Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Saturday, June 14, 2008

Royalti Terengganu lebih RM20 bilion

KUALA TERENGGANU, 14 JUN - Purata pendapatan hasil petroleum dan gas untuk negeri Terengganu sehingga kini ialah kira-kira RM20 Bilion, kata Bekas Exco Kerajaan Negeri itu, Dato' Haji Mustafa Ali.

"Ini dikira, harga minyak mentah USD70 setong, harga minyak diperolehi sebanyak RM2 bilion setahun. Apa lagi jika harga itu mencecah USD135 setong sudah pasti ia melebihi anggaran yang dibuat oleh saya tadi," jelasnya ketika bercakap sebagai Ahli Panel Forum Royalti Minyak di TER, Kuala Ibai, petang ini.

Menurutnya, Terengganu hanya menerima RM434 juta wang suku kedua wang royalti lima peratus untuk tahun 1999 pada Mac tahun 2000 ketika PAS memerintah Terengganu.

Selepas itu tidak ada royalti minyak diterima untuk negeri Terengganu kerana pada September tahun yang sama, Kerajaan Pusat menghantar surat kepada kerajaan negeri itu memberitahu bahawa royalti berkenaan telah ditarik balik.

Katanya, sudah lapan tahun kes tuntutan royalti petroleum dan gas dibawa ke mahkamah dan kini perbicaraan kes itu dibekukan bimbang keputusan mahkamah menyebelahi rakyat dan negeri itu bahawa royalti petroleum dan gas perlu dikembalikan kepada yang berhak (Kerajaan Negeri Terengganu).

"Barisan Nasional (BN) juga bimbang jika PAS kembali memerintah negeri tersebut. Jika itu berlaku , Umno Terengganu akan berkubur," jelasnya.

Mengimbau kembali sejarah pertemuan wakil kerajaan Terengganu termasuk beliau dan lain-lain dengan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Hassan Marican, Beliau menjelaskan bahawa Petronas tetap membayar lima peratus wang berkenaan kepada kerajaan Malaysia setiap tahun.

Bagaimana pun Kata Datuk Mustafa wang itu dimasukkan ke dalam Akaun Khas ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat, tidak diberikan kepada kerajaan negeri Terengganu untuk dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan dan diperbahaskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Ahli Panel terdiri dari Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof. Aziz Bari, Prof Mohamad Abu Bakar, pensyarah sebuah universiti dan Datuk Haji Mustafa Ali.


Tag: politics Click Here!

Dr M: Sudah terlambat untuk Najib

Jun 14, 08 10:39am

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan bertanding jawatan presiden Umno sebagai ‘terlalu terlambat".

Katanya, Najib tidak akan sempat menjadi presiden jika Umno hancur kelak.

"Najib tunggu apa? Sekarang ini pun Umno dah lemah dan kalau Najib tunggu lagi Umno akan hancur dan dia tak boleh jadi presiden," katanya.

Menurut laporan Bernama, beliau menegaskan demikian di Langkawi semalam, sebagai mengulas kenyataan Najib yang juga timbalan perdana menteri, yang tidak akan bertanding jawatan presiden tetapi sebaliknya akan menerima jawatan itu secara peralihan kuasa.

Dr Mahathir berkata Umno lemah kerana kalah dalam pilihanraya lalu.

Katanya, parti itu akan menjadi bertambah teruk jika ahli-ahli parti terus menyokong Abdullah.

Semalam, perdana menteri berkata beliau dan timbalannya sudah sepakat dalam menentukan masa yang terbaik untuk penyerahan kuasa.

Katanya, beliau dan Najib sudah tentukan bila masanya yang sesuai bagi beliau untuk menyerahkan jawatannya.

Beliau juga berkata tiada masalah antara mereka dan hubungan mereka berdua juga adalah baik.

Abdullah yang juga presiden Umno menegaskan demikian ketika berucap di majlis makan tengah hari bersama pemimpin masyarakat dan pegawai-pegawai kanan kerajaan sempena lawatan seharinya ke Kelantan.

Tag: politics Click Here!

Polis halang demo merebak ke KLCC

Jimadie Shah Othman | Jun 13, 08 8:08pm

kemaskini 11:55pm Sewaktu 2,000 peserta perarakan yang membantah kenaikan harga minyak sedang menunaikan sembahyang Jumaat, sekumpulan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bersiap sedia menghalang perjalanan mereka ke Suria KLCC.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 22Sebaik sahaja kumpulan penyokong pembangkang melimpah ke simpang empat Jalan Raja Abdullah dengan Jalan Raja Alang mulai 2 petang, kira-kira 40 anggota FRU bergegas menutup jalan ke arah Jalan Sultan Ismail.

Di barisan belakang FRU, terdapat 30 anggota polis sehingga mendorong kumpulan Pemuda Pakatan Rakyat yang dikepalai oleh ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub berarak di sepanjang Jalan Raja Alang, menuju Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Kira-kira 30 minit kemudian, apabila ribuan peserta perarakan mulai meninggalkan Kampung Baru, polis mengarahkah orang ramai di sekitar masjid bersurai.

Sebelah kiri Jalan Raja Abdullah menuju ke arah masjid ditutup oleh polis. Kenderaan yang diletakkan sekitar kawasan itu pula diarahkan keluar.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 29Selain sekatan jalan ini, polis umumnya kelihatan tenang dan bersahaja menghadapi ribuan pembantah dari Pakatan Rakyat.

Mereka memantau pergerakan sejauh lebih dua kilometer itu - ke Kompleks Pertama dan kemudian ke ibu pejabat PAS - termasuk mengawal lalulintas.

Hanya kira-kira jam 3 petang, dekat dengan kompleks beli-belah Campbell, sekumpulan 30 anggota FRU kelihatan tiba-tiba menyarung kelengkapan tempur mereka bagi berdepan perhimpunan orang ramai di tengah simpang Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Dang Wangi.

Mereka ini sebahagian daripada kira-kira 70 anggota yang dikerahkan bersama lapan kenderaan pasukan tersebut - asalnya dipercayai dari pangkalan asal di KLCC

Pasukan lapan kenderaan FRU ini kelihatan meluru dengan laju melalui Jalan Ampang pada 2.40 petang dan berhenti di Jalan Dang Wangi 10 minit kemudian.

Lapan kenderaan itu: lima trak, dua trak kecil dan sebuah meriam air.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 16Setelah bersiap, sepuluh minit kemudian, bagaimanapun mereka membuka semula perisai dan baju pelindung bersama cota. Mereka kemudian naik semula ke dalam trak tanpa apa-apa berlaku.

Pada waktu itu perhimpunan 2,000 orang itu telah mula bersurai – hanya 1,000 orang lagi berarak di sepanjang Jalan Raja Laut menuju ibu pejabat PAS, kira-kira satu kilometer dari Kompleks Pertama.

Selepas orang ramai diminta bersurai menjelang 3.30 petang depan ibu pejabat PAS, tiba-tiba meledak suasana riuh.

Waktu itu seorang pegawai polis mengarahkan ketua pemuda PKR Shamsul Iskandar Md Akin membuang kain rentang bertulis "PM Pekak Badak" yang tergantung di tiang bendera depan bangunan tersebut.

Kejadian itu selepas beliau membuat kenyataan kepada media, apabila tiga anggota polis datang kepadanya dan memintanya menurunkan kain rentang tersebut.

petrol price hike protest kg baru sogo 130608 11Sewaktu rundingan berjalan antara polis dengan pemimpin Pakatan, seorang anggota polis berpangkat ACP dengan kasar merempuh ke dalam kumpulan orang ramai dan merentap kain rentang itu sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai.

Mereka bersorak dan menyuarakan tidak puas hati kepada pihak polis.

Mengulas tindakan pegawai itu, Shamsul Iskandar menyifatkan "polis nakal, masuk rumah orang tak bagi salam."

Apabila kumpulan polis itu, termasuk 30 anggota FRU, meninggalkan kawasan itu pada jam 3.40 dan pegawai yang menimbulkan kekecohan itu berlalu dengan motosikalnya beberapa minit kemudian, sekali lagi kendengaran sorakan orang ramai.

Tag: politics Click Here!

Demo terbesar bantah harga minyak

Wartawan Malaysiakini | Jun 13, 08 11:34am

Berikut catatan ringkas laporan awal perhimpunan Pemuda Pakatan Rakyat membantah kenaikan mendadak harga minyak dari Kampung Baru ke Kompleks Pertama-Sogo selepas solat Jumaat hari ini.

>>> Tonton video perarakan di sini.
>>> Lihat peta perarakan di sini (Rancangan asal di bawah).

3.20 petang Polis memberitahu Malaysiakini, tiada tangkapan dalam perhimpunan tersebut dan keadaan kini terkawal.

Beberapa ratus penyokong pembangkang berhenti di depan ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, dan kemudiannya bersurai di situ.

petrol price hike protest kg baru sogo 1306083.00 petang Sekumpulan penyokong pembangkang berarak di sepanjang Jalan Raja Laut, menuju ke arah ibu pejabat PAS. Mereka masih diketuai oleh ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Lalulintas, yang melimpah ke tengah-tengah jalan tersebut, dikawal oleh Unit Amal PAS.

2.50 petang Pasukan polis, khususnya FRU, menuju ke arah kumpulan penunjuk perasaan yang berkumpul di atas simpang dekat Kompleks Pertama-Sogo.

Polis dalam keadaan berjaga-jaga di Jalan Dang Wangi.

2.45 petang Ketua angkatan muda PKR menyampaikan ucapan selepas ucapan ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi.

Salahuddin menjanjikan satu perhimpunan yang lebih besar bagi membantah kenaikan harga minyak.

"Rakyat akan berhimpun (lagi) 5 Julai," katanya. "Pemimpin BN dah kaya raya, rakyat hidup papa. Marilah kita jatuhkan Umno dan BN."

petrol price hike proyest kg baru sogo 130608 03Penyokong pembangkang melaungkan slogan "BN naik, minyak naik, BN turun, minyak turun."

2.37 petang Perarakan bantahan harga minyak berada di Kompleks Pertama-Sogo dan beberapa ratus duduk, berkumpul, di atas jalan.

Lalu lintas menuju simpang Jalan Tuanku Abdul Rahman-Jalan Dang Wangi terhenti.

2.30 petang Kumpulan penyokong pembangkang berada di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman, menuju Kompleks Pertama-Sogo, dipercayai untuk mengelak bertembung dengan polis.

Mereka melaungkan slogan "Hidup, hidup. Hidup rakyat" berkali-kali.

2.23 petang Kumpulan penyokong pembangkang berada di kawasan Chow Kit, dan mula bergerak sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Perarakan dipimpin ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Mereka melaungkan slogan "Hidup, hidup. Hidup rakyat" berkali-kali.

petrol price hike proyest kg baru sogo 130608 022.11 petang Kira-kira 1,000 orang mula bergerak ke sepanjang Jalan Raja Alang, tidak meneruskan perjalanan seperti dijadualkan di Jalan Raja Abdullah susulan sekatan sekumpulan anggota polis FRU.

2.00 petang Solat selesai, ahli-ahli jemaah keluar masjid dengan slogan-slogan "turunkan harga minyak" dan mengecam perdana menteri.

1:45 tengahari Orang ramai sesak di dalam dan luar masjid, dijangkakan jumlah mereka kira-kira 3,000.

1.20 tengahari Imam Masjid Kampung Baru menasihatkan para jemaah supaya jangan berkumpul dalam kawasan masjid.

1.00 tengahari Ketua Pemuda PAS Salehuddin Ayub, yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, dan timbalannya Nasaruddin Tantawi tiba untuk bersembahyang Jumaat di majlis Kampung Baru.

Turut hadir, ahli parlimen PAS bagi Kuala Selangor, Dr Dzulkifli Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Sebelum ini, kira-kira 60 anggota polis, termasuk anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sudah ditempatkan di depan masjid Kampung Baru dan kawasan sekitarnya mulai jam 11.15 pagi ini ekoran rancangan Pemuda Pakatan Rakyat untuk mengadakan perarakan ke Suria KLCC bagi membantah kenaikan harga minyak.

kampung baru klcc petrol price hike protest 130608 01Dua buah trak kecil yang masing-masing membawa lapan anggota tiba kira-kira jam 11.15 pagi manakala sebuah lagi trak besar yang membawa kira-kira 15 anggota tiba di situ kira-kira lima minit kemudiannya.

Manakala empat lagi trak bersama kira-kira 30 anggota FRU tiba sejurus kemudiannya.

Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air yang ditempatkan di Jalan Raja Abdullah.

12.40 tengahari Kira-kira 40 anggota polis kelihatan sedang bergerak dari Jalan Raja Alang ke Jalan Raja Abdullah.

Lagi anggota FRU kelihatan bergerak dengan trak ke Jalan Raja Alang.

Di dalam kawasan masjid, kelihatan sekumpulan 30 orang, termasuk tiga daripadanya memakai baju-T berwarna hijau bertulis Pakatan Rakyat.

Difahamkan perhimpunan dan perarakan hari ini dianjurkan oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

Keadaan di sekitar masjid kelihatan seperti biasa. Walaupun terdapat ramai anggota polis di situ, gerai-gerai di tepi jalan dibuka seperti biasa.

Kira-kira 20 anggota polis mengawal di persimpangan Jalan Raja Abdullah-Jalan Raja Alang, tetapi orang ramai boleh lalu lalang di situ menuju ke masjid.

Sementara tujuh trak FRU, serta sebuah trak meriam air telah ditempatkan di kawasan di belakang KLCC.

Manakala sepuluh lagi anggota polis kelihatan berkawal di pintu masuk utama KLCC.

bantahan harga minyak 13 jun 120608

Semalam, ketua polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata antara 1,500 hingga 2,000 anggota polis, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan Rela akan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghalang perarakan itu.

Perhimpunan ini dipercayai yang terbesar pernah dianjurkan oleh parti-parti pembangkang selepas pengumuman kenaikan harga minyak secara mendadak Rabu minggu lalu.

Beliau juga dilaporkan berkata, jika perlu, polis akan menutup beberapa jalan yang menghala ke kawasan masjid.

Sabtu lalu, ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub mengumumkan acara perarakan sejauh lebih dua kilometer itu.

Sehubungan itu, polis telah memanggil setiausaha Pemuda PAS Sabki Yusoff dan ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad, untuk membincangkan perkara tersebut.


>>> Tonton video perarakan di sini.

Perhimpunan di Istana Negara, 6 ditahan

Enam orang, termasuk dua ahli Parlimen PKR ditahan, dipercayai kerana mempertikaikan tindakan polis melarang sekumpulan 70 orang penyokong Hindraf berhimpun di depan Istana Negara.

Kumpulan itu termasuk 40 kanak-kanak yang membawa ‘teddy bear' untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Hari Bapa hari ini.

Ia merupakan tindakan simbolik bagi mencerminkan anak-anak kepada tahanan ISA yang tidak dapat menyambutnya bersama bapa masing-masing yang ditahan di Kem Tahanan Kamunting.

Dua ahli parlimen PKR yang ditahan itu ialah Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan Sivarasa Rasiah (Subang).

kira-kira 70 anggota polis termasuk 20 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), berkawal di luar Istana Negara.

Sivarasa ditahan pada kira-kira jam 10.25 pagi manakala Zuraida pula ditahan lima minit kemudiannya. Keenam-enam mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam van polis, dipercayai dibawa ke balai polis Brickfields.

Pada kira-kira jam 10.40 pagi, kumpulan tersebut tiba dengan menaiki bas yang berhenti kira-kira 500 meter dari istana.

Mereka kemudian berjalan beramai-ramai menuju ke Istana Negara, termasuk kira-kira 30 orang dewasa yang memakai lencana Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf).

Berunding dengan polis

Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan menghampir istana oleh anggota polis yang mengawal kawasan tersebut.

Kemudian, Ahli Exco Kerajaan Negeri, Ronie Liu tiba dan berunding dengan pegawai polis di situ.

Selepas setengah jam berunding, polis membenarkan kanak-kanak tersebut menghampir utama istana untk menyerahkan 'teddy bear'.

Difahamkan, pihak istana bersetuju menghantar wakil untuk menerima hadiah dari kanak-kanak tersebut.

Bagaimanapun apabila tiada wakil istana yang muncul, mereka mengambil keputusan untuk menyerahkan 'teddy bear' dan sedulang pisang kepada Ronie sebagai mewakili kerajaan Selangor.

Mereka kemudiannya meminta kerajaan negeri mengatur untuk menyerahkan 'teddy bear' tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kumpulan tersebut kemudiannya bersurai pada kira-kira jam 11.30 pagi. Perhimpunan pagi ini berjalan secara aman.

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising