai pilihan untuk mengemukakan usul tersebut mengikut Peraturan Tetap 27, yang memerlukan notis 14 hari.

Bulan lalu, Parti Progresif Sabah (SAPP) mengejutkan negara apabila berkata ia akan menyokong usul tidak percaya terhadap Abdullah.

Tag: politics Click Here!

Pak Lah Kemaruk Kuasa?

"Pak Lah kemaruk kuasa isytihar letak jawatan sebagai Perdana Menteri, Jun 2010?

"Cukuplah Pak Lah tak payah nak melaloklah, awak dah tak upaya tadbir Malaysia, ekonomi negara hampir jahanam kerana awak, awak tak sedar ker?," soal seorang peraih ikan di Pasar Payang Kuala Terengganu, ketika memberi komen pengisytiharan peralihan kuasa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Baca berita ini:

Pak Lah to quit in June 2010


Exclusive to The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, July 10 — Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will step down as Umno president and Prime Minister in June 2010.

He is likely to announce the transfer of power date to Datuk Seri Najib Abdul Razak at a gathering for Umno officials today, a move aimed at reducing the level of political uncertainty in the country and the expected jostling for senior positions ahead of party elections in December.

His decision to set a specific date of departure will have repercussions on the party elections, with him and Najib likely to be returned unopposed as the No 1 and No. 2 in the party. This will almost certainly end Tengku Razaleigh Hamzah’s valiant attempt to win the 58 nominations required to contest the party president’s position.

Also facing uncertain prospects in the polls will be Tan Sri Muhyiddin Yassin, who has been trying to force Abdullah to step down before December.

There has been a push for Abdullah to set a specific date for the transfer of power since the Barisan Nasional suffered major reversals in Election 2008.

But the PM held off, concerned that he could become a lame duck leader if his retirement date was made public too early. He repeatedly said that he would hand over power to Najib but did not offer a date.

This reluctance resulted in Najib’s supporters getting restless and talk surfaced of an alliance between Najib and Muhyiddin to contest the party polls. The speculation of an alliance dipped considerably after the events of the last week when Opposition leader Anwar Ibrahim accused Najib of being involved with Altantuya Shariibuu, the Mongolian model who was murdered in October 2006.

Confidence in the Najib camp was replaced with doubt, given the swirling allegations and the successful move by the Opposition to dent his image in the court of public opinion. They also sent out feelers wondering if Abdullah would consider giving a specific date of the succession plan.

Party officials said that Abdullah agreed because he believed that setting a date would bring some semblance of certainty to Malaysia and reduce the level of politicking which has upset many Malaysians and foreign investors.

Party officials added Abdullah picked 2010 because it marks the end of the Ninth Malaysia Plan and he wants to implement all the projects and programmes under it before handing over power to Najib.

Keputusan kes liwat akan tentukan sokongan rakyat pada PKR

BENARKAH kredibiliti Anwar tercalar setelah terpaksa menghadapi dakwaan liwat untuk kali kedua?

Barangkali seperti kata penganalis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling, sokongan rakyat bakal menentukan sama ada Pakatan Rakyat mampu mengharungi kontroversi yang menyelubungi Anwar sekarang sebagai sebuah pakatan atau masing-masing akan menjarakkan diri daripada PKR.

"Pada saya kredibiliti Anwar di kalangan anggota PKR tidak akan terjejas kerana berdasar pengalaman lalu beliau telah membersihkan dirinya daripada tuduhan sebelum ini. Jadi mereka akan anggap ini hanya tohmahan.

"Tetapi di kalangan orang awam barangkali timbul keraguan, menganggap isu ini sebagai sandiwara dan helah pemimpin PKR tersebut. Selain itu, perlu diingat walaupun Anwar dibebaskan di mahkamah, ada aspek-aspek (pada tuduhan liwat sebelum ini) yang tidak dihapuskan oleh mahkamah, jadi orang awam mungkin percaya," katanya.

Bekas dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya itu juga bersetuju dengan pendapat bahawa kenyataan yang dibuat pemimpin parti-parti sekutu PKR sebelum ini menggambarkan mereka tidak menolak kemungkinan tuduhan itu benar.

"Kesetiaan mereka (DAP dan Pas) dalam Pakatan Rakyat bergantung kepada keputusan penyiasatan, pengadilan dan penghakiman. Kalau keputusan akhirnya negatif kepada Anwar, maka saya percaya ia akan bawa kesan negatif kepada PKR dan masyarakat awam akhirnya," katanya.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Mohammad Agus Yusoff pula yakin kontroversi terbaru Anwar tidak akan menjejaskan kerjasama antara ketiga-tiga parti pembangkang itu buat masa ini.

Sebaliknya, kata beliau, masa yang ada sekarang akan dimanfaat barisan pembangkang untuk mempamerkan imej perpaduan menentang sebarang usaha yang didakwa mereka sebagai penyalahgunaan kuasa.

Katanya sekalipun jika keputusan akhir dalam kontroversi terbaru Anwar adalah negatif bagi pemimpin PKR itu, ia bergantung kepada tanggapan sama ada wujud ketelusan atau tidak dalam proses penyiasatan, perbicaraan dan penghakiman.

"Kalau ada tanggapan semua proses tersebut berlaku secara tidak telus, ini akan menguatkan lagi barisan pembangkang kerana mereka sekarang bersatu membawa imej menentang usaha yang didakwa mereka sebagai salah guna kuasa oleh kerajaan," kata Mohammad Agus, pensyarah Fakulkti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Tambahan pula, katanya, buat masa sekarang pemimpin DAP dan PAS masih beranggapan tuduhan terhadap Anwar itu lebih bersifat peribadi, bukan masalah kepartian.

Berkenaan sokongan umum pula, Mohammad Agus berkata kontroversi terhadap Anwar tidak banyak menjejaskan pandangan umum terhadap Pakatan Rakyat kerana barisan pembangkang sedang meraih untung daripada keadaan ekonomi sekarang dengan menawarkan harapan yang ia akan berubah jika mereka meneraju pentadbiran.

"Politik berkait dengan harapan dan Pakatan Rakyat menawarkan harapan kepada rakyat yang keadaan akan menjadi baik tatkala masyarakat sedang tenat berdepan dengan krisis kenaikan harga minyak dan kesan yang dicetuskannya," katanya.

Sekalipun harapan itu belum tentu dapat ditunaikan, ia sudah cukup untuk membuat masyarakat menyokong Pakatan Rakyat, sekalipun peneraju barisan pembangkang itu sedang berdepan dengan isu moral.

Mohammad Agus bagaimanapun bersetuju Pakatan Rakyat tidak akan kekal untuk jangka masa lama kerana wujud perbezaan ideologi yang nyata antara mereka, khususnya antara PKR dan PAS yang membabitkan politik orang Melayu.

"PKR melihat politiknya sebagai politik rakyat sedangkan PAS pula adalah politik agama, dan melindungi agama Islam adalah keutamaan mereka.

"PKR juga mengamalkan apa yang kita kata sebagai mentaliti minoriti iaitu terlalu bergantung kepada sokongan kaum lain," katanya.

Mengulas lanjut, Mohammad Agus berkata politik amalan PKR itu memberi gambaran orang Melayu mempunyai mentaliti kaum minoriti kerana bergantung kepada sokongan kaum lain, sekalipun hakikatnya orang Melayu tidak perlu berbuat demikian kerana mereka kaum majoriti di negara ini.

Justeru, katanya, akan timbul kesulitan antara PAS dan PKR kerana PAS adalah sebuah parti yang didukung orang Melayu beragama Islam.

Walau apapun keputusan di akhir kontroversi yang menyelubungi Anwar, yang jelas Pakatan Rakyat tidak pernah mengeluarkan kenyataan secara mutlak kerjasama mereka akan berterusan untuk jangka masa panjang.

Malah, sebelum inipun, pemimpin daripada dua parti sekutu PKR itu memandang sepi perancangan Anwar untuk menumbangkan kerajaan BN selewat-lewatnya 16 Sept ini dan menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat, membayangkan keraguan mereka terhadap rancangan Anwar itu. BERNAMA

Bala 'berehat' untuk elak diganggu?

10-07-2008 12:27:15 PM

PETALING JAYA: Polis Bukit Aman telah berjaya mengesan Balasubramaniam dan telahpun mengambil keterangannya. Sumber terdekat memberitahu, Bala berada di negara jiran Singapura dan mengatakan perbelanjaan Bala ke negara jiran itu ditaja?

Spekulasi tentang 'misteri' kehilangan Bala bertiup kencang dengan bermacam teori. Setelah lima hari, baru jejaknya dapat dikesan. Itupun setelah mendapat bantuan polis Interpol.

Namun, pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin enggan menyatakan negara mana Balasubramaniam berada pada ketika ini bagi mengelak daripada gangguan oleh mana-mana pihak.

Kata Mohd Bakri, proses mengambil keterangan daripada Balasubramaniam itu telahpun dibuat oleh beberapa pegawai polis dari Bukit Aman yang dihantar ke negara berkenaan.

"Kita telah menghantar beberapa pegawai ke negara berkenaan bagi mengambil keterangan daripada Balasubramaniam dan beliau kini masih berada di negara itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jejak mengesan Balasubramaniam berjaya hasil maklumat dari pihak berkuasa negara berkenaan.

Ketika ditanya tarikh tepat bila polis berjaya mengesan Balasubramaniam, beliau berkata :"Tidak perlu tahu bila tarikhnya, yang pasti pegawai kita telah berada di negara berkenaan dan mengambil percakapan Bala".

Balasubramaniam dalam akuan bersumpah pertama bertarikh 1 Julai membuat pelbagai dakwaan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Bagaimanapun, beliau menarik balik tuduhan itu dalam akuan bersumpah keduanya pada 3 Julai lepas.

Selepas menarik balik tuduhan dalam akuan bersumpah kedua, Bala terus hilang. Pada hari Jumaat lepas, anak saudaranya R.Kumaresan, 27 membuat laporan polis mengenai kehilangan bapa saudara dan keluarganya di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields ,Kuala Lumpur pada pukul 5 petang Sabtu.

P.Balasubramaniam bersama isteri dan tiga anaknya masok kategori orang hilang. Kali terakhir Bala dilihat semasa berjalan keluar dari sebuah hotel di Kuala Lumpur pagi Jumaat bersama peguamnya selepas tarik balik akaun bersumpahnya berkaitan kes pembunuhan rakyat Mongolia Altantuya Shaariibu.

Pada malam Isnin, jam 11.30 malam Kumaresan menerima satu panggilan telefon dari Bala sendiri dan terungkai misteri kehilangannya dan dia sekeluarga selamat.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar meminta orang ramai menghormati hak privasi Balasubramaniam untuk tidak diganggu.

Sementara Datuk Seri Najib Razak pula ketika diminta mengulas desakan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) supaya Bala dibebaskan, berkata: "Kita tak bertanggungjawab jaga dia... kena tanya dialah, mana kita tahu kat mana. Lagipun anak saudara dia dah jawab dia selamat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Ibrahim Pahlawan Melayu di sini.

Kelmarin, lebih 100 penyokong Hindraf mengadakan perhimpunan di Brickfields mendesak pihak berkuasa membebaskan Balasubramaniam dan mengugut akan menganjurkan protes besar-besaran jika permintaan itu tidak dipenuhi. (MStar)

Pertemuan PAS Terengganu dan Dato' Ahmad 15 Julai

Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said, nampaknya bersedia menerima kunjungan anggota Dewan Harian PAS negeri itu bagi membincangkan isu royalti petroleum dan gas yang dikembalikan semula ke negeri itu baru-baru ini.

Serentak itu PAS negeri itu menyambut baik usaha berkenaan yang dijangka akan diadakan 15 Julai ini, lapor Buletin Online.

Bagaimanapun tiada laporan mengenai tempat pertemuan itu diadakan.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Mustafa Ali berkata tujuan PAS mengajak kerajaan negeri Terengganu ‘duduk semeja’ dan berbincang adalah kerana PAS menganggap pimpinan kerajaan negeri khususnya Menteri Besar, setaraf dengan pimpinan PAS.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS negeri itu, Haji Yahaya Ali pula berkata, parti itu menyambut baik 'respon' Dato' Ahmad dan sikap terbuka untuk duduk semeja membincangkan isu tersebut demi kebaikan rakyat negeri berkenaan.

Justeru beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada menteri besar itu atas kesudiannya menemui pemimpin PAS negeri berkenaan.

Sebelum itu Dato' Ahmad mengakui beliau bersedia menemui pemimpin PAS Terengganu untuk tujuan murni itu.

“Kita akan adakan pertemuan dengan Dewan Harian PAS dan perbincangan demi kepentingan rakyat, Kita akan jelaskan untuk kebaikan bersama dalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang,

“Pertemuan itu antara Dewan Harian PAS dengan Menteri Besar dan bukan antara parti PAS dengan Umno…tidaklah,” Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said berkata kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, semalam.

Beliau berkata pertemuan tersebut dijangkakan akan diadakan pada 15 Julai ini antara Dewan Harian Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) dengan Menteri Besar Terengganu.

Keputusan Ahmad adalah mengejutkan kerana sebelum ini, beliau pernah menolak tawaran PAS Terengganu untuk bersama ‘duduk semeja’ dan berbincang dengan kerajaan negeri Terengganu berkaitan perkembangan semasa yang berlaku sekarang.

Ketika itu Ahmad bukan sahaja menolak tawaran ikhlas pemimpin PAS Terengganu, bahkan menuduh PAS cuba bermain politik.

Bahkan Ahmad Said seolah-olah memperkecil-kecilkan saranan yang dikemukakan oleh PAS bagi menyelesaikan masalah kenaikan harga minyak dan tekanan yang sedang dialami oleh rakyat sekarang.

Persoalan timbul ialah sejauh mana keberkesanan pertemaun itu belum dipastikan lagi khususnya untuk melihat royalti itu dimanfaatkan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan parti.

Sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini agak bias dalam pembahagian kekayaan negeri cukup jelas apabila rakyat yang menyokong pembangkang agak terpinggir untuk mengecapi hasil tersebut.

Dengan sikap terbuka sedemikian rupa soal meminggirkan pihak pembangkang dalam apa jua pengagihan kekayaan negeri tidak lagi menjadi masalah utama.

Yang pentig ketelusan dan keadilan perlu mewarnai semua kepentingan rakyat termasuk dalam soal pemerolehan kontrak kerajaan dan peluang-peluang perniagaan terbuka luas kepada rakyat negeri itu tanpa mengira parti.

Jika ada lagi benteng (wall) ini, selepas pertemuan tersebut, sudah pasti ia tidak mencapai matlamat yang dikehendaki.

Konsep tender terbuka dengan mengikut terma dan kondisi yang ditetapkan adalah satu konsep yang telus tanpa ditokok tambah dengan syarat yang tidak dinyatakan secara tersurat termasuk perlu meminta kelulusan wakil rakyat BN atau tertentu terlebih dahulu, barulah permohonan tersebut boleh dibuat.

Ataupun latar belakang parti pemohon perlu diketahui terlebih dahulu oleh Exco Kerajaan berkenaan untuk meluluskan projek. Jika diketahui pemohon ternyata penyokong pembangkang, bukan berdasarkan kelayakan dan pengalaman dan rekod kerjanya, permohonan tersebut ditolak mentah-mentah.

Ini satu lagi tindakan yang tidak memberi apa-apa erti walaupun rundingan diadakan
di antara pihak-pihak terbabit beberapa kali.

Dasar kerajaan Terengganu perlulah benar-benar terbuka atau bukan kerana sebab-sebab politik tertentu pertemuan itu diadakan tetapi ianya ikhlas untuk kebaikan rakyat negeri itu seluruhnya.

Bagaimanapun pertemuan itu perlu disokong dan penghasilannya perlu diketahui oleh umum jika untuk kepentingan umum dan mungkin ada sesuatu yang rahsia dibincangkan, terserah kepada kebijaksanaan pemimpin PAS dan menteri besar untuk memutuskan sesuatu yang bermakna untuk rakyat negeri itu.

Yang penting hak rakyat negeri Terengganu perlu dimanfaatkan untuk semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan parti.

Tag: politics Click Here!

Kelantan Dapat Tawaran Import NGV Dan LPG Dari Luar Negara

KOTA BAHARU, 7 Julai (Bernama) -- Kerajaan negeri Kelantan mendapat tawaran daripada negara luar untuk mengimport bahan api NGV (gas asli bagi kenderaan) dan LPG (gas petroleum cecair) dengan harga yang lebih murah sebagai langkah meringankan beban rakyat berikutan kenaikan harga minyak.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata pihak pengeluar bahan api itu bagaimana pun telah meminta kerajaan negeri supaya mendapatkan permit import (AP) dan kerajaan negeri perlu mendapatkannya dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Jika perlu kita akan membuat demonstrasi kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk mendapatkan AP itu," katanya semasa sesi penggulungan Dewan Undangan Negeri ke-12 di sini hari Isnin.

Katanya empat buah syarikat telah dipilih untuk menjayakan program itu dan jika ianya berjalan lancar, program penggunaan bahan api itu akan diperluaskan ke empat negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.

Sebelum permohonan AP itu dibuat, katanya pihaknya akan terlebih terdahulu berunding dengan Petronas untuk membekalkan bahan api tersebut ke negeri itu.

Namun, jika pihak petronas tidak mahu turut serta dalam program itu maka barulah kerajaan negeri akan memohon AP.

Dengan penggunaan NGV dan LPG itu, katanya kerajaan negeri akan melaksanakan program pemasangan tangki untuk kereta sewa dan kakitangan awam.

"Kita akan menyediakan skim bayaran secara ansuran untuk meringankan beban mereka. Dengan penggunaan bahan api itu ianya akan menjimatkan kos serta tidak membebankan pengguna," katanya.

--BERNAMA

Tag: politics Click Here!

Polis berjaya kesan Bala

Polis telah mengesan penyiasat persendirian P.Balasubramaniam di sebuah negara, selepas dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu, dan mengambil keterangan daripadanya berhubung dua akuan bersumpahnya serta kehilangannya.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Mohd Bakri Zinin berkata proses mengambil keterangan daripada Balasubramaniam itu dibuat oleh beberapa pegawai polis dari Bukit Aman yang dihantar ke negara berkenaan.

p balasubramaniam private investigator altantuya murder caseBagaimanapun, menurut laporan Bernama, beliau enggan menyatakan negara mana Balasubramaniam berada pada ketika ini, dipercayai bagi mengelak daripada gangguan oleh mana-mana pihak.

"Kita telah menghantar beberapa pegawai ke negara berkenaan bagi mengambil keterangan daripada Balasubramaniam dan beliau kini masih berada di negara itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Bakri berkata polis berjaya mengesan Balasubramaniam hasil maklumat dari pihak berkuasa negara berkenaan.

Perlu masa

Ditanya bilakah pihak polis berjaya mengesan Balasubramaniam, beliau berkata: "Tidak perlu tahu bila tarikhnya, yang pasti pegawai kita telah berada di negara berkenaan dan mengambil percakapan Bala".

Mohd Bakri berkata polis memerlukan masa untuk menjalankan siasatan dengan telus dan profesional.

"Beri kami (polis) ruang untuk jalankan siasatan, jangan terlalu memberi tekanan hingga menyukarkan kerja polis," katanya.

Balasubramaniam dalam akuan bersumpah pertama bertarikh 1 Julai membuat pelbagai dakwaan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Bagaimanapun, beliau menarik balik tuduhan itu dalam akuan bersumpah keduanya pada 3 Julai lalu.

Anak saudara Balasubramaniam, R. Kumaresan membuat laporan polis di Balai Polis Dearah Brickfields pada Sabtu lalu selepas gagal mengesan Balasubramaniam dan keluarganya.

Selepas lima hari menghilang, penyiasat persendirian itu buat pertama kalinya menghubungi Kumaresan malam semalam dan memaklumkan beliau dan keluarganya berada dalam keadaan selamat.

Ketua AMK beri keterangan di Bukit Aman, minta Najib juga disiasat

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh) - Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin yang dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman hari ini berhubung kes laporan polis terhadap Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak mahu Najib juga disiasat.

"Saya dihubungi olej Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, iaitu ASP Awang dan Suhana memaklumkan merek mendapat arahan untuk merekodkan keterangan saya susulan laporan polis yang AMK buat pada 4 Julai lalu di Dang Wangi.

"Ini laporan terhadap Najib susulan akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramaniam, dan mereka maklumkan mereka ingin memulakan siasatan dan saya rakamkan terima kasih kepada polis sebab nak rakam keterangan saya," katanya.

Selepas keterangan yang diberi hari ini, Shamsul Iskandar juga mendesak polis merekodkan keterangan Najib serta merta. "Ini akuan bersumpah ini bukan tuduhan biasa.Ada beban berat dari segi undang-undang iaitu aspek'law evidence' (bukti undang-undang),

"Saya mendesak mereka untuk lakukan siasatan pada kadar segera dan menyeluruh ke atas Najib terhadap isi kandungan akuan bersumpah Bala," ujarnya lagi ketika mengadakan sidang media di hadapan JSJ Komersil Bukit Aman dekat sini sebentar tadi.

Turut mengiringi beliau ke JSJ Bukit Aman ialah, Naib Ketua AMK, Khairul Anuar Zainuddin (Jonnah) dan beberapa anggota AMK yang lain.

Mengulas lanjut Shamsul berkata, siasatan lebih penting apabila polis sendiri menyatakan ada dua perakuan bersumpah dibuat oleh Bala dalam isu yang sama.

Justeru satu siasatan menyeluruh perlu dibuat bagi mengetahui perakuan yang mana satu adalah benar, katanya.

"Dalam laporan saya, saya perincikan dua perkara satunya (perakuan Bala dalam perakuan bersumpah pertama) hubungan seks Najib dan Altantuya Shaariibuu, keterlibatan beliau dan rosmah dalam dakwaan pebunuhan wanita Mongolia ini," dakwanya.

Yang kedua isu rasuah iaitu dakwaan yang menyatakan Altantuya telah dijanjikan komisen sejumlah USD500,000, katanya.

"Ini dua kes yang boleh diperincikan oleh polis dalam aspek 'Penal Code' (kanun kesiksaan) dan Akta Pencegah Rasuah, walaupun BPR bagi jaminan untuk siasatan, tetapi aspek undang-undang kanun kesiksaan ia boleh diperincikan dalam akuan bersumpah tersebut," katanya.

Semasa ditanya mengapa beliau dipanggil memberi keterangan di JSJ Komersil, Shamsul berkata, polis mendakwa ia atas arahan Bukit Aman.

Sebelum ini, AMK telah membuat laporan polis terhadap Najib berhubung satu perakuan bersumpah kaitan antara Najib dan Altantuya oleh saksi dalam kes pembunuhan Altantuya (Bala).

Sehari selepas Bala membuat perakuan sumpah itu (3 Julai), penyisatat tersebut membuat sekali lagi perakuan bersumpah (yang kedua) menafikan dakwaan dalam akuan sumpah pertama.

Sehari selepas menarik semula akuan itu, Bala dilaporkan hilang secara tiba-tiba dan hari ini polis mengesahkan beliau berada di luar negara.

Tag: politics Click Here!

Fatwa Dr Taha Jabir al-'Ulwani mengenai fitnah terhadap Anwar Ibrahim

Terjemahan Ustaz Zainuddin Hashim

Soalan
Telah berlaku satu isu yang menggemparkan banyak pihak di Malaysia baru-baru ini, berhubung mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dituduh terlibat dengan perlakuan liwat, pihak berkuasa Malaysia berusaha untuk memanggil kedua-dua individu yang menuduh dan dituduh agar melakukan angkat sumpah untuk membuktikan pihak yang benar dan salah.

Apa pandangan Islam berhubung tindakan angkat sumpah berkenaan, apakah pihak yang dituduh perlu berbuat demikian bagi membersihkan dirinya daripada fitnah atau tuduhan itu seperti sumpahan orang yang terlibat dalam kes pembunuhan?

Jawapan Dr Taha Jabir al-'Ulwani:

Menurut Imam Ibnu al-Qaiyim al-Jauziyah dalam kitabnya at-Turuq al-Hukmiyyah dan beberapa pandangan ulama, mereka menolak dakwaan atau tuduhan yang datang daripada seorang yang dilihat tidak berlaku adil, khususnya daripada setiap tindakan, cara hidup terhadap orang yang mempunyai kedudukan baik dalam masyarakat, di mana dakwaan seumpama itu disifatkan sebagai 'Qazaf' dengan membawa empat orang saksi, ia bersandarkan kepada ayat 4, Surah an-Nur maksudnya:

4. "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik;

Firman Allah lagi menerusi ayat 11-19, Surah an-Nur maksudnya:

"11. Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh siksa yang besar (di dunia dan di akhirat).

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata.

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab siksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu; -

Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya; dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya.

Dan sepatutnya semasa kamu mendengarnya, kamu segera berkata: "Tidaklah layak bagi Kami memperkatakan hal ini! Maha suci Engkau (Ya Allah dari mencemarkan nama baik ahli Rumah Rasulullah)! ini adalah satu dusta besar yang mengejutkan".

Allah memberi pengajaran kepada kamu, supaya kamu tidak mengulangi perbuatan yang sedemikian ini selama-lamanya, jika betul kamu orang-orang yang beriman.

Dan Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan (hukum-hukumNya); kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab siksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)."

Sesungguhnya sejarah gerakan Athisme dan Komunisme di dunia Arab secara khusus melatih perkaderan di peringkat akar umbi untuk menonjolkan akhlak yang songsang yang dilemparkan terhadap pimpinan ahli agama Islam yang komited dengannya, ia adalah cara untuk memburukkan nama baik dan imej mereka kepada umum (kerana mahu meraih kepentingan tertentu) agar umum tidak lagi percaya dan memberi sokongan kepada ahli-ahli agama, inilah yang pernah dilakukan oleh pengikut Komunis di Iraq satu ketika dahulu di kalangan parti Baath (Kebangsaan Arab).

Justeru, kita amat rasa sedih apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini di mana para pemimpin kerajaan bertindak serupa dengan apa yang pernah berlaku di Iraq, mereka lakukan itu adalah semata-mata untuk kepentingan politik kotor mereka dan menyekat kemaraan pengaruh lawan dengan apa sahaja cara sekali pun walaupun melibatkan harga diri seseorang.

Mereka ini bukanlah pemimpin kerajaan yang baik yang boleh menjaga kebaikan dan kemaslahatan negara, tetapi untuk diri mereka semata-mata, tapi bagaimanapun tindakan mereka itu akan dibalas, kalau pun tidak pada diri mereka, mungkin isteri serta anak-anak mereka.

Apa yang umum hingga di peringkat global mengetahui, bahawa Saudara Anwar Ibrahim sejak masa mudanya dilantik sebagai ketua gerakan belia di Malaysia (ABIM), pernah mengurus kira-kira 25 buah sekolah beraliran agama khusus buat remaja lelaki dan perempuan (sekolah alternatif) di seluruh tanahair, tidak kedengaran pada usia remajanya atau ketika memimpin gerakan belia, sesuatu yang menjatuhkan harga diri atau maruahnya dengan tindakan yang menyalahi ajaran agama Islam. Jika pada usia begitu beliau disenangi, dipercayai dan dihormati sebagai seorang pemimpin yang baik, bagaiman mungkin pada usia yang mencecah 60 akan terlibat dengan perlakuan kaum Lut?.

Beliau sekarang ini terdedah kepada pelbagai ancaman, konspirasi, provokasi, bagi mengekalkan amalan politik kotor sekali gus mengajak manusia seluruhnya untuk menentang Allah SWT.

Isu akuan bersumpah sebenarnya tidak dibahaskan panjang lebar oleh kalangan fuqaha melainkan pada keadaan bila wujudnya pembunuhan antara dua kampung hingga tidak dapat dikenal pasti siapa pembunuh sebenar, maka menurut sebahagian mereka: Akuan bersumpah hendaklah dilakukan oleh 50 orang ahli setiap kampung bagi membersihkan diri daripada sebarang tuduhan, tetapi ia bukan dalam isu yang sedang dibincangkan iaitu Qazaf.

Ini kerana apa yang sedang disaksikan ialah isu antara seorang penuduh fasiq lagi zalim tidak diterima kesaksiaannya dan seorang yang teraniaya dan bersih daripada tuduhan tetapi tidak diberi haknya untuk membebaskan diri daripadanya.

Isu ini serupa apa yang pernah berlaku kepada pemimpin gerakan Islam Iraq al-marhum Syeikh Muhammad Mahmud as-Sowaf dan Syeikh Abdul Aziz al-Badri yang dilemparkan oleh pengikut Komunis dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan hingga kedua-dua mereka tidaK dapat membela diri untuk membersihkan nama baik dan maruah.

Isu Dato' Seri Anwar Ibrahim yang pernah cemerlang dalam kepimpinannya ketika menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno beberapa tahun, tidak kedengaran suara-suara sumbang daripada golongan remaja, belia bersamanya dahulu menyebut tentang perlakuan sumbang beliau, tetapi bagaimana sejak akhir-akhir ini terdapat kecenderungan pihak tertentu dengan rasa tidak malu dan takut kepada Allah melemparkan tuduhan negatif itu.

Saya menyeru pihak terbabit secara jujur, bertakwalah kamu kepada Allah, takutkan akan Dia Yang Maha Bertindak Balas ke atas hamba-hambaNya di akhirat, ingatlah ketegasan Allah dalam al-Quran : Sesungguhnnya hari tersebut (kiamat) tidak akan memberi manfaat harta dan anak-pinak, melainkan mereka yang datang menemui Allah dengan hati yang selamat (dari sebarang penyakit hati yang merbahaya).

Secara peribadi selaku seorang muslim, harapan dan seruan saya kepada Kerajaan Malaysia, agar bertakwa kepada Allah dalam mengurus negara dan rakyat, khususnya orang Melayu/Islam, berakhlaklah dengan nilai akhlak Islam yang murni, dengan tidak melebihkan politik daripada akhlak, jangan bertindak sesuatu yang boleh melucutkan harga diri seseorang atau rakyat hilang keyakinan para pemimpin yang memerintah negara sekarang ini, kerana setiap sesuatu yang zalim itu adalah jalan kegelapan, yang rosak itu akan membawa kepada neraka yang membakar.

Kita bermohon kepada Allah agar Dia memelihara negara dan rakyat di bawah naungan-Nya.


Tag: politics Click Here!

Pulau Pinang : Membujur Lalu Melintang Patah!

By Anwar Ibrahim

mppj-06july08095.jpgmppj-06july08061.jpgmppj-06july08151.jpg

Sambutan rakyat di Pulau Pinang begitu hebat dan sangat menggalakkan. Saya tegar mencabar dan mendesak para pemimpin UMNO yang angkuh menuduh saya kononnya pengadu domba kepada kerajaan Amerika Syarikat. Jangan hanya pandai mereka cerita tatkala minda rakyat lebih arif menentukan antara yang dongeng dan sandiwara.

Telah saya jelaskan pada ribuan pejuang yang hadir bahawa isu fitnah keatas saya tidak harus menyimpangkan matlamat asal dan maudhuk utama kita di dalam Pakatan Rakyat, iaitu membentuk kerajaan. Sudah terang lagi bersuluh, isu bangkrap yang direka-reka ini terpaksa dijolok-jolok media tunggangan Barisan Nasional untuk mengkaburi isu krisis harga minyak yang membelenggu tengkuk dan poket marhaen jelata. Jangan lupa, ramai yang sudah bersedia pada bila-bila masa untuk menyeberang ke Pakatan Rakyat.

Ayuh, bersama kita fokus, terus maju ke arah 16 September. Jangan dibiarkan yang korup terus memerintah. Jangan lagi di biarkan petualang terus menabur racun dan menuba minda. Rakyat telah bangkit dan kini telah tiba masa untuk perubahan. Tulang empat kerat ini tidak akan sesekali berundur! Ayuh! Membujur lalu melintang patah!

ANWAR IBRAHIM

Tag: politics Click Here!

Majoriti percaya Bala cakap benar

Jul 9, 08 4:16pm

Sebahagian besar pembaca Malaysiakini yang menyertai tinjauan pendapat selama 24 jam semalam, percaya penyiasat persendirian, P Balasubramaniam bercakap benar dalam akuan berkanun pertamanya, yang ditarik balik sehari selepas ia diumumkan.

Sejumlah 6,418 pembaca Malaysiakini menyertai tinjauan pendapat tersebut (lihat carta).

Tinjauan itu mendapati 92 peratus daripada 5,880 pembaca percaya akuan berkanun pertama Balasubramaniam adalah benar.

Manakala 86 peratus berpendapat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpakat dengan Mohd Saiful Bukhary Azlan - remaja berusia 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh bekas bosnya, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih kurang jumlah yang sama - 5,102 atau 80 peratus - menolak andaian yang Anwar sengaja berpakat dengan Saiful untuk membuat tuduhan liwat tersebut - untuk mendapatkan simpati masyarakat.

Mereka juga memberi jawapan yang bercampur-campur terhadap soalan siapakah yang "melindungi" Balasubramaniam yang hilang sejak Jumaat lalu.

Kira-kira 40 peratus berkata orang Najib, manakala 25 peratus pembaca berkata mereka tidak tahu.

Walaupun pihak polis berkata Balasubramaniam mungkin berada di luar negara, tetapi 54 peratus pembaca berkata penyiasat persendirian itu masih "berada di Malaysia".

tinjau dakwaan terhadap najib, anwar

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising