Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, June 26, 2008

Harapan Baru Kebebasan Media

Oleh Suhaimi Taib

Kesimpulannya dunia journalist Malaysia ialah satu profesion yang masih bias kepada mana-mana pihak yang memegang saham dan polisi sesuatu insitusi media terbabit.

Jika Umno memegang saham dan polisi sesuatu media berkenaan sudah pasti semua maklumat menyebelahi parti berkenaan atau tidak menggugat keselamatan dan imej parti terbabit.

Justeru dominasi sesuatu parti atau kumpulan menjadi penentu dasar penyiaran bahan bertulis, audio dan visual sesuatu media itu.

Masing-masing mahu menjaga polisi masing-masing supaya dilaksanakan dengan jayanya sekaligus menghancurkan kekuatan parti atau kumpulan yang menjadi musuh pihak terbabit.

Bagaimanapun terdapat media bebas yang berfungsi memberi maklumat semua pihak dan disiarkan tanpa bias kepada pihak-pihak terbabit.

Ia dipandang lebih sihat dan adil. Terserah kepada audion menilainya bahan yang disiarkan itu sama ada benar atau salah berdasarkan 'check and balance' maklumat yang diberikan itu.

Bagaimanapun kerajaan mempunyai polisinya tersendiri dalam menentukan maklumat disebarkan dalam negara.

Ia masih bias kerana yang menentukan dasar itu ialah parti pemerintah. Sekarang Barisan Nasional (BN) yang menentukan dasar penerangannya. Sebagai pemerintah negara sudah pasti dasar penerangannya mesti menepati kehendak parti itu.

Para wartawan dan editor akhbar atau stesen televisyen milik Umno atau didominasikan, parti berkenaan sudah pasti melaksanakan segala dasar BN itu.

Sesuatu maklumat yang tidak menguntungkan pihak terbabit akan diabaikan atau dengan istilah lama journalist 'ditongsampahkan'. Bagaimanapun yang lebih penting ialah apakah dasar penerangan atau kebebasan akhbar yang diamalkan oleh kerajaan semasa menjaga kepentingan umum lebih dari kepentingan parti pemerintah semata-mata?

Kepentingan umum ialah menentukan kestabilan politik, sosial dan ekonomi rakyat dan negara berada di tahap yang memuaskan bukan survival politik BN sebagaimana berlaku sekarang.

Jika kepentingan menjaga kepentingan politik dan kuasa BN lebih penting, sudah pasti kebebasan media negara tidak akan menurut landasan yang betul atau dengan kata lain ianya bias kepada parti pemerintah semata.

Justeru kepentingan umum dan negara menjadi topik utama dalam apa jua doktrin yang mahu dilaksakan oleh pihak berkuasa selagi tidak menggugat prinsip-prinsip rukun negara dan Islam sebagai agama rasmi negara.

Pengertian kebebasan akhbar atau media perlu berada dipersepsi yang betul bukan boleh ditafsir sesuka hati.

Bukanlah dinamakan kebebasan akhbar jika dengan dasar itu, unsur-unsur pornografi boleh tersebar dengan luas, fahaman anti ketuhanan, murtad, jenayah, rasuah, konspirasi politik, perkauman, dan seumpamanya tidak dibanteras.

Penulis bersetuju mengatakan bahawa kebebasan mesti ada syaratnya. Ertinya ia tidak boleh sewenang-wenang digunakan untuk membenarkan berlakunya sesuatu yang melanggar kesusilaan dan undang-undang yang adil.

Namun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) suatu undang-undang yang tidak adil dan mesti dihapuskan. Akta ini telah menyekat kebebasan bersuara dan media itu sendiri atas sebab menjaga keselamatan Umno bukan keselamatan negara.

Kesimpulannya dasar kebebasan media negara perlu dikaji semula agar kebebasan itu tidak dimanipulasi mana-mana pihak yang berkepentingan sehingga menggugat prinsip dan keutuhan negara Malaysia yang dihuni oleh rakyat pelbagai bangsa dan agama tanpa mengabaikan Islam sebagai asas keharmonian negara ini dan perlu diterima oleh semua pihak.

Jika dikaji dan ditinjau serta diperbahaskan dengan akal yang waras dan fikiran yang terbuka dengan menjadikan kebenaran sebagai asas semua situasi ini, pasti semua pihak menerima prinsip kebebasan ini.


Tag: politics Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising