Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, June 30, 2008

Forensik polis siasat bilik kondo

Satu pasukan polis termasuk unit forensik hadir di kondominium di Desa Damansara - tempat yang didakwa berlaku kejadian liwat seorang tokoh utama pembangkang - tengah hari tadi.

anwar ibrahim saiful bukhari sodomy allegation desa damansara 300608 03Lima buah kenderaan, bersama 15 anggota, kelihatan berada di sana selama lima jam untuk mengambil bahan-bahan bukti berhubung siasatan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu laporan polis Sabtu lalu, beliau didakwa melakukan kesalahan itu terhadap pembantu di pejabatnya itu - Mohd Saiful Bukhari Azlan - di Unit 1151 kondominium tersebut pada 26 Jun lalu.

Bilik kondominium itu dipercayai dihuni oleh Saiful.

Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa ia hanya rekaan semata-mata. Beliau juga memfailkan saman fitnah terhadap Saiful.

anwar ibrahim saiful bukhari sodomy allegation desa damansara 300608 05Siasatan tersebut termasuk rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), laporan buku kedatangan dan kenyataan pengawal keselamatan.

Kumpulan wartawan, termasuk agensi media luar negara, menanti di tempat kejadian sejak jam 12 tengah hari.

Pasukan polis kelihatan meninggalkan kondominium itu jam 5 petang ini.

Para pengawal keselamatan di situ enggan bercakap dengan pemberita yang menunggu di luar kondominium tersebut, dengan alasan atas arahan majikan mereka.

Wartawan tidak dibenarkan masuk ke kawasan kondominium tersebut.

anwar ibrahim saiful bukhari sodomy allegation desa damansara 300608 06Menurut para saksi, koridor di tingkat lima kondominium tersebut, ditutup dengan pita polis dan beberapa anggota polis dilihat mengawal di situ.

Unit di kondominium mewah itu dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya RM2.2 juta dan kadar sewanya adalah antara RM7, 500 hingga RM15, 000.

Kemudahan di kondominium tersebut termasuk pusat kecergasan, sauna, kolam mandi, gelanggang skuash dan tenis.

Lihat video di Malaysiakini.tv

Anwar keluar dari kedutaan Turki

Jun 30, 08 6:30pm

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim beredar dari rumah rasmi duta Turki di Kuala Lumpur, tempat beliau berlindung sejak pagi Ahad lalu, dan menuju ke rumahnya.

Anwar berjalan keluar dari rumah itu, yang terletak tidak jauh dari bangunan kedutaan, dan memasuki kenderaan kira-kira jam 6.45 petang ini.

Bekas timbalan perdana menteri itu kemudian bercakap ringkas kepada kumpulan kira-kira 50 wartawan di luar pagar rumah rasmi tersebut.

Beliau berkata jaminan keselamatan yang diberikan oleh menteri dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dan menteri luar Datuk Seri Dr Rais Yatim mendorong beliau meninggalkan rumah duta berkenaan.

Anwar menambah, dakwaan liwat terhadapnya susulan rancangannya untuk mengumumkan akan bertanding pilihanraya kecil, minggu ini.

Katanya, beliau juga akan mengumumkan penyertaan empat ahli parlimen komponen BN, termasuk dua dari Umno, bersama pembangkang minggu ini.

Sebelum itu seorang peguamnya Sankara Nair tiba di kedutaan tersebut jam 6.15 petang.

Manakala isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga presiden PKR dan naib presidennya Azmin Ali tiba-tiba kira-kira jam 6.40 tadi.

Malaysiakini difahamkan beliau pulang ke rumahnya di Bukit Segambut sebelum mengadakan sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Tropicana, Petaling Jaya.

Sementara itu, penyokong Anwar diminta berkumpul di ibu pejabat itu malam ini untuk mendengar amanat mantan timbalan perdana menteri itu.

Tag: politics Click Here!

Naik turun politik Anwar dari tahun 1993-2008

1993: Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad

1998: Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno atas kesalahan salah guna kuasa. Anwar turut ditahan oleh polis berhubung kes salah guna kuasa dan liwat.

1999: Anwar didakwa atas empat tuduhan liwat membabitkan bekas pensyarah, Hairany Mohd Naffis; penulis ucapan, Dr Munawar Ahmad Aness; pereka fesyen, Mior Abdul Razak Yahya dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.

2003: Satu tuduhan rasuah yang belum dibicarakan ialah dakwaan campur tangan dan mempengaruhi bekas Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Shafee Yahya, berhubung siasatan kes rasuah membabitkan setiausaha sulitnya, Mohd Azmin Ali, yang disyaki menerima rasuah sehingga mengumpul harta yang tidak munasabah berbanding pendapatannya.

Anwar didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Menteri Kewangan, Kementerian Kewangan, Jalan Duta di sini, pada jam 5.30 petang, 24 Mei 1995.

2003: Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman Anwar, 56, dihukum penjara sembilan tahun sementara penjara enam tahun serta sebatan empat kali ke atas Sukma, 42 setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu peribadi keluarga Anwar, Azizan Abu Bakar.


2004: Mahkamah membebaskan Anwar dari semua tuduhan liwat. Pihak pendakwa didapati telah gagal membuktikan tanpa keraguan yang munasabah kes terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dalam pertuduhan meliwat Azizan Abu Bakar.

2008: Anwar kembali aktif setelah tempoh larangan lima tahun menghalangnya berpolitik berakhir. Beliau seterusnya memegang jawatan sebagai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

28 Jun 2008: Seorang pembantu khas Penasihat PKR itu, membuat laporan polis di Balai Polis Travers, mendakwa Anwar telah meliwatnya pada 26 Jun lalu.

29 Jun 2008: Anwar dalam satu kenyataannya tuduhan liwat yang mengaitkan beliau sebagai satu konspirasi politik ulangan 1998-1999.

PAS dukacita terhadap konspirasi jahat ke atas Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - PAS melahirkan rasa kecewa terhadap perbuatan jahat melibatkan peribadi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan niat membusukkan nama baik, maruah dan kredibiliti beliau.

"Ternyata konspirasi ini bertujuan untuk mengalih pandangan umum dari pelbagai krisis yang sedang melanda negara.

"Kenaikan kos saraan hidup akibat penarikan semula subsidi bahan bakar sebanyak RM13.7 bilion mencetuskan kesan berantai paling kritikal dalan krisis ekonomi negara sekali gus membebankan rakyat," kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Menurutnya, rakyat boleh melihat bagaimana kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) saling bercakaran sesama sendiri akibat kegagalan mengurus tadbir negara, justeru isu hangat seperti ini ditimbulkan untuk mengalih perhatian rakyat.

"Kerajaan BN juga begitu tertekan dengan pelbagai isu yang wujud kesan daripada ura-ura peralihan Kerajaan Pusat ke tangan Pakatan Rakyat yang bertiup kencang," katanya.

Beliau yang mewakili suara pimpinan PAS yang lain menyatakan, "kami menolak sebarang tuduhan jahat yang sekali gus membawa erti tuduhan 'Qazaf' terhadap seorang peribadi Muslim yang dikenali umum sebagai salah satu pemimpin di Malaysia".

Tambahnya lagi, si penuduh tertakluk kepada undang-undang jenayah Islam yang berat seandainya tidak didokongi dengan bukti yang kukuh seperti yang digariskan oleh Syari'at.

Hukuman terhadap perbuatan 'Qazaf' yang termaktub di dalam al-Quran iaitu pada ayat 4, Surah An-Nur yang bermaksud, "dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq", katanya.

"Kami menyeru supaya rakyat tidak terpengaruh dengan 'drama' ini," katanya lagi.

Ekoran rasa tidak percaya rakyat terhadap PDRM dalam mempertahankan hak dan keselamatan mereka, ahli Parlimen PAS berharap agar kerajaan dapat menubuhkan sebuah Badan Bebas Siatan Awam untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap dakwaan berat ini segera.

Dalam pada itu hampir kesemua ahli parlimen PAS turut serta dalam sidang media yang diadakan di Lobi Parlimen.

Antaranya, ialah Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar, dan Ketua Pemudanya, Salahuddin Ayub.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar berkata PAS kesal dengan politik murahan dan politik tidak bermoral yang dimainkan oleh BN dengan sekali lagi membangkitkan isu-isu berkaitan kes liwat yang kononnya dilakukan oleh Ketua Umun Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, ini merupakan antara usaha akhir BN untuk menghalang perjalanan Anwar dan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih Putrajaya.

"Isu ini timbul selepas desas-desus undi tidak percaya 'cross-over' ahli-ahli parlimen dari BN kepada Pakatan Rakyat.

"Kesinambungan ini yang dilihat BN, maka timbul pula isu tuduhan liwat yang sekali lagi dilempar kepada Dato Seri Anwar Ibrahim," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Bagaimanapun katanya, isu tidak tersebut tidak akan memberi apa-apa kesan kepercayaan rakyat kepada Pakatan Rakyat walaupun usaha itu adalah usaha untuk menghilangkan atau menjejaskan imej Dato' Seri Anwar dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, beliau percaya masyarakat dan rakyat tidak akan hilang kepercayaan kepada Pakatan Rakyat.

Ini katanya, rakyat menyokong Pakatan Rakyat baru-baru ini adalah mereka yang sudah ada pengalaman dalam isu-isu tuduhan liar dalam kes Anwar sebelum ini.

"Sebab itu saya berasakan tuduhan-tuduhan yang dibuat adalah satu tuduhan yang tidak munasabah dan saya meragui siasatan yang dibuat oleh pihak polis.

"Ini berasaskan kepada keputusan ataupun siasatan kes yang dibuat oleh polis beberapa tahun dulu," dakwanya.

Katanya, beliau meragui siasatan polis dalam kes tersebut dapat berlaku adil.

Malah dakwanya, tidak mustahil jika dibiarkan polis meneruskan siasatan kes itu dibimbangi berlaku rekaan bukti atau ciptaan yang akan dibuat pihak polis dan kemudiannya mungkin akan dibuat oleh pihak pendakwa.

"Sebab itu saya menuntut supaya badan yang membuat siasatan bukan pihak polis kerana dalam kes mata lebam Anwar dulu pasukan polis gagal untuk mencari siapa sebenarnya melakukan perbuatan tersebut ke atas Anwar.

"Setelah dibentuk satu suruhanjaya bebas baru dapat dibuktikan bahawa polis terlibat dalam menyebabkan lebam mata Anwar," katanya.

Dalam kes tersebut dakwanya polis tidak dapat memberikan keyakinan kepada rakyat sehingga sekarang apatah lagi apabila tuntutan untuk menubuh Suruhjaya Penambahbaikan Polis (IPCMC) sehingga sekarang tidak diwujudkan.

"Ini juga menggambarkan polis masih belum pulih dari segi imej, integriti dan kreadibiliti mereka.

Sekali gus dakwanya, menyebabkan beliau tidak ada keyakinan terhadap polis untuk berlaku adil kepada Anwar dan juga kepada rakyat.

Berikut disertakan kenyataan penuh ucapan Timbalan Presiden PAS/Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa di Parlimen pagi tadi.

Kami, Ahli Parlimen dari Parti Islam SeMalaysia, PAS merakamkan perasaan amat dukacita dan sedih berkaitan perbuatan konspirasi jahat terhadap peribadi Pimpinan Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menjatuhkan nama baik. maruah dan kredibiliti beliau.

Ternyata konspirasi jahat ini bertujuan untuk mengalih pandangan umum dan perhatian rakyat dari pelbagai macam krisis yang sedang melanda negara yang membebani rakyat dengan kos kenaikan saraan hidup akibat penarikan semula subsidi sebanyak RM13.7 bilion tentang bahan bakar; petrol dan diesel yang mencetuskan kesan berantai paling parah dalam krisis ekonomi negara.

Rakyat juga nampak jelas bagaimana kepimpinan kerajaan BN yang sedang dilanda pelbagai tekanan dalaman sesama sendiri mahupun akibat dari kegagalan kepimpinan mereka mengurustadbir negara ini dengan baik, mahu mengalih perhatian rakyat supaya menumpu kepada isu-isu sensasi seperti ini.

Tidak kurang juga tekanan yang terpaksa mereka depani terhadap isu pengambilalihan kerajaan Pusat oleh Pakatan Rakyat yang semakin kencang bertiup dalam pelbagai media baru termasuk media perdana.

Kami, ahli-ahli Parlimen PAS dengan ini menolak sebarang tuduhan jahat yang sekali gus membawa erti tuduhan "Qazaf" terhadap seorang peribadi Muslim yang diketahui umum sebagai seorang pemimpin di dalam negara ini, yang tertakluk kepada undang-undang jenayah Islam yang berat di segi hukuman seandainya tidak dibawa bersama bukti-bulti yang kukuh seperti yang dituntut Syari'at.

Kami juga sedar dan faham bahawa matlamat di sebalik keberanian melakukan dosa seperti ini adalah juga bertujuan untuk menghakis kepercayaan dan wibawa kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Kami, Ahli Parlimen PAS yakin bahawa rakyat tidak akan mudah dipengaruhi dengan mainan 'skrip lama' dan akan menolak sebarang cubaan ini, meskipun dengan pelakon-pelakon baru dengan jalan-cerita yang dikitar-semula secara sensasi dan diperkukuh dengan kononnya bukti-bukti.

Justeru ketidakpercayaan rakyat terhadap pihak Polis Di Raja Malaysia, PDRM dalam mempertahankan hak dan keselamatan rakyat secara profesional seperti yang pernah menimpa peribadi Dato' Seri Anwar Ibrahim, maka kami ahli-ahli Parlimen PAS, menuntut supaya sebuah Badan Bebas Siatan Awam ditubuhkan untuk menjalankan penyiasatan menyeluruh terhadap dakwaan jahat dan berat ini.

Tag: politics Click Here!

Jangan percaya kepada BN lagi

Siapa mahu percaya dengan ucapan-ucapan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno yang ada dan peneraju negara sekarang?

Saya berpendapat orang berkenaan adalah bodoh dan tidak mengerti politik. Manusia yang cerdik dan pandai berpolitik, tidak akan mempercayai apa sahaja yang dikatakan pemimpin Umno hari ini kerana mereka sebelum ini beratus-ratus kali bahkan lebih dari itu sering berbohong kepada rakyat.

Ketua pembohong ialah Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri. Dalam kes tarikh pilihan raya umum ke 12 yang lalu sebagai satu contoh nyata bagaimana pembohongan itu dibuat.

Benar, kenyataan pembohongan itu perlu dibuktikan tetapi bagi penulis pembohongan itu bukan sahaja perlu dibuktikan tetapi sejarah pembohongan itu perlu diteliti dan mereka perlu diajar dengan sikap dan ketegasan rakyat sendiri.

Pemimpin pembohong seperti ini di negara maju sudah lama disingkirkan dari persada politik bukan pemimpin-pemimpin yang mahu menegakkan kebenaran dan keadilan dan membela nasib rakyat disingkirkan sebagaimana berlaku di negara ini.

Bagaimanapun dalam kes Mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, kenyataan Barisan Nasional (BN) tidak merancang untuk berkonspirasi dengan Anwar merupakan satu cakap-cakap yang tidak boleh diterima.

Walaupun ia belum berjaya dibuktikan (masa boleh menentukan siapa dalang di sebalik konspirasi kedua ini) namun rakyat perlu mengambil sikap memperkukuhkan politik mereka dengan memberi pembelaan dan sokongan sewajarnya kepada pemimpin mereka (pemimpin rakyat) apabila semua sistem dan undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia hari ini tidak boleh memberi ruang seadil-adilnya kepada rakyat untuk menikmati keadilan dan keselesaan politik dan ekonomi apabila Umno yang menguasai segala-galanya di negara ini.

Bahkan sekiranya Anwar sekali lagi ditangkap dan dibicarakan dipercayai beliau akan berada di situasi lebih teruk dari dahulu.

Ini kerana dipercayai jentera keselamatan negara khususnya jentera gerak khas ('inteligent team' dalam pasukan keselamatan) merancang untuk mengadakan konspirasi politik terhadap Anwar tidak lama dulu.

Apabila ruang keadilan dibuka sedikit ia dapat dijengok oleh hakim dan keputusannya menyebelahi Anwar sehingga beliau dibebaskan dari penjara.

Mutakhir ini sekali lagi konspirasi itu dirancang seolah-olah semacam sama dengan konspirasi lalu termasuk dakwaan liwat dan ditambah pula dengan ugutan membunuh yang disampaikan kepada beliau sendiri sekaligus merupakan suatu kes jenayah negara yang tidak boleh dimaafkan.

Kumpulan pemimpin Umno dan 'team' konspirasinya termasuk anggota keselamatan terbabit perlu diberi pengajaran secukup-cukupnya agar di masa hadapan mana-mana pemimpin rakyat dijaga oleh pihak berwajib dan undang-undang yang diluluskan di parlimen dengan adil dan saksama.

Lainlah sudah ada bukti yang cukup jelas tanpa berselindung lagi sehingga orang awam sendiri mempunyai bukti itu maka pemimpin seumpama itu bukan lagi pemimpin tetapi ia seorang penjenayah rakyat.

Bagaimanpun apa yang boleh rakyat menaruh harapan dan kepercayaan hari ini kepada Umno sekiranya mereka sering ditipu dan pemimpin parti itu sering mengulangi kesilapan dan sikap tidak bermoral termasuk membohongi rakyat dengan pelbagai cara.

Contoh pembangunan yang dibuat dikatakn untuk rakyat tetapi sebenarnya untuk mereka membolot kekayaan negara dan meninggalkan rakyat papa kedana di segtengah tempat khususnya di Sabah dan Sarawak sehingga kemajuan yang dijanjikan tidak pernah menjengok halaman rumah mereka.

Tidak ada kemudahan jalan raya, elekterik dan paip air yang memuaskan untuk penduduk Sarawak dan Sabah khususnya di kawasan pendalaman.

Keadaan kemudahan asas mereka masih lagi seperti kehidupan rakyat di semenanjung dalam tahun 1970-an walaupun era Teknoligi Maklumat (ICT) sudah melanda dunia.

Justeru rakyat tidak perlu lagi menggadai maruah mereka untuk memberi kepercayaan kepada pemimpin dan parti tersebut yang sering menipu mereka.

Rakyat perlu mendesak ahli-ahli parlimen mereka membuat perubahan termasuk paling penting menukar kerajaan yang ada di masa terdekat kepada sebuah kerajaan yang mempunyai aspirasi dan jiwa untuk berkhidmat bagi kesejahteraan rakyat dan negara dalam semua aspek.


Tag: politics Click Here!

Web dan blog popular 'down'

KUALA TERENGGANU, 30 Jun - Beberapa web dan blog popular sukar akses petang ini mungkin akibat disabotaj oleh pihak tertentu.

Laman Web dan blog tersebut termasuk harakahdaily.net, KLpos.com dan Blog Ahli Parlimen PAS.

Blog ahli parlimen itu walaupun masih boleh di akses tetapi siaran secara langsung sidang parlimen tidak dapat diikuti melalui Software Mozilla Firefox dengan baik sehingga skrin visual di laman tersebut hilang terus buat masa ini.

Bagaimanapun sidang Dewan Rakyat boleh diikuti secara langsung melalui Internet Explorer Browser.

Dipercayai sedikit sebanyak ia terkesan dengan fenomena atau situasi politik tidak menentu akibat satu konspirasi mengancam politik dan nyawa Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dirancang begitu rupa oleh pihak-pihak tertentu.

Atau ia hanya soal teknikal yang dialami oleh pihak pegurusan web dan blog berkenaan sahaja.

Sementara peminat blog berpendapat ia sebagai akibat terlalu ramai orang mengakses blog dan web terbabit untuk mengikuti laporan dan maklumat mengenai Anwar.

Anwar kini masih lagi berlindung di Kedutaan Turki untuk menjaga keselamatan dirinya.


Tag: politics Click Here!

Anwar saman Saiful

Jun 30, 08 2:40pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, berhubung dengan dakwaan liwat.

Dalam saman yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta, Anwar juga mendakwa, laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, adalah satu penyalahgunaan proses undang-undang.

Sabtu lalu, Saiful, 23, membuat laporan polis, mendakwa Anwar telah meliwatnya di sebuah kondominium mewah di Damansara.

Saman tersebut difailkan hari ini oleh peguam Anwar. Mantan timbalan perdana menteri itu kini berlindung di Kedutaan Turki selepas mendakwa nyawanya dalam bahaya.

anwar defamation  sodomy suit 300608 02Barisan peguamnya, yang diketuai oleh Ranjit Singh (kiri), berkata saman tersebut difail untuk membersihkan nama Anwar di mahkamah.

Naib presiden PKR dan peguam S Sivarasa, yang bercakap bagi pihak Anwar, memberitahu pemberita bahawa pihaknya telah meminta saman itu didengar secepat mungkin.

"Seperti yang diarahkan oleh Anwar, kami telah memfailkan saman tersebut dan memohon supaya ianya didengar secepat mungkin, kalau boleh dalam tahun ini juga," kata Sivarasa.

Ranjit kemudiannya menambah, permohonan supaya saman tersebut didengar tahun ini juga, dibuat atas alasan ianya merupakan perkara yang membabitkan kepentingan awam.

Menjelas lanjut mengenai saman tersebut, Sivarasa berkata, laporan polis yang dibuat oleh Saiful jelas merupakan satu penyalahgunaan proses undang-undang kerana dakwaan tersebut tidak berasas sama sekali.

Beliau juga berkata, dakwaan yang dibuat oleh Saiful itu bermotifkan politik dan mempunyai niat buruk untuk mencemarkan reputasi Anwar.

Anwar katanya, sedia mencabar laporan yang dibuat oleh Saiful bagi mempertahankan reputasi politiknya.

Foto Saiful dengan pembantu Najib

anwar defamation  sodomy suit 300608 01Sivarasa juga mendakwa, isteri Anwar yang juga Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mempunyai bukti dalam bentuk sekeping foto yang menunjukkan Saiful bergambar dengan seorang pegawai khas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat Najib di Putrajaya.

Dalam satu sidang akhbar hari ini, Najib menafikan terbabit dalam sebarang konspirasi politik untuk mencemarkan karier politik Anwar.

Katanya, foto mereka berdua itu dirakamkan ketika Saiful datang ke pejabat pegawai khasnya itu untuk mendapatkan biasiswa bagi melanjutkan pelajarannya.

Ditanya apakah tindakan PKR selanjutnya, Sivarasa berkata, Anwar sedang menimbang untuk membuat laporan polis terhadap Saiful.

Beliau berkata, pihaknya sedang menimbang untuk membuat laporan polis itu berasaskan kepada bukti yang ada dan pihak media akan dimaklumkan mengenainya.

Sementara itu, Sivarasa juga membuat dakwaan terhadap Peguam Negara Tan (AG) Sri Abdul Ghani Patail dan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan.

Beliau mendakwa, pihaknya menerima maklumat bahawa AG, yang mengetuai pihak pendakwaan, dan KPN, yang merupakan pegawai penyiasat, dalam kes perbicaraan kes liwat terhadap Anwar, telah memainkan peranan dalam mereka bukti.

Bendahari PKR, William Leong berkata, mereka telah menerima maklumat itu dari "saksi-saksi yang kini berani tampil ke hadapan selepas tsunami politik 8 Mac lalu".

Sementara itu, dalam samannya itu, Anwar berkata, Saiful telah bertindak dengan niat jahat dan membuat laporan polis dengan niat untuk memusnahkan karier politiknya.

"Defenden (Saiful) tahu bahawa tidak ada kejadian liwat berlaku antara dirinya dengan plantif (Anwar) dan dakwaannya mengenai liwat itu adalah palsu, tetapi dia masih membuat laporan polis," kata Anwar.

Tambahnya, Saiful juga tahu bahawa dakwaannya dalam laporan polis itu akan mendapatkan laporan media yang luas di dalam dan luar negara.

Anwar berkata, reputasinya telah tercemar dengan teruknya dan beliau juga tertekan dan malu akibat laporan polis tersebut.

Anwar juga berkata, beliau tidak pernah terbabit dengan sebarang perbuatan liwat dengan Saiful.

Anwar telah diberikan amaran

Jun 30, 08 12:55pm

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat seorang pembantu di pejabatnya, telah diberikan amaran agar berhati-hati mengambil Saiful Bukhari Azlan bekerja, kata sumber-sumber PKR.

Bagaimanapun penasihat parti itu tidak memberikan perhatian berat terhadap beberapa maklum balas tentang latar belakang pemuda itu, yang mendakwa beliau diliwat kali terakhir pada 26 Jun lalu di sebuah kondominium di Jalan Setia Kasih, Desa Damansara.

Maklum balas kepada Anwar dan beberapa pemimpin PKR yang dekat dengannya telah dibuat apabila Saiful Bukhari mula mendekati Anwar dan pentadbiran pejabatnya selepas pilihanraya umum 8 Mac.

Anwar dimaklumkan secara umum supaya "berhati-hati terhadap individu yang diragui latar belakangnya yang menyertai pasukan pentadbiran di pejabatnya."

Malah Malaysiakini difahamkan Anwar pula yang menyarankan agar maklum balas dan sindiran terhadap pembantunya itu tidak dibuat secara terbuka.

Tag: politics Click Here!

'Kami mahu umum pilihanraya kecil'

Jun 30, 08 12:47pm

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini berlindung di kedutaan Turki, mendakwa laporan polis menggemparkan terhadapnya dibuat bagi menghalang beliau bertanding semula dalam pilihanraya.

"Inilah niat mereka. Anda tahu, kami akan mengumumkan satu pilihanraya kecil dalam satu pilihanraya kecil," katanya sebuah agensi berita AFP.

"Saya akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu, polis juga sudah mengetahui (perancangan) itu."


Tag: politics Click Here!

Gambar Saiful dengan tiga menteri, pegawai Najib cetus persoalan konspirasi





Harakahdaily
Mon | Jun 30, 08 | 6:38:26 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Hrkh) - Empat keping gambar yang diedarkan kepada media
mencetuskan pelbagai persoalan siapakah sebenarnya Saiful Bukhari Azlan dan
adalah beliau merupakan agen pihak tertentu untuk memerangkap Anwar.

MImageengejutkan, gambar-gambar yang tidak bertarikh itu menggambarkan 'perhubungan
mesra' Saiful dengan Menteri Pelancongan, Dato' Seri Azalina Othman Said, Menteri Pertanian, Dato' Mustapha Mohamed, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Abdul Samad dan Pegawai Khas kepada Timbalan
Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Tiga gambar yang membabitkan menteri-menteri tidak dinyatakan lokasi, namun gambar Saiful dengan Pegawai Khas Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak jelas menunjukkan ianya dirakam di Pejabat TPM, yang dikatakan di bangunan Parlimen.

Image
Jika Saiful mula bertugas sebagai Pembantu Peribadi Anwar bermula selepas Pilihan Raya Umum Mac lepas, kemungkinan gambarnya bersama Khairil baru sahaja dirakam iaitu pada sidang parlimen sebulan yang lalu.

Daripada gambar-gambar yang diedarkan, mencetuskan persoalan apakah wujud satu
lagi teori konspirasi membabitkan pihak tertinggi dalam negara, yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej politik Anwar Ibrahim.


Ianya juga jelas menunjukkan seolah-olahnya ianya suatu bentuk 'retaliation' pihak tertentu untuk menghalang kemaraan Anwar yang semakin hampir membentuk Kerajaan Pusat melalui Pakatan Rakyat.

Semalam, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Datin Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail mendedahkan gambar pengadu kes Anwar, Saiful Bukhari Azlan dengan Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Khairil Anas Yusof.

Dalam kenyataannya awal pagi semalam, Anwar menegaskan:

Image"Laporan polis yang dibuat terhadap saya awal pagi ini adalah satu rekaan semata-mata.

Saya percaya kita sedang menyaksikan ulangan pendekatan sama yang digunakan terhadap saya pada tahun 1998 apabila tuduhan palsu dibuat dengan paksaan.

Nyatalah ini satu tindakan terdesak oleh regim Barisan Nasional untuk menghalang usaha rakyat Malaysia menuju kebebasan, demokrasi dan keadilan.

Laporan palsu ini dirancang oleh pihak-pihak berkepentingan untuk menyerang
saya sebagai satu serangan balas terhadap bukti yang saya perolehi mengaitkan
Ketua Polis Negara Musa Hasan dan Peguam Negara Gani Patail dengan perbuatan
salah laku, termasuk usaha pemalsuan bukti-bukti kes yang melibatkan saya pada
tahun 1998-99.

Image
Serangan jahat ini tidak akan menghalang saya dari mendedahkan bukti-bukti tersebut kepada awam.

Saya menyeru rakyat Malaysia untuk bangun menentang kuasa-kuasa menindas yang akan digunakan oleh kerajaan pada hari dan minggu-minggu berikutnya.

Kita menjangkakan pihak media, badan kehakiman dan pihak polis akan tunduk di bawah telunjuk serta arahan pemerintah.

Rakan-rakanku rakyat Malaysia- kita telah mengambil langkah berani pada 8hb Mac
2008 untuk mara demi harapan baru untuk kebebasan dan keadilan untuk semua
rakyat.

Gerakan rakyat untuk perubahan mesti terus maju dengan segala kekuatan
dan keberanian. (Anwar Ibrahim, 29 Jun, Shah Alam)
.

Sementara itu Anwar dilaporkan sedang berlindung di Kedutaan Turki kerana
ancaman bunuh yang diterima beliau.

Hari ini Parti KeADILan Rakyat akan menganjurkan perhimpunan solidariti di
Bangunan Parlimen pada jam 1 tengahari.

Ahli Parlimen Puchong dihalau

Oleh Suhaimi Taib

KUALA LUMPUR, 30 Jun - Ahli Parlimen DAP dari Puchong, Encik Gobind Singh Deo tidak dibenarkan menghadiri mesyuarat Parlimen selama dua hari mulai hari ini.

Keputusan tersebut dibuat oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Pandikar Amin Mulia kerana ahli parlimen itu dikatakan tidak mematuhi arahannya supaya duduk dan tidak mengemukakan sesuatu isu di luar dari soalan ynag dikemukakan.

Beliau membuat keputusan itu berdasarkan peraturan mesyuarat 43 dan 44 dewan rakyat antara lain memberi kuasa kepada Yang Dipertua Dewan tersebut untuk menghalau ahli parlimen keluar dari dewan.

Ahli Parlimen DAP itu terus memprotes Yang Dipertua Dewan dengan menegaskan bahawa beliau tidak akan keluar dari dewan tersebut.

Dalam dewan berkenaan beliau berkata, ahli dewan ada hak untuk mengemukakan soalan dan bersuara apa yang sepatutnya.

Katanya, Yang Dipertua Dewan tersebut tidak mendengar soalan sepenuhnya apa yang mahu diperkatakan sebaliknya beliau diarah untuk keluar dari dewan berkenaan.

Beliau dihalau selepas mengemukakan soalan tambahan berkait dengan isu perumahan yang diselitkan sedikit isu keselamatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berlindung di kedutaan Turki.

Bagaimanapun Yang Dipertua Dewan itu memberi keputusan bahawa isu yang dibangkit kan itu di luar tajuk soalan yang dikemukakan.

Justeru, Yang Dipertua Dewan itu menasihatkan semua ahli dewan tersebut mematuhi segala pemasyhuran (arahan) yang diberikan antara lain tidak membawa isu atau ‘standing order’ semasa dewan dalam sesi soal jawab kerana ia banyak membuang masa.

Katanya, ahli dewan boleh berbuat demikian di luar sesi tersebut.


Tag: politics Click Here!

Perutusan Anwar dari Kedutaan Turki

anwaribrahimblog

Saya tiba ke Kedutaan awal pagi, berlepas dari Quality Inn. Tahniah diatas kelincahan pasukan khas kita!

Pastilah keletihan kerana hampir tidak tidur malam tadi mendengarkan asakan hujah pimpinan. Pastinya kami menganggap Turki negara sahabat dan keputusan untuk ke sini adalah kerana isu keselamatan semata.

Pengalaman lalu mengajar kita bahawa tindakan ganas dan rakus bisa saja dari pendendam. Dan dalam konteks ini cadangan laporan polis saya terhadap Musa Hasan dan Gani Patail adalah berkaitan. Kita dapat buktikan bagaimana mereka berdua terlibat dalam merekayasa bukti, mendera dan menakutkan orang terlibat.

Maka apa yang dipohon adalah jaminan tegas pimpinan negara agar kecurangan lalu tidak berulang! Sebaik ada jaminan keselamatan diri dan keluarga, kami akan segera pulang.

Meskipun layanan di sini agak lumayan, tidak mungkin sama dengan keselesaan di rumah. Dan tidak diizinkan sebarang pertemuan dengan media atau sahabat. Hanya Azizah dan anak-anak dibenar menziarah saya.

Muda-mudahan pihak pemerintah segera memberikan jaminan keselamatan kepada saya sekeluarga. Jika tegas pengumuman sedemikian, saya akan segera pulang meninggalkan Kedutaan.

ANWAR IBRAHIM

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising