Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Sunday, June 22, 2008

Iklim politik Malaysia tidak lagi sihat - Tengku Razaleigh

GELUGOR, 22 Jun (Hrkh) - Mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan iklim politik Malaysia semakin sakit berikutan kemunculan suara-suara desakan selepas pilihan raya umum ke 12.

Dari segi demokrasi memang ia satu perkembangan yang baik tetapi untuk kepentingan parti Umno dan Barisan Nasional (BN) ia satu yang mendukacitakan, katanya.

"Desakan pada kerajaan semakin membara dan ini mengambarkan iklim politik Malaysia makin bercelaru dan tidak sihat. Apa akan berlaku pada masa depan," jelasnya ketika ditanya wartawan selepas ucaptama dalam program Kongres Permuafakatan Melayu Pulau Pinang Zon Utara di Dewan Kuliah 'U' Univesiti Sains Malaysia (USM), Glugor semalam.

Beliau ketika mengulas tindakan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Seri Yong Tek Lee yang mahu mencetuskan undi tidak percaya pada Persidangan Parlimen Isnin ini menambah, ia satu keputusan yang memperlihatkan BN tidak lagi seutuh dulu.

Rakyat sekarang ini bijak menilai dan mereka telah lakukan tindakan dalam pilihan raya umum lepas di mana BN kehilangan banyak kerusi dan hilang empat negeri di Pantai Barat dan gagal menawan Kelantan, katanya.

"Kemelut inilah yang membuatkan wujud suara-suara yang boleh mengancam BN secara menyeluruh," terangnya.

Senario ini katanya, menjadi semakin tegang apabila SAPP sebuah parti dari komponen BN di Sabah mengisytiharkan melakukan undi tidak percaya pada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di parlimen Isnin ini.

Semalam Perdana Menteri mengumumkan tidak akan mengenakan tindakan pada SAPP kerana ia bukan suara keseluruhan SAPP malahan ia hanya dari Presidenya sahaja.

Tetapi, dalam perhimpunan SAPP semalam sudah memutuskan segala-galanya ia adalah suara SAPP bukan secebis keluhan daripada seorang dua kepimpinan tertinggi sahaja.

Kongres Kemuafakatan Melayu Zon Utara kali ini dianjurkan bersama antara Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) dan Ikatan Kelab-Kelab Melayu Pulau Pinang (Ikatan).

Beberapa kertas kerja dibentangkan antaranya oleh Profesor Dato' Dr Zainal Kling bertajuk 'Kedaulatan Kebudayaan, Pendidikan, Bahasa dan Agama Bangsa Melayu'.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Haji Azmi Abdul Hamid dengan tajuk 'Mencetuskan Kebangkitan Bangsa' dan 'Melakar Masa Depan Bangsa Melayu Berpaksikan Kedaulatan Perlembagaan Malaysia oleh Profesor Madya Dr. Mustaffa Kasim dari Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Tag: politics Click Here!

Protes harga minyak: Ketua AMK Terengganu ditahan polis

KUALA TERENGGANU, 22 Jun (Hrkh) - Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Terengganu, Fariz Musa ditahan polis ketika mengetuai satu tunjuk perasaan secara aman anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga bahan api.

Beliau ditahan ketika selesai mengadakan sidang media pada jam 3.15 petang di tempat letak kereta selepas berucap di dua tempat berasingan iaitu di perkarangan Masjid Al-Muktafibillah Shah Ladang dan di Dataran Shah Bandar, dekat sini, kelmarin.

Ketika berucap, katanya tunjuk perasaan secara aman itu bagi menuntut agar kerajaan pusat Barisan Nasional (BN) dan negeri mengambil langkah segera menurunkan harga bahan api tersebut.

Menurut Fariz, Malaysia merupakan sebuah negara pengeluar minyak yang terbesar di Asia Tenggara.

"Kami menuntut supaya kerajaan dapat membentang secara terperinci laporan kewangan tahunan Petronas dalam dan luar negara termasuk punca-punca keuntungan dan perbelanjaan kepada umum melalui Parlimen," tegasnya.

Selain itu, katanya AMK Terengganu mahukan agar kerajaan dapat meningkatkan purata pendapatan rakyat di negara ini sekurang-kurangnya RM1,500 sebulan bagi mengimbangi kenaikan petrol serta kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menurutnya, rakyat turut mendesak kerajaan BN Terengganu agar tidak menarik balik saman terhadap Petronas akibat keingkaran perjanjian yang dibuat ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu.

"Kita mahu setelah royalti petroleum dikembalikan, bantuan tunai kebajikan rakyat miskin sebanyak 80 peratus dinaikkan dan mesti dibuat pengagihan secara adil, saksama dan telus kepada mereka yang layak," ujarnya.

Selain itu, katanya Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan seluruh ahli Kabinet Umno dan kerajaan Barisan Nasional perlu meletakkan jawatan masing-masing dengan segera.

Beliau ditahan di bawah seksyen 27(5) menganjurkan perhimpunan haram serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu dan dibebaskan pada jam 6.30 petang dengan jaminan polis.

Perhimpunan Protes itu disertai oleh lebih 100 orang yang sentiasa diasak dengan pelbagai 'ugutan' tangkapan oleh pihak polis agar orang ramai segera bersurai bagi menghalang demontrasi aman tersebut diteruskan.

Tag: politics Click Here!

Ex-gratia: Senator kesal Dr M diburuk-burukkan

Jun 21, 08 12:05pm

Seorang senator kesal kerana pembayaran ex-gratia kepada enam bekas hakim yang dipecat ketika krisis kehakiman 20 tahun lalu, diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk memburuk-buruk mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Senator Datuk Syed Ali AlHabshee ia juga turut membuka ruang dan peluang kepada pihak lain untuk melakukan perkara yang sama.

Katanya, mereka berbuat demikian seolah-olah Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri telah banyak melakukan kerosakan terhadap negara.

Perbuatan golongan tersebut, tambah Syed Ali menunjukkan soalah-olah Dr Mahathir tidak langsung membuat jasa kepada bangsa, agama dan negara ketika berkuasa, demikian menurut laporan Bernama.

Di samping itu, belia juga hairan mengapa kerajaan berahsia mengenai jumlah bayaran ex-gratia yang dibayar kepada enam bekas hakim yang dipecat ketika krisis kehakiman 20 tahun lepas.

Senator Datuk Syed Ali AlHabshee berkata, rakyat berhak mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan untuk membayar ex-gratia tersebut.

Sehubungan itu, Syed Ali berkata kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk mendedahkan kepada umum, jumlah bayaran ex-gratia itu secara terperinci kerana ini melibatkan wang rakyat.

Wang rakyat

Beliau dipetik oleh Bernama sebagai berkata, setiap kali Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim menyerahkan cek ex-gratia kepada bekas hakim atau warisnya, beliau enggan mengumumkan amaun cek yang diberikan atas alasan menghormati permintaan keluarga bekas hakim berkenaan.

"Persoalannya, wang yang digunakan untuk membayar ex-gratia itu merupakan wang rakyat dan bukan wang individu tertentu yang tidak perlu didedahkan.

"Tidak dapat dinafikan keenam-enam bekas hakim berkenaan telah berjasa kepada negara namun rakyat berhak tahu dan tidak ada sebab kerajaan perlu merahsiakan amaunnya," tegasnya.

Pada 18 April lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Mohd Salleh Abas dan bekas Hakim Mahkamah Agung Datuk George Seah serta Tan Sri Suleiman Pawanteh yang dipecat daripada jawatan, 20 tahun lalu.

Bayaran ex-gratia itu juga akan dibayar kepada Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh.

Hari ini Zaid menyerahkan bayaran ex-gratia kepada Mohd Salleh di rumah bekas Ketua Hakim Negara itu di sini.

Syed Ali juga kesal pembayaran ex-gratia itu diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk memburuk-buruk bekas Perdana Dr Mahathir Mohamad sehingga ini membuka ruang dan peluang kepada pihak lain untuk melakukan perkara yang sama.

Beliau berkata mereka berbuat demikian seolah-olah Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri telah banyak melakukan kerosakan terhadap negara dan juga soalah-olah Dr Mahathir tidak langsung membuat jasa kepada bangsa, agama
dan negara ketika berkuasa.

Tag: politics Click Here!

Yong nafi ditawar jawatan TPM

Jun 21, 08 8:12pm

Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee menyifatkan sebagai tidak masuk akal dakwaan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa beliau mengkritik Perdana Menteri kerana termakan tawaran daripada Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya tidak termimpi pun mahu jadi Timbalan Perdana Menteri. Mungkin kerana saya lantang menyuarakan isu mengenai Sabah maka beliau (Khairy) boleh cakap apa aja.

"Kalau bukan kerana kemenangan cemerlang BN Sabah dan Sarawak...BN sudah jatuh dalam pilihanraya yang lepas. Jadi apa salahnya kita minta perhatian sedikit. Khairy seorang muda. Dia kena banyak belajar (dalam politik)," katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan Serbaguna Likas, dekat sini hari ini.

Semalam, Khairy berkata beliau difahamkan Yong akan dilantik jawatan nombor dua kerajaan sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri kelak.

Yong berkata beliau tidak tamak jawatan dalam kerajaan seperti yang diwar-warkan dalam media, demikian menurut laporan Bernama.

"Saya ditawarkan jawatan senator dan Wakil Khas berkaitan Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) tetapi saya tidak terima kerana saya melihatnya sebagai "sogokan politik" supaya tidak terus menyuarakan isu-isu mengenai Sabah," katanya.

Yong juga ditanya sama ada SAPP akan mengambil tindakan terhadap Timbalan Presiden SAPP Datuk Raymond Tan yang tidak sehaluan dengan ahli Majlis Tertinggi SAPP dalam memutuskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Menurut beliau, parti itu tidak bercadang berbuat demikian.

Tag: politics Click Here!

BPR Nafi Ugut Yong Teck Lee

PUTRAJAYA, 21 Jun (Bernama) -- Badan Pencegah Rasuah (BPR) hari ini menafikan dakwaan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee bahawa tindakan BPR membuka kertas siasatan ke atasnya sebagai satu ugutan.

Ketua Pengarah BPR Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata badan itu tidak pernah mengugut sesiapa pun dan tindakan BPR itu tidak bermotifkan politik atau atas arahan mana-mana pihak.

"Sebagai sebuah badan penguatkuasa undang-undang, kita jalankan siasatan tanpa rasa takut atau pilih kasih," katanya kepada pemberita sebelum menghadiri majlis makan malam sempena sukan tahunan BPR dan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dari Singapura, di sini.

Mengenai masa kertas siasatan itu dibuka iaitu sehari selepas Yong membuat kenyataan tidak percaya kepada pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Ahmad Said berkata ia secara kebetulan sahaja kerana nama Yong disebut dalam perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Tinggi Kala Lumpur kelmarin.

BPR membuka kertas siasatan ke atas Yong kerana disyaki terlibat dalam satu kes rasuah membabitkan RM5 juta yang didakwa dilakukannya ketika menjadi Ketua Menteri Sabah.

Kelmarin, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Yong mengarahkan pembayaran wang lebih RM5 juta, iaitu hasil keuntungan jualan saham syarikat milik kerajaan negeri Sabah, kepada ejen-ejen pilihannya pada 1996.

Ahmad Said berkata BPR mengambil tindakan itu kerana wujud unsur-unsur rasuah ekoran keterangan bersumpah yang diberikan oleh saksi semasa perbicaraan itu.

Mengenai dakwaan Yong bahawa beliau telah memberikan keterangan kepada BPR berhubung kes bekas Menteri Pembangunan Tanah dan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam yang didakwa terlibat dalam salah guna kuasa, Ahmad Said berkata: "Itu siasatan lain. Saya tak tahu siasatan dulu".

Beliau berkata adalah menjadi amalan biasa bagi BPR untuk membuka kertas siasatan ekoran keterangan saksi-saksi di mahkamah dan pihaknya banyak membuka kertas siasatan seperti itu, cuma akhbar tidak melaporkannya.

Katanya orang ramai akan mempersoalkan integriti BPR sekiranya ia tidak bertindak ekoran pendedahan keterangan saksi berhubung kes rasuah di mahkamah.

Ahmad Said berkata beliau tidak menerima tekanan atau arahan mana-mana pihak bagi membuka kertas siasatan itu, sebaliknya, katanya: "Saya sendiri yang mengarahkan pegawai saya membuka kertas siasatan itu,"

Beliau berkata kertas siasatan dibuka bukan sahaja terhadap Yong tetapi juga lapan orang lagi yang dinamakan sebagai penerima wang RM5 juta itu serta ke atas bekas Pengarah Briskmark Enterprise Sdn Bhd Datuk Wasli Mohd Said yang membuat keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung perkara itu.

Ketua Pengarah BPR itu juga menjelaskan kesalahan jenayah rasuah tidak mempunyai tempoh luput walaupun jika rasuah itu didakwa dilakukan suatu masa dahulu.

-- BERNAMA

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising