Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, July 3, 2008

Anak mangsa ISA meninggal

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Anak mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Aina Mardiah Shahrial menghembuskan nafas terakhir di Wad Blok A, Tingkat 3, Hospital Kajang selepas terlantar koma dan nazak sejak semalam.

Lebih mendukacitakan, bapa kandung Allahyarhamah, Shahrial Sirin yang dilaporkan bertolak dari Kem Tahanan Kemunting selepas mendapat kelepasan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar jam 1.00 tengahari tadi masih belum tiba di hospital.

Aina Mardhiah menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Fatma dan ahli keluarga terdekat.

Anak sulung pasangan terbabit dilaporkan terjatuh di rumahnya semalam dan berada dalam keadaan koma sehingga disahkan meninggal dunia.

Shahrial ditahan di Kem Tahanan Kamunting sejak tujuh tahun lalu.

Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA), untuk mendapatkan pelepasan sementara Shahrial bagi menziarahi anaknya menghadapi kerenah birokrasi yang cukup memeritkan.

"Walaupun permohonan telah dibuat awal (semalam) namun, jam 1.00 petang tadi barulah pelepasan itu dapat diberikan, inikah moral kerajaan tatkala soal nyawa anak tahanan menjadi taruhan," kata Aliza Jaffar salah seorang ahli PSK GMI yang ditemui di Hospital Kajang sebentar tadi.

Sementara itu Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman turut berada di hospital setelah mendapat berita pemergian Aina Mardhiah.

"Semoga Allah SWT memberi kesabaran kepada keluarga Allahyarhamah dan memberi balasan setimpal kepada mereka yang menzalimi keluarga ini," ujar Lutfi kesal.

Jenazah anak mangsa tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Aina Mardiah Shahrial akan dibawa ke kediamannya di Lorong Serai 8, Batu 11 1/2, Hulu Langat (berhampiran Masjid Kg. Sungai Serai) selepas Isyak, setelah segala urusan berhubung kematiannya selesai.

Menurut Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman, jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan esok.

Sehingga berita ini ditulis, ayah Allahyarhamah, Shahrial Sirin masih belum tiba di hospital.

Usaha ahli keluarga Allahyarhamah untuk menghubungi pegawai Cawangan Khas bagi mendapat kepastian di mana Shahrial berada menghadapi jalan buntu.

Shahrial dilaporkan dibawa keluar dari Kem Tahanan Kemunting selepas mendapat kelepasan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar jam 1.00 tengahari tadi.

Kegagalan pihak polis cawangan khas menemukan Sahrial dengan anaknya dikecam sanak saudara, sahabat handai dan para simpatisan yang hadir di Hospital Kajang.

Aina Mardhiah menghembuskan nafas terakhir di sisi ibunya, Siti Fatma dan ahli keluarga terdekat jam 6.25 petang tadi.

Anak sulung pasangan terbabit dilaporkan terjatuh di rumahnya semalam dan berada dalam keadaan koma sehingga disahkan meninggal dunia.

Shahrial ditahan di Kem Tahanan Kamunting sejak tujuh tahun lalu.

Usaha Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA), untuk mendapatkan pelepasan sementara Shahrial bagi menziarahi anaknya menghadapi kerenah birokrasi sehingga mangsa tahanan ISA itu tidak dapat menatap wajah anak sulungnya yang sedang koma sejak semalam.

Moga Allah mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarhamah, mengurniakan kesabaran kepada keluarganya dan menimpakan azab balasan yang setimpal kepada mereka yang melakukan kezaliman. Alfatihah.

Anak tahanan ISA nazak, suasana sayu menyelebungi wad di Hospital Kajang

Harakahdaily.net melaporkan suasana di Wad Blok A Tingkat 3 Hospital Kajang cukup sayu dengan tangisan isteri tahanan ISA, Siti Fatma dan ahli keluarga tatkala anak perempuan kesayangannya, Aina Mardiah Shahrial terlantar koma dan nazak sejak semalam lagi.

Aina Mardiah dilaporkan terjatuh di rumahnya semalam hingga mengakibatkan beliau koma.

Namun paling menyedihkan, bapa kandungnya, Shahrial Sirin yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting (Kemta) di bawah ISA sejak tujuh tahun lalu, baru sahaja mendapat pelepasan sementara daripada Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar untuk menziarahi anaknya di Kajang.

Begitu pun menurut Pusat Sokongan Keluarga Gerakan Mansuhkan ISA (ISA), pelepasan itu hanya dapat diberikan selepas mereka menghadapi kerenah birokrasi yang cukup memeritkan.

"Walaupun permohonan telah dibuat awal (semalam) namun, jam 1.00 petang tadi barulah pelepasan itu dapat diberikan, inikah moral kerajaan tatkala soal nyawa anak tahanan menjadi taruhan," kata Aliza Jaffar salah seorang ahli PSK GMI yang ditemui di Hospital Kajang sebentar tadi.


Menurut Aliza, sepatutnya dalam hal 'kecemasan' seperti kes ini, pihak Kemta dan KDN tidak perlu merumitkan keadaan dengan prosedur yang merumitkan.

"Tak cukupkah dengan pengesahan doktor dan dengan kedatangan Pegawai Cawangan Khas hingga kami terpaksa menunggu jam 1.00 petang tadi baru dapat tahu ia sudah mendapat kebenaran, ini hal yang serius yang melibatkan nyawa anak tahanan," katanya geram.

Sementara itu, sewaktu Harakahdaily menziarahi wad berkenaan, kelihatan kira-kira 20 pelajar sekolah terdiri daripada rakan-rakan Aina Mardiah menziarahi beliau.

Keadaan bertambah sedih apabila rakan-rakan turut menangis teresak-esak sambil memeluk Aina yang terkapar dengan alat bantuan hayat serta bergantungan 'wire' di tangan serta hidungnya.


Kesedihan yang terpancar di wajah rakan-rakan Aina membayangkan hubungan akrab mereka lebih-lebih lagi Aina seorang insan yang dinafikan hak bapanya untuk hidup bebas seperti anak-anak yang lain.

Anak yang telah lama tidak mendapat kasih sayang daripada bapanya kerana dipisahkan oleh akta zalim ISA sememangnya sentiasa mengharapkan ribaan kasiah sayang bapa yang dirindui.

Luluh jiwa penulis apabila melihat rakan-rakan saling berpelukan menangis teresak sementar si ibu yang kering sudah airmatanya hanya mampu melihat sambil sesekali memeluk dan mencium anaknya yang terkapar kaku.

Sementara dua adik lelakinya yang setia menanti di hujung penjuru katil terus menerus membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan Yaasin sambil menitiskan airmata.

Wajah muda dua adiknya ini begitu sayu sekali meratapi kakak yang terlantar sementara menantikan bapa tercinta tiba selepas satu 'penyiksaan' perasaan dihadapi mereka untuk mendapatkan pelepasan bapanya itu.

Namun waktu melawat yang sudah tamat menyebabkan rombongan Harakahdaily yang diketuai Ketua Pengarang, Ahmad Luthfi Othman terpaksa beredar walaupun hasrat di hati mahu melihat detik-detik bapanya bertemu dengan anak tercinta.

Shahrial dijadualkan sampai di Hospital Kajang kira-kira jam 6.00 petang ini selepas mendapat pelepasan dari KDN untuk menziarahi anaknya itu.

Hati mula sayu tatkala meninggalkan perkarangan wad tersebut dengan melihat nasib si anak yang nazak itu sementara menanti bapa tercinta yang terpenjara selama tujuh tahun di Kemta menziarahinya.

Di kesempatan itu, Ketua Pengarang Harakah telah menyampaikan sumbangan kepada Siti Fatma sejumlah RM1000 hasil kutipan wang derma yang dijalankan Harakahdaily selama ini.

Sementara sejumlah RM5000 diserahkan kepada wakil PSK-GMI, Norlaila Othman untuk mengisi dana kempen isteri-isteri tahanan ISA untuk membebaskan tahanan ISA.

Terdahulu Norlaila Osman yang memberitahu maklumat berhubung kejadian tersbeut berkata, Aina berada dalam keadaan koma disebabkan terjatuh di rumahnya semalam.

Dalam kejadian semalam, pesakit yang tinggal bersama ibunya, Siti Fatma Masrun, di Hulu Langat, terus pengsan biarpun tidak serius semasa terjatuh.

"Saya difahamkan oleh doktor yang merawatnya semalam Aina berkemungkinan mengidap darah beku dalam otak sejak kecil lagi.

"Jadi apabila dia jatuh berkemungkinan darah bekunya itu mpecah dan merebak ke seluruh otak hingga menyebabkan dia pengsan dan seluruh organnya tidak berfungsi," cerita Norlaila.

Norlaila yang melawat Aina hari ini berkata, Aina dalam kritikal dan bergantung kepada mesin jangka hayat," katanya.

"Paling menyedihkan ayahnya tidak mendapat kebenaran untuk dibawa ke hospital walaupun anaknya dalam kritikal" katanya.


Tag: politics Click Here!

Derma: Ada kes terhadap Yahya

Jul 2, 08 6:31pm

Menteri besar Selangor mendedahkan hari ini terdapat kes prima facie terhadap bekas pegawainya Mohd Yahya Mat Sahri berhubung usaha memungut wang derma bagi sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata maklumat kes itu diperolehinya daripada pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) negeri Ja'afar Mahad dalam satu pertemuan petang semalam.

"Pengarah BPR Selangor ... melaporkan terdapat kes prima facie berkaitan salah guna kemudahan pejabat menteri besar untuk meminta derma sambutan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor," katanya.

Dalam sidang medianya petang ini, Abdul Khalid berkata penggunaan kepala surat pejabat menteri besar mestilah dengan kebenarannya dan surat kutipan derma itu tanpa pengetahuannya.

"Penyalahgunaan kemudahan di pejabat menteri besar Selangor adalah perbuatan yang tidak boleh diterima oleh kerajaan gabungan Pakatan Rakyat yang mementingkan tadbir urus (ala) korporat," katanya lagi.

Tanpa menyebut nama Yahya (foto kiri), menteri besar berkata pegawai berkenaan telah meletakkan jawatan selepas digantung tugasnya - kedua-dua itu berlaku pada 23 Jun.

Tambahnya, pengarah BPR juga memberitahunya, bekas pegawai tugas-tugas khas itu menggunakan modus operandi yang sama dalam siasatan berhubung isu pengagihan kontrak pembersihan dan kutipan sampah di Petaling Jaya.

Isu awal ini meledak susulan laporan polis dan BPR sekumpulan empat orang yang mendakwa ahli PKR terhadap pegawai kanan Abdul Khalid itu.

Melalui jurucakapnya, mereka mendakwa kepala surat pejabat menteri besar digunakan tanpa nombor rujukan yang jelas dan pegawai tersebut meminta syarikat-syarikat itu diberikan keutamaan dalam pembahagian kontrak itu.

Bagaimanapun, selepas siasatan BPR, Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berkata tiada kes terhadap Yahya.

Menteri besar minggu lalu menjelaskan, penggantungan Yahya berhubung siasatan dalaman isu kutipan derma sempena sambutan itu yang telah menimbulkan kontroversi, termasuk dilaporkan tidak senangi oleh pemimpin-pemimpin parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Dalam sidang akhbar selepas mesyuarat exco kerajaan negeri menjelang 6 petang tadi, Abdul Khalid menambah sebuah firma akauntan antarabangsa telah dilantik untuk menyiasat wang derma tersebut.

"Bagi melancarkan proses siasatan ini, kerajaan negeri memohon supaya syarikat yang terlibat tampil memberikan maklumat, manakala syarikat yang telah dikenal pasti oleh kerajaan negeri akan dipanggil untuk memberikan keterangan," katanya.

"Kerajaan negeri juga akan menyerahkan semula wang derma yang telah dimasukkan ke dalam akaun terlibat jika hasil siasatan jelas membuktikan memang terdapat wang yang dimaksudkan tersebut."

Beliau (foto kanan), yang juga pengerusi badan perhubungan PKR Selangor, berkata perbelanjaan jamuan makan malam parti itu di Sunway Ballroom yang dijadual diadakan tidak lama lagi "juga akan turut diaudit."

Yahya minggu lalu dilaporkan menafikan penggunaan kepala surat pejabat Abdul Khalid dan juga "tiada sebarang jumlah derma yang dimasukkan ke dalam akaun (PKR) tersebut."

Beliau juga dipetik sebagai berkata kenyataan bekas ketuanya itu dibuat tanpa merujuknya dan tuduhan beberapa pihak sebagai tidak benar.

Mengulas kenyataan Mohamad Ezam Mohd Nor semalam, Yahya hari ini berkata kertas yang ditunjukkan kepada media oleh bekas pemimpin kanan PKR itu hanyalah bahagian hadapan kiriman faksimili sahaja, tanpa mendedahkan kandungan surat yang dihantar serta individu yang menandatanganinya.

Beliau menyifatkan Mohamad Ezam bermain "politik murahan" apabila menyerahkan surat tersebut kepada BPR.

Sementara itu, exco kerajaan tempatan Ronnie Liu berkata, pada 5 Julai, kesemua 288 ahli majlis yang dilantik akan menerima watikah daripada menteri besar di Bangunan SUK.

Menurutnya lagi, dua pegawai kanan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan berkongsi pengalaman tentang polisi dan isu-isu penting.

"Kita juga menjemput dua orang pegawai kanan daripada kementerian itu untuk beri sedikit sebanyak penjelasan mengenai polisi dan juga isu-isu penting untuk menjadi seorang ahli majlis yang benar-benar berkesan," kata Ronnie (foto kiri).

Ditanya tentang dakwaan terdapat tiga ahli majlis di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang mempunyai rekod jenayah, Abdul Khalid berkata perkata itu akan diselesaikan kemudian dan tidak menjadi halangan untuk meneruskan lantikan mereka Sabtu ini.

"Itu kita akan selesaikan kemudian. Maknanya, walaupun mereka (ahli majlis) dilantik, mereka juga akan melalui proses semakan. Dan proses semakan itu akan dilakukan dalam masa enam bulan mereka menjadi ahli majlis.

"Oleh sebab itu, saya rasa itu tidak menjadi penghalang untuk kita meneruskan pelantikan ahli majlis," kata menteri besar.

Bercakap dalam sidang media yang sama, exco kerajaan prihatin Dr Xavier Jayakumar berkata, kerajaan negeri juga akan menganjurkan gotong-royong perdana bagi memerangi denggi.

Program yang akan dilancarkan menteri besar Ahad ini dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Selangor, katanya.

Program itu, tambah Xavier, merupakan kempen turun padang untuk melihat sendiri keadaaan sebenar dan mendengar aduan daripada orang ramai.

Tag: politics Click Here!

Politik Idris di Terengganu berakhir?

KUALA TERENGGANU, 3 JULAI - Kumpulan penyokong politik bekas Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh kini semakin terpinggir apabila Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Said melantik penyokongnya menduduki kerusi penting badan itu.

Datuk Ahmad melantik Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan sebagai Setiausaha, Datuk Ruslan Awang Chik (Bendahari) dan Datuk Zuber Embong (ketua penerangan).

Rosli mengisi kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Datuk Rasol Wahid, Ruslan menggantikan jawatan yang dilepaskan bekas exco kerajaan negeri, Datuk Wan Hisham Salleh manakala Datuk Zuber menggantikan Datuk Ahmad Shabbery Cheek yang kini dilantik sebagai Menteri Penerangan.

Rombakan badan perhubungan Umno Terengganu semalam memberi isyarat bahawa para penyokong kuat bekas menteri besar, Datuk Seri Idris Jusoh, semakin disisihkan dari menjana politik Umno negeri tersebut.

Menteri besar, Datuk Ahmad Said dipercayai cuba mengukuhkan pengaruhnya melalui usaha melantik penyokongnya memegang jawatan penting dalam badan perhubungan Umno negeri.

Mereka ialah ketua Umno bahagian Dungun, Datuk Rosli Mat Hassan yang dilantik sebagai setiausaha; senator Datuk Ruslan Awang Chik (bendahari) dan Datuk Zuber Embong (ketua penerangan).

Rosli mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Rosol Wahid, manakala Ruslan menggantikan bekas exco kerajaan negeri, Datuk Wan Hisham Salleh. Zuber menggantikan Datuk Ahmad Shabbery Cheek yang kini dilantik sebagai menteri penerangan.

Ahmad mengumum pelantikan tersebut selepas selepas mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan Umno negeri di ibu negara malam tadi.

Ahmad juga mengumumkan bahawa pelantikan lain bagi mengisi beberapa lagi jawatan dalam kepemimpinan Umno negeri, akan dibuat selepas mesyuarat badan perhubungan 12 Julai ini.

Rosol dan Ahmad Shabbery meletakkan jawatan masing-masing sebaik sahaja Idris melepaskan jawatan sebagai ketua badan perhubungan Umno negeri bulan lalu.

Dengan perlantikan baru itu jelas menunjukkan bahawa Wan Hisham yang juga ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Kuala Terengganu, tidak dipilih semula mengekalkan jawatan bendahari.

Dipercayai Wan Hisham bukan termausk dalam kumpulan Datuk Ahmad Said.

Sementara perlantikan Rosli tidak mengejutkan kerana bekas ahli Parlimen Dungun itu merupakan penyokong kuat Ahmad, khususnya semasa berlakunya krisis pelantikan menteri besar, Mac lalu.

Dalam krisis tersebut, Rosli merupakan antara beberapa ketua bahagian yang tampil menyokong Ahmad sebagai menteri besar yang mendapat restu Istana Terengganu.

Selain Rosli, ketua Umno bahagian Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar dan ketua Umno bahagian Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, turut menyokong Ahmad dalam krisis tersebut.

Manakala Roslan memang sudah lama terpinggir dari arus politik selepas presiden persatuan kontraktor Melayu Malaysia itu kalah dalam kerusi DUN Ladang dalam pilihanraya umum 1999.

Pelantikan Zuber pula agak mengejutkan kerana bekas ahli Parlimen Kuala Terengganu itu sudah lama menyepi dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam Umno bahagian Kuala Terengganu.

Sebelum itu, Tengku Putera yang digugurkan dari mempertahankan kerusi parlimen Hulu Terengganu, telah dilantik menjadi speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu.


Rombakan baru itu, yang dibuat kira-kira dua minggu menjelang mesyuarat cawangan Umno, juga memberi isyarat bahawa perubahan akan berlaku di peringkat bahagian.

Dijangka ketua-ketua bahagian yang menyokong Idris akan menghadapi tentangan sengit dari kumpulan penyokong Ahmad.

Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Salleh dan ketua bahagian Setiu Mohd Jidin Shafie yang merupakan penyokong Idris, dijangka ditentang oleh kumpulan Ahmad.

Malah, Zuber sejak beberapa bulan lalu telah disebut-sebut akan menentang Wan Ahmad Farid, yang baru dilantik timbalan menteri dalam negeri selepas pilihanraya umum lalu.

Persoalan yang menjadi perbualan ramai di kalangan ahli Umno di Terengganu sekarang ialah adakah Idris juga akan ditentang di Besut.

Dalam pilihanraya umum lalu, ketua Umno bahagian Besut itu mempertahankan kerusi DUN Jertih tetapi tidak dipilih semua sebagai menteri besar Terengganu akibat krisis dengan Istana Terengganu.

Mesyuarat cawangan Umno akan bermula 17 Julai ini, manakala peringkat bahagian pada September dan perhimpunan agung Umno pada Disember depan.

Tag: politics Click Here!

Anwar: Tubuh s'jaya siasatan diraja

Jul 3, 08 3:23pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, pendedahan penyiasat persendirian, P Balasubramaniam dalan akuan berkanunnya, mempunyai implikasi serius terhadap pentadbiran kehakiman negara di mana integriti dan kredibiliti polis, pejabat Peguam Negara dan badan kehakiman telah tercemar.

Katanya, kenyataan Balasubramaniam itu telah mengesahkan "apa yang telah kita katakan selama ini; tiada siasatan yang sempurna dilakukan terhadap pembunuhan Altantuya".

Akuan bersumpah Balasubramaniam itu, tegas mantan timbalan perdana menteri itu, mengesahkan dengan jelas dan konsisten bentuk manipulasi sistem keadilan jenayah "yang telah kita saksikan di negara ini sejak 1998".

Akaun berkanun setebal 16 halaman itu difailkan pada 1 Julai dan turut diedarkan di sidang media Anwar di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya tengah hari ini. Balasubramaniam turut hadir.

Menurutnya, pendedahan penyiasat persendirian itu menuntut supaya sebuah suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut.

Dalam akuan berkanunnya itu, Balasubramaniam memberi maklumat yang didakwa menunjukkan hubungan awal antara Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Najib Razak.

Balasubramaniam, yang ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu, turut mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Tag: politics Click Here!

Ahmad Said ketuai siasatan segera babitkan Ghani Patail, Musa Hasan

KUALA LUMPUR, 2 JULAI - Bernama melaporkan, Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan segera menyiasat laporan polis yang dibuat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam, berhubung dakwaan Ketua Polis Negara dan Peguam Negara memalsukan bukti kes mata lebamnya 10 tahun lalu.

Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan hari ini berkata, siasatan itu akan diketuai oleh Pengarah Siasatan BPR, Datuk Mohd Shukri Abdull.

"Keterangan mengenai laporan itu telah diserahkan kepada kami dan untuk memastikan ia tidak berat sebelah, siasatan akan dilakukan oleh BPR. Kami boleh siasat, tak ada masalah," katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian persefahaman mengenai pembangunan modal insan dan sistem kerja yang berwibawa dengan Kastam Diraja Malaysia di sini.

Ahmad Said menyatakan demikian ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat oleh Anwar ke atas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam semalam.

Anwar dalam laporannya mendakwa Abdul Ghani dan Musa terlibat memalsukan keterangan beliau dipukul oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Rahim Noor pada tahun 1998.

Abdul Ghani pada ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa Raya paling kanan manakala Musa merupakan ketua pegawai penyiasat kes yang membabitkan Anwar.

Menurut Ahmad Said, proses siasatan akan dilakukan dengan memanggil semua pihak terlibat untuk merekodkan keterangan masing-masing.

"Kita akan panggil siapa sahaja yang terlibat, termasuk Anwar sendiri," katanya.

Tag: politics Click Here!

Akuan Bersumpah dakwa Najib-Altantuya ada hubungan



KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Penyiasat persendirian Abdul Razak Baginda, Balasubramaniam Perumal telah membuat pendedahan mengejutkan melalui satu surat akuan bersumpah berkaitan hubungan di antara Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib dan Altantuya Sharibuu.

Surat Akuan bersumpah yang dibuat pada 1 Julai lalu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur itu turut menyatakan secara terperinci perbincangan di antara Bala dengan Razak tentang Altantuya dan hubungannya dengan Najib sebelum terjadinya pembunuhan pada malam itu.

Pendedahan itu dibuat dalam sidang media bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim, di ibu pejabat KeADILan, Petaling Jaya tengah hari ini tadi dan hadir sama dalam sidang media itu pemimpin KeADILan, Tian Chua, Sivarasah, Saifuddin Nasition, Azmin Ali serta kelihatan bersama-sama pihak media ialah Raja Petra Kamaruddin.

Dakwaan-dakwaan tersebut terkandung dalam akaun berkanun yang dicetak dalam bahasa Inggeris setebal 16 halaman itu turut diedarkan kepada wartawan dalam dan luar negara.

Antara dakwaan Bala dalam surat akuan itu ialah, Razak telah memaklumkan kepadanya bahawa Najib telah memperkenalkan Altantuya yang dikenali sebagai 'Aminah' kepada Razak di Pameran Berlian di Singapura.

Selain itu Najib didakwa telah memberitahu Razak bahawa beliau telah melakukan hubungan seks dengan Altantuya dan memberitahu Bala bahawa ketiga-tiga mereka, Najib, Razak dan Altantuya telah bersama-sama menghadiri makan malam di Paris.

Dalam surat akuan itu juga, Altantuya juga dikatakan telah meminta wang sebanyak 500,000.00 dollar Amreika sebagai komisen terhadap perjanjian Kapal Selam di Paris.

Bala yang berpangalaman sebagai anggota polis semenjak tahun 1981 telah ditahan polis di awal siasatan kes berprofil tinggi itu dan mendakwa keterangannya mengenai Najib telah tidak dimasukkan dalam kenyataan beramarannya.

Tujuan akuan bersumpah itu dibuat adalah kerana beliau kecewa dan tidak berpuas hati dengan tahap penyiasatan yang dikendalikan oleh pihak berkuasa dalam berkaitan pembunuhannya itu dan butiran-butiran termasuk hubungan Najib-Altantuya yang disebut adalam akuan terbabit tidak pernah dibangkitkan dalam perbicaraan kes tersebut, kata Bala.

"Kenapa saya di tahan di dalam lokap pada awalnya selama tujuh hari sedang sepatutnya mereka hanya perlu mengambil kenyataannya saya sahaja malah saya di dakwa atas seksyen penal code 302 ?" katanya yang turut ditemani oleh peguammnya.

Ketika di tanya sama ada beberapa dakwaan yang di sebut itu adalah benar, peguam beliau menjawab bahawa apa yang terkandung dalam akuan bersumpah itu antaranya adalah percakapan atau maklumat yang disampaikan oleh Razak Baginda kepada Bala.

"Bala tidak boleh menentukan bahawa apa yang dikatakan oleh Razak itu benar atau sebaliknya. Perkara itu hanya boleh ditentukan di mahkamah," katanya.

Sementara itu Bala juga mendedahkan bahawa Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan akan "menguruskan" kes bunuh yang membabitkan rakan rapatnya.

Beliau juga mendedahkan bahawa Abdul Razak telah menghantar SMS kepada Najib pada hari beliau ditahan berhubung siasatan pembunuhan Altantuya dan telah menerima jawapan daripada Najib yang menyatakan "beliau telah bercakap dengan ketua polis negara".

Balasubramaniam berkata, dalam jawapannya itu, Najib telah memberitahu Abdul Razak bahawa "perkara itu akan diuruskan oleh ketua polis negara".

Pegawai penyiasat itu juga mendedahkan bahawa beliau telah memberitahu semua itu kepada polis ketika mereka mengambil kenyataannya, tetapi terperanjat kerana semua bahagian yang membabitkan Najib, tidak dimasukkan dalam kenyataan tersebut.

Anwar dalam sidang media itu turut menyatakan bahawa terdapat arahan daripada pihak-pihak tertentu supaya pihak media tidak membangkitkan nama 'Najib' dalam pemberitaan mereka.

"Saya dapat tahu, media arus perdana di arahkan untuk tidak menyiarkan berita yang ada hubung kait dengan Najib," kata Anwar.

Anwar juga menyatakan bahawa Najib menganggap bahawa beliau dan Raja Petra sedang merancang untuk menjatuhkan karier politik beliau sedangkan perkara itu tidak berlaku malah ianya bukanlah satu serangan peribadi atau pembalasan dendam.


Tag: politics Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising