KUALA LUMPUR, 29 Jun (Hrkh) - Semua aktivis dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dijemput hadir perhimpunan solidariti 'Selamatkan Malaysia, Keadilan untuk Anwar' di Parlimen esok (30 Jun). Perhimpunan ini bertujuan untuk menunjukkan bantahan terhadap fitnah dan ketidakadilan yang berlaku sekali lagi ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, katanya. Sesiapa yang ingin hadir ke perhimpunan esok untuk menyatakan sokongan untuk Anwar Ibrahim, sila berpakaian formal (lelaki - berkemeja tie, kot dan berkasut; perempuan - berpakaian kemas) dan berkumpul di Parlimen pada jam 12:45 tengahari. |
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)
Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.
Sunday, June 29, 2008
Perhimpunan solidariti untuk Anwar di Parlimen esok
Nik Aziz: Tuduhan boleh calar imej pembangkang
menyiasatnya secara terperinci, demikian menurut laporan Bernama.
Agensi berita nasional itu memetik beliau sebagai berkata, tuduhan itu juga boleh dikaitkan dengan konspirasi untuk menjatuhkan seseorang pemimpin parti politik seperti Anwar.
"Ye lah (tuduhan) ini boleh mencalarkan imej (pembangkang) dan saya sebagai ketua kampung (Mursyidul Am PAS) sedih kenapa ada tuduhan seperti ini," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu, hari ini.
Beliau berkata demikian merujuk kepada laporan polis di Balai Polis Travers, oleh seorang lelaki berumur 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara.
Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan meliwat pembantunya itu sambil menyifatkan dakwaan terbaru itu "hanya rekaan semata-mata" yang bertujuan untuk menyekat kebangkitan karier politiknya selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum Mac lalu.
Nik Aziz berkata dalam Islam tuduhan berat seperti itu memerlukan saksi bagi mengelakkan tertuduh menerima aib.
"Tuduh menuduh seperti ini kena ada saksi. Liwat ni orang tak buat tengah jalan, dia buat sulit jadi kena ada saksi.
"Boleh jadi ini konspirasi juga kerana mereka pemimpin politik. Tetapi tidak tahu lah (benar atau tidak)," katanya.
Kebenaran akan terbukti
Beliau juga kecewa dengan fitnah yang juga banyak dilemparkan di blog-blog tertentu yang membabitkan pemimpin negara.
Sementara itu, ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali turut terkejut dengan isu terbaru itu dan meminta polis menyiasatnya secara terperinci dan telus.
"Tunggulah siasatan pihak polis dan mana-mana pihak jangan buat keputusan sendiri," katanya.
Di Pulau Pinang, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata jika dakwaan itu dibuat untuk menjatuhkan Anwar, kebenaran akan terbukti.
"Seperti yang Datuk Seri (Anwar) cakap, tunggu dan lihat kerana kebenaran akan terdedah dengan sendiri. Laporan polis sudah dibuat, jadi tunggu saja siasatan itu, kita serahkan pada polis.
"Sekiranya dakwaan itu hanya dibuat dengan bertujuan untuk menjatuhkan Anwar, kebenaran akan terbukti juga lambat-launnya," kata Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang kepada pemberita hari ini.
Ketika ditanya sama ada dakwaan itu akan menjejaskan imej Pakatan Rakyat, Lim yang enggan mengulas lanjut berkata semuanya bergantung kepada siasatan polis untuk mencari kebenaran.
Tag: politics Click Here!
Anwar berlindung di Kedutaan Turki
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang mendapatkan perlindungan di Kedutaan Turki di Kuala Lumpur.
Bercakap dalam satu sidang akhbar, Naib Presiden Azmin Ali mendedahkan Anwar berbuat demikian demi keselamatan dirinya.
"Beliau telah dihantar ke sana sejak jam 6 pagi tadi. Tidak siapa pun yang boleh menziarahi beliau kecuali isteri dan anak-anaknya," kata Azmin.
Katanya, tidak dapat dipastikan sampai bila Anwar akan berlindung di kedutaan tersebut.
Dalam sidang akhba sebelumnya, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, usaha terbaru untuk membabitkan Anwar dalam tuduhan liwat ekoran laporan polis oleh bekas sukarelawan parti itu, menunjukkan usaha lebih serius oleh pihak-pihak tertentu untuk menutup mulutnya.
Katanya, Anwar telah menjadi sasaran bukan sahaja pembunuhan politik tetapi juga menerima ancaman terhadap nyawanya.
"Kami (dalam PKR), dan saya sendiri, telah menerima maklumat bahawa ini adalah satu percubaan bukan sahaja untuk membunuh karier politiknya, tetapi jika boleh, membunuh beliau," kata Syed Hamid dalam satu sidang akhbar di Hotel Quality di Shah Alam.
Katanya, pihak parti telah mengambil semua langkah perlu untuk memastikan keselamatan Anwar.
Menurut beliau, percubaan tersebut juga mungkin disebabkan oleh kemungkinan berlakunya pertukaran kerajaan seperti yang war-war Anwar sejak kebelakangan ini.
Semalam, pembantu khas Anwar - Saiful Bukhari Azlan, telah membuat laporan polis, mendakwa ketua umum PKR itu telah meliwatnya.
Anwar bagaimanapun menafikannya dan berkata ia adalah satu rekaan semata-mata.
Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.
Tag: politics Click Here!
Anwar difitnah lagi
Dakwaan salah laku seks yang sama (liwat) sekali lagi diulangi ke atas Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kredibiliti Anwar difitnah lagi dengan dakwaan yang cukup tidak patut semata-mata untuk menjatuhkan karier politik beliau dalam waktu terdekat ini.
Ini kerana di saat ini Barisan Nasional (BN) sedang gawat menghadapi kemelut pertelingkahan dalaman antara pemimpin BN Sabah dan Semenanjung.
Ia terserlah dengan insiden perang mulut antara Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz, berhubung isu menghalang petugas media memasuki lobi Parlimen Selasa lalu, terus berlarutan.
Selepas melabelkan BNBBC seperti kebudak-budakan, Rabu lalu, Nazri semalam mencabar pula kelab itu supaya mencadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, memecat beliau sebagai menteri.
"Jika mereka tidak mahu berbuat demikian Isnin ini, jangan banyak cakap. Kalau tidak tahu peraturan, duduk diam-diam," tegasnya dalam satu laporan media semalam.
Nazri membuat cabaran itu ketika mengulas kenyataan Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing, kelmarin, yang membidas beliau kerana mengkritik kelab itu mengambil keputusan sendiri membuka pita menghalang petugas media memasuki lobi Parlimen.
"SAPP bersedia dengan apa juga tindakan dari sesiapa, sama ada dari atas, bawah, kiri dan kanan," kata Presiden parti itu Dato' Yong Teck Lee.
Dua kemelut dalaman BN ini sedikit sebanyak menyerlahkan perpecahan dalaman BN sekaligus menjelaskan bagaimana parti itu berada bagaikan telor di hujung tanduk.
Ertinya ia dalam keadaan bahaya. Sudah pasti BN berikhtiar untuk menstabilkan semula kedudukanya sebagai parti pemerintah dengan cuba menimbulkan ketakutan di kalangan penentang-penentang kemuafakatan parti itu termasuk mengancam kebebasan Anwar di pentas politik dengan tuduhan liwat kali kedua itu.
Dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar dikatakan berlaku "dalam sebuah kondo di kawasan Damansara", demikian menurut laporan polis yang dibuat pembantunya yang berusia 23 tahun semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Bakri Zinin juga mengesahkan bahawa satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan ke atas mangsa terbabit.
Katanya, adalah menjadi tugas polis untuk menghantar pengadu ke hospital.
Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar yang diadakan di ibu pejabat polis Kuala Lumpur hari ini.
Bakri berkata, mangsa telah membuat aduan pada jam 5.45 petang semalam di pondok polis di Hospital Kuala Lumpur, yang terletak di bawah bidangkuasa balai polis Jalan Travers.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan perbuatan liwat tersebut.
Beliau memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan siasatan yang adil dan terperinci.
Ditanya sama ada Anwar akan ditahan, Bakri berkata polis perlu mengkaji dakwaan tersebut terlebih dahulu.
Anwar telah menafikan dakwaan tersebut sebagai satu rekaan semata-mata. PKR juga berkata pembantu Anwar itu telah ditahan dan dipaksa oleh pihak polis membuat laporan tersebut.
Bagaimanapun, pihak polis menafikan menahan pembantu Anwar itu dan dipaksa mereka-rekakan bukti, seperti yang didakwa oleh PKR.
"Jangan dengar khabar angin. Dengar cakap saya. Saya ketua CID," kata Bakri apabila ditanya mengenai perkara tersebut.
Beliau menegaskan mangsa yang menulis sendiri laporan tersebut.
Tag: politics Click Here!
PKR: Nyawa Anwar dalam bahaya
Penulis sudah beberapa kali memperingatkan pemimpin Pakatan Rakyat melalui blog ini berhubung dengan perancangan jahat Barisan Naional (BN) untuk menghancurkan karier mereka melalui pelbagai cara termasuk mengancam keselamatan nyawa mereka.
Jika mereka tidak berhati-hati saya bimbang peristiwa lebih teruk dari pembunuhan al-Tantunya Sharibuu berlaku dan dilakukan oleh satu team bawah tanah (under ground) yang didalangi oleh pihak keselamatan dan pemimpin Umno tertentu.
Mereka terbabit akan menggunakan konspirasi ala Yahudi Israel untuk hancurkan PR dan hapuskan pemimpin-pemimpinnya.
Ia hampir pasti menjadi kenyataan apabila dikatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini terancam nyawanya.
PKR hari ini memutuskan untuk 'menyembunyikan' Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat yang selamat kerana nyawanya dalam bahaya.
Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali berkata, apa yang berlaku bukan sahaja satu cara untuk membunuh politik Anwar tetapi "kalau boleh untuk membunuh beliau sendiri".
Menurutnya, keputusan untuk meletakkan Anwar di tempat selamat dibuat oleh parti dan bukannya keputusan Anwar sendiri.
Ditanya mengenai desas-desus yang mengatakan Anwar berlindung di sebuah kedutaan, beliau berkata tidak tetapi menegaskan Anwar berada dalam negara.
Katanya, Anwar menafikan dakwaan liwat terhadapnya. Syed Husin menyifatkan dakwaan tersebut sebagai "satu percubaan yang paling jelik dan hina".
Manakala Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail juga berkata Anwar berada dalam negara dan nyawanya dalam bahawa.
Beliau yang juga isteri Anwar berkata, ketua umum PKR itu tidak percaya kepada pihak polis dan ban kehakiman.
Kehadiran kereta polis cemaskan penyokong Anwar
Para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di di Hotel Quality Shah Alam 'cemas seketika' seketika pagi ini apabila dua buah kereta peronda polis muncul di depan pintu utama hotel tersebut kira-kira jam 8.40 pagi tadi.
Begitu juga dengan para wartawan yang telah berkampung di hotel tersebut sejak semalam, terus bergegar merakamkan foto dua buah kereta peronda tersebut.
Bagaimanapun, keadaan tenang semula apabila kereta peronda tersebut beredar dari situ kira-kira semula 10 minit kemudiannya.
Sebelum itu, seorang pegawai PKR kelihatan bercakap dengan anggota polis tersebut.
Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, beliau berkata, anggota polis berkenaan memberitahu ada pihak yang menghubungi polis mengatakan ramai orang berkumpul di hotel tersebut.
Jadi mereka datang untuk menyiasat. Selepas dimaklumkan bahawa PKR mengadakan seminar sejak semalam, maka mereka beredar dari situ.
Sejak semalam, timbul desas-desus yang menyatakan bahawa ketua umum PKR itu akan ditahan ekoran satu laporan polis yang dibuat terhadapnya semalam.
Laporan tersebut dibuat oleh pembantu khas Anwar - Saiful Bukhari Azlan - yang mendakwa dia telah diliwat oleh bekas timbalan perdana menteri tersebut.
PKR mengatakan bahawa polis telah menahan pembantu khas Anwar semalam dan memaksanya membuat laporan polis yang dia diliwat oleh Anwar.
Parti itu menambah, polis dijangka menangkap Anwar tidak lama lagi.
Anwar bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata.
Sebaliknya, beliau berkata, laporan tersebut diatur oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk "menyerangnya" sebagai tindak balas terhadap bukti yang diperolehinya, yang membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail berhubung salahlaku,termasuk mereka bukti dalam kes-kes terhadapnya pada 1998-1999.
Anwar dijangka membuat laporan polis berhubung bukti-bukti yang diperolehinya itu hari ini.
Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan perkara itu tetapi tidak diketahui bila dan di mana laporan itu akan dibuat.
Bercakap kepada pemberita pagi tadi, Wan Azizah berkata, Saiful merupakan seorang sukarelawan yang tampil membantu PKR, sewaktu pilihanraya umum.
Ekoran itu, katanya, mereka tidak membuat sebarang semakan latarbelakang Saiful.
Mengenai laporan tersebut, beliau berkata, ia bertujuan untuk mencemarkan masa depan politik Anwar.
Menurut Wan Azizah perkara yang sama berlaku sepertimana 10 tahun yang dulu.
Anwar, bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan, dipecat dari kerajaan pada 1997 kerana didakwa menyalahguna kuasa dan dituduh terbabit dalam perbuatan liwat.
Pada 1999, beliau dijatuhkan hukuman penjara enam tahun atas tuduhan salahguna kuasa dan pada tahun 2000, dijatuhkan hukuman sembilan tahun penjara atas tuduhan liwat.
Bagaimanapun, pada 2004, Mahkamah Persekutuan telah membatalkan sabitan hukuman liwat dan membebaskan Anwar.
Anwar mendakwa tuduhan terhadapnya itu merupakan satu konspirasi politik terhadapnya, tetapi kerajaan menafikannya.
'Live' Dari Parlimen
ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA





