Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, July 5, 2008

Kenyataan Media oleh Americk Sidhu dan Sivarasa Rasiah

KENYATAAN MEDIA OLEH AMERICK SINGH SIDHU

4hb Julai 2008, Petaling Jaya, Malaysia

Saya telah diberitahu bahawa Encik Balasubramaniam a/l Perumal telah pada pukul 11 pagi tadi di persidangan media yang diadakan di Prince Hotel mengeluarkan suatu akuan bersumpah yang menarik kembali akuan bersumpah awal beliau yang diikrarkan pada 1 haribulan Julai 2008.

Alasan yang diberikan bagi penarikan kembali ini adalah kerana akuan bersumpah asal beliau yang dirakamkan sendiri oleh saya telah “dipaksa untuk diikrarkan di bawah tekanan”.

Tiada perincian rapi diberi berhubung dakwaan paksaan dan tekanan tersebut. Encik Bala dilaporkan hanya berdiam diri di persidangan akhbarnya pagi ini apabila ditanya mengenai siapakah yang menakut-nakutkan beliau.

Untuk rekod, saya ingin menyatakan bahawa akuan bersumpah yang diikrarkan oleh Encik Bala pada 1 haribulan Julai 2008 yang mana telah dikeluarkan semalam telah diikrarkan dengan rela hati di hadapan saya dan di dalam kehadiran seorang pesuruhjaya sumpah bernama Dr. T. Yokheswarem.

Saya juga ingin menekankan bahawa saya telah selama 26 tahun lamanya menjadi ahli Badan Peguam Malaysia dan tidak pernah sekalipun saya bersepakat dengan mana-mana anakguam saya dengan memaksa mereka memberikan maklumat palsu dalam apa keadaan sekalipun.

Kali pertama saya berjumpa dengan Encik Bala adalah dalam sekitaran dua bulan lalu di sebuah restoren di dalam kehadiran beberapa orang yang lain di mana beliau meminta saya untuk menolong beliau untuk mendokumenkan keterangan beliau. Saya memulakan proses tersebut dua minggu selepas itu. Saya menemui beliau beberapa kali dan akan mencatat apa yang beliau beritahu.

Saya tiada sebab untuk meragui setiap apa yang diberitahu oleh Encik Bala kepada saya selain yang benar dan tugas saya terhad kepada mendengar dan merakamkan apa yang beliau hendak katakan serta menyalin pernyataan beliau ke dalam suatu akuan bersumpah dalam bentuk yang teratur dan boleh difahami.

Akuan bersumpah tersebut kemudiannya telah diakusaksi oleh pesuruhjaya sumpah yang tersebut di atas iaitu Dr. T. Yokheswarem di dalam kehadiran saya dan juga Encik Bala sendiri. Kandungan pernyataan di dalam akuan bersumpah tersebut telah dibacakan di hadapan pesuruhjaya sumpah tersebut yang bertanyakan kepada Encik Bala samada beliau faham kandungan akuan bersumpah tersebut dan adakah kandungan itu adalah akuannya.

Setelah Encik Bala mengesahkan pertanyaan tersebut, beliau telah diminta untuk menandatangani tiga salinan akuan bersumpah tersebut dan seterusnya diakusaksi setiap satu oleh pesuruhjaya sumpah tersebut. Encik Bala kemudiannya diminta menyerahkan kad pengenalan beliau kepada pesuruhjaya tersebut dan seterusnya menurunkan tandatangannya di buku rekod pesuruhjaya sumpah tersebut.

Dalam keadaan tersebut, saya sesungguhnya amat terkejut bahawa dalam jangka waktu 24 jam Encik Bala telah mengguna khidmat seorang peguam lain dan mengikrarkan satu lagi akuan bersumpah yang mengesahkan bahawa akuan bersumpah asal adalah tidak benar dan beliau telah dipaksa untuk menandatanganinya.

Oleh kerana saya arif dengan keperibadian Encik Bala setelah menghabiskan masa berjam-jam mencatat pernyataan beliau, saya amat meragui bahawa beliau telah menandatangani akuan bersumpah yang kedua di atas kerelaan dirinya sendiri dan saya yakin, disebabkan tiada lagi alasan lain yang munasabah, beliau sebaliknya telah ditakutkan samada melalui ugutan atau janji-janji untuk berbuat demikian.

Pesuruhjaya sumpah yang mengakusaksi akuan bersumpah yang asal bersedia untuk mengesahkan apa yang dinyatakan oleh saya di atas berhubung kerelaan Encik Bala terhadap akuan bersumpahnya.

Kenyataannya, sebaik bertemu muka, Encik Bala dengan segera mengenali pesuruhjaya sumpah tersebut oleh kerana mereka berdua membesar di kejiranan yang sama di Slim River, yang mana tidak pernah diketahui oleh saya.

Americk Singh Sidhu


****************************************


KENYATAAN MEDIA OLEH SIVARASA RASIAH

Malam semalam satu lagi jenayah telah dilakukan. Jenayah tersebut menyebabkan Encik Balasubramaniam menarik kembali akuan bersumpahnya yang dibuat pada hari Selasa bersamaan 1 haribulan Julai 2008 dan dihebahkan kepada awam semalam. Episod sedih ini mengesahkan lagi apa yang diperkatakan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam - bahawa terdapat corak manipulasi yang konsisten terhadap sistem keadilan jenayah di dalam negara ini. Malam semalam menyaksikan suatu lagi contoh pengendalian keterangan yang mirip dengan perbicaraan kes bunuh terpenting baru-baru ini.

Kami sangat berpuas hati bahawa akuan bersumpah asal oleh Encik Bala adalah atas kerelaan diri dan atas niat bahawa kebenaran tidak perlu lagi disembunyikan daripada pengetahuan awam – bahawa amat penting untuk kita mengetahui rahsia-rahsia yang disimpan oleh beliau sejak Oktober/November 2006.

Sekarang timbul persoalan kunci – yang mana satu diantara dua akuan bersumpah tersebut menyatakan kebenaran? Inilah persoalan pertama yang patut ditangani oleh Suruhanjaya Diraja yang kami mohon ditubuhkan semalam.

Kenyataannya penarikan kembali akuan bersumpah tersebut yang dibuat terlalu cepat dan dalam keadaan Encik Bala mengatakan ianya dibuat di bawah tekanan namun tidak akan memberi nama orang yang menekan beliau dapat menjelaskan dengan sendiri apa yang sebenarnya berlaku.

Siapakah yang bermotif untuk mengarahkan Encik Bala untuk membuat dakwaan-dakwaan yang membinasakan reputasi polis, Jabatan Peguam Negara dan Datuk Seri Najib dengan idea yang beliau kemudiannya akan menarik kembali kenyataannya pada keesokan hari sebagai percubaan untuk mengaibkan kami? Amat susah untuk menuding jari kepada sesiapa.

Jadi siapakah dia yang bermotif untuk menakut-nakutkan Encik Bala malam semalam untuk segera menarik kembali kenyataan beliau? Berpandukan kandungan akuan bersumpah asal beliau ia memebabitkan orang yang berkepentingan

Kami memohon agar suatu Suruhanjaya Diraja dapat ditubuhkan untuk menyiasat persoalan asas yang tersebut di atas – yang mana satu diantara kedua-dua akuan bersumpah tersebut menyatakan kebenaran?

Isu ini juga harus disuarakan oleh semua pihak yang berkenaan di dalam perbicaraan kes Altantuya agar kebenaran dapat dibuktikan. Yang pasti, sekarang pihak pendakwaan bertanggungjawab untuk menyiasat kembali dakwaan-dakwaan Encik Bala.

Sivarasa Rasiah

Naib Presiden, Parti Keadilan Rakyat.

4hb Julai 2008


Tag: politics Click Here!

Raja Petra beri keterangan

| Jul 5, 08 4:09pm

Raja Petra Kamaruddin memberi keterangan selama kira-kira dua jam setengah di balai polis Sentul petang ini, berhubung akuan berkanun yang dibuatnya yang mendakwa isteri timbalan perdana menteri berada di tempat kejadian tempat Altantuya Shaariibuu dibunuh.

Beliau tiba kira-kira jam 5.10 petang ditemani isterinya, Marina Lee Abdullah dan dua orang peguam.

Raja Petra mula memberi keterangan mulai jam 5.15 pagi dengan ditemani oleh seorang peguamnya. Beliau selesai memberi keterangan pada jam 7.40 malam tadi.

Turut hadir ialah Exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu serta kira-kira 30 orang penyokong Raja Petra yang berkumpul di perkarangan balai tersebut.

Pada kira-kira jam 5.40 petang, lebih kurang 20 orang lagi penyokong Raja Petra sampai ke balai tersebut, menjadikan jumlah mereka meningkat kepada 50 orang.

Sebahagian daripada mereka kelihatan memakai baju-T berwarna kuning dengan tertera gambar Raja Petra serta tulisan JUSTICE FOR All...tantuya.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Raja Petra berkata, polis mengambil kenyataannya mengikut Seksyen 112 berkaitan dengan laporan polis yang dibuat terhadapnya oleh Pejabat Peguam Negara (AG)

Menurutnya, laporan tersebut dibuat oleh pejabat AG pada 20 Jun lalu mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan, iaitu jenayah membuat pengisytiharan palsu.

Bagaimanapun, katanya, soal siasat hari ini lebih bertumpu kepada siapakah yang memberi maklumat kepadanya.

raja petra kamaruddinKatanya, polis juga ingin tahu sama ada beliau telah memberi kebenaran kepada Malaysiakini untuk menyiarkan akuan berkanunnya itu.

"Mereka juga mahu tahu mengenai lamanweb yang bernama Bigdog.com," katanya.

Ekoran itu, katanya, beliau bertanya kepada mereka sama ada siasatan hari ini mengenai akuan bersumpahnya atau mengenai Malaysiakini ataupun lamanweb Bigdog.com

Bagaimanapun, katanya mereka tidak menjawab.

Katanya, mereka juga bertanya sama ada beliau boleh mendedahkan sumber maklumatnya.

"Saya beritahu mereka bahawa saya tidak boleh mendedahkannya demi keselamatan pemberi maklumat tersebut," katanya.

Raja Petra juga berkata, mereka memberitahunya ada lagi laporan yang akan dibuat terhadapnya dan mereka mungkin akan mendakwanya.

Katanya, beliau memberitahu mereka yang beliau bersedia dihadapkan di mahkamah.

VIP disebut

Sebelum ini, Marina memberitahu Malaysiakini, suaminya menerima panggilan telefon dari pihak polis pagi ini dan mengesahkan suaminya akan pergi ke balai polis Sentul petang ini.

Raja Petra memperakui dalam satu akuan berkanun bahawa tiga individu termasuk isteri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - Datin Seri Rosmah Mansor - berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

Selain Rosmah, Raja Petra turut menyebut dalam akuan berkanunnya itu nama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya, Khairy Jamaluddin.

Khairy dan Rosman difahamkan telah memberi keterangan kepada pihak polis berhubung dakwaan Raja Petra itu.

Sehingga ini, Najib dan Rosmah telah menafikan dakwaan Raja Petra itu tetapi mereka tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger tersebut.

Menurut Najib, dakwaan Raja Petra bahawa isterinya terbabit dalam kes tersebut adalah satu pembohongan dan rekaan semata-mata.

Akuan berkanun tidak boleh ditarik balik

Jul 5, 08 8:39am

Akuan bersumpah penyiasat persendirian P. Balasubramaniam yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak boleh ditarik balik, kata Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan.

Katanya, akuan bersumpah itu dibuat mengikut prosedur betul dan disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah.

p balasubramaniam private investigator najib razak baginda altantuya murder case 3"Akuan bersumpah adalah dokumen yang mengandungi keterangan yang diberi di bawah ikrar. Pengakuan bertulis di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Dalam kes ini semua keterangan diberi secara bersumpah tidak boleh ditarik balik," katanya.

Bagaimanapun, katanya, sesuatu akuan bersumpah boleh diselitkan tambahan atau pembetulan dan seperti dalam kes di mana seorang saksi memberi keterangan palsu di mahkamah dan sesiapa yang membuat akuan bersumpah palsu boleh melakukan satu kesalahan," katanya kepada Bernama semalam.

Semalam, Balasubramaniam, yang pernah memberi keterangan sebagai saksi pertama pendakwaan dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya, mengedarkan akuan bersumpah setebal 16 muka surat pada 1 Julai dengan mendakwa wanita Mongolia yang dibunuh itu mempunyai hubungan dengan Najib.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 11.30 pagi ini, Balasubramaniam , menarik balik beberapa perenggan dalam akuan bersumpahnya dengan mengatakan kandungan akuan itu mengenai Najib adalah tidak benar.

Sementara itu, peguam Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Cif Inspektor Azilah Hadri, tertuduh pertama kes pembunuhan Altantuya, berkata Balasubramaniam mempunyai hak untuk menggantikan akuan bersumpahnya dengan yang baru.

Komen peguam tertuduh

"Beliau tidak perlu melalui proses di mahkamah untuk akuan bersumpah yang baru, tetapi apakah status akuan yang sebelumnya?. Adakah ia satu penipuan?.

"Terserah kepada Peguam Negara untuk mengambil sebarang tindakan ke atasnya," kata Hazman yang dihubungi Bernama.

Peguam Hasnal Redzua Marican yang mewakili Koperal Sirul Azhar Omar, tertuduh kedua kes yang sama, berkata tiada peruntukan undang-undang yang membenarkan akuan bersumpah ditarik balik.

Peguam Amer Hamzah Arsyad berkata perbuatan Balasubramaniam adalah tidak wajar dan seolah-olah mempermainkan undang-undang negara.

Tambahnya, bekas anggota polis itu sepatutnya berpendirian teguh dengan setiap dakwaan dalam kenyataannya sebelum ini.

Tag: politics Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising