Saya suka sekali lagi mengimbau kesungguhan seorang Ketua Cawangan Umno di Bahagaian Kuala Terengganu untuk membongkar skendal seks yang didakwanya dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang artis tidak lama dulu.Insiden itu dikatakan dilakukan kedua-duanya di dalam sebuah kereta di sebuah negeri yang saya sendiri rahsiakannya.
Artis berkenaan yang pernah memenangi anugerah bintag filem dan nyanyian terbaik anjuran Televisyen tertentu kini sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak.
Beliau meminta saya menghubungi bekas seorang mufti di sebuah negeri terbabit yang menyimpan rahsia berkenaan.
Saya agak keberatan untuk berbuat demikian kerana ia mempunyai risiko amat berat khususnya mengenai keselamatan diri dan keluarga saya.
Saya boleh berbuat demikian jika saya mahu tetapi saya dengan usia yang semakin lanjut dan keluarga yang besar mengabaikan sahaja tugasan itu walaupun ia berlaku kira-kira enam tahun lalu, di saat krisis politik Umno tidak seteruk sekarang.
Yang jelasnya di sini bukan sahaja soal dakwaan skendal seks pemimpin Umno mahu didedahkan oleh pemimpin Umno seperti ketua cawangan parti itu tetapi orang Umno sendiri tidak bersetuju dengan Najib sebagai pemegang tapuk kepimpinan masa depan Umno.
Bahkan mereka sedaya upaya berusaha untuk menghancurkan karier timbalan perdana menteri itu dengan uasah mendedahkan apa yang didakwa skendal seks beliau.
Ketua cawangan Umno itu lebih suka Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) kekal sebagai Presiden kerana didakwa tidak ada pemimpin lain yang lebih layak berbuat demikian pada masa itu.
Ertinya ketua Umno cawangan itu merupakan orang kuat Pak Lah dan mempunyai pandangan Najib perlu disingkirkan sebagai Presiden Umno.
Ketua cawangn itu sudah mempunyai pemikiran sedemikian rupa enam tahun lalu. Sudah tentu beliau sendiri memasang perancangan untuk menjatuhkan kepimpinan Najib sebelum atau selepas beliau bercakap demikian di hadapan saya.
Beliau sendiri memberi penjelasan bahawa kerja menjatuhkan kredibiliti Najib tidak perlu saya sendiri melakukannya. Pihak tertentu boleh digunakan termasuk pihak keselamatan.
Sementara itu saya juga menerima maklumat dari seorang kakitangan hotel yang dikatakan melihat kelibat Najib dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Beliau yang bertugas di hotel berkenaan dikatakan amat mengetahui kehadiran Najib dan tujuannya menginap di hotel itu.
Bagaimanapun peristiwa ini dikatakan berlaku tidak kurang tujuh tahun lalu, mungkin ketika itu Najib belum menjadi Timbalan Perdana Menteri, penulis tidak pasti.
Saya tidak berani mendakwa skendal seks Najib benar-benar berlaku melainkan bekas mufti berkenaan dan pelayan hotel terbabit tampil menunjukkan bukti kepada saya bahawa dakwaan ini ada asasnya yang kukuh termasuk mempunyai empat orang saksi melihat kejadian tersebut.
Jika tidak ada, semua orang boleh mendakwa ianya hanya fitnah semata-mata. Saya turut bersetuju dengan pendapat ini selagi bukti dan keterangan tidak dapat dikemukakan secara undang-undang di mahkamah.
Sekurang-kurangnya ada visual hubungan seks itu didedahkan kepada umum seperti yang berlaku kepada bekas Menteri Kesihatan dari MCA, Dr. Chua Soi Lek menjelang pilihan raya umum ke 12 baru-baru ini.
Ia cukup berkesan untuk mendedahkan skendal berkenaan kepada umum. Bagaimanapun tidak ada visual terbabit dengan skendal seks yang dikatakan membabitkan Najib ditemui dan didedahkan kepada umum melalui pelbagai media khususnya di internet setakat ini.
Menurut penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli, mereka terdiri daripada anggota Unit Amal PAS dan Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Cadangan kedua, katanya, ialah Stadium Shah Alam tetapi kebetulan ia digunakan perlawanan bolasepak malam ini.
Dr Hatta menganggap perhimpunan ini untuk menghantar isyarat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta ahli-ahli Parlimen yang akan bersidang esok.
Beliau juga mendakwa wujud halangan terhadap perhimpunan tersebut, antaranya pengumuman pihak polis bahawa ia adalah perhimpunan haram dan ia boleh menjejaskan kehadiran orang ramai.




