Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Wednesday, June 11, 2008

Bas: Anak PM import dari China?

Jun 10, 08 4:57pm

"Apakah benar pembekal bas RapidKL dan Rapid Penang ialah M-Trans yang dimiliki 100 peratus oleh Scomi yang dimiliki oleh si polan-si polan yang mempunyai talian kekeluargaan dengan pemimpin besar negara?"

Tun Dr Mahathir Mohamad membangkitkan soalan itu dalam dakwaan pembabitan syarikat milik anak perdana menteri dalam isu longgokan kira-kira 1,000 bas RapidKL yang tersadai seperti dilaporkan sebuah akhbar bulan lalu.

scomi rapid kl bus terminal 100608 04Isu itu juga dibangkitkan oleh Datuk Bung Mokhtar Radin (BN- Kinabatangan) di Dewan Rakyat pada 27 Mei lalu, hari sebuah akhbar membangkitkan isu longgokan bas tersebut di Rawang, Selangor.

Selain itu, mantan perdana menteri juga mendakwa Scomi tidak dapat membekalkan bas-bas seperti dipesan oleh RapidKL dan "oleh itu Scomi dibenar import bas dari China."

"Apakah harga import dan harga jualan kepada RapidKL? Apakah syarikat lain dibenar import bas baru dari luar negeri? Apakah duti import yang dibayar?" katanya dalam catatan terbaru di blognya hari ini.

Dr Mahathir berkata, bas-bas tersebut yang dilaporkan asalnya milik Intrakota dan City Liner yang telah diambil alih oleh RapidKL.

"Bas-bas ini masih boleh diguna atau boleh diperbaiki dan dijual oleh RapidKL," katanya.

"Tetapi RapidKL tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat balik sedikit pun daripada kos pembelian syarikat-syarikat ini. Kenapa?

scomi rapid kl bus terminal 100608 03"Apakah RapidKL begitu untung dan boleh menanggung rugi yang tidak kecil daripada menjadikan bas-bas yang dibeli olehnya
sebagai besi buruk?"

Dr Mahathir juga berkata Rapid KL sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan melibatkan wang rakyat harus mendedahkan untung rugi operasinya kepada orang ramai.

"Tetapi kita tidak pernah melihat kira-kira untung ruginya. Untung besarkah RapidKL dan Khazanah (yang mengambil alih syarikat itu)?" kata bekas presiden Umno.

"Saya ingin tahu siapakah yang membekal bas-bas ini. Saya percaya pembekal bas-bas ini meraih keuntungan yang besar kerana begitu banyak bas yang jelas dibeli oleh RapidKL.

"Mungkinkah pelupusan dan write-off begitu banyak bas-bas lama adalah supaya bas baru dapat dibeli daripada pembekal tertentu?

"Jika ya, nampaknya RapidKL diadakan untuk menguntungkan pembekal."

Tag: politics Click Here!

Anggota Parlimen Kota Baharu Hilang Pistol Apabila Kenderaan Dipecah Masuk

KOTA BAHARU, 10 Jun (Bernama) -- Seorang anggota Parlimen kehilangan sepucuk pistol serta beberapa butir peluru selepas pacuan empat roda Mitsubishi Pajero miliknya dipecah masuk di sini, malam tadi.

Anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Wan Rahim Wan Abdullah ketika dihubungi Bernama berkata kejadian berlaku antara pukul 8.30 dan 9.20 malam semasa beliau meletakkan keretanya di hadapan sebuah hospital swasta.

Katanya beliau berada di hospital itu untuk menziarahi bapanya Wan Abdullah Wan Mahmood, 82, yang dimasukkan ke wad kerana diserang angin ahmar.

"Selalunya saya bawa bersama kesemua dokumen penting dan juga pistol itu, tetapi kerana tergesa-gesa (malam tadi) saya tinggalkan beberapa barangan penting termasuk pistol, pasport dan dokumen-dokumen penting yang lain dalam sebuah beg di tempat duduk kiri belakang kenderaan," katanya.

Wan Rahim berkata selepas kembali ke kenderaannya itu, beliau mendapati cermin kiri di bahagian hadapan keretanya itu pecah dan selepas diperiksa beliau mendapati pistol jenis Walther, beberapa butir peluru serta beberapa dokumen didapati sudah hilang.

Bekas speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan itu kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu.

-- BERNAMA

Tag: politics Click Here!

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising