Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, June 9, 2008

"Beberapa MP BN jumpa saya di Manila" Anwar

KUALA LUMPUR, 9 Jun (MSTAR) melaporkan, selepas tiga bulan pilihan raya umum ke-12 berlalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang kini mengetuai Pakatan Rakyat, masih yakin berupaya untuk menubuhkan kerajaan baru di peringkat persekutuan sebagaimana diumumkan beliau Mac lalu?

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu nampak 'amat yakin' apabila beberapa kali membayangi kemungkinan tersebut pada majlis Malam Karyawan II di Shah Alam, Selangor malam tadi.

Misalnya, dalam ucapannya beliau berkata, pembaharuan-pembaharuan yang dibawa oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat sekarang adalah bersifat sementara waktu sebelum mencapai impian menubuhkan kerajaan di peringkat persekutuan - membawa maksud akan membawa lebih banyak pembaharuan apabila mendapat kuasa memerintah negara.

Majlis itu diadakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor. Anwar berucap sebagai tetamu kehormat.

Tengah hari tadi pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dekat sini, Anwar berkata, tarikh 16 September yang disasarkan untuk wakil rakyat BN melompat ke Pakatan Rakyat masih kekal.

Anwar berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin BN di Manila kelmarin dan Sabah semalam.

"Saya telah dijemput ke Manila untuk memberikan syarahan dan beberapa orang (wakil rakyat BN) telah menemui saya," kata beliau selepas mesyuarat Majlis Tertinggi PKR di sini.

Ketika ditanya mengenai bilangan Ahli Parlimen yang akan melompat parti, Anwar yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno 10 tahun yang lalu berkata, beliau tidak dapat mendedahkan maklumat mengenainya.

"Saya tidak boleh memberikan butiran (lanjut) mengenai mereka yang ingin melompat demi keselamatan mereka," kata beliau.

Kata beliau, perbincangan masih diadakan dengan pelbagai pihak.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, barisan pembangkang yang menyaingi BN di bawah ikatan yang longgar memperoleh 82 kerusi Parlimen berbanding 140 kerusi bagi BN.

Dua minggu selepas pengundian barisan pembangkang menubuhkan Pakatan Rakyat dan Anwar meletakkan sasaran untuk menubuhkan kerajaan persekutuan dengan menarik sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen BN menjelang 16 September ini.

Desas-desus menyebut beberapa Ahli Parlimen Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat dengan beberapa wakil rakyat mendakwa telah ditawarkan sejumlah wang sebagai ganjaran.

Pada sidang akhbar itu juga Anwar memberitahu bahawa beliau kini bersedia untuk bertanding dalam sebarang pilihan raya kecil setelah mendapat kelulusan daripada Pendaftar Persatuan bagi berbuat demikian.

"Saya telah pun menerima surat daripada Pendaftar Pertubuhan, nasihat daripada peguam saya, kami tidak memerlukan surat daripada AG (Peguam Negara), surat daripada Pendaftar Pertubuhan sudah cukup," katanya.

Anwar kembali aktif dalam politik mulai 15 April lepas, setelah berakhirnya tempoh larangan selama lima tahun baginya berbuat demikian berikutan pensabitan mahkamah terhadapnya atas kesalahan rasuah.

Anwar berkata, beliau sanggup bertanding sekiranya ada mana-mana Ahli Parlimen PKR memberikan laluan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan tahun ini juga.

Tag: politics Click Here!

Batal jambatan bengkok,Abdullah jual pasir pada Singapura

Tun Mahathir Mohamad

Saya diminta membongkar apa yang saya tahu berkenaan salah guna wang rakyat.
Untuk permulaan saya senaraikan empat tindakan dimana Kerajaan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah salahgunakan wang rakyat.

Apa yang saya tulis di sini tidak berasas kepada spekulasi, kemungkinan atau kebarangkalian. Perkara ini diketahui umum dan boleh disahkan.

Saya perlu beri penjelasan terperinci. Jadi saya akan bincangkan satu persatu. Bagaimanapun saya senaraikan empat perkara spesifik;

1. Pembatalan pembinaan jambatan menggantikan tambak Johor di sebelah Malaysia

2. Penangguhan landasan berkembar dan rel elektrik daripada Johor Baru ke Padang Besar

3. Penjualan M.V. Agusta untuk satu Euro

4. Wang Ehsan yang dibelanjakan untuk Terengganu yang mana Menteri Besar yang baru mendakwa adalah bukan Wang Ehsan tetapi daripada dana Kerajaan Persekutuan.

Pembatalan pembinaan jambatan ke Singapura

Kerajaan Singapura tidak membantah pembinaan jambatan untuk menggantikan tambak di sebelah Malaysia.

Jambatan ini akan dibina 25 meter daripada paras permukaan air untuk benar kapal-kapal kecil lalu setelah separuh tambak di sebelah Malaysia di pecah. Link Kedua juga berada di paras 25 meters daripada paras permukaan air. Jadi kapal-kapal boleh melalui Selat Tebrau tanpa terhalang oleh tambak.

Jambatan ini penting kerana jumlah trafik di Johor Baru telah meningkat dan kesesakan lalulintas merupakan perkara harian disebabkan laluan Utara-Selatan yang datang dan pergi melalui tambak dan trafik Timur-Barat di antara bahagian-bahagian Timur dan Barat Johor Baru.

Jalan bertingkat perlu dibina menyeberangi trafik Timur-Barat untuk laluan dari dan ke Tambak. Jalan ini akan menyebabkan penghujung tambak di sebelah Johor tidak boleh digunakan kerana jalan bertingkat hanya boleh mendarat pada satu jarak tertentu jauh daripada tempat tambak bertemu dengan tanah besar.

Jika jambatan penuh ke Singapura dibangunkan cerun boleh dilandaikan untuk memudahkan lori mendaki dan bot-bot kecil melalui di bawahnya setelah tambak dipecahkan.

Kerana Singapura tidak mahu sama-sama membina jambatan penuh untuk gantikan tambak, jambatan setinggi 25 meter untuk benarkan bot-bot lalu dibawahnya mesti mempunyai kepanjangan yang mencukupi untuk benarkan lori mendaki secara beransur.

Penyelesaiannya ialah untuk memanjangkan jambatan dengan rekabentuk melengkung (kemudiannya dipanggil jambatan bengkok). Bagi landasan keretapi pula, jambatan ayun yang boleh dibuka dan tutup untuk benarkan kapal atau keretapi lalu.

Untuk memendekkan cerita, kerja pembinaan jambatan bengkok dihentikan untuk membolehkan Kerajaan Dato Seri Abdullah menjual 1 billion meter padu pasir dan hak laluan terbang pesawat tentera Singapura melintasi Johor Baru jika Singaura bersetuju membina jambatan lurus.

Ada orang yang akan mengaut untung banyak menjual 50 juta meter padu pasir setahun selama 20 tahun untuk Singapura menambak tanah. Ini satu tawaran menarik kerana tanah yang ditambak boleh dijual antara 3,000-5,000 Dolar Singapura (kira-kira RM6,000-RM10,000) sekaki persegi. Kerajaan Singapura boleh buat banyak duit menjual tanah ini. Lalu merekapun menyetujui cadangan jambatan lurus ini.

Bahawa mengorek pasir dari dasar laut boleh sebabkan hakisan pantai, kemusnahan tempat pembiakan ikan dan kehilangan mata pencarian bagi nelayan negeri Johor tidak pun diambil prihatin oleh Kerajaan Dato Seri Abdullah.

Mujurlah rakyat Johor membantah penjualan pasir dan hak laluan pesawat terbang.

Abdullah yang kecewa kerana perancangannya terhalang menghukum rakyat Johor dengan membatal sama sekali projek jambatan. Tidak ada jambatan lurus mahupun bengkok.

Hasilnya lebih daripada RM1 billion telah dibazirkan yang dibelanjakan untuk membina kemudahan kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, kerja-kerja membina stesen keretapi baru dan kerja-kerja awal untuk bina jalan menghubung kompleks KIK dan jambatan serta bayaran pampasan kepada kontraktor disebabkan pembatalan projek-projek berkenaan.

Kompleks KIK kini menjadi gajah putih, terbiar tetapi terpaksa di selenggarakan dengan memakan belanja beratus ribu Ringgit sebulan.

Jelas sekali Dato Seri Abdullah telah bazirkan duit rakyat hanya kerana beliau marah dengan rakyat Johor yang halang penjualan satu bilion meter padu pasir kepada Singapura dan keuntungan yang bakal diraih oleh pihak tertentu. - www.chedet.com

Tag: politics Click Here!

Mahfuz kemalangan jalan raya di Bukit Beruntung

KUALA LUMOUR, 9 Jun - Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar terbabit dalam satu kemalangan jalan raya di Bukit Beruntung pada jam 1.30 pagi tadi (9 Jun 2008).

http://www.harakahdaily.net/ads/ads_banner/advert_center/iklan_vigilisa.png

Mahfuz yang menghubungi Harakahdaily sebentar tadi menyatakan, kenderaan yang dinaiki terbalik ketika melalui jalan Bukit Beruntung dari arah Ipoh.

Beliau memaklumkan telah mendapatkan rawatan dan menjalani ujian imbasan (x-ray) di salah sebuah hospital dekat sini pagi tadi.

Mahfuz memaklumkan, x-ray juga telah dilakukan di bahagian tulang rusuknya kerana bimbang berlaku keretakan, namun selepas ujian dibuat, tiada keretakan berlaku.

Beliau kini masih berehat di Kuala Lumpur dan memaklumkan tidak dapat menghadiri jemputan ceramah dalam masa terdekat untuk berehat.-Harakahdaily.net


Tag: politics Click Here!

Tidak setuju subsidi berlebihan

Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersetuju dasar memberi subsidi berlebihan kerana ia boleh melemahkan ekonomi negara.

Ketua umum PKR juga mempertikaikan tindakan kerajaan memberi subsidi kepada syarikat-syarikat kaya.

"Subsidi untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) RM5.6 bilion dan pengeluar tenaga bebas (IPP) RM6.7 bilion.

"Tetapi subsidi untuk perumahan dan peniaga kecil cuma RM3.9 bilion," kata mantan timbalan perdana menteri itu, ketika menyampaikan ceramah di Taman Keramat, dekat ibu negara malam tadi.

Turut berceramah, menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan naib presiden PKR, Azmin Ali.

Anwar juga mendedahkan bahawa sebuah syarikat yang didakwa dekat dengan pemimpin politik negara telah mendapat kontrak untuk mengawal diesel bersubsidi selama lima tahun.

Beliau bagaimanapun tidak menjelas syarikat ada hubungan dengan siapa.

Syarikat yang diberikan kontrak membekalan nanotag - teknologi menanda diesel bersubsidi agar mudah dikesan jika diseleweng - untuk tempoh 2006 hingga 2011 dibayar RM117 juta setahun.

Syarikat itu bertanggungjawab menjalankan 36,000 sampel ujian setahun bagi menjejak pergerakan bahan api itu.

Dalam ceramahnya itu, Anwar sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak akan mengkhianati orang Melayu jika beliau menjadi perdana menteri kelak.

"Saya tidak akan memimpin negara ini walau seharipun jika saya mengkhianati orang Melayu.

"Sebaliknya saya akan mengangkat martabat orang Melayu, di samping kaum yang lain," katanya lagi.

Anwar juga berkata, politik BN kini tidak stabil apabila MCA, Gerakan dan MIC dalam keadaan berkecamuk.

Katanya, para pemimpin Umno sudah tidak dapat mengawal apa yang berlaku dalam BN.

Bagaimanapun, katanya pemimpin MCA, MIC dan Gerakan berani menegur kerajaan tetapi pemimpin Umno tidak berani berbuat demikian.-Malaysiakini

Tag: politics Click Here!

P Pinang umum isu Islam hadhari

Pulau Pinang akan mengumumkan kemungkinan melarang Islam Hadhari dalam masa terdekat, tidak lama selepas Selangor tidak membenarkan konsep itu disebarkan di negeri tersebut.

Satu sumber yang dekat dengan kerajaan Pulau Pinang memberitahu Malaysiakini hari ini, timbalan ketua menteri Mohammad Fairus Khairuddin "mungkin mengumumkan keputusan rasmi negeri (untuk melarang atau sebaliknya) dalam masa sehari dua lagi."

Dua minggu lepas, Mohammad Fairus berkata negeri itu akan mengikut jejak Selangor yang tidak mengizinkan sebarang bentuk program mempromosikan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Wakil rakyat Penanti, yang juga exco hal-ehwal Islam Pulau Pinang, berkata langkah negeri ini tidak bermotifkan politik, sebaliknya untuk "mengembalikan ajaran Islam yang sebenar."

Beliau, juga seorang lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata konsep Islam hadhari menyalahi prinsip sebenar Islam.

"Ajaran Islam sekarang sudah sempurna (seperti dinyatakan dalam al-Quran). Jadi, tidak perlu dibuat sebarang tokok tambah lagi," katanya kepada Malaysiakini, sehari selepas keputusan Selangor.

Mohammad Fairus juga menganggap pendekatan Islam hadhari seolah-olah mewujudkan mazhab baru dalam Islam.

Pada 26 Mei lalu, dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Dr Hasan berkata: "kerajaan telah membuat keputusan Islam hadhari tidak diizinkan untuk diperkembangkan di negeri Selangor, cukuplah dengan dinul (agama) Islam."

Susulan kenyataan tersebut, selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), mufti-mufti Perlis dan Perak mempertahankan Islam hadhari.

"Istilah Islam hadhari telah mengelirukan banyak pihak, namun isi kandungannya baik. Malangnya, pelaksanaan isi kandungan itu kurang kelihatan, selebihnya hanya jenamanya sahaja yang diuar-uarkan," kata Dr Mohd Asri Zainul Abidin baru- baru ini.

"Saya mencadangkan kepada pihak yang menolak secara ‘pakej’ (Islam hadhari) supaya menilai dengan objektif, menerima aktiviti yang baik atau dasar-dasar yang baik yang termuat dalam Islam hadhari dan boleh menolak jenama yang mengelirukan itu."

Mufti Perak dilaporkan berkata tidak wajar mengharamkan program berkonsepkan Islam hadhari.

Datuk Seri Dr Harussani Zakaria berkata, tindakan tersebut boleh mengelirukan umat Islam terhadap konsep Islam tersebut yang diperkenalkan perdana menteri.

"Saya rasa kita kena faham betul-betul dahulu tentang konsep Islam Hadhari itu sebelum mengambil tindakan.

"Apa yang saya faham setelah berbincang dengan perdana menteri dahulu, Islam hadhari menepati tujuan Islam," katanya.

Yadim menyifatkan langkah Selangor mengharamkan program berkaitan Islam hadhari merugikan umat Islam.

Jakim menyifatkan arahan itu tidak wajar kerana pendekatan Islam hadhari yang mengandungi 10 prinsip "tiada cacat celanya".

Semalam menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zahid Hamidi dilaporkan berkata Dr Hassan "tidak menolak konsep" Islam hadhari dan tidak juga mengharamkannya.

Mengulas lanjut kenyataan awalnya itu, Dr Hassan pernah memberitahu Malaysiakini: "Kita mengambil keputusan tidak mempromosikan Islam hadhari di sekolah, dalam khutbah Jumaat dan program-program keagamaan."

Pada 27 Mei, media rasmi PAS Harakahdaily.net melaporkan bahawa Hassan mengingatkan imam-imam yang membaca khutbah berunsurkan Islam Hadhari akan ditarik balik tauliahnya.-Malaysiakini


Tag: politics Click Here!

Sidang tergempar parlimen isu minyak

Ahli-ahli parlimen PAS menggesa persidangan tergempar Dewan Rakyat, sekurang-kurangnya sehari minggu depan, diadakan bagi membincangkan isu kenaikan harga minyak.

Sidang pertama sesi kedua dewan akan berlangsung pada 23 Jun ini selepas sesi sebelumnya tamat 29 Mei lepas.

Salahuddin Ayub, yang juga ketua whip PAS, menyerahkan satu surat permohonan kepada yang dipertua Tan Sri Datuk Pandikar Amin Mulia hari ini.

Wakil rakyat Kubang Kerian berkata, kenaikan harga bahan api ini telah memberi kesan berantai dan tekanan inflasi yang menyebabkan rakyat terpaksa menanggung peningkatan kos hidup yang lebih tinggi.

Kenaikan itu, katanya lagi, juga memberi kesan kepada pengangkutan harian rakyat, tetapi seluruh pengangkutan perdagangan, industri dan sektor-sektor ekonomi yang lain termasuk pertanian dan perikanan.

pas parliament session request pc 090608 03Beliau menjelaskan terdapat pengusaha bas menaikkan harga tambang bas ekoran kenaikan harga petrol secara mendadak.

"Anak saya balik semalam terpaksa bayar RM65, dari Kuala Lumpur ke Butterworth, untuk satu hala," katanya dalam sidang media selepas penyerahan tersebut.

Kelas ekonomi bagi perjalanan tersebut lazimnya RM24.

Surat tersebut telah diterima oleh ketua pentadbir Parlimen, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria (foto, dua dari kiri) di pejabatnya kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Menurut suratnya, Salahuddin (foto, dua dari kanan) berkata kerajaan tidak akan berupaya memberikan satu alasan untuk menyekat kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

"Kita boleh bayangkan tentang kenaikan harga barang-barang yang diangkut dari kawasan perindustrian di Lembah Kelang ke kawasan saya di Kubang Kerian (Kelantan). Sudah tentu kosnya mendadak ekoran kenaikan harga diesel sehingga 40 peratus.

"Ini belum diambil kira kos pembuatan dan pemprosesan yang turut meningkat. Dalam beberapa bulan terdekat ini harga utiliti seperti elektrik pula akan naik," surat itu dipetik.

Turut bersama ketua Pemuda PAS, dua ahli jawatankuasa pusat parti itu Dr Dzulkifli Ahmad (foto, paling kiri) dan Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali - masing-masing ahli parlimen Kuala Selangor dan Titiwangsa.

Dalam sidang akhbar, Dr Dzulkifli meluahkan kekhuatirannya berhubung kenaikan harga petrol dan diesel pada Rabu lalu.

"Apabila mereka membuka pintu kebanjiran, maka tidak ada cara untuk mengawalnya," katanya.

Dr Dzulkifli menyifatkan tindakan kerajaan sebagai "dasar paling ganas" kerana menjejaskan rakyat dan perniagaan.

"Kerajaan ada hak untuk menentukan subsidi dan cukai. Kalau kerajaan tidak mempedulikan rakyat, kerajaan akan menarik balik subsidi.

"Pada masa yang sama juga kerajaan mengenakan cukai daripada levi keuntungan berlebihan. Jadi ia kesan berganda -- satunya ke atas rakyat umum, dan juga kepada industri-industri minyak, gas dan perladangan," katanya.

Dr Dzulkifli, yang juga pengarah Pusat Penyelidikan PAS, meramalkan kuasa membeli rakyat akan hilang ekorang kenaikan minyak itu.

"Inflasi melonjak. (Kegiatan) ekonomi akan menjadi perlahan sebab rakyat tidak punyai keupayaan membeli dengan harga barang yang melonjak, pengangkutan dan sebagainya. Tidak ada permintaan.

"Apabila tidak ada permintaan, tentunya tidak ada keperluan terhadap penawaran. Apabila tidak ada penawaran, bayangkan apa yanga akan berlaku," katanya.

Salahuddin menambah, PAS merancang mengadakan perhimpunan membantah kenaikan minyak pada 13 Jun selepas solat Jumaat di masjid Kampung Baru dan berarak ke KLCC.

"Apa yang kami lakukan yang masih di bawah sistem negara kita yang mengamalkan demokrasi.Hak untuk kami bersuara, dan hak untuk kami menyampaikan pandangan dan hak kami untuk mengadakan apa jua acara bagi untuk mewakili rakyat," katanya.


Tag: politics Click Here!

Hakim Benar Broker Tanah Kahwin Empat

KUALA TERENGGANU, 9 Jun (Bernama) -- Mahkamah Tinggi Syariah di sini Isnin membenarkan permohonan seorang broker tanah untuk berkahwin poligami empat selepas mendapati beliau berkelayakan berbuat demikian dan mendapat persetujuan daripada ketiga-tiga isterinya.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shaikh Ahmad Ismail berpuas hati dengan pengakuan Abu Bakar Embong, 54, dari Kampung Teluk Menara, Manir bahawa beliau mampu dari segi zahir dan batin serta boleh berlaku adil terhadap kesemua isterinya.

Malah, kenyataannya itu disokong oleh isteri kedua Abu Bakar, Mazumi Ismail, 45, yang mewakili isteri pertama, Asiah Jusoh, 43 ,dan isteri ketiga Nor Azlina Arifin, 25, yang turut hadir semasa sebutan kes itu.

Mazumi ketika ditanya sebab beliau membenarkan suaminya berkahwin lain, memberitahu hakim bahawa mereka ingin membesarkan bilangan ahli keluarga yang sedia ada.

Shaikh Ahmad ketika membacakan keputusan permohonan poligami itu, berkata Mahkamah tidak pernah menghalang seseorang untuk berkahwin lebih daripada seorang sekiranya mendapati individu itu layak dan mampu dari segi zahir dan batin.

"Saya dapati, pemohon Abu Bakar boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dengan adil kepada isteri-isterinya, kalau tidak berlaku adil, kamu akan mendapat pembalasan di padang mashyar (akhirat) nanti, jadi kamu (Abu Bakar) kena ingat tentang perkara ini.

"Saya lihat pada isteri Abu Bakar juga memperakuinya (beliau) mampu berlaku (adil) zahir dan batin. Tidak mengapalah... orang nak nikah saya bagilah," katanya.

Shaikh Ahmad turut menasihati Abu Bakar supaya membawa kesemua isterinya menunaikan rukun Islam kelima, Haji, kerana beliau berkemampuan dengan pendapatan lebih RM20,000 sebulan serta mengingatkan beliau supaya memberikan pendidikan agama secukupnya kepada anak-anak.

Beliau sebelum itu meminta Abu Bakar memanggil bakal isterinya Suhaili Alias, 24, dari Batu Enam, dekat sini untuk mendengar sendiri persetujuannya berkahwin dengan broker tanah yang mempunyai 25 anak itu.

Anak Abu Bakar berumur daripada empat bulan hingga 25 tahun dan mempunyai tiga orang cucu.

Suhaili memberitahu mahkamah bahawa keluarganya turut bersetuju dengan perkahwinan itu.

Ini merupakan kes kedua permohonan poligami berkahwin empat di negeri ini selepas kes seorang pemandu lori Mohamed Nor Awang, 57, membuat permohonan yang sama pada 18 Mei.

Kes itu bagaimanapun masih tertangguh kerana hakim yang sama tidak berpuas hati dengan afidavit tambahan yang dikemukakan oleh Mohamed Nor selain ditunda ekoran Shaikh Ahmad menghadiri mesyuarat pada 5 Jun lepas.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Abu Bakar mengucapkan syukur kerana mahkamah membenarkan permohonannya untuk berpoligami.

Ditanya tentang rahsianya mampu berkawin empat, beliau berkata yang paling penting ialah bersifat jujur, adil dan mampu zahir dan batin.

Mazumi pula berkata beliau bersama dua madunya sendiri yang pergi meminang Suhaili bulan lepas.

"Dia mampu berlaku adil dan baik kepada anak-anak. Jadi tiada sebab untuk kami menghalangnya berkahwin lagi. Malah kami mampu hidup bahagia dan rumah pun berhampiran antara satu sama lain di Kampung Teluk Menara," katanya.

-- BERNAMA

Tag: politics Click Here!

Pulau Pinang Akan Percepat Bina Stesen Minyak CNG

PULAU PINANG, 9 Jun (Bernama) -- Kerajaan negeri mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan Unit Kerajaan Tempatan untuk memepercepatkan urusan membina sebuah stesyen minyak untuk menjual gas asli mampat (CNG) di bahagian pulau negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Alam Sekitar Negeri, Chow Kon Yeow berkata pihaknya mahu pembinaan stesen tersebut dipercepatkan.

"Perkara ini amat mendesak memandangkan kenaikan harga minyak yang mendadak Rabu lepas dan ini menjadikan CNG sebagai bahan api alternatif yang lebih murah kepada pengguna kenderaan," katanya dalam satu kenyataan Isnin.

Beliau berkata mesyuarat kerajaan negeri pada 13 Feb lepas juga telah bersetuju untuk membenarkan MPPP menjalankan urusan pajakan ke atas sebidang tananh di Jalan Sultan Azlan Shah (sebahagian tapak Jabatan Pengangkutan Jalan Batu Uban) kepada Petronas bagi membina stesen minyak berkenaan.

"Tetapi tindakan susulan masih belum memuaskan dan kerajaan negeri telah mengarahkan agar projek ini dapat disegerakan," katanya.

Chow berkata stesen minyak CNG sangat diperlukan di bahagian pulau bagi mengalakkan pemandu teksi menggunakan sistem teksi bermeter berikutan harga CNG yang lebih murah berbanding petrol.

Katanya selain daripada itu, ia juga sebagai alternatif kepada pengguna kenderaan persendirian menggunakan CNG sebagai bahan api yang lebih murah.

"Petronas akan menyediakan bekalan CNG dengan membina stesen minyak baru dan memasang paip agihan dari stesen Janakuasa Elektrik Tenaga Nasional Berhad, Jalan Tunku Kudin ke stesen yang dicadangkan," katanya.

-- BERNAMA

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising