Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, July 9, 2008

Anwar bawa isu liwat ke JAWI

Jul 9, 08 10:53am

Dakwaan liwat pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya hari ini bertukar menjadi isu qazaf - kesalahan bawah jenayah syariah bagi tuduhan palsu.

Penasihat PKR mengadukan isu laporan polis Mohd Saiful Bukhari Azlan bulan lepas kepada unit siasatan, bahagian penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pagi ini.

"Atas nasihat ulama dan peguam, saya telah membuat aduan kepada bahagian penguatkuasaan, membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan ini," katanya selepas aduan.

anwar ibrahim and saiful bukhari azlan"Dan saya dinasihatkan membawa kes ini mengikut undang-undang peruntukan qazaf. Jadi, (saya) minta bahagian penguatkuasaan buat siasatan segera."

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

Jika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Anwar diiringi oleh isterinya dan juga presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua peguam, Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.

Mereka tiba di pejabat JAWI di Jalan Damansara pada jam 10.15 pagi.

Tiada penyokong beliau kelihatan di situ, kecuali kira-kira 50 wartawan dan jurugambar.

Anwar kelihatan keluar dari pejabat JAWI selepas 45 minit membuat aduan.

Kota Bharu bakal terbelah dua?

Jul 9, 08 12:06pm

Umno bahagian Kota Bharu bakal menyaksikan persaingan sengit dua gergasi proksi - Datuk Zaid Ibrahim dan Datuk Mohd Fatmi Che Salleh - yang boleh mencerminkan pertarungan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, yang digantung jawatan ketua bahagian akibat tuduhan politik wang, diura-urakan akan bertembung dengan setiausaha politik Datuk Seri Najib Razak.

Zaid, bekas ahli parlimen Kota Bharu, dicabar Mohd Fatmi yang kini memangku tugas ketua bahagian.

Peguam terkenal itu dilantik menyertai kabinet atas kapasitinya sebagai seorang senator dan menjalankan tugas mereformasi kehakiman seperti hasrat perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Mohd Fatmi, yang berkhidmat dengan Najib sejak empat tahun lepas, kalah di kerusi parlimen itu dalam pilihanraya umum lalu. Bekas ketua Pemuda Umno Kelantan itu memegang jawatan timbalan ketua bahagian sejak 1995.

Dalam persaingan sengit ini, kedua-dua kumpulan sudah menyiapkan barisan pemimpin masing-masing dan ejen-ejen mereka kini sedang sibuk berkempen.


Tag: politics Click Here!

Hari ini perintah Malaysia, esok turun harga minyak - Anwar



TAIPING, 9 Julai (Hrkh) - "Hari ini saya nak ulang lagi, kalau kita dapat ambil alih. Menang Kerajaan Persekutuan hari ini, percayalah pada saya, saya tak cakap bohong. Menang hari ini kita ambil alih, esok harga minyak turun."

Demikian Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulanginya sekali lagi semasa berceramah di Changkat Jering dekat sini malam tadi sambil menegaskan bahawa kalau Pakatan Rakyat mengambil alih memerintah seluruh Malaysia maka harga minyak akan turun serta- merta esoknya.

"Pedulikan cakap-cakap 'depa' yang iri hati jika Pakatan Rakyat dapat perintah semua negeri yang mereka rasa tak yakin saya boleh turunkan harga minyak itu. Cuba tengok, cuba tengoklah nanti. Kalau tak percaya cubalah jangan halang kami ambil alih perintah semua negeri di Malaysia. Hari ini jadi kerajaan baru, esok diturunkan harga minyak dan bahan bakar lainnya,"cabarnya di hadapan kira-kira 20,000 orang penyokong parti.

Beliau yang menegaskannya dalam program "Tour Anwar Ibrahim Seluruh Malaysia" menyatakan, kalau tidak percaya maka tunggulah pada 15 Julai ini di televisyen dan beliau akan kupas dengan panjang lebar dan terperinci bagaimana cara untuk turunkan harga minyak dan bahan bakar lainnya.

"Saya memang minta kepada Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Najib Razak berdebat di TV pada hari itu nanti supaya semua rakyat negara ini boleh lihat berhujah dengan mereka berdua dengan tajuk 'Bagaimana Hendak Turunkan Harga Minyak',"katanya malam tadi.

Tambahnya,"di TV siaran langsung itu nanti saya katakan formula untuk turunkan harga minyak, kerana saya tahu dan yakin buat yang benar.

"Saya tidak akan rosakkan ekonomi Malaysia. Saya tahu, insya-Allah, kita ambil pelabur China, pelabur Arab, pelabur Eropah dan serampang tiga mata untuk bangkitkan semula ekonomi Malaysia."

Tapi sayang, katanya beliau yakin Perdana Menteri dan Timbalannya takut bersemuka dalam siaran tersebut dan dinyatakan tempat mereka akan diambil alih oleh Menteri Penerangan sebagai wakil kerajaan.

"Tak apalah, tak dapat tanduk akar pun boleh, saya tak pilih,"sindir Anwar dikuti tepukan gemuruh hadirin.

Tag: politics Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising