Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, June 19, 2008

PM mungkin akan letak jawatan dalam masa terdekat? - Mahfuz

Thu | Jun 19, 08 | 11:19:12 am MYT

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka akan melepaskan jawatannya secepat mungkin sebelum usul undi tidak percaya di bawa ke Dewan Rakyat.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar hari ini ketika mengulas mengenai kenyataan Parti Maju Sabah (SAPP) mengenai sokongan terhadap undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri yang mungkin akan dibawa ke Dewan Rakyat isnin ini.

Beliau menjangkakan bahawa akan ramai lagi ahli Parlimen Umno dan BN yang akan membuat kenyataan bagi menyokong langkah SAPP itu sebelum sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Justeru, baginya Perdana Menteri mungkin akan berbuat demikian bagi mengekalkan pemerintahan kerajaan BN hari ini, dan hal ini mungkin mendapat sokongan di kalangan ahli Parlimen BN.

Namun kata Mahfuz, beliau lebih melihat bahawa 'taktik' ini tidak akan memberi impak kepada rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga minyak dan beban kerana kelemahan kerajaan.

Sebaliknya, jika Abdullah mengundur diri, kemungkinan besar Timbalannya, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengangkat sumpah seterusnya mengemudi kerajaan dengan 'beban' yang masih sama.

"Saya pernah ingatkan dahulu bahawa Najib dan Abdullah adalah liabiliti kepada negara, malah parti BN itu sendiri adalah beban kepada rakyat.

"Justeru bagi saya bukan sahaja Abdullah perlu melepaskan jawatan, sebaliknya undi tidak percaya perlu dibuat kepada kerajaan BN seluruhnya dan gantikan dengan kerajaan yang baru," ujar Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Sementara itu beliau juga menyatakan bahawa PAS menyambut baik tindakan SAPP itu dan menyeru parti komponen BN bukan sekadar membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri.

Sebaliknya membawa usul undi tidak percaya kepada kerajaan yang ada hari ini atas alasan kerajaan kini terlalu lemah dan tidak berupaya membela rakyat, ujarnya.

Di pihak Pakatan Rakyat sendiri, pakatan akan membincangkan hal ini semasak-masaknya kerana bimbang kemungkinan taktik ini hanya akan menyebabkan peralihan kepimpinan bukan kerajaan.

"Apa yang penting dan boleh menyelamatkan rakyat ialah dengan hanya menukar kerajaan," tegasnya.

Beliau turut menyokong kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang mendesak Abdullah melepaskan jawatan.

Namun beliau juga melahirkan kebimbangan dengan senario ini hanya akan menyebabkan 'peralihan kepimpinan' bukan 'peralihan kerajaan'.

Paling penting dalam hal ini, rakyat adalah perkara pokok yang perlu diambil kira oleh seluruh ahli Parlimen BN dalam membuat keputusan, tegas Mahfuz.

Semalam, pengumuman yang dinantikan seluruh rakyat Malaysia akhirnya terjawab apabila ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) dikatakan akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dalam sidang Dewan Rakyat Isnin ini.

Tindakan ini adalah sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan Perdana Menteri dan rakyat Malaysia bahawa usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.

"Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM.

Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya,ujar satu kenyataannya semalam.

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen, iaitu Dato' Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Dato' Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) selain empat ahli dewan undangan negeri.

Majimbun yang kini berada di luar negeri, telah menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti itu dengan menandatangan kenyataan tersebut.

Chua turut hadir dalam sidang akhbar yang diadakan khas di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu. Harakahdaily.net


Tag: politics Click Here!

Isu SAPP: BN adakan mesyuarat tergempar

Jun 19, 08 12:33pm

Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat tergempar petang ini untuk membincangkan tindakan Parti Progresif Sabah (SAPP) untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

Mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pusat Dagangan Dunia Putraja pada jam 2.30 petang ini.

Agenda utamanya ialah mengenai tindakan yang bakal diambil terhadap SAPP yang dianggap telah mengkhianati BN.

Semalam SAPP mengumumkan parti itu telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Abdullah dan akan menyokong usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri apabila sidang Parlimen bersambung esok.

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen - Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawai) dan Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - dan empat ahli dewan udangan negeri (Adun).

BN mempunyai 14 anggota parti komponen termasuk SAPP.

Pemimpin parti komponen BN lain dijangka mendesak dalam mesyuarat hari ini supaya SAPP disingkir dari gabungan tersebut.

Semalam, tiga parti komponen utama BN - MCA, MIC dan Gerakan - telah menyuarakan sokongan padu mereka kepada kepimpinan Abdullah.

BN bermesyuarat hari ini di tengah-tengah usaha Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menarik ahli Parlimen BN untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi menubuhkan kerajaan baru.


Tag: politics Click Here!

Sultan Johor mahu ikhtiar dapat semula Pulau Batu Puteh

Jun 19, 08 2:37pm

Sultan Johor Sultan Iskandar bertitah baginda akan berikhtiar mencari jalan bagi mendapatkan semula hak kedaulatan Pulau Batu Puteh yang kini dimiliki Singapura.

Ketika merasmikan pembukaan persidangan Dewan Undangan Negeri Johor di Johor Bahru hari ini, baginda bertitah bahawa pulau berkenaan bukan milik republik itu sebaliknya hak milik kerajaan Johor.

pulau batu putih pulau batu puteh 230508"Suka beta ingatkan bahawa beta tidak lupa pada Pulau Batu Puteh. Pulau Batu Puteh bukan hak Singapura tetapi hak milik Johor. Sampai bila pun beta akan cari ikhtiar untuk mendapatkan semula pulau milik Johor itu," titah baginda.

Hadir sama berangkat ke istiadat pembukaan itu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dan Raja Muda Johor Tunku Ismail Ibrahim, demikian menurut laporan Bernama.

Sultan Iskandar juga mengingatkan rakyat supaya hidup secara muafakat bagi menjamin keberkatan dalam hidup.

Baginda turut melahirkan keyakinan bahawa kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman akan terus maju.

MB enggan ulas

"Beta bersyukur kerana kita dapat terus berada dalam keadaan selamat, aman dan damai. Tahniah kepada kerajaan di bawah pimpinan Datuk Abdul Ghani Othman yang terus mendapat amanah rakyat.

"Oleh itu, kita mesti mengelakkan unsur perkauman dan agama, berpegang teguh kepada Rukun Negara serta Raja Berpelembagaan. Ahli Dewan Undangan Negeri pula hendaklah menjalankan tugas dengan ikhlas, jujur dan memahami hasrat rakyat," titah baginda.

Abdul Ghani, yang ditemui pemberita selepas istiadat itu, enggan mengulas lanjut mengenai titah Sultan Johor berhubung Pulau Batu Puteh itu.

"Tuanku bertitah bahawa Pulau Batu Puteh kedaulatannya telah diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Saya tidak mahu komen lanjut. Kita dengar apa yang telah dititahkan," katanya.

Pada 23 Mei lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague, Belanda, dalam penghakimannya yang menamatkan pertikaian antara Malaysia dan Singapura, memberikan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura dan Terumbu Karang Tengah kepada Malaysia.

Kedaulatan Terumbu Karang Selatin pula menjadi milik negara di perairan di mana ia terletak.


Tag: politics Click Here!

Keputusan SAPP tidak sebulat suara?

Jun 19, 08 12:45pm

Keputusan Parti Progresif Sabah (SAPP) untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap perdana menteri dipercayai bukan keputusan sebulat suara pucuk pimpinannya.

Timbalan Presiden, Raymond Tan - yang tidak hadir dalam sidang akhbar ketika Presidennya, Datuk Yong Teck Lee mengenai perkara tersebut semalam - berkata beliau "keliru dan malu" dengan tindakan SAPP itu.

Katanya, perkara tersebut tidak dibincangkan dalam majlis tertinggi parti dan mendakwa ia adalah tindakan Yong sendiri.

Raymond berkata adalah tidak elok bagi parti tersebut bertindak sedemikian memandangkan Abdullah juga merupakan pengerusi BN.

Beliau menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak menghormati perdana menteri.

Raymond adalah timbalan ketua menteri Sabah dan menteri infrastruktur negeri.

Keempat-empat ahli dewan undangan negeri (Adun) SAPP tidak hadir di sidang akhbar tersebut.

SAPP juga mempunyai dua ahli Parlimen - Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar).

SAPP akan mengadakan mesyuarat majlis tertingginya esok untuk memutuskan sama ada ia akan kekal atau keluar dari BN.

Tag: politics Click Here!

Tahniah Atas Ketegasan SAPP Perjuangkan Hak Rakyat

Tahniah dan salut perjuangan kerana ketegasan dan keberanian Parti Progresif Sabah (SAPP) dan dua Ahli Parlimen mereka mempertahankan hak rakyat khususnya Sabah.
Saya telah mengadakan dua perbincangan sebelum ini dengan Dato’ Yong Teck Lee, Presiden dan pimpinan SAPP. Isu pokok adalah berkaitan good governance atau pengurusan pemerintahan baik dan mematuhi prinsip pertanggungjawaban. Jaminan keadilan bagi rakyat, bumiputra dan lainnya termasuk Sabah.

Kita menjamin 20 peratus royalti minyak kapada Sabah, Sarawak dan Trengganu, serta perwakilan yang adil bagi negeri Sabah dan Sarawak.

Saya gembira dengan tindakan awal ini dan menyeru supaya rakan-rakan lain segera bertindak demi menjamin politik yang stabil dan pengurusan ekonomi cekap yang akan menjamin pertumbuhan pantas serta pengagihan adil.

ANWAR IBRAHIM


18 Jun

Kenapa Berdalih Dedahkan Perbelanjaan Keuntungan Petronas?


Seperti yang dikemukakan oleh peguam saya Karpal Singh, saya harap Hakim-Hakim akan memberikan keadilan satelah menantikan keputusan hampir 10 tahun.
Ini bukannya permohonan baru, tetapi sudah tertangguh sekian lama.

Saya di Pulau Pinang pagi Isnin kelmarin dan tidak dapat mengikuti prosiding mahkamah.

Kebetulan semalam saya sempat mengikuti bahagian akhir temuramah bersama Tan Sri Hassan Merican, ketua eksekutif Petronas di televisyen.

Jika dirujuk rencana saya di blog sebelum ini, diakui tahap pengurusan Petronas yang membanggakan. Saya dapat sahkan hal sedemikian selaku mantan Menteri Kewangan termasuk usaha mereka menangani tekanan politik ketika itu. Malah saya sedia maklum betapa pihak pengurusan sering saja mengeluh kesal manaka terdapat tekanan politik dalam kontrak dan bailout!

Seharusnya Petronas membedakan peranan mereka memikul amanah dengan kecaman rakyat terhadap kelembapan, dan rasuah dalam pengurusan ekonomi Kerajaan.

Apakah bermasalah buat rakyat menanyakan bagaimana hasil khazanah negara sebanyak lebih 500 bilion ringgit dibelanjakan?

Apakah janggal bagi kita menuntut agar Petronas bertanggungjawab kepada Parlimen dan tidak hanya kepada PM?

Kita mampu berhujah cara korporat, pakar ekonomi atau pemimpin politik, tetapi kita juga harus membuat perkiraan bagaimana seorang pekerja, pegawai rendah atau peladang yang punyai pendapatan RM1500 sebulan menyara hidup keluarga dengan harga minyak dan barang melambung seperti sekarang?

Soal pokok adalah pengurusan ekonomi negara, soal kontrak yang tidak telus, soal rasuah dan pembaziran! Kegagalan Kerajaan mengurus ekonomi dengan bijak menyebabkan kehidupan rakyat terus terhimpit. Berdalih semata kerana kenaikan harga minyak di pasaran dunia atau krisis ekonomi serantau amat tidak memadai.


ANWAR IBRAHIM

Fokus Untuk Membela Rakyat



Saya mengadakan beberapa siri pertemuan dengan wakil rakyat dan pimpinan KeADILan Pulau Pinang petang semalam.

Di antara mauduk tumpuan saya adalah:

-Memelihara kewibawaan pimpinan dari segi moral, kecekapan dan prestasi kerja. Kesibukan dalam urusan pemerintahan dan sering bermesyuarat tidak wajar dijadikan alasan untuk kurang terjun keakar umbi atau lewat jadual kehadiran.

-Peka dengan tuntutan setiap lapisan masyarakat dari semua kaum. Kita perlu mampu menggarap permasalahan masyarakat Melayu, Cina dan India.

-Memperkukuh parti, muafakat Pakatan Rakyat dan jaringan lembaga swadaya masyarakat.Lantaran permasalahan Melayu terutama dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial, maka disyorkan supaya diselenggarakan pertemuan dengan pendidik Melayu, pendakwah dan jawatankuasa masjid serta pengusaha dan peniaga Melayu terutama di peringkat menengah, peniaga dan penjaja.

ANWAR IBRAHIM


17 Jun

Pakatan Rakyat Semakin Hampir Ke Putrajaya

Rata-rata pengunjung giat bertanyakan tentang bila kita bakal mengambil alih pentadbiran di Putrajaya. Pokoknya, kita semakin hampir ke sana. Kelmarin di Pulau Pinang telah saya tegaskan, beberapa teman dari MCA bakal beralih arah.

Insha-Allah, berkat usaha dan doa sdr/i, masanya akan tiba. Saya komited, jika sekiranya hari ini kita memegang tampuk kuasa, esok harga minyak akan diturunkan!


ANWAR IBRAHIM



16 Jun


Turun Harga Minyak Tidak Realistik?

Sepanjang ingatan saya, perhimpunan rakyat semalam di Stadium Pulau Pinang adalah yang julung kali diadakan. Ketua Menteri Lim Guan Eng, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan sdr. Mohamad Sabu turut berucap.

Isu yang saya bangkitkan dan sekaligus menjawab soalan para pengunjung: Kaedah penurunan harga minyak.

Lumrah diakui kenaikan terlalu tinggi dan mendadak. Jika sedemikian, penurunan adalah wajar.

Yang dibicara adalah subsidi, tidak pendapatan negara yang melimpah akibat kenaikan di pasaran antarabangsa.

Dana hasil minyak dibelanja untuk apa? Bail-out keluarga, kontrak suadara-mara? Formula 1? Orkestra Filharmonik? Jet peribadi RM 200 juta?

Jika dijawab dan ditangani, pasti harga minyak bisa diturunkan.


ANWAR IBRAHIM

Shahrir tidak yakin Anwar boleh tubuh k'jaan

Jun 18, 08 9:14pm

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Shahrir Abdul Samad tidak yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya menubuhkan kerajaan baru selepas 16 September ini.

"Mengapa Anwar tunggu sehingga 16 September...mengapa tidak lakukan sekarang.

"Berapa lama orang politik boleh menunggu...lima hari, lima jam, lima minggu atau lima bulan," katanya ketika ditemui selepas sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna itu berkata, jika Anwar hendak mengambilalih kerajaan, hari ini beliau sudah ada kabinet bayangan.

"Atau, sekurang-kurangnya Pakatan Rakyat mempunyai seorang jurucakap untuk membuat kenyataan dalam isu-isu tertentu," katanya.

Shahrir juga mempersoalkan adakah DAP dan PAS boleh bekerjasama kerana mereka `dalam satu pakatan, mimpi lain-lain.'

"DAP gembira di Pulau Pinang dan PAS di Kedah. Ini bermakna mereka mempunyai perbezaan pegangan. Atau ia hanya mimpi Anwar," katanya.

Undi tidak percaya

Sementara itu dalam sidang akhbar tersebut, Shahrir berkata, tindakan Parti Progresif Sabah (SAPP) untuk membuat undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai kabur.

"Saya tidak tahu bagaimana hendak membuat undi tidak percaya di Parlimen Isnin ini kerana hari itu kerajaan akan membentang usul mengenai kenaikan harga minyak dan makanan" katanya.

Shahrir berkata, beliau yakin tiada ahli Parlimen yang akan mengikut jejak dua ahli Parlimen dari SAPP itu.

Ahli Parlimen SAPP dilaporkan akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin ini.

Shahrir berkata, beliau tidak percaya SAPP boleh membawa ahli Parlimen BN lain meninggalkan parti kerana mereka tidak ada kepimpinan atau isu yang konsisten untuk berbuat demikian.

Katanya, beliau menyokong perdana menteri kerana boleh menghadapi tekanan dari mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kabinet Tan Sri Sanusi Junid.

Katanya, Abdullah masih membuat keputusan (untuk kekal sebagai perdana menteri) dan kerana itu beliau seorang yang sangat berjaya.

Tag: politics Click Here!

DUN Sanglang diisytihar kosong

Jun 18, 08 12:48pm

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum lalu, telah diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Tinggi Kangar hari ini

Ini berikutan keputusan mahkamah menerima pemohonan petisyen yang dikemukakan bekas calon pilihanraya Pas bagi kerusi itu.

hashim jasin pas sanglang perlis state seat court 180608Bagaimanapun, mahkamah menolak permohonan bekas calon PAS, Hashim Jasin supaya mengisytiharkan beliau sebagai pemenang kerusi DUN tersebut.

Kes tersebut didengar oleh Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani.

Dalam alasan penghakimannya, Zainal Adzam berkata, mahkamah tiada hak untuk mengisytiharkan Hashim sebagai pemenang kerusi DUN itu kerana Seksyen 35(c) Akta
Kesalahan Pilihanraya 1954 yang memberi bidangkuasa kepada mahkamah untuk berbuat demikian, sudah dimansuhkan pada 2003.

Mahkamah bagaimanapun menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) untuk menentukan sama ada pilihanraya kecil perlu diadakan serta bila akan diadakan.

Hashim akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan supaya beliau diisytiharkan sebagai pemenang bagi kerusi Sanglang.

Abdullah diwakili peguam K Jegathesan manakala Hashim diwakili Zulmi Sabri, Mohamed Hanipa Maidin dan Aqbal Shiffuddin Adnan Salahudin.

Hashim, yang juga pesuruhjaya PAS Perlis, menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sanglang, Abdullah Hassan, pegawai pengurus pilihanraya, Muhamad Daud Abdull Hamid dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai defenden, demikian menurut laporan Bernama.

Abdullah, calon Barisan Nasional (BN), diisytiharkan pemenang DUN Sanglang dengan majoriti 149 undi selepas memperolehi 3,384 undi berbanding 3,235 undi yang diperolehi Hashim, yang merupakan penyandang kerusi tersebut sejak dua penggal lalu.

Hashim memfailkan saman asal pada 17 Mac untuk mendapat pengisytiharan bahawa beliau adalah pemenang kerusi DUN tersebut.

Hashim mendakwa, beliau sepatutnya diisytiharkan pemenang berasaskan kepada perjumlahan undi dalam manakala Abdullah pula memperolehi 3,286 undi, dan dengan itu, menang dengan majoriti 47 undi.

Hashim memenangi kerusi tersebut dalam pilihanraya umum 2004 dengan majoriti 45 undi, mengalahkan calon BN, Datuk Mastika Junaidah Husin.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, BN memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN di Perlis. Kerusi tunggal pembangkang dimenangi oleh calon PAS, Rus'selle Ezlan di DUN Simpang Empat, dengan majoriti 53 undi.

PM kata Yong bertindak kerana ketamakan diri

Jun 18, 08 10:00am

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tindakan terbaru Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee adalah disebabkan "saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya."

Abdullah tidak mengulas lanjut. Bagaimanapun, pembantunya memberitahu Bernama bahawa Perdana Menteri akan membuat huraian kemudian.

Yong mengisytiharkan di Kota Kinabalu hari ini bahawa SAPP telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah.

Sejak kebelakangan ini, bekas ketua menteri Sabah itu sering mengkritik keputusan politik Abdullah mengenai Sabah termasuk langkah menaikkan harga bahan bakar.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau belum menerima sebarang notis daripada mana-mana parti berkaitan usul tidak percaya terhadap perdana menteri.

"Saya belum terima apa-apa lagi. Tidak ada notis yang telah dikemukakan kepada pejabat saya setakat ini," kata beliau kepada Bernama.

Beliau berkata mana-mana parti boleh mengemukakan permohonan untuk membentangkan usul berdasarkan kepada dua peruntukan di bawah Peraturan Mesyuarat, pertama Peruntukan 27 (1) untuk satu usul bagi dibentangkan oleh mana-mana anggota mengenai sebarang perkara tertentu tetapi anggota mesti memberi notis dalam masa 14 hari.

Peruntukan kedua ialah 18 (1), di mana Dewan membahaskan satu usul oleh sebarang anggota yang mempunyai kepentingan awam dan hendaklah dibuat segera kerana ia untuk disegerakan.

Tidak seperti 27 (1) di mana notis 14 hari diperlukan, 18 (1) hanya memerlukan notis 48 jam atau dua hari bekerja penuh.

Ini bermakna sesiapa yang bercadang untuk mengemukakan usul itu mestilah mengemukakan usul mereka kepada Speaker Dewan Rakyat paling lewat esok. Dengan itu, amat menarik untuk melihat jika SAPP atau mana-mana parti akan mengemukakan sebarang tuntutan kemudian.

Bagaimanapun, ketika ditanya jika beliau akan menerima tuntutan seperti itu, Pandikar berkata mana-mana anggota Parlimen boleh mencadangkan satu usul di Parlimen asalkan ia memenuhi peruntukan Peratuan Mesyuarat.

“Sama ada ia akan diterima atau tidak, Saya akan kaji dahulu sebelum membuat keputusan,” kata beliau sambil mengulangi, sehingga hari ini, tidak ada tuntutan seperti itu dibuat.

Tag: politics Click Here!

Usul tidak percaya terhadap PM

Jun 18, 08 2:04pm

Ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) - salah sebuah parti komponen BN di negeri itu - akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Badawi apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin ini.

sapp sabah pc 180608Ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara, usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap perdana menteri.

"Sewaku sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM.

"Sama ada usul itu akan dikemukakan oleh ahli Parlimen kita atau ahli Parlimen lain, akan diputuskan bila tiba masanya," kata satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

SAPP mempunyai dua ahli Parlimen - Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawai) dan Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) - dan empat ahli dewan undangan negeri.

sapp eric majimbunMajimbun (kiri) yang kini berada di luar negeri, telah menyatakan sokongannya terhadap keputusan parti itu dengan menandatangan kenyataan tersebut.

sapp dr chua soon bui

Chua (kanan), yang hadir di sidang akhbar tersebut di Kota Kinabalu memberi empat sebab mengapa beliau menyokong usul tidak percaya terhadap PM itu.

bullet buttonWalaupun seruan demi seruan dibuat oleh SAPP kepada perdana menteri berkaitan dengan isu pendatang tanpa izin, namun tidak ada tindakan konkrit yang telah diambil dan ia menyebabkan "kedaulatan kita terancam".

bullet buttonKenaikan harga bahan api yang dibuat tanpa perancangan, telah membebabkan rakyat Malaysia, khasnya di Sabah (negeri termiskin di Malaysia) mengakibatkan 16 peratus kumpulan miskin, menjadi miskin tegar.

bullet button Merasa gagal dalam melaksanakan tanggungjawab selaku pemimpin yang dipilih oleh rakyat sekiranya ketidakpuasan hati rakyat Sabah terhadap sistem penyampaian yang tidak cekap, rasuah, pembaziran, tiada ketelusan dan akauntabiliti diketepikan. Perkara yang sama juga telah disuarakan oleh pemimpin Umno seperti Datuk Ghapur Salleh, Datuk Anifah Aman dan Datuk Bung Mokhtar.

bullet button Rakyat telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan di bawah Datuk Abdullah Ahmad Badawi. SAPP juga berpendapat bahawa sekiranya pemimpin atasan tidak boleh melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan, ia seharusnya berundur dan memberi laluan kepada pemimpin lain mengambil alih.

Manakala Majimbun pula dalam kenyataan berkata: "Memandangkan berlakunya percanggahan tarikh yang telah diputuskan dalam pembubaran Parlimen dan kenaikan harga minyak yang secara mengejut dan mendadak serta ketetapan terhadap isu-isu mengenai Sabah yang tidak diberi keputusan dengan jelas, maka dengan ini,s aya mengisytiharkan tidak mempunyai kepercayaan terhadap kepimpinan perdana menteri."

Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee berkata parti itu tidak akan keluar pada masa ini dari BN yang dipimpin oleh Abdullah, tetapi statusnya akan disemak pada hujung minggu ini.

Beliau mengkritik rekod BN di Sabah, dengan berkata negeri itu dikenakan undang-undang yang tidak adil dan cukai yang keterlaluan.

"Itulah sebabnya kita perlu membuat segera pengisytiharan tidak percaya kepada PM dan kerajaan, untuk memberitahu kerajaan BN bahawa kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan sikap mereka yang tidak sensitif terhadap isu-isu yang amat serius di Sabah," katanya dalam satu sidang akhbar di ibupejabat parti itu pada jam 2 petang tadi.

Keputusan Jumaat ini?

Pengumuman hari ini dilihat sebagai satu tindakan pertama oleh parti komponen BN itu untuk meninggalkan BN.

"Hari ini hanyalah langkah pertama. Mungkin tidak ada yang melompat sekarang," kata satu sumber.

Sementara itu, tinjauan pendapat dalam blog SAPP juga menunjukkan sikap di peringkat akar umbi mengenai perkara tersebut. Tinjauan itu bertanya kepada orang ramai sama ada parti itu perlu kekal dalam BN, meninggalkan BN tetapi menjadi parti bebas, atau menyertai Pakatan Rakyat.

Daripada 2,052 orang yang melayari blog itu sehingga tengahari tadi, seramai 85 peratus atau 1,749 orang, mahu SAPP menyertai Pakatan, 242 atau 11 peratus (tinggalkan BN dan jadi bebas) . Hanya 2 peratus (61) mahu SAPP kekal dalam BN.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising