Saya Suhaimi Taib, mendapat Sijil Pentadbiran Islam dari Kusza Kuala Terengganu (2002), Kursus Penerbitan Video Koperat Universiti Malaya (2003), Pengarang Warta Darul Iman (2000-2003) Penerbit Siaran Darul Iman (2003-2004), Wartawan Sambilan Berita Harian (1997-1998), Wartawan Harakah (1989-1996).
Menerima Anugerah kewartawanan Esso-Kawat (1997 dan 1998)

Hubungi saya melalui e-mel: seramaesty@yahoo.com atau H/P No: 013-9060111.

Monday, June 2, 2008

EZAM VS ANWAR IBRAHIM

PILIHAN RAYA KECIL PALING SENGIT?


Terlintas difikiran selepas menonton temuramah bersama Dato Seri Anwar Ibrahim oleh Bloomberg Tv yang telah mengajukan beberapa soalan yang
antara lain mengajukan:

Apakah DSAI mahu bertanding dalam pilihan raya kecil?

Dan DSAI dengan tegas menyatakan akan bertanding dalam pilihan Raya kecil.
Apakah nanti kita bakal menyaksikan pertarungan
paling sengit dalam sejarah pilihan raya negara?
Pada perkiraan saya, sememangnya UMNO merasakan hanya Ezam mampu menyekat kemaraan DSAI menerusi pilihanraya kecil.Ini kerana saya pasti tidak ada sesiapa dikalangan UMNO yang berani mempertaruhkan masa depan politik semata-mata untuk berhadapan dengan DSAI nanti.Dalam hal ini, Ezam dilihat yang paling berani dan tidak kisah sekiranya tewas jika diletakan untuk berpencak bersama DSAI.

Menyentuh sedikit tentang kemasukan Ezam kedalam UMNO, saya melihat Ezam seolah-olah keliru sendirian dan terjerumus kedalam golongan orang-orang yang keliru.
Dikatakan bahawa tertarik dengan REFORM yang mahu dilakukan, lalu Ezam lupa hal-hal besar yang berlaku dalam isu ECM/UDA, WPI - THE 2nd NAKBA IN THE MAKING dan berbagai lagi kelemahan yang Ezam sendiri tidak akan mampu menjadi VACUUM CLEANER.

Perkiraan terakhir yang saya fikir, mungkin Pak Lah mahu mencipta sendiri bakal Perdana Menteri ke-6 dari membiarkan Timbalannya ketika ini menaiki tahkta.


MALAYSIA'S MAHATHIR DISMISSES OPPOSITION CLAIM

Sat May 31, 2008 5:20am EDT

KUALA LUMPUR (Reuters) - Malaysia's former premier Mahathir Mohamad on Saturday dismissed de facto opposition leader Anwar Ibrahim's claim that he can soon form a new government, easing worries about a change in rule that has unnerved markets.

Anwar had said some ruling coalition lawmakers were ready to join the opposition, giving it enough support to form a new government by September.

Concerns about a possible change in government coupled with a challenge to the leadership of Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi have cast a pall over financial markets in recent months.

But Mahathir brushed aside Anwar's claim, reversing his earlier view that the assertion should not be taken lightly.

"He's not likely to get support of MPs coming over," Mahathir told reporters after giving a talk attended by about 400 people.

"That is what he claims. He makes a lot of claims. We will see in September."

The opposition Pakatan Rakyat -- a loose alliance of Islamists, a Chinese-based party and Anwar's multi-racial group -- won a record 82 seats in the 222-seat lower house of parliament in the March general elections. It needs just 30 seats to win a simple majority and form the government.

Mahathir's remarks come as Abdullah meets lawmakers in the eastern state of Sabah on Borneo island, where unhappy MPs have indicated they are ready to leave the ruling coalition if their demands are not met.

The former premier also repeated calls for lawmakers to leave the ruling coalition, and chided members of the main United Malays National Organization (UMNO) party for fearing to speak out against the party leadership.

"I find UMNO members are afraid of doing anything," he said. "I have suggested that if they are not happy that they leave and be independent."

After months of public criticism against Abdullah's leadership, Mahathir has stepped up pressure for him to quit following the March poll which saw the ruling coalition recording its worst-ever performance in its 50-year rule.

Earlier this month, Mahathir resigned from UMNO in an attempt to force Abdullah to step down, saying he would not return to the party until the prime minister left office.

Mahathir also said a move by former opposition figure Mohamad Ezam Mohd Nor to rejoin UMNO could be an opposition ploy.

"In politics everything is possible," he said. "He may be that (Trojan horse). Anwar is quite anxious to be supported by UMNO."

(Writing by Liau Y-Sing; Editing by Valerie Lee)

--REUTERS--



ANWAR WILL RUN FOR MALAYSIA PARLIAMENT ONCE ELIGIBLE

By Haslinda Amin and Angus Whitley

May 29 (Bloomberg) -- Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, freed from prison in 2004, said he'll ``immediately'' contest a parliamentary seat once he confirms his eligibility, part of a plan to topple the government by mid-September.

``If we're absolutely certain of my eligibility, we would opt to do it immediately,'' he told Bloomberg Television in an interview today. Anwar said he doesn't have confirmation from Malaysia's Attorney General that he can hold public office, after serving time in jail on corruption charges he denies.

Anwar, 60, a former Malaysian deputy premier, is seeking to overthrow a coalition that's ruled since independence from Britain in 1957. Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi, weakened in March 8 elections, is introducing measures to slow inflation and reduce corruption to win back public support.

Anwar, who has calculated he was legally able to be a lawmaker in mid-April, said he may instruct his lawyers to seek an official response from the Attorney General unless he has a ruling by the end of this month.

Malaysian Attorney General Abdul Gani Patail declined to comment when reached on his mobile phone today.

Anwar today repeated claims that his alliance has lined up the necessary 30 defections from Abdullah's coalition to take power. He also said the opposition coalition will discuss who might have the role of deputy prime minister in any potential government that he would lead.

``The issue now is to ensure a smooth transition of power, according to constitutional provisions,'' Anwar said.

Anwar's People's Justice Party, the Democratic Action Party, and the Pan-Malaysian Islamic Party won control of five of Malaysia's 13 states in the March elections, and denied the coalition its usual two-thirds majority in Parliament.

--BLOOMBERG.COM--

Tag: politics

Mahathir tekad kekal penasihat Petronas, Proton suka dipecat


(mStar Online) - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menegaskan tidak akan melepaskan kedudukan beliau dalam beberapa syarikat dan badan kerajaan, termasuk sebagai penasihat Petronas dan Proton - jawatan yang disandang sejak berundur daripada jawatan Perdana Menteri lima tahun lalu.

"Saya tidak nampak sebab mengapa saya perlu melepaskan jawatan itu. Saya lebih suka kalau saya dipecat," kata beliau sambil menambah, jawatan-jawatan berkenaan tidak kena-mengena dengan kedudukannya yang kini bukan lagi ahli Umno.

Dr. Mahathir berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya kedudukannya sebagai pengerusi dan penasihat syarikat dan badan-badan kerajaan berikutan keputusan beliau untuk keluar daripada Umno kira-kira dua minggu lalu.

Majlis Tertinggi Umno telah menerima keputusan beliau untuk keluar parti tetapi beliau boleh kembali ke pangkuan parti jika berhasrat untuk berbuat pada masa depan.

Terdahulu beliau menyampaikan ucaptama pada majlis Program Suntikan Semangat Satria di sini hari ini.

Kata Dr. Mahathir, mengikut tradisi, bekas Perdana Menteri memegang jawatan dalam syarikat dan badan-badan kerajaan dan ia tidak mempunyai kaitan dengan keahlian dalam Umno.

"Tun Hussein Onn (bekas Perdana Menteri) dulu memgang jawatan Pengerusi Petronas dan beberapa badan lain. Bila beliau tidak mahu jadi ahli Umno, beliau terus pegang jawatan itu," ujar beliau lagi.

Dr. Mahathir juga merupakan Presiden Kehormat Yayasan Kepimpinan Perdana, yang ditubuhkan selepas beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob meminta Datuk Mokhzani Mahathir yang turut mengumumkan keluar daripada Umno minggu lepas, supaya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) atas alasan jawatan itu adalah hak kerajaan.

"Jawatannya itu adalah hak kerajaan. Bila dia (Mokhzani) keluar Umno, secara prinsipnya, beliau kena lepaskan jawatan dalam kerajaan," kata Ismail Sabri merujuk kepada SIC yang merupakan anak syarikat Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) yang dikuasai kerajaan melalui Khazanah Holdings.

Mokhzani pada 21 Mei lepas mengumumkan keluar daripada Umno untuk mengikut jejak bapanya yang berbuat demikian atas alasan tidak lagi yakin terhadap kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Perdana Menteri.

Beliau mengumumkan keluar Umno tiga hari selepas Dr. Mahathir memutuskan untuk berbuat demikian.

Sebelum itu, dalam sesi dialog dengan kira-kira 1,000 hadirin, Dr. Mahathir mendakwa bahawa kerajaan pimpinan Abdullah telah menyalahgunaankan wang ihsan daripada keuntungan Petronas berjumlah kira-kira RM1 bilion setahun, yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan Terengganu sejak empat tahun lalu.

"Wang ihsan itu untuk projek pembangunan. Apabila ia hendak dibelanjakan ia perlu ada belanjawaan dan melalui proses tertentu sebelum wang itu boleh dikeluarkan.

"Setakat yang saya tahun proses ini tidak dijalankan. Ini adalah satu kesalahan. Perbelanjaan wang itu diputuskan oleh Perdana Menteri, Menteri Besar (ketika itu, Datuk Seri Idris Jusoh) dan satu dua kawan-kawan mereka yang bukan pun orang kerajaan.

"Kerana itu ia memberi keuntungan pada kontraktor tertentu yang ada hubungan rapat dengan orang tertentu," katanya.

Dr. Mahathir berkata, beliau yakin Kerajaan Negeri Terengganu akan menuntut baki wang ihsan itu dikembalikan.

Jika itu berlaku, katanya, Kerajaan Persekutuan akan menghadapi masalah, kerana mereka telah membelanjakan sebahagian wang itu antara lain untuk membina Masjid Kristal dan menganjurkan Monsoon Cup sedangkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said, dilaporkan telah berkata, kedua-dua projek itu bukan satu projek pembangunan dan dengan itu tidak boleh dibiayai dengan wang ihsan.

Diminta mengulas keputusan Mahkamah Antarabangsa yang menyerahkan Pulau Batu Putih atau Pedra Branca kepada Singapura baru-baru ini, Dr. Mahathir berkata. ini berlaku kerana kegagalan pasukan Malaysia untuk berhujah mempertahankan kepentingan Malaysia.

"Singapura hantar ketua hakimnya dan seorang peguam yang pernah berkhidmat di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Kita hantar peguam negara. Jika kita hantar ketua hakim negara, tidak dapat tidak, pasukan kita akan dihormati oleh hakim-hakim yang mengadili kes itu.

"Pasukan kita gagal berhujah menafikan surat yang ditulis oleh seorang pegawai kerajaan Johor kepada seorang pegawai British di Singapura yang mengaku bahawa pulau itu milik British sedangkan pegawai itu tidak ada sebarang hak untuk membuat pengakuan itu kerana yang berhak hanya Sultan Johor.

"Surat itu ditulis sebelum kita merdeka, jadi pegawai itu tidak bebas, malah mungkin menulis atas arahan ketuanya yang juga pegawai British supaya mengaku Pulau Batu Putih milik British.

"Inilah yang terjadi apabila kita menghantar orang yang tidak cekap berhujah bagi pihak kita," katanya sambil menambah, ketika beliau masih Perdana Menteri, bekas setiausaha politiknya, Mathias Chang telah menjalankan kajian mendalam mengenai isu itu dan laporan yang mengatakan pulau itu milik Malaysia telah diserahkan kepada Wisma Putra.

"Bagaimanapun, saya tidak tahu sama ada mereka membaca laporan itu atau tidak, maka rugilah kita," katanya.

Tag: politics
Tun Dr. Mahathir: MP BN tinggalkan parti dan menjadi MP bebas untuk tukar Perdana Menteri


Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengesa MP BN keluar dari parti tetapi tidak menyertai mana mana parti lain dan menjadi kumpulan MP bebas dalam Dewan Rakyat, sebagai usaha untuk membuat Kerajaan BN sekarang menukar pemimpin dan Kepimpinan diterajui oleh pemimpin UMNO lain.


Beliau membuat gesaan demikian dalam program “Suntikan Semangat Satria” di Crystal Crown Hotel, Petaling Jaya pagi tadi. “Sekiranya 35 MP BN keluar dan bertindak sebagai MP bebas, maka Kerajaan (PM -Flip-Flop’ Abdullah) yang ada tidak lagi boleh memerintah. Perdana Menteri akan terpaksa berhenti. Apabila pemimpin lain ambil alih Kepimpinan, maka mereka boleh kembali kepada BN dan ada Perdana Menteri lain”. Ini merupakan selesaian agar Kepimpinan Negara ditukar dan segala masalah yang timbul, dapat diselesaikan oleh Kepimpinan baru.


Gesaan ini dibuat kerana beliau mengaku, dengan sistem yang ada sekarang (kuota) dan budaya ‘takut’ pemimpin pemimpin UMNO, kemungkinan besar ada sesiapa yang mampu meraih cukup pencalonan bagi mencabar PM ‘Flip-Flop’ Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah tipis. PM ‘Flip-Flop’ Abdullah perlu ditukar segera.


Menjelaskan keputusan untuk keluar bersyarat dari UMNO “Saya mesti mebuktikan apa yang saya harapkan orang lain buat, saya buat dahulu”. Sambil berseloroh “Saya biasa dah menjadi Mantan Ahli ni, dah dua kali!”.



“Sekarang ini, keadaan sudah menjadi apabila kita membincangkan soal mengenai ‘Melayu’, kita dianggap perkauman tetapi orang lain secara terbuka boleh membincangkan isu perkauman dan mempersoalkan kedudukan Melayu”.


Dalam isu Pulau Batu Puteh pula, beliau menjelaskan bahawa keputusan yang diberikan merupakan amat mengelirukan. Ini kerana surat yang ditulis oleh seorang pegawai British pada tahun 1956, digunakan sebagai modal untuk memberikan keputusan sedangkan apa apa yang dipersetujui Sultan Johor sebelum itu tidak langsung diambil kira. Beliau juga mengatakan bahawa pasukan Malaysia “Tidak bersedia” berbanding Singapura, yang menghantar delegasi termasuk seorang Ketua Hakim. “Sedikit sebanyak, seorang berstatus Ketua Hakim akan mempengaruhi Hakim Hakim dalam kes itu”.


Dalam sessi sidang media, Tun Dr. Mahathir menjelaskan bahawa beliau bersedia untuk dipecat dari kedudukan sebagai Penasihat Petronas dan tidak perlu meletakan jawatan. Menurut beliau, Perdana Menteri ke III Tun Hussein Onn bukan ahli UMNO semasa pusingan akhir Penasihat Petronas dan beliau tidak dipecat dari kedudukan itu. Ini ditimbulkan sebagai reaksi kepada isu yang ditimbulkan dua orang Menteri Kabinet, Dato’ Azalina Othman Said dan Dato’ Ismail Sabri mengenai isu Dato’ Mokhzani Mahathir sebagai Pengerusi Sepang International Circuit, kerana mengumumkan keluar dari UMNO.


Program yang asalnya inisiatif oleh UMNO Cawangan Seksyen 14 ini telah diambil alih oleh NGO tempatan ARENA PJS 14 kerana mendapat tekanan Perhubungan .


Tag: politics

Bila loceng berdering







Oleh Ahmad Shukran Shaharuddin

Ahad, 01 Jun 2008

SUASANA di Parlimen kini banyak berbeza. Banyak kalangan pasti lega persidangan yang berlangsung hampir sebulan ditangguhkan Khamis lepas.

Ia bersambung lagi Jun...

Pelbagai drama, kejutan dan telatah dapat dilihat di Dewan Rakyat sejak ia mula bersidang 28 April lepas dengan catatan sejarah bahawa 99 anggota baru masuk gelanggang buat pertama kali, sebagai pembuat undang-undang.

Persidangan badan perundangan (legislative) itu pasca pilihan raya ke-12 menjadi tumpuan, manakala anggota-anggota dewan berlumba-lumba untuk mengambil bahagian, baik penyokong kerajaan mahu pun pembangkang, antara sebab utamanya mungkin kerana ia disiarkan secara langsung oleh RTM1, satu sejarah baru.

Ia menarik perhatian kerana Barisan Nasional (BN) hanya menguasai majoriti mudah apabila pembangkang iaitu DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menguasai 81 kerusi, di samping seorang wakil Bebas.

Gelagat wakil Bebas tunggal dari Pasir Mas itu, Datuk Ibrahim Ali sering diperhatikan kerana bertindak sebagai "orang di atas pagar".

Detik-detik yang berlaku menyuburkan amalan Demokrasi Berparlimen di negara ini, dengan Yang di-Pertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan dua timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee sentiasa tercabar setiap kali mengendalikan perjalanan mesyuarat yang kadangkala bertukar hangat akibat tingkah laku sesetengah anggota Parlimen yang mencabar kewibawaan mereka.

Semua ini membuktikan bahawa Dewan Rakyat bukan hanya 'rubber stamp' untuk meluluskan undang-undang seperti yang pernah didakwa pembangkang, yang seterusnya digunapakai dalam urusan rakyat seharian apabila diluluskan.

Apabila RTM menyiarkan secara langsung sesi soal jawab selama 30 minit, 'orang-orang lama' di dewan dilihat cuba mengambil kesempatan untuk menonjolkan diri masing-masing.

Pada hari pertama, pelbagai peraturan mesyuarat dikemukakan kepada speaker menyebabkan sesi soal jawab terganggu hingga akhirnya hanya tiga soalan yang mampu dijawab pihak kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan sebelum perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

"Ini semua sebab nak masuk televisyen," kata Ibrahim Ali, yang bertanding menggunakan tiket Pas dan orang yang mula-mula dibidas Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) selepas selesai upacara mengangkat sumpah kerana Ibrahim tidak memakai lounge suit sebagaimana yang disyaratkan.

Namun Pandikar membuat `ruling' kemudiannya dan memberikan kelonggaran kepada Ibrahim kerana beliau tidak mempunyai ketua Whip untuk memberitahunya sebagai wakil bebas.

Ibrahim segera memuji: "Tahniah, Tuan Speaker memang bijaksana".

Wakil Parlimen dari Sabah Datuk Anifah Aman (BN-Kimanis) dan Abdul Ghapur pula lantang bercakap mengenai masalah rakyat Sabah, sambil memberi amaran tsunami politik lebih dahsyat boleh berlaku jika rintihan rakyat negeri itu tidak diambil peduli oleh pimpinan Barisan Nasional Pusat.

"Bukan bererti apabila kita menyuarakan aspirasi rakyat, kita menentang kerajaan. Bukan bererti apabila kita keluarkan kata-kata keras, kita nak melompat parti. Apa yang kita nak beritahu di Dewan ini, rakyat Sabah tidak melompat seperti lima buah negeri di Semenanjung," kata Anifah.

Menurutnya, tidak mustahil lompat "keluar dari rumah banglo dan masuk rumah teres, jika mereka tidak diberi ruang yang cukup di rumah banglo. Rumah teres pun rumah tereslah, asal kita sama-sama menikmati kemudahan. Tinggal di rumah banglo pun tidur di tepi tandas sahaja," kata Anifah.

Kenyataan seperti itu membuatkan ura-ura kononnya wakil rakyat melompat parti menjadi hangat lebih-lebih lagi kerana sebelum ini Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata beberapa wakil rakyat BN di Sabah akan menyertai pembangkang untuk menubuhkan kerajaan.

Hakikatnya tidak diragui apabila Abdul Rahman Dahalan (BN-Kota Belud) mengakui ditawarkan pihak pembangkang dengan bercakap kepada wartawan di luar Dewan bahawa ganjaran itu `cukup untuk hidup selama tiga generasi'.

Hasilnya dua laporan kepada Badan Pencegah Rasuah dibuat oleh Abdul Rahman di Sabah dan Kuala Lumpur.

Sidang kali ini juga tidak sunyi dengan ungkapan kurang manis dilemparkan antara penyokong kerajaan dan wakil pembangkang, seperti `Projek Babi Negara' oleh Mahfuz Omar dari PAS sebagai reaksi kepada Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang memberi kependekan P-K-R untuk "Projek Khinzir Raksasa".

Tidak cukup dengan itu, ungkapan bahasa Tamil iaitu `ukkar' (bermaksud duduk) oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Idris Haron membuatkan persidangan tergendala sehingga 10 minit berikutan pertikaman lidah dengan pembangkang kerana dikatakan boleh membawa maksud yang lucah jika salah sebut.

N.Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) yang cuba memberitahu speaker maksud ungkapan Tamil itu kemudian terpaksa memohon maaf atas perbuatannya melangkaui tempat duduknya dan pergi ke sisi Speaker untuk membisikkan maksudnya.

Lobi Parlimen juga tidak kurang sunyi dengan peristiwa baru apabila Gobalakrishnan membawa anak perempuan P Waythamoorthy berumur enam tahun dan mengadakan sambutan majlis hari jadi bersama kek dan menyanyikan lagu `Happy Birthday To You'.

Ibrahim pula diserbu sekumpulan 30 orang golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang berkerusi roda kerana beliau didakwa menghina Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) kerana tidak bangun semasa mahu bercakap di dalam Dewan sedangkan Karpal memang berkerusi roda kerana kecederaan jalan raya sejak 2003.

Keadaan itu menyebabkan beberapa anggota Parlimen seperti Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) menimbulkan isu keselamatan di Parlimen yang kini begitu mudah didatangi orang luar.

Bekas anggota Parlimen Hulu Langat Badrul Hisham Abdul Aziz yang sering datang mengikuti persidangan di Parlimen, berkata suasana Parlimen pada tahun 80-an tidak sesibuk sekarang malah kawasan meletak kereta sentiasa penuh dan seringkali melimpah ke kawasan luar Parlimen.

Pihak media juga terpaksa mengerahkan lebih ramai wartawan bertugas sehingga lima atau enam orang di Parlimen menyebabkan Pusat Media Parlimen sesak dan memerlukan tambahan kerusi meja.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga seringkali dilihat berada di pejabatnya di bangunan Parlimen sekiranya tidak ada urusan di luar dan mengadakan beberapa mesyuarat, begitu juga timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rabu lepas, buat pertama kalinya satu undi belah bahagian diadakan berbeza dengan biasanya undian suara, atas permintaan wakil pembangkang bagi meluluskan sebahagian Rang Undang-Undang Perbekalan (2007) 2008.

Senario ini tidak pernah berlaku sebelum ini dan dilihat oleh sesetengah pihak sebagai cubaan pembangkang untuk tidak meluluskan Rang Undang-undang itu di bawah tajuk Peruntukan kepada Kumpulan Wang Terkanun berjumlah RM16.810 bilion sebelum itu dibahaskan di peringkat jawatankuasa.

Implikasinya, jika BN tidak boleh mengatasi undi pembangkang pada undi belah bahagian itu, wang yang sudah dibelanjakan kerajaan tidak sah dari segi undang-undang.

Keputusan untuk menjalankan undi belah bahagian menyebabkan ramai anggota BN yang berada di luar dewan termasuk Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta beberapa orang Timbalan Menteri yang berada di Dewan Negara yang sedang bersidang bergegas masuk ke Dewan Rakyat untuk mengundi.

Malah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dilihat keluar dari Dewan untuk memanggil masuk anggota dari kerajaan yang berada di luar.

Hasilnya BN mengatasi undi pembangkang dengan 92 undi berbanding 60, dengan seorang tidak mengundi...sekali lagi semua menoleh ke arah Ibrahim Ali yang sebelum ini disyaki tidak mengundi calon pembangkang untuk pemilihan timbalan speaker.

Apabila ditemui selepas undi belah bahagian, beberapa anggota pembangkang yang ditemui berkata: "Mungkin kami akan bernasib baik pada masa akan datang."

Kehadiran anggota menjadi soal penting kali ini di Parlimen, dan apabila loceng berbunyi, ia mampu mencetuskan spekulasi.

Tag: politics

Strategi Memperkemas Pakatan Rakyat


Selain dari kerjasama Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (Pakatan), terdapat beberapa langkah tambahan bagi memantapkan lagi hubungan di antara ketiga parti.

Mesyuarat pimpinan yang turut dihadiri Azizah, Dr. Syed Husin Ali, Azmin dan Siva mewakili KeADILan, Sdr Lim Kit Siang, Karpal Singh, Dr. Chen Man Hin mewakili DAP, Ustaz Abdul Hadi Awang, mewakili Pas. Pertemuan terakhir adalah petang Isnin lalu yang turut memutuskan agar :

1–Membentuk sekretariat bersama membicang semua isu berkaitan dan diketuai bersama Dr Syed Husin, Tan Kok Wai dan Kamaruddin Jaafar (Mereka juga ditugaskan menyiapkan deraf kerangka dasar bersama Pakatan);

2–Melantik Jawatankuasa Penyelaras Parlimen di antara Azmin Ali, Dr. Tan Seng Giaw dan Sallahuddin Ayub bersama beberapa ahli parlimen lainnya untuk mempastikan wujudnya kerjasama erat dalam semua tindakan di Parlimen;

3–Memboikot akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia. Dengan ini Kerajaan Negeri Pakatan juga tidak akan membeli atau mengiklan di akhbar tersebut.


ANWAR IBRAHIM



Boikot Utusan & Mingguan Malaysia!

Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengambil keputusan memboikot Utusan dan Mingguan Malaysia sebermula 27hb Mei lepas.

Sebelum ini saya melalui nukilan di blog ini telahpun memikirkan gesaan yang sama.

Akhbar tersebut terkait dengan pendekatan perkauman melampau, meneruskan kempen tidak beretika dan mempertahankan rasuah dan kezaliman pimpinan Umno-BN.

Kita berupaya memberikan tamparan kuat terhadap media picisan sebegini dan saya menyeru pengertian dan sokongan sdr/i sekalian.

ANWAR IBRAHIM


Keputusan Sdr Ezam

Sebelum ini banyak tekaan mengenai kemungkinan Sdr Ezam menyertai Umno. Dan ada kalangan pengunjung yang memohon reaksi saya.

Kini setelah sah penyertaan beliau bersama Umno maka ingin saya tegaskan bahawa beliau telah lama meninggalkan perjuangan KeADILan - sabelum Kongres dan jelas sebelum PRU12 lalu.

Justeru itu keputusan tersebut adalah hasrat peribadi beliau.


ANWAR IBRAHIM







img.jpg


Keputusan ICJ terpaksa diterima rakyat Malaysia dengan rasa amat sugul, pahit bagaikan menelan empedu. Hanya kita terkilan dengan keputusan hakim 12 berbanding 4, yang mengukuh hujah Singapura ke atas Pulau Batu Putih. Penghujahan pihak Kerajaan Malaysia ternyata lemah dan dangkal.

Meneliti keterangan penghakiman, Kerajaan Malaysia lebih berjaya mengemukakan alasan dari sudut sejarah, tetapi penghujahan undang-undang hambar!

Pasukan Malaysia diketuai Tan Sri Gani Patail Peguam Negara yang dikenali licik mengikut arahan penguasa politik tetapi tidak pernah terserlah selaku pakar perundangan. Singapura diwakili Prof Tommy Koh, tersohor dengan penglibatannya dalam sidang Undang-undang laut dunia serta Prof Jayakumar, pakar undang-undang. Hanya ini yang kami masyghulkan. Apakah kepentingan negara tidak terkorban seandainya yang dimajukan untuk mempertahankan maruah ibi pertiwi adalah pakar handalan?

Kini penguasa dan media Umno bermadah, Pulau Batu Putih hanya sebesar setengah padang bola dan Batu Tengah (yang dianugerah kepada Malaysia) tenggelam di kala air pasang!

Rakyat harus melahirkan penyesalan dan bantahan di atas kecuaian dan bantahan ke atas Kerajaan Umno-BN dan Peguam Negara!


ANWAR IBRAHIM

Tag: politics

Kelantan Sambut Baik Bubar JPP Sabah

KOTA BAHARU, 1 Jun (Bernama) -- Kerajaan Kelantan menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membubarkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Sabah yang mungkin disusuli dengan pembubaran JPP Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata keputusan kerajaan pusat itu bertepatan dengan kuasa yang diberi kepada negeri-negeri dalam melaksanakan setiap peruntukan yang disalurkannya.

"Dengan cara demikian pembangunan dapat dilaksanakan dengan licin dan cepat tidak sebagaimana sekarang," katanya kepada pemberita selepas menutup Pertandingan Beruk Memetik Kelapa di sini, Ahad.

Program sempena program Tahun Melawat Kelantan 2008 turut diadakan pelbagai program kebudayaan termasuk membuat alatan tradisional yang berasaskan pokok kelapa.

Menurutnya, Perdana Menteri mempunyai asas yang cukup untuk membubarkan JPP di Sabah sebagaimana yang dihasratkan oleh rakyat negeri itu.

"Kita harap perkara itu disusuli di Kelantan selepas ini memandangkan penubuhan JPP telah menyebabkan banyak pertindihan kuasa," kata Takiyuddin.

Tanpa menafikan adanya JPP Kelantan turut membangun negeri ini, beliau bagaimanapun berkata berlaku kelewatan dalam menyalurkan peruntukan wajib kepada pihak berkuasa tempatan dan bahagian perumahan.

"Kalau kerajaan pusat salurkan terus, peruntukan per kapita kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), ia boleh diguna mengikut jadual," katanya.

-- BERNAMA


Tag: politics

Petisyen Salah Laku Penyokong Dan Aktivis Pas Ditolak Dengan Kos

KUALA TERENGGANU, 1 Jun (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini, Ahad menolak dengan kos petisyen salah laku penyokong dan aktivis PAS pada pilihan raya umum ke-12 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Manir.

Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Kang Hwee Gee dalam penghakimannya berkata mahkamah membuat keputusan itu setelah pempetisyen gagal mengaitkan responden iaitu anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir, Datuk Harun Taib dengan insiden memukul serta menahan pengundi daripada menjalankan kewajipan mereka pada pilihan raya tersebut.

Katanya kandungan petisyen sepatutnya mengandungi fakta material yang kukuh, iaitu telah berlaku amalan menyeleweng serta salah laku yang mempunyai kaitan dengan pilihan raya.

Beliau berkata petisyen itu juga mesti menyertakan bukti bahawa amalan menyeleweng serta salah laku telah dilakukan oleh calon atau dengan pengetahuannya atau mendapat izin daripada ejen atau calon itu sendiri.

"Tidak cukup apabila pempetisyen hanya menyatakan amalan menyeleweng yang dikatakan itu, dilakukan responden atau dengan pengetahuannya. Tiada secebis fakta dalam petisyen ini yang boleh menyokong perkara tersebut," katanya.

Hakim itu berkata pempetisyen juga gagal membuktikan bahawa responden turut terlibat dalam menghalang pengundi daripada mengundi selain tindakan itu boleh memberi kesan terhadap keputusan pilihan raya.

"Insiden ini hanya melibatkan seorang pengundi dan jika pengundi itu mengundi pempetisyen, ia tidak mengubah keputusan pilihan raya kerana responden menang dengan majoriti 406 undi," katanya.

Beliau berkata pempetisyen itu juga tidak menyertakan bukti dengan insiden melibatkan dua pengundi iaitu Mustaffa Yusof dan Muhammad Amiruddin yang dikatakan ditahan dan dipukul di hadapan pusat mengundi sehingga menimbulkan ancaman umum serta menjejaskan keputusan pilihan raya.

Petisyen untuk kerusi DUN Manir difailkan oleh calon Barisan Nasional (BN), Wan Sagar Wan Embong pada 28 April lepas, yang meminta sesuatu dilakukan terhadap salah laku para penyokong dan aktivis PAS pada pilihan raya umum lepas.

Antaranya, mereka dikatakan menghalang pengundi untuk undi, merampas kad pengenalan pengundi serta menakutkan pengundi daripada keluar mengundi.

Wan Sagar diwakili oleh tujuh peguam yang diketuai Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin sementara Harun oleh peguam yang diketuai Mohd Arif Yusof.


-- BERNAMA


Tag: politics

Terima kasih kerana sumbangan anda. Sumbanglah untuk kebaikan perjuangan kita bersama.

Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Umno Sarkas

ANDA ADA MAKLUMAT ISU NEGARA?

Sila emailan kepada saya di seramaesty@yahoo.com atau hubungi saya di talian 013-9060111.

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA

Feedback Form

Join the Mailing List
Enter your name and email address below:
Name:
Email:
Subscribe  Unsubscribe 

Dr. Irfan menjelaskan Perniagaan Internet secara mudah kepada anda

Free Viral Advertising