Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Tuesday, June 3, 2008

Melayu liberal lawan sederhana

PAS tidak pernah mengubah prinsip Islamnya semata-mata untuk mendapatkan sokongan rakyat termasuk ketika mengadakan kerjasama dengan pembangkang termasuk DAP, kata ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Menurutnya, walaupun bekerjasama dengan DAP, PAS tidak pernah menggadai prinsip perjuangan atau perlembagaan parti yang berteraskan al Quran.

Beliau berkata, PAS tidak mengubah perlembagaan untuk menarik orang ramai supaya menyertai parti itu.

"Perjuangan PAS tidak berubah, cuma pendekatan yang digunakan mengikut keperluan orang ramai dan perubahan semasa.

"Perkara ini perlu kerana penyokong dan ahli PAS bukan lagi hanya terhad kepada golongan ulama tetapi anak muda yang berlatar belakang profesional," katanya, mengulas kenyataan seorang pemimpin Umno yang menyatakan parti-parti orang Melayu kini di persimpangan jalan.

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dalam blognya, mendakwa PAS kini berubah menjadi sebuah "parti liberal Islam" demi memenuhi keperluan dengan kerjasama dengan parti yang berteraskan sokongan pengundi Cina tersebut.

"Dilema ini bukan sahaja di kalangan orang Melayu dalam Umno, malah juga Pas. Hari ini kita melihat PAS telah berubah dari sebuah parti ultra Islam kepada sebuah parti liberal Islam," katanya dalam coretan 'Melayu di Persimpangan' Sabtu lalu.

"Dari sebuah parti yang mengkafirkan orang Umno kerana bekerjsama dengan bukan Islam, yang menolak IFC (Majlis Perundingan Antara Agama), menolak murtad, kepada parti yang bersengkongkol dengan DAP dan sanggup menurut telunjuk DAP.

"PAS yang dulunya ingin menutup pusat arak, judi dan maksiat kepada sebuah parti yang membenarkan pusat-pusat tersebut beroperasi. Malah (pesuruhjaya PAS) Dr Hasan Ali sudah mendakwa dalam DUN Selangor, bahawa PAS hari ini memperjuangkan kesamarataan antara agama," katanya.

Khairul Faizi berkata, PAS tetap berpegang teguh kepada prinsip perjuangan iaitu menegakkan Islam sebagaimana yang tercatat dalam perlembagaan parti.

Sementara itu, naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Fariz Musa berkata, Dr Mohamad Khir tidak layak bercakap mengenai PKR kerana beliau tidak memahami prinsip perjuangan parti itu.

"PKR mempunyai 18 prinsip termasuk memperjuangkan rakyat tanpa mengira kaum tetapi tidak meninggalkan prinsip awal iaitu membela orang Melayu.

"PKR bersifat liberal iaitu tidak memfokuskan satu kaum sahaja dan dasar ini sesuai dengan Malaysia sebuah negara berbilang kaum," katanya.

PKR, kata Dr Mohamad Khir, ditubuhkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim atas asas untuk menarik mereka yang tidak setuju dengan dua parti Melayu tersebut.

khir toyo interview 280408 01"Bolehlah dikatakan bahawa parti ini (PKR) parti oportunis liberal. Mereka hanya menarik sesiapa sahaja orang Melayu yang tidak berpuas hati dengan Umno dan PAS tanpa apa-apa agenda khusus untuk orang Melayu.

"Parti ini juga bolehlah dikatakan menggunakan pendekatan popular untuk menarik sokongan hingga menyebabkan ia tidak mempunyai prinsip perjuangan yang jelas. Parti seperti ini tidak akan dapat bertahan lama dalam negara kita," tulisnya.

Beliau bagaimanapun menyifatkan dilema terbesar orang Melayu wujud dalam partinya sendiri.

Dengan membahagikan Umno kepada kumpulan sederhana dan liberal tetapi akibat ketegangan dua aliran ini boleh melahirkan kelompok ultra Melayu.

"Seperti biasa, apabila wujud suara liberal akan muncul kumpulan ektremis atau ultra. Kumpulan ini sudah menuntut lebih banyak hak orang Melayu dikembalikan semula. Sudah ada suara mahu bahasa Malaysia kembali ditukar kepada bahasa Melayu, sistem kuota di universiti di kembalikan," katanya.

"Malahan ada juga yang sudah mendesak kerajaan turut mengkaji mewujudkan sistem kuota pekerja mengikut peratusan kaum di syarikat swasta."

Golongan sederhana dalam Umno, menurutnya, memperjuangkan hak-hak Melayu, kedudukan Islam, bahasa Melayu dan status Sultan Melayu seperti sedia ada.

"Bagi kumpulan ini keadilan mengakari perjuangannya, iaitu meletakkan yang hak di tempatnya terutama yang membabitkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu," kata ahli majlis tertinggi Umno itu.

Golongan liberal dalam Umno, menurutnya, melihat parti itu perlu berubah dengan lebih terbuka, termasuk melepaskan beberapa kepentingan Melayu demi mendapat sokongan yang lebih banyak dalam pilihanraya akan datang.

"Sungguhpun teori menjadi liberal ini akan membantu menarik kembali sokongan (kepada Umno) belum ada bukti sahih, namun sudah terdapat pemimpin Umno yang mempercayainya. Suara-suara mendesak liberalisasi dalam Umno sudah kedengaran," katanya.

"Orang Melayu perlu mengekalkan suara sederhana seperti Umno hari ini. Melayu yang ultra bukan sahaja tidak membantu perkembangan kemajuan negara, malah akan terus melemahkan kuasa Melayu. Ini kerana ramai golongan terpelajar Melayu sendiri tampaknya tidak lagi menerima idea-idea ekstrem ini.

"Manakala idea Melayu liberal yang terbuka ini sungguhpun tampak idealis tetapi tidak akan mendatangkan keadilan dalam masyarakat majmuk seperti negara kita."

Dalam takrifannya, aliran "liberal" pula pihak yang sentiasa terbuka kepada pelbagai pendapat dan tidak meletakkan bangsanya sebagai agenda, sebaliknya hanya memperjuangkan kesamarataan dan logik akal semata-mata.

Aliran ultra Melayu merujuk kepada kumpulan ekstrem yang melihat kepentingan bangsa atau puaknya semata-mata tanpa mempedulikan kepentingan bangsa atau kaum lain, jelasnya.

Tag: politics

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising