Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Thursday, June 12, 2008

Demo Protes dicepat kepada 5 Julai

Jun 12, 08 8:15pm

Tarikh perhimpunan besar-besaran membantah kenaikan harga minyak yang dirancang di ibu negara telah dipercepatkan kepada 5 Julai.

Sebelum ia dijadual diadakan di KLCC pada 12 Julai.

Menurut naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainudin, mesyuarat Gabungan Anti-Inflasi (Protes) petang ini memutuskan untuk mempercepatkannya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Protes akan mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan sebab-sebab tarikh baru itu dipilih," katanya ketika dihubungi Malaysiakini selepas mesyuarat tersebut.

Dalam satu sidang media di sebelah pagi anjuran satu gabungan baru Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm), Khairul Anuar berkata, tarikh 12 Julai yang dicadangkan Protes bukan tarikh muktamad.

Di sidang media itu, ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin mengumumkan satu siri jelajah seluruh negara dalam bentuk ceramah dan demonstrasi kecil diadakan untuk bantahan yang sama.

Geramm ditubuhkan oleh AMK pada 9 Jun bersama beberapa kumpulan bukan kerajaan termasuk Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Jelajah itu akan berlangsung selama dua minggu, bermula dari 14 Jun di Pahang hingga 29 Jun di Selangor, Johor dan Sabah.

Selain Lembah Kelang, siri bantahan Geramm meliputi Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka, tambahnya.

Geramm juga mengadakan kempen 'petisyen rakyat' untuk mendapatkan sejuta tandatangan orang ramai terutama kelompok muda yang begitu terjejas dengan keputusan tiba-tiba kerajaan ini yang dianggap kadar kenaikan petrol dan diesel paling besar serta mengejutkan.

"Petisyen itu juga boleh didapati secara dalam talian di laman web www.geramm.org," kata Shamsul Iskandar.

Tag: politics Click Here!

Kerajaan Terengganu Kaji Bayar Gaji Dua Kali Sebulan

KEMAMAN, 12 Jun (Bernama) -- Kerajaan Terengganu akan mengkaji terlebih dahulu sebelum melaksanakan pembayaran gaji dalam dua ansuran sebulan kepada kakitangannya sebagaimana yang dilakukan kerajaan Pusat.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata perkara itu diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong bagi mendapatkan pandangan pelbagai pihak sebelum ia diputuskan.

"Kita akan kaji dahulu perkara ini sama ada ia sesuai atau sebaliknya. Sehingga kini, kita belum tahu mekanisme yang digunakan dan perkara ini kita serah kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menentukannya.

"Sekiranya kakitangan kerajaan negeri mahu konsep bayar gaji dua kali sebulan atau sebulan sekali, kita akan ikut mana yang sesuai," katanya selepas merasmikan Kursus Pengurusan dan mesyuarat agung Kesatuan Penghulu dan Penggawa Semenanjung Malaysia cawangan Terengganu, di sini hari Khamis.

Semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan gaji pegawai dan kakitangan kerajaan akan dibayar dalam dua ansuran sebulan mulai Ogos ini.

Perdana Menteri berkata langkah itu diambil bagi membantu kakitangan awam menguruskan perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah ekoran kesan kenaikan harga bahan api.

Mengulas lanjut, Ahmad berpendapat apabila sistem pembayaran gaji dua kali sebulan dilaksanakan, ia boleh membantu rakyat berbelanja dengan cara berhemah.

"Bagaimanapun, ada kakitangan apabila dapat gaji awal, cepat dihabiskan kerana dia tidak mampu mengawal dan merancang perbelanjaan," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kerajaan negeri akan meneruskan projek pembangunan yang dirancang seperti pembinaan masjid atau projek perumahan rakyat miskin walaupun menghadapi kegawatan ekonomi berikutan kenaikan harga bahan api.

"Projek pembangunan perlu diteruskan kerana ia untuk faedah rakyat. Kalau kita tak buat, susahlah," katanya.

Sementara itu, Ahmad menasihatkan para penghulu supaya mendalami ilmu pengetahuan dan perlu mengetahui apa yang berlaku di sekeliling kerana mereka merupakan penghubung antara kerajaan dan rakyat.

-- BERNAMA

Kelantan Ikut Pusat Bayar Gaji Dua Kali Sebulan

KOTA BAHARU, 12 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri Kelantan akan mengikuti langkah kerajaan pusat membayar gaji dua kali sebulan kepada kakitangan awam kerana menurut Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat ia sesuatu yang akan banyak membantu rakyat.

Mengulas pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai perkara itu semalam, Nik Aziz memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa pendekatan itu akan memudahkan kakitangan awam mengurus dengan lebih baik perbelanjaan dan aliran tunai isi rumah berikutan kenaikan harga bahan api.

Beliau tidak menyatakan sama ada pembayaran gaji dua kali sebulan itu akan bermula Ogos ini seperti yang akan dilaksanakan oleh kerajaan pusat.

Bagaimanapun Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS, menyifatkan kerajaan pusat sebagai tidak bijak dalam menangani isu kenaikan harga minyak kerana, sebagai sebuah negara pengeluar minyak, Malaysia masih mempunyai cara lain untuk mengelak daripada turut merasai kesan kenaikan harga minyak global tanpa perlu menaikkan harga petrol dan diesel.

"Saya difahamkan kita ada rizab bekalan minyak untuk 20 tahun dan rizab gas asli untuk 35 tahun. Jadi kenapa tidak guna bahan lebih murah seperti gas asli kenderaan (NGV). Selain murah, gas ini juga boleh kurangkan pencemaran udara. Kenapa buat tidak peduli dengan perkara ini dan (sebaliknya) ambil jalan mudah naikkan harga minyak dan biarkan rakyat menderita," katanya.

Nik Aziz mencadangkan agar kerajaan pusat memperbanyakkan stesen minyak yang menjual NGV di seluruh negara.

"Setahu saya tak banyak kos yang perlu untuk kenderaan bertukar kepada NGV, cuma perlu tambah balang (tangki) untuk isi gas," katanya.

Beliau berkata kenaikan harga minyak dalam jumlah yang banyak sekaligus amat membebankan rakyat terutama yang berpendapatan sederhana dan rendah.

"Tak kena gaya, makin banyak kes rompak, curi dan peminta sedekah di Malaysia nanti," katanya.

Pada 7 Jun lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol dinaikkan 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter, dan harga diesel pula dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58.

Mengenai ura-ura kononnya beliau akan meletak jawatan sekembalinya daripada mengerjakan umrah pada 9 Jun lepas, Nik Aziz sekali lagi menafikannya dengan berkata bahawa isu itu tidak timbul kerana beliau masih melaksanakan tanggungjawab dengan baik untuk negeri dan juga parti.

-- BERNAMA

Tag: politics Click Here!

Kadar Jenayah Di Terengganu Meningkat

KUALA TERENGGANU, 12 Jun (Bernama) -- Kadar jenayah di Terengganu sejak awal tahun ini hingga Mei lepas mencatatkan peningkatan berbanding tempoh yang sama tahun lepas, kata Ketua Polis negeri Datuk Ayub Yaakob.

Beliau berkata secara keseluruhannya, kadar jenayah yang melibatkan jenayah kekerasan dan harta benda meningkat sebanyak 14.9 peratus tahun ini.

"Sehingga akhir Mei sahaja, sebanyak 335 kes jenayah kekerasan dan 2,441 kes jenayah membabitkan harta benda dilaporkan berlaku.

"Jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding 2007 iaitu sebanyak 303 kes bagi jenayah kekerasan dan 2,128 bagi harta benda dengan peratus peningkatan masing-masing sebanyak 10.6 peratus dan 14.71 peratus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis serah terima tugas jawatan Ketua Polis Terengganu, yang disandangnya kepada SAC II Tuan Sidin Abd Karim di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari Khamis.

Mengulas lanjut, Ayub berkata walaupun kadar jenayah meningkat, pihaknya berjaya menyelesaikan sehingga 53.7 peratus daripada kes yang dilaporkan pada tahun ini hingga Mei, berbanding 52.2 peratus tahun lepas.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga menunjukkan prestasi yang baik daripada segi tangkapan dan rampasan dadah tahun ini apabila Terengganu dicatatkan antara negeri yang terbaik dalam usaha mencegah penyeludupan dadah ke negara ini.

"Setakat ini, tiada makmal atau tempat pemprosesan dadah yang wujud di negeri ini walaupun terdapat beberapa cubaan untuk mendirikannya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Ayub yang akan memulakan tugas sebagai Ketua Polis Pulau Pinang pada Isnin depan berkata polis akan menjalankan operasi pencegahan dadah secara berterusan selain berusaha mengurangkan jenayah lain.


-- BERNAMA

Tag: politics Click Here!

Wakil PAS dikritik 'gagal' debat minyak

Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub hari ini menjadi sasaran kritikan penyokongnya sendiri apabila didakwa "gagal" dalam perdebatannya dengan Datuk Shahrir Samad berhubung isu kenaikan harga minyak.

Perdebatan ahli parlimen Kubang Kerian dengan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna disiarkan secara langsung selama sejam di RTM1 jam 9.30 malam tadi.

Beberapa pembaca mengkritik kelemahan Salahuddin di laman web Tranungkite.net, milik Pemuda PAS Dungun, Terengganu hari ini dan semalam.

salahuddin ayub pas and kl polis memo 220207 explain"Apa yang saya harapkan dari perdebatan ... tidak langsung mencapai tujuan, ruang dan peluang yang sepatutnya digunakan terus gagal dimanafaatkan Salehuddin, sungguh mengecewakan," kata seorang pembaca web itu, 'Reformis Muda'.

"Saya mencadang selepas ini (ahli parlimen PKR) Saifuddin Nasution (Ismail) ataupun (naib presiden PAS) Husam Musa dihantar mewakili Pakatan Rakyat, kerana Saifuddin lebih bersedia dalam soal fakta dan gaya penyampaian yang sinis. Manakala Husam dilihat lebih berani menyanggah," katanya.

Sementara seorang lagi penulis yang menyumbang kritikan menyatakan hujah-hujah Salahuddin "banyak terdapat di dalam blog-blog internet" dan menyarankan ahli parlimen itu menjalankan kajian awal sebelum menghadiri program tesebut.

"Saya tidak salahkan penonton-penonton apabila kecewa dengan hujah-hujah daripada Salahuddin... Kebanyakan hujah yang dikemukakan oleh Salahuddin pernah terbaca oleh saya (di internet).

"Pada saya, Salahuddin sepatutnya menggunakan hujah beliau sendiri dan boleh menggunakan fakta internet itu sebagai sokongan sahaja," kata 'Ciklee'.

Penulis itu juga menyifatkan Salahuddin gagal "memberikan pukulan KO (kalah terus) kepada Shahrir" yang menyebabkan penonton tidak berpuas hati.

'Pemuda Sabah' menyifatkan ahli parlimen itu suka membuat kesilapan fakta.

"Kadangkala Salahuddin cuba untuk menguatkan hujah beliau berpandukan sejarah dan insiden yang pernah berlaku tetapi cukup memalukan apabila fakta sejarah diubah, malahan Shahrir nampak senyum kambing sambil memperbetulkan beberapa fakta yang didakwa oleh Salahuddin," tulisnya di laman web itu, yang diasaskan sejak 1999.

"Salahuddin sendiri terperangkap dalam data statistik yang disebut oleh beliau apabila kurang memberi perhatian terhadap perbezaan antara 'keuntungan' dengan 'pendapatan'," tambahnya.

shahrir samad interview 250907 pessimistic Bagaimanapun, katanya lagi, penghujahan wakil PAS itu "agak tercapai" apabila Shahrir kelihatan "tidak mampu memberi satu jawapan konkrit" berhubung isu tersebut.

"Beliau lebih banyak bermain kata-kata dan bercakap tentang teori semata-mata," tulis 'Pemuda Sabah'.

Selepas menganggap Salahuddin gagal menggunakan istilah-istilah umum yang difahami semua, 'Tinta Islam' pula kecewa kerana wakil PAS itu tidak berjaya menimbulkan isu-isu kesusahan orang ramai.

"Namun bagi pihak rakyat, ana (saya) merasa sedikit kecewa kerana Salahuddin tidak dapat membangkitkan hujah-hujah bagi menyuarakan kesusahan dan keperitan hidup rakyat akibat daripada kenaikan harga minyak yang melampau," tulisnya.

'Reformis Muda' bersetuju dengan pandangan ini dan mencadangkan "kita perlu menyampaikan dengan bahasa yang mudah dan senang diterjemah dan dirasai rakyat."

"Gaya bahasa dan rentak beliau bercakap seperti seorang profesor yang didatangkan dari Universiti Tokyo untuk menyampaikan kuliah sains," katanya.

'Reformis Muda' menambah, tidak sesuai Salahuddin membincangkan isu carigali Petronas tetapi seharusnya mengupas "tentang kesannya kepada rakyat."

'Topeng Perak' turut membangkitkan persoalan yang sama.

"Saya kira golongan (berpendapatan rendah) ini amat-amat kecewa dengan Salahuddin kerana beliau juga seolah lupa pada golongan ini. Pada saya kesilapan Salahuddin ialah, terlalu cepat dan gopoh dalam memenangi isu ini," katanya.

Beliau mencadangkan ahli parlimen itu berbincang dengan semua golongan sebelum bertindak sebagai "duta besar" di program TV itu.

Seorang penulis yang dikenali 'Matlan75' menganggap ulasan Salahuddin "terlalu berhati-hati" sehingga "mood penonton hilang apabila mendengar hujahnya."

"Penonton mahu hujah yang kuat dan boleh membuatkan Shahrir jadi bisu dan terus masuk PAS. Itu yang rakyat mahu," katanya. -Malaysiakini


Tag: politics Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising